INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL 21030 KUALA NERUS TERENGGANU PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUAN AMBILAN JUN 2021/2026 / SEMESTER 2 TUGASAN 1 – CATATAN LOG & PERANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH NAMA PELAJAR : MITURSSA A/P RAGUPATHY ANGKA GILIRAN : 2021092340390 NO KAD PENGENALAN : 031215-05-0040 KUMPULAN/UNIT : TESL 3 KOD DAN NAMA KURSUS : MPU3431a KOKURIKULUM - BADAN BERUNIFORM PENGAKAP 1 NAMA PENSYARAH : ENCIK AHMAD SYAWAL BIN MOHAMAD TARIKH HANTAR : 11 MAC 2024 NO. TEL : 011-11311512 Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah : Pengesahan Pelajar Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tanda tangan Pelajar : R. MITURSSA Tarikh : 11/03/2024 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh
NAMA SEKAWAN ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN UNIT / AMBILAN NAMA PENSYARAH TARIKH HANTAR : : : : : : : MITURSSA A/P RAGUPATHY PERANG 2021092340390 031215-05-0040 TESL 3 PISMP JUN 2021/2026 ENCIK AHMAD SYAWAL BIN MOHAMAD 11 MAC 2024
REKOD PERIBADI
PENGHARGAAN
ISI KANDUNGAN MUKA DEPAN TUGASAN--------------------------------------------------------------------- 1 MUKA DEPAN BUKU LOG-------------------------------------------------------------------- 2 REKOD PERIBADI------------------------------------------------------------------------------ 3 PENGHARGAAN------------------------------------------------------------------------------- 4 ISI KANDUNGAN------------------------------------------------------------------------------- 5 BENDERA MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------- 6 BENDERA NEGERI-NEGERI------------------------------------------------------------------ 7 LAMBANG PENGAKAP------------------------------------------------------------------------ 8 PERSETIAAN PENGAKAP--------------------------------------------------------------------- 9 UNDANG-UNDANG PENGAKAP------------------------------------------------------------ 10 CARTA ORGANISASI • MAJLIS PENGAKAP NEGARA-------------------------------------------------------- 11 • AHLI MAJLIS PENGAKAP NEGARA-------------------------------------------------- 12 • AHLI MAJLIS TADBIR MPKLM IPGM PENGURUSAN TERTINGGI--------------- 13 • PESURUHANJAYA DAERAH---------------------------------------------------------- 14 • PPM KLM 30 IPGKDRI----------------------------------------------------------------- 15 • AHLI JAWATAKUASA INDUK PENGAKAP PEK B & MAKLUMAT SEKAWAN---- 16 SEJARAH PENGASAS PENGAKAP & PERGERAKAN DUNIA------------------------------ 17-19 NOTA PENGAKAP • UNIFORM LENGKAP------------------------------------------------------------------- 21-23 • IKATAN/SIMPULAN--------------------------------------------------------------------- 24-25 • GAJET------------------------------------------------------------------------------------- 26-28 • KAWAD KAKI STATIK & DINAMIK----------------------------------------------------- 29- 33 • KHEMAH--------------------------------------------------------------------------------- 34-41 • MASAKAN RIMBA----------------------------------------------------------------------- 42- 46 • PERTOLONGAN CEMAS--------------------------------------------------------------- 47- 50 • SKIM LENCANA PENGAKAP---------------------------------------------------------- 51-55 • LAGU-LAGU PENGAKAP-------------------------------------------------------------- 56-58 • CERITA HUTAN------------------------------------------------------------------------- 59-63 PERANCANGAN TAKWIM YANG BERORIENTASIKAN SEKOLAH RENDAH------------ 64-75 LAPORAN MINGGUAN------------------------------------------------------------------------76- 105
BENDERA MALAYSIA
BENDERA NEGERI-NEGERI
LAMBANG PENGAKAP
PERSETIAAN PENGAKAP
UNDANG-UNDANG PENGAKAP
MAJLIS PENGAKAP NEGARA PENGGAL 2023-2025
AHLI MAJLIS PENGAKAP NEGARA
BIL. JAWATAN PEMEGANG IPG 1. PENAUNG UTAMA YG BERHORMAT, MENTERI PUAN FADHLINA SIDEK MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA 2. PENAUNG YG BERHORMAT, ENCIK AZMAN BIN ADNAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA 3. YANG DIPERTUA YBrs.DR MOHD AZAM BIN AHMAD REKTOR INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 4. PENGERUSI PUAN ANIS ALISYA ABDULLAH TIMBALAN REKTOR KANAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 5. TIMBALAN PENGERUSI DR. SHAMSUL BIN SANIRONemel: [email protected] Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Pembangunan Insaniah, PHEP, IPGM, KPM. 7. PENYELARAS KAPTEN M. ASRAR BIN SIDONe-mel: [email protected] IPG Kampus Tun Hussein Onn 8. PENOLONG PENYELARAS YM. TUAN ROSDAN BIN TUAN MUDAe-mel: [email protected] IPG Kampus Pendidikan Darulaman 9. SETIAUSAHA KEHORMAT TN. HJ. OTHMAN BIN CHE MANe-mel: [email protected] IPG Kampus Tuanku Bainun 10. PEN. SETIAUSAHA KEHORMAT I PN. SULIANA BINTI WAN CHIKe-mel: [email protected] IPG Kampus Ipoh 11. PEN. SETIAUSAHA KEHORMAT II DR. NORMILA BINTI MOHD BOHARIe-mel: IPG Kampus Temenggong Ibrahim 11. BENDAHARI KEHORMAT EN. KHAIRUDDIN BIN SAIDINemel: [email protected] IPG Kampus Tuanku Bainun AHLI MAJLIS TADBIR MPKLM IPGM PENGURUSAN TERTINGGI
BIL KLM IPG PESURUHANJAYA DAERAH 1 KLM 02 IPG Kampus Bahasa Melayu EN. AMIR HAMZAH BIN AMAN 2 KLM 03 IPG Kampus Kota Bharu EN. ZULKIFLI BIN YUSOF 3 KLM 05 IPG Kampus Pulau Pinang EN. ABU ZAKI BIN ROMLI 4 KLM 07 IPG Kampus Perempuan Melayu EN. ROSLI BIN BADRON 5 KLM 10 IPG Kampus Bahasa Antarabangsa EN. MOHAMMAD BIN SEMAN 6 KLM 12 IPG Kampus Pendidikan Teknik EN. MOHD.ASRI BIN ABDUL AZIZ 7 KLM 14 IPG Kampus Raja Melewar EN. VISHNU A/L KRISHNAN 8 KLM 15 IPG Kampus Ilmu Khas EN. MAT JOHAN BIN MAMAT 9 KLM 17 IPG Kampus Temenggong Ibrahim EN. MUHAMMAD SYKRI BIN YAHYA 10 KLM 18 IPG Kampus Sultan Mizan EN.MOHD YUSOFF BIN AWANG TO 11 KLM 19 IPG Kampus Perlis EN. NORKHAIZAM SABADI BIN ISMAIL 12 KLM 20 IPG Kampus Darulaman EN. ABDUL SATAR BIN HAMZAH 13 KLM 21 IPG Kampus Sultan Abdul Halim PN.NUR ELIYAWATON BINTI MOHD.ALIAS 14 KLM 22 IPG Kampus Ipoh PN. ZAHARAH BINTI ABD. MANAF 15 KLM 23 IPG Kampus Pendidikan Islam PN.VERONICA CRISTOBEL A/P ANTHONYSAMY 16 KLM 24 IPG Kampus Tawau DR.RAMLAN BIN MALA 17 KLM 25 IPG Kampus Gaya PN. FAZIDAH BINTI ABD. GHANI 18 KLM 26 IPG Kampus Kent EN. VICKNESWARAN A/L NAKARSALAPAN 19 KLM 27 IPG Kampus Rajang PN.ELLENOR EMPAI ANAK GILBERT ANTAS 20 KLM 28 IPG Kampus Sarawak DR. NARAWI BIN ABU BAKAR 21 KLM 29 IPG Kampus Batu Lintang EN. V RAJASEGARA A/L M. VELLO 22 KLM 30 IPG Kampus Dato’ Razali Ismail TN. HJ. ABD. RONIF BIN JAMALUDDIN 23 KLM 32 IPG Kampus Keningau PN. PHYLLIS LIM @ NUR AIN ABDULLAH 24 KLM 34 IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan EN. A. ZAMRI BIN ABD. RAHIM 25 KLM 35 IPG Kampus Tun Hussein Onn EN. ZAHIDI BIN KHAMIS 26 KLM 36 IPG Kampus Tuanku Bainun TN. HJ. MOHD. ZAHIR BIN NASIR 27 KLM 37 IPG Kampus Tun Abdul Razak DR.ZALIA BINTI ABDULLAH PESURUHJAYA DAERAH
CARTA ORGANISASI PPM KLM 30 IPGKDRI PENGERUSI Dr.Hajah Narita binti Mohd Nor NAIB PENGERUSI TS.Dr.Pajuzi bin Awang KETUA UNIT Tuan Mohd Zulkarnan bin Tuan Hussin PESURUHANJAYA ZON Encik Safri bin Aziz PESURUHANJAYA DAERAH Encik Abdul Ronif bin Jamaluddin PENOLONG PESURUHANJAYA DAERAH Jamaludin bin Alias Dr.Suriany Binti Mad Nor Dr.Azlinda binti Aziz Encik Ahmad Syawal Encik Rahim Bin Mohamed Encik Hamidi bin Salleh
AHLI JAWATANKUASA INDUK PENGAKAP PEK B PENASIHAT : ENCIK ABDUL RONIF BIN JAMALUDDIN ENCIK AHMAD SYAWAL BIN MOHAMAD ENCIK SAFRI BIN AZIZ PENGERUSI : LUT BIN MOHD SHUKRI PENOLONG PENGERUSI : NUR SYAKIRIN BINTI MOHAMAD RAZIS SETIAUSAHA : MUHAMMAD IEMAN AQASHA BIN MOHD ZAIDI NAIB SETIAUSAHA : SITI NUR SALIEYNA BINTI ZAWAWI BENDAHARI : AISYA FARHANA BINTI ADNAN NAIB BENDAHARI : MUHAMMAD FAHIM AZIM BIN ARSAT MAKLUMAT SEKAWAN NAMA SEKAWAN : PERANG KETUA SEKAWAN : MUHAMMAD AEDIL FAHMI BIN HANAFEI LAI PEN. KETUA SEKAWAN : NUR ANIS BINTI AZHAR QM : NUR IFFAH QISTINA BINTI MOHD ZULKIFLI AHLI : MUHAMMAD AMIR MUKHLIS BIN MOHD ROHIM IMTIAZ HUSNA BINTI WARDI ASYRAF MITURSSA RAGUPATHY NUR RASYIDAH BINTI MD ABDUL RAHMAN NUR SOFIAH SOLEHAH BINTI MOHD ZAMRI NUR SYAFIZAH BINTI MOHD BAKRI NURIN IMANINA BINTI AHMAD YUSRAN WAN EDELINA SYAHIRAH BINTI WAN HUSSIN KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA KE-30 (KLM-30) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL 21030 KUALA NERUS TERENGGANU
Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell Nama Singkatan : BP Tarikh lahir : 22 Februari 1857 Tempat lahir : London, England Pendidikan Awal : Charter House,London Pekerjaan Bekas : Mejar Tentera British Nama isteri : Lady Olive Baden Powell Tarikh Meninggal : 8 Januari 1941 Dunia SEJARAH PENGASAS PENGAKAP & PERGERAKAN DUNIA
Pada 22 Februari 1857, seorang bayi telah dilahirkan di sebuah rumah berhampiran Hyde Park, London. Bayi itu dinamakan Robert Stephenson Smyth Baden Powell. Bapanya bernama Reverend H.G. Baden Powell, iaitu seorang maha guru di Universiti Oxford. Ibunya ialah anak seorang Laksamana British bernama W.T. Smyth. Beliau juga mempunyai tujuh orang adik beradik. Pada usia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau dalam pemeliharaan ibunya. Beliau sangat gemar kepada penghidupan di luar rumah. Beliau terkenal dengan nama ringkas BP. BP amat sayang kepada kanak-kanak. BP ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Pasukan Askar Hussar ke-13 dan ditempatkan di India pada tahun 1876 dan kemudian mendapat pangkat Ketua Inspektor pada tahun 1903. Dalam satu serangan terhadap Mafeking pada tahun 1899, BP merancang membawa pesanan-pesanan dan menggantikan askar-askar di medan perang dengan kanak kanak yang tinggal di bandar yang diserang itu. Kepantasan dan kecekapan kanak kanak ini meninggalkan kesan yang amat dalam pada hati BP dan pada tahun 1907, ketika pulang ke England, beliau telah menganjurkan suatu perkhemahan percubaan di Pulau Brownsea bagi kanak-kanak lelaki. Melalui kejayaan perkhemahan di Pulau Brownsea itu, pada tahun 1908, BP telah mengarang sebuah buku bernama Scouting For Boys. BP menanam semangat taat kepada Tuhan, Raja dan Negara. Kejayaan ini tidak dapat ditandingi oleh teman-teman yang sezaman dengannya. Inti daripada pusaka yang ditinggalkannya ialah adunan teratur bagi kecekapan dan tatatertib yang mengembangkan dasar dasar asas seorang manusia. Dalam Jambori Pengakap Sedunia Pertama di Olympia, BP telah dilantik menjadi Pengakap Agung bagi seluruh dunia. Pada tahun 1937, sewaktu berumur 80 tahun, BP bersama sama isterinya. Lady Baden Powell, seorang yang telah bersungguh-sungguh membantu BP dalam segala kerja mengembangkan pergerakan pengakap, dengan disertai oleh anak-anaknya, meninggalkan Bandar Raya London menuju Kenya di Afrika dan bermastautin di sebuah kampung yang aman dengan pemandangan yang indah, hutan yang menghijau. SEJARAH PERMULAAN PENGAKAP OLEH PENGASAS PENGAKAP DUNIA
SEJARAH PERMULAAN PENGAKAP OLEH PENGASAS PENGAKAP DUNIA Buku ‘Scouting For Boys’ dijadikan panduan untuk semua pengakap dunia. Ramai yang telah menerima ideanya kerana ini terbukti dengan perkembangan pergerakan ini ke serata dunia kecuali negara-negara komunis. Pergerakan pengakap telah memberi peluang kepada muda mudi mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dan telah menunjukkan kecekapan dalam berbagai perkara yang diuji. Pada mulanya masyarakat menganggap perkhemahan sebagai sesuatu yang janggal, tetapi Lord Baden Powell telah menyangkal perkara ini sehinggalah kini perkhemahan bukan sahaja popular di kalangan pengakap malah di kalangan masyarakat biasa. Lord Baden Powell telah menerima banyak anugerah seperti 'Baron’ dan telah menjadi Ketua Pengakap Dunia. Pada tahun 1937, beliau menerima Order of Merit. Beliau telah meneruskan usaha dalam lapangan ini sehingga berumur 80 tahun. Beliau kemudiannya melancong ke serata pelosok dunia untuk menyaksikan sendiri kegiatan pengakap dan pandu puteri. Seumur hidupnya, BP telah berusaha mewujudkan kegembiraan kepada orang lain melalui pergerakan pengakap. Oleh yang demikian, adalah menjadi kerugian besar bagi semua orang khususnya pengakap apabila pada 8 Januari 1941 BP meninggal dunia. Mendiang dikebumikan dengan penuh kchormatan di bawah bayang-bayang kelembutan Gunung Kenya. Kata-kata akhirnya kepada kita semua di dalam pergerakan ini ialah: “Tuhan memimpin dan membantumu di dalam kerja-kerjamu. Berpengakap satu permainan bagi kanak-kanak,tetapi satu tanggungjawab kepada orang dewasa…….”.
NOTA PENGAKAP UNIFORM LENGKAP IKATAN / SIMPULAN GAJET KAWAD KAKI KHEMAH MASAKAN RIMBA PERTOLONGAN CEMAS SKIM LENCANA PENGAKAP LAGU-LAGU PENGAKAP CERITA HUTAN
UNIFORM LENGKAP
UNIFORM LENGKAP EPOLET/ PANGKAT
UNIFORM LENGKAP Tatacara pemakaian uniform lengkap pengakap
IKATAN/SIMPULAN Kegunaan • Menyambung dua utas tali yang sama saiz. • Mengikat pembalut segitiga semasa pertolongan cemas • Senang dibuka Kegunaan Menyambung dua tali yang sama saiz tetapi licin Menyambung dua tali yang tidak sama saiz Kegunaan Mengikat hujung tali pada pancangatau tiang Memulakan dan mengakhirkan ikatan (ikatan seraya,ikatan serong, ikatan silang gunting, lilit kacang dan lilit ular) Tidak mudah terlunsur Kegunaan Digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerut atau mengikat leher binatang supaya tidak terjerut
IKATAN/SIMPULAN Kegunaan Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak. Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan selamat. Kegunaan Kegunaan Mengikat hujung tali pada tiang atau okok dengan mudah Menarik balak atau kayu Memulakan ikatan serang Kegunaan Mengikat dua batang tiang yang bukan bersudut tepat antara satu sama lain. Kegunaan Mengikat dua batang tiang yang bersilang antara satu sama lain
GAJET Dalam aktiviti perkhemahan, para peserta perlu mempelajari cara untuk membina kraf kayu atau dengan nama lain juga disebut sebagai ‘gajet’ memudahkan pengurusan tempat atau kawasan perkhemahan dan menjadikan aktiviti perkhemahan lebih tersusun dan teratur. AMPAIAN KAIN TEMPAT BUANG SAMPAH
GAJET AMPAIAN KAIN TEMPAT BUANG SAMPAH
GAJET MEJA DAN KERUSI KATIL
KAWAD KAKI ASAS KAWAD KAKI PENGAKAP KANAK-KANAK SEDIA SEDIAKAN DIRI REHATKAN DIRI HADAPAN LURUS
KAWAD KAKI KE KANAN LURUS PUSING KE BELAKANG PUSING KE KANAN PUSING KE KIRI
1. Baris dalam tiga barisan mengikut paras. 2. Buka barisan gerak ... Tindakan : Baris hadapan 1 langkah kiri ke hadapan dan kanan hentak. Baris belakang 1 langkah kiri kebelakang dan kanan hentak. 3. Baris... Ke kanan lurus ... Pandang depan... Tindakan : Angkat tangan kanan paras bahu. Kepala ke kanan. Kaki bergerak untuk meluruskan barisan. Tangan turun dan kepala pandang depan semula. 4. Baris ... senang diri ... Tindakan : Kaki kiri hentak jarak dari kaki kanan dan tangan ke belakang punggung. 5. Baris ... baris sedia ... Tindakan : Kaki kiri hentak dan rapat ke kaki kanan dan tangan berada ke sisi badan. 6. Bergerak ke kiri ... kiri pusing ... Tindakan : Badan pusing ke kiri. kaki kiri hentak. 7. Bergerak ke kanan ... ke belakang pusing ... Tindakan : Badan pusing ke belakang. kaki kiri hentak. 8. Baris akan menghadap ke hadapan ... kiri pusing ... Tindakan : Pusing menghadap ke kedudukan komander. 9. 10-1-2 hentak kaki hentak Tindakan : Buat 10 hentakan dimulai kaki kiri. Perkataan 1 dihentak pada kaki kiri. Perkataan 2 dihentak pada kaki kanan sebagai hentakan berhenti. KAWAD STATIK
1. Bergerak ke kiri ... kiri pusing... Komander mengarahkan ahli supaya berpusing ke arah kiri dengan menggunakan bahasa hukuman. 2. Dari kiri / kanan ... cepat jalan ... Komander mengarahkan ahli berjalan dalam keadaan berkawad dengan menggunakan bahasa hukuman. 3. Kiri belok ... Semasa menghampiri kon, Komander mengarahkan supaya ahli membelok ke arah kiri menggunakan bahasa hukuman. Sebanyak 2 kon yang akan dilalui pada laluan ini 4. Tukar langkah semasa berjalan ... Tukar langkah3x Setelah melepasi kon dan kedudukan ahli menghampiri kawasan tengah, Komander mengarahkan ahli supaya membuat pergerakan tukar langkah semasa berjalan (3 kali sebutan secara berturut-turut selepas setiap perbuatan) dan disusuli dengan perkataan Maju selepas perbuatan tukar langkah yang ketiga. 5. Kiri belok ... Semasa menghampiri kon, Komander mengarahkan supaya ahli membelokke arah kiri menggunakan bahasa hukuman. Sebanyak 4 kon yang akan dilalui pada laluan ini. 6. Hormat ... hormat ke kanan ... hormat ... Setelah melepasi kon dan kedudukan ahli menghampiri kawasan tengah, Komander mengarahkan ahli supaya membuat pergerakan tabik hormat ke arah kanan semasa berjalan menggunakan bahasa hukuman. KAWAD DINAMIK
7. Pandang ... depan ... Semasa ahli terakhir menghampiri kawasan pentas hormat, Komander mengarahkan ahli menjatuhkan tabik hormat menggunakan bahasa hukuman. Tindakan : Buat 10 hentakan dimulai kaki kiri. Perkataan 1 dihentak pada kaki kiri. Perkataan 2 dihentak pada kaki kanansebagai hentakan berhenti. 8. Bergerak ke kanan ... bertiga-tiga ... belakang pusing... Semasa menghampiri kon, Komander mengarahkan ahli berpatah balik ke kawasan tengah litar dengan menggunakan bahasa hukuman 9. Baris ... henti... Setelah ahli sampaike bahagian tengah litar, Ketua Platun mengarahkan ahli untuk berhenti dengan menggunakan bahasa hukuman. 10. Menghadap ke hadapan... kiri pusing ... Ketua Platun kemudiannya mengarahkan ahli menghadap ke hadapan pentas hormat menggunakan bahasa hukuman. 11. Baris ... akan mara menghadap... dari tengah... cepat jalan ... Komander kemudiannya berpusing menghadap ke hadapan pentas hormat dan mara mengadap ke hadapan Ketua Pengadil bersama–sama keseluruhan platun menggunakan bahasa hukuman. Pergerakan adalah sebanyak 14 langkah dan berhenti di hadapan Ketua Hakim. 12. Hormat ke hadapan ... hormat ... Komander mengarahkan semua ahli memberi tabik hormat kepada Ketua hakim dengan menggunakan bahasa hukuman (perbuatan tabik hormat dilakukan secara serentak selama 3 kiraan /saat sahaja) KAWAD DINAMIK
TEKNIK MEMILIH DAN MEMBELI KHEMAH Khemah adalah satu elemen terpenting dalam aktiviti perkhemahan. Material khemah yang baik adalah penting dalam merancang untuk membeli khemah yang selesa dan selamat. Perkara yang harus diperhatikan dan diambil kira apabila kita membelinya ialah: 1. Perlindungan - dapat memberi perlindungan yang baik daripada hujan, panas, sejuk dan serangga berbisa. Contohnya, mempunyai netting di pintu dan ventilation yang baik. 2. Keselesaan – sediakan ruang untuk menyimpan barangbarang serta tempat tidur yang selesa 3. Kalis Air – pastikan khemah yang didirikan jenis kalis air kerana anda akan basah apabila cuaca hujan 4. Tahan lasak – tidak mudah terkoyak dan reput 5. Ukuran – tentukan ukuran khemah yang sesuai digunakan JENIS – JENIS KHEMAH 1. Ridge Tent (Khemah Tiang) 2. Dome Tent (Khemah Kubah) 3. Frame Tent (Khemah Rangka) 4. Bell Tent (Khemah Loceng) KHEMAH
KHEMAH 1.RIDGE TENT (KHEMAH TIANG) Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung Diperbuat daripada material nylon yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat Sesuai untuk khemah perubatan, urusetia dan servis Contoh : 2. DOME TENT (KHEMAH KUBAH) Berbentuk gelembung atau kubah di bahagian atasnya dan menggunakan material yang sesuai dan fleksibel. Ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk perkhemahan di sekolah dan sebagainya. Contoh:
KHEMAH 4. BELL TENT (KHEMAH LOCENG) Mempunyai satu tiang tinggi di puncak Khemah jenis ini jarang digunakan dan digantikan dengan khemah ‘dome’ Contoh: 3. FRAME TENT (KHEMAH RANGKA) Khemah jenis besar yang biasanya digunakan untuk perkhemahan keluarga Rangka khemah akan dipasang dahulu dan kanvas dipasang kemudian Contoh:
TEKNIK MEMILIH TAPAK PERKHEMAHAN YANG SESUAI KHEMAH TEMPAT YANG HARUS DIHINDARKAN 1. Kawasan khemah yang lembab dan berair. 2. Dikawasan tanah yang berlumpur. 3. Berhampiran belukar, semak samun atau kawasan lalang (elak gangguan serangga contoh nyamuk, haiwan kecil contoh ular dan jika kawasan lalang ia mudah terbakar). 4. Di atas tebing curam (risiko tergelicir atau tanah runtuh). 5. Di kawasan berbatu yang tajam, akar pokok yang timbul di permukan tanah. 6. Di bawah pokok atau berdahan mati (risiko dahan patah dan menghempap khemah). 7. Di bawah pokok yang beracun seperti pokok rengas. 8. Di atas denai binatang (laluan binatang atau laluan manusia). 9. Berhampiran tempat sumber makan/minum haiwan (risiko diserang haiwan). 10. Di kawasan kotor atau berhampiran dengan sampah sarap. 11. Terlalu dekat dengan sungai (risiko berlaku ibu air). Carilah tapak perkhemahan sebaik-baiknya lapang dan tanahnya rata. Terdapat sumber / punca air berhampiran. Mendapat pancaran cahaya matahari untuk mengeringkan khemah jika basah. Terlindung daripada tiupan angin secara terus. Lakukan pemeriksaan di sekitar kawasan perkhemahan (untuk keselamatan). Jika boleh carilah tapak yang mempunyai permandangan yang menarik. TEKNIK MEMILIH TAPAK PERKHEMAHAN YANG SESUAI
CARA-CARA MEMASANG KHEMAH Jenis-Jenis Khemah: Khemah yang sering digunakan sewaktu camping dan hiking adalah dome tent iaitu khemah kubah. Item utama khemah adalah seperti berikut: • Main canvas (1 unit) • Flexible poles (2 batang) • Top cover (1 unit) • L shape besi pacak (4 unit) KHEMAH
LANGKAH-LANGKAH PEMASANGAN KHEMAH KHEMAH 1. Pastikan kedudukan tirai khemah adalah ke arah yang dikehendaki. 2. Mulakan dengan memasukkan flexible poles (rangka lentur) sebagai rangka khemah. 3. Setiap hujung poles dimasukkan ke dalam lubang penjuru khemah (lubang yang paling hampir dengan khemah). 4. Seterusnya, ikat kedua-dua flexible poles bagi menstabilkan rangka khemah
KHEMAH 5. Masukkan besi pacak berbentuk L ke dalam lubang penjuru khemah dan benamkannya. Sekiranya perlu, letakkan batu atas besi pacak bagi memastikan khemah kukuh dan stabil. 6. Letakkan top cover dan cangkuk pada tempat yang disediakan agar top cover tidak melayang. 7. Betulkan ikatan dan kedudukan khemah supaya nampak lebih kemas. Siap!
KHEMAH LANGKAH-LANGKAH MENURUNKAN KHEMAH 1. Pasti segala barang dikeluarkan daripada khemah. 2. Tanggalkan ikatan tali khemah pada pancang kemudian turunkan khemah. 3. Kumpulkan pancang khemah dan tiang khemah yang di taman. 4. Sebelum melipat khemah, pastikan tiada sampah sarap yang melekat pada khemah. 5. Bagi khemah yang masih lembap, keringkan di bawah cahaya matahari. 6. Bentangkan khemah di atas tanah. Semua helai pintu, penahan angina dan tali khemah hendaklah dilipatkan ke bahagian dalam. 7. Selepas itu, khemah perlu dilipat sehingga lebarnya lebih kurang 0.5 meter. 8. Khemah mesti diikat dengan kemas dan betul supaya tidak terburai di pertengahan jalan. 9. Bersihkan kawasan perkhemahan
MASAKAN RIMBA Kebiasaannya seorang pengakap yang menghadiri sesuatu perkhemahan membawa periuk dan cerek sendiri. Peralatan ini membolehkan kita menjerang air, menanak nasi dan memasak sayursayuran. Sesetengah orang yang belum pernah memasak akan mendapatinya sebagai suatu pekerjaan yang menyusahkan. Seorang pengakap dilatih memasak tanpa menggunakan periuk atau lain-lain peralatan memasak. Cara ini dikenali sebagai masakan hutan/rimba atau backwoodsman. Memasak cara ini lebih sukar jika berbanding dengan menggunakan periuk. Namun begitu, masakan rimba akan menjadi suatu aktiviti yang senang dan menyeronokkan apabila sentiasa dilatih apabila berkhemah di luar. Kita boleh memasak nasi dengan pelbagai cara dengan menggunakan bahan seperti buluh, buahbuahan tertentu, kerajang aluminium, lumpur, tanah dan sebagainya. Memasak Dengan Menggunakan Buluh Buluh dalam pergerakan pengakap sangat penting untuk membuat gajet, pioneering dan projek penerokaan. Buluh juga sesuai dijadikan bekas (container) untuk memasak nasi. Potong seruas buluh yang nipis dan besar saiznya. Buluh yang dipilih seharusnya tidak retak. Basuh bahagian dalam buluh sehingga bersih. Kita perlu terlebih dahulu menyukat isipadu keseluruhan buluh tersebut contohnya isipadu buluh tersebut ialah satu cupak air. Basuh lebih kurang sebanyak 1/2 cupak beras (isipadu keseluruhan buluh dibahagi dua) sehingga bersih. Kemudian masukkan beras yang bersih ke dalam buluh tersebut. Jika pokok pisang senang didapati, kita boleh memasukkan daun pisang di bahagian dalam tepi buluh sebelum memasukkan beras (seperti membuat lemang). Hasilnya nasi yang dimasak lebih enak dan wangi. Setelah kesemua beras dimasukkan, masukkan lebih kurang 1/2 cupak air ke dalam buluh tersebut. Sukatan beras dan air yang belum dibasuh adalah sama banyak. Adunan ini akan menghasilkan nasi yang baik atau tidak mentah.
MASAKAN RIMBA Selepas itu tutupkan bahagian atas buluh tersebut dengan daun pisang atau sebagainya. Kemudian letakkan buluh tersebut berhampiran dengan nyalaan seperti membakar lemang. Sekali sekala kita perlu membalikkan kedudukan buluh itu agar semua bahagian buluh tersebut terkena panas api dengan sekata. Apabila air di dalam buluh hampir kering, api yang menyala seharusnya dikurangkan supaya berbara sahaja. Ini disebabkan beras di dalam buluh itu hampir masak. Kita boleh mengetahui sama ada nasi sudah cukup masak dengan mencungkil sedikit nasi di bahagian atas. Jika sudah masak, alihkan buluh tersebut. Belah buluh dengan menggunakan pisau atau parang. Buluh juga boleh digunakan untuk memasak bahan-bahan makanan lain secara merebus.
MASAKAN RIMBA Memasak Dengan Menggunakan Buah Kelapa Nasi juga boleh disediakan dengan menggunakan buah kelapa muda. Potong bahagian atas buah kelapa dengan cermat. Bahagian atas ini akan digunakan sebagai penutup. Jangan buang air kelapa muda ini sebaliknya masukkan beras yang sudah dibasuh bersih ke dalamnya. Sukatan beras hendaklah sama dengan sukatan air kelapa muda tersebut (sama seperti kaedah memasak nasi dengan buluh). Letakkan buah kelapa muda ini di atas nyalaan api sehingga masak. Hasilnya, nasi yang ditanak amat enak kerana mempunyai rasa lemak manis buah kelapa muda. Memasak Dengan Menggunakan Kerajang Aluminium Kita juga boleh memasak dengan menggunakan kerajang aluminium yang sudah dibawa terlebih dahulu dari rumah. Kerajang aluminium ini boleh digunakan untuk memasak bahan makanan seperti ikan, telur atau daging. Basuh makanan yang hendak dimasak dan adunkan rempah secukupnya. Kemudian bungkuskan bahan makanan itu dengan menggunakan kepingan aluminium. Letakkan bungkusan tersebut ke dalam nyalaan api (aluminium tidak akan terbakar atau cair kerana mempunyai takat lebur yang tinggi). Setelah lebih kurang 20 hingga 30 minit, keluarkan bungkusan tersebut daripada api dan buka bungkusan itu dengan cermat (awas: bungkusan akan menjadi terlampau panas). Makanan tersebut sudah pun masak.
MASAKAN RIMBA Memasak dengan menggunakan ubi kentang Kita juga boleh memasak telur dengan menggunakan ubi kentang.Potong ubi kentang dengan cermat kemudian buangkan isi ubi kentang seberapa yang boleh. Selepas itu masukkan telur yang telah diadukan ke dalam isi kentang. Kemudian tutup dengan menggunakan bahagianubi kentang yang telah dipotong. Kemaskannya dengan menggunakan bilah buluh atau kayu. Letakkan ubi kentang di atas api sehingga isi kandungannya masak. Memasak Dengan Menggunakan Lumpur/Pasir/Tanah/Tanah Liat Lumpur atau tanah liat juga boleh dijadikan bekas untuk memasak.Contohnya untuk memasakikan dan telur.Ambil lumpur atau tanah liat yang bersihdan balutkan telur atau ikan yang sudah bersih untuk dimasak. Selepas itu masukkan balutkan lumpur atau tanah liat ini ke dalam api lebih kurang 10 hingga 20 minit. Jika lumpur atau tanah liat sukar didapati, pasir atau tanah boleh digunakan sebagai medium untuk memasak. Kaedah ini digunakan untuk memasak nasi, telur, ubi dan sebagainya. Untuk memasak nasi, basuh dan rendamkan beras ke dalam air selama lebih kurang2 jam. Selepas itu, isikanberas ke dalam kain yang bersih dan diikat dengankemas. Kemudian sediakan lubang dan masukkan bahan yang hendak dimasak (contohnya beras, telur dan ubi) ke dalam lubang dan ditimbuskan. Nyalakan api pada bahagian atas lubang selama lebih kurang 30 minit. Masa memasak bergantung kepada keadaan api dan jenis bahan yang dimasak.
MASAKAN RIMBA Memasak Menggunakan Daun Daun yang lebar seperti daun pisang dan daun kunyit boleh digunakan untuk memasak terutamanya ikan dan telur.Memasak ikan dengan menggunakan daun kunyit lebih sedap dan wangi baunya. Basuh dan bersihkan ikan yang hendak dimasak. Kemudian bungkuskan dengan daun. Sepitkan bungkusan daun di celah kayu atau buluh pemanggang. Bungkusan itu diletakkan di atas panas bara api sehingga cukup masak. Apabila sudah masak, kita boleh membuka bungkusan daun tersebut dan menikmati ikan yang telah dimasak Menyediakan Roti Lilit Kita juga boleh menyediakan roti lilit di kawasan perkhemahan. Campurkan tepung gandum dengan sedikit garam, air secukupnya dan ibu roti. Jika ada marjerin atau mentega, bahan ini boleh dicampurkan sekali untuk mengenakkan adunan roti. Selepas itu uli dengan sebati. Sediakan sepotong kayu kecil sebesar ibu jari dan bersihkan kulitnya. Bentukkan tepung gandum yang diuli tadi supayalebarnya kira-kira 5 cm dan tebalnya 1.5 cm (panjangpula tanpa had). Lilitkan adunan tadi pada kayu. Selepas itu letakkan adunan yang telah dililit rapat dengan bara api sehingga garing. Pusingkan bahagian kayu tersebut sekali sekala supaya semua bahagian roti lilit itu masak sekata.
PERTOLONGAN CEMAS Pertolongan Cemas (PC) ialah bantuan permulaan atau rawatan pertama yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan atau mengalami kecemasan secara mengejut sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan. MATLAMAT PERTOLONGAN CEMAS Menyelamatkan nyawa Mengurangkan atau melegakan kesakitan Mencegah kecederaan daripada merebak atau menjadi lebih teruk PRINSIP DAN PROSEDUR PERTOLONGAN CEMAS D Danger (Bahaya) R Response (Tindakan) A Airways (Saluran Pernafasan) B Breathing (Pernafasan) C Circulation (Peredaran darah)
D (Bahaya) Sebagai penyelamat, pastikan keadaan persekitaran selamat untuk kita bertindak sebagai penyelamat. Sebagai contoh, jika mangsa terkena kejutan elektrik, pastikan mangsa sudah bebas dari aliran elektrik dan persekitaran mangsa juga selamat dari mengelakkan kita terkena renjatan elektrik. R (Tindakbalas) Memeriksa tindakbalas mangsa terhadap arahan, sentuhan dan kesakitan. Mangsa mungkin bertindakbalas dengan pergerakan mata, anggota atau pertuturan. A (Saluran pernafasan) Bertujuan memastikan saluran udaraa untuk pernafasan adalah terbuka. Membuka saluran udara dengan mendongakkan kepala mangsa ke belakang dan angkat dagu mangsa. Kedudukan ini akan mengangkat lidah mangsa dari arah belakang tekak supaya ia tidak menghalang laluan udara. PERTOLONGAN CEMAS
PERTOLONGAN CEMAS B (Pernafasan) Selepas saluran pernafasan dibuka, tindakan seterusnya yang perlu dilakukan adalah memeriksa pernfasan mangsa. Dekatkan telinga disisi mulut dan hidung mangsa dengan keadaan muka menghadap ke dada mangsa. Keadaan tersebut membolehkan penyelamat mendengar bunti nafas dan merasa hembusan nafas. Jika tiada nafas, berikan bantuan pernafasan. Contohnya, CPR. C (Peredaran darah) Langkah ini perlu dilakukan sekiranya jantung mangsa telah terhenti ataupun nadi mangsa telah tidak berdenyut. Memberi tekanan atau mampatan pada dada (sternum) mangsa. Pastikan tangan sentiasa lurus semasa memberi tekanan dan gunakan berat badan untuk melakukan tekanan
PERTOLONGAN CEMAS Kedudukan Pemulihan Setelah mangsa sedar selepas diberikan rawatan seperti CPR, letakkan mangsa dalam keadaan pemulihan. Kedudukan ini bertujuan untuk menghalang lidah mangsa daripada menutupi tekak atau saluran pernafasan. Kepala leher dan bahagian belakang badan mangsa hendaklah diletakkan dalam keadaan lurus. Kaki mangsa dibengkokkan bagi mengekalkan badan dalam keadaan teguh dan selesa.