The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sufiarafidah, 2023-09-07 10:29:16

PANDUAN PENILAIAN TP PBD TAHUN 2

PANDUAN PENILAIAN TP PBD TAHUN 2

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA KULAI, JOHOR PANDUAN PENILAIAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) TAHUN 2 DISEDIAKAN OLEH: UNIT PBD SK BANDAR PUTRA


BAHASA MELAYU TAHUN 2 (TP) TAHAP PENGUASAAN PENYATAAN TAHAP PENGUASAAN KESELURUHAN 1 • Mencapai pengetahuan dan kemahiran bahasa yang sangat terhad. Dia dapat memberi maklum balas terhadap ayat perintah dan soalan mudah semasa mendengar, membaca dengan sebutan yang betul di samping memahami maklumat dalam petikan dan menulis ayat mudah dalam karangan secara berpandu dengan banyak bimbingan guru. 2 • Mencapai pengetahuan dan kemahiran bahasa yang terhad. Dia dapat memberi maklum balas terhadap ayat perintah dan soalan mudah semasa mendengar, membaca dengan sebutan yang betul di samping memahami maklumat dalam petikan dan menulis ayat mudah dalam karangan secara berpandu dengan sedikitbimbingan. 3 • Mencapai pengetahuan dan kemahiran bahasa yang memuaskan. Dia dapat memberi maklum balas terhadap ayat perintah dan soalan mudah semasa mendengar, membaca dengan sebutan yang betul di samping memahami maklumatdan nilai dalam petikan dan menulis ayat dalam karangan secara berpandu tanpa bimbingan guru. 4 • Mencapai pengetahuan dan kemahiran bahasa dengan tahap baik. Dia dapat memberi maklum balas terhadap ayat perintah dan soalan mudah semasa mendengar, membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul di samping memahami maklumat dan nilai dalam petikan dan menulis ayat dalam karangan. 5 • Mencapai pengetahuan dan kemahiran bahasa dengan tahap sangat baik. Dia dapat memberi maklum balas terhadap pelbagai jenis ayat semasa mendengar, membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul di samping memahami maklumat dan nilai dalam petikan dan menulis ayat dalam karangan pada tahap terperinci. 6 • Mencapai pengetahuan dan kemahiran bahasa dengan tahap cemerlang. Dia dapat memberi maklum balas terhadap pelbagai jenis ayat semasa mendengar, membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul di samping memahami maklumat dan nilaidalam petikan dan menulis ayat dalam karangan pada tahap terbaik yang boleh menjadi model teladan atau contoh.


BAHASA INGGERIS TAHUN 2 (TP) TAHAP PENGUASAAN PENYATAAN TAHAP PENGUASAAN KESELURUHAN 1 • Can hardly read and understand simple words and very simple phrases evenwith full guidance. • Can copy simple phrases and sentences, as well as repeat them slowly and clearly. 2 • Can read and understand simple phrases and sentences with visual support andfull guidance. • Can use simple phrases and sentences in speaking and writing with visualsupport and full guidance. 3 • Can read and understand simple phrases and sentences with some guidance. • Can use simple phrases and sentences in speaking and writing with some guidance. 4 • Can read and understand simple phrases and sentences with little guidance. • Can use simple phrases and sentences in speaking and writing with littleguidance. 5 • Can read and understand simple phrases and sentences with no guidance. • Can use simple phrases and sentences in speaking and writing with no guidance. 6 • Can read and understand simple words and very simple phrases confidently and independently. • Can use simple words and very simple phrases in speaking and writing confidently and independently. • Shows a good example of language use to others.


MATEMATIK TAHUN 2 (TP) TAHAP PENGUASAAN PENYATAAN TAHAP PENGUASAAN KESELURUHAN 1 • Boleh menyatakan pengetahuan asas matematik tentang nombor bulat hingga 1000, operasi tambah, tolak, darab dan bahagi, pecahan wajar dan perpuluhan, nilai wang hingga RM100, tanda senggatan lima minit pada muka jam, mengenal sentimeter, meter, gram, kilogram, liter dan milliter, menperihalkan bentuk tiga dimensi dan dua dimensi dan membaca maklumat dari carta palang melalui kemahiran proses berkomunikasi dan perwakilan dengan bimbingan serta menunjukkan minat untuk belajar. 2 • Boleh menerangkan pengetahuan asas matematik bagi nombor bulat hingga 1000, menentukan dan menerangkan ayat matematik berkaitan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi, menulis dan mewakilkan pecahan wajar dan perpuluhan dalam bentuk gambarajah, menentukan nilai wang hingga RM100, menukar waktu dalam jam dan minit, mengukur panjang, menimbang berat, menyukat isi padu cecair, mengenal pasti bentuk tiga dimensi dan dua dimensi dan mengumpul data melalui kemahiran proses berkomunikasi dan perwakilan serta menunjukkan minat dan sifat ingin tahu. 3 • Boleh mengaplikasikan pengetahuan asas matematik bagi nombor bulat hingga 1000, melakukan pengiraan bagi operasi tambah, tolak, darab dan bahagi yang nombor bulat dan wang hingga RM100, membanding dua nilai pecahan dan perpuluhan, merekodkan waktu dalam jam dan minit, membanding dan menganggar ukuran dan sukatan, menentukan bentuk tiga dimensi berdasarkan bentangan dan melukis bentuk dua dimensi dan membaca dan mendapat maklumat dari carta palang melalui kemahiran proses berkomunikasi, penyelesaian masalah, penaakulan, perwakilan dan perkaitan serta melaksanakan tugasan mudah dengan yakin dan jujur serta pamerkan penyelesaian dengan tepat. 4 • Boleh menyelesaikan masalah berayat berkaitan kehidupan harian bagi nombor bulat hingga 1000, operasi asas, pecahan dan pepuluhan, wang, masa dan waktu, ukuran dan sukatan, bentuk tiga dimensi dan dua dimensi dan carta palang melalui kemahiran proses berkomunikasi, penyelesaian masalah, penaakulan, perwakilan dan perkaitan serta menyelesaikan tugasan dengan betul, bersistematik dan berani mencuba. 5 • Boleh menyelesaikan masalah berayat berkaitan kehidupan harian bagi nombor bulat hingga 1000, operasi asas, pecahan dan pepuluhan, wang, masa dan waktu, ukuran dan sukatan, bentuk tiga dimensi dan dua dimensi dan carta palang melalui kemahiran proses berkomunikasi, penyelesaian masalah, penaakulan, perwakilan dan perkaitan serta melaksanakan tugasan menggunakan pelbagai strategi secara bekerjasama, rajin dan tabah. 6 • Boleh menyelesaikan masalah bukan rutin berkaitan kehidupan harian bagi nombor bulat hingga 1000, operasi asas, pecahan dan pepuluhan, wang, masa dan waktu, ukuran dan sukatan, bentuk tiga dimensi dan dua dimensi dan carta palang melalui kemahiran proses berkomunikasi, penyelesaian masalah, penaakulan, perwakilan dan perkaitan secara kreatif dan inovatif serta boleh menjadi pembimbing dan teladan kepada rakan lain


SAINS TAHUN 2 (TP) TAHAP PENGUASAAN PENYATAAN TAHAP PENGUASAAN KESELURUHAN 1 • Boleh menyebut cara manusia dan haiwan membiak, keperluan asas untuk biji benih bercambah, sumber cahaya, komponen dalam litar elektrik, contoh bahanyang boleh larut dan tidak boleh larut, sumber air semulajadi, contoh jenis gas dalam udara, komponen set binaan dan kemahiran saintifik serta menunjukkanminat dalam bidang ilmu sains. 2 • Boleh menerangkan tentang tumbesaran manusia, haiwan dan tumbuhan, pembentukan bayang-bayang, fungsi komponen litar elektrik, kaedah mengasingkan campuran, arah aliran air, kewujudan udara, manual bergambar yang terdapat dalam set binaan dan kemahiran saintifik serta menunjukkan minatdan sifat ingin tahu dalam bidang ilmu sains. 3 • Boleh menggunakan pengetahuan dan kemahiran saintifik untuk melaksanakan tugasan mudah dari aspek pembiakan dan tumbesaran manusia dan haiwan, tumbesaran tumbuhan, pembentukan bayang-bayang, litar elektrik lengkap, campuran, kitar air semulajadi, kesan udara bergerak dan set binaan dengan jujur serta merekod data dengan tepat. 4 • Boleh menghuraikan pengetahuan dan kemahiran saintifik untuk menyelesaikan masalah secara bersistematik dari aspek pembiakan dan tumbesaran manusia dan haiwan, tumbesaran tumbuhan, pembentukan bayang-bayang, litar elektrik lengkap, campuran, kitar air semulajadi, kesan udara bergerak dan set binaan sertaberani mencuba. 5 • Boleh membuat keputusan dalam konteks penyelesaian masalah berdasarkan pengetahuan dan kemahiran saintifik dari aspek pembiakan dan tumbesaran manusia dan haiwan, tumbesaran tumbuhan, pembentukan bayang-bayang, litarelektrik lengkap, campuran, kitar air semulajadi, udara dan set binaanserta bekerjasama, rajin dan tabah. 6 • Boleh menghasilkan idea atau produk baharu yang kreatif untuk menyelesaikan masalah dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran saintifik dari aspek pembiakan dan tumbesaran manusia dan haiwan, tumbesaran tumbuhan, pembentukan bayang-bayang, litar elektrik lengkap, campuran, kitar air semulajadi, udara dan set binaan serta bertanggungjawab ke atas diri, rakan danalam sekitar.


PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 (TP) TAHAP PENGUASAAN PENYATAAN TAHAP PENGUASAAN KESELURUHAN 1 boleh: • menguasai kemahiran asas bacaan dan hafazan surah al-Nas dan al-Falaq serta tulisan jawi dengan bimbingan. • menyatakan perkara asas berkaitan Sifat 20, nama Allah al-Ahad dan al-Somad, percaya kepada Malaikat, istinjak, bacaan rukun dan sunat dalam solat, syarat wajib dan sah solat, tanda kenabian dan sifat amanah Rasulullah serta adab makan, bersahabat, berdoa dan mengasihi Rasulullah saw. 2 boleh: • menguasai kemahiran asas bacaan dan hafazan surah al-Nas dan al-Falaq serta tulisan jawi dengan betul. • menerangkan perkara asas berkaitan berkaitan Sifat 20, nama Allah al-Ahad dan al-Somad, percaya kepada Malaikat, istinjak, bacaan rukun dan sunat dalam solat, syarat wajib dan sah solat, tanda kenabian dan sifat amanah Rasulullah serta adab makan, bersahabat, berdoa dan mengasihi Rasulullah saw. 3 boleh: • menguasai kemahiran bacaan dan hafazan surah al-Nas dan al-Falaq dengan betul dan bertajwid serta tulisan jawi dengan betul dan tepat. • melaksanakan perkara asas berkaitan berkaitan Sifat 20, nama Allah al-Ahad dan al-Somad, percaya kepada Malaikat, istinjak, bacaan rukun dan sunat dalam solat, syarat wajib dan sah solat, tanda kenabian dan sifat amanah Rasulullah serta adab makan, bersahabat, berdoa dan mengasihi Rasulullah saw. 4 boleh: • menguasai kemahiran bacaan dan hafazan surah al-Nas dan al-Falaq dengan betul dan bertajwid serta tulisan jawi dengan betul dan tepat serta mengamalkannya. • menghurai dan mengamalkan perkara asas berkaitan Sifat 20, nama Allah al-Ahad dan al-Somad, percaya kepada Malaikat, istinjak, bacaan rukun dan sunat dalam solat, syarat wajib dan sah solat, tanda kenabian dan sifat amanah Rasulullah serta adab makan, bersahabat, berdoa dan mengasihi Rasulullah saw. 5 boleh: • menguasai kemahiran bacaan dan hafazan surah al-Nas dan al-Falaq dengan betul dan bertajwid serta tulisan jawi dengan betul dan tepat serta mengamalkannya dengan beradab. • memberi hujah dan mengamalkan secara beradab perkara asas berkaitan Sifat 20, nama Allah al-Ahad dan al-Somad, percaya kepada Malaikat, istinjak, bacaan rukun dan sunat dalam solat, syarat wajib dan sah solat, tanda kenabian dan sifat amanah Rasulullah serta adab makan, bersahabat, berdoa dan mengasihi Rasulullah saw. 6 boleh: • menguasai kemahiran bacaan dan hafazan surah al-Nas dan al-Falaq dengan betul dan bertajwid serta tulisan jawi dengan betul, tepat dan tekal serta mengamalkannya dengan beradab dan istiqamah. • merumuskan dan mengamalkannya secara beradab dan istiqamah perkara asas berkaitan Sifat 20, nama Allah al-Ahad dan al-Somad, percaya kepada Malaikat, istinjak, bacaan rukun dan sunat dalam solat, syarat wajib dan sah solat, tanda kenabian dan sifat amanah Rasulullah serta adab makan, bersahabat, berdoa dan mengasihi Rasulullah saw.


PENDIDIKAN MORAL TAHUN 2 (TP) TAHAP PENGUASAAN PENYATAAN TAHAP PENGUASAAN KESELURUHAN 1 boleh menyatakan perkara seperti: • mematuhi agama atau kepercayaan keluarga • membantu keluarga • berbertanggungjawab terhadap keluarga • Mengucapkan terima kasih terhadap keluarga • beradab bersopan terhadap keluarga • menghormati ahli keluarga • Menyayangi ahli keluarga • Bersikap adil terhadap keluarga • Menjaga nama baik keluarga • Bersikap jujur sesama ahli keluarga • Bersikap rajin sesama ahli keluarga • Bekerjasama dalam keluarga 2 boleh menceritakan perkara seperti: • agama atau kepercayaan keluarga • Membantu keluarga • bertanggungjawab terhadap keluarga • Mengucapkan terima kasih terhadap keluarga • beradab bersopan terhadap keluarga • menghormati ahli keluarga • Menyayangi ahli keluarga • Bersikap adil terhadap keluarga • Menjaga nama baik keluarga • Bersikap jujur sesama ahli keluarga • Bersikap rajin sesama ahli keluarga 3 boleh melaksanakan perkara seperti: • memberi bantuan secara ikhlas dan bertanggungjawab ke atas ahli keluarga serta dapat mempertahankan maruah keluarga. • bekerjasama, bertoleransi dalam melaksanakan tugasan bersama ahli keluarga • bersopan santun, selalu mengucap terima kasih, menghormati, menyayangi keluarga, bersikap jujur dan rajin serta bersederhana. 4 boleh melaksanakan perkara berikut mengikut situasi seperti: • memberi bantuan secara ikhlas dan bertanggungjawab ke atas ahli keluarga serta dapat mempertahankan maruah keluarga. • bekerjasama, bertoleransi dalam melaksanakan tugasan bersama ahli keluarga • bersopan santun, selalu mengucap terima kasih, menghormati, menyayangi keluarga, bersikap jujur dan rajin serta bersederhana. 5 boleh melaksanakan perkara berikut dalam kehidupan harian seperti: • memberi bantuan secara ikhlas dan bertanggungjawab ke atas ahli keluarga serta dapat mempertahankan maruah keluarga. • bekerjasama, bertoleransi dalam melaksanakan tugasan bersama ahli keluarga • bersopan santun, selalu mengucap terima kasih, menghormati, menyayangi keluarga, bersikap jujur dan rajin serta bersederhana. 6 boleh menjadi contoh kepada orang lain dalam: • memberi bantuan secara ikhlas dan bertanggungjawab ke atas ahli keluarga serta dapat mempertahankan maruah keluarga. • bekerjasama, bertoleransi dalam melaksanakan tugasan bersama ahli keluarga • bersopan santun, selalu mengucap terima kasih, menghormati, menyayangi keluarga, bersikap jujur dan rajin serta bersederhana.


PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 2 (TP) TAHAP PENGUASAAN PENYATAAN TAHAP PENGUASAAN KESELURUHAN 1 boleh: • meniru dan meneroka pelbagai aksi gimnastik dan pergerakan berirama, melakukan aktiviti pergerakan asas yang lebih sukar, akuatik atau rekreasi dan kesenggangan serta aktiviti kecergasan fizikal. • menyatakan maksud postur, rehat, tidur, situasi sentuhan tidak selamat, perasaan bimbang dan cemburu, kasih sayang, keselamatan diri, penyakit berjangkit, rokok, alkohol dan dadah, tabiat makan dan minum, serta bertindak bijak semasa kemalangan. 2 boleh: • melakukan dan menerangkan dengan ringkas pergerakan asas yang lebih sukar, gimnastik, pergerakan berirama mengikut muzik yang di dengar, akuatik atau rekreasi dan kesenggangan serta aktiviti kecergasan fizikal. • menerangkan postur, rehat, tidur, situasi sentuhan tidak selamat, perasaan bimbang dan cemburu, kasih sayang, keselamatan diri, penyakit berjangkit, rokok, alkohol dan dadah, tabiat makan dan minum, serta bertindak bijak semasa kemalangan. 3 boleh: • mengaplikasi pengetahuan semasa melakukan aktiviti pergerakan asas yang lebih sukar, gimnastik, pergerakan berirama mengikut muzik yang di dengar, akuatik atau rekreasi dan kesenggangan serta aktiviti kecergasan fizikal. • menggunakan kemahiran mengurus postur, rehat, tidur, berkata TIDAK kepada situasi tidak selamat dan tidak selesa, perasaan bimbang dan cemburu, kasih sayang, keselamatan diri, penyakit berjangkit, mengelak pengambilan rokok, alkohol dan dadah, tabiat makan dan minum, serta bertindak bijak semasa kemalangan dalam kehidupan harian. 4 boleh: • melakukan aktiviti pergerakan asas yang lebih sukar, gimnastik, pergerakan berirama mengikut muzik yang di dengar, akuatik atau rekreasi dan kesenggangan serta aktiviti kecergasan fizikal dengan betul. • menghuraikan kepentingan postur, rehat, tidur, mengelak situasi sentuhan tidak selamat, perasaan bimbang dan cemburu, kasih sayang, keselamatan diri, penyakit berjangkit, mengelak pengambilan rokok, alkohol dan dadah, tabiat makan dan minum, serta bertindak bijak semasa kemalangan dalam kehidupan harian. 5 boleh: • melakukan aktiviti pergerakan asas yang lebih sukar, gimnastik, pergerakan berirama mengikut muzik yang di dengar, akuatik atau rekreasi dan kesenggangan serta aktiviti kecergasan fizikal secara berterusan serta bekerjasama dan melibatkan diri secara aktif. • menggunakan kemahiran menyelesaikan masalah untuk meningkatkan kebersihan, kesihatan dan keselamatan diri dalam kehidupan harian. 6 boleh: • mereka cipta dan membuat persembahan gimnastik dan pergerakan berirama dengan bimbingan guru serta mempamerkan keyakinan dan tanggungjawab semasa bermain permainan kecil sebagai aktiviti meningkatkan kecergasan fizikal. • memberi cadangan untuk meningkatkan kebersihan, kesihatan dan keselamatan diri dalam kehidupan harian.


PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 2 (TP) TAHAP PENGUASAAN PENYATAAN TAHAP PENGUASAAN KESELURUHAN 1 • boleh menyatakan bahasa seni visual iaitu garisan, rupa, bentuk, warna, jalinan, ruang, imbangan, ritma dan pergerakan, kesatuan, kontra, penegasan, harmoni dan kepelbagaian pada karya mengambar/ membuat corak dan rekaan/ membentuk dan membuat binaan/ menghasilkan kraf tradisional. 2 • boleh menjelaskan bahasa seni visual iaitu garisan, rupa, bentuk, warna, jalinan, ruang, imbangan, ritma dan pergerakan, kesatuan, kontra, penegasan, harmoni dan kepelbagaian pada karya mengambar/ membuat corak dan rekaan/ membentuk dan membuat binaan/ menghasilkan kraf tradisional. 3 • boleh menggunakan pengetahuan dan kemahiran bahasa seni visual melalui alat dan bahan serta teknik garisan selari, basah atas kering, gosokan, resis, lipatan dan guntingan, binaan serta picitan dalam penghasilan karya mengambar/ membuat corak dan rekaan/ membentuk dan membuat binaan/ menghasilkan kraf tradisional. 4 • boleh menghasilkan karya lukisan, catan, gosokan, resis, lipatan dan guntingan, cetakan, stabail, topeng, alat permainan serta tembikar dengan betul. 5 • boleh menentukan alat dan bahan serta teknik yang sesuai dalam penghasilan karya lukisan, catan, gosokan, resis, lipatan dan guntingan, cetakan, stabail, topeng, alat permainan serta tembikar dengan betul dan konsisten. 6 • boleh menghasilkan karya lukisan, catan, gosokan, resis, lipatan dan guntingan, cetakan, stabail, topeng, alat permainan serta tembikar yang kreatif dan inovatif serta dapat menghargai karya yang dihasilkan.


PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 2 (TP) TAHAP PENGUASAAN PENYATAAN TAHAP PENGUASAAN KESELURUHAN 1 • boleh: • menyatakan bahasa muzik iaitu mengenal tempo cepat dan lambat serta pergerakan melodi bertangga dan melodi mendatar dengan bimbingan. • melakukan kemahiran asas muzik dengan menepuk semula corak irama yang di dengar serta meniru pergerakan berdasarkan melodi dengan bimbingan. 2 • boleh: • memahami bahasa muzik iaitu mengenal tempo cepat dan lambat serta pergerakan melodi bertangga dan melodi mendatar. • melakukan kemahiran asas muzik dengan menepuk semula corak irama yang di dengar serta meniru pergerakan berdasarkan melodi. 3 • boleh menggunakan pengetahuan dan kefahaman bahasa muzik untuk: • bernyanyi dengan perubahan tempo • memainkan alat perkusi mengikut detik, corak irama menggunakan ikon mewakili nilai krocet dan kuaver mengikut tempo • bergerak berdasarkan melodi mengikut tempo. • menghasilkan pelbagai bunyi menggunakan bahan improvisasi dan corak irama menggunakan ikon nilai krocet dan kuaver dengan bimbingan. 4 • boleboleh memperhalus kemahiran asas muzik untuk: • bernyanyi dengan pic dan postur yang betul mengikut tempo • memainkan alat perkusi mengikut detik serta corak irama berdasarkan skor ikon mewakili nilai krocet dan kuaver mengikut tempo. • melakukan pergerakan berdasarkan melodi mengikut tempo cepat dan tempo lambat. • menghasilkan pelbagai bunyi menggunakan bahan improvisasi dan corak irama menggunakan ikon nilai krocet dan kuaver. 5 • boleh memperhalus kemahiran asas muzik untuk: • bernyanyi dengan pic dan postur yang betul mengikut tempo secara konsisten. • memainkan alat perkusi mengikut detik serta corak irama berdasarkan skor ikon mewakili nilai krocet dan kuaver mengikut tempo secara konsisten. • melakukan pergerakan berdasarkan melodi mengikut tempo cepat dan tempo lambat secara konsisten • menghasilkan pelbagai bunyi menggunakan bahan improvisasi dan corak irama menggunakan ikon nilai krocet dan kuaver secara konsisten 6 • boleh: • menzahirkan idea kreatif dalam penciptaan dan persembahan muzik. • membuat apresiasi Muzik Masyarakat Malaysia


BAHASA ARAB TAHUN 2 (TP) TAHAP PENGUASAAN PENYATAAN TAHAP PENGUASAAN KESELURUHAN 1 mengetahui kemahiran asas bahasa Arab yang sangat terhad dan mempraktikkannya dengan bimbingan guru meliputi: • Huruf Hijaiyyah (ي-ا (dan kumpulan huruf-huruf fokus: (ل/ ي/ و/ س/ ه/ ر/ ف/ ط/ ق) • Kumpulan huruf-huruf fokus (ق/ ط/ ف/ ر/ ه/ س/ و/ ي/ ل (dalam perkataan yang terdiri dari pelbagai baris. • Perkataan-perkataan yang terdiri daripada pelbagai baris (bacaan pendek dan panjang, tanda mati dan sabdu) • Rangkai kata yang terdiri dari tema berikut: … • Nombor dan bilangan dari 11-20. 2 mengetahui kemahiran asas bahasa Arab yang terhad dan mempraktikkannya tanpa bimbingan guru meliputi: (ل/ ي/ و/ س/ ه/ ر/ ف/ ط/ ق) :fokus huruf-huruf kumpulan dan) ا-ي) Hijaiyyah Huruf• • Kumpulan huruf-huruf fokus (ق/ ط/ ف/ ر/ ه/ س/ و/ ي/ ل (dalam perkataan yang terdiri dari pelbagai baris. • Perkataan-perkataan yang terdiri daripada pelbagai baris (bacaan pendek dan panjang, tanda mati dan sabdu) • Rangkai kata yang terdiri dari tema berikut: … • Nombor dan bilangan dari 11-20. 3 mempraktikkan kemahiran asas bahasa Arab secara konsisten meliputi: (ل/ ي/ و/ س/ ه/ ر/ ف/ ط/ ق) :fokus huruf-huruf kumpulan dan) ا-ي) Hijaiyyah Huruf• • Kumpulan huruf-huruf fokus (ق/ ط/ ف/ ر/ ه/ س/ و/ ي/ ل (dalam perkataan yang terdiri dari pelbagai baris. • Perkataan-perkataan yang terdiri daripada pelbagai baris (bacaan pendek dan panjang, tanda mati dan sabdu) • Rangkai kata yang terdiri dari tema berikut: … • Nombor dan bilangan dari 11-20. 4 mempraktikkan kemahiran asas bahasa Arab secara konsisten dan menepati situasi meliputi: (ل/ ي/ و/ س/ ه/ ر/ ف/ ط/ ق) :fokus huruf-huruf kumpulan dan) ا-ي) Hijaiyyah Huruf• • Kumpulan huruf-huruf fokus (ق/ ط/ ف/ ر/ ه/ س/ و/ ي/ ل (dalam perkataan yang terdiri dari pelbagai baris. • Perkataan-perkataan yang terdiri daripada pelbagai baris (bacaan pendek dan panjang, tanda mati dan sabdu) • Rangkai kata yang terdiri dari tema berikut: … • Nombor dan bilangan dari 11-20. 5 mempratikkan kemahiran asas bahasa Arab secara konsisten, menepati situasi dan sukarela meliputi: (ل/ ي/ و/ س/ ه/ ر/ ف/ ط/ ق) :fokus huruf-huruf kumpulan dan) ا-ي) Hijaiyyah Huruf• • Kumpulan huruf-huruf fokus (ق/ ط/ ف/ ر/ ه/ س/ و/ ي/ ل (dalam perkataan yang terdiri dari pelbagai baris. • Perkataan-perkataan yang terdiri daripada pelbagai baris (bacaan pendek dan panjang, tanda mati dan sabdu) • Rangkai kata yang terdiri dari tema berikut: … • Nombor dan bilangan dari 11-20. 6 mempraktikkan kemahiran asas bahasa Arab secara konsisten, menepati situasi dan boleh menjadi contoh meliputi: (ل/ ي/ و/ س/ ه/ ر/ ف/ ط/ ق) :fokus huruf-huruf kumpulan dan) ا-ي) Hijaiyyah Huruf• • Kumpulan huruf-huruf fokus (ق/ ط/ ف/ ر/ ه/ س/ و/ ي/ ل (dalam perkataan yang terdiri dari pelbagai baris. • Perkataan-perkataan yang terdiri daripada pelbagai baris (bacaan pendek dan panjang, tanda mati dan sabdu) • Rangkai kata yang terdiri dari tema berikut: … • Nombor dan bilangan dari 11-20.


BAHASA CINA TAHUN 2 (TP) TAHAP PENGUASAAN PENYATAAN TAHAP PENGUASAAN KESELURUHAN 1 • 的语文能力非常有限,只能认识和理解有限的字词,需要充分引导才能用简单的词语进 行口语交际,表达时词不达意,语句不通顺。 (Murid mencapai kemahiran dan pengetahuan bahasa dengan sangat terhad. Murid mengenali dan memahami sebahagian perkataan dan frasa yang dipelajari serta memerlukan banyak bimbingan untuk berkomunikasi secara lisan.) 2 • 的语文能力有限,认识和理解一些基本的字词,表达时会词不达意,需要一些引导才 能用简单的词语进行口语交际,能书写简单的汉字。 (Murid mencapai kemahiran dan pengetahuan bahasa dengan terhad. Murid berupaya mengenali dan memahami sebahagian perkataan dan frasa yang asas, memerlukan bimbingan untuk berkomunikasi dengan frasa yang mudah serta menulis karakter yang mudah dengan betul.) 3 • 掌握基本的语文能力,认识和理解常用的词语。他能认识和理解一些常用的字词,能 用简单的词语进行口语交际,并能书写汉字。 (Murid mencapai kemahiran dan pengetahuan bahasa yang memuaskan. Murid berupaya mengenali dan memahami perkataan dan frasa yang lazim digunakan, dapat berkomunikasi dengan frasa yang mudah serta menulis karakter dengan betul.) 4 • 的语文能力中规中矩,学习表现令人满意。学生认识和理解常用的字词,能用简单的语 句进行口语交际,并能以简单的词语进行书面表达。 (Murid mencapai kemahiran dan pengetahuan bahasa dengan tahap baik. Murid berupaya mengenali dan memahami perkataan dan frasa yang lazim digunakan, dapat berkomunikasi dengan ayat yang mudah serta serta menulis ayat mudah.) 5 • 学生的语文能力不错,学习表现良好,对学习语文产生兴趣。他学会一些常用的字词 ,能用简单的语句以口头和书面的方式进行表达。 (Murid mencapai kemahiran dan pengetahuan bahasa dengan tahap sangat baik, menunjukkan minat dalam pembelajaran bahasa. Murid berupaya mengenali dan memahami perkataan dan frasa yang lazim digunakan, serta dapat berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan ayat mudah.) 6 • 学生表现较好的语文能力,学习表现优良,对学习语文很有兴趣,可以成为其他同学的 学习对象。他握常用的词语,能用完整的语句以口头和书面的方式进行表达。 (Murid mencapai kemahiran dan pengetahuan bahasa dengan dengan tahap cemerlang dan boleh dicontohi, menunjukkan minat yang tinggi dalam pembelajaran bahasa. Murid berupaya menguasai perkataan dan frasa yang lazim digunakan, serta dapat berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan ayat yang lengkap.)


BAHASA TAMIL TAHUN 2 (TP) TAHAP PENGUASAAN PENYATAAN TAHAP PENGUASAAN KESELURUHAN 1 • செவிமடுத்தவற்றிற்கேற்பத் துலங்ேவும் சபொருத்தமொன செொற்ேளைப் பயன்படுத்திப் கபெவும் எளிய வொக்கியங்ேளை வொசிக்ேவும் எழுதவும் மிேக் குளைந்த அைவில் மட்டுகம திைன் சபற்றுள்ைொர். இவருக்கு அதிேமொன வழிேொட்டல் கதளவப்படுகிைது. (Murid berupaya memberi respons kepada perkara yang diperdengarkan, bertutur dengan menggunakan perkataan yang sesuai, membaca dan menulis ayat mudah pada tahap yang sangat terhad. Murid memerlukan banyak bimbingan.) 2 • செவிமடுத்தவற்றிற்கேற்பத் துலங்ேவும் சபொருத்தமொன செொற்ேளைப் பயன்படுத்திப் கபெவும் எளிய வொக்கியங்ேளை வொசிக்ேவும் எழுதவும் குளைந்த அைவில் மட்டுகம திைன் சபற்றுள்ைொர். இவருக்குச் சிறிது வழிேொட்டல் கதளவப்படுகிைது. (Murid berupaya memberi respons kepada perkara yang diperdengarkan, bertutur dengan menggunakan perkataan yang sesuai, membaca dan menulis ayat mudah pada tahap yang terhad. Murid memerlukan sedikit bimbingan.) 3 • செவிமடுத்தவற்றிற்கேற்பத் துலங்ேவும் சபொருத்தமொன செொற்ேளைப் பயன்படுத்திப் கபெவும் பல்கவறு வொக்கியங்ேளை வொசிக்ேவும் எழுதவும் ஓரைவு திைன் சபற்றுள்ைொர். இவருக்குச் சில ெமயங்ேளில் வழிேொட்டல் கதளவப்படுகிைது. (Murid berupaya memberi respons kepada perkara yang diperdengarkan, bertutur dengan menggunakan perkataan yang sesuai, membaca dan menulis pelbagai jenis ayat pada tahap yang memuaskan. Murid memerlukan bimbingan berkala.) 4 • செவிமடுத்தவற்றிற்கேற்பத் துலங்ேவும் சபொருத்தமொன செொற்ேளைப் பயன்படுத்திப் கபெவும் பல்கவறு வொக்கியங்ேளை வொசிக்ேவும் எழுதவும் நன்கு திைன் சபற்றுள்ைொர். இவர் முன்கனற்ைம் அளடவதற்ேொன ெொத்தியம் உள்ைது. (Murid berupaya memberi respons kepada perkara yang diperdengarkan, bertutur dengan menggunakan perkataan yang sesuai, membaca dan menulis pelbagai jenis ayat pada tahap yang baik. Murid mempunyai potensi untuk maju.) 5 • செவிமடுத்தவற்றிற்கேற்பத் துலங்ேவும் சபொருத்தமொன செொற்ேளைப் பயன்படுத்திப் கபெவும் பல்கவறு வொக்கியங்ேளை வொசிக்ேவும் எழுதவும் சிைந்த திைன் சபற்றுள்ைொர். இவருக்குச் சுயமொேக் ேற்கும் திைன் உள்ைது. (Murid berupaya memberi respons kepada perkara yang diperdengarkan, bertutur dengan menggunakan perkataan yang sesuai, membaca dan menulis pelbagai jenis ayat pada tahap yang sangat baik. Murid berupaya belajar secara kendiri.) 6 • செவிமடுத்தவற்றிற்கேற்பத் துலங்ேவும் சபொருத்தமொன செொற்ேளைப் பயன்படுத்திப் கபெவும் பல்கவறு வொக்கியங்ேளை வொசிக்ேவும் எழுதவும் மிேச் சிைந்த திைன் சபற்றுள்ைொர். இவர் பிை மொணவர்ேளுக்கு முன்னுதொரணமொேத் திேழ்கிைொர். (Murid berupaya memberi respons kepada perkara yang diperdengarkan, bertutur dengan menggunakan perkataan yang sesuai, membaca dan menulis pelbagai jenis ayat pada tahap yang cemerlang. Murid menjadi teladan kepada murid lain.)


Click to View FlipBook Version