PENDIDIKAN ISLAM
( WI 001 )
Topik :
FALSAFAH ILMU
Sub topik :
SUMBER ILMU DALAM ISLAM
UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
Bahagian Matrikulasi Kementerian
Pelajaran Malaysia
SUMBER ILMU
1 WAHYU
2 AKAL
3 PANCAINDERA
4 ILHAM
WAHYU
1.WAHYU
❖ Wahyu adalah pemberitahuan daripada Allah s.w.t kepada
seorang hambanya yang dipilih di kalangan hambanya
dengan secara sulit dan rahsia berlainan dari apa yang
dialami oleh manusia biasa.
❖ Merupakan sumber pengetahuan yang terpenting yang
telah disampaikan oleh Allah s.w.t kepada manusia sama
ada ianya disampaikan melalui Nabi Muhammad s.a.w atau
melalui nabi-nabi yang terdahulu.
❖ Wahyu merupakan teras kepada segala ilmu kerana di
dalam al-Quran terkandung pelbagai jenis ilmu
pengetahuan yang amat diperlukan oleh manusia untuk
kemasalahatan hidup juga perkara-perkara ghaib yang
tidak dapat dijangkau oleh akal pemikiran manusia.
WAHYU ( AL-QURAN)
❖ Al-Quran ialah kalamullah yang mengandungi mukjizat,
diturun kan kepada Nabi Muhammad SAW melalui
perantaraan Jibril a.s., ditulis dalam mashaf, dipindahkan
kepada kita secara mutawatir dan menjadi ibadat dengan
membacanya.
❖ Susunan al-Quran terdiri daripada cantuman 28 huruf
Hijaiyah yang mana keseluruhan al-Quran mengandungi
323,671 huruf, 77,437 kalimah, 6236 ayat, 114 surah, 30
juzuk,60 hizib dan 240 maqra’.
WAHYU ( AL HADITH)
❖ Segala perkataan, perbuatan dan pengakuan
Rasulullah s.a.w yang berkaitan dengan segala urusan
agama juga bersumberkan wahyu Allah, ( Surah an-
najm ayat 2-4
Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama
Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang
diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain
hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.
2. AKAL
❖ Akal adalah merupakan salah satu sumber ilmu
pengetahuan. Manusia mampu membina tamadun hasil
pemikiran akal manusia yang kreatif.
❖ Dengan akal manusia dapat menimbang dan membezakan
antara yang baik dan buruk, walaupun mungkin ianya tidak
bersifat kebenaran secara mutlak namun ianya memadai
untuk mengatasi masalah kehidupan seharian.
❖ Bagaimanapun Allah s.w.t menyuruh manusia
menggunakan semaksima mungkin kedua-dua daya akal
dan pancaindera yang dianugerahkan kepadanya agar
dapat sampai kepada pengetahuan sahih dan kebenaran
yang tidak menyesatkan.
❖
3. PANCAINDERA
❖ Semua pancaindera seperti sentuhan, ciuman, penglihatan,
pendengaran dan deria rasa merupakan sumber
pengetahuan yang utama dan amat berguna bagi manusia
untuk berinteraksi dengan alam sekelilingnya dengan
mudah dan betul.
❖ Kelima-lima pancaindera ini merupakan satu cara untuk
mendapatkan ilmu pengetahuan secara emperik ( kajian
dan eksperimen)
❖ Bagaimanapun kebenaran yang diperolehi tidak
semestinya selalu betul dan tepat. Contohnya, di dalam
keadaan tertentu gagal memberikan gambaran atau
penglihatan umpamanya matahari kelihatan kecil oleh
mata sedangkan kenyataannya adalah sebaliknya.
4. INTUISI ATAU ILHAM
❖ Intuisi atau ilham juga boleh menjadi sumber pengetahuan
manusia yang amat berguna. Ianya merupakan
pengetahuan yang diperolehi tanpa melalui proses
pemikiran yang tertentu.
❖ Contohnya seseorang yang mempunyai masalah yang
sedang menumpukan pemikiran nya terhadap
penyelesaian masalah tersebut, tiba-tiba menjadi jalan
penyelesaian tanpa perlu berfikir panjang seolah-olah
kebenaran yang dicari datang sendiri.
❖ Dalam Islam ilham ini boleh dikenali dengan istilah
"firasat" atau pun pandangan bashirah (tembus) yang
dikurniakan oleh Allah kepada para Ulama.
INTUISI ATAU ILHAM ( Samb..)
❖ Intuisi atau ilham merupakan sumber ilmu
bersifat dalaman yang berkaitan dengan hati,
jiwa dan batin seseorang dalam memberikan
sesuatu pengetahuan.
❖ Ilham yang benar adalah datang dari Allah. Ia
dilemparkan ke dalam jiwa hambanya yang
bersih melalui jalan kasyaf.
❖ Melalui jalan ini, pintu hati akan terbuka dan
segala pengetahuan akan didapatkan tanpa ada
halangan.
INTUISI ATAU ILHAM ( Samb..)
❖ Imam Al-Ghazali menyatakan bahwa dasar untuk
menerima ilham adalah mempelajari semua dasar-dasar
ilmu di alam ini.
❖ Manakala beramal dan beribadat boleh memudahkan jiwa
menerima ilham yang benar dan aktivitas berfikir pula
akan menyebabkan datangnya ilham itu.
❖ Prof. Syed Al-Attas juga turut menyatakan bahwa intuisi
merupakan salah satu media yang sah dan penting dalam
menghasilkan pengetahuan yang berbentuk kreatif. Aktiviti
seperti membaca, berfikir, eksperimen, dan berdoa
merupakan salah satu daripada usaha dalam menghasilkan
ilmu melalui saluran ilham.
KESIMPULAN
Sumber ilmu terbahagi kepada dua
Sumber primer ( Al-Quran dan Hadith)
Sumber sekunder
sumber-sumber lain yang tidak
bercanggah dengan sumber primer
Kita seharusnya menitik beratkan sumber sesuatu ilmu bagi
mempastikan kebenaran dan kesahihan ilmu tersebut serta
meletakkan landasan berfikir yang betul berlandaskan wahyu
SEKIAN
TERIMA KASIH