1 SANDRA LAURIANA MANYI PENGURUSAN PEMBELAJARAN TOPIK 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN HUBUNGAN SEKOLAH DAN MASYARAKAT Perhubungan yang terjalin diantara sekolah dan masyarakat adalah satu hubungan yang kompleks. Interaksi sekolah akan berlaku secara tiga dimensi iaitu interaksi dalam sekolah dan tiga dimensi luar sekolah. BENTUK JALINAN TIGA DIMENSI INTERAKSI SEKOLAH FAKTOR LUARAN DAN DALAMAN SEKOLAH Tiga pihak yang terlibat secara langsung dalam jalinan interaksi ialah pihak pentadbir, guru dan murid. Tiga dimensi interaksi dari pihak luar pula terdiri daripada sekolah, ibu bapa dan komuniti dalam masyarakat. Faktor-faktor dalaman sekolah dan faktor-faktor luaran sekolah saling berhubungan. Contohnya seperti faktor etnik, kelas sosial dan gender yang memainkan peranan dalam corak pembelajaran dan sahsiah pelajar di sekolah. Faktor dalaman pula seperti gaya kepimpinan, peranan para guru dan bentuk interaksi yang berlaku dan menyumbang kepada pencapaian dan murid di sekolah.
2 Interaksi dalaman sekolah pula, keadaan pengajaran dan pembelajaran adalah ditentukan oleh kepimpinan yang berkesan. Pengetua seharusnya memiliki interaksi yang postitif dengan guru dan sebaliknya. HUBUNGAN ANTARA PIHAK SEKOLAH DENGAN PIHAK DI LUAR SEKOLAH Hubungan interaksi diantara pihak sekolah dengan pihak luar seperti ibu bapa, penjaga dan komuniti yang ada dalam masyarakat akan mempunyai bentuk perhubungannya tersendiri. Pengetua memainkan peranan dalam memupuk hubungan yang baik dengan pihak luar sekolah dan dibantu oleh guru yang lain. Contohnya seperti interaksi yang baik bersama dengan PIBG dapat membantu dalam menjayakan program yang dianjurkan oleh sekolah. Pengetua boleh mengambil insiatif mengajak komuniti luar untuk menjayakan program anjuran sekolahnya. HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN IBU BAPA DAN MASYARAKAT Hubungan Tiga Dimensi: Sekolah – Ibu Bapa – Komuniti Dalam Mencapai Matlamat Sekolah SEKOLAH MASYARAKAT IBU BAPA MATLAMAT
3 PENGKONGSIAN PINTAR - Hubungan tiga dimensi diantara sekolah, ibu bapa dan masyarakat: MATLAMAT PERKONGSIAN KEPENTINGAN PERKONGSIAN Masyarakat dan sekolah saling berkait dan saling memerlukan. Sekolah menjadi agen perubahan masyarakat. Sekolah turut menanggung masalah masyarkat dan sebaliknya. Bertujuan untuk mencapai objektif dan matlamat yang sama Perlu memiliki hubungan yang kuat dan mantap. Gabungan yang strategik akan memberikan faedah kepada semua pihak yang terlibat. Untuk memastikan bahawa sekolah adalah satu institusi sosial yang bukan menyendirian. Sekolah merupakan sebuah institusi sosial yang kompleks. Memerlukan kesepakatan dan keprihatinan antara pihak sekolah dan pihak luar dalam menyelesaikan apa-apa masalah.
4 Budaya merupakan hak masyarakat. Untuk memastikan sekolah selamat, masyarakat seharusnya terlibat sama. HUBUNGAN SEKOLAH DAN IBU BAPA (PIBG) Ibu bapa berperanan untuk menjadi suri teladan kepada anak-anak. Antara peranan yang dimainkan oleh PIBG adalah untuk menjadi orang tengah di antara pihak guru dan ibu bapa. Hubungan yang baik dan mesra di antara guru dan pihak ibu bapa akan dapat melenyapkan sebarang prasangka. Kelemahan dan masalah boleh diatasi dengan melakukan perbincangan dari masa ke sama secara bersama. Kepakaran dan kemahiran yang terdapat dalam anggota masyarakat amat diperlukan dalam mencari jalan penyelesaian. PIBG amat penting untuk melihat perkembangan sesebuah sekolah. Peranan dan tanggungjawab PIBG bagi sesebuah sekolah akan memberikan impak kepada kemajuan sekolah. Pengurusan dan perhubungan PIBG yang cemerlang akan melahirkan sekolah yang terbilang. KUORUM MESYUARAT PIBG 1. Mesyuarat Agung Tahunan - Hendaklah tidak kurang daripada 3 kali jumlah bilangan anggota Jawatankuasa PIBG. 2. Mesyuarat Jawatankuasa PIBG - Hendaklah tidak kurang 2/3 daripada jumlah bilangan anggota Jawatankuasa PIBG.