1 SANDRA LAURIANA MANYI PENGURUSAN PEMBELAJARAN TOPIK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN PENGENALAN Pengurusan adalah satu proses untuk mendapatkan penglibatkan kerjasama daripada semua ahli atau individu di dalam kumpulan untuk mencapai matlamat kumpulan yang telah ditetapkan. Alam pembelajaran pula berkaitan dengan keadaan suasana ketika belajar yang mampu merangsang minat seseorang pelajar untuk belajar dan mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah yang baik dan berpengetahuan. Jadi, pengurusan alam pembelajaran ini boleh dikatakan sebagai satu proses untuk meningkatkan keberkesanan dalam menjalankan PdP yang mana pengurusan tersebut telah memenuhi masa yang diperuntukkan untuk mengajar dan mencapai objektif PdP yang dapat menearik minat dan tidak membosankan. FAKTOR – FAKTOR PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN Faktor - Faktor Penerangan Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) - Memberikan pendedahan awal kepada guru pelatih tentang alam persekolahan dari perspektif guru. - Sentiasa mementingkan tugas pendokumentasian maklumat secara professional dengan menyediakan portfolio tugasan ROS. - Tujuannya adalah untuk membuka ruang kepada guru pelatih untuk mengetahui dan memahami sekolah merupakan
2 institusi pendidikan dan peranan guru dalam bilik darjah. Pedagogi - Kemahiran bagi seseorang guru untuk mengajar dan menyampaikan PdP kepada murid. - Pengajaran dimulakan dengan pengajaran yang senang dan berganjak ke arah yang lebih mencabar. - Penguasaan kaedah pedagogi penting untuk memudahkan proses dalam memilih kaedah pengajaran yang sesuai dengan penerimaan murid. Rancangan Pengajaran Harian - Guru sepatutnya membuat rangka kerja dengan awal iaitu sebelum melaksanakan sesi PdP di dalam bilik darjah. - Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian boleh dijadikan sebagai bukti bahawa seorang guru telah membuat persediaan awal sebelum masuk mengajar murid. - RPH disediakan berdasarkan Rancangan Tahunan.
3 KEPENTINGAN PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN KESAN PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN Mewujudkan sistem pembelajaran yang lebih sistematik. Melatih untuk adanya pembelajaran yang berpusat. Pembelajaran boleh dilaksanakan di mana jua dan bilabila masa sahaja. Meningkatkan keupayaan dalam pembelajaran. Berkebolehan untuk menangani masalah yang timbul ketika proses PdP. • Dapat menarik perhatian dan minat pelajar untuk belajar. • Menyenangkan guru-guru untuk mengendalikan tanggungjawabnya. • Prestasi murid dari segi akademik dan sosial akan menjadi lebih baik. Positif • Masalah kekurangan dana dan bantuan kewangan. • Pelajar lebih cenderung untuk bergaul sesama kaum mereka sahaja. • Pelajar boleh bertindak balas diluar jangkaan guru. Negatif
4 ANALISIS SWOT PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN Strength (Kekuatan) - Sesi pembelajaran di dalam kelas lebih teratur. - Masalah guru dari segi masa mengajar di dalam kelas secara berlebihan masa atau mengambil masa guru lain dapat diatasi. - Suasana kelas yang bosan dapat diatasi. Weakness (Kelemahan) - Perancangan yang telah dilakukan tidak dapat berjalan dengan lancar seperti yang diinginkan. - Skop pembelajaran yang agak terhad kerana guru hanya mengajar mengikut sukatan yang telah di tetapkan. Threat (Ancaman) - Murid yang agak lemah menghadapi kesukaran untuk memahami konsep yang pembelajaran yang dilaksanakan secara berkumpulan. Opportunity (Peluang) - Guru mampu untuk menyusun strategi yang terbaik bagi sesi pengajaran kelas mereka. - Dapat mengumpul dana kewangan untuk menambahkan alat bantu mengajar guru. KESIMPULAN - Guru merupakan tunggak utama untuk mengurs hal – hal yang berkaitan dengan bilik darjah kerana kecekapan dan kemampuan guru tersebut mengendalikan bilik darjah dan menukarkan suasana bilik darjah ke arah yang lebih kondusif dan selesa sekali gus dapat meningkatkan keberkesanan proses PdP yang dilaksanakan.