The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SANDRA LAURIANA MANYI ANAK DAVID, 2023-06-04 08:44:17

TOPIK 2 INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

TOPIK 2 INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

1 SANDRA LAURIANA MANYI PENGURUSAN PEMBELAJARAN TOPIK 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN Apakah interaksi dan pembelajaran? Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran adalah dipengaruhi oleh interaksi yang berlaku di dalam bilik darjah. Melalui interaksi ini, objektif pembelajaran dapat diketahui sama ada dapat dicapai ataupun tidak. Kaedah dan teknik pengajaran yang berkesan hendaklah dikenal pasti dan difahami oleh guru agar dapat diaplikasikan di dalam kelas berkesesuaian dengan keperluan murid. Keberhasilan proses pengajaran dan pembelajaran giri dapat ditentukan dengan intonasi, bahasa badan dan persembahan yang dilakukan oleh guru tersebut. DEFINISI INTERAKSI Tindakan atau perhubungan aktif diantara satu sama lain atau tindak balas antara dua pihak atau lebih. (Kamus Dewan dan Pustaka). DEFINISI PEMBELAJARAN Pembelajaran boleh dikatakan sebagai satu proses memperoleh maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiah serta pembentukan sikap dan kepercayaan. INTERAKSI DALAM PEMBELAJARAN Guru bertanggungjawab untuk memastikan dan menggalakan para pelajar untuk berinteraksi antara satu sama lain di dalam bilik darjah sama ada bersama-sama dengan guru mahupun rakan-rakan untuk melancarkan dan merancakkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Proses interaksi yang dilakukan dapat mewujudkan dan memberikan peluang kepada individu untuk menyampaikan sesuatu atau berkongsi buah fikiran.


2 JENIS INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH INTERAKSI SEHALA Definisi: Maklumat yang disampaikan tidak memerlukan tindak balas daripada penerima (arahan). Orang yang bercakap akan lebih banyak melibatkan diri dalam memberikan huraian, penjelasan dan penerangan kepada pendengar. Ucapan yang disampaikan kepada khalayak ramai bagi membicarkan sesuatu perkara. Contohnya seperti sesi ceramah ataupun ucapan. Interaksi Sehala Dalam Bilik Darjah Interaksi sehala dalam bilik darjah adalah salah satu cara pengajaran yang bersifat tradisional dan kaedah pengajarannya berpusatkan guru. Dalam interaksi sehala ini, guru menggunakan pendekatan pengajaran jenis autokratik, di mana murid dikehendaki mendengar dan mengikut arahan serta ilmu yang disampaikan oleh guru tanpa memberikan sebarang tindak balas atau pertanyaan. Dengan menggunakan interaksi sehala ini, suasana pembelajaran bersifat tidak aktif kerana pelajar tidak ada interakasi dan memberikan idea bersama dengan guru mahupun kawan-kawan yang lain. Interaksi Kumpulan Interaksi Dua Hala Interaksi Antara Kumpulan Interaksi Sosial Interaksi Sehala


3 Kebiasaannya interaksi sehala ini digunakan oleh guru untuk memberikan penerangan ataupun menyampaikan arahan. GAMBARAN CONTOH INTERAKSI SEHALA INTERAKSI DUA HALA Definisi: Maklumat yang disampaikan perlulah ada timbal balas atau reaksi daripada penerima. Komunikasi dua hala ini melibatkan interaksi kedua-dua pihak iaitu penyampai dengan pendengar. Kedua-dua (penyampai dan pendengar) dapat memberikan maklum balas berkomunikasi serentak dalam satu masa yang sama. Contohnya, debat. INTERAKSI DUA HALA DALAM BILIK DARJAH Interaksi dua hala ini berlaku apabila soalan yang ditanyakan oleh satu pihak kepada pihak yang lain mendapat reaksi daripada pihak tersebut. Contohnya, guru menanyakan soalan kepada murid dan murid tersebut menjawab soalan yang ditanyakan. Interaksi ini berlaku di dalam kelas apabila guru menggunakan kaedah soal jawab ataupun perbincangan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Dengan komunikasi dua hala ini, ianya dapat membantu murid untuk aktif di dalam kelas yang mana soalan-soalan dikemukakan dapat memberi galakan kepada pelajar berfikir secara kreatif. Interaksi dua hala ini membuka peluang kepada pelajar untuk mengeluarkan pendapat dan buah fikiran tentang apa yang dipelajari. Sesi dua hala ini akan menarik apabila kedua-dua guru dan pelajar melibatkan diri dengan aktif dalam sesi perbincangan. GURU MURID


4 Guru perlu bertindak menggalakkan sesi komunikasi dua hala ini dalam bilik darjah dan memastikan semua pelajar melibatkan diri dengan aktif. CONTOH GAMBARAN INTERAKSI DUA HALA INTERAKSI KUMPULAN Definisi: Kumpulan merupakan himpunan individu yang berkongsi matlamat dan berinteraksi antara satu sama lain secara langsung ataupun tidak langsung. Dalam interaksi ini, ahli kumpulan bebas untuk berinteraksi dan bersikap terbuka dengan setiap pandangan ahli kumpulan. Setiap ahli kumpulan seharusnya mempunyai satu matlamat bersama dan bekerjasama untuk mancapai matlamat tersebut. Contohnya, perbincangan kelas, projek dan lakonan. INTERAKSI KUMPULAN DALAM BILIK DARJAH Interaksi kumpulan berlaku apabila guru melakukan aktiviti berkumpulan yang melibatkan jumlah pelajar yang ramai seperti perbincangan mengenai lawatan kelas, simulasi dan lain-lain. Aktiviti berkumpulan ini dijalankan oleh guru bertujuan untuk menggalakan penyertaan aktif pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan sekali gus untuk memupuk sikap bertanggungjawab dan kepimpinan pelajar. Aktiviti berkumpulan ini salah satu tujuannya adalah untuk mendorong pelajar untuk berinteraksi antara satu sama lain dengan pelajar lain melalui perbincangan dan persefakatan yang dicapai dalam kumpulan. Proses pengajaran yang menggunakan kaedah ini lebih berpusat pada pelajar dan guru hanyalah sebagai pemudahcara kepada pelajar dan kumpulan. GURU MURID


5 Interaksi dua hala yang dilaksanakan di dalam kelas dapat memupuk sikap bekerjasama, menghormati antara satu sama lain, bertolak ansur dan mampu menerima pandangan serta bersatu hati. Menerusi aktiviti berkumpulan pelajar berpeluang untuk mengemukakan pandangan/berinteraksi tanpa rasa malu bersama-sama dengan rakan. Idea dan pandangan yang lebih berkualiti hasil daripada gabungan dan kesepakatan pelajar dalam aktiviti berkumpulan turut diperolehi. Secara tidak langsung, guru dan pelajar akan mendapat manfaat daripada aktiviti ini dan dapat mewujudkan suasana yang ceria dan menyeronokkan dii dalam bilik darjah. CONTOH GAMBARAN INTERAKSI KUMPULAN INTERAKSI ANTARA KUMPULAN Interaksi antara kumpulan pula melibatkan interaksi di antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar di dalam kelas. Dalam interaksi jenis ini guru menggunakan keadah pengajaran yang berasaskan perbincangan dan kaedah penyelesaian masalah yang memerlukan interaksi pelbagai hala di dalam kelas. Interaksi kumpulan memerlukan kumpulan untuk membentangkan topik yang dibincangkan bersama ahli kumpulan. MURID MURID MURID MURID


6 Interaksi kumpulan ini dilaksanakan bertujuan untuk membuka ruang untuk pelajar daripada kumpulan lain untuk melontarkan pendapat atau persoalan bagi menambahbaikan idea yang telah dijana. Interaksi ini menggalakan pelajar untuk saling bertukar pandangan dan idea di samping melatih pelajar untuk meluaskan skop interaksi mereka dengan lebih besar. CONTOH GAMBARAN INTERAKSI ANTARA KUMPULAN INTERAKSI SOSIAL Definisi: Menurut kamus dewan, sosial adalah segala hal yang berkaitan dengan masyarakat, atau kemasyarakatan. Ianya juga membawa maksud bersosial, bergaul atau bercampur dengan masyarakat. Interaksi sosial ialah hubungan sosial yang dinamik, di mana hubungan di antara satu individu lain, anatara kumpulan dengan kumpulan lain ataupun antara individu dengan kumpulan. INTERAKSI YANG BERKESAN Bersikap positif dan percaya akan kebolehan pelajar. Bersikap ramah dan mesra dengan individu lain. Menghormati pandangan dan pendapat orang lain. Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C


7 Mengenal pasti latar belakang pelajar bagi memudahkan interaksi antara individu. Gunakan arahan atau bahasa yang mudah difahami. Bertanyakan soalan terbuka bagi menggalakan pelajar memberikan idea atau pandangan. KESIMPULAN - Guru amatlah memainkan peranan dalam mengenal pasti kelemahan serta keupayaan pelajar agar dapat memilih interaksi yang sesuai untuk digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam bilik darjah. - Guru yang berjaya juga haruslah berupaya untuk memastikan pelajar untuk terlibat sama secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran serta mampu untuk berinteraksi dengan pelajar lain. - Interaksi yang berjaya dan berkesan akan menghasilkan perhubungan yang positif dan baik satu sama lain disamping melancarkan proses penyampaian.


Click to View FlipBook Version