SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG MENORA
13310 TASEK GELUGOR,
SEBERANG PERAI UTARA
Email : [email protected]
KERTAS KERJA
PROGRAM KEM KEPIMPINAN
PENGAWAS, PEMBIMBING RAKAN
SEBAYA, PUSAT SUMBER & SPBT
2022
TARIKH : 28 MEI 2022
HARI
MASA : SABTU
TEMPAT : 7.45 PAGI – 2.00 PETANG
SASARAN : BILIK MOTIVASI SKPM
: PENGAWAS, PRS, PSS, SPBT
1. NAMA PROGRAM : PROGRAM KEM KEPIMPINAN PENGAWAS,
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA, PSS DAN SPBT 2022
2. PENDAHULUAN
Merupakan program rutin yang memberi pendedahan kepada para
pemimpin pelajar dengan maklumat yang berkaitan kepimpinan dan ciri-ciri
pemimpin yang boleh diteladani.Ia juga bertujuan memberi pendedahan
terhadap kepentingan sifat kepimpinan dan membuang sikap sambil lewa
pemimpin pelajar di samping menanamkan perasaan sentiasa bersedia untuk
memimpin.Maklumat berkaitan kemahiran komunikasi juga perlu disampaikan
supaya mereka boleh menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin dengan
lebih berkesan lagi. .
3. MATLAMAT PROGRAM
i. Menyediakan pelajar agar dapat bersedia dengan jawatan yang disandang
ii. Menyampaikan maklumat dan bimbingan berkaitan cara gaya kepimpinan
berkesan kepada pemimpin pelajar sekolah
iii. Memberi panduan dan bimbingan berkaitan cara gaya kepimpinan
berkesan kepada kumpulan yang dipimpin.
iv. Menanamkan nilai bertanggungjawab
v. Membentuk budaya kerja berpasukan dan bertanggungjawab di kalangan
peserta serta mempunyai nilai hormat-menghormati yang tinggi sesama
insan.
vi. Melahirkan golongan pemimpin pelajar yang bermatlamat ,bermotivasi
tinggi,rajin, tekun dan sentiasa berkesanggupan membantu sekolah dalam
pelbagai tugas kepimpinan.
4. OBJEKTIF
Setelah berakhirnya kursus ini, diharapkan para peserta dapat:
i. Menerapkan ciri-ciri kepimpinan dan tanggungjawab sebagai pemimpin
atau ketua
ii. Memberi pendedahan tentang tanggungjawab dan bidang tugas
masing-masing
iii. Meningkatkan daya kepimpinan untuk menjadi pemimpin yang lebih
berdedikasi terhadap tugas-tugas yang telah diamanahkan
iv. Mempelajari cara-cara mengurus diri dari segi masa agar membina
disiplin diri bagi menghadapi cabaran tugas sebagai pemimpin.
v. Mempelajari kemahiran-kemahiran berkomunikasi agar dapat
menghadapi pelbagai situasi dengan tegas, adil dan mesra serta dapat
bertindak secara bijak.
vi. Menyedari bahawa mereka adalah pemimpin kecil di sekolah.
vii. Sebagai pemimpin mereka perlu sedar cirri-ciri pemimpin yang perlu
ada pada diri agar mereka boleh dihormati dan diteladani
5. KUMPULAN SASARAN
Jumlah keseluruhan ialah 158 orang
70 orang Pengawas Sekolah,
40 orang Pembimbing Rakan Sebaya,
33 orang Pengawas Pusat Sumber Sekolah
15 orang Pengawas SPBT
6. CADANGAN TARIKH
28 Mei 2022 / Sabtu
7. SUMBER
Fasilitator : Guru-guru Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Disiplin, Unit PSS
dan Unit SPBT
8. JAWATANKUASA PENGELOLA
Pengerusi : En Ashri bin Abdullah
Naib Pengerusi 1 : En Zulkifli bin Salleh
Naib Pengerusi 2 : Pn Hafizoh binti Abdul Wahab
Naib Pengerusi 3 : En Azman bin Ismail
Penyelaras : En Mohd Shukri bin Jaafar
Setiausaha : Pn Siti Noorjannah bt Abd Gani
Pen. Setiausaha : Pn Faridah bt Ismail
Bendahari : En Mohamad bin Omar
Ahli Jawatankuasa Kerja :
Ketua Fasilitator : En Mohd Shukri bin Jaafar
Cik Nur Ainun bt Razak
Fasilitator : Pn Siti Noorjannah bt Abd Gani (PRS)
Pn Faridah bt Ismail
Cik Nur Ainun binti Razak (Pengawas)
Pn Suzieyani binti Dahalan (PSS)
En Mohamad bin Omar (SPBT)
Siaraya / LCD : Mohd Husaini bt Mohd Hilmi
Dokumentasi : Pn Siti Noorjannah bt Abd Gani
9. TENTATIF PROGRAM
Masa Aktiviti
7.45 – 8.00 Pendaftaran
8.00 – 8.15 Bacaan doa
Ucapan pentadbir
8.15 – 9.30 Ceramah Motivasi oleh kaunselor
9.30 – 10.45 LDK 1 : Hebatkah saya?
10.45 – 11.05 Rehat
11.05 – 12.05 LDK 2 : Apakah tugas saya? *penyelaras pengawas
12.05 – 1.15 LDK 3: Bagaimanakah ketrampilan saya? *penyelaras pengawas
1.15 – 1.35 Majlis penutup
1.35 – 1.45 Bersurai
10. PERBELANJAAN PROGRAM
Bil Perkara Jumlah Sumber
kewangan
1 Makanan dan minuman peserta
158 orang x RM6.00 RM948.00 Akaun SUWA
RM948.00 (Kantin)
2 Peralatan
A4 Warna (mix color) 3 rim x RM96.00
RM32.00 RM84.00
RM25.00 Akaun PCG Unit
Marker Pen 2 dozen x RM50.00 Bimbingan dan
RM42.00 RM90.00 Kaunseling
RM345.00
Kertas Majong 50 keping x RM0.50
Kertas Manila Kad 50 keping x RM1.00
Kertas sijil 3 rim x
RM30.00
3 Hadiah kumpulan terbaik
Tempat pertama – hamper makanan RM70.00
(biskut tin, Apollo, gula-gula, air kotak) Akaun PCG Unit
RM70.00 Bimbingan dan
Kaunseling
Tempat kedua – hamper makanan RM60.00
(biskut tin, Apollo, air kotak) RM60.00
Tempat ketiga – hamper makanan RM50.00
(biskut tin, Apollo, air kotak) RM50.00
Tempat ketiga – hamper makanan RM40.00
(biskut tin, Apollo, air kotak) RM40.00
RM220.00
Jumlah Besar RM1513.00
11. PENUTUP
Diharapkan program ini mendapat sokongan padu daripada pihak
pengurusan sekolah bagi meningkatkan kecemerlangan akademik dan
sahsiah murid Sekolah Kebangsaan Padang Menora.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
……………………………… ………………………
(Siti Noorjannah bt Abd Gani) (Mohd Shukri bin Jaafar)
Setiausaha Guru Bimbingan & Kaunseling
Disahkan oleh,
…………………………
(Ashri bin Abdullah)
Guru Besar SKPM