The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MYRISTICA MAWAS ANAK ANTHONY
CLAUDYA LINAH ANAK DONNY
AMALI ARIF BILLAH BIN ABDUL MUTALIB
JULIANA ANAK AWANG

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amaliarifb, 2021-12-25 00:31:34

Isu Semasa Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK)

MYRISTICA MAWAS ANAK ANTHONY
CLAUDYA LINAH ANAK DONNY
AMALI ARIF BILLAH BIN ABDUL MUTALIB
JULIANA ANAK AWANG

Keywords: Etika dan Penghayatan

E-FOLIO

Isu-isu Semasa
Teknologi Maklumat &

Komunikasi

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
MPU21032

SESI 1 2021/2022



NAMA PENSYARAH :



PUAN FARAH HANAN ABU BAKAR

PENGARAH PENGAJIAN AM
POLITEKNIK MUKAH



DISEDIAKAN OLEH PELAJAR
KURSUS AKAUNTANSI
(DAT1B)

MYRISTICA MAWAS ANAK ANTHONY
20DAT21F1013

JULIANA ANAK AWANG
20DAT21F1011

CLAUDYA LINAH ANAK DONNY
20DAT21F1009

AMALI ARIF BILLAH BIN ABDUL MUTALIB
20DAT21F1015



PENGHARGAAN

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah ke hadrat
Allah S.W.T, kerana di atas limpah dan kurniaNya, maka dapatlah kami
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya walaupun menempuhi pelbagai
dugaan dan rintangan.

Alhamdulillah. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima
kasih yang tidak terhingga kepada Puan Farah Hanan, selaku pensyarah kami
yang mengajar Penghayatan Etika Dan Peradaban di atas kesabaran, sokongan,
nasihat dan bimbingan yang diberikan banyak membantu kepada kejayaan
dalam penghasilan tugasan ini. Segala bantuan, semangat, strategi dan
kebijaksanaan beliau telah banyak mengajar kami untuk menjadi seorang
penyelidik dan pendidik yang baik. Tidak dilupakan kepada barisan pensyarah
dan staf teknikal di Politeknik Mukah yang sudi berkongsi pengalaman
sepanjang pengajian ini. Segala pengalaman yang dilalui pasti tidak dapat
dilupakan.

Terima kasih kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (secara amnya)
dan Politeknik Mukah (secara khususnya) kerana telah menganugerahkan
biasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ini. Terima kasih juga kepada
pihak institusi kajian, Politeknik Mukah kerana telah memberi sokongan penuh
dalam kerja lapangan dan memudahkan proses untuk mendapatkan data.

Ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa yang kami hormati yang
sentiasa memberi kasih sayang, dorongan, doa, peringatan dan panduan hidup
yang amat kami perlukan. Atas kesabaran, sokongan, bantuan, toleransi, cinta
dan doa kalian, sehingga tugasan dan pengajian ini dapat disempurnakan
dengan jayanya. Sesungguhnya segala pengorbanan yang telah dilakukan amat
kami sanjungi dan akan kami ingat sepanjang hayat ini.

Akhir kata, ucapan terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam memberikan sumbangan cadangan dan
bantuan dalam menyiapkan tugasan ini. Semoga penyelidikan dan tugasan ini
dapat dijadikan wadah ilmu yang berguna untuk tatapan generasi akan datang.



ISI KANDUNGAN muka surat
i
Objektif pembelajaran iii

Pengenalan 1
1
1) Bidang-bidang yang Melibatkan Teknologi 2
Maklumat dan Komunikasi (TMK) 3
4
1.1 Bidang Pendidikan
1.1.1 Aplikasi ICT dalam Pendidikan 5
1.1.2 Kesan Positif ICT dalam Bidang Pendidikan 6
1.1.3 Kesan Negatif ICT dalam Bidang Pendidikan 8
9
1.2 Bidang Komunikasi
1.2.1 Contoh Medium Komunikasi 10
1.2.2 Kesan Positif ICT dalam Komunikasi
1.2.3 Kesan Negatif ICT dalam Komunikasi 12

2) Peranan Teknologi Maklumat dan Komunikasi 15
(TMK) dalam Kehidupan
17
3) Isu-isu Semasa Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK)

4) Langkah-langkah Mengatasi Isu Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Kesimpulan



OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Memahami definisi Teknologi Maklumat
Mengetahui isu-isu semasa teknologi
maklumat pada masa hadapan
Mengenalpasti kesan ICT dalam bidang
pendidikan, komunikasi, dan perubatan

i



PENGENALAN

Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan
untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat. Kewujudan teknologi ini
dijadikan sebagai medium yang telah direkabentuk dan dihasilkan oleh manusia
bagi memudahkan, mempercepatkan dan mengurangkan penggunaan tenaga
manusia. Selain itu, dengan kemunculan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT) ianya digunakan sebagai suatu unsur yang diperlukan dalam kerja-kerja
pemprosesan data. Menurut Senn (1998), beliau menyatakan teknologi
maklumat dan komunikasi mengandungi tiga (3) komponen iaitu komputer,
komunikasi dan tahu-guna. Gabungan ketiga-tiga komponen ini mencipta
peluang kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan
berjaya.

Seperti yang kita tahu, teknologi ini telah banyak membantu manusia untuk
berkomunikasi atau berinteraksi antara satu sama lain tanpa mengira had jarak
dan masa. Perkembangan teknologi ini telah banyak memenuhi keperluan dan
keinginan manusia dalam kehidupan seharian. Namun begitu, sudah semestinya
perkembangan ini akan menimbulkan kesan kepada manusia sama ada dari segi
yang positif ataupun negatif. Kemunculan teknologi ini sudah cukup untuk
melengkapi kehidupan seseorang individu terutamanya dalam kalangan belia
zaman ini. Golongan belia yang lebih dikenali sebagai generasi Y, lahir dalam
era globalisasi yang digelar sebagai zaman elektronik. Internet merupakan nadi
utama bagi kalangan belia dan dipercayai dengan pengetahuan dan kemahiran
yang tinggi dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

iii

1) BIDANG-BIDANG YANG MELIBATKAN
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
(TMK)

1.1 BIDANG PENDIDIKAN

(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003) menggariskan 3 dasar utama ICT dalam
pendidikan.
i) Literasi ICT untuk semua pelajar
ii) Mengutamakan peranan dan fungsi ICT sebagai kurikulum dan alat PdP.
iii) Penggunaan ICT untuk meningkatkan produktiviti pembelajaran.

Rajah 1.1: Isu pendidikan dalam keratan akhbar

1

1.1.1 APLIKASI ICT DALAM PENDIDIKAN

a) Komunikasi

- Mail Elektronik (E-mel) merupakan antara perkhidmatan internet
yang digunakan dengan meluas. Melalui penggunaan e-mel, guru dan
pelajar dapat membuat perbincangan secara berkumpulan untuk bersoal
jawab, bincang soalan, dan berkongsi pengalaman serta pengetahuan.

b) Perolehan Maklumat

- Terdapat banyak maklumat yang menarik dan pelbagai untuk guru
dan pelajar dalam internet. Maklumat-maklumat yang dipaparkan
sentiasa terkini dan tepat yang boleh diakses memudahkan guru dan
pelajar untuk mencari maklumat dan info-info.

c) Penyiaran Maklumat

- Guru dan pelajar boleh menyiarkan bahan-bahan dalam internet.
Proses penyiaran melalui internet adalah lebih cepat dan mudah
berbanding dengan saluran tradisional seperti kertas poster. Hasil kerja
pengajar dan pelajar boleh dihantar ke internet serta dapat membuat
penilaian terhadap sesuatu pengajaran yang dibangunkan.

2

1.1.2 KESAN POSITIF ICT DALAM BIDANG
PENDIDIKAN

a) Kecekapan

- Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan.

b) Kualiti pembelajaran

- Hasil pembelajaran tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam
menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana mudah untuk
menunjukkan gambar-gambar, video pendek, serta dapat membuat kuiz.

c) Suasana pembelajaran

- PdP lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan, mempertingkatkan kualiti pengajaran, mendapatkan
maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat.

3

1.1.3 KESAN NEGATIF ICT DALAM BIDANG
PENDIDIKAN

a) Kepakaran guru yang terhad

- Seseorang guru yang mempunyai komputer mempunyai kaitan dengan tahap
penggunaan internet dalam proses mengimplementasikan program berasaskan
komputer di sekolah, seorang guru biasanya dilatih tetapi bilangannya masih terhad.

b) Kekurangan khidmat sokongan

- Membekalkan dan menyelenggara komputer di sekolah memerlukan kos yang
tinggi. Disebabkan kekurangan kakitangan sokongan yang boleh melaksanakan kerja-
kerja penyelenggaraan komputer menyebabkan banyak komputer yang mengalami
kerosakan dibiarkan begitu sahaja tanpa dibaik pulih.

c) Masalah isi kandungan dalam internet

- Kebanyakan maklumat di dalam internet yang tidak ditapis akan mendatangkan
bahaya dan kemudaratan khususnya kepada pelajar. Terdapat banyak maklumat yang
tidak sesuai seperti maklumat seks (pornografi), keganasan, hasutan, khabar angin,
diskriminasi, dadah, promosi keganasan dan penderaan, perjudian dan sebagainya.

d) Masalah maklumat yang tidak tepat

- Keistimewaan internet ialah tiada seorang pun yang memiliki dan mengawalnya.
Semua orang mempunyai hak untuk menyampaikan dan menyiarkan sebarang
maklumat di internet. Ini menyebabkan terdapat banyak maklumat yang tidak tepat di
internet. Maklumat ini boleh mendatangkan bahaya sekiranya para remaja
terutamanya golongan pelajar tidak dapat membezakan maklumat yang betul dan
maklumat yang salah.

e) Masalah menghasilkan pembelajaran secara talian

- Walaupun banyak kebaikan dalam penggunaan internet. Namun, terdapat juga
kekurangan dimana pelajar yang selalunya mengakses internet lebih tertarik untuk
duduk di hadapan komputer tanpa memikirkan kehidupan sosial sama ada dengan
keluarga ataupun masyarakat. Senario ini menyebabkan pelajar menjadi pasif dan
kurang berkomunikasi apabila berhadapan dengan orang ramai sedangkan untuk
menjadi seorang pelajar yang berdaya saing, mereka berkeupayaan untuk memberi
idea-idea yang bernas dan berkualiti bagi memantapkan kerjaya dan pembangunan
kerjaya mereka kelak.

4

1.2 BIDANG KOMUNIKASI

DEFINISI KOMUNIKASI - Komunikasi bermaksud melibatkan percakapan
atau perbualan dan penulisan yang bertujuan menyampaikan mesej daripada satu
pihak kepada pihak yang lain. Pihak yang menerima mesej itu pula akan
memproses mesej yang diterima itu. Komunikasi tidak terhad secara bersemuka
saja, malah komunikasi secara virtual atau maya seperti chatting, email dan video
juga adalah dikategorikan sebagai komunikasi lisan.

Rajah 1.2: Isu komunikasi dalam keratan akhbar

5

1.2.1 CONTOH MEDIUM KOMUNIKASI

a) Media Sosial

Media sosial merupakan satu rangkaian

komunikasi diatas talian (online) yang

dapat menghubungkan para pengguna

dari seantero dunia. Menurut Kamus

Dewan Bahasa, media bermaksud alat

perantara, komunikasi atau

perhubungan, manakala sosial adalah

perihal kemasyarakatan dan pergaulan.

b) Chat Room

Istilah bilik sembang, atau ruang
sembang, digunakan terutamanya
untuk menerangkan sebarang
persidangan segerak, kadang-
kadang persidangan tanpa segerak.

c) Sidang Video

Sidang video (tele-persidangan
video atau telekonferens video)
merupakan satu set teknologi
telekomunikasi interaktif yang
membenarkan orang diantara
dua atau lebih lokasi berinteraksi
melalui penghantaran video dan
audio dua hala secara serentak.

6

d) Mesej

Mesej segera adalah komunikasi

masa nyata, berasaskan teks yang

serupa dengan sembang.

Komunikasi dilakukan melalui

rangkaian, sering Internet, dan

mungkin termasuk mode canggih

dengan suara atau video langsung.

7

1.2.2 KESAN POSITIF MEDIUM KOMUNIKASI

a) Memudahkan perhubungan
- Rakyat Malaysia yang berada di dalam atau di luar negara sama ada atas
urusan pelajaran atau perniagaan, dapat berhubung dengan ahli keluarga
dan sahabat handai pada bila-bila masa (24/7). Mereka boleh berhubung
menggunakan e-mail, chatting ataupun video kamera (web cam) dengan
kos yang lebih rendah berbanding dengan menggunakan telefon.
Teknologi komunikasi yang terkini ini menghubungkan masyarakat di
seluruh dunia. Penyebaran maklumat dan komunikasi berlaku dengan lebih
pantas dan dalam waktu yang serentak.

b) Komunikasi yang lebih efektif
- Penggunaan blog, media sosial (Facebook, Twitter dan MySpace) dan
forum menjadi medium yang popular untuk menyampaikan maklumat.
Golongan muda zaman kini menjadikan laman sosial untuk menyebarkan
maklumat terkini terutamanya kepada rakan-rakan mereka. Dengan cara
ini, maklumat dan info terkini lebih mudah untuk disampaikan dan lebih
menyeluruh.

c) Berkongsi pendapat dan info terkini
- Blog dan forum adalah medium yang terbaik untuk bertukar pendapat
dan mendapatkan info terkini. Remaja masa kini lebih berminat
menggunakan forum untuk mencari maklumat terkini dan saling
berkongsi pendapat mereka dengan rakan yang hanya dikenali di alam
maya.

8

1.2.3 KESAN NEGATIF MEDIUM KOMUNIKASI

a) Membuang masa
- Remaja pada masa kini banyak menghabiskan masa mereka di laman
sosial sehingga lupa akan tanggungjawab mereka sebagai pelajar dan
tanggungjawab sebagai seorang Muslim seperti menunaikan solat.
Pelajar-pelajar menghabiskan masa yang lama di hadapan komputer
dan tidak bergaul dengan masyarakat sekeliling.

b) Penyebaran maklumat yang kurang tepat
- Laman sosial dan forum dijadikan medan untuk menyebarkan fitnah dan
berita yang kurang tepat. Berita atau maklumat yang palsu juga dikirimkan
melalui e-mail dan tersebar secara meluas dan tujuan untuk mengaibkan
individu tertentu. Kadangkala, blog juga dijadikan medium untuk
menaburkan fitnah dan memecah-belahkan masyarakat di Malaysia.
Ancaman dan ugutan juga disebarkan melalui medium komunikasi yang
boleh menjejaskan keamanan negara.

9

2) PERANAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI(TMK) DALAM KEHIDUPAN

BERKONGSI MEMPEROLEH MENJANA
PENDAPAT MAKLUMAT PENDAPATAN

Pada zaman perkembangan teknologi ini, masyarakat telah menggunakan
pelbagai cara untuk mendapatkan maklumat. Terdapat seribu satu cara untuk
memperolehi maklumat seperti sumber daripada rakan, internet, media massa
dan lain-lain. Wahana komunikasi ini digunakan secara meluas dan
mempercepatkan penyebaran maklumat. Manusia melalui pelbagai abad
inovasi teknologi dan berjaya membina satu rangkaian perhubungan yang
boleh menghubungkan masyarakat di dalam negara mahupun luar negara.
Melalui rangkaian ini, maklumat dapat diperoleh dan digunakan dalam
pekerjaan dan kehidupan seharian. Teknologi maklumat dan komunikasi
memainkan peranan yang sangat penting dalam hidup masyarakat. Apakah
peranan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam kehidupan?

a) Membolehkan masyarakat berkongsi pendapat

Komunikasi antara masyarakat berlaku dengan giat dan berlaku pada setiap
masa. Manusia memerlukan kemudahan berkomunikasi antara satu sama lain
seperti internet. Kemudahan berinternet telah digunakan oleh masyarakat celik
hari ini untuk memudahkan pekerjaan mereka. Berkongsi pendapat adalah perlu
dalam membangunkan masyarakat ke tahap yang lebih baik seperti aplikasi e-
mel yang sering digunakan dalam membuat sesuatu pekerjaan.

Sejajar hal ini, kerja dapat diselesaikan dengan mudah dan pantas. Berkongsi
pendapat juga boleh meningkatkan mentaliti masyarakat setempat yang
menghubungkan diri mereka dengan masyarakat lain seperti masyarakat negara
maju. Perkongsian pendapat yang berfaedah dan membangun memberi kesan
yang positif kepada masyarakat tempatan.

10

b) Maklumat diperolehi dari pelbagai sumber

Teknologi maklumat dan komunikasi memberi kemudahan untuk
masyarakat memperoleh maklumat. Pelbagai alat teknologi dan komunikasi
digunakan dalam menyebarkan maklumat dan mencari maklumat seperti
komputer, komputer riba yang mempunyai kemudahan internet, telefon bimbit
pintar, televisyen dan sumber daripada manusia. Kita boleh memperoleh
maklumat untuk kepentingan diri sendiri seperti mencari maklumat mengenai
pelajaran. Dengan cara ini, kita dapat mencapai kejayaan dengan lebih mudah.

Masyarakat perlulah membuat perkara yang berfaedah agar mentaliti
masyarakat boleh ditingkatkan.. Penggunaan alat-alat komunikasi ini juga boleh
mendorong masyarakat melakukan keburukan seperti menjatuhkan maruah
seseorang di laman sosial dan menggodam akaun orang lain untuk mencuri duit.
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam, pepatah ini mengingatkan kita
supaya sentiasa melakukan kebaikan dan berlaku buruk akan mendapat balasan
buruk. Oleh itu, masyarakat harus menggunakan kemudahan-kemudahan ini
dengan baik supaya dapat mewujudkan masyarakat yang membangun selaras
Wawasan 2020.

c) Membolehkan kita menjana pendapatan

Pada zaman revolusi teknologi ini, pelbagai cara boleh dilakukan untuk
menjana pendapatan. Jika dikaitkan dengan isu semasa mengenai kenaikan
harga barang, ramai daripada masyarakat kita harus berhempas pulas mencari
rezeki untuk menanggung kehidupan seharian. Bidang teknologi maklumat dan
komunikasi telah memberi kemudahan kepada kita untuk mencari wang.
Tamsilnya, orang ramai sibuk dengan pekerjaan mereka dan tidak mempunyai
masa untuk membeli barang.

Oleh itu, masyarakat harus mengambil peluang dengan melakukan
perniagaan secara atas talian. Pekerjaan ini tidak memerlukan tenaga yang
banyak dan kerja dapat dilakukan dengan cekap. Cara ini telah digunakan oleh
pihak kerajaan untuk memberi kemudahankepada masyarakat membayar cukai.
Selaras dengan perkara itu, ekonomi negara semakin meningkat dan dapat
menjana pendapatan untuk negara. Secara kesimpulannya, peranan teknologi
maklumat dan komunikasi memberi banyak kelebihan untuk masyarakat.

11

3) ISU-ISU SEMASA TEKNOLOGI MAKLUMAT
DAN KOMUNIKASI(TMK)

Isu-isu Huraian
1) Jenayah siber
Semakin maju teknologi maklumat (TMK)
semakin meningkat jenayah siber yang
berlaku.
Jenayah siber yang dimaksudkan ialah
seperti penipuan secara atas talian, berlaku
traksaksi palsu, buli siber dan sebagainya.
Kelicikan penjenayah siber ini ada kalanya
mampu menggodam system pertahanan
negara dan rahsia-rahsia kerajaan yang
boleh mendedahkan sesebuah negara
kepada ancaman anasir luar.
Penipuan jual beli dalam talian juga
membawa kerugian besar kepada pembeli
atau penjual.
Pelbagai jenis jenayah siber seperti
penipuan, kerosakan, atau pegubahsuaian
ke atas program atau data komputer,
kecurian maklumat, capaian secara tidak
sah ke atas sistem, menyalin perisian tidak
sah, pengintipan, judi siber, skim cepat
kaya, pornografi, penyebaran virus dan
mel spam.

12

2) Menjejaskan Keghairahan menggunakan alat
hubungan harmoni
komunikasi sangat berbahaya kepada

hubungan sesama manusia.

Penggunaan gajet pada tempat yang tidak

sesuai seperti di meja makan dan meja

mesyuarat, menyebabkan suasana harmoni

untuk saling bergaul dan bertukar

pendapat tidak mencapai matlamatnya.

Hal ini jelas mengganggu hubungan baik

dan harmoni dalam keluarga dan

masyarakat.

3) Melayari laman Generasi muda khususnya lebih
sesawang yang tidak terdedah melayari laman sesawang
bermoral atau tidak bermoral dan pornografi
pornografi disebabkan benteng agama yang tidak
kukuh.
Melalui laman sesawang tidak bermoral
ini, masyarakat akan mudah
terpengaruh dan mengikuti perlakuan
yang tidak baik menerusi laman
sesawang tersebut.
Seterusnya akan meningkatkan kes
jenayah sosial seperti zina, rogol, dan
seumpamanya.

13

4) Menceroboh Penggunaan dilarang menggangu atau
halaman web menceroboh halaman web mana-mana
Jabatan, organisasi atau negara.
5) Wujud budaya Penceroboh akan dikenakan tindakan
plagiarism (plagiat) undang-undang jika disabit kesalahan.
Perbuatan jenayah ini adalah bertujuan
6) Penggodam niat jahat seperti mendapatkan
maklumat maklumat rahsia, mengambil wang
individu lain dan sebagainya.

Plagiarism ialah perbuatan tidak sihat
dalam dunia akedemik.
Hal ini kerana telah mengambil hak
cipta seseorang tanpa izin.
Pekara ini bukan sahaja menjejaskan
amalan kesantunan malah ini juga akan
megakibatkan individu yang terlibat
tidak melakukan sesuatu tugas dengan
hasilnya sendiri.

Kecanggihan TMK membuka ruang kepada
penggodam kepada pengganas siber untuk
memusnahkan data dan mengubah sistem
komputer.
Selain itu penggodam boleh menggunakan
internet mencuri maklumat sulit yang
dimiliki oleh individu, syarikat dan organisasi
dan memperoleh keuntungan melalui cara
penjualan kepada pihak pesaing.
Perkara ini sangat membimbangkan kerana
boleh menjejaskan keselamatan individu,
agensi kerajaan dan swasta serta negara.

14

4) LANGKAH-LANGKAH MENGATASI ISU
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
(TMK)

a) Kempen penggunaan teknologi secara positif haruslah
diadakan.

- Melalui kempen ini, para remaja diberi pendedehan tentang
hukuman untuk penyalahgunaan teknologi seperti akta jenayah
komputer 1997 dan akta multimedia 1998.

- Dengan ini, remaja boleh menghindarkan diri mereka daripada
terlibat dalam jenayah cyber.

- Selain itu, melalui kempen ini, remaja juga diberi pengetahuan
tentang pelbagai manfaat yang boleh mereka memiliki melalui
komputer seperti mencari informasi untuk kerja kursus dan sebagainya

b) Pihak sekolah haruslah memainkan peranan dalam memantau
pelajar mereka daripada mencari informasi-informasi seperti
informasi lucah dan gengsterism yang boleh mencemarkan minda
mereka.

- Pihak sekolah haruslah menyekat laman web -laman web yang
boleh dilayari.
- Pihak sekolah harus memberikan pengajaran nilai-nilai murni
atau mata pelajaran yang berkaitan dengan pengajaran moral,
seperti Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam.

15

c) Ibu bapa haruslah memainkan peranan dalam mengawal
anak-anak mereka daripada melayari website-website yang
tidak senonoh.
- Pihak sekolah haruslah menyekat laman web -laman web yang
boleh dilayari.
- Pihak sekolah harus memberikan pengajaran nilai-nilai murni
atau mata pelajaran yang berkaitan dengan pengajaran moral,
seperti Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam.

16

KESIMPULAN

Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang diintegrasikan ke dalam
bidang pendidikan mampu membawa satu perubahan yang positif kepada
golongan pendidik serta pelajar. Sekaligus mampu melahirkan guru dan pelajar
yang celik teknologi pada masa akan datang. Melalui pengintegrasian teknologi
maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sesuatu
medium seperti teks, audio, video, grafik dan animasi mampu disampaikan
kepada pelajar dengan berkesan melalui rangsangan deria yang lebih efektif. Para
pendidik juga mampu menjadikan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai
satu wadah untuk mengakses dan berkongsi bahan pengajaran dengan murid
dan komuniti pengajar yang lain.

Teknologi maklumat dan komunikasi juga jelas mampu menjadikan sesuatu
rancangan pengajaran harian menarik serta berkesan dengan penerapan model
reka bentuk pengajaran yang sesuai. Pemilihan model reka bentuk yang sesuai
serta bertepatan mampu menjadikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran
itu berjalan dengan lancar. Model ASSURE sesuai digunakan untuk
perancangan pembelajaran bilik darjah dan guru perlu mahir dalam
mengintegrasikan model ini ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran
mereka. Bahan 2 dimensi serta 3 dimensi juga dilihat mampu menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan memudahkan pemahaman
pelajar terhadap sesuatu konsep dan fakta. Guru sekali lagi perlu memainkan
peranan dalam pengendalian kedua-dua bahan ini secara berkesan. Selain itu,
video juga mampu menjadikan sesuatu proses P&P itu menarik. Video-video ini
diselitkan ke dalam rancangan pengajaran harian mengikut kesesuaian.
Penghasilan video yang berkesan adalah berdasarkan prosedur-prosedur yang
telah ditetapkan.

17




Click to View FlipBook Version