The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mengenalpasti semua jenis radas kaca serta kegunaan.
Disebabkan terlalu banyak radas kaca yang terdapat dalam
makmal dan stor, katalog dan label ini dapat membantu staf
dan pelajar untuk lebih mengenali radas kaca yang sesuai
untuk digunakan untuk sesuatu eksperiment atau projek.
Selain daripda itu, katalog ini akan disertakan gambar
supaya staf dan pelajar lebih mengenali dan didedahkan
lebih terperinci fungsi dan isipada setiap radas kaca

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by k.amsyar10, 2023-08-15 20:24:11

RADAS-RADAS KACA TEST

Mengenalpasti semua jenis radas kaca serta kegunaan.
Disebabkan terlalu banyak radas kaca yang terdapat dalam
makmal dan stor, katalog dan label ini dapat membantu staf
dan pelajar untuk lebih mengenali radas kaca yang sesuai
untuk digunakan untuk sesuatu eksperiment atau projek.
Selain daripda itu, katalog ini akan disertakan gambar
supaya staf dan pelajar lebih mengenali dan didedahkan
lebih terperinci fungsi dan isipada setiap radas kaca

KATALOG RADAS KACA 2023 |


KATALOG RADAS KACA 2023 | PENGENALAN Radas adalah alat yang digunakan di dalam makmal untuk membuat sesuatu ujikaji. Disebabkan ujikaji selalu melibatkan reaksi kimia yang berbahaya, maka alat yang digunakan perlulah tidak boleh bertindak balas dengan kimia. Oleh itu, mereka perlu mempunyai beberapa sifat. Ujikaji di dalam makmal memerlukan kita menggunakan pelbagai jenis radas untuk melaksanakan walau satu eksperimen yang ringkas. Radas yang digunakan pula tidak boleh digunakan sebarangan kerana keselamatan adalah aspek yang paling utama yang harus diketengahkan di dalam makmal. Radas-radas di dalam makmal terdiri daripada pelbagai jenis, ada yang diperbuat daripada plastik, ada juga diperbuat daripada besi, tetapi kebanyakan radas di dalam makmal diperbuat daripada kaca. Penggunaan kaca yang lebih meluas daripada bahan-bahan lain dalam pembuatan radas di dalam makmal adalah kerana kaca adalah bahan tidak organik, bersifat lutsinar yang membolehkan pemerhatian kepada bahan ujikaji dilakukan dengan mudah, tegar, dan bahan yang bersifat serba boleh kerana mampu bertahan di dalam kondisi yang ekstrem, suhu tinggi dan suhu rendah. Selain itu, kaca bersifat nadir (inert) dan stabil yang tidak bertindak balas kepada sebarang reaksi kimia yang dijalankan. Kaca juga mudah ditempa membuatkan ia mudah dibentuk menjadi pelbagai bentuk mengikut kesesuain kegunaan semasa. JENIS-JENIS KACA. Terdapat beberapa jenis kaca yang digunakan untuk membuat radas di dalam makmal, antaranya kaca borosilikat (borosilicate glass), kaca soda-kapur (soda-lime glass), dan juga kaca neutral. Setiap kaca yang dinyatakan di atas mempunyai sifat yang berbeza antara satu sama lain. Radas kaca yang ada di dalam makmal boleh dikategorikan kepada tiga jenis kaca; kaca lembut, kaca keras, dan juga kaca transmisi suhu dan UV yang tinggi. Kaca Lembut Kaca lembut dari segi fizikalnya adalah lebih lembut dari kaca yang lain dan lebih mudah pecah. Kaca ini tidak boleh menampung suhu yang tinggi. Jenis kaca lembut yang paling biasa adalah kaca soda-kapur. Kaca soda-kapur diperbuat daripada campuran karbonat daripada natrium oksida (Na2O) dan kalsium oksida (CaO) atau magnesium oksida (MgO).


KATALOG RADAS KACA 2023 | Kaca Keras Kaca keras pula mempunyai keupayaan untuk mengelak impak hakisan tiga kali lebih kuat daripada jenis kaca lembut. Ia juga mempunyai kadar ketahanan terhadap suhu yang tinggi serta boleh menahan kejutan haba yang lebih baik daripada kaca lembut kerana mempunyai pekali pengembangan haba (thermal coefficients of expansion) yang lebih rendah. Kaca keras juga secara kimianya bersifat imun kepada larutan beralkali dan larutan-larutan bahan kimia yang lain. Kaca borosilikat adalah contoh kepada kaca keras. Kaca Transimisi Suhu Dan UV Tinggi Seterusnya, kaca transmisi suhu dan UV tinggi. Kaca ini lebih popular dikenali sebagai kuartz (quartz) di dalam makmal kerana mempunyai kebolehan daya tahan haba dan transmisi UV yang tinggi tidak serperti jenis-jenis kaca yang lain yang cair dan berubah bentuk apabila terdedah kepada suhu yang ekstrem. Kaca ini banyak digunakan untuk membuat botol (vial) sampel untuk instrumen-instrumen analisa seperti HPLC (High Performance Liquid Chromatography), AAS (Atomic Absorption Spectroscopy) dan lain-lain lagi.


KATALOG RADAS KACA 2023 | JENIS-JENIS RADAS Radas boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, ada radas yang digunakan untuk menyimpan bahan kimia, ada yang digunakan untuk menyukat, dan ada juga radas yang digunakan sebagai alat untuk melaksanakan eksperimen. Secara umumnya, di bawah adalah senarai radas yang paling biasa digunakan di dalam makmal kimia, antaranya; BIL SENARAI NAMA RADAS KACA GAMBAR RADAS KACA 1. Beaker (Bikar) - bikar digunakan sebagai bekas untuk menampung, mencampur serta memanaskan bahan kimia. Bikar juga terdapat jenis kaca dan plastik. Bikar plastik untuk kegunaan bahan kimia jenis asid. Saiz: 50ml, 100ml, 250ml, 500ml, 600ml, 1000ml 2. Measuring Cylinder (Silinder Penyukat) - seperti namanya, silinder penyukat adalah radas yang digunakan untuk menyukat cecair Saiz: 50ml, 100ml, 250ml, 500ml, 600ml, 1000ml 3. Conical Flask/ Erlenmayer Flask (Kelalang Tiga Segi) - kelalang tiga segi mempunyai pelbagai fungsi antaranya menyukat sampel kimia dalam bentuk cecair, boleh juga digunakan untuk mencampur, memanas dan mendidihkan bahan kimia. Juga di gunasama dalam proses pentitratan & penurasan. Saiz: 50ml, 100ml, 250ml, 500ml, 600ml, 1000ml


KATALOG RADAS KACA 2023 | 4. Round/Flat Bottom Flask (Kelalang Bulat/Rata) - kelalang bulat digunakan untuk menadah bahan kimia yang banyak digunakan dalam proses sistesis, dan proses refluks. Terdapat dalam pelbagai saiz dan bilangan leher Saiz: 50ml, 100ml, 250ml, 500ml, 600ml, 1000ml 5. Pipette (Pipet) - pipet adalah alat yang digunakan untuk menyukat sesuatu kuantiti bahan kimia dalam bentuk cecair. Namun pipet ini perlu digunakan bersama pengisi pipet (pipette filler) Ada 2 jenis: 1.Pipette graduated 2.Pipette bulb 1.Plastik 2.Kaca Pipette graduated Pipette bulb pipette filler 6. Burret (Buret) - buret juga sejenis alat penyukat cecair yang sering digunakan dalam proses titratan


KATALOG RADAS KACA 2023 | 7. Conical Funnel (Corong Tiga Segi) - corong tiga segi digunakan untuk membantu proses penuangan bahan kimia dari radas bermulut luas kepada radas bermulut kecil, juga digunakan bersama dengan kertas turas untuk proses penurasan. 8. Stirring Rod (Rod pengacau) - rod berbentuk silinder panjang yang digunakan untuk mengacau dan mencampurkan bahan kimia 9. Petri Dish (Bekas Petri) - bekas kecil berbentuk piring yang digunakan untuk menyimpan sampel bahan kimia Saiz: 80 mm, 100mm 10. Volumetrik Flask (Kelalang volumetric) - digunakan dalam pencairan jitu serta penyediaan larutan piawai. Kelalangkelalang ini biasanya berbentuk buah jambu dengan dasar rata, dan diperbuat daripada kaca atau plastik. Saiz: 50ml, 100ml, 250ml, 500ml, 600ml, 1000ml


KATALOG RADAS KACA 2023 | 11. Mercury Thermometer (Termometer merkuri) - alat yang digunakan untuk menyukat suhu yang di dalamnya mengandungi cecair merkuri 12. Boiling Tube or Test Tube (Tabung Dadih) - tabung didih adalah tabung berbentuk silinder yang digunakan untuk mendidihkan bahan kimia, boleh didedahkan terus kepada api atau dimasukkan ke dalam ketuhar Saiz: 30 ml, 50 ml, 100 ml 13. Petri Dish (Bekas Petri) - bekas kecil berbentuk piring yang digunakan untuk menyimpan sampel bahan kimia, sebagai bekas untuk menimbang sampel dan juga boleh di gunakan sebagai bekas perkembangbiakan mikrob Saiz: 60mm x 15mm 90mm x 15mm 100mm x 15mm 14. Slide (slaid) - slaid boleh didapati jika anda menggunakan mikroskop sebagai tempat untuk meletak sampel


KATALOG RADAS KACA 2023 | 15. Dropper with teat (Penitis) -penitik digunakan untuk menitiskan bahan kimia dalam skala dan kuantiti yang kecil Jenis: 1.Kaca 2.Plastik 16. Vial Or Reagent Bottle (Botol) -botol untuk menyimpan bahan kimia, wujud dalam pelbagai saiz - Botol pereaksi adalah salah satu alat laboratorium gelas yang terbuat dari kaca maupun plastik. Jenis-jenis botol:- Botol Pereaksi Di dalam laboratorium, terdapat dua jenis botol yang biasa digunakan. Diantaranya ada botol lutsinar, dan juga gelap. Tentu saja terdapat perbedaan dari fungsi kedua botol tersebut. Botol Lutsinar Untuk yang satu ini digunakan untuk bahan kimia yang tidak memiliki sensitivitas terhadap cahaya ataupun sinar UV. Sehingga bahan kimia yang di dalamnya dapat tersimpan aman dan tidak rosak, walaupun disimpan dalam botol lutsinar. Botol Gelap (Amberglass bottle) Yang kedua ada botol gelap. Botol jenis ini dibuat gelap, karena berfungsi untuk menyimpan bahan kimia yang memiliki sensitivitas yang tinggi terhadap cahaya. Yang dimana bahan kimia tersebut akan mengalami kerosakan dan reaksi oksidasi jika terkena cahaya, sehingga harus menggunakan botol yang gelap. Botol dispensari, plastic (120ml)


KATALOG RADAS KACA 2023 | 17. Wash Bottle (Botol Basuh@Botol air suling) -memasukkan air suling atau air ternyahion (deionized water) untuk mencuci radas Saiz: 250 ml, 500ml 18. Retort Set (Set Retort) - merupakan peralatan spesifik untuk tujuan menyokong bahagian-bahagian lain peralatan dan barangan kaca seperti buret, tabung uji dan termos. Kedudukan kaki retort terdiri daripada papan yang berat dibawah dan satu batang menegak keatas, yang biasanya diperbuat daripada logam. Sejumlah aksesori, seperti sepit dari pelbagai jenis dan cincin besi, boleh dipasang pada batang dengan skru, pada ketinggian apa pun yang diperlukan untuk menyokong peralatan sasaran. 1.Retort stand Base 2.Retort stand Rod 3.Boss head 4.Retort clamp, 3 jaw stand base stand rod boss head clamp, 3 jaw 19. Spatula With Spooned (Spatula) - bilah lebar, rata, fleksibel digunakan untuk mencampur, menghampar dan mengangkat bahan termasuk makanan, ubat-ubatan, plaster dan cat Saiz: 150mm, 210 mm


KATALOG RADAS KACA 2023 | 20. Plastic Syringe (Picagari Plastik) -alat untuk menyedut cecair dan memancutkannya ke tempat lain; Saiz: 3 ml, 5 ml 21. Cream Box, Plastic (Bekas krim,plastic) -bekas untuk menyimpan sample jenis krim, solid dan likat bagi mengasingkan mengikut jenis sample untuk tidak keliru atau bercampur Saiz: 1 oz 22. Pill box, plastic ( Bekas pil,plastik) - bekas untuk menyimpan sample jenis krim, solid dan likat bagi mengasingkan mengikut jenis sample untuk tidak keliru atau bercampur Saiz: ½ Oz, 1 oz, 2 oz, 4 oz 23. Magnetic Bar Stirrer (Bar Magnet) - magnet bersalut yang digunakan untuk mengacau cecair dalam bekas tertutup. Mereka boleh mengacau cecair tanpa memerlukan pembukaan dalam bekas. Ia adalah cara popular untuk mengacau cecair dalam bekas bersaiz sederhana. Pengacau magnet digunakan dalam penyelidikan kimia dan biologi, terutamanya dalam bidang perubatan. Saiz: 20 mm, 25 mm, 30 mm, 35 mm 24. Watch Glass (ceper kaca) - kepingan kaca cekung bulat yang digunakan dalam kimia sebagai permukaan untuk menyejat cecair, untuk memegang pepejal semasa ditimbang, untuk memanaskan sejumlah kecil bahan, dan sebagai penutup untuk bikar. Saiz: 100 mm, 200 mm


KATALOG RADAS KACA 2023 | 26. Filter Paper (Kertas Penampis) -dihasilkan daripada pelapik kapas berkualiti tinggi yang dirawat untuk mencapai kandungan α-selulosa >98%. Pelbagai pilihan kertas penapis Whatman® tersedia untuk disesuaikan dengan pelbagai aplikasi makmal. Kertas penapis pra-lipat (dilipat) juga disediakan untuk kemudahan. Gred: 1. 41 (Fast) 2. 40 (medium) 3. 42 (slow) fast medium slow 27. pH Paper ( Kertas pH) - digunakan untuk mengukur keasidan atau asas penyelesaian 28. Moisture Dish ( Pinggan Kelembapan) -pinggan untuk keseimbangan penentuan kelembapan. Juga boleh digunakan sebagai hidangan penyejat atau penutup habuk. Pinggan yang ringan dan kukuh tidak mempunyai salutan dan bebas minyak. 29. Crystallizing Dish (Mangkuk Kristal) -mangkuk kaca borosilikat yang digunakan untuk memanaskan dan menyejukkan mandian, penghabluran, pelupusan dengan penyejatan dan mandi pasir untuk eksperimen skala mikro. Mereka boleh didapati dalam dua saiz.


KATALOG RADAS KACA 2023 | 30. Density bottle @ SG bottle (Ketumpatan Botol) -botol isipadu yang diketahui yang boleh ditimbang kosong dan kemudian ditimbang mengandungi cecair yang ketumpatannya ingin anda tentukan 31. Round Bottom Flasks Triple Neck Flasks (Kelalang Bawah Bulat Tiga Leher) -Kelalang bahagian bawah bulat berguna untuk pelbagai jenis proses kimia bukan organik dan organik. Kelalang penyulingan tiga leher dengan bahagian bawah bulat dan leher bersudut ini membolehkan anda menyambungkan tiga komponen untuk penyulingan kompleks. Saiz : 500 ml 31. Reaction Flask (Kelalang Tindak Balas) - biasanya diperbuat daripada kaca tebal dan boleh bertolak ansur dengan perbezaan tekanan yang besar, dengan keputusan bahawa seseorang boleh disimpan dalam tindak balas di bawah vakum, dan tekanan, kadangkala serentak. Saiz: 1 liter 32. Round Reaction Flask (Kelalang Tindak Balas Bulat) -Kelalang didih, juga dikenali sebagai kelalang dasar bulat, ialah bekas kimia dengan badan sfera dan leher silinder. Ia paling kerap digunakan semasa memanaskan larutan, terutamanya untuk penyulingan.


KATALOG RADAS KACA 2023 | 33. Separating Funnel (Corong Pemisah) -digunakan untuk memisahkan cecair yang tidak boleh larut. 34. Dropping Funnel (Corong Kawalan Jatuh) - digunakan untuk memindahkan cecair. Ia dipasang dengan stopcock yang membolehkan aliran dikawal. Corong jatuh berguna untuk menambah reagen secara perlahan 35. Evaporating Dish (Mangkuk Pijar) -digunakan untuk memisahkan cecair dan pepejal daripada larutan dengan membenarkan air tersejat ke udara. Hasilnya sama ada larutan yang lebih pekat atau mendakan pepejal bahan terlarut.


KATALOG RADAS KACA 2023 | 36. Argate Mortar (Lesung Batu Akik) - mengisar dan menghancurkan sampel pepejal menjadi serbuk halus. Agate ialah bahan yang sangat padat yang menghalang mana-mana bakteria atau bahan cemar lain daripada bersarang di permukaannya, mengurangkan risiko pencemaran silang. 37. Dessicator (Pengering) -Bekas pengering adalah diperbuat daripada kaca yang tebal, dan diisi dalamnya dengan silica gel untuk mengeringkan bahan kimia atau sampel


KATALOG RADAS KACA 2023 |


Click to View FlipBook Version