PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST. THERESA
08000 SUNGAI PETANI, KEDAH
TEL: 04-4212266 FAX: 04-4255549
E-MAIL: [email protected] KEB 3050
‘LABOR OMNIA VINCIT’
‘BERUSAHA TANGGA KEJAYAAN’
MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE- 48
TARIKH : 23 MEI 2021 (AHAD)
MASA : 2.00 PETANG
LOKASI : KEDIAMAN MASING-MASING
PLATFORM : GOOGLE MEET
PENGERUSI :
ENCIK SHANKER A/L CHANDRAN (YDP PIBG)
KANDUNGAN MUKA
SURAT
BIL PERKARA
1
1 Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2020/2021
2 Senarai Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG 2
2020
3 Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali ke -48 3
4 Borang Usul 4
5 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke- 47 5
6 Laporan Aktiviti PIBG Sesi 2020/2021 12
7 Laporan Kewangan PIBG Tahun 2020 13
8 Usul pada Mesyuarat PIBG Kali ke - 48 16
10 Ucapan Penghargaan -
SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA PIBG TAHUN 2020/2021
Penasihat : Pn. Sopinar binti Bakar
Yang Dipertua : En. Shanker a/l Chandran
Naib Yang Dipertua : Pn. Devamany a/p Palaniandy
Setiausaha : Pn. Nor Asiah binti Othman
Penolong Setiausaha : Pn Punethavalli a/p Lachimanan
Bendahari : Pn. Zuriati binti Berahan
AJK Waris :
7. En. Wu Seow Poon
8. En. Ahmad Helmi bin Mohamed
9. En. Suhairi bin Sulaiman
10. En. Cheng Sew Yee
11. En. Nagesraw a/l Lechumaya
12. Pn. Siti Ishah binti Yaacob
AJK Guru:
4. Pn. Bawany a/p Muniandy (Biro Kebajikan)
5. Pn. Norliza binti Kamis (Biro Akademik)
6. Cik Lim Ju Vian (Biro Sahsiah Murid)
Juruaudit :
3. En. Ahmad Zuki Bin Wahab (Waris)
4. Pn. Zuraida binti Zainol (Guru)
Ex - Officio (PK Pentadbiran)
5. Pn. Noryati binti Jusoh (PK HEM)
6. Pn. Saraspathy a/p Visvanathan (PK Kokurikulum)
7. Cik Lim Teik Gin (PK Petang)
8. Pn. Salmah binti Syed Mohamad (PK Tingkatan 6)
9. En. Azmi bin Mat Isa
1
1
JAWATANKUASA KERJA
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2020/2021
PENTADBIR : (Pengetua)
1. Pn. Sopinar binti Bakar (PK Pentadbiran)
2. Pn. Noryati binti Jusoh (PK HEM)
3. Pn. Saraspathy a/p Visvanathan (PK Kokurikulum)
4. Cik Lim Teik Gin (PK Petang)
5. Pn. Salmah binti Syed Mohamad (PK T6)
6. En. Azmi bin Mat Isa (GKM Kemanusiaan)
7. Pn. Rajeswary a/p Muniandy (GKM Bahasa)
8. Pn. Zuriate binti Setapa (GKM Sains dan Matematik)
9. En. Wong Poh Wah (GKM Tek& Vok)
10. En. Mohd Khalid bin Abd Rahman
AJK JEMPUTAN: (Pengetua)
1. Pn. Nor Asiah binti Othman (K) (YDP PIBG)
AJK TEKS UCAPAN :
1. Pn. Azaitul Faizah binti Awaluddin
2. Pn. Muniroh binti Mohd Jusoh
AJK TEKNIKAL ICT
1. En. Muhammad Amin bin Abdul Majid (K)
2. En. Gobinathan a/l Subramaniam
3. En. Ku Ahmad Yusof bin Ku Ahmad Khir
PENCATAT MINIT MESYUARAT
1. Pn. Noor Hayati binti Roslan (K)
2. Pn. Punethavalli a/p Lachimanan
3. Pn. Rusni binti Othman
AJK SEBARAN AM
Semua Guru Tingkatan 1 - 6
2
2
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST. THERESA
08000 SUNGAI PETANI, KEDAH
TEL : 04 -4212266 FAX : 04- 4255549
E-MAIL : [email protected] KEB 3050
Ruj. Kami : SMKST/60/002/5/JLD.1 ( )
Tarikh : 16 Mei 2021
Semua Ibu bapa/ Penjaga dan Guru
Tuan/Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SMKST KALI KE - 48
Dengan ini notis diberi bahawa Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 48 akan diadakan pada
ketetapan berikut:
Tarikh : 23 Mei 2021 (AHAD)
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Kediaman masing - masing
Aplikasi : Google Meet
2. Agenda mesyuarat :
2.1 Ucapan Alu - aluan Yang Dipertua PIBG
2.2 Ucapan Penasihat
2.3 Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung ke- 47
2.4 Perkara - perkara berbangkit
2.5 Laporan aktiviti PIBG 2020/2021
2.6 Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan Sesi 2020/2021
2.7 Membahas usul
2.8 Masalah salah laku murid
2.9 Hal - hal lain
2.10 Ucapan Penangguhan
3. Kehadiran tuan/puan adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih
Sekian, terima kasih.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
‘KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA’
Saya yang menjalankan amanah.
….…………………………………………
( NOR ASIAH BINTI OTHMAN)
Setiausaha PIBG
Sesi 2020/2021
3
BORANG USUL
(GOOGLE FORM)
4
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47
TARIKH : 8 MAC 2020
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : DATARAN PERPADUAN
KEHADIRAN : 46 WARIS
52 GURU DAN STAF
I. UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG
1. Pn. Devamany A/P Palaniandy selaku YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada
pihak sekolah yang memberikan kerjasama mengadakan Mesyuarat Agung PIBG dan
mengalukan-alukan kehadiran para waris yang hadir pada mesyuarat agung kali ini.
2. Beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kerana banyak memberi kerjasama
dan sumbangan kewangan dalam membantu pihak sekolah menjayakan aktiviti PIBG
3. Beliau juga mengucapkan tahniah atas pencapaian pelajar dalam bidang akademik dan
kokurikulum hasil bimbingan daripada guru dan ibu bapa.
II. UCAPAN PENASIHAT PIBG
4. Encik Dass A/L Velaisamy selaku Pemangku Tuan Pengetua yang telah bersara wajib
mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada waris yang hadir pada mesyuarat
Agung PIBG kali ini.
5. Beliau mengucapkan tahniah atas kejayaan pelajar dalam kurikulum dan kokurikulum
pada tahun 2020. Ucapan terima kasih jugak kepada Mr.Wu Seow Poon dan Encik
Suhairi bin Sulaiman atas sumbangan mereka dalam menjayakan aktiviti kokurikulum,
iaitu dalam sukan sofbal dan hoki.
6. Ibu bapa diseru untuk memberi kerjasama kepada pihak sekolah untuk membantu
anak-anak mencapai kejayaan dalam kurikulum dan kokurikulum.
7. Ibu bapa juga perlu membantu pelajar untuk memantapkan kemahiran seperti tarian
singa. Sebelum ini hasil pendapatan pelajar melalui persembahan tarian singa dapat
membantu sekolah untuk membaiki tandas dan menaik taraf perpustakaan.
8. Ibu bapa juga hendaklah memberi pengetahuan kepada anak-anak tentang penjagaan
kebersihan tandas. Beliau menyatakan sekolah terpaksa mengeluarkan perbelanjaan
yang tinggi akibat perbuatan pelajar yang menyebabkan tandas tersumbat.
9. Ibu bapa juga perlu membantu guru mengawasi anak-anak kerana pelajar kurang
membaca dan membuat persediaan belajar.
10. Ahli jawatankuasa PIBG akan dilantik baru bagi sesi 2020/2021.
11. Yuran tahunan telah dikurangkan dan akan dikutip selepas bulan April 2020. Hasil
kutipan ini akan digunakan untuk bahan pembelajaran pelajar dan program
pembangunan preastasi pelajar.
5
III. MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KE-46
12. Puan Devamary A/P Palanaiandy membentangkan minit mesyuarat agung SMKST kali
ke-46. Puan Eliza Binti Kassim mencadangkan minit mesyuarat agung kali ke-46
diterima dan disokong oleh Encik William.
IV. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
13. Tiada perkara berbangkit dalam mesyuarat PIBG kali ini
V. LAPORAN PIBG TAHUN 2019
14. Pn. Devamary membentangkan 10 program yang dibiayai oleh PIBG SMK St. Theresa
pada tahun 2019.
VI. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN SESI 2019/2020
15. Puan Zuriati Binti Berahan selaku Bendahari PIBG membentangkan laporan penyata
kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2019. Bahagian penerimaan berjumlah RM
217,810.53 dan bahagian pembayaran berjumlah sama, termasuk tunai di tangan RM
132.60 dan tunai di bank sebanyak RM 111,247.29. Waris di minta merujuk perincian
penerimaan dan pembayaran di halaman 14 dan 16.
16. Encik Vella memohon untuk diberi penjelasan perkara 17,29,31,34 bahagian
pembayaran dalam penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2019.
17. Pn. Noryati binti Jusoh memberi penjelasan pembayaran untuk Jamuan Akhir Tahun
Lembaga Pengawas RM1500.00 dan Majlis Apreasasi Guru dan Staff sebanyak RM
1,176.00 adalah sebagai memberi penghargaan kepada mereka atas perkhidmatan
yang baik.
18. En. Abdul Rahman membentangkan perbelanjaan berkaitan Program Elit Sukan yang
menyertai pelbagai pertandingan antaranya Majlis Sukan-Sukan Daerah Empat Musim,
Kejohanan Merentas Desa Luar Musim dan terlibat dalam Kejohanan Majlis Sukan
Sukan Daerah Kuala Muda Yan .
19. Encik Vella memohon agar pihak sekolah memberi peruntukan kepada semua pasukan
yang terlibat dalam aktiviti sukan bukan memilih sukan tertentu sahaja.
20. Pn. Devamary A/P Palaniandy menjelaskan pada tahun 2018 pihak PIBG mengeluarkan
RM3,000 untuk membeli peralatan Pasukan Hoki Sekolah.
21. En. Dass A/l Velaisamy memberitahu pengambilan jurulatih bagi mana-mana pasukan
memerlukan kelulusan daripada pihak sekolah demi keselamatan pelajar.
22. Beliau juga menegaskan guru yang terlibat dengan sukan perlu berada bersama pelajar
semasa aktiviti latihan dijalankan.
6
23. Pn. Devamary A/P Palaniandy turut menjelaskan mengenai yuran tambahan
persekolahan SMK St Theresa 2020. Tiada kutipan untuk STEM dan segala perkara/
butiran seperti Sumbangan PIBG, Sumbangan Penyelengaraan, Tabung Pembangunan,
Peningkatan Akademik, Program Sahsiah dan Yuran Keahlian Koperasi adalah kekal.
Yuran tambahan ini mendapat pengesahan daripada waris iaitu En. Kisaven dan
disokong oleh En. Suhairi Sulaiman. Oleh itu yuran PIBG dan yuran tambahan 2020
adalah seperti Lampiran 1.
VII. MEMBAHASKAN USUL PIBG 2020
24. Pn. Devamany A/P Palaniandy YDP PIBG menyatakan tiada usul yang akan
diketengahkan pada Mesyuarat Agung kali ini.
VIII MASALAH SALAH LAKU MURID
25. Pn. Noryati binti Jusoh selaku PK HEM SMKST membentangkan kehadiran pelajar
SMKST bagi tahun 2020. Pada tahun 2019 peratus kehadiran ialah 89%, manakala
pada bulan Januari 2020 peratus kehadiran pelajar ialah 89%. Pada bulan Febuari,
peratus kehadiran menurun iaitu 87%. Hal ini disebabkan terdapat cuti Tahun Baru Cina
yang mempengaruhi kehadiran pelajar ke sekolah. Jadi harapan pihak sekolah agar ibu
bapa memastikan kehadiran pelajar ke sekolah.
26. Untuk makluman semua waris, semua kesalahan pelajar yang mendapat surat amaran
1, 2 dan 3 akan direkodkan dalam Sistem Salah laku Murid (SSDM). Waris boleh
berhubung dengan PK HEM dan guru disiplin dalam menyelesaikan masalah pelajar.
27. Sepanjang 2 bulan persekolahan terdapat masalah buli dan kes minuman keras di
dalam kawasan sekolah yang melibatkan 5 orang pelajar Tingkatan 3. Semua waris
pelajar telah dipanggil dan tindakan seterusnya akan diambil selepas mesyuarat disiplin
diadakan.
28. Terdapat pelajar yang melakukan vandalisme secara sengaja selepas minum minuman
keras. Perkara ini dilakukan di dalam serta luar kawasan sekolah dengan memasukkan
botol ke dalam lubang tandas menyebabkan tandas tersumbat. Pihak sekolah
memerlukan kos yang tinggi dalam usaha membaik pulih tandas.
29. Pn. Noryati memaklumkan ada pelajar yang membawa senjata tajam ke sekolah dan
menggunakan senjata tersebut untuk membuli pelajar supaya menyerahkan duit.
Pelajar dan waris telah dipanggil untuk tindakan lanjut.
30. Pn. Noryati menekankan agar semua waris mengambil berat terhadap tingkah laku
anak anak dengan melarang pelajar mengambil minuman keras di kawasan sekolah.
Hal ini kerana terdapat pelajar yang hadir ke sekolah dalam keadaan khayal dan tidak
fokus kepada pembelajaran.
31. Masalah kelewatan pelajar datang ke sekolah. Kebanyakan pelajar yang dihantar oleh
ibu bapa dengan menaiki motosikal, kereta, dan pelajar yang datang sendiri adalah
yang lewat hadir ke sekolah berbanding pelajar yang menaiki bas dan van. Terdapat 2
orang pelajar yang datang pada pukul 7.45 pagi setiap hari. Tindakan susulan akan
diambil. Ibu bapa perlu prihatin tentang masa kehadiran ke sekolah.
7
IX PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2018/2020
32. Pn. Devamary A/P Palaniandy selaku YDP PIBG 2018- 2020 membubarkan AJK PIBG
2018/2020 dan melantik En. Muhammad Husairi bin Yusof sebagai pengerusi
sementara.
X PERLANTIKAN AJK PIBG SESI 2020/2021
33. En. Muhammad Husairi berharap agar pelantikan ini berjalan dengan lancar.
Perlantikan ini hanya dilakukan untuk AJK waris kerana AJK PIBG dalam kalangan
guru akan dilantik oleh pengetua.
34. Lantikan melibatkan jawatan YDP, Naib YDP , 6 orang AJK dan 1 juruaudit kalangan
waris. Seramai 7 orang guru akan dilantik oleh pengetua bagi jawatan Setiausaha,
Bendahari, AJK dan juruaudit.
35. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah setiap pencalonan yang dibuat mesti ada
sekurang-kurangnya seorang penyokong, sekiranya tiada penyokong cadangan akan
terbatal. Calon dalam kalangan waris adalah yang boleh memberi komitmen untuk
membantu sekolah. Kerjasama antara waris dan pihak sekolah sangat penting.
36. En. Vellakumaran akan membuat catatan perlantikan manakala En. Mohd Fadzal dan
En. Azmi sebagai jurukira undi semasa perlantikan dijalankan.
37. 4 percalonan di ambil untuk jawatan YDP dan NaibYDP Calon yang undi tertinggi
dilantik sebagai YDP, dan undi kedua terendah di lantik menjadi Naib YDP.
38. 4 calon dikalangan waris yang dicadangkan adalah calon pertama ialah Pn.Siti Ishah
binti Yaacob, calon kedua ialah En. Suhairi bin Sulaiman, calon ketiga ialah Pn.
Devamany a/p Palaniandy dan calon keempat ialah En. Shanker a/ l Chandran. En.
Mohd Fadzal mencadangkan cadangan ditutup dan disokong oleh En. Azmi.
39. Pengiraan undi dilakukan dengan setiap orang dua kali undian. En Shanker mendapat
42 undian, Pn Devamary mendapat 26 undian, En. Suhairi mendapat 22 undian dan Pn
Siti Eshah juga 22 undian. Dengan ini En. Shanker a/l Chandran menjadi YDP dan Pn.
Devamary a/p Palaniandy menjadi naib YDP bagi sesi 2020/2022.
40. 2 orang calon iaitu En. Suhairi dan Pn. Siti Ishah dilantik terus sebagai AJK PIBG bagi
sesi 2020/2021. 4 orang calon dari kalangan waris jugak dilantik terus menjadi AJK
PIBG dan tiada pengiraan undi dilakukan. 4 calon tersebut ialah En. Wu Seow Poon,
Dr. Nagesraw a/l Lechumaya, En. Ahmad Helmi bin Mohamad, En. Cheng Sew Yee.
Manakala juruaudit ialah En. Ahmad Zuki bin Wahab.
41. Untuk wakil guru, jawatan Bendahari masih kekal iaitu Pn. Zuriati binti Berahan,
manakala jawatan Setiausaha dilantik baru iaitu Pn. Nor Asiah binti Othman.
42. Bagi pengurusan kewangan PIBG, memerlukan dua tandatangan Ahli Jawatankuasa
Tertinggi. Sehubungan dengan itu,semua ahli jawatankuasa PIBG SMK St. Theresa
2020/2021 sebulat suara bersetuju untuk menukar tandatangan dan mengesahkan buku
akaun PIBG SMK ST. THERESA serta memberikan kuasa kepada penama - penama
berikut menurunkan tandatangan ke atas buku cek Bank CIMB Berhad dan Bank Hong
Leong.
8
Penama berikut ialah
Bil Nama Jawatan
1. Encik Shanker a/l Chandran Yang Di Pertua
2. Puan Zuriati binti Berahan Bendahari
3. Puan Nor Asiah binti Othman Setiausaha
43. Mesyuarat telah memutuskan urusan pengeluaran wang daripada akaun ini hendaklah
dilakukan bersama dengan sekurang-kurangnya 2 daripada 3 orang pemegang akaun
yang telah dinyatakan di atas.
44. Senarai nama AJK PIBG sesi 2020/2022.(Rujuk Lampiran)
XI HAL - HAL LAIN
45. En. Shanker a/l Chandran selaku YDP PIBG 2020/2022 mengucapkan terima kasih
kerana proses pemilihan berjalan dengan lancar.
46. En. Shanker menyatakan berkenaan bonggol di hadapan sekolah dan telah
dipanjangkan kepada JKR.
47. Pembinaan bonggol di pertengahan jalan utama tiada di dalam undang-undang.(Akta
Jalan Raya). Hal ini mewujudkan halangan kepada pengguna jalan raya, dibuat sendiri
tanpa persetujuan JKR dan tidak pernah memberi kelulusan kepada mana-mana pihak
dalam membina bonggol di pertengahan jalan.
48. JKR bersetuju untuk meluluskan bagi mendirikan lampu amaran serta papan tanda.
Surat permohonan telah dihantar dan surat persetujuan telah diterima dan akan dibuat
menggunakan duit PIBG sendiri kerana peruntukan daripada pihak JKR mengambil
masa yang lama.
49. Kontraktor JKR sedang melakukan pengiraan mengenai kos lampu amaran dan papan
tanda yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Pihak sekolah menunggu sebut
harga dan akan terus dilaksanakan secepat yang mungkin.
50. Pihak JKR turut membantu pihak sekolah bagi menambahkan ketebalan jalur kuning di
sepanjang jalan agar kenderaan menjadi lebih perlahan dan garisan lintasan di hadapan
sekolah turut ditebalkan.
51. En. K.Seevan menyatakan bahawa makanan di kantin sekolah tidak bersih dan ada
lalat di dalam makanan anaknya, masalah berterusan sehingga keesokan hari dan
beliau mengambil inisiatif membekalkan makanan dari rumah kepada anaknya. Pihak
sekolah perlu memastikan makanan bersih.
52. En. Shanker memaklumkan bahawa PK HEM ,Pn. Noryati akan mengambil perhatian
mengenai masalah ini.
9
53. En. Subramaniam mengatakan bahawa beliau tidak pernah lihat markah kokurikulum
anaknya walaupun banyak aktiviti kokurikulum dijalankan sepanjang tahun. En. Shanker
mengatakan markah semua dalam sistem online.
54. En. Dass selaku PK Pentadbiran memberi maklum balas bahawa semua markah boleh
dilayari dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dan pihak sekolah tidak
akan menghantar laporan markah kepada waris. Dalam yuran tambahan Stem telah
dikeluarkan kerana dahulu pihak sekolah menggunakan duit STEM untuk menghantar
keputusan dan surat pemakluman ketidakhadiran ke sekolah.
55. En. Dass turut memaklumkan pelajar yang tidak hadir 3 hari berturut tanpa sebab akan
menerima surat amaran 1. Ibu bapa perlu memastikan kehadiran anak pada setiap hari.
Sekiranya pelajar tidak hadir perlu memaklumkan pada pihak sekolah, sekiranya sakit
perlu mendapatkan surat cuti sakit,jika tiada surat atau dokumen penting, pelajar
dianggap ponteng sekolah. Surat daripada waris tidak diterima kerana kebanyakan
pelajar menulis sendiri surat palsu. Ibu bapa boleh terus menelefon ke sekolah untuk
memaklumkan perkara tersebut. Sekiranya anak sakit, pastikan waris datang
mengambil anak.
56. En Dass menegaskan mengenai panduan tatacara ke sekolah agar berpakaian kemas
dan berseluar panjang. Ibu bapa merupakan contoh terbaik kepada pelajar dalam etika
berpakaian. Waris perlu melapor diri dahulu di pondok pengawal sebelum masuk ke
pejabat sekolah. Apa-apa urusan perlu berurusan dengan pejabat dan bukan terus ke
kawasan sekolah / kelas.
57. En. Dass menyatakan bahawa SMK St.Theresa telah diisytiharkan sebagai Sekolah
Warisan Negara bermula pada tahun ini. Segala pengubahsuaian tidak boleh dilakukan
kerana memerlukan kelulusan secara rasmi. Pastikan pelajar dipantau di rumah supaya
belajar, tingkatkan nama sekolah dan nama baik sekolah.
58. En. Dass mengharap agar para waris dapat menyumbang tenaga dan bantuan kepada
pihak sekolah, bersama memajukan sekolah SMK St. Theresa supaya sekolah ini
setanding dengan sekolah yang lain. Pihak pengurusan sekolah sentiasa berusaha
bersungguh-sunguh dalam memastikan sekolah sebagai tempat yang menarik untuk
belajar.
XII UCAPAN PENANGGUHAN
59. En. Shanker selaku YDP PIBG yang baru mengucapkan terima kasih kepada semua
waris yang hadir pada mesyuarat agung PIBG pada tahun ini.
60. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12 tengah hari.
10
Disediakan oleh : Disahkan oleh :
….……………………………………… ………………………………………..
(PN NOR ASIAH BINTI OTHMAN) (EN. SHANKER A/L CHANDRAN)
SETIAUSAHA PIBG (BARU) YDP PIBG (BARU)
SMK ST THERESA SMK ST THERESA
SESI 2020/2021 SESI 2020/2021
….……………………………… ……………………………………
(PN. SITI NUR AZWANA BINTI AZAMI) (PN. DEVAMANY A/P PALANIANDY)
SETIAUSAHA PIBG (LAMA) YDP PIBG (LAMA)
SMK ST THERESA SMK ST THERESA
SESI 2020/2021 SESI 2020/2021
11
LAPORAN AKTIVITI PIBG SMK ST THERESA SESI 2020/202
1.0 Keahlian
1.1 Semua ibubapa dan penjaga murid - murid SMK St. Theresa
1.2 Semua guru SMK St. Theresa
2.0 Sumber Kewangan (2020)
2.1 Kutipan sumbangan Tabung PIBG sebanyak RM 20.00 untuk satu keluarga.
2.2 Tabung Pembangunan sebanyak RM 10.00 untuk setiap murid.
2.3 Sumbangan penyelenggaraan RM 10.00 untuk setiap murid.
2.4 Peningkatan Akademik sebanyak RM 20.00 untuk murid -murid Peralihan ,
Tingkatan 1, 2 dan 3 serta RM 30.00 untuk murid Tingkatan 4, 5 dan 6.
2.5 Program Sahsiah RM 10.00 untuk setiap murid.
3.0 Mesyuarat Jawatankuasa PIBG Sesi 2020/2021
3.1 Sepanjang sesi 2020/2021, jawatankuasa PIBG telah mengadakan
mesyuarat sekali sahaja disebabkan pandemik Covid-19. Mesyuarat dijalankan pada
7 Julai 2020 dan Jawatankuasa PIBG telah mengadakan mesyuarat sebanyak 2 kali
iaitu
Kali pertama - 25 Mac 2021
Kali kedua - 06 Mei 2021
3.2 Mesyuarat tersebut merupakan pemuafakatan anatara ibu bapa atau
penjaga dengan pihak sekolah, membincangkan perkara - perkara berkaitan aktiviti -
aktiviti dan program sekolah. Selain itu, ibu bapa dan penjaga akan dimaklumkan
tentang perkembangan sekolah dari semasa ke semasa.
4.0 Program dan Aktiviti yang dibiayai oleh PIBG SMK St. Theresa ialah :
4.1 Program Bantuan Covid 19
4.2 Sumbangan Topeng Muka, Sanitizer dan Alat Pengesan Suhu
4.3 Program The Power of 10 Cents
4.4 Bengkel Lonjakan Prestasi Akademik SPM
4.5 Program Tunas Hijau
4.6 Majlis Persaraan Guru - Guru
1122
LAPORAN KEWANGAN PIBG TAHUN 2020/2021
13
LAPORAN KEWANGAN PIBG TAHUN 2020
14
14
LAPORAN KEWANGAN PIBG TAHUN 2020
15
15
USUL PADA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 48
BIL PERKARA CATATAN
1. Kesalahan membawa telefon bimbit ke sekolah.
Jawatankuasa Disiplin sekolah mencadangkan agar
mengenakan denda sebanyak RM 50.00
2. Kelas khas untuk pelajar pendidikan Islam Pn. Che
Serina binti
Ismail (Waris
kepada Nur
Neesa Aisyah
binti Baseer
Ahmad - 5
UKM)
16
16
UCAPAN PENGHARGAAN
Yang Dipertua dan Ahli Jawatankuasa PIBG
SMK St. Theresa merakamkan
setinggi - tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada
seluruh warga SMK St. Theresa,
khasnya kepada Tuan Pengetua SMK St Theresa,
Penolong Kanan Pentadbiran,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Penolong Kanan Kokurikulum,
Penolong Kanan Petang,
Penolong Kanan Tingkatan 6,
Guru - guru Kanan Mata Pelajaran,
Ketua - ketua Panitia,
Guru - guru,
dan semua staff Sokongan yang terlibat
dalam menjayakan mesyuarat ini.
TERIMA KASIH
17
17