84 JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA GARIS PANDUAN PEMBINAAN TELAGA TIUB UNTUK TUJUAN EKSPLORASI, PEMANTAUAN DAN PENGELUARAN DALAM PENGGUNAAN SUMBER AIR BAWAH TANAH (JMG.GP.27) halaju seismos lapisan geologi dan menentukan kedalaman berdasarkan perbezaan antara muka akustik. • Geometri susunan geofon bergantung kepada lapisan terbias yang akan mengenal pasti lapisan geologi yang nipis. • Proses pemerolehan data memerlukan tenaga kerja yang ramai dan kedalaman bergantung kepada panjang garis survei. Seismos Pantulan (Seismic Reflection) • Gelombang bergerak ke subpermukaan dan akan memantul semula ke permukaan. • Memberikan gambaran lapisan bawah tanah dengan sempurna. • Digunakan untuk survei yang dalam seperti kajian lembangan air bawah tanah bagi memetakan kedalaman batuan dasar. • Memerlukan tenaga kerja yang ramai. • Proses pemerolehan data yang lebih kompleks dan masa pemprosesan data beresolusi tinggi menjadi lebih lama. • Boleh digunakan untuk penyiasatan air bawah tanah dalam aluvium dan batuan secara rantau. Graviti (Gravity) • Asas kaedah graviti melibatkan pengukuran nilai graviti bumi. • Variasi nilai graviti bergantung kepada perubahan ketumpatan bahan bawah permukaan secara lateral di titik pengukuran. • Pemerolehan data boleh meliputi kawasan yang besar. • Bacaan dapat diambil di manamana lokasi • Tidak terdedah kepada gangguan persekitaran. • Melibatkan kos yang tinggi dan masa yang lama bagi pengukuran di kawasan yang luas. • Setiap stesen pengukuran graviti memerlukan ketepatan ketinggian dan latitude. • Boleh memetakan zon sesar secara rantau. • Jarang digunakan untuk penyiasatan air bawah tanah. Elektromagnet Berfrekuensi Rendah (Very Low Frequency Electromagnetic, VLF EM) • VLF mengesan konduktor elektrik dengan menggunakan isyarat radio berfrekuensi rendah pada julat sekitar 15 – 30 kHz. • Sangat berkesan untuk mengesan zon berkonduktiviti tinggi seperti rekahan terisi air atau mineral atau sesar dalam batuan • Pemerolehan data yang cepat dan memerlukan tenaga kerja yang sedikit. • Bilangan stesen pemancar yang sedikit menyebabkan limitasi terhadap arah isyarat yang dapat dikumpulkan. • Arah dari stesen pemancar VLF kepada target mesti di tempatkan paling selari dengan jurus konduktor atau target yang ingin dikesan. • Sesuai dalam retakan batuan keras.
85 JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA GARIS PANDUAN PEMBINAAN TELAGA TIUB UNTUK TUJUAN EKSPLORASI, PEMANTAUAN DAN PENGELUARAN DALAM PENGGUNAAN SUMBER AIR BAWAH TANAH (JMG.GP.27) • Digunakan untuk mengesan konduktor elektrik yang panjang dan lurus. • Dipengaruhi oleh semua konduktor elektrik. Magnetotelurik (Magnetotellurics, MT) • Arus semula jadi yang teraruh dalam bumi dan arus ini mengalir di lapisan permukaan dan bawah permukaan. • Berguna untuk korelasi antara kekondusian elektrik dengan suhu bahan di beberapa aras kedalaman. • Boleh memetakan lapisan penutup berkonduksi tinggi. • Taburan arus telurik bergantung kepada keberintangan batuan. • Sesuai untuk eksplorasi air bawah tanah (melebihi satu km) dan hidroterma. Elektromagnetik Awangan (Airborne Electromagnetic, AEM) Kemampuan untuk mengesan konduktiviti atau keberintangan elektrik litologi di subpermukaan. • Mampu untuk memetakan kawasan yang luas secara berterusan dan menghasilkan peta geologi bawah permukaan beresolusi tinggi sehingga kedalaman ratusan meter serta. • Kos operasi yang tinggi. • Sangat sesuai dalam aluvium dan kurang sesuai dalam batuan keras.
86 JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA GARIS PANDUAN PEMBINAAN TELAGA TIUB UNTUK TUJUAN EKSPLORASI, PEMANTAUAN DAN PENGELUARAN DALAM PENGGUNAAN SUMBER AIR BAWAH TANAH (JMG.GP.27) LAMPIRAN 5 Log Jurugerudi LOG JURUGERUDI PROJEK: ID TELAGA TIUB: LOKASI: Tarikh Mula Bina : Tarikh Siap Bina : Rig Penggerudian : Nama Syarikat : Nama Operator : Pemampat Udara (psi & cfm): Tekanan Pam Lumpur(bar): Kedalaman (m) Teknik Penggerudian Jenis Selongsong / Tukul / Bit dan Saiz dalam Unit mm Kadar Penembusan (Minit/m) (ROP) Putaran Per Minit (RPM) Jenis Bendalir Penggerudian Di log oleh: Disahkan oleh: Jawatan: Jawatan: Tarikh: Tarikh: Tandatangan: Tandatangan: Borang JMG/HY/08
87 JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA GARIS PANDUAN PEMBINAAN TELAGA TIUB UNTUK TUJUAN EKSPLORASI, PEMANTAUAN DAN PENGELUARAN DALAM PENGGUNAAN SUMBER AIR BAWAH TANAH (JMG.GP.27) LAMPIRAN 6 Graf Taburan Saiz Butiran
88 JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA GARIS PANDUAN PEMBINAAN TELAGA TIUB UNTUK TUJUAN EKSPLORASI, PEMANTAUAN DAN PENGELUARAN DALAM PENGGUNAAN SUMBER AIR BAWAH TANAH (JMG.GP.27) P.U. (A) 288 LAMPIRAN 7 LAMPIRAN A LOG GEOLOGI DAN REKABENTUK TELAGA PROJEK : NO. PROJEK : NO. TELAGA : LOKASI : KOORDINAT : U KETINGGIAN : T m (a.l.m.) KAEDAH PENGGERUDIAN : (1) Kedalaman: (2) Kedalaman: (3) Kedalaman: JUMLAH KEDALAMAN : TINGGI KOLAR : ARAS AIR STATIK : TARIKH PENGUKURAN: Kaedah: Kaedah: Kaedah: m m m (b.a.p.b.) TARIKH & MASA MULA : TARIKH & MASA SIAP : PEMILIK : SYARIKAT PENGGERUDIAN: JURU GERUDI : MESIN PENGGERUDIAN : KEDALAMAN (m) LITOLOGI GRAFIK PENEMUAN AIR (m3/jam) KADAR PENEMBUSAN LOG GEOFIZIK KETERANGAN (Warna, tekstur, struktur, batuan/tanah dsb…) CATATAN REKA BENTUK TELAGA PENYIAPAN TELAGA: Kedalaman telaga :...................................... (m) Jenis skrin :..................................... Dilog oleh: ...................................................................... Disahkan oleh: .................................................. Jenis selongsong :.................................... Jawatan : .................................................................... Jawatan : ............................................... Anggaran luahan :.................................... (m3/h) Tarikh : ................................................................... Tarikh : ................................................ Nota: a.l.m. – aras laut min b.a.p.b. – bawah aras permukaan bumi
89 JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA GARIS PANDUAN PEMBINAAN TELAGA TIUB UNTUK TUJUAN EKSPLORASI, PEMANTAUAN DAN PENGELUARAN DALAM PENGGUNAAN SUMBER AIR BAWAH TANAH (JMG.GP.27) LAMPIRAN 8 Kebulatan dan Kesferaan Butiran (Diubahsuai daripada Pettijohn et al., 1987)
90 JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA GARIS PANDUAN PEMBINAAN TELAGA TIUB UNTUK TUJUAN EKSPLORASI, PEMANTAUAN DAN PENGELUARAN DALAM PENGGUNAAN SUMBER AIR BAWAH TANAH (JMG.GP.27) LAMPIRAN 9 Carta Alir Ujian Pengepaman
91 JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA GARIS PANDUAN PEMBINAAN TELAGA TIUB UNTUK TUJUAN EKSPLORASI, PEMANTAUAN DAN PENGELUARAN DALAM PENGGUNAAN SUMBER AIR BAWAH TANAH (JMG.GP.27) P.U. (A) 288 LAMPIRAN 10 Rekod Ujian Pengepaman Surutan Berperingkat
92 JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA GARIS PANDUAN PEMBINAAN TELAGA TIUB UNTUK TUJUAN EKSPLORASI, PEMANTAUAN DAN PENGELUARAN DALAM PENGGUNAAN SUMBER AIR BAWAH TANAH (JMG.GP.27) P.U. (A) 288 Aras Air (m) Surutan (m) Aras Air (m) Surutan (m) Aras Air (m) Surutan (m) Aras Air (m) Surutan (m) Aras Air (m) Surutan (m) 0.0 0.5 1.0 1.5 2.0 2.5 3.0 3.5 4.0 4.5 5.0 7.5 10.0 15.0 20.0 25.0 30.0 35.0 40.0 45.0 50.0 Catatan Luahan (Q) = m3/jam Masa dari mula pengepaman (min) Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3 Fasa 4 Fasa 5 Luahan (Q) = m3/jam Luahan (Q) = m3/jam Luahan (Q) = m3/jam Luahan (Q) = m3/jam
93 JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA GARIS PANDUAN PEMBINAAN TELAGA TIUB UNTUK TUJUAN EKSPLORASI, PEMANTAUAN DAN PENGELUARAN DALAM PENGGUNAAN SUMBER AIR BAWAH TANAH (JMG.GP.27) P.U. (A) 288 Aras Air (m) Surutan (m) Aras Air (m) Surutan (m) Aras Air (m) Surutan (m) Aras Air (m) Surutan (m) Aras Air (m) Surutan (m) 55.0 60.0 65.0 70.0 80.0 90.0 100.0 110.0 120.0 130.0 140.0 150.0 160.0 170.0 180.0 Catatan Fasa 5 Luahan (Q) = m3/jam Luahan (Q) = m3/jam Luahan (Q) = m3/jam Luahan (Q) = m3/jam Luahan (Q) = m3/jam Masa dari mula pengepaman (min) Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3 Fasa 4
94 JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA GARIS PANDUAN PEMBINAAN TELAGA TIUB UNTUK TUJUAN EKSPLORASI, PEMANTAUAN DAN PENGELUARAN DALAM PENGGUNAAN SUMBER AIR BAWAH TANAH (JMG.GP.27) P.U. (A) 288 LAMPIRAN 11 LAMPIRAN C REKOD UJIAN PENGEPAMAN LUAHAN TETAP No. telaga: Kedalaman telaga: ……………… ………………m Permulaan pengepaman: Masa: ……………… Sela saringan: Jenis telaga: ………………m ……………… Tarikh: ……………… Jarak dari telaga yang dipam: ………………m Tamat pengepaman: Ketinggian kolar: .......................m Masa: ........................ Aras laras muka bumi: ...................... m (a.l.m.) Tarikh: ……………….. Direkod oleh: ……………… Aras air statik: ........................m (b.a.p.b) Diperakui oleh ahli geologi berdaftar: .................... Kadar pengepaman: .................... m3/hari Kedalaman pam: ...................... m Tarikh: .................... Jenis pam: ...................... Tarikh/ Masa Masa mula pengepaman (min) Aras air (m) Surutan (m) Catatan Tarikh/ Masa Masa mula pengepaman (min) Aras air(m) Surutan (m) Catatan 0.00 160.00 0.20 200.00 0.50 250.00 1.00 300.00 1.50 350.00 2.00 400.00 2.50 450.00 3.00 500.00 3.50 550.00 4.00 600.00
95 JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA GARIS PANDUAN PEMBINAAN TELAGA TIUB UNTUK TUJUAN EKSPLORASI, PEMANTAUAN DAN PENGELUARAN DALAM PENGGUNAAN SUMBER AIR BAWAH TANAH (JMG.GP.27) Nota: a.l.m. – aras laut min b.a.p.b. – bawah aras permukaan bumi 4.50 700.00 5.00 800.00 6.00 900.00 7.00 1000.00 8.00 1200.00 9.00 1400.00 10.00 1600.00 15.00 1800.00 20.00 2000.00 25.00 2250.00 30.00 2500.00 35.00 3000.00 40.00 3400.00 45.00 3800.00 50.00 4200.00 55.00 4600.00 60.00 5000.00 70.00 5500.00 80.00 6000.00 90.00 6500.00 100.00 7000.00 120.00 7500.00
96 JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA GARIS PANDUAN PEMBINAAN TELAGA TIUB UNTUK TUJUAN EKSPLORASI, PEMANTAUAN DAN PENGELUARAN DALAM PENGGUNAAN SUMBER AIR BAWAH TANAH (JMG.GP.27) P.U. (A) 288 LAMPIRAN 12 LAMPIRAN D REKOD UJI PULIH TELAGA No. telaga: Kedalaman telaga: Sela saringan: Jenis telaga: Jarak dari telaga yang dipam: Diperakui oleh ahli geologi ...................... berdaftar: Kedalaman pam .................... m Tarikh: ……………… Jenis pam: ………………. Tarikh/ Masa Masa dari mula pengepaman (min) Masa dari berhenti mengepam (min) t/t’ Aras air (m) Surutan baki (m) Tarikh/ Masa Masa dari mula pengepaman (min) Masa dari berhenti mengepam (min) t/t’ Aras air (m) Surutan baki (m) 0.00 70.00 0.50 80.00 1.00 90.00 1.50 100.00 2.00 120.00 2.50 140.00 3.00 160.00 3.50 180.00 4.00 210.00 Ketinggian kolar: …………….. m Masa: ………………. Aras laras muka bumi: …………….. m (a.l.m.) Tarikh: ………………. Direkod oleh: ……………… Aras air statik: ………………m (b.a.p.b.) Kadar pengepaman: ………………m3/hari ……………. Permulaan pengepaman: ……………. m Masa: ....………… ……………. m Tarikh: ...………… …………… ……………. m Pengepaman tamat:
97 JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA GARIS PANDUAN PEMBINAAN TELAGA TIUB UNTUK TUJUAN EKSPLORASI, PEMANTAUAN DAN PENGELUARAN DALAM PENGGUNAAN SUMBER AIR BAWAH TANAH (JMG.GP.27) P.U. (A) 288 Nota: a.l.m. – aras laut min b.a.p.b. – bawah aras permukaan bumi 4.50 240.00 5.00 270.00 6.00 300.00 7.00 360.00 8.00 420.00 9.00 480.00 10.00 540.00 15.00 600.00 20.00 660.00 25.00 720.00 30.00 780.00 35.00 840.00 40.00 900.00 45.00 960.00 50.00 1020.00 55.00 1080.00 60.00 1140.00
98 JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA GARIS PANDUAN PEMBINAAN TELAGA TIUB UNTUK TUJUAN EKSPLORASI, PEMANTAUAN DAN PENGELUARAN DALAM PENGGUNAAN SUMBER AIR BAWAH TANAH (JMG.GP.27) LAMPIRAN 13 Kaedah Analisis Ujian Pengepaman Mengikut Jenis Akuifer Jenis Akuifer Analisis Data Ujian Surutan Berperingkat Analisis Data Ujian Luahan Tetap Analisis Data Ujian Pulih Telaga Terkekang • Kaedah HantushBierschenk • Kaedah Eden-Hazel (untuk akuifer jenis terkekang sahaja) • Kaedah Rorabaugh • Kaedah Sheahan Steady state • Kaedah Thiem Unsteady state • Kaedah Theis • Kaedah Jacob • Kaedah Theis Recovery (selepas ujian luahan tetap) • Kaedah Birsoy Summers (selepas ujian surutan berperingkat) Separa terkekang Steady state flow • Kaedah De Glee’s • Kaedah Hantush-Jacob Unsteady state • Kaedah Walton • Kaedah Hantush • Kaedah Hantush’s curve-fitting • Kaedah NeumanWitherspoon Tidak terkekang Steady-state flow • Kaedah ThiemDupuit Unsteady-state flow • Kaedah Neuman’s curve-fitting
99 JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA GARIS PANDUAN PEMBINAAN TELAGA TIUB UNTUK TUJUAN EKSPLORASI, PEMANTAUAN DAN PENGELUARAN DALAM PENGGUNAAN SUMBER AIR BAWAH TANAH (JMG.GP.27) LAMPIRAN 14 Borang Makluman Penutupan Telaga Tiub/Lubang Gerudi MAKLUMAN PENUTUPAN/KAMBUS LUBANG GERUDI ATAU TELAGA TIUB (NOTIFICATION FOR BOREHOLE OR TUBEWELL DECOMMISSIONING) B. PENUTUPAN TELAGA TIUB 1. Kaedah Penutupan telaga: 2. Punca penutupan: Kambus Semula Tutup Kepala Telaga Tiub C. MAKLUMAT TELAGA TIUB 1. Jenis Litologi: 5. Jenis Selongsong: 2. Jenis Akuifer: 6. Jenis Skrin: 3. Diameter, mm: 7. Kedalaman Skrin, m: 4. Kedalaman, m: 8. Paras Air Statik Dari Permukaan Bumi, m: D. MAKLUMAT BAHAN BAGI PENUTUPAN TELAGA TIUB 1. Jenis bahan: 2. Isipadu Bahan, m3 : *Nota: Sila lampirkan bersama salinan log geologi DAN reka bentuk penutupan telaga tiub/lubang gerudi sebagai pengesahan maklumat di atas. Saya mengesahkan semua maklumat yang diberikan adalah tepat dan benar. Tandatangan Ahli Geologi: ……………… Cop Syarikat: ……………… Tarikh: ……………… A. MAKLUMAT PEMOHON Nama dan Alamat Syarikat/Agensi: No Telefon dan Faks: Nama Pemohon: No Telefon: Nama Ahli Geologi Yang Terlibat dan No. BOG: No Telefon: No. Pendaftaran Syarikat: Alamat dan Koordinat Telaga: U T Alamat Surat Menyurat: Borang JMG/HY/09
100 JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA GARIS PANDUAN PEMBINAAN TELAGA TIUB UNTUK TUJUAN EKSPLORASI, PEMANTAUAN DAN PENGELUARAN DALAM PENGGUNAAN SUMBER AIR BAWAH TANAH (JMG.GP.27) LAMPIRAN 15 Borang Senarai Semak Pembangunan Sumber Air Bawah Tanah Melalui Pembinaan Telaga Tiub PERINGKAT AKTIVITI SEMAKAN YA TIDAK 1. Pra Pembinaan a) Mengisi borang permohonan untuk menggali telaga tiub daripada Pihak Berkuasa Air Negeri. b) Mengisi Borang Pemberitahuan Mengenai Pemajuan Telaga (Borang 1) daripada Jabatan Mineral dan Geosains (JMG). c) Mengisi borang kelulusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) apabila sumber air untuk bekalan awam (jika berkaitan). d) Melakukan kajian awal (literature study), pengumpulan data berkaitan kawasan kajian dalam penilaian kesesuaian tapak untuk pembinaan telaga. e) Melakukan kajian tapak seperti kajian i. hidrogeologi, ii. penyiasatan geofizik dan iii. penderiaan jauh oleh ahli geologi berdaftar. f) Menganalisis semua maklumat dan data terkumpul. 2. Pembinaan a) Memilih kaedah penggerudian yang sesuai. b) Menjalankan aktiviti penggerudian. c) Melakukan aktiviti pengelogan lubang gerudi dan persampelan. Maklumat direkodkan dalam log geologi oleh ahli geologi berdaftar dengan Lembaga Ahli Geologi. d) Mencatat aktiviti penggerudian dalam log jurugerudi. e) Melaksanakan pengelogan geofizik (downhole logging). f) Melakukan analisis saiz butiran. g) Membuat cadangan reka bentuk telaga tiub. h) Menyediakan kuantiti bahan binaan untuk penyiapan telaga tiub.
101 JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA GARIS PANDUAN PEMBINAAN TELAGA TIUB UNTUK TUJUAN EKSPLORASI, PEMANTAUAN DAN PENGELUARAN DALAM PENGGUNAAN SUMBER AIR BAWAH TANAH (JMG.GP.27) i) Menyempurnakan pembinaan telaga tiub seperti dalam spesifikasi dan cadangan reka bentuk. 3. Selepas Pembinaan a) Merekod keadaan cuaca tempatan secara harian (hujan, banjir, panas, kemarau dan pasang surut). b) Mencuci telaga (well development) sehingga bebas dari bahan fizikal (kelodak & ampaian) serta kimia (sekiranya ada digunakan). c) Menyediakan bekas/botol dan label untuk aktiviti persampelan air. d) Melakukan kalibrasi luahan air untuk ujian-ujian pengepaman. Persampelan air untuk analisis makmal dilakukan selepas 15 minit ujian pengepaman bermula. e) Menjalankan ujian in-situ kualiti asas air dan persampelan awal untuk analisis makmal. f) Menjalankan ujian pengepaman surutan berperingkat (5 peringkat). g) Menjalankan ujian luahan tetap (selepas paras air telaga tiub 90% pulih). Sampel air diambil untuk analisis makmal sebelum ujian pengepaman berakhir. h) Menghantar sampel air untuk analisis ke makmal yang mempunyai sijil akreditasi. i) Menjalankan ujian pulih telaga tiub. j) Memasang selongsong pelindung, penutup telaga, lantai konkrit, pagar dan papan tanda. k) Melakukan kerja-kerja pengarasan datum (reduced level) bagi struktur telaga tiub yang dibina. l) Menganalisis data ujian pengepaman dan kandungan kimia sampel air dan menyiapkan laporan teknikal lengkap hidrogeologi untuk pemilik projek. Satu salinan laporan hendaklah diserahkan kepada JMG. m) Laporan teknikal ditulis oleh ahli geologi berdaftar dengan Lembaga Ahli Geologi.
102 JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA GARIS PANDUAN PEMBINAAN TELAGA TIUB UNTUK TUJUAN EKSPLORASI, PEMANTAUAN DAN PENGELUARAN DALAM PENGGUNAAN SUMBER AIR BAWAH TANAH (JMG.GP.27) n) Laporan teknikal yang diserah kepada JMG disemak dan disahkan oleh seorang ahli geologi profesional berdaftar dan diperakui oleh JMG sebagai ahli geologi kompeten dalam bidang hidrogeologi.
103 JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA GARIS PANDUAN PEMBINAAN TELAGA TIUB UNTUK TUJUAN EKSPLORASI, PEMANTAUAN DAN PENGELUARAN DALAM PENGGUNAAN SUMBER AIR BAWAH TANAH (JMG.GP.27) GLOSARI Rujukan: i. Daftar Istilah Geologi Dewan Bahasa dan Pustaka 1988. ISBN 983-62-0529- 2 ii. Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka (dalam talian). Abstraksi Pengekstrakan air bawah tanah dari lapisan akuifer sebagai salah satu sumber air. Air Mineral Semula jadi (AMS) Air bawah tanah yang diperolehi untuk makanan manusia daripada strata kandungan air bawah tanah melalui mata air, telaga, gerekan atau lain-lain jalan keluar, dengan atau tanpa tambahan karbon dioksida. Akuifer Separa Terkekang (Semi-confined Aquifer) Lapisan akuifer terkekang yang dibatasi hanya sebahagian lapisan yang berketertelapan rendah. Ini menyebabkan air dari permukaan (imbuhan) boleh memasuki lapisan akuifer dengan perubahan masa. Akuifer Tidak Terkekang (Unconfined Aquifer) Lapisan akuifer yang mempunyai tekanan yang sama dengan tekanan atmosfera. Akuifer Tenggek (Perched Aquifer) Akuifer yang dipisahkan dari jasad air bawah tanah yang di bawahnya oleh satu zon tak tepu. Keadaan ini mungkin tetap atau sementara. Akuifer Terkekang (Confined Aquifer) Akuifer yang dibatasi di atas dan di bawah oleh formasi yang berketertelapan rendah. Akuiklud (Aquiclude) Formasi geologi di mana tiada pengerakan air berlaku. Akuitard (Aquitard) Bahan geologi yang tepu tetapi berketertelapan rendah yang tidak mengalirkan air ke telaga tiub atau mata air.
104 JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA GARIS PANDUAN PEMBINAAN TELAGA TIUB UNTUK TUJUAN EKSPLORASI, PEMANTAUAN DAN PENGELUARAN DALAM PENGGUNAAN SUMBER AIR BAWAH TANAH (JMG.GP.27) Analisis Ayakan (Sieving Analysis) Penentuan taburan saiz zarah tanah, sedimen atau batuan dengan mengukur peratusan zarah-zarah mengikut ayakan piawaian yang tertentu. Bahan Mendakan (Precipitate Materials) Bahan yang akan terpisah dari larutan atau buburan sebagai pepejal dalam keadaan kimia dan/atau fizikal yang berubah. Bahan Tambahan (Additive Materials) Ejen tambahan yang digunakan untuk pengkondisian cecair penggerudian bagi mendapatkan sifat fizikal yang diinginkan. Bendalir Penggerudian (Drilling Fluid) Medium yang digunakan untuk menstabilkan formasi, mengawal air bawah tanah, dan mengeluarkan keratan gerudi dari lubang ketika penggerudian berlangsung. Bentonit (Bentonite) Silikat aluminium hidrat yang terdapat dalam bentuk serbuk, granul atau pelet dan digunakan untuk menutupi bahagian di antara selongsong telaga tiub dan lubang gerudi. Bentonit juga ditambahkan ke dalam bendalir penggerudian untuk memberikan ciri khas pada bendalir tersebut. Bit (Bit) Alat pemotong yang dilekatkan pada bahagian bawah batang gerudi. Reka bentuk bit berbeza untuk penggerudian dalam pelbagai jenis formasi dan merangkumi bit jenis gulung, kon dan seret. Blok Pusuan (Surging Block) Kaedah menolak keluar partikel halus sedimen dan cecair tambahan penggerudian (drilling fluid additive) daripada telaga tiub dengan cara memberikan tekanan pada air di sekitar skrin, sekeliling akuifer dan ronga padatan kelikir. Edaran (Circulation) Pergerakan bendalir penggerudian dari lubang sedutan melalui pam, paip gerudi, bit dan ruang anulus dalam lubang gerudi dan kembali ke lubang sedutan. Masa yang terlibat biasanya disebut sebagai masa peredaran.
105 JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA GARIS PANDUAN PEMBINAAN TELAGA TIUB UNTUK TUJUAN EKSPLORASI, PEMANTAUAN DAN PENGELUARAN DALAM PENGGUNAAN SUMBER AIR BAWAH TANAH (JMG.GP.27) Formasi Terkonsolidat (Consolidated Formation) Strata batuan keras dari sedimen-igneus, atau batuan jenis metamorf, yang berliang dan telap untuk menjadi akuifer. Geomorfologi (Geomorphology) Bidang kajian sains bumi yang mengkaji interaksi antara proses, faktor dan bentuk di permukaan bumi secara saintifik. Isihan baik/ buruk (Well/Poorly Sorted) Ukuran tahap keseragaman (uniformity) saiz butiran. Kek Lumpur (Mud Cake) Pepejal yang terdeposit pada medium berliang semasa proses penapisan berlaku. Kekeruhan (Turbidity) Ketidakjernihan atau kekaburan sesuatu bendalir disebabkan oleh zarah individual (pepejal terampai) yang biasanya tidak boleh dilihat oleh mata kasar. Kekonduksian (Conductivity) Ukuran kuantiti elektrik yang dipindahkan di seluruh unit kawasan per unit kecerunan potensi per unit masa. Kekonduksian Hidraulik (Hydraulic Conductivity) Keupayaan sesuatu bahan untuk mengalirkan air. Kekonduksian hidraulik dinyatakan sebagai isipadu air pada kelikatan kinematik yang ada yang akan mengalir dalam satuan masa di bawah unit hidraulik kecerunan melalui satu unit kawasan yang diukur pada sudut tepat ke arah aliran air. Keporosan (Porosity) Peratusan ruang kosong atau bukaan dalam bahan yang terkonsolidat atau bahan tidak terkonsolidat. Ketertelapan (Permeability) Ukuran kemudahan relatif di mana medium berliang dapat mengalirkan cecair di bawah kecerunan berpotensi.
106 JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA GARIS PANDUAN PEMBINAAN TELAGA TIUB UNTUK TUJUAN EKSPLORASI, PEMANTAUAN DAN PENGELUARAN DALAM PENGGUNAAN SUMBER AIR BAWAH TANAH (JMG.GP.27) Keterusan (Transmissivity) Kadar di mana air yang mempunyai kelikatan kinematik dialirkan melalui unit lebar akuifer di bawah unit kecerunan hidraulik, dinyatakan dalam meter persegi sehari. Lempung (Clay) Tanah mudah lentur, lembut, berwarna tona bumi, biasanya silikat hidrat alumina yang terbentuk oleh penguraian felspar dan silikat aluminium lain. Lodak (Silt) Zarah halus dengan ukuran antara 0,004 mm dan 0.063 mm. Lodak lebih besar daripada lempung dan lebih kecil daripada pasir. Luahan (Discharge) Kuantiti air per unit masa yang mengalir atau dipam dari telaga tiub dengan spesifik keadaan. Lubang Gerudi (Drill Hole) Lubang yang telah digerudi atau dibor, biasanya untuk tujuan penerokaan atau ekonomi, seperti telaga tiub air atau telaga tiub minyak. Lubang Terbuka (Open Hole) Telaga tiub yang dibina tanpa selongsong. Luluhawa (Weathering) Proses pemecahan, peleraian, pereputan dan penguraian batuan di permukaan bumi secara in-situ yang menyebabkan berlakunya perubahan dari segi fizikal atau kandungan kimia batuan yang disebabkan oleh agen-agen luluhawa. Lurutan/Alir Undur (Backwash) Kesan pusuan atau pembalikan aliran air di dalam telaga tiub bagi memindahkan bahan berbutir halus dari formasi sekitar lubang gerudi dan mencegah penyambungan. Muka Air Bawah Tanah (Water Level) Sempadan paling atas bagi lapisan akuifer tidak terkekang di mana tekanannya adalah sama dengan tekanan atmosfera. Paras Air Statik (Static Water Level) Paras air bawah tanah dalam telaga tiub sebelum pengepaman dijalankan.
107 JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA GARIS PANDUAN PEMBINAAN TELAGA TIUB UNTUK TUJUAN EKSPLORASI, PEMANTAUAN DAN PENGELUARAN DALAM PENGGUNAAN SUMBER AIR BAWAH TANAH (JMG.GP.27) Padatan Kelikir (Gravel Pack) Kelikir atau bahan penapis telap lain yang diletakkan di ruang anulus di sekitar telaga tiub untuk mengelakkan pergerakan bahan yang lebih halus ke dalam selongsong telaga, untuk menstabilkan formasi dan untuk meningkatkan kemampuan telaga tiub mengeluarkan air. Padatan Kelikir Semula jadi (Natural Gravel Pack) Lapisan yang terbentuk secara semula jadi di sekeliling skrin di mana butiran sedimen yang lebih halus daripada bukaan skrin akan disingkirkan semasa proses pemajuan telaga tiub. Pemusat (Centralizer) Alat yang digunakan unutk memastikan kedudukan selongsong terletak di tengah-tengah lubang gerudi. Penimba (Bailer) Tiub diperbuat dari paip dengan injap di bahagian bawah, digunakan untuk mengeluarkan keratan atau endapan dari lubang. Pengimbuhan (Recharge) Penambahan air ke zon tepu akuifer secara semula jadi atau buatan sama ada terus ke formasi itu atau melalui satu formasi lain. Penutup Telaga Tiub (Well Cap) Alat yang digunakan untuk menutup telaga. Penyerapan (Absorption) Penembusan atau penyesapan molekul atau ion yang jelas daripada satu atau lebih bahan ke bahagian dalaman pepejal atau cecair. Penyimenan (Cementing) Proses penurapan ke ruang anulus untuk penutupan kekal. Juga merujuk kepada kaedah yang sering digunakan untuk menstabilkan zon peredaran yang hilang atau rongga. Permukaan Potentiometri (Potentiometric Surface) Paras air bagi telaga dalam lapisan akuifer terkekang.
108 JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA GARIS PANDUAN PEMBINAAN TELAGA TIUB UNTUK TUJUAN EKSPLORASI, PEMANTAUAN DAN PENGELUARAN DALAM PENGGUNAAN SUMBER AIR BAWAH TANAH (JMG.GP.27) Polimer Asli (Natural Polymer) Pemekat yang boleh terbiodegradasi. Campuran dengan air menjadikan cecair penggerudian yang sangat baik. Piezometer (Piezometer) Paip di mana ketinggian paras air atau permukaan potentiometri dapat ditentukan. Paip ditutup rapat sepenuhnya dan terbuka untuk aliran air di bahagian bawah. Pusuan (Surging) Teknik pemajuan telaga tiub di mana blok pusuan akan diangkat dan dihentak secara bergantian di dalam lubang gerudi berdekatan skrin untuk menghasilkan pergerakan air yang kuat. PVC Bebenang (Threaded PVC) Sejenis PVC yang memberikan lenturan di dalam dan di luar sendi. Penutup yang fleksibel disyorkan untuk memastikan sendi kedap air. Penggunaan pelarut untuk tujuan ini adalah tidak digalakkan. Rig (Rig) Mesin penggerudian yang digunakan untuk gerudi lubang. Ruang Anulus (Annulus Space) Ruang antara dinding lubang gerudi dan selongsong telaga, atau ruang antara paip selongsong dan skrin. Saiz Butiran (Grain Size) Dimensi umum partikel dalam sedimen atau batuan, atau butir mineral tertentu yang membentuk sedimen atau batuan. Umumnya dimensi ini disebut dengan istilah yang luas, seperti halus, sederhana, dan kasar. Klasifikasi saiz butiran yang banyak digunakan adalah skala gred Udden-Wentworth. Sejat Peluhan (Evapotranspiration) Kehilangan air dari permukaan melalui proses transpirasi daripada tumbuhan dan penyejatan dari tanah. Selongsong (Casing) Paip kalis air dan tahan lama yang diletakkan di dalam telaga tiub untuk mengelakkan dinding lubang gerudi daripada berlakunya perampakan dan
109 JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA GARIS PANDUAN PEMBINAAN TELAGA TIUB UNTUK TUJUAN EKSPLORASI, PEMANTAUAN DAN PENGELUARAN DALAM PENGGUNAAN SUMBER AIR BAWAH TANAH (JMG.GP.27) menutup saliran permukaan atau air, gas, atau cecair lain yang tidak diingini supaya tidak masuk ke dalam telaga. Selongsong Sementara (Temporary Casing) Selongsong sementara yang diletakkan di permukaan yang lembut, berpasir atau zon perampakan untuk mengelakkan lubang gerudi daripada perampakan semasa penggerudian. Selongsong Pelindung (Protection Casing) Selongsong pendek yang dipasang di sekitar selongsong telaga. Sifat Hidrogeologi (Hydrogeological Properties) Sifat formasi yang mengawal pergerakan dan penyimpanan air bawah tanah (seperti kekonduksian hidraulik dan ketertelapan). Sisa Bahan Gerudi (Cutting) Partikel-partikel formasi yang diperoleh dari lubang gerudi semasa proses penggerudian. Skrin (Screen) Alat penyaring yang digunakan untuk mencegah bahan selain air daripada masuk ke dalam telaga tiub dan untuk menstabilkan formasi sekitarnya. Surutan (Drawdown) Perbezaan antara paras air yang diperhatikan semasa pengepaman dan paras air sebelum pengepaman bermula. Telaga Tiub Artois (Artesian Tubewell) Telaga tiub yang dibina dalam lapisan akuifer terkekang, di mana tekanan adalah lebih tinggi daripada tekanan atmosfera. Paras air di dalam telaga adalah lebih tinggi daripada bahagian atas lapisan akuifer dan juga permukaan bumi. Telaga Tiub Cerapan (Observation Tubewell) Telaga tiub yang digunakan untuk melihat perubahan paras air bawah tanah untuk sesuatu tempoh masa atau lebih khusus lagi ketika ujian pengepaman dijalankan. Turap Simen (Cement Grout) Campuran simen dan air dengan konsistensi yang membolehkan bendalir disalurkan menggunakan paip apabila dipam.
110 JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA GARIS PANDUAN PEMBINAAN TELAGA TIUB UNTUK TUJUAN EKSPLORASI, PEMANTAUAN DAN PENGELUARAN DALAM PENGGUNAAN SUMBER AIR BAWAH TANAH (JMG.GP.27) Zon Pengeluaran (Production Zone) Zon dalam formasi sasaran yang menghasilkan keperluan bekalan air ke lubang gerudi. Zon Tepu (Saturated Zone) Zon bawah permukaan di mana semua ruang pori diisi dengan air. Zon Vados (Vadose Zone) Vados juga disebut sebagai zon tak tepu, merangkumi dari atas permukaan tanah hingga ke permukaan air. Di zon vados, air di liang tanah berada pada tekanan atmosfera.