The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PB2 T2S2.05_WAN NUR ASYIRAH BINTI WAN SOH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nuraasyirah, 2024-03-21 10:49:28

PB2 T2S2.05_WAN NUR ASYIRAH BINTI WAN SOH

PB2 T2S2.05_WAN NUR ASYIRAH BINTI WAN SOH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM, 43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN EDUP3153 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN Nama : WAN NUR ASYIRAH BINTI WAN SOH No. K/P : 031110-03-0430 Angka Giliran : 2021202340419 Program : PISMP Ambilan : JUN 2021 Unit : T2S2.05 Nama Pensyarah : PUAN AMINAWATI ZAHARA BINTI MOHAMAD Tarikh Hantar : 19 MAC 2024 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________ PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar: ASYIRAH Tarikh : 19 MAC 2024


PENGHARGAAN Alhamdullilah saya panjatkan kehadrat ilahi kerana dapat menyelesaikan tugasan yang diberi dengan baik dan jayanya. Melalui peluang keemasan ini, ingin sekali saya ucapkan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam kerana telah memberi ruang dan kepercayaan kepada saya untuk menyiapkan tugasan kerja kursus berbekalkan nota-nota yang disediakan dan tempoh penyediaan yang cukup. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah subjek Sosiologi Dalam Pendidikan (EDUP3143) iaitu Dr. Rosninah Binti Ghani kerana telah mencurahkan tunjuk ajar dan penerangan lengkap tanpa berbelah bagi dari awal proses penyediaan penghasilan produk sehingga akhir. Pada masa yang sama, saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada ibu bapa dan keluarga saya yang tidak jemu menyokong dan memberi sokongan moral untuk saya lebih bersemangat sepanjang proses saya melaksanakan tugasan ini. Selain itu, terima kasih juga Rakan-rakan seperjuangan atas dorongan dan tunjuk ajar yang diberi sepanjang kita bersama-sama bertungkus lumus menyiapkan tugasan kedua penghasilan produk ini Akhir sekali, harapan saya agar tugasan yang saya kerjakan ini dapat membuahkan ilmu baru kepada saya sekali gus dapat memantapkan pemikiran saya agar saya dapat menjadi seorang guru yang berpengetahuan luas di masa akan datang. Seterusnya, saya juga berharap agar kerja kursus penulisan ini dapat memberi manfaat kepada saya dan pembaca. Segala kekurangan saya dahulukan dengan ucapan maaf.


KANDUNGAN Penghargaan Biodata 1 1.0 Pengenalan 1.1 Bidang yang Dipilih 3 Analisis Instrumen Pentaksiran Alternatif beserta RPH 2.0 Instrumen Pentaksiran Pembentangan Lisan 2.0 Rancangan Pengajaran Harian bagi Instrumen : Senarai Semak 2.1 Analisis dan Justifikasi Instrumen Pentaksiran : Senarai Semak 2.2 Kekuatan Instrumen 2.3 Kelemahan Instrumen 2.4 Cadangan Penambahbaikan Instrumen 4 5-10 3.0 Instrumen Pentaksiran Senarai Semak 3.0 Rancangan Pengajaran Harian bagi Instrumen : Pembentangan Lisan 3.1 Analisis dan Justifikasi Instrumen Pentaksiran : Pembentangan Lisan 3.2 Kekuatan Instrumen 3.3 Kelemahan Instrumen 3.4 Cadangan Penambahbaikan Instrumen 11-15 4.0 Instrumen Pentaksiran Senarai Semak 4.0 Rancangan Pengajaran Harian bagi Instrumen : Lembaran Kerja 4.1 Analisis dan Justifikasi Instrumen Pentaksiran : Lembaran Kerja 4.2 Kekuatan Instrumen 4.3 Kelemahan Instrumen 4.4 Cadangan Penambahbaikan Instrumen 16-20 5.0 Penutup 21-22 Rujukan 23 Lampiran - Pengesahan mendapat rujukan - Eviden Rancangan Pengajaran Harian (RPH) 24


1 BIODATA


1 NAMA WAN NUR ASYIRAH BINTI WAN SOH NO.KAD PENGENALAN 031110030430 PROGRAM PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JUN 2021 TAHUN/KUMPULAN T2S2.05 IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM, BANDAR BARU BANGI PENGKHUSUSAN PENDIDIKAN ISLAM (SK) NAMA PENSYARAH PEMBIMBING PUAN AMINAWATI ZAHARA BINTI MOHAMAD HOBI MENULIS


2 1.0 PENGENALAN


3 1.0 PENGENALAN Rancangan Pengajaran Harian (RPH) atau Lesson Plan adalah perancangan yang lengkap dan merupakan sumber organisasi yang menjadi rujukan guru sekolah. Rancangan pengajaran harian (RPH) ini digunakan sebagai alat untuk merancang pengajaran dengan lebih efisien dan berkesan. Jika ditelusuri, dalam melaksanakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ini, guru yang bertanggungjawab perlu juga menjalankan pentaksiran terhadap pelajar bagi mengukur kebolehan, kemampuan dan input yang diperoleh daripada suatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Bagi proses pentaksiran ini, terdapat tiga bentuk pentaksiran yang utama iaitu pentaksiran secara lisan, pentaksiran secara bertulis dan pentaksiran secara pemerhatian. Ketiga-tiga bentuk pentaksiran ini perlulah disesuaikah mengikut aktiviti yang dijalankan bagi setiap waktu pengajaran dan pembelajaran (PdP). Pentaksiran-pentaksiran ini biasa dilaksanakan di dalam bilik darjah dan ianya dikenali sebagai Pentaksiran Bilik Darjah. Antara instrument pentaksiran alternatif termasuklah 13. 1.1 BIDANG ATAU KEMAHIRAN YANG DIPILIH Tugasan ini mengkehendaki pelajar untuk menganalisis 3 instrumen pentaksiran alternatif nagi satu bidang atau kemahiran sahaja. Saya memilih bidang ibadah untuk dianalisis dan dikaji. Sebagaimana yang kita ketahui, instrument bidang ibadah mestilah merangkumi ketiga-tiga jenis instrument pentaksiran iaitu pemerhatian, lisan dan bertulis.


4 ANALISIS INSTRUMEN PENTAKSIRAN ALTERNATIF BERSERTA RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)


5 2.0 INSTRUMEN PENTAKSIRAN : SENARAI SEMAK


6 2.0 Rancangan Pengajaran Harian Bagi Instrumen Pentaksiran Senarai Semak Standard Kandungan 4.3 Merumus konsep sunat ab’ad dan sunat hai’at dan mengamalkannya dalam solat secara beradab dan istiqamah. Standard Pembelajaran 4.3.1 Menyatakan pengertian sunat ab’ad dan sunat hai’at 4.3.2 Menerangkan perkara-perkara sunat ab’ad dan sunat hai’at 4.3.3 Mengaplikasikan perkara-perkara sunat ab’ad dan sunat haiat 4.3.4 Menerangkan perkara yang perlu dilakukan sekiranya meninggalkan sunat ab’ad. Objektif Pembelajaran 1. Menyebut pengertian sunat ab’ad dan sunat hai’at dengan betul selepas aktiviti Shoulder Partner. 2. Menentukan perkara-perkara sunat ab’ad dan sunat hai’at selepas aktiviti Place Me. 3. Mengkelaskan perkara-perkara sunat ab’ad dan sunat hai’at selepas aktiviti pokok kehidupan. 4. Menjelaskan perkara yang perlu dibuat sekiranya meninggalkan sunat ab’ad dan sunat hai’at secara terang selepas aktiviti berkumpulan.


7 2.1 Analisis dan Justifikasi Instrumen Pentaksiran Alternatif : Senarai Semak 2.2 Kekuatan Instrumen : Laras bahasa 2.3 Kelemahan Instrumen : Arahan bahasa 2.3 Kelemahan Instrumen : - Turutan item \ tiada nombor - Item tidak disusun secara menegak ke bawah


8 Justifikasi Instrumen Gambar 2.0 menunjukkan jenis instrument pentaksiran alternatif yang digunakan mengikut Rancangan Pengajaran Harian (RPH) 2.0. Instrumen pentaksiran ini merupakan senarai semak yang digunakan bagi pentaksiran rakan sebaya. Instrumen ini digunakan bagi mencapai objektif pembelajaran yang pertama iaitu murid dapat menyebut sunat ab’ad dan sunat hai’at dengan betul setelah aktiviti Shoulder Partner. 2.2 Kekuatan Instrumen Instrumen yang dibina mempamerkan kreativiti guru dalam menarik minat murid untuk melaksanakan aktiviti. Item yang terkandung dalam senarai semak menggunakan laras bahasa yang sesuai, ringkas dan mudah difahami oleh murid Tahun 3. Tulisan yang digunakan dalam menghasilkan senarai semak itu juga jelas. Bukan itu sahaja, instrument pentaksiran ini berfungsi mengukur tahap kognitif murid. 2.3 Kelemahan Instrumen Mengikut pemerhatian saya, instrumen pentaksiran alternatif ini kurang sesuai digunakan untuk murid Tahun 3 kerana tiada arahan bertulis yang dipaparkan pada borang senarai semak atau borang maklum balas itu. Item yang ditulis tanpa nombor dan label turut menyukarkan murid untuk membuat maklum balas atau menanda jawapan yang diperoleh dari rakannya kerana tidak dapat membaca turutan item dengan betul 2.4 Cadangan Penambahbaikan Standard Pembelajaran 4.3.1 iaitu menyatakan pengertian sunat ab’ad dan hai’at Objektif Pembelajaran Menyebut pgertian sunat ab’ad dan sunat hai’at dengan betul selepas aktiviti Shoulder Partner. Jika dianalisis secara terperinci, instrumens yang wajar digunakan bagi mengukur tahap penguasaan murid bagi standard pembelajaran dan objektif yang ditetapkan adalah anekdot iaitu melalui pemerhatian. Anekdot dapat digunakan untuk melihat keberkesanan aktiviti yang dijalankan terutamanya aktiviti yang melibatkan interaksi


9 antara rakan sebaya. 2.4.1 Cadangan Penambahbaikan Instrumen Instrumen pentaksiran alternatif yang wajar digunakan bagi mengukur tahap penguasaan murid berkaitan pengertian sunat ab’ad dan sunat hai’at serta mencapai objektif sebagaimana yang telah dinyatakan di atas adalah dengan membina borang maklum balas atau borang senarai semak yang tepat berserta anekdot bagi merekod pentaksiran secara pemerhatian sebagaimana berikut : 1. Borang maklum balas / borang senarai semak yang lengkap 2. Anekdot untuk merekod pemerhatian semasa aktiviti dijalankan 1. Borang maklum balas / senarai semak yang lengkap


10 2. Anekdot untuk merekod pemerhatian semasa aktiviti dijalankan Nama kumpulan berpasangan : Mawaddah Nama ahli kumpulan : Fatimah dan Aminah Tahun : 3 Inovasi Tarikh : 24 Januari 2024 Masa : 9:30 – 10:30 Nama guru : Ustazah Asyirah Item : Pemerhatian aktiviti Shoulder Partner Catatan Ulasan Selepas mendengar arahan daripada guru, Fatimah dan Aminah mengambil sehelai kertas untuk kumpulannya.. Fatimah dan Aminah membuat penggiliran untuk mendengar jawapan antara satu sama lain.. Fatimah merupakan sahabat baik Amina. Jadi, mereka data berinteraksi dan melakukan tugasan yang diberikan dengan baik. . Anekdot digunakan oleh guru untuk mencerap perlakuan atau kejadian signifikan yang berlaku terhadap murid. Anekdot sesuai digunakan untuk pentaksiran secara pemerhatian.


11 3.0 INSTRUMEN PENTAKSIRAN : PEMBENTANGAN LISAN (SIMULASI BACAAN)


12 3.0 Rancangan Pengajaran Harian Bagi Instrumen Pentaksiran Pembentangan Lisan Standard Kandungan 4.3 Merumus konsep sunat ab’ad dan sunat hai’at dan mengamalkannya dalam solat secara beradab dan istiqamah. Standard Pembelajaran 4.3.1 Menyatakan pengertian sunat ab’ad dan sunat hai’at 4.3.2 Menerangkan perkara-perkara sunat ab’ad dan sunat hai’at 4.3.3 Mengaplikasikan perkara-perkara sunat ab’ad dan sunat haiat Objektif Pembelajaran 1. Menyebut pengertian sunat ab’ad dan sunat hai’at 2. Menjelaskan perkara-perkara sunat ab’ad dan hai’at dengan tepat selepas aktiviti Pick A Name 3. Menyenaraikan perkara-perkara sunat ab’ad dan sunat hai’at selepas aktiviti peta i-think 4. Membuat simulasi perkara-perkara sunat ab’ad dan sunat hai’at dengsn jelas dan tepat selepas aktiviti tunjuk cara.


13 3.1 Analisis Instrumen Pentaksiran Alternatif : Lemabaran Kerja 3.2 Kekuatan Instrumen : Merangsang kreativiti murid


14 3.1 Justifikasi Instrumen Gambar 2.0 menunjukkan bahan bantu yang digunakan sewaktu murid melakukan pembentangan lisan. Justeru, instrumen pentaksiran alternatif jenis pembentangan lisan ini diaplikasi oleh guru pelath ini bagi mencapai objektif ketiga iaitu ……. Pembentangan lisan dapat dilaksanakan dengan dua cara iaitu samada secara spontan semasa proses pengajaran dan pembelajaran atau boleh berlaku secara terancang. 3.2 Kekuatan Instrumen Antara kekuatan instrument ini adalah mampu merangsang pemikiran kritis dan kreatif murid terutamanya murid Tahun 3. Isi yang ditulis pada bahan juga ringkas, tepat dah mudah difahami murid lai. Melalui bahan bantu simulasi ini , murid dapat mengetahui skop pelajaran yang disampaikan. 3.3 Kelemahan Instrumen Gambar yang dijadikan eviden tidak lengkap. Guru seharusnya memaparkan gambar bahan bantu pembentangan atau simulasi bacaan murid berserta dengan gambar semasa aktiviti berlangsung. Hal ini penting bagi membuktikan bahawa aktiviti tersebut benar-benar dilaksanakan dan penglibatan murid aktif serta berada pada tahap yang memuaskan. Di samping itu, guru juga tidak menyediakan senarai semak sebagai panduan untuk mengesan kekuatan dan kelemahan murid. 3.4 Cadangan Penambahbaikan Standard Pembelajaran 4.3.1 iaitu menyatakan pengertian sunat ab’ad dan hai’at Objektif Pembelajaran Membuat simulasi perkara-perkara sunat ab’ad dan sunat hai’at dengsn jelas dan tepat selepas aktiviti tunjuk cara. Jika ditelusuri dengan lebih mendalam, instrumens yang sepatutnya guru gunakan bagi mengukur tahap penguasaan murid bagi tugasan pembentangan lisan atau dikenal juga sebagai simulasi bacaan ini adalah dengan membuat pentaksiran pemerhatian. Senarai semak boleh dijadikan alat untuk mengukur pengetahuan dan kemahiran murid tentang sesebuah topik pembelajaran.


15 3.4.1 Cadangan Penambahbaikan Instrumen Instrumen pentaksiran alternatif yang sepatutnya digunakan bagi aktiviti simulasi bacaan atau pembentangan lisan ini adalah dengan menggunakan eviden bergambar yang jelas dan tersusun. Justeru, bagi mengatasi masalah telah dinyatakan di atas, guru dapat merancang dan membina instrument pentaksiran sebagaimana yang ditunjukkan di bawah : Contoh pemerhatian : rekod bergambar / gambar


16 4.0 INSTRUMEN PENTAKSIRAN : LEMBARAN KERJA – PETA ITHINK


17 4.0 Rancangan Pengajaran Harian Bagi Instrumen Pentaksiran Lembaran Kerja v Standard Kandungan 4.3 Merumus konsep sunat ab’ad dan sunat hai’at dan mengamalkannya dalam solat secara beradab dan istiqamah. Standard Pembelajaran 4.3.1 Menyatakan pengertian sunat ab’ad dan sunat hai’at 4.3.2 Menerangkan perkara-perkara sunat ab’ad dan sunat hai’at 4.3.3 Mengaplikasikan perkara-perkara sunat ab’ad dan sunat haiat Objektif Pembelajaran 1. Menyebut pengertian sunat ab’ad dan sunat hai’at 2. Menjelaskan perkara-perkara sunat ab’ad dan hai’at dengan tepat selepas aktiviti Pick A Name 3. Menyenaraikan perkara-perkara sunat ab’ad dan sunat hai’at selepas aktiviti peta i-think 4. Membuat simulasi perkara-perkara sunat ab’ad dan sunat hai’at dengsn jelas dan tepat selepas aktiviti tunjuk cara. v


18 3.1 Analisis Instrumen Pentaksiran Alternatif : Lembaran Kerja 4.3 Kelemahan Instrumen : Jenis tulisan 4.2 Kekuatan Instrumen : Kreativiti


19 4.1 Justifikasi Instrumen Merujuk kepada gambar 3.0 , strategi pentaksiran alternatif yang digunakan adalah tugasan bertulis iaitu lembaran kerja. Berdasarkan pengamatan saya terhadap Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang diberikan, Instrumen ini diagihkan kepada setiap murid di dalam kelas. Pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru berbentuk pentaksiran bertulis dan guru membuat pentaksiran ke atas setiap individu murid berdasarkan jawapan yang dikemukan pada lembaran kerja tersebut. berbentuk menunjukkan jenis instrument pentaksiran alternatif yang digunakan Objektif pembelajaran yang hendak dicapai melalui instrumen pentaksiran ini adalah (). 4.2 Kekuatan Instrumen Daripada pemerhatian saya, tugasan bertulis ini sesuai diberikan kepada murid secara individu. Hal ini bagi memastikan semua murid mencapai tahap penguasaan bagi standard pembelajaran yang telah ditetapkan. Dari konteks yang lain pula, lembaran kerja yang disediakan mengikut trend semasa pendidikan. Hal ini kerana elemen mind-map atau peta i-thinks diaplikasikan di dalam bilik darjah dan ianya mampu menarik minat murid untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 4.3 Kelemahan Instrumen Instrumen pentaksiran alternatif berbentuk lembaran kerja ini tidak mengandungi arahan bertulis yang jelas. Instrumen ini juga tidak disokong dengan senarai semak dan rubrik yang jelas. Perkara ini akan menggugatkan proses mengumpul data murid. Data murid tidak dapat dikumpul secara terperinci dan guru tidak dapat membuat banding beza untuk penambahbaikan untuk sesi pembelajaran yang akan datang.


20 4.4 Cadangan Penambahbaikan Standard Pembelajaran 4.3.1 iaitu menyatakan pengertian sunat ab’ad dan hai’at Objektif Pembelajaran Menyenaraikan perkara-perkara sunat ab’ad dan sunat hai’at selepas aktiviti peta i-think Lembaran kerja yang digunakan merupakan satu instrument yang baik bagi mengukur tahap penguasaan murid berkaitan dengan pengertian sunat ab’ad dan perkaraperkara sunat ab’ad dan sunat hai’at. Namun, saya cadangkan agar lembaran kerja yang diberikan mempunyai struktur arahan yang tepat, corak latar belakang yang berorganisasi dan tidak terlalu banyak serta mempunyai ruang untuk menulis nama murid dan kelas. Perkara ini penting bagi memudahkan guru mengenalpasti murid lemah, sederhana dan cemerlang. 4.4.1 Cadangan Penambahbaikan Instrumen Gambar di bawah menunjukkan instrument pentaksiran jenis lembaran kerja yang telah ditambahbaik : A) Melabelkan ruang mengisi nama dan kelas. B) Mengandungi arahan yang jelas dan ringkas. C) Menggunakan jenis tulisan yang mudah dibaca oleh murid A B C


21 8.0 PENUTUP


22 PENUTUP Secara konklusinya, instrumen pentaksiran alternatif merupakan satu medium yang dapat memudahkan para guru untuk melaksanakan proses pentaksiran, pengukuran, penilaian dan pemerhatian. Justeru, para guru mestilah merancang aktiviti yang bersesuaian dengan tahap penguasaan murid dan menitikberatkan jenis instrumen pentaksiran yang digunakan bagi setiap langkah proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Wylie (2009) pentaksiran turut memberi respons kepada guru samada pengajaran yang dijalankan berkesan atau tidak serta membolehkan murid mengetahui tahap pemahaman mereka sendiri dalam topik yang diajar (Wylie et al., 2009). Impaknya, guru dapat membuat pertimbangan profesional dalam menentukan tahap penguasaan murid seterusnya menjalankan tindakan susulan dengan mengenalpasti kelemahanyang ada serta merancang penambahbaikan dalam tempoh terdekat.


23 RUJUKAN Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Panduan Perlaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (2nd ed.). Kementerian Pendidikan Malaysia . Hariatul Hafidzah Mahmad Khory, Mohd Nazri Abdul Rahman, & Muhammad Azhar Zailaini. (2021). PENGURUSAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH MATA PELAJARAN BAHASA ARAB BERASASKAN KEPERLUAN PEMBELAJARAN MURID. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 8(2). Wylie et.al (2009) PENGURUSAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH MATA PELAJARAN BAHASA ARAB BERASASKAN KEPERLUAN PEMBELAJARAN MURID. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 8(2).


24 LAMPIRAN I. Pengesahan Penerimaan Dokumen II. Dokumen Penuh Yang Diterima


25


26 Dalam menghasilkan portfolio ini, saya telah menggunakan dua Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi bidang ibadah Tahun 3. Gambar berikut merupakan salinan RPH yang diterima daripada seorang guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam iaitu Muhamad Syarief Bin Noor Hasin. 1. Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Pendidikan Islam : Minggu 9 2. Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Pendidikan Islam : Minggu 10


Click to View FlipBook Version