The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT CURAI TAKLIMAT GURU KALI KELIMA 2025

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noriza samat, 2026-01-04 23:03:15

MINIT CURAI TAKLIMAT GURU KALI KELIMA 2025

MINIT CURAI TAKLIMAT GURU KALI KELIMA 2025

1 KEMENTERIAN PENDIDIKANسكوله كبڠسأن سري باناي SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BANAI, 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN. TEL : 04-9161842 / EMEL : [email protected] CURAI TAKLIMAT GURU KALI KELIMA 2025/2026PERKARA : Taklimat Guru Kali Kelima 2025/2026 TARIKH : 16 Disember 2025 (Selasa)MASA : 12.50 tengah hariTEMPAT : Bilik Mesyuarat SKSB.BIL PERKARA TINDAKAN1. ENCIK CHE ZAINUDIN BIN CHE MOHAMAD – GURU BESARMAKLUM BALAS GURU SEPANJANG PELAKSANAAN TUGASAN 20251. Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas kerja buat yang dilaksanakan bagi tahun 2025 dan meminta maklum balas daripada semua guru berhubung pelaksanaan kerja guru dengan pentadbiran beliau sepanjang tahun 2025.2. Antara respon yang diberikan oleh guru yang diambil maklum oleh Guru Besar adalah berkaitan tempoh pelaksanaan tugasan yang singkat, jumlah tugasan yang banyak serta pelaksanaan kerja secara ad hoc. Selain itu, kekerapan mengadakan mesyuarat, pertindihan jawatan dalam pelaksanaan tugas,guru stress dan perlunya kebersamaan serta kerjasama semua pihak bagi memastikan pelaksanaan tugasan amat diperlukan dalam melaksanakan sesuatu program yang dirancang agar lebih berkesan. 3. Terdapat maklum balas positif daripada guru yang menyatakan bahawa teguran Guru Besar semasa pelaksanaan kerja telah membuka minda guru terhadap prosedur kerja yang lebih teratur. Selain itu, teguran dan tunjuk ajar yang diberikan juga turut membantu memperbaiki kesilapan yang dikenal pasti, di samping setiap tugasan yang dilaksanakan mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak.


2RESPON GURU BESAR TERHADAP MAKLUM BALAS GURU 4. Tugasan yang dilaksanakan masih mengikut takwim persekolahan dan hanya satu program sahaja yang dijalankan di luar takwim persekolahan.Jumlah kerja yang banyak adalah disebabkan sebahagian guru melaksanakan tugasan pada saat akhir. 5. Pelaksanaan kerja secara ad hoc adalah disebabkan olehmesyuarat tidak diadakan bagi setiap program. Sehubungan itu, peranan floor manager adalah perlu bagi memastikan perjalanan program dapat dikendalikan dengan lebih teratur.6. Pertindihan tugasan turut berlaku akibat situasi luar jangka, iaitu sekolah ditimpa banjir. 7. Berhubung isu tekanan dalam kalangan guru, beliau menjelaskan bahawa perkara tersebut lebih berkait dengan pengurusan kendiri guru sendiri memandangkan bilangan murid di SKSB adalah tidak ramai.AMALAN PROFESIONALISME – IMBASAN 20258. Kepantasan Bertindak8.1 Kepantasan bertindak dalam melaksanakan tugasan,khususnya yang melibatkan kerja-kerja penting dan mendesak, adalah amat dititikberatkan. Sehubungan itu, keutamaan hendaklah diberikan kepada tugasan utama yang memberi impak langsung terhadap pengurusan sekolah.8.2 Setiap guru yang terlibat hendaklah menyediakan kertas kerja bagi setiap program yang akan dilaksanakan dan seterusnya berbincang serta mendapatkan persetujuan Guru Besar berkaitan perkara kewangan sebelum sesuatu program dijalankan.8.3 Terdapat program yang dirancang dan dilaksanakan tanpa merujuk serta mendapatkan kelulusan Guru Besar terlebih dahulu.


38.4 Terdapat pembelian yang dibuat tanpa rujukan Guru Besar. Perkara ini perlu diberi perhatian serius bagi memastikan pematuhan terhadap tatacara pengurusan dan kewangan sekolah.8.5 Pencapaian pengurusan kewangan sekolah bagi tahun 2024 hanyalah sebanyak 64.5%. Sehubungan itu, langkah penambahbaikan perlu dilaksanakan bagi meningkatkan tahap pematuhan dan kecekapan pengurusan kewangan sekolah.8.6 Guru Besar menasihatkan agar semua guru berusaha mengubah amalan sedia ada daripada kebiasaan kepada pendekatan yang lebih baik, selaras dengan keperluan pengurusan sekolah dan peningkatan keberkesanan pelaksanaan tugasan.9. PEMAHAMAN PEKELILILING9.1 Kefahaman kepada Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 1 Tahun 2021 iaitu wang PCG panitia - Panitia Pendidikan Muzik tidak berbelanja wang diperuntukan untuk panitia.9.2 Etika Berpakaian – guru dilarang memakai sandal semasa waktu bekerja.Pematuhan terhadap peraturan ini adalah penting bagi mengekalkan penampilan profesional dan disiplin sekolah.9.3 Waktu perhimpunan mingguan adalah waktu rasmi sekolah. Oleh itu, semua guru dikehendaki berada di dewan semasa majlis rasmi perhimpunan mingguan bagi memastikan kelancaran majlis dan mempamerkan disiplin profesional.10.PENGURUSAN KURIKULUM 10.1 Nota minta perlu diisi oleh guru bukan pembantu tadbir.Semua guruKetua PanitiaSemua guruSemua guru


410.2 Mesyuarat panitia perlu diadakan sekurang-kurangnya tiga kali setahun. Setiap mesyuarat hendaklah memberi tumpuan kepada perbincangan mengenai pencapaian murid bagi menilai keberkesanan pengajaran serta mengenal pasti langkah penambahbaikan yang diperlukan. 10.3 Teguran kepada guru yang hanya meletakkan jadual peperiksaan dalam RPH pada tarikh peperiksaandijalankan.10.4 Guru dinasihatkan agar tidak menulis RPH menggunakan Chatgpt.10.5 Guru perlu menulis refleksi selepas setiap sesi PdP selesai dilaksanakan. Langkah ini bertujuan untuk menilai keberkesanan pengajaran, mengenal pasti kekuatan serta kelemahan, dan merancang penambahbaikan bagi sesi PdP seterusnya.10.6 Beberapa orang guru yang masih belum menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi beberapa minggu tertentu diminta untuk menyediakan RPH dan menghantarnya melalui Google Drive secepat mungkin bagi memastikan kelancaran pelaksanaan PdP dan pemantauan pihak pengurusan.10.7 RPH yang dibeli perlu diubah suai mengikut kebolehan dan kesesuain murid dan perlu mengandungi empat perkara wajib merangkumi objektif pembelajaran,kandungan/topik,aktiviti PdP dan penilaian serta maklumat lain yang ditetapkan oleh pihak sekolah.11. PENGURUSAN HEM 11.1 Pemantauan menu Rancangan Makanan Tambahan (RMT) perlu dilaksanakan secara berkala bagi memastikan pematuhan terhadap garis panduan pemakanan yang ditetapkan serta kualiti makanan murid sentiasa terjaga. 11.2 Kepentingan mewujudkan bilik darjah yang kondusif bagi Ketua PanitiaSemua guruSemua guruSemua guruGuru yang terlibatSemua guruPK HEMPenyelaras RMTGuru Bertugas Guru Kelas


5 menyokong suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, selamat serta selesa kepada murid.11.3 Sudut di dalam kelas perlu dilekatkan dengan maklumat serta bahan pembelajaran yang sesuai dan terkini bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajaran murid secara berkesan.11.4 Terdapat beberapa isu disiplin dalam kalangan murid dan Guru Besar menegaskan bahawa pembentukan disiplin merupakan asas penting dalam membentuk jati diri murid.12. PENGURUSAN KOKURIKULUM12.1 Guru Besar memaklumkan mengenai Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 3/2007 iaitu penekanan kepada pelibatan semua murid dalam kokurikulum adalah seperti berikut : Aktiviti kokurikulum bagi murid Tahun 5 dan Tahun 6 dilaksanakan selama dua jam seminggu selaras dengan ketetapan yang telah ditetapkan.Aktiviti kokurikulum bagi murid Tahun 3 dan Tahun 4 dilaksanakan selama satu jam seminggu, tertumpu kepada pengenalan asas sahaja, bagi membiasakan murid dengan aktiviti kokurikulum secara berperingkat.12.2 Perhimpunan unit beruniform sepatutnya dilaksanakan pada minggu pertama setiap bulan dalam majlis perhimpunan rasmi sekolah, namun pelaksanaannya pada tahun 2025 tidak dijalankan.12.3 Semua guru diminta merujuk kepada kekuatan KAMI dalam pelaksanaan SK@S bagi memastikan pengurusan aktiviti dijalankan mengikut garis panduan yang ditetapkan.Setiap bidang perlu bermula dengan mesyuarat. Standard 3.1, Standard Kualiti Pengurusan Kurikulum Standard 3.2, Standard Kualiti Pengurusan Kokurikulum Standard 3.3, Standard Kualiti Pengurusan Hal Ehwal Murid 12.4 Guru perlu memastikan aktiviti yang dilaporkan di dalam laporan dokumentasi dilaksanakan dan pelaksanaan aktiviti tersebut hendaklah sahih dan berkesan.Pembantu Guru Kelas


62 PUAN NADZIRAH BINTI MAT SAAD – PENOLONG KANAN PENTADBIRAN1. Mesyuarat panitia tidak dibincangkan perancangan aktiviti tahunan serta perancangan kewangan panitia.2. Ketua Panitia diminta menyediakan unjuran Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi tahun 2026 untuk rujukan dan tindakan selanjutnya.3. Pencapaian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) bagi tahun 2023 hingga 2025 diminta untuk disediakan sebagai bahan analisis dan rujukan penambahbaikan.4. Fail Panitia perlu dikemas kini. Setiausaha Panitia diminta mencetak serta memasukkan semua bahan dan dokumen berkaitan ke dalam fail panitia untuk rujukan dan pematuhan.Laporan tahunan semua panitia termasuk Pemulihan,PPKI dan Prasekolah hendaklah dihantar kepada Penolong Kanan Pentadbiran,5. Setiausaha Panitia Bahasa Melayu diminta mengambil alih tugas Ketua Panitia berikutan pertukaran Ketua Panitia ke sekolah lain.6. Panitia juga diminta merancang dan melaksanakan program profesionalisme untuk guru bagi meningkatkan kompetensi dan kualiti PdP.7. Panitia juga diminta untuk merancang dan menyusun aktiviti Program Segar Minda agar pelaksanaannya lebih berkesan dan memberi impak poisitif kepada murid.8. Fail Panitia Maya juga diminta untuk dikemas kini bagi memastikan semua dokumen dan bahan berkaitan disimpan secara teratur dan mudah diakses.9. Guru diminta menjana Gantian Cuti Rehat (GCR) selewatlewatnya pada 25 Disember 2025 dan menyerahkan ke pada Pembantu Tadbir untuk simpanan fail. Pengiraan GCR adalah dikira sehingga 15 Disember 2025.10.Guru diminta menyediakan dan memberikan sekurang-kurangnya satu tugasan di dalam ID DELIMa sebagai latihan kepada muridsemasa cuti sekolah.Ketua PanitiaKetua PanitiaKetua PanitiaKetua PanitiaSetiausaha panitiaPuan Siti Rohana binti Mat ZinKetua PanitiaSemua GuruSemua Guru3 PUAN RASIMAH BINTI IBRAHIM – PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID


71. Guru kelas diminta mengisi kehadiran murid bagi kelas masingmasing sebelum cuti sekolah bagi tujuan dokumentasi dan pemantauan.2. Setiausaha setiap bahagian diminta menghantar minit mesyuarat masing-masing sebelum cuti sekolah bagi tujuan dokumentasi dan rujukan pihak pentadbiran.Guru KelasSetiausaha Unit HEM3 PUAN NURHAZURA BINTI HASHIM – PENOLONG KANAN KOKURIKULUM1. Ucapan terima kasih kepada semua guru yang telah berjaya melaksanakan semua program seperti yang dirancang dalam takwim kokurikulum.2. Setiap unit diminta menghantar semua dokumentasi berkaitan sebelum cuti sekolah bagi tujuan pengurusan dan rujukan pihak pentadbiran.3. Setiap program luar yang dirancang hendaklah dimaklumkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum (PKKK) untuk pengetahuandan pemantauan.Ketua Unit Kokurikulum4 HAL-HAL LAIN1. Guru Besar memaklumkan bahawa seorang guru baharu dan dua orang guru praktikum akan diterima bertugas mulai Januari 2026.2. Dimaklumkan bahawa SPLKPM telah dimansuhkan oleh Kementerian Pendidikan.3. Murid Prasekolah perlu mengikuti Kurikulum Prasekolah 2026.Seramai 26 orang murid telah didaftarkan di SKSB. Murid berumur 5 tahun tidak dibenarkan ditempatkan di dalam kelas murid 6 tahun.4. Program 1M1S dilaksanakan pada setiap hari Khamis bagi memberi peluang kepada semua murid untuk menyertainya. Murid Tahap 1, Sukan Indoor akan dilaksanakan sepanjang enam bulan pertama bagi sesi semasa. Murid Tahap 2, Sukan Outdoor akan dilaksanakan sepanjang enam bulan pertama, manakala Sukan Indoor dijalankan dari bulan Julai hingga bulan Disember bagi sesi semasa.


85. Waktu pelaksanaan program 1M1S perlu mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 16 Tahun 2010: Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S) iaitu dari jam 5.00 petang hingga 6.00 petang.6. Sekiranya program 1M1S hendak diadakan pada waktu pagi, satu kutipan suara persetujuan waris perlu dijalankan dan hasilnya dikemukakan kepada Peringkat PPD dan JPN untuk kelulusan.7. Bagi melindungi masa instruksional (MMI), program sekolah tidak dibenarkan dilaksanakan pada waktu pagi. Guru perlu mengajar mengikut jadual waktu pelajaran sepenuhnya dan berlandaskan pendekatan 38 minggu bagi sesi persekolahan semasa.8. Serahan kunci bilik-bilik khas perlu dilakukan pada hari terakhir persekolahan sebagai amalan budaya tutup sekolah.9. Pengerusi BKGS memaklumkan jamuan akhir tahun akan diadakan pada 18.12.2025 bertempat di Restoren Karipoley.Jitra.10.Semua guru diminta mengisi borang kebenaran lawatan ke luar negara (Pattani,Thailand) dan menyerahkan tiga salinan borang tersebut kepada Pembantu Tadbir untuk tindakan selanjutnya.11.Semua guru bersetuju untuk menggunakan RM5.00 wang BKGS,RM10 .00 wang keusahawanan dan RM5.00 wang sendiri untuk membayar wang PSPK 2025.12.Semua guru perlu menulis alamat semasa cuti sekolah dan guru yang bercuti ke luar negara perlu mengisi borang perjalanan pegawai awam ke luar negara.Disediakan oleh, Disemak oleh, …………………………. ………………………(CHE NORIZA BINTI SAMAT) (CHE ZAINUDIN BIN CHE MOHAMAD)Tarikh : 18 Disember 2025 Guru Besar, SK Seri Banai.


Click to View FlipBook Version