INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS KOTA BHARU
KELANTAN DARUL NAIM
EDUP3153
PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
Nama : WAN AHMAD IQBAL BIN WAN MOHD
SUKARE
No. K/P : 041110031053
Angka Giliran : 2022082310047
Program : PISMP
Ambilan : OGOS 2022/2027
Unit : BAHASA MELAYU 2
Nama
Pensyarah
: DR. ROS AYU BINTI
ABDULLAH
Tarikh Hantar : 23 MAC 2025
PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya
sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan Pelajar: Tarikh : 23 Mac 2025
PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah
Tandatangan
Cop
Tandatangan
Cop
Tarikh Tarikh
PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.
Tandatangan Pelajar: Tarikh :
Kriteria Penulisan
(45%)
Persembahan
(25%)
Penghasilan
Produk (30%)
Jumlah
Pemeriksa 1
Pemeriksa 2
I
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU
BORANG MAKLUM BALAS PENTAKSIRAN BERTERUSAN (PROJEK/AMALI)
Nama: Wan Ahmad Iqbal bin Wan Mohd
Sukare Angka Giliran Pelajar: 2022082310047
Tajuk Tugasan: Penulisan buku cerita
Pensyarah: Dr. Ros Ayu binti Abdullah Kursus/Mata Pelajaran: EDUP3153 Pentaksiran
dalam Pendidikan
Tarikh Hantar: 23 Mac 2025 Tarikh Diterima (Diisi oleh pensyarah):
Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa tugasan ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan: Tarikh: 23 Mac 2025
( Wan Ahmad Iqbal bin Wan Mohd Sukare )
Perincian Maklum Balas Tugasan
Pemeriksa: Moderator (jika berkenaan)
Kekuatan: Kekuatan:
Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:
Tandatangan: Tarikh: Tandatangan: Tarikh:
Pengesahan Pelajar Terhadap Maklum Balas Yang Diberikan Pensyarah
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan saya
fahami.
Catatan (jika ada)
Tandatangan Pelajar: Tarikh:
BIODATA PELAJAR
NAMA : WAN AHMAD IQBAL BIN WAN MOHD SUKARE
NOMBOR K/P : 041110031053
E-MEL : [email protected]
NO. TEL : 01119950720
PROGRAM : PISMP AMBILAN JUN 2022/2027
KURSUS : BAHASA MELAYU
TARIKH LAHIR : 10 NOVEMBER 2004
NAMA PENJAGA : WAN MOHD SUKARE BIN WAN ISMAIL
NO. TEL. PENJAGA : 01112906656
ALAMAT : PT 1706 DESA SBJ PUTRA PASIR PEKAN, 16250
WAKAF BHARU, KELANTAN
iii
PENGAKUAN
“Saya akui bahawa penulisan laporan ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
Nama Pelajar Tarikh : 23 Mac 2025
: Wan Ahmad Iqbal bin Wan Mohd Sukare
iv
PENGHARGAAN
“DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG”
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana
dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyempurnakan tugasan kursus
EDUP3153 Pentaksiran dalam Pendidikan dalam kekangan masa dan pengisian waktu yang
cukup mencabar sebagai bakal guru.
Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada Dr. Ros Ayu binti Abdullah pensyarah yang mengajar bagi subjek ini atas segala
perkongsian dan tunjuk ajar sepanjang menjalankan tugas.
Juga ucapan terima kasih ini semestinya tidak dilupakan buat semua ahli keluarga atas
sokongan moral dan dukungan doa yang diberikan. Buat semua warga IPG Kampus Kota
Bharu dalam setiap kemudahan yang disediakan, terima kasih juga.
Akhir sekali, buat semua rakan bakal guru seperjuangan, terima kasih dengan setiap
perkongsian ilmu, idea dan huluran bantuan seiring tujuan kita bersama. Semoga kita semua
sama-sama tiba ke destinasi gurunya. Insya-Allah.
“KAMI BANGGA MENJADI GURU”
Wan Ahmad Iqbal bin Wan Mohd Sukare/ 23 Mac 2025
v
SENARAI KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN
Borang Maklum Balas ii
Biodata Pelajar iii
Halaman Perakuan iv
Penghargaan v
Senarai Kandungan vi
Pengenalan 1
Analisis dan Penilaian Alat Instrumen PBD 1
Cadangan Penambahbaikan 6
Kesimpulan 7
vi
1.0 PENGENALAN
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan satu bentuk pentaksiran formatif yang dijalankan
secara berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi menilai tahap penguasaan
murid terhadap sesuatu kemahiran atau konsep yang dipelajari (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2019). PBD menekankan pendekatan yang lebih holistik dan autentik, di mana guru
menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran seperti pemerhatian, soal jawab, perbincangan,
kerja projek, pembentangan, dan ujian bertulis bagi mendapatkan gambaran menyeluruh
tentang pencapaian murid (Abdullah et al., 2020). Berbanding dengan pentaksiran berpusat
seperti peperiksaan, PBD lebih fleksibel dan membolehkan guru menilai perkembangan murid
secara lebih mendalam serta dalam pelbagai aspek pembelajaran. Selain itu, PBD
membolehkan guru menyesuaikan strategi pengajaran mereka berdasarkan maklum balas
yang diperoleh, sekali gus meningkatkan keberkesanan pembelajaran murid (Ismail &
Mahamod, 2021). Pendekatan ini juga memberi tumpuan kepada perkembangan individu
secara menyeluruh dengan menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi serta penerapan
nilai-nilai murni dalam kalangan murid (Rahman et al., 2022). Menurut kajian, pelaksanaan
PBD yang berkesan dapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar kerana mereka tidak
hanya dinilai berdasarkan peperiksaan, tetapi juga melalui proses pembelajaran yang lebih
interaktif dan berpusatkan murid (Yusof & Latif, 2020). Di samping itu, PBD membantu
mengurangkan tekanan yang dialami oleh murid kerana mereka tidak hanya dinilai melalui
peperiksaan akhir, tetapi melalui pelbagai aktiviti yang lebih menyeronokkan dan fleksibel
(Zainal & Ahmad, 2021). Oleh itu, PBD memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan
kerana ia bukan sahaja membantu murid memahami pembelajaran dengan lebih baik, tetapi
juga membolehkan guru melaksanakan intervensi yang lebih berkesan untuk meningkatkan
prestasi murid.
2.0 ANALISIS DAN PENILAIAN ALAT INSTRUMEN PBD
2.1 PEMERHATIAN
Pemerhatian adalah salah satu alat instrumen pentaksiran yang digunakan untuk
menilai kemajuan murid dalam pembelajaran secara holistik. Melalui pemerhatian, guru dapat
menilai pelbagai aspek seperti tingkah laku, kemahiran sosial, dan keupayaan pemikiran kritis
murid secara langsung. Pemerhatian juga membolehkan guru mengesan kelemahan dan
kelebihan murid secara berterusan, sekali gus memberi ruang kepada pengubahsuaian
strategi pengajaran (McMillan, 2020). Pemerhatian dalam PBD boleh dilakukan secara formal
dan tidak formal. Pemerhatian formal melibatkan rubrik penilaian yang jelas, manakala
pemerhatian tidak formal berlaku secara spontan dalam aktiviti pembelajaran. Melalui kaedah
1
ini, guru dapat memperoleh maklumat tentang perkembangan kognitif dan afektif murid
dengan lebih menyeluruh. Pemerhatian juga membolehkan guru mengesan masalah
pembelajaran yang dihadapi oleh murid lebih awal, sekali gus membolehkan intervensi
dilakukan lebih awal.
Sebagai contoh, dalam sesi pembelajaran Bahasa Melayu, guru menggunakan rubrik
pemerhatian untuk menilai keberanian murid dalam membentangkan hasil kerja mereka.
Sebagai contoh, seorang guru menilai sejauh mana murid mampu menyampaikan hujah
mereka dengan jelas dan yakin dalam sesi perbincangan kelas. Ini membolehkan guru
mengenal pasti murid yang kurang keyakinan dan memberikan bimbingan tambahan kepada
mereka.
Rajah 1 : Laporan PBD Murid
Berdasarkan hasil kajian lapangan saya di SK Wakaf Bharu, berikut merupakan hasil
daripada pemerhatian guru terhadap penguasaan murid mengikut subjek. Seperti dalam
Rajah 1 yang ditunjukkan di atas, murid akan diberikan tahap penguasaan terhadap setiap
subjek berserta ulasan guru mengapa murid tersebut diberikan tahap penguasaan berikut.
Sebagai contoh, bagi subjek bahasa Melayu murid tersebut mendapat Tahap Penguasaan 4
2
(TP4) iaitu baik. Namun murid tersebut berpotensi untuk meningkatkan lagi keyakinan diri
berdasarkan ulasan yang diberikan oleh guru. Menurut Bloom (1956), pemerhatian membantu
dalam menilai tahap kognitif, afektif, dan psikomotor murid. Pemerhatian yang dilakukan
dengan sistematik dapat memberikan gambaran lebih jelas mengenai perkembangan murid
dalam pelbagai aspek pembelajaran.
Pemerhatian memberikan maklum balas segera kepada murid dan membolehkan guru
mengesan kekuatan serta kelemahan mereka. Namun, memerlukan ketelitian yang tinggi dan
mungkin terdedah kepada bias penilai. Pemerhatian juga mengambil masa yang lama untuk
dianalisis, terutamanya jika tidak menggunakan instrumen yang standard. Oleh itu,
pemerhatian yang sistematik dan terancang amat diperlukan bagi memastikan ketepatan
penilaian.
2.2 LEMBARAN KERJA
Lembaran kerja merupakan salah satu instrumen PBD yang digunakan untuk
mengukur kefahaman murid terhadap sesuatu topik. Tugasan dalam bentuk lembaran kerja
membolehkan murid mengukuhkan kefahaman mereka terhadap sesuatu konsep serta
mengaplikasikan pengetahuan dalam pelbagai situasi. Lembaran kerja boleh berbentuk
latihan bertulis, projek mini, atau kajian kes yang menguji pemikiran kritis murid. Guru sering
menggunakan lembaran kerja sebagai kaedah formatif untuk menilai pemahaman murid
terhadap konsep atau kemahiran yang diajar. Menurut Biggs dan Tang (2011), tugasan yang
direka dengan baik boleh meningkatkan daya pemikiran murid dan menggalakkan
pembelajaran aktif.
Sebagai contoh, dalam subjek Bahasa Melayu murid diberikan tugasan untuk menulis
karangan berdasarkan tema yang ditetapkan. Sebagai contoh, guru memberikan tajuk
karangan "Kepentingan Amalan Membaca" dan murid diminta untuk mengemukakan hujah
berdasarkan pengalaman dan pembacaan mereka. Tugasan ini bukan sahaja mengukur
kemahiran menulis tetapi juga pemikiran kritis murid
3
Rajah 2 : Lembaran Kerja Murid
Berdasarkan kajian lapangan saya di SK Wakaf Bharu, berikut merupakan bukti
lembaran kerja yang digunakan oleh guru bahasa Melayu untuk menguji murid bagi
penguasaan terhadap suku kata. Oleh itu, lembaran kerja ini berfungsi sebagai instrumen
pentaksiran formatif dan sumatif untuk menilai keberkesanan topik yang diajar oleh guru
tersebut. Berdasarkan Taksonomi Bloom, tugasan membantu mengembangkan kemahiran
aras tinggi seperti analisis. Menurut teori pembelajaran konstruktivisme oleh Piaget (1952),
murid belajar dengan lebih berkesan apabila mereka terlibat secara aktif dalam
menyelesaikan tugasan. Tugasan membantu murid mengaplikasikan ilmu yang dipelajari
dalam konteks sebenar, namun ia memerlukan pemantauan rapi untuk mengelakkan plagiat.
Tambahan pula, tidak semua murid mempunyai tahap motivasi yang sama dalam
menyelesaikan tugasan.
4
2.3 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK
Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) merupakan satu bentuk pentaksiran sumatif yang
digunakan untuk menilai pencapaian keseluruhan murid dalam sesuatu sesi akademik. Ia
bertujuan untuk mengukur tahap kefahaman dan penguasaan murid terhadap sukatan yang
telah diajar sepanjang sesi pembelajaran. UASA berfungsi sebagai alat penilaian berskala
besar yang mengukur kebolehan murid dalam pelbagai aspek pembelajaran seperti
kefahaman konsep, aplikasi teori, kemahiran penyelesaian masalah, serta kecekapan analisis
dan sintesis. Ujian ini biasanya dijalankan dalam bentuk bertulis, lisan, atau amali bergantung
kepada keperluan subjek. Menurut Brown (2018), ujian sumatif seperti UASA penting dalam
memberikan gambaran menyeluruh tentang keberkesanan kurikulum serta tahap penguasaan
murid terhadap standard pembelajaran yang ditetapkan.
Sebagai contoh dalam subjek Bahasa Melayu, murid diuji dalam aspek pemahaman petikan,
tatabahasa, dan penulisan karangan. Misalnya, ujian bertulis mengandungi bahagian
pemahaman yang memerlukan murid membaca teks dan menjawab soalan berdasarkan
maklumat yang diperoleh. Selain itu, bahagian tatabahasa menguji keupayaan murid dalam
membina ayat yang gramatis, manakala bahagian penulisan menilai kreativiti serta
keupayaan murid dalam mengarang.
Rajah 3 & 4 : Modul Pentaksiran UASA
5
Jadi, berdasarkan kajian yang saya jalankan di SK Wakaf Bharu, Rajah 3 dan 4 berikut
menunjukkan bukti bahawa UASA juga dilaksanakan di sekolah tersebut sebagai salah satu
alat instrumen PBD. Berdasarkan rajah berikut, murid diuji tentang pemahaman dan
penguasaan mereka terhadap tatabahasa. Oleh itu, berdasarkan pentaksiran sumatif ini guru
SK Wakaf Bharu dapat menganalisis pengetahuan dan kemahiran murid yang telah diajar
sepanjang sesi akademik berlangsung. Menurut teori pembelajaran konstruktivis oleh Piaget
(1952), ujian sumatif membantu murid mengukuhkan pengetahuan mereka melalui
pengukuran formatif sebelumnya. UASA memberikan gambaran menyeluruh tentang prestasi
murid, tetapi ia mungkin menyebabkan tekanan akademik. Tambahan pula, ujian berbentuk
bertulis mungkin tidak dapat menilai sepenuhnya keupayaan sebenar murid dalam aspek
seperti kreativiti dan pemikiran kritis.
3.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TERHADAP INSTRUMEN PILIHAN.
Secara keseluruhan, saya memilih Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) sebagai
instrumen pilihan untuk ditambah baik kerana melalui instrumen ini terdapat banyak aktiviti
lain yang boleh dilaksanakan untuk memantapkan lagi pentaksiran ini.
Antara cadangan penambahbaikan adalah menggabungkan UASA dengan Penilaian
Berasaskan Projek (PBP). Selain daripada ujian bertulis, murid juga boleh diberikan tugasan
berasaskan projek yang dinilai sebagai sebahagian daripada keputusan akhir mereka.
Sebagai contoh, murid boleh diberikan projek penyelidikan kecil atau pembentangan yang
memerlukan mereka mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam situasi dunia sebenar. Ini
membantu mengembangkan kemahiran kolaboratif dan komunikasi mereka. Selain itu, guru
juga boleh mempelbagaikan bentuk soalan kerana UASA sering kali berbentuk ujian bertulis
dengan soalan objektif dan subjektif. Untuk meningkatkan keupayaan murid dalam pemikiran
aras tinggi, guru boleh memasukkan soalan berbentuk penyelesaian masalah, kajian kes, dan
analisis. Soalan jenis ini bukan sahaja menguji kefahaman murid, tetapi juga menggalakkan
mereka menggunakan kemahiran menganalisis dan kreatif dalam menjawab soalan. Akhir
sekali, cadangan saya bagi penambahbaikan terhadap instrumen UASA ialah membuat
wajaran semula terhadap pemarkahan UASA. Guru bukan sahaja bergantung kepada ujian
bertulis sepenuhnya untuk menentukan pemarkahan tetapi menggabungkan UASA dengan
pentaksiran lain untuk mewujudkan pemarkahan akhir murid. Dalam kebanyakan sistem
pendidikan, UASA sering diberikan wajaran markah yang tinggi berbanding bentuk
pentaksiran lain. Untuk memastikan penilaian lebih seimbang, wajaran markah UASA boleh
dikurangkan dan digabungkan dengan kaedah pentaksiran lain seperti penilaian formatif,
projek, dan tugasan berkumpulan.
6
4.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kajian ini menekankan kepentingan penggunaan pelbagai
instrumen pentaksiran dalam menilai pencapaian murid. Pemerhatian, tugasan, dan ujian
akhir sesi akademik (UASA) masing-masing mempunyai kelebihan dalam mengukur tahap
pemahaman serta kemahiran murid dalam aspek kognitif, afektif, dan psikomotor.
Pemerhatian membolehkan guru menilai perkembangan murid secara langsung dalam
persekitaran pembelajaran yang sebenar, manakala tugasan membantu murid mengukuhkan
pemahaman melalui latihan dan penerapan konsep secara praktikal. UASA pula memberikan
gambaran menyeluruh mengenai pencapaian murid dalam tempoh pembelajaran tertentu dan
membolehkan perbandingan dibuat antara individu serta kumpulan. Namun, setiap instrumen
mempunyai kelemahan tersendiri. Oleh itu, penambahbaikan seperti mempelbagaikan bentuk
soalan, menggabungkan penilaian berasaskan projek, serta menggunakan teknologi dalam
ujian perlu dipertimbangkan bagi memastikan pentaksiran lebih holistik dan berkesan. Selain
itu, maklum balas yang lebih telus dan berstruktur perlu diberikan kepada murid agar mereka
dapat memperbaiki kelemahan dan meningkatkan prestasi pembelajaran mereka (Brown,
2018). Seiring dengan perkembangan pendidikan abad ke-21, pendekatan pentaksiran yang
lebih fleksibel dan inovatif harus diterapkan agar murid tidak hanya diuji berdasarkan hafalan
semata-mata, tetapi juga kebolehan mereka dalam menyelesaikan masalah serta berfikir
secara kritikal (Harlen, 2019).
Kesimpulannya, penggunaan instrumen pentaksiran yang pelbagai serta kaedah
penambahbaikan yang dicadangkan dapat membantu meningkatkan keberkesanan proses
penilaian dalam bilik darjah. Guru perlu memainkan peranan yang proaktif dalam memilih dan
mengadaptasi instrumen pentaksiran yang bersesuaian agar proses pembelajaran dan
penilaian dapat berjalan seiring dengan keperluan pendidikan moden (McMillan, 2020).
Dengan pendekatan yang lebih sistematik dan holistik, PBD dapat menjadi satu mekanisme
yang bukan sahaja menilai pencapaian murid tetapi juga membimbing mereka ke arah
pembelajaran yang lebih bermakna.
7
RUJUKAN
Abdullah, M. A., Jamal, N., & Karim, R. (2020). Implementation of classroom assessment in
Malaysian schools: Challenges and effectiveness. Journal of Educational
Assessment, 10(2), 45–58.
Biggs, J., & Tang, C. (2011). Teaching for Quality Learning at University. McGraw-Hill
Education.
Bloom, B. S. (1956). Taxonomy of Educational Objectives: The Classification of Educational
Goals. Longman.
Brown, G. T. (2018). Assessment of Student Achievement. Routledge.
Harlen, W. (2019). The Role of Assessment in Developing Motivation for Learning.
Routledge.
Ismail, S., & Mahamod, Z. (2021). The role of formative assessment in enhancing student
learning outcomes. Asian Journal of Education and Learning, 12(1), 33–50.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Panduan pelaksanaan pentaksiran bilik darjah.
Bahagian Pembangunan Kurikulum.
McMillan, J. H. (2020). Classroom Assessment: Principles and Practice for Effective
Standards-Based Instruction. Pearson.
Piaget, J. (1952). The Origins of Intelligence in Children. Norton.
Rahman, H. A., Latif, N., & Yusof, R. (2022). Teacher perceptions on the effectiveness of
classroom-based assessment in primary schools. International Journal of
Educational Research, 15(3), 78–92.
Yusof, M. S., & Latif, R. (2020). Enhancing student motivation through formative assessment
in Malaysian classrooms. Malaysian Journal of Education Research, 8(1), 102–120.
Zainal, A., & Ahmad, T. (2021). Reducing student anxiety through alternative assessment
methods. International Journal of Learning and Teaching, 14(2), 59–75.
8
LAMPIRAN
Rajah 1- Pemerhatian : Contoh Laporan Akhir PBD
Rajah 2- Lembaran Kerja : Contoh Lembaran Kerja Murid
9
Rajah 3- Perjumpaan Bersama Guru Panitia Bahasa Melayu SK Wakaf Bharu
10
Turnitin Pentaksiran.pdf
by [email protected] [email protected]
Submission date: 25-Mar-2025 03:49AM (UTC+0900)
Submission ID: 2623708407
File name: Turnitin_Pentaksiran.pdf (43.57K)
Word count: 1575
Character count: 10905
2
1
3
4
1
Turnitin Pentaksiran.pdf
ORIGINALITY REPORT
3%
SIMILARITY INDEX
2%
INTERNET SOURCES
0%
PUBLICATIONS
2%
STUDENT PAPERS
PRIMARY SOURCES
Submitted to Institut Pendidikan Guru
1 1%
Malaysia
Student Paper
Submitted to Open University Malaysia
2 1%
Student Paper
anyflip.com
3 1%
Internet Source
www.malaysiakini.com
4 1%
Internet Source
Exclude quotes Off
Exclude bibliography Off
Exclude matches Off