The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farizaljose84, 2023-06-01 06:27:36

KERTAS KERJA GERAN SUKAN KOMUNITI BELIA

KERTAS KERJA GERAN SUKAN KOMUNITI BELIA

KERTAS KERJA PERMOHONAN GERAN KHAS SUKAN KOMUNITI BELIA PROGRAM PEMBANGUNAN BOLA SEPAK BELIA (KLINIK DAN KEJOHONAN BOLA SEPAK BELIA PUCHONG) 2023 Anjuran KELAB BOLA SEPAK PUCHONG UTAMA Dengan Sokongan YB TUAN ADAM ADLI TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN


NAMA PROGRAM Program Pembangunan Bola Sepak Belia (Klinik & Kejohanan Bola Sepak Belia Puchong 2023 ) LATAR BELAKANG Bola sepak merupakan satu sukan yang amat popular di negara kita Malaysia pada masa kini. Keadaan ini juga dapat kita lihat turut menular di kalangan belia tidak kira berbilang kaum di Malaysia. Sukan dilihat masih mampu menjadi landasan dalam memupuk perpaduan antara kaum yang bukan retorik tapi satu realiti yang berlaku. Biarpun berlainan fahaman politik, berbeza agama dan bangsa namun ketika menyokong pasukan negara yang bertanding, tembok yang tebal itu boleh dihapuskan.Contohnya, apabila pasukan Harimau Malaya bertanding, semua sempadan terhapus dengan sendirinya kerana kita memberi fokus agar kemenangan dapat dicapai. Oleh yang demikian Kelab Bola Sepak Puchong Utama (KBPU) telah mengambil satu inisiatif untuk menganjurkan satu program pembangunan bola sepak belia bagi mencungkil bakat-bakat baru untuk mewakili kelab atau sekolah mereka dalam pertandingan bola sepak di peringkat Zon, Daerah, Negeri mahupun kebangsaan. KBPU juga merancang untuk menandatangani Memorandum of Understanding (MoU) dengan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Subang Jaya melalui Subang Jaya Community Youth Football League (SJCYFL) dalam penganjuran Program Pembangunan Bola Sepak Belia dan Klinik & Kejohonan Bola Sepak Belia Piala Perpaduan Zon Puchong 2023.


OBJEKTIF DAN IMPAK PROGRAM Memperkasakan pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi terutamanya di bawah Zon Puchong Menggalakan kepada komuniti aktif dalam bersukan untuk kecergasan disamping inisiatif kementerian mendekati komuniti Meneruskan program pencarian bakat baru yang boleh diangkat ke peringkat yang lebih tinggi dalam pertandingan bola sepak belia yang bakal dianjurkan Membentuk perkembangan sahsiah dan disiplin yang tinggi dalam diri peserta yang terdiri dari belia yang berbilang kaum dan mengukuhkan perpaduan KUMPULAN SASAR Pelajar Sekolah Menengah (Bawah 17 tahun) di dalam Zon Puchong Kelab Bola Sepak di sekitar Zon Puchong KAEDAH PELAKSANAAN AKTIVITI 1: KLINIK BOLA SEPAK BELIA PERPADUAN Program ini turut menghala fokus kepada penganjuran Klinik Bola Sepak Belia Bawah 17 tahun. Ia bertujuan meningkatkan pembangunan sukan bola sepak dengan kerjasama dari jurulatih dari Kelab Bola Sepak Selangor (Selangor FC). Klinik ini akan dijalankan sebanyak enam (6) sesi ketika Cuti Sekolah Semester Pertengahan. Latihan dimulakan dengan memperkenalkan cara memanaskan badan dengan dan tanpa bola dengan kaedah yang betul Game Specific Coordination Latihan asas penjaga gol Tangkapan bola leret Tangkapan Bola pertengahan Tangkapan bola lambung


Memperkenalkan kriteria pemilihan serta penilaian pemain akar umbi Kualiti pemain Merancang dan menyediakan sesi latihan untuk penjaga gol Gaya, cara dan proses mengajar Aspek Psikologi penjaga gol Pembangunan pemain Kaedah asas mengelecek bola 1 v 1, 2 v 1, 2 v 2, to 4 v 4 Permainan kecil Goal keeper – keadaan sedia Teknik menyedok Teknik merangkap Teknik w Teknik merebah badan


AKTIVITI 2: PERTANDINGAN BOLA SEPAK BELIA FORMAT PERTANDINGAN Perlawanan akan dijalankan secara 9 sebelah Pasukan-pasukan yang bertanding dibahagi kepada 2 kumpulan menggunakan kaedah “Robin Tournament”. Kedudukan pasukan dalam sesuatu kumpulan akan ditentukan dengan cara undian. Perlawanan pusingan awal dalam sesuatu kumpulan akan dijalankan secara liga. Perlawanan separuh akhir akan dijalankan secara kalah mati. Dalam peringkat separuh akhir dan akhir, sekiranya dua pasukan yang bermain masih dalam kedudukan seri setelah masa sebenar tamat, maka permainan secara 'Sudden Death' akan dijalankan dalam masa tambahan 10 minit iaitu 5 minit setiap separuh masa dengan tiada masa rehat. ' Sudden Death' bermaksud mana-mana pasukan yang menjaringkan gol terlebih dahulu akan diisytiharkan sebagai pemenang dan permainan akan ditamatkan serta merta. Pemberian mata ialah tiga (3) jika menang, satu (1) mata jika seri dan kosong (0) mata jika kalah. Jika terdapat dua (2) atau lebih pasukan mempunyai jumlah mata teratas yang sama, kaedah berikut hendaklah dipatuhi bagi menentukan pasukan yang layak ke perlawanan akhir: Pasukan yang mempunyai jumlah perbezaan bilangan gol yang banyak. Jika masih seri pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol terbanyak. Jika masih seri juga, tendangan penalti sebanyak tiga (3) kali akan diberikan. Pasukan yang banyak menyempurnakan tendangan penalti akan diumumkan sebagai pemenang. Dan, Jika masih seri sistem "Sudden Death" akan digunakan bagi tendangan penalti bagi menentukan pemenang.


BELANJAWAN PROGRAM AKTIVITI 1 : KLINIK BOLA SEPAK BELIA BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH(RM) 1 Sewaan Padang Awam MBSJ PU 4 6 sesi 800.00 2 Set Tajaan Pek Program Pembangunan Bola Sepak #KitaSelangor 10 bola latihan saiz 4 25 markers 2 set bib 2 wisel 2 jam randik (stopwatch) 18 helai jersi bernombor, seluar pendek dan stokin 1 team 3000.00 3 Bayaran Jurulatih (Bawah 17 tahun) 2 30000.00 4 Pengurusan program/logistik/kecemasan 1 lot 2000.00 JUMLAH RM10,0000.00


AKTIVITI 2: KEJOHONAN BOLA SEPAK BELIA PUCHONG BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM) 1 KELENGKAPAN PERTANDINGAN BOLA Lum sum RM 3,000.00 2 PIALA PUSINGAN 1 RM 2,000.00 3 PIALA UNTUK JOHAN 1 RM1,500.00 4 PIALA NAIB JOHAN 1 RM1,000.00 5 MEDAL dan SIJIL Lum sum RM1,000.00 6 MAKANAN DAN MINUMAN HARI KEJOHANAN Lum sum RM1,000.00 7 PENGADIL 4 orang RM500.00 JUMLAH RM 10,000.00


ANGGARAN PERBELANJAAN NO AKTIVITI KOS (RM) 1 AKTIVITI 1 10,000.00 2 AKTIVITI 2 10,000.00 RM20,000.00 TEMPOH PELAKSANAAN BIL AKTIVITI TARIKH PELAKSANAAN HARI 1 Klinik Bola Sepak Belia Perpaduan JANUARI - DISEMBER 48 HARI 2 Kejohonan Pertandingan Bola Sepak Belia Perpaduan Zon Puchong OGOS (4 MINGGU – SETIAP SABTU DAN AHAD 8 HARI


LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version