BILANGAN 6 IMTIYAZ HAK ANAK TERHADAP NAFKAH SELEPAS IBUBAPA BERCERAI Perkpektif MAQASID SYARIAH
Penghargaan 1-Muhammad Alif Wajdi Bin Muhammad Hisham (19DTT22F1049) 2-Wan Abdul Fatah Bin Wan Marzuki (19DDT22F1037) 3-Daniel Haiqal Bin Mohammad Azhar (19DDT22F1025) MPU2302 PENGAJIAN ISLAM
Isi Kandungan Pendahuluan Maksud Nafkah Nafkah Anak Kelayakan Anak Terhadap nafkah Hak Jagaan Anak dan Komponen Nafkah Anak Tempoh Anak Berhak Menerima Nafkah Tututan Nafkah Anak Syarat-syarat Wajib Nafkah Anak Nafkah Anak Apabila Bapa Murtad/Kafir Penutup Rujukan 1 2 3 4-5 6 7 8 9 10 11
Dalam kehidupan berkeluarga, anak merupakan rahmat yang diberikan Allah SWT melalui perkahwinan yang sah antara suami dan isteri. Anak merupakan perhiasan dalam kehidupan yang membawa kebahagiaan dan mengukuhkan hubungan keluarga. Sebagai orang tua, kita mempunyai tanggungjawab untuk memberikan bantuan dan sokongan dalam segala aspek kehidupan anak-anak kita. Di bawah undang-undang Islam dan undang-undang dunia, anak mempunyai hak yang sama seperti harta, dan salah satu hak yang penting bagi anak-anak adalah nafkah. Sebagai ibu bapa, kita bertanggungjawab untuk memastikan keperluan fizikal, moral dan kewangan anak-anak kita terjamin dengan baik. Pendahuluan 1
MAKSUD NAFKAH Nafkah ialah mengeluarkan belanja atau sara hidup kepada mereka yang wajib ke atas seseorang sama ada isteri, anak dan orang orang yang di bawah tanggungannya. Ia termasuk keperluan tempat tinggal, makanan, pakaian, pendidikan, keagamaan dan perubatan. 2
NAFKAH ANAK Nafkah bagi seorang kanak kanak adalah semua perkara asas diperlukan yang wajib disediakan oleh bapa mereka iaitu orang yang dipertanggungjawabkan mengikut syarak agama Islam walaupun setelah bercerai. Seorang bapa wajib menyara serta menanggung nafkah anak-anaknya kerana mereka masih belum berupaya mencari nafkah sendiri ataupun tidak mampu untuk mencari nafkahnya kerana masih kecil. Ia adalah perintah Allah SWT. Tempat tinggal yang selamat untuk anak-anaknya Pakaian, minum dan makanan Perbelanjaan pelajaran mengikut kemampuan dan taraf kehidupan si ayah Nafkah anak merangkumi : 3
Kelayakan seseorang, termasuklah anak, terhadap nafkah di bawah undang-undang Islam secara umumnya berdasarkan keperluan. Walau bagaimanapun, kecuali bagi kes seorang isteri, yang secara mutlak berhak terhadap nafkah tanpa mengira sama ada dirinya miskin ataupun kaya-raya. Hal ini kerana kelayakan isteri terhadap nafkah bukan disebabkan keperluan, tetapi disebabkan oleh kedudukannya yang berada di bawah tanggungan suaminya. Pada dasarnya, ulama bersepakat bahawa anak yang berhak memperoleh nafkah terdiri daripada anak yang tidak mempunyai harta untuk menanggung diri mereka sendiri dan juga tidak mampu untuk mencari sumber pendapatan bagi menyara kehidupannya. Berdasarkan kedua-dua syarat penting ini, ulama juga bersepakat bahawa anak, sama ada lelaki atau perempuan, berhak memperoleh nafkah secara mutlak sekiranya mereka tidak mempunyai harta. Dalam situasi sedemikian, mereka amat memerlukan sokongan untuk meneruskan kehidupan dan tentunya tidak mampu untuk menyara kehidupan mereka sendiri. Oleh itu, undang-undang Islam dan juga Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (AUUKI) tidak meletakkan apa-apa syarat bagi anak untuk memperoleh nafkah. Namun begitu, di Malaysia, dalam pemberian hak nafkah terhadap anak, mahkamah akan mengambil kira syarat yang telah dinyatakan dalam undang-undang Islam dan juga faktor-faktor lain seperti jumlah anak yang perlu disara, keperluan hidup seorang anak, dan keupayaan ibu bapa untuk memberi nafkah. Oleh itu, keputusan mahkamah dalam menetapkan jumlah nafkah bagi anak akan dipertimbangkan dengan teliti dan adil berdasarkan keadaan setiap kes. K E L A Y A K A N A N A K T E R H A D A P N A F K A H 4
Hak Jagaan Anak Hadhanah memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial dan moral anak-anak yang masih memerlukan bimbingan dan penjagaan yang berterusan. Kewajipan ini bukanlah tugas yang mudah dan memerlukan kesabaran, pengorbanan, dan kasih sayang dari ibu atau bapa yang menjaganya. KOMPONEN NAFKAH ANAK Menurut undang-undang di Malaysia, kewajipan seorang lelaki untuk menanggung nafkah anaknya termasuklah memberikan mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan, dan pendidikan yang munasabah mengikut kemampuan dan taraf kehidupannya. Ini disebutkan dalam seksyen 72(1) Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984. Mahkamah Syariah juga telah memerintahkan beberapa kes di mana bapa dikehendaki membayar jumlah tertentu bagi kos nafkah anak-anak yang meliputi pelbagai keperluan seperti pendidikan, perbelanjaan hari raya, dan rawatan perubatan. Oleh itu, nafkah terhadap anak-anak tidak hanya terhad kepada makanan, pakaian, perubatan,pendididkan dan tempat tinggal, tetapi juga merangkumi keperluan penting lain dalam kehidupan sehari-hari. Walau bagaimanapun, peruntukan nafkah tertakluk pada keupayaan bapa atau individu atau pihak yang dipertanggungjawabkan selepas bapa. Oleh itu, setiap orang ibu atau bapa perlu memahami betapa pentingnya tanggungjawab mereka terhadap anak-anak dalam menjalani kehidupan mereka. Keperluan untuk melindungi hak anak-anak dalam isu Hadhanah tidak boleh dipandang remeh dan harus diberikan keutamaan bagi memastikan hak asasi kanak-kanak dipenuhi. 5
Ulama tidak mencapai kata sepakat berhubung dengan tempoh anak berhak memperoleh nafkah. Ulama Mazhab Hanafi dan Maliki membezakan antara anak lelaki dengan anak perempuan. Bagi anak perempuan, kedua-dua mazhab bersetuju bahawa hak anak perempuan terhadap nafkah berakhir apabila dia telah berkahwin20 disebabkan secara tabiinya mereka tidak mampu menyara kehidupan.21 Walau bagaimanapun, ulama kedua-dua mazhab berbeza pandangan tentang tempoh pemerolehan nafkah oleh anak lelaki. Ulama Mazhab Hanafi berpendapat bahawa anak lelaki berhak memperoleh nafkah sehingga mencapai umur yang membolehkannya bekerja sekalipun ia masih belum mencapai umur baligh.22 Namun demikian, mereka tidak menetapkan tahap umur tertentu sebagai umur bekerja. Mazhab Maliki berpendapat bahawa hak anak lelaki terhadap nafkah akan tamat apabila ia telah mencapai umur akil baligh,23 iaitu 18 tahun. Sementara itu, ulama Mazhab Shafii tidak membezakan antara anak lelaki dengan anak perempuan. Hak mereka untuk mendapatkan nafkah akan tamat apabila mereka mencapai usia baligh, iaitu 15 tahun24 disebabkan tidak ada perbezaan antara anak lelaki dan anak perempuan dalam takat keupayaan mereka untuk bekerja atau menyara hidup. TEMPOH ANAK BERHAK MENERIMA NAFKAH 6
T U N T U T A N N A F K A H A N A K Tuntutan ini akan dibuat apabila bekas suami ataupun ayah kepada anak kandung pasangan tersebut: 1.Tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa yang wajib memberi nafkah kepada anak mengikut syaratsyarat yang telah dinyatakan dalam bicara mahkamah 2. Enggan ataupun cuai mengadakanperuntukan nafkah dengan munasabah bagi anak 3. Pasangan tersebut telah bercerai dan anak berada di bawah jagaan bekas isteri tersebut. 4. Melepaskan tanggungjawab dengan meletakkan anak dibawah jagaan orang lain. Dalam situasi ini, hak anak terhadap nafkah selepas ibu bapa bercerai sangat penting untuk dilindungi dan dipertahankan. Tuntutan ini memainkan peranan penting dalam memastikan bahawa anak-anak yang terjejas mendapat sokongan kewangan yang diperlukan untuk hidup yang selesa dan selamat. Menurut undang-undang, bekas suami atau ayah mempunyai kewajipan untuk memberikan nafkah kepada anak kandung mereka selepas bercerai. Ini adalah untuk memastikan bahawa anak-anak itu dapat terus hidup dengan cara yang sepatutnya dan menerima perhatian yang diperlukan. Dalam Al-Quran, Allah S.W.T menyatakan bahawa seseorang bapa atau waris mempunyai tanggungjawab untuk memastikan anak-anak mereka tidak menderita kesengsaraan. Ini menunjukkan betapa pentingnya tanggungjawab dan keperluan untuk memberikan sokongan kewangan yang diperlukan. Tuntutan nafkah anak oleh bekas isteri juga adalah penting kerana ia dapat memberi pengajaran kepada orang yang tidak bertanggungjawab. Dalam kes ini, pengabaian kewajipan untuk memberikan nafkah kepada anak-anak dapat mengakibatkan kesengsaraan dan kesukaran hidup yang tidak perlu. 7
1-Bapa mampu memberi nafkah. Kemampuan di sini boleh diukur dengan dua cara iaitu dengan melihat sama ada bapa itu miskin atau kaya dan melihat sama ada bapa itu mampu berusaha mencari nafkah ataupun tidak. Oleh sebab itu, jika terbukti dia seorang yang miskin dan uzur sehingga tidak mampu bekerja, maka kewajipan membayar nafkah ke atasnya akan gugur. 2-Anak itu tidak mempunyai harta benda yang boleh dijadikan sumber untuk menanggung nafkahnya. Sekiranya dia mempunyai harta, nafkah akan diambil daripada hartanya sendiri. 3-Anak itu belum mampu bekerja untuk mencari nafkah sama ada disebabkan masih kecil, cacat, gila atau masih belajar dan kewajipan memberi nafkah kepada anak lelaki adalah sehingga dia baligh. (Bagi anak perempuan sehingga dia berkahwin biarpun telah baligh. Jika dia sudah bekerja, baligh dan belum berkahwin, maka gugur nafkah ke atas bapanya kecuali jika dia bekerja tetapi masih tidak mencukupi, maka bapa hendaklah menanggung sebahagian lagi yang diperlukannya). Jika anak lelaki itu sudah baligh dan sihat, maka tidak wajib ke atas bapa memberi nafkah kepadanya meskipun dia belum bekerja (mencari nafkah) kecuali jika dia sibuk menuntut ilmu yang diwajibkan seperti ilmu yang berkaitan dengan masalah akidah dan ibadah. Atas kesibukan tersebut, maka dia masih dianggap belum mampu mencari rezeki. 4. Anak itu seorang yang merdeka dan bukannya hamba. Nafkah bagi hamba akan ditanggung oleh tuannya. Selain itu, seorang bapa yang bertaraf hamba gugur kewajipan memberi nafkah kepada anak yang merdeka. Syarat-syarat Wajib Nafkah Anak 8
Maksudnya: Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Ayat di atas menunjukkan bahawa wiladah (kelahiran) adalah sebab bagi kewajipan nafkah anak-anak sama ada wujud persamaan agama ataupun tidak. Ini kerana nafkah merupakan wasilah kehidupan yang perlu dituntut walaupun dengan kekufuran. Sesungguhnya Allah sajalah yang memberi rezeki kepada orang mukmin dan orang kafir. Nafkah Anak Apabila Bapa Murtad/Kafir Bagi Jumhur Fuqaha’ kecuali Hanbali tidak mensyaratkan persamaan agama untuk nafkah anak. Firman Allah s.w.t: 9
Dalam dunia perundangan, hak anak untuk menerima nafkah selepas ibu bapa bercerai merupakan satu isu yang penting dan perlu diberi perhatian serius. Seperti yang telah kita ketahui, nafkah yang diterima anak adalah untuk memenuhi keperluan asas mereka seperti makanan, pakaian, perubatan, pendidikan dan perbelanjaan perayaan. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan bahawa nafkah yang diberikan adalah mencukupi dan sesuai dengan keadaan semasa. Namun begitu, perlu diingat bahawa penetapan kadar nafkah anak selepas ibu bapa bercerai bukanlah satu perkara yang mudah. Keadaan yang berbeza-beza seperti kemampuan kewangan ibu bapa dan keperluan anak-anak perlu diambil kira. Hakim perlu berhemah dalam menentukan kadar nafkah supaya ia mencerminkan keadilan dan kepentingan terbaik untuk anak-anak yang terlibat. Oleh itu, sebagai masyarakat, kita juga perlu memahami betapa pentingnya hak anak untuk menerima nafkah selepas ibu bapa bercerai. Kita perlu membantu dan memberi sokongan kepada mereka yang mengalami situasi ini dan memastikan bahawa kepentingan anak-anak sentiasa diutamakan. Dengan itu, kita dapat memastikan bahawa anak-anak mendapat hak mereka yang sepatutnya dan dapat tumbuh dengan sihat dan sejahtera. PENUTUP 10
RUJUKAN 1-https://www.malaysia.gov.my/portal/content/27697? language=my 2-jurnal.dbp.my/index.php/Kanun/article/view/7985/3338 3-https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/55473/1/55473.pdf 4-http://www.ukm.my/isoit/wpcontent/uploads/2018/09/Zaini-B.-Nasohah.pdf 11