The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-32443254, 2022-06-16 03:26:22

buku program terkini

buku program terkini

DAFTAR KANDUNGAN
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-45

2

ATUR CARA
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-45

MASA AKTIVITI
8.30 pagi – 9.00 pagi Pendaftaran Ibu Bapa, Penjaga dan Guru
9.00 pagi – 12.00 • Ucapan Alu-aluan Pengacara Majlis

tghari • Bacaan Doa

• Ucapan alu-aluan Puan Hajah Noridah binti Haji Ramlan,
Pengetua / Penasihat PIBG

• Ucapan Yang Dipertua PIBG Sesi 2020/2021

• Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung
PIBG ke-44

• Perkara-perkara Berbangkit dalam Minit Mesyuarat Agung
PIBG ke-44

• Pembentangan Laporan Tahunan PIBG Sesi 2020/2021

• Pembentangan dan Penerimaan Penyata Kira-kira PIBG
bagi tahun berakhir 31 Disember 2020.

• Perbahasan Usul

• Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2022

• Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG 2022/2023

• Pemilihan 2 orang Juruaudit

• Ucapan Penangguhan oleh Yang Dipertua PIBG

Sesi 2022/2023

• Sesi bergambar Ahli Jawatankuasa PIBG 2022/2023

3

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH SERI PUTERI CYBERJAYA
Persiaran Tasik , 63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-83192414 Fax: 03-83193937
E-Mel: [email protected]

Ruj. Kami : SSP 100-13/1/4(07)
Tarikh : 19 Mei 2022

Y.Bhg. Tan Sri/ Puan Sri/Datuk Sri/Datin Sri/Datuk Seri/Datin Seri/ Dato’/Datin/
Tuan/ Puan
Semua Ibu Bapa/ Penjaga Murid
Sekolah Seri Puteri,
Persiaran Tasik,
63000 Cyberjaya,
Selangor.

Y.Bhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk Sri/Datin Sri/Datuk Seri/ Datin Seri/Dato’/ Datin/ Tuan/
Puan

NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA
DAN GURU (PIBG) SEKOLAH SERI PUTERI, CYBERJAYA KE-45

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya ke-45 akan diadakan
mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 18 Jun 2022
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Puteri Perdana
Kehadiran : Semua AJK PIBG
Guru dan Ibu bapa

3. Agenda mesyuarat adalah seperti yang berikut:

3.1 Ucapan Yang Dipertua PIBG Sesi 2021/2022
3.2 Ucapan Pengetua Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
3.3 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG ke-44
3.4 Perkara-perkara Berbangkit dalam Minit Mesyuarat Agung PIBG ke-44
3.5 Pembentangan dan Penerimaan Laporan Tahunan PIBG Sesi

2021/2022

4

3.1 Pembentangan dan Penerimaan Penyata Kira-kira PIBG bagi tahun
berakhir 31 Disember 2021.

3.2 Perbahasan Usul dan cadangan
3.3 Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2022
3.4 Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG 2022/2023
3.5 Pemilihan 2 orang Juruaudit
3.6 Ucapan Penangguhan oleh Yang Dipertua PIBG Sesi 2022/2023

4. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak ahli Jawatankuasa PIBG Sekolah Seri
Puteri, Cyberjaya sesi 2021/2022 dengan hormat dan sukacitanya menjemput dan
mempersilakan Y.Bhg. Tan Sri/ Puan Sri/ Datuk Sri/ Datin Sri/ Datuk Seri/ Datin Seri/
Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan ke mesyuarat tersebut di atas secara bersemuka pada hari
berkenaan. Kesudian Y.Bhg. Tan Sri/ Puan Sri/ Datuk Sri/ Datin Sri/ Datuk Seri/ Datin
Seri/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan meluangkan masa memenuhi jemputan ini amatlah
dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

5. Y.Bhg. Tan Sri/ Puan Sri/ Datuk Sri/ Datin Sri/ Datuk Seri/ Datin Seri/ Dato’/
Datin/ Tuan/ Puan diminta untuk mengesahkan kehadiran dan memberikan usul
dan cadangan dalam mana-mana aspek sama ada kurikulum, kokurikulum dan
prasarana demi kemaslahatan puteri-puteri di Sekolah Seri Puteri. Usul dan cadangan
boleh dikemukakan melalui link yang diberikan dalam laman sesawang sekolah,
telegram dan SAFE bermula pada tarikh 27 Mei 2022 hingga selewat-lewatnya pada
jam 12.00 malam.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

AZLIZA BINTI MUSA
Setiausaha PIBG,
Sekolah Seri Puteri,
Cyberjaya

s.k:
Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Seri Puteri

Pengetua
Sekolah Seri Puteri

5

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-44
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH SERI PUTERI, CYBERJAYA

_________________________________________________________

Perkara : Mesyuarat Agung Tahunan ke-44,
PIBG Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
Tarikh : 13 November 2021 (Sabtu)
Kediaman masing-masing (Telesidang Zoom)
Tempat : 09:00 pagi – 1:52 petang
Rujuk lampiran 1
Masa :

Kedatangan :

1.0 Ucapan alu-aluan Pengacara majlis

Pengacara majlis, Encik Ahmad Ridzuan bin Abd Rahman mengalu-alukan kehadiran
Pengetua Cemerlang, Puan Norsham binti Noordin. Tuan Hasnal bin Hashim selaku
Yang Dipertua PIBG, barisan AJK PIBG, guru-guru serta ibu bapa yang hadir.

2.0 Bacaan Doa

Majlis didahului dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Mukhtar bin Abdul
Hamid.

3.0 Ucapan Alu-aluan Pengetua, Sekolah Seri Puteri Cyberjaya

3.1 Puan Norsham binti Noordin selaku Pengetua Sekolah Seri Puteri Cyberjaya
mengucapkan terima kasih kepada Encik Ahmad Ridzuan bin Abd Rahman selaku
Pengerusi Majlis. Pengetua juga mengucapkan syukur dan tahniah serta mengalu-
alukan kehadiran ibu bapa yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Seri
Puteri Cyberjaya ke-44. Pengetua mengucapkan kesyukuran kehadrat Allah kerana
dapat berkumpul di alam maya bagi perjumpaan Mesyuarat PIBG Tahunan. Semua
pihak perlu akur dengan Standard Operasi Prosedur (SOP) yang telah ditetapkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) demi memastikan kita kembali ke

6

dalam norma yang biasa. Keselamatan guru dan murid-murid diutamakan oleh pihak
sekolah dengan memastikan SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) dipatuhi. Pengetua berharap dengan kerjasama ibu bapa dan murid
mematuhi standard operasi prosedur (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) akan dapat memastikan murid-murid berada dalam
keadaan selamat.

3.2 Pengetua menerangkan tentang pengoperasian pembukaan sekolah secara
ringkas, memandangkan maklumat secara terperinci telah dimaklumkan oleh
Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan
Kokurikulum. Semua sekolah dan asrama perlu mengikuti standard operasi prosedur
seperti imbas MySejahtera, imbas suhu, sanitasi tangan, sanitasi kawasan sekolah
dan asrama, ujian kendiri COVID-19, pelitup muka warga sekolah, pemantauan
penjarakan fizikal-kelas dan kawasan sekolah dan kantin, pemantauan berterusan
terhadap kesihatan murid untuk tindakan segera sekiranya bergejala, pemantauan
kesihatan terhadap guru-guru, staf, pekerja pembersihan, pengawal keselamatan dan
pekerja di dewan makan. Bahan sanitasi telah disediakan dengan mencukupi di kelas
dan di asrama. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan. Sekiranya
murid bergejala, mereka akan dibawa ke klinik untuk mendapat rawatan dengan
segera. Semua guru, staf dan kakitangan sekolah telah mendapat kedua-dua dos
suntikan.

3.3 Pengetua memaklumkan pelaporan semasa iaitu Pendaftaran Murid Tingkatan
5 pada 17 Oktober 2021, Pendaftaran Murid Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 pada 31
Oktober 2021, Penetapan Target dan Akujanji secara online pada 02 November 2021,
Pendaftaran Murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 dan Pendaftaran Murid Baharu
Ambilan 2 Tingkatan 1 pada 07 November 2021, Ujian Kendiri Covid-19 Tingkatan 5
pada 17,22 dan 30 Oktober 2021, Ujian Kendiri Covid-19 Tingkatan 1 dan Tingkatan
2 pada 07,12 dan 20 November 2021.

3.4 Pengetua melaporkan tentang pengurusan penyelenggaraan.
Penyelenggaraan sekolah bagi keselesaan dan keselamatan murid yang
diperuntukkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Sekolah Berasrama
Penuh(SBP).

7

Berikut beberapa penyelenggaraan yang telah dilakukan oleh pihak sekolah:

BIL PERKARA AMAUN (RM)
2,970.00
1 Kerja-kerja baik pulih tapak tangki di asrama 17,530.00
4,300.00
2 Kerja-kerja baik pulih lantai konkrit & bumbung 83,750.00
bocor di Dewan Makan
19,000.00
3 Kerja-kerja selenggara PABX sistem Keyphone 13,800.00
di asrama 7,353.00
6,000.00
4 Kerja-kerja menyelenggara dan membaikpulih 7,000.00
tandas murid, paip bocor di kantin dan paip 9,950.00
bomba 5,000.00

5 Kerja-kerja menyelenggara dan membaikpulih
makmal sains

6 Kerja-kerja menyelenggara dan membaikpulih
sistem pam

7 Kerja-kerja menyelenggara pemadam api

8 Kerja-kerja membekal dan memasang pintu di
asrama

9 Kerja-kerja membekal dan memasang jubin di
bilik bacaan

10 Kerja-kerja menyelenggara sinki di dewan
makan

11 Kerja-kerja membekal dan memasang langsir di
sekolah

8

3.5 Pengetua melaporkan tentang pengurusan kurikulum. Rutin harian murid
bermula 7.45 pagi untuk mengikuti pembelajaran di kelas sehingga 1.45 tengahari.
Waktu rehat bermula pada 9.45 -10.15 pagi bagi menengah rendah, menengah atas
rehat bermula pada jam 10.15 -10 45 pagi. Murid dikehendaki makan di dalam kelas.
Pesanan pembelian makanan di kantin dilakukan secara online. Setiap wakil kelas
akan mengambil makanan di kantin. Waktu rehat tengah hari pada jam 1.45 tengah
hari untuk makan tengahari dan solat zuhur diperuntukkan selama 1 jam 15 minit.
Pada jam 2.45 petang sesi 2 pembelajaran akan bermula sehingga 3.45 petang. Pada
jam 3.45- 4.30 petang adalah waktu “prep” untuk murid menyiapkan semua kerja
rumah yang diberikan oleh guru.

3.6 Pengetua melaporkan tentang Program kecemerlangan. Program
kecemerlangan sama ada dari segi akademik dan sahsiah telah dijalankan secara
online walaupun dalam keadaan norma baharu. Pihak sekolah telah mengadakan
ceramah dengan menjemput penceramah dan pakar-pakar akademik untuk
memastikan program ini berjalan lancar. Program kecemerlangan secara bersemuka
akan diadakan untuk tingkatan 4. Penataran ilmu bagi Tingkatan 4(Amethyst) akan
diadakan pada 10 - 13 Disember 2021, program pada setiap hari sabtu setelah habis
sukatan, Program Mentor Mentee dan kelas tambahan. Ibu bapa perlu merancang
percutian selepas tarikh 13 Disember 2021. Program kecemerlangan bagi Tingkatan
3 diadakan setiap hari sabtu setelah habis sukatan, Program Mentor Mentee dan kelas
tambahan.

3.7 Pengetua melaporkan Program kecemerlangan. Tingkatan 5 Distira. Program
ini telah yang telah dijalankan sepanjang tahun. Program ini telah dibentangkan
semasa Program Penetapan Target dan Aku Janji. Program-program ini dijalankan
untuk memastikan KPI target sekolah iaitu 0.95 tercapai dan sehingga kini program
secara online masih diteruskan iaitu bagi subjek matematik tambahan Program
Penataran Ilmu Fasa 1 telah diadakan semasa cuti Deepavali dan Program Penataran
Ilmu Fasa 2 akan diadakan pada 10-15 Disember. Ibu bapa perlu merancang
percutian selepas tarikh 15 Disember 2021. Berikut program-program yang telah
dijalankan sepanjang tahun:

9

BIL PROGRAM TARIKH
1 English Grammar Class For Lower Sets Januari - Disember 2021
2 Program Kecemerlangan Matematik Tambahan Ting 5
3 Bengkel Pembugaran Bahasa Melayu Modul KSSM Ting. 5 10 April 202
4 Bengkel Penulisan Bahasa Melayu 16, 23 Jun 2021
5 Bengkel Matematik : Chapter 3 Mathematics Insurance
6 Perkongsian Ilmu Matematik SPM: Distira Strive for Excellence Matematik SPM 2021 26 Jun 2021
1 Julai 2021
7 Seminar Higher Order Thinking Skills (HOTS) Matematik Tambahan 15 Ogos 2021
8 Teknik Menjawab Soalan Pendidikan Islam SPM KSSM
9 Program Khidmat Bantu BI - Building Good Fundamentals 21 Ogos 2021
10 Program Kolaboratif Ekonomi SSP vs SAS 22 Ogos 2021
11 Program Kecemerlangan T5 Bahasa Inggeris Ogos - Oktober 2021
12 Program Kecemerlangan Sains SPM 23-24 Ogos 2021
13 Program Kolaboratif Jalinan Sukses SPM Subjek Kimia 28 Ogos 2021
14 Program Kecemerlangan Akademik Teknik Menjawab Akaun SPM 2021 4 September 2021
15 Bengkel Teknik Menjawab Fizik 14 September 2021
16 Program Khidmat Bantu SGE Matematik Tambahan 24 September 2021
17 Program Pembugaran Konsep Biologi SPM 2021 Sesi 1: Tumbuhan 25 September 2021
18 Bengkel Teknik Menjawab Ekonomi 25 September 2021
19 Bengkel Pentaksiran SPM 2021 (format terbaru) dan Teknik Menjawab Kimia SPM 30 September 2021
02 Oktober 2021
20 Program Teknik Menjawab Soalan SPM CEFR 02 Oktober 2021
21 Bengkel dan Teknik Menjawab Matematik Tambahan
22 Penataran Ilmu Fasa 1 03 November 2021
23 Penataran Ilmu Fasa 2 04 November 2021
03-05 November 2021
10-15 Disember 2021

10

3.8 Peperiksaan Percubaan SPM(DISTIRA) selaras Sekolah berasrama Penuh
(SBP) akan bermula 08 November - 8 Disember 2021 merangkumi peperiksaan
bertulis, lisan dan amali. Tempoh yang diberikan agak panjang dan di antara tarikh-
tarikh tersebut terdapat kertas mata pelajaran yang tidak diambil oleh murid. Kelas-
kelas bagi mata pelajaran tertentu akan diadakan di antara tarikh-tarikh tersebut untuk
memantapkan konsep tajuk-tajuk yang tertentu.

3.9 Sesi persekolahan 2021 akan berlanjutan sehingga pada tahun 2022.
Peperiksaan Akhir Tahun bagi Tingkatan 1, 2, 3 dan 4 akan diadakan selepas cuti
akhir tahun (tertakluk kepada pindaan). Peperiksaan Akhir tahun adalah sangat
penting untuk TOV dan memastikan tahap pencapaian murid-murid.

3.10 Pemudahcara (PdPc) secara bersemuka sepenuhnya di sekolah berpandukan
Garis Panduan Pengurusan Pengoperasian Sekolah 3.0 dan tertakluk kepada
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dari semasa ke semasa.

3.11 Pengetua melaporkan tentang Pengurusan Hal Ehwal Murid secara ringkas.
Pengurusan Hal Ehwal Murid telah dijelaskan secara terperinci oleh Penolong Kanan
(HEM), Puan Zuriani binti Md Zain. Pengetua memaklumkan terdapat 3 jadual
pergerakan murid yang berbeza iaitu Jadual Pergerakan Murid (Isnin- Jumaat), Jadual
Pergerakan Murid (Sabtu) dan Jadual Pergerakan Murid (Ahad) untuk memastikan
penjarakan sosial dipatuhi. Jadual Pergerakan Murid ini telah diberikan kepada semua
murid untuk dipatuhi. Jadual Pergerakan Murid waktu solat dan makan tengahari
mengikut penggiliran dibahagikan kepada dua iaitu Jadual Pergerakan Murid (Isnin -
Jumaat) waktu solat dan makan tengah hari diperuntukkan selama 45 minit manakala
Jadual Pergerakan Murid (Sabtu) dan Jadual Pergerakan Murid (Ahad) waktu solat
dan makan tengah hari diperuntukkan selama 1 jam 15 minit. Pengetua berharap
murid bijak mengurus diri dan masa dengan mematuhi jadual pergerakan ini.

3.12 Program-program Sahsiah banyak telah dijalankan untuk membentuk sahsiah
yang unggul di kalangan murid. Pengetua mengucapkan terima kasih kepada AJK
PIBG kerana membantu dari segi kewangan untuk memastikan program-program
sahsiah berjalan lancar. Program-program ini hasil dari kolaboratif dengan organisasi
luar. Berikut merupakan program-program Sahsiah yang akan dan telah dijalankan
oleh BADAR secara online dan bersemuka sepanjang tahun:

11

BIL PERKARA
1 Kem Bestari Solat Tingkatan 1
2 Program Tahsin Ibadah Tingkatan 2
3 Kursus Pengurusan Jenazah Tingkatan 3
4 Program Lambaian Kaabah Tingkatan 4
5 Program Sembang Santai Dakwah
6 Program Ihya’ Ramadan
7 Majlis Khatam Quran Perdana
8 Program Anda Bijak Jauhi Zina
9 Ceramah Maal Hijrah
10 Program Bersama Darussyifa’
11 Program Yasin Mahabbah
12 Pertandingan Poster Digital Maal Hijrah
13 Program Solat Hajat Perdana
14 Program Mustajab (Murid Tanya Ustaz/Ustazah Jawab)
15 Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Sekolah

12

3.13 Pengetua melaporkan senarai program Unit Bimbingan dan kaunseling. Guru-
guru kaunselor telah mengadakan banyak program untuk menjamin kestabilan emosi
dan sahsiah murid serta memastikan kebajikan murid tidak diabaikan.

Berikut merupakan program-program telah dijalankan oleh Unit Bimbingan dan
Kaunseling secara online dan bersemuka sepanjang tahun:

BIL PERKARA
1 PRS Talk
2 Poster edaran Unit Bimbingan Dan kaunseling
3 Poster Pengawas Mengikut Biro
4 Instagram - Video pendek
5 Poster Oleh PRS
6 Tiktok
7 Motivasi Minda Sihat & PdPr T2 Siri 1
8 Motivasi Minda Sihat & PdPr T2 Siri 1
9 Sister Sharing Session/SPM PdPr
10 Kejurulatihan PRS: Isu Pandemik Dan PdPr
11 Motivasi PdPcr Bengkel Temuduga
12 Saringan Minda Sihat Membantu PdPr T1 -T5
13 e-Talian Cakna (Kehadiran PdPr)
14 Merekayasa Pembimbing Rakan sebaya
15 Perjumpaan Dengan Murid B40 & Projek
16 Sumbangan HOTSPOT(E-Pentaksiran)

13

3.14 Pengetua melaporkan tentang Pengurusan Kokurikulum. Pengetua
memaklumkan terdapat murid yang rasa tertekan kerana sudah lama tidak melakukan
aktiviti yang melibatkan pergerakan. Aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka
adalah tidak dibenarkan. Murid dibenarkan melakukan riadah seperti “jogging”,
senaman, badminton dan ping pong mengikut Standard Operasi Prosedur
(Pengurusan Dan Pengoperasian Pembukaan sekolah 3.0). Murid perlu memastikan
penjarakan fizikal 1-3 meter, mengikut kesesuaian ruang dan tempat serta
menekankan keselamatan dan kebersihan. Tempat dan barang sukan yang
digunakan perlu disanitasi selepas digunakan. Murid tidak dibenarkan melakukan
sukan yang ada sentuhan fizikal seperti bola keranjang, bola jaring dan hoki. Murid
akan dibenarkan melakukan sukan ini setelah dibenarkan oleh pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM).

3.15 Pengetua memaklumkan kepada para ibu bapa bagi memastikan perjalanan di
asrama berjalan lancar dan keselesaan murid serta mengelakkan isu yang timbul, dua
Jadual Riadah Dan Dobi telah diberikan kepada semua murid iaitu Jadual 15 - 21
November 2021 (Tingkatan 3, 4 dan 5 - tamat kuarantin dan Tingkatan 1 dan 2 -
kuarantin Minggu 2 (Tamat kuarantin 20 November) dan Jadual selepas 21 November
2021 (Tingkatan 1,2 3, 4 dan 5 - tamat kuarantin). Dua jenis dobi disediakan iaitu dobi
servis dan dobi layan diri. Jadual penggunaan dobi disediakan supaya mengelakkan
pertembungan antara murid. Jadual penggiliran Riadah dan Dobi ini diadakan untuk
menjamin keadilan untuk semua murid.

3.16 Semasa aktiviti riadah murid tidak dibenarkan berada di kelas untuk
memastikan keselamatan murid terjamin dan mengelakkan perkara yang tidak diingini
berlaku. Murid telah dimaklumkan akan peraturan ini.

3.17 Pengetua memaklumkan walaupun murid tidak bersemuka, murid telah
mencapai banyak kejayaan dalam pertandingan aktiviti sukan, kokurikulum dan
koakademik secara online antaranya ialah Inovasi/STEM /Reka Cipta/Robotik,
Bahasa Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Penganjuran Penulisan Cerpen
Antarabangsa, Penganjuran Penulisan Sajak Kebangsaan, Penganjuran Penulisan,
Kuiz/Poster/Video pendek, E-Tahfiz/Taranum/ Hafazan, Kemahiran Sukan
MSSS/Virtual Run/1M1S, karnival Unit Beruniform. Penganjuran 9th ONLINE FRSIS
2021 Antarabangsa, Penganjuran Karnival Bahasa Antarabangsa Kebangsaan,
Penganjuran Catur Online SGE, Minggu Sains Dan Matematik dan Minggu Bulan
Kebangsaan.

14

3.18 Pengetua memaklumkan dalam Penganjuran Penulisan Cerpen Antarabangsa
telah mendapat pengiktirafan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, dalam Penganjuran
Penulisan Sajak Kebangsaan ramai murid di sekolah ini telah berjaya menerbitkan
sebuah buku, dalam kemahiran sukan seorang murid di sekolah ini telah terpilih
sebagai pemain bola keranjang Negeri Selangor dan dalam Penganjuran 9th ONLINE
FRISIS 2021 Antarabangsa beberapa murid di sekolah ini telah mendapat anugerah
“platinum” dan “gold”.

3.19 Pengetua berharap para ibu bapa memberi sokongan yang penuh bagi
memastikan murid Sekolah Seri Puteri sentiasa terbaik dari segi sahsiah, akademik
dan kokurikulum.

4.0 Ucapan Alu-aluan Yang Dipertua PIBG

4.1 Tuan Hasnal bin Hashim selaku YDP PIBG Sekolah Seri Puteri mengucapkan
terima kasih kepada pengacara majlis, Puan Pengetua, barisan pentadbir sekolah,
ahli Jawatankuasa PIBG, guru-guru serta hadirin dan hadirat sekalian kerana sudi
turut serta dalam perjumpaan secara alam maya bagi Mesyuarat Agung PIBG ke-44.
Setelah hampir 7 bulan daripada tarikh yang sepatutnya dijalankan AGM ke-44
mengikut perlembagaan, akhirnya dapat melaksanakan tanggungjawab ini walaupun
di talian mengikut norma baharu yang telah ditetapkan oleh Pendaftar PIBG.

4.2 YDP menyatakan, pandemik COVID-19 serta perintah kawalan pergerakan
pergerakan (PKP) telah menyebabkan sesi persekolahan mengalami gangguan
ketara. Murid-murid di seluruh negara dan dunia tak kira usia terbantut pembelajaran
formal dan tidak formal. Sumber pendapatan dan kehidupan sosio ekonomi juga
terganggu. Pelbagai usaha oleh pihak kerajaan telah diadakan bagi membantu rakyat.
Penerimaan proses vaksinasi oleh semua lapisan masyarakat telah membantu
kehidupan kita semua kembali kepada biasa tetapi di dalam norma baharu.

4.3 YDP menyatakan di peringkat Sekolah Seri Puteri tidak terkecuali daripada

masalah ini. Kebijaksanaan pengurusan lama dan baru, guru, ahli jawatankuasa PIBG

dan ibu bapa, sesi persekolahan dapat diteruskan secara PdPr dengan lancar kerana

pihak sekolah telah mengadaptasikan serta menggunakan iPad dalam sesi

pembelajaran. Masalah utama ialah pemilikan iPad di kalangan keluarga B40 dan M40

serta kemudahan internet di rumah. Masalah ini berjaya dapat diatasi dengan

kerjasama ahli jawatankuasa PIBG.

15

4.4 YDP memaklumkan sepanjang 21 bulan yg lepas bermula drp 15 Februari
2020, PIBG SSP sesi 2020/2021 telah berjaya mencapai KPI dari segi pencapaian
akademik. Loistava telah mencapai GPS1.32 di dalam peperiksaan SPM 2020 dengan
seramai 3 orang murid mendapat 9A+, 75 orang murid mendapat 9A daripada jumlah
calon seramai 173 iaitu sebanyak 43.35% murid telah mendapat gred A dalam semua
mata pelajaran.

4.5 Distira pula telah diberi target GPS 0.95 untuk SPM 2021 berlandaskan
keputusan-keputusan cemerlang batch ini. YDP menyeru semua guru, ibu bapa dan
murid Distira, rapatkan saf anda dan tumpukan kekuatan anda untuk 5 bulan terakhir
ini dan mengabaikan hal yang tidak berkaitan dengan kecemerlangan akademik ini.

4.6 YDP memaklumkan tentang pencapaian Kokurikulum dan Sahsiah iaitu aktiviti
yang dijalankan tidak banyak kerana kekangan perintah kawalan pergerakan (PKP).

4.7 YDP juga memaklumkan, PIBG telah berjaya menyerahkan beberapa projek
naik taraf kepada pihak sekolah seperti yang telah dibincangkan pada awal sesi
2020/2021. Projek yang utama seperti naik taraf bilik rekreasi asrama, naik taraf
Dewan Puteri Perdana, kelas-kelas akademik, Laman Distira serta Laman Ilmu, sink-
sinki membasuh tangan dan tambahan unit mesin penapis air telah diserahkan
kepada pengurusan.

4.8 Bantuan pembelian iPad serta talian internet dari Tabung Dana Wakaf B40
untuk murid dari keluarga B40 serta bantuan kelangsungan hidup juga membantu
murid. Semua senarai ini boleh diperolehi daripada laporan Setiausaha PIBG yang
telah dihebahkan di setiap SAFE.

4.9 YDP memaklumkan sumbangan ibu bapa, orang perseorangan, korporat dan
sumber peruntukan kewangan PIBG hampir RM200,000.00 telah dijana dan
dibelanjakan dengan berhemah untuk mencapai target ini. Diharapkan murid dan
warga sekolah dapat menggunakan kemudahan dengan berhemah dan bijak demi
keselesaan semua.

16

4.10 YDP memaklumkan bahawa simpanan wang ringgit di dalam Tabung PIBG,
Dana Wakaf dan Surau Aishah Humaira’ adalah mencukupi untuk PIBG sesi
2021/2022 meneruskan aktiviti yang bakal dirancang melalui usul yang akan
dibincangkan.

4.11 YDP menyatakan bahawa sudah sampai ke penghujung tanggungjawab yang
telah diamanahkan kepada beliau sebagai YDP PIBG Sekolah Seri Puteri selama 5
tahun bermula tahun 2017. Pengalaman bersama ahli jawatankuasa, ibu bapa dan
guru yang telah membantu dan pihak pengurusan termasuklah berurusan dengan
DYMM Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor, 3 orang Yang Berhormat
Menteri Kementerian Pendidikan, 3 orang Pengarah Sekolah Berasrama Penuh dan
4 orang Pengetua, pihak berkepentingan selama 5 tahun serta rakan-rakan YDP dan
Naib YDP di 10 sekolah School of Global Excellence (SGE) yang sentiasa bersama
dengan pengurusan Sekolah Berasrama Penuh.
4.12 YDP juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Pengetua Puan
Hajah Roslina Ahmad yang telah berpencen wajib pada akhir tahun yang lepas dan
juga kepada guru-guru yang telah pencen, berpindah atau dinaikkan pangkat.

4.13 YDP menyatakan pencapaian paling manis sepanjang 5 tahun ini apabila
Sekolah Seri Puteri mendapat kecemerlangan akademik di persada kebangsaan
dengan menghasilkan ramai murid yang mendapat 9A+ dan ratusan 9A dalam SPM
dan PT3 serta kejayaan ekolah Seri Puteri di peringkat antarabangsa dan
kebangsaan. Semua puteri daripada Cairdeas, Tovaris, Sanadara, Adelpha dan
Loistava ini telah melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi. Saya berharap Distira,
Amethyst, Adorea, Aurora dan Alpha akan mengekalkan kecemerlangan Sekolah Seri
Puteri.

4.14 YDP menyatakan bahawa tugasan sedia ada masih banyak yang perlu
diteruskan dan ditambah baik atau diperkenalkan. Perbincangan dan saling-
membantu serta hubungan erat dengan pihak pengurusan dan guru amat penting
dalam kejayaan anak-anak dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Hal-
hal seperti hal ehwal murid juga sering dibincangkan dan diselesaikan.

17

4.15 YDP memberi nasihat terakhir sempena pemilihan ahli jawatankuasa yang
baru pada hari ini, buatlah pemilihan wakil yang dapat membantu pasukan serta
memahami tugasan yang diberikan. Terima kasih kepada semua guru dan AJK PIBG
daripada tahun 2017 hingga 2021, hampir 60 orang semuanya. Puan Aimy Baizura
Binti Mohamed dan Dato’ Wan Jamaludin bin Wan Abdul Malik merupakan ahli
jawatankuasa yang paling lama bekerjasama dengan beliau. Sebarang cadangan ibu
bapa yang dikemukakan dan diterima oleh pihak pengurusan mesti diikuti dengan
tindakan bersama-sama dengan ahl jawatankuasa dan bukan memberi cadangan
semata-mata.

4.16 YDP menyatakan untuk makluman ibu bapa dan warga Sekolah Seri Puteri,
segala aktiviti yang dijalankan dengan bantuan PIBG sepanjang lima tahun boleh
diakses melalui Instagram PIBG SSP 2020.

5.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung ke-43 Sesi 2020/2021

5.1 Setiausaha Kehormat PIBG Puan Rosmawati binti Saman@Ali memohon
sidang mesyuarat meneliti Minit Mesyuarat Agung yang lepas bermula pada
halaman 4 hingga halaman 58. Kehadiran pula boleh dirujuk mulai halaman 25 hingga
halaman 30.

5.2 Encik Muhamadiah Iskandar bin Mohamed (anak: Farwizah Zuyyin binti
Muhamadiah Iskandar - 5R) mencadangkan minit tiada pindaan diluluskan dan
disokong oleh Puan Tengku Nazira Tengku Na’aim (anak: Husna Sofia Alwi - 5I).

6.0 Pembentangan Program PIBG Sesi 2020/2021

6.1 YDP PIBG, Tuan Hasnal bin Hashim meminta Setiausaha Kehormat PIBG,
Puan Rosmawati binti Saman@Ali membentangkan program yang telah dijalankan
oleh PIBG Sesi 2020/2021.

6.2 Setiausaha memaklumkan peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan

tanggungjawab yang diperlukan oleh pihak sekolah dalam membantu pembangunan

sekolah secara menyeluruh. PIBG menjadi wadah penghubung antara pihak sekolah

dan ibu bapa agar segala kecairan maklumat dan permasalahan yang wujud dapat

diperjelas dan ditangani secara berhemah. Hubungan baik antara pentadbir, guru dan

ibu bapa melalui PIBG dan KSIB penting demi mewujudkan iklim sekolah yang

kondusif dan memacu kecemerlangan murid-murid dan sekolah sejajar dengan

objektif penubuhan PIBG iaitu membantu pihak sekolah mencapai matlamat dalam

bidang kurikulum, kokurikulum, bina insan, disiplin, keceriaan sekolah dan

keselamatan sekolah. 18

6.3 Setiausaha turut memaklumkan Jawatankuasa PIBG yang dilantik dalam
Mesyuarat Agung PIBG ke-43 pada 15 Februari 2020 bagi Sesi 2020/2021 ialah
seperti berikut:

Yang Dipertua : Tuan Hasnal bin Hashim
Naib Yang Dipertua : Puan Aimy Bazura binti Mohamed
Setiausaha : Puan Rosmawati binti Saman
Penolong setiausaha : Puan Dayang Melati binti Abdullah
Bendahari : Puan Rohaniza binti Yahya
Penolong Bendahari 1 : Puan Hamiliya binti Mustafa
Penolong Bendahari 2 : Puan Rasifah binti Ibrahim
Ahli Jawatankuasa Ibu bapa : Puan Nasriah binti Abd Rahman

Ahli Jawatankuasa Guru Puan Nor Aniza binti Awang
Puan Sapiah binti Salleh
Pemeriksa Kira-kira 2 Dr. Nur’Ain binti Mohd Rawi
Puan Nor Shuhida Mat Noor
Dato’ Wan Jamaludin bin Wan Abdul Malik
: Cik Siti Nursyahirah binti Mohamad Jailani
Puan Rafiduriana binti Abdul Rahman
Encik Ahmad Ridzuan bin Abd Rahman
Encik Mukhtar bin Abdul Hamid
: Puan Rosmaliza binti Baharom

6.4 Setiausaha memaklumkan sepanjang tahun 2020 dan 2021 PIBG
berkesempatan mengadakan mesyuarat jawatankuasa induk sebanyak 5 kali selepas
Mesyuarat Agung yang diadakan pada 15 Februari 2020 untuk membincangkan
pelbagai aktiviti. Tarikh mesyuarat jawatankuasa induk bagi sesi 2020/2021 yang
diadakan adalah seperti berikut:

19

BIL TARIKH HARI MASA CATATAN
1 13 Mac 2020 Jumaat
2 13 Julai 2020 Isnin 3.00 petang Bilik PIBG, SSP
3 19 November 2020 Khamis
4 21 Mei 2021 Jumaat 3.00 petang Google Meet (PKP)
5 03 November 2021 Rabu
3.00 petang Google Meet (PKP)

9.00 pagi Google Meet (PKP)

2.30 petang Zoom

6.5 Setiausaha juga melaporkan beberapa aktiviti PIBG masih sempat dijalankan
sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diisytiharkan beberapa kali sepanjang
2020 walaupun pada akhir tahun 2019 dan 2020, dunia dikejutkan dengan
penyebaran wabak COVID-19. Aktiviti berkaitan dengan akademik khususnya bagi
calon-calon SPM 2020 dan program yang berkaitan dengan kokurikulum dan
pembangunan sahsiah murid-murid juga diberi perhatian yang sewajarnya
walaupuntiada peperiksaan PT3 dijalankan ekoran pembatalan beberapa
peperiksaan awam, pada tahun 2020.

6.6 Setiausaha memaklumkan pencapaian kokurikulum murid-murid sepanjang
sesi 2020 juga agak membanggakan walaupun ada yang dilaksanakan secara maya.
Kejayaan-kejayaan SSP pada peringkat antarabangsa tambah bermakna apabila
guru-guru mendapat sokongan daripada para ibu bapa khususnya sukarelawan KSIB.
PIBG juga amat menghargai sokongan dan komitmen ibu bapa yang sudi membantu
dan memberikan sumbangan kewangan untuk pelbagai program
pengantarabangsaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

6.7 PIBG cakna akan kebajikan demi keselesaan murid. Kempen SSP Bersih
diteruskan melalui program Gotong Royong Perdana di asrama pada Mac 2020. Satu-
satunya program PIBG yang melibatkan semua ibu bapa yang sempat dijalankan
sebelum PKP dilaksanakan. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada ibu bapa
yang hadir dan membantu menceriakan asrama anak-anak SSP.

20

6.8 Usaha menaik taraf infrastruktur sekolah juga diperkemas. Kerosakan-
kerosakan kelas dan asrama seperti suis lampu, kipas, lokar, tandas, wakaf dan bilik
gosok juga telah dibaik pulih menggunakan sumber kewangan PIBG. Begitu juga
dengan mesin penapis air yang telah ditambah dan diselenggara untuk kemudahan
anak-anak. Selain itu, naik taraf sistem ICT, pemasangan skrin besar di Dewa Puteri
Perdana dan Kipas industri Air Gard yang diusahakan oleh PIBG diharap memberi
impak positif kepada warga Sekolah Seri Puteri khususnya anak-anak yang
menduduki peperiksaan di situ. Semoga kemudahan yang disediakan digunakan dan
dijaga dengan baik.

6.9 Demi keselesaan anak-anak yang dihadkan pergerakan kerana pematuhan
SOP PIBG juga menggerakkan ahlinya untuk menaik taraf Bilik Rekreasi di asrama.
Usaha berbentuk pertandingan ini telah dimenangi oleh rumah Topaz. PIBG berharap
pengubahsuaian hiasan dalaman bilik rekreasi ini memberi keselesaan kepada anak-
anak yang mahu merehatkan minda pada hujung minggu atau pada waktu senggang.
Pengoperasian Klinik Aishah Humaira’ dan penglibatan ibu bapa sebagai sukarelawan
melalui pemeriksaan dan rawatan untuk penyakiit ringan yang diberikan diharap dapat
menjimatkan masa anak-anak berbanding mendapatkan rawatan di luar.

6.10 Pembangunan sahsiah murid juga diberi keutamaan sepanjang PKP. PIBG
turut menyumbang untuk pelaksanaan Program Sembang Santai Dakwah yang
dianjurkan oleh pihak sekolah sepanjang PKP.

6.11 Antara program berkaitan akademik yang dibiayai oleh PIBG bagi sesi
2020/2021 ialah:

Program Kecemerlangan Akademik

• Modul Bengkel Sains Tingkatan 2

• Program Bengkel Sains Tingkatan 2

• Bengkel Pemantapan Teknik Menjawab Matematik Tambahan

Tingkatan 4

• Bengkel Matematik Tingkatan 3 Siri 1

• Penceramah Bengkel Sains PT3

• Bengkel Bijak Ekonomi Cerdik Akaun (Beca) Tingkatan 5 Siri 1

• Tuisyen Prinsip Perakaunan Tingkatan 5

• Teknik Menjawab Ekonomi SPM

• Modul untuk Teknik Menjawab Ekonomi SPM

• Program Misi Straight A+

• Teknik Menjawab Soalan Pendidikan Islam SPM

• Program Tuisyen Biologi SPM (Bottom 25 Peperiksaan Pertengahan

Tahun) 21
• Program Kecemerlangan Kimia SPM

Program lain yang dibiayai PIBG ialah 22

Elaun/Saguhati

• Jurulatih Bola Keranjang
• Jurulatih Bola Tampar
• Jurulatih Hoki
• Guru tilawah dan Smart Tahfiz Salsabila
• Saguhati pelajar latihan industri UITM
• Elaun petugas Amo di Klinik Aishah Humaira’

Infrastruktur / Penyelenggaraan Sekolah

• Set projektor dan skrin besar Dewan Puteri Perdana
• Landskap untuk Laman PSS
• Naik taraf laman sesawang sekolah
• Dua unit kipas industri Airgard di Dewan Puteri Perdana
• Pendingin hawa Pusat Sumber dan Bilik Persidangan
• Naik taraf bilik gosok asrama
• Gotong royong Perdana
• Rak barang di Pondok Pengawal
• Penyelenggaraan Coway
• Mural depan kantin bawah lobi

Kebajikan Murid

• TP-link untuk kelas
• Kudapan rehat murid semasa Percubaan SPM 2020

Aktiviti / Program Murid dan Sekolah

• Solat hajat awal tahun (saguhati imam)
• Program Pengantarabangsaan Wonwha
• Wang makan Kejohanan Hoki MSSS 2020
• Kejohanan Olahraga SSP
• Hand sanitizer & penyembur
• Sumbangan Kejohanan Memanah 2020
• Pasukan olahraga MSSS
• Program Permata Hatiku HEM
• Ragbi Sentuh TKC Super Six
• Percetakan Travelog Puteri
• Percetakan Majalah Teraju Puteri

Jamuan dan Majlis Keraian/Kebajikan dan Program Khas guru

• Sumbangan saguhati pelajar latihan industri UITM di Pusat Sumber
• Jamuan Kelab Guru 2020
• Penyelenggaraan Coway Bilik Guru
• Sumbangan kepada guru yang ditimpa musibah banjir
• Jamuan Pendaftaran Tingkatan 1 2020
• Jamuan Mesyuarat Agung PIBG ke-43
• Jamuan Mesyuarat PIBG

6.13 Malam Selingkar Kasih (MSK 2020) ialah majlis yang diadakan khusus untuk
meraikan murid-murid tingkatan 5. Majlis ini telah diadakan di Hotel Movenpick, KLIA
dengan mematuhi SOP dan dikelolakan sepenuhnya oleh para ibu bapa Loistava.
Majlis berjalan lancar dengan kehadiran mantan pengetua Sekolah Seri Puteri, ibu
bapa dan anak-anak Loistava.

6.14 Kerjasama dan toleransi menjadi intipati gerak kerja dalam menggerakkan
sesebuah organisasi. Setiausaha berharap para ibu bapa dapat memanfaatkan
platform PIBG untuk menjalin komunikasi dua hala antara pihak ibu bapa dengan
pihak sekolah dalam pelbagai aspek demi kemaslahatan warga Sekolah Seri Puteri
khususnya murid-murid. Semoga pandemik ini cepat berlalu dan murid-murid dapat
melalui hari persekolahan seperti biasa.

6.15 Setiausaha mengakhiri laporan dengan merakamkan ucapan penghargaan
terima kasih kepada semua AJK PIBG 2020/2021 yang telah berusaha menunaikan
amanah dan tanggungjawab dengan sebaik mungkin walaupun dalam situasi PKP.
Sekiranya ada kekurangan dan kelemahan atau keterlanjuran kata serta perbuatan,
kemaafan dipinta kerana yang baik itu datang daripada Allah, yang buruk itu dari
kelemahan diri sendiri.

23

7.0 Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan PIBG bagi tahun berakhir
31 Disember 2020

7.1 Puan Rohaniza binti Yahya selaku Bendahari Kehormat membentang Laporan
Penyata Kewangan PIBG bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020
sebagaimana yang terdapat pada lampiran di dalam buku Laporan Mesyuarat Agung
PIBG ke-44 secara e-elektronik.

7.2 Encik Ramlee bin Ab Ghani (anak: Irdina Sofea binti Ramlee–5P)
mencadangkan agar penyata kewangan PIBG bagi tahun berakhir 31 Disember 2020
diluluskan dan disokong oleh Puan Nor Aniza Awang (anak: Myra Amani binti Amran
- 5U).

7.3 Pembentangan Laporan Kewangan Akaun Dana Wakaf dan Laporan
Kewangan Akaun Surau Aishah Humaira’ oleh NYDP PIBG Puan Aimy Bazura
Mohamed. Beliau telah mengambil alih tugas untuk menyediakan laporan kewangan
akaun dana wakaf setelah penggantungan tugas penolong bendahari 2.

7.4 Puan Aimy Bazura Mohamed memaklumkan sumbangan pembedahan
Scoilosis Ain Natasha Yasmin Isra Mulyadi dari tingkatan 2 Intelek (3 Elit - 2021)
sebanyak RM6,475.00 belum dijelaskan kepada keluarganya dan masih disimpan di
dalam akaun dana wakaf.

7.5 YDP PIBG Tuan Hasnal bin Hashim memaklumkan akaun PIBG di Bank Islam
dikendalikan oleh bendahari dan penolong bendahari 1, manakala akaun Dana Wakaf
dan akaun Surau Aishah Humaira’ di Bank Islam juga dikendalikan oleh penolong
bendahari 2 dan diambil alih pada tahun lepas oleh NYDP PIBG Puan Aimy Bazura
Mohamed. Ketiga-tiga laporan kewangan ini termaktub di dalam satu laporan penyata
kewangan PIBG.

7.6 Puan Khariah binti Jamaludin (anak: Wan Nur Afifah binti Wan Abdul Shukor–
5E) menerima pembentangan Laporan Kewangan Akaun Dana Wakaf dan Laporan
Kewangan Akaun Surau Aishah Humaira’ dan disokong oleh Datin Maszuriyati Aziz
(anak: Siti Jaezah Huda bt Dato’ Jailani - 3T).

24

7.7 YDP PIBG Tuan Hasnal bin Hashim memberi ruang kepada ibu bapa untuk
mengemukakan persoalan hal-hal yang berkaitan dengan penyata kewangan PIBG,
akaun Dana Wakaf dan akaun Surau Aishah Humaira’.

7.8 Puan Anis Hafiza Ishak (anak: Puteri Kamalyna Nur Aisyah Jadzryn Safari -
3E) mengemukakan persoalan berkaitan pembelian LCD dan projektor di Dewan
Puteri Perdana yang menggunakan yuran kecemerlangan akademik. Dato’ Wan
Jamaludin Wan Abdul Malik memaklumkan pembelian tersebut tidak menggunakan
akaun dana wakaf sebaliknya digunakan sepenuhnya daripada akaun PIBG.
Pembelian dibuat berdasarkan pemilihan dua pembekal iaitu Epson dan Panasonic.
Epson menawarkan pakej yang lebih baik dan terkini. Oleh sebab itu, semua AJK
PIBG bersetuju meluluskan pembelian tersebut. NYDP PIBG Puan Aimy Bazura
Mohamed bersetuju dengan makluman dari Dato’ Wan Jamaludin Wan Abdul Malik
pembelian tersebut wajar kerana projektor dan skrin yang digunakan sebelum ini kecil,
kurang jelas dan lama. Pembelian ini bermanfaat untuk kelancaran pelaksanaan
program kecemerlangan akademik.

7.9 Datin Maszuriyati Aziz (anak: Siti Jaezah Huda bt Dato’ Jailani - 3T) menyokong
semua program yang dijalankan oleh pihak sekolah. Beliau mengharapkan pembelian
peralatan ICT terkini dipertingkatkan. YDP PIBG Tuan Hasnal bin Hashim bersetuju
dan memberi contoh seperti peralatan projektor dan skrin besar di Dewan Puteri
Perdana. Projektor yang sedia ada yang telah dibeli lima tahun lepas agak kecil dan
hanya murid hadapan yang dapat melihat dengan jelas. Penggunaan kipas gergasi di
Dewan Puteri Perdana menggantikan pendingin hawa turut diwujudkan mengikut
norma baharu. Semua pelaksanaan tersebut adalah untuk kecemerlangan akademik,
melalui persetujuan perbincangan AJK PIBG bersama-sama pihak pengurusan
sekolah. Pelaksanaan naik taraf Dewan Puteri Perdana direalisasikan melalui
program, kutipan dana wakaf dan sumbangan.

25

7.10 Berdasarkan pembentangan Laporan Kewangan Akaun Dana Wakaf dan
Laporan Kewangan Akaun Surau Aishah Humaira’ oleh NYDP PIBG Puan Aimy
Bazura Mohamed, Puan Rasifah binti Ibrahim (anak: Nur Heliza Naifah binti Mohd
Mahadi - 2I) mencadangkan penggabungan Akaun Dana Wakaf dan Akaun Surau
Aishah Humaira’ di dalam penyata kewangan PIBG untuk manfaat yang lebih baik dari
segi pemahaman. Beliau memohon agar dipaparkan perbandingan perbelanjaan.
Encik Mohd Hamka Ibrahim (anak: Nur Iman Saffiyah - 5P) menyokong pandangan
Puan Rasifah binti Ibrahim, beliau mencadangkan pada masa hadapan agar
pelantikan bendahari dalam kalangan akauntan bertauliah (certified accountant). YDP
PIBG Tuan Hasnal bin Hashim memaklumkan pelantikan termaktub mengikut
perlembagaan PIBG. Pelantikan bendahari dan penolong bendahari adalah daripada
kalangan guru dan ibu bapa yang berkelayakan dalam bidang tersebut. Penolong
bendahari 2 yang diwujudkan oleh YDP PIBG Tuan Hasnal bin Hashim pada 2018
dilantik dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai latar belakang pengurusan akaun.
YDP PIBG Tuan Hasnal bin Hashim berharap agar YDP dan AJK PIBG lantikan
baharu tahun 2021/2022 dapat memperbaiki, menerima ulasan dan komen dari ibu
bapa.

8.0 Pembentangan dan Penerimaan Usul

8.1 YDP PIBG Tuan Hasnal bin Hashim membentangkan usul daripada PIBG
(Rujuk halaman 84). Antara usul PIBG yang dibentangkan ialah:

8.1.1 Penerimaan usul 1 oleh ahli atau ibu bapa atas pembayaran sumbangan yang

telah ditetapkan oleh PIBG untuk tahun akademik 2021 seperti di Lampiran 2, iaitu:

Tingkatan 1 RM455

Tingkatan 2 RM305

Tingkatan 3 RM405

Tingkatan 4 RM355

Tingkatan 5 RM805

Puan Zuriah binti Tuah (anak: Engku Zafreen Engku Azaha - 1U) mencadangkan usul
1 diterima. Encik Mohd Hamka Ibrahim (anak: Nur Iman Saffiyah - 5P) menyokong
usul tersebut.

26

8.1.2 YDP PIBG Tuan Hasnal bin Hashim meminta Puan Nasriah Abdul Rahman
selaku AJK PIBG (anak: Laila Khadijah binti Hafizudin - 3P) membentangkan usul 2
berkenaan kenaikan pembayaran air bertapis daripada RM20.00 kepada RM30.00.
Puan Zarinawati Mohd Saad (anak: Dania Insyirah binti Imran Fahmi - 2R)
memaklumkan bekalan air bertapis tidak mencukupi terutamanya pada waktu pagi.
Puan Nasriah Abdul Rahman (anak: Laila Khadijah binti Hafizudin - 3P) selaku AJK
PIBG pembentang usul 2 memaklumkan mesin penapis air telah ditambah melalui
sumbangan (infak) dari ibu bapa tingkatan 2 hingga 5 sebanyak tujuh unit.
Penambahan mesin Coway yang baharu di asrama aras bawah sebanyak empat unit,
aras 1 sebanyak dua unit, aras 2 sebanyak empat unit dan aras atas sebanyak dua
unit. Beliau memaklumkan jika masih tidak mencukupi pihak PIBG akan membuat
penambahan.

Datin Maszuriyati Aziz (anak: Siti Jaezah Huda bt Dato’ Jailani - 3T) menyokong usul
yang dibentang. Walau bagaimanapun, beliau memohon agar dikekalkanbayaran
sebanyak RM20.00 dan akan menyumbang sebanyak RM20,000.00 serta
mewakafkan sebuah mesin penapis air dengan membuat pembayaran secara
bulanan.

YDP PIBG Tuan Hasnal bin Hashim memaklumkan tekanan air rendah bukan punca
penyebab tidak dapat dipasang mesin penapis air di aras atas tetapi punca yang
sebenarnya ialah masalah kewangan. Usul 2 ditolak oleh ahli-ahli AJK dan YDP PIBG
Tuan Hasnal bin Hashim mengucapkan terima kasih kepada Datin Maszuriyati Aziz di
atas sumbangan yang diberikan.

8.1.3 YDP PIBG Tuan Hasnal bin Hashim meminta Puan Nasriah Abdul Rahman
selaku AJK PIBG (anak: Laila Khadijah binti Hafizudin - 3P) membentangkan usul 3
berkenaan pelaksanaan Program Puteri Kasih untuk membantu dan menjaga
kebajikan murid-murid keluarga B40 dan yang memerlukan.

27

Usul ini adalah kesinambungan dan tambahan kepada program PUTERI Caring
Hearts dalam usaha memperluaskan skop yang sedia ada. PUTERI Caring Hearts
ialah inisiatif dari ALUMNI sejak tahun 2012 dan cara pemilihan yang telah ditetapkan
(Rujuk lampiran 2).

Puan Nasriah Abdul Rahman memaklumkan usul ini tidak melibatkan kenaikan
sumbangan kerana ada VOT B4O. YDP PIBG Tuan Hasnal bin Hashim
memaklumkan sumbangan ini akan dimasukkan ke dalam akaun dana wakaf VOT
B40. Pada tahun ini pihak PIBG mendapat ‘duit terpijak’ sebanyak RM40,000.00 yang
telah berjaya dikembalikan dan dimohon daripada tabung wang yang tidak dituntut
Kerajaan Malaysia. Akaun ini merupakan akaun Talian Kasih yang telah diwujudkan
pada tahun 2010 oleh YDP Dato’ Abdul Malek bin Abdul Hamid. YDP PIBG Tuan
Hasnal bin Hashim mendapat makluman dan panggilan daripada penandatangan
akaun ini iaitu Puan Siti Mariam binti Shamsudin yang sekarang dilantik sebagai
pengetua Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SEMESTA) yang menyatakan
terdapat satu akaun yang telah ditutup dan duit tersebut telah dimasukkan ke dalam
tabung wang yang tidak dituntut. Setelah dilakukan pemeriksaan, didapati jumlah
tersebut betul dan duit tersebut telah dimasukkan kembali ke dalam tabung dana
wakaf VOT B40.

Di dalam tabung PIBG yang telah dibentangkan oleh Puan Rohaniza binti Yahya
selaku Bendahari Kehormat, terdapat satu lagi VOT B40 iaitu VOT B40 Kokurikulum.
Tujuan utamanya ialah untuk memberi peluang murid B40 yang ingin melibatkan diri
dalam program pengantarabangsaan berdasarkan kebolehan. Contohnya seperti
SPWinds ke Australia, Netherlands dan New York.

Encik Mohd Nasrudin bin Giman (anak: Zahra Batrisyia binti Mohd Nasrudin –1E)
mencadangkan usul 3 diterima. Puan Hawariah binti Mohd Ariffin (anak: Auni Delisha
binti Kamalizaman - 1P) menyokong.

28

8.1.4 YDP PIBG, Tuan Hasnal bin Hashim meminta AJK PIBG, Dato’ Wan Jamaludin
bin Wan Abdul Malik membentangkan usul 4 yang berkaitan Pusat Sumber Tuanku
Nur Zahirah dinaik taraf sejajar dengan prasarana Abad ke-21 dan dilengkapi dengan
kemudahan seperti internet tanpa had serta dihubungkan dengan kafe dan makmal
bahasa.

Suatu jawatankuasa akan dibentuk bertujuan untuk mendapatkan konsep dan dan
yang disasarkan berjumlah RM200 ribu. Jawatankuasa akan membuat pemilihan
kontraktor yang sesuai dan melaksanakannya sehingga berjaya. Sekiranya tempoh
pembinaan atau pengubahsuaian sewaktu lantikan AJK PIBG 2021/2222 tidak
sempat disiapkan, maka pelaksanaannya diteruskan sehingga lantikan AJK PIBG
2022/2023. Dato’ Wan Jamaludin bin Wan Abdul Malik mohon dibahas, disokong
ataupun diluluskan.

Encik Mohd Hamka Ibrahim (anak: Nur Iman Saffiyah - 5P) menyuarakan persoalan
ketidakpastian berkenan usul 4 ini telah diusul sebelum, semasa atau selepas
pandemik. YDP PIBG, Tuan Hasnal bin Hashim memaklumkan penggunaan duit PIBG
sebelum ini untuk Pusat Sumber Sekolah adalah untuk penyelenggaraan pendingin
hawa. YDP memaklumkan yang dicadangkan oleh Dato’ Wan Jamaludin bin Wan
Abdul Malik ialah untuk menaik taraf. YDP memaklumkan usul ini penting khasnya
kepada murid dalam meningkatkan pengetahuan am mereka dengan menyediakan
televisyen dan capaian internet di kafe, pusat sumber, makmal bahasa dan laman
pusat sumber. YDP berharap agar murid dapat menjadikannya sebagai amalan
budaya membaca dengan melayari internet secara berdisiplin dan berhemah. Encik
Mohd Hamka Ibrahim (anak: Nur Iman Saffiyah - 5P) bersetuju dengan usul ini dan
berharap juga mengikut norma baharu.

Dato’ Wan Jamaludin bin Wan Abdul Malik mengharapkan dengan menaik taraf pusat
sumber ini dapat memberi keselesaan dan tempat yang kondusif untuk murid
membuat rujukan dan perbincangan. Oleh sebab itu, PIBG mengambil keperluan
tersebut untuk menaik taraf.

29

Puan Nor Aniza Awang (anak: Myra Amani Amran – 5U) menyokong usul 4 yang
dibentang oleh Dato’ Wan Jamaludin bin Wan Abdul Malik. Beliau mengharapkan
penggunaan kemudahan tersebut diwujudkan jadual penggiliran bagi memberi
peluang semua murid dapat menggunakannya.

YDP memaklumkan beliau telah melawat pusat sumber yang dibina dalam kompleks
perniagaan di Cambridge, United Kingdom sebagai penanda aras dengan
menggunakan kos sendiri. YDP juga telah membawa guru-guru SSP ke pusat sumber
di fakulti veterinar untuk melihat bagaimana pusat sumber tersebut dikendalikan. YDP
mengharapkan pusat sumber sekolah perlu berada di tahap yang perlu
dipertingkatkan seiring dengan kecemerlangan akademik.

Puan Rasifah binti Ibrahim (anak: Nur Heliza Naifah binti Mohd Mahadi - 2I)
mengingatkan supaya kertas cadangan anggaran kos naik taraf dibuat dan perlu ada
sasaran. YDP memaklumkan Dato’ Wan Jamaludin bin Wan Abdul Malik telah
membentuk AJK bersama pihak pengurusan sekolah dan ibu bapa. YDP
mengharapkan ibu bapa yang berkemahiran seperti pereka bentuk dalaman (interior
design), arkitek, juruteknik, juruelektrik(electrician), pakar IT tampil ke hadapan
membantu pelaksanaan usul 4 ini.

Puan Rasifah binti Ibrahim (anak: Nur Heliza Naifah binti Mohd Mahadi – 2I) turut
bersetuju pelaksanaan usul 4. Beliau turut mengingatkan bahawa kewangan perlu
diperuntukkan terlebih dahulu. Selain itu, sebelum pengesahan (endorsement) dibuat
perlu memastikan bahawa pembiayaan secukupnya berdasarkan anggaran tersebut
perlu didapatkan terlebih dahulu. Beliau turut memaklumkan juga persatuan ini di luar
daripada mematuhi tatacara perolehan kerajaan tetapi sekolah ini di bawah seliaan
Jabatan Pendidikan Negeri dan perlu menitikberatkan hal-hal pengurusan kewangan.

Puan Faizah Abu Bakar (anak: Zahirah Muzamir - 4T & Sakinah Muzamir - 2T)
menyokong usul 4. Beliau memohon menambah ‘Access Point’ untuk capaian internet
di dalam blok akademik (kelas) dalam kertas cadangan usul 4 ini kerana kadangkala
wujud masalah capaian. YDP memaklumkan ‘Access Point’ telah dipasang di blok
tingkatan 1 hingga tingkatan 5, tambahan Apple TV dan projektor ataupun skrin yang
rosak dengan merujuk laporan kewangan. Laporan kewangan 2021 juga telah dibuat
dan akan dibentangkan oleh YDP yang baharu dalam AGM yang ke-45 untuk tahun
kewangan 2021.

30

YDP memaklumkan usul ini diterima dan tiada bantahan. Dato’ Wan Jamaludin bin
Wan Abdul Malik memohon ibu bapa yang mempunyai kemahiran dan kebolehan
serta ingin menurut serta dalam projek ini menghubungi beliau supaya boleh
dimasukkan di dalam jawatankuasa agar dapat dilaksanakan projek ini dengan
jayanya.

8.2 Pengetua memaklumkan usul dan cadangan telah dijawab. Ibu bapa boleh
merujuk buku program pada muka surat 85 - 92. Pengetua membuat rumusan tentang
usul dan cadangan yang ramai diutarakan oleh ibu bapa iaitu tentang Hal Ehwal Murid.

Cadangan 1: Separuh daripada ibu bapa mencadangkan tentang penggunaan telefon
bimbit seperti di sekolah SBP yang lain dan kebenaran penggunaan peranti ke asrama
pada hari minggu untuk membolehkan “facetime call” dengan ibu bapa.
Ulasan: Murid tiada keperluan untuk murid membawa telefon bimbit memandangkan
Sekolah Seri Puteri merupakan sekolah “School Global Excellence” (SGE) dan
merupakan sekolah “Apple Distinguished School” (ADS) di mana seratus peratus
murid memiliki iPad. Murid boleh menggunakan iPad untuk berhubung dengan ibu
bapa dan membuat “video call”. Murid boleh menggunakan iPad selepas PdP, semasa
rehat makan tengahari dan selepas “prep” petang sehingga masa untuk mengurus diri
sebelum makan malam (Isnin-Jumaat) semasa hari Sabtu murid boleh menggunakan
iPad selepas “prep” pagi selepas pukul 11.00 pagi sehingga masa untuk mengurus
diri sebelum makan malam dan pada hari Ahad murid boleh menggunakan iPad
selepas “General Inspection” (GI) iaitu selepas 10.00 pagi hingga masa untuk
mengurus diri sebelum makan malam. Penggunaan iPad tidak dibenarkan di asrama
kerana agak sukar untuk memantau penggunaan oleh 857 orang murid. Kemungkinan
penyalahgunaan iPad akan berlaku seperti melayari web dan mengambil gambar
yang tidak sepatutnya. Penyalahgunaan iPad seperti ini telah berlaku sebelumnya.
Sekolah SBP yang lain membenarkan murid membawa telefon bimbit kerana mereka
tidak memiliki iPad seratus peratus seperti di sekolah ini dan mempunyai peraturan
yang telah ditetapkan dan kebenaran penggunaan telefon bimbit pada waktu tertentu
dan disimpan oleh warden asrama. Penggunaan telefon bimbit juga tidak dibenarkan
atas faktor keselamatan, kehilangan telefon bimbit kerana tersalah letak atau
kecurian.

31

8.3 Puan Rasifah binti Ibrahim (anak: Nur Heliza Naifah binti Mohd Mahadi – 2I)

Cadangan 2 : Isu dobi iaitu menyediakan sebuah mesin basuh di setiap dorm,
menambahkan lebih banyak mesin dobi, dobi yang beroperasi tidak dapat memenuhi
keperluan murid yang ramai, mencadangkan agar kontrak untuk dobi
dipertimbangkan semula, menjadual dan menguatkuasa peraturan dan penggiliran
penggunaan dobi mengikut tingkatan masing-masing, masalah mesin basuh
(selflaundry) yang tidak mencukupi untuk menampung semua murid, pertambahan
pekerja dobi dan ibu bapa dan penjaga yang tinggal berhampiran dibenarkan
mengambil baju kotor anak setiap Rabu dan Sabtu. Kupon dobi yang dibeli dalam
pembayaran yuran koperasi pada tahun lepas digunakan pakai untuk tahun
seterusnya. Jika murid tidak mahu menggunakan perkhidmatan dobi apakah
penyelesaian lain untuk gantikan kupon dalam bentuk “monetary”. Bayaran kupon
dobi diasingkan dan tidak perlu dimasukkan dalam pembayaran yuran koperasi.

Ulasan: Menyediakan sebuah mesin basuh di setiap dorm perlu dibincangkan dengan
teliti kerana melibatkan pendawaian dan tekanan air. Menambahkan lebih banyak
mesin dobi melibat penambahan kos. Mengenai isu kontrak dobi, kontrak dobi belum
luput. Walau bagaimanapun pihak sekolah akan berbincang dan memantau tentang
isu-isu yang diutarakan oleh ibu bapa dengan pihak pengurusan dobi memastikan
perkhidmatan yang dihasilkan adalah terbaik. Cadangan penggiliran yan
dikemukakan oleh ibu bapa, pengurusan asrama telah menyediakan jadual
penggiliran mengikut tingkatan yang telah dimaklumkan dalam ucapan pengetua
sebelumnya. Jika terdapat masalah setelah penjadualan penggiliran dilaksanakan
terutamanya bagi murid Tingkatan 1 pihak pengurusan akan meneliti semula tentang
masalah ini. Isu pertambahan pekerja dobi akan dibincangkan dengan pihak
pengurusan kerana ia melibatkan kewangan dan ia bukan bidang kuasa pihak sekolah
untuk menambahkan bilangan pekerja. Isu ibu bapa dan penjaga yang tinggal
berhampiran dibenarkan mengambil baju kotor anak setiap Rabu dan Sabtu tidak
dibenarkan kerana terikat dengan SOP untuk mengelakkan penularan COVID -19 dan
longgokan bakul baju kotor di pondok pengawal. Anak-anak SBP perlu berdikari dan
bijak mengurus diri dan masa.

32

Puan Zuriani Mohd Zain juga memaklumkan tentang satu program orientasi dalam
kumpulan kecil bagi murid tingkatan 1 mengenai penerangan dan tunjuk cara tentang
penggunaan dobi yang dikendalikan oleh biro asrama dan PRS. Beliau menyatakan
kupon dobi itu tidak “refundable” dan perlu digunakan tahun semasa. Pada awal tahun
lepas pihak pengurusan telah menyediakan jadual penggiliran untuk penggunaan dobi
mengikut tingkatan, murid perlu bijak menguruskan masa menggunakan dobi dengan
menggunakan kupon tersebut. Terdapat banyak kupon dobi dijumpai merata-rata
tempat di asrama. Kerjasama ibu bapa perlu dalam menangani permasalahan. Isu jika
murid tidak mahu menggunakan perkhidmatan dobi apakah penyelesaian lain untuk
gantikan kupon dalam bentuk “monetary” dan bayaran kupon dobi perlu diasingkan
dari yuran koperasi akan dibincangkan oleh pihak pengurusan nanti.

8.4 Puan Zarinawati binti Mohd Saad (anak: Dania Insyirah binti Imran Fahmi –2R)

Cadangan 3: Dialog prestasi untuk PBD dan ujian yang telah dijalankan tidak diadakan
seperti sekolah SBP lain pada tahun ini. Mohon pihak sekolah berkongsi keputusan
dan maklum balas pelajaran anak-anak.

Ulasan: Puan Halimatus Sa’adiah bt Sheik Ismail memaklumkan Hari Bicara
Akademik akan diadakan selepas Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan
Akhir Tahun. Pihak pengurusan akan berbincang dan memaklumkan dari semasa ke
semasa dan keputusan Peperiksaan e-Pentaksiran yang telah dijalankan akan
dikongsi kepada ibu bapa.

33

8.5 Puan Zarinawati binti Mohd Saad (anak: Dania Insyirah binti Imran Fahmi –2R)

Cadangan 4: Beliau bersetuju usul Dr. Nor’ain Mohd Rawi mengenai isu
mempertimbangkan dan mengkaji semula peraturan pemakaian kasut sepanjang hari.
Masalah kesihatan kaki berkaitan pemakaian kasut dalam tempoh yang lama
menyebabkan wujud penyakit di kaki seperti cagu (ingrown toenail), bunion dan hallux
valgus (ibu jari kaki senget ke luar). Beliau mengharapkan pihak sekolah dapat
memberi kelonggaran pemakaian kasut hitam bertumit pada waktu sekolah dan
membenarkan memakai kasut yang bertali pada waktu prep.

Ulasan : Pengetua telah memaklumkan perbincangan telah dibuat bersama Dr.
Nor’ain Mohd Rawi semasa mesyuarat AJK PIBG pada 3 November 2021. Dalam
perbincangan tersebut, pihak sekolah akan mempertimbangkan semula dan akan
membawa isu tersebut di dalam mesyuarat pengurusan sekolah. Pengetua memohon
kerjasama ibu bapa agar dapat membelikan anak-anak kasut yang sesuai dengan
saiz kaki anak-anak.

8.6 Puan Nanny Sunarti Poilin (anak: Mia Qistina bt Zulkifly – 3R)

Cadangan 5: Puan Nanny Sunarti memohon pihak pentadbir dimasukkan di dalam
kumpulan telegram ibu bapa (KSIB & SAFE) agar memudahkan mereka mendapat
maklumat yang tepat berkaitan pengurusan sekolah.

Ulasan: Pengetua akan membawa cadangan ini di dalam mesyuarat pengurusan
sekolah. Beliau memaklumkan medium utama saluran maklumat ialah PIBG
sekiranya ada permasalahan dari ibu bapa, pihak AJK PIBG akan menyampaikan
kepada pentadbir dan pihak pentadbiran akan membincangkannya di dalam
mesyuarat pengurusan sekolah. Walau bagaimanapun, pengetua akan melihat dari
aspek keperluan tersebut dari semasa ke semasa.Puan Halimatus Sa’adiah bt Sheik
Ismail selaku penolong kanan pentadbiran sekolah memaklumkan di dalam ruangan
‘chat’ Zoom bahawa semua makluman rasmi akan disampaikan di dalam telegram
dan laman web rasmi Sekolah Seri Puteri.

34

9.0 Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2020/2021

9.1 Sebelum jawatankuasa PIBG Sesi 2020/2021 dibubarkan, YDP menasihatkan
bahawa kejayaan dalam membentuk generasi kini bukan sahaja bergantung kepada
barisan pendidik semata-mata. Namun memerlukan gandingan bersama dengan
barisan ibu bapa melalui PIBG. Kejayaan murid-murid Sekolah Seri Puteri sama ada
dalam akademik atau kokurikulum merupakan matlamat utama semua pihak. Oleh itu,
kepercayaan sikap toleransi serta kesepakatan antara ibu bapa dan guru merupakan
kunci kejayaan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua barisan AJK PIBG
daripada sesi 2017 sehingga 2020 dan memohon maaf atas segala kekhilafan yang
berlaku sepanjang lima tahun menerajui PIBG Sekolah Seri Puteri.

9.2 Tuan Hasnal bin Hashim selaku YDP PIBG Sesi 2020/2021 dengan rasminya
membubarkan jawatankuasa PIBG sesi 2020/2021.

10.0 Pemilihan Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2022

10.1 Encik Ahmad Ridzuan b. Abd Rahman selaku pengacara majlis meneruskan
agenda dengan pelantikan AJK baharu.

10.2 Pelantikan AJK dalam kalangan guru telah dibuat oleh pihak sekolah. Seterusnya
pemilihan jawatankuasa PIBG dalam kalangan ibu bapa bagi sesi 2021/2022 dibuka
untuk pencalonan.

10.3 Proses pelantikan AJK bermula mengikut proses di bawah:

i. Proses pencalonan AJK baharu telah dijalankan secara dalam talian
dan senarai nama calon akan dipaparkan dalam Zoom.

ii. Proses pengundian akan dilaksanakan secara ‘Poll’. Setiap jawatan
yang dipertandingkan hanya satu undian sahaja dibenarkan dan masa
yang diperuntukkan untuk proses pengundian adalah selama lima minit.

35

i. Ahli jawatankuasa PIBG bagi sesi 2021/2022 ialah:

Yang Dipertua : Dato’ Wan Jamaludin bin Wan Abdul Malik
Naib Yang Dipertua : Puan Nasriah Abdul Rahman
Setiausaha : Puan Azliza binti Musa
Penolong Setiausaha : Puan Syarifah Aleeya binti Syed Mohd
Bendahari : Puan Hamiliya binti Mustafa
Penolong Bendahari 1 : Puan Hairy Shazlyna Khairudin
Penolong Bendahari 2 : Puan Rasifah binti Ibrahim

Ahli Jawatankuasa Ibu Bapa
Tingkatan 1 : Dr Umi Kalsom Md Ariffin
Tingkatan 2 : Profesor Madya Dr Adelina binti Asmawi
Tingkatan 3 : Datin Dr Hasliza Abu Hassan
Tingkatan 4 : Puan Enny Nooranita binti Tamahid
Tingkatan 5 : Puan Aimy Bazura Mohamed

Ahli Jawatankuasa Guru
1. Puan Asmiza Minoh
2. Encik Mu’az bin Omar
3. Puan Shahriyah binti Abdul Rashid
4. Puan Azura binti Yusof
5. Encik Syed Abu Bakar bin Tuan Dalam
6. Puan Munibah binti Alwi

Juruaudit 1 (Dalam) : Puan Rohaniza binti Yahya
Juruaudit 2 (Luar) : Puan Ezwani binti Hussein

11.0 Ucapan Penangguhan oleh Pengerusi

Pengerusi mewakili AJK PIBG dan warga Sekolah Seri Puteri merakamkan ucapan
terima kasih kepada para hadirin yang hadir secara maya dan semua yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam mengendalikan Mesyuarat Agung PIBG
kali ke-44. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.52 petang.

36

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-45
SEKOLAH SERI PUTERI CYBERJAYA
DAFTAR KEHADIRAN GURU

BIL NAMA BIL NAMA

1. NORSHAM BINTI NOORDIN A.A.P 31. NOR FARHANA BINTI ABD RAHMAN

2. HALIMATUS SA’ADIAH BINTI SHEIK 32.
ISMAIL NOR JIHAH BT ABD AZIZ

3. ZURIANI BINTI MOHD ZAIN 33. NOR SAHIRA BINTI HUSSAIN
4.
34. NORAZEAN FARINA BT DAWAM @
ROSMALIZA BINTI BAHAROM ZULKIFLEE

5. ADZUHAIDAH BINTI M. TAHA 35. NORAZMI BINTI MOHD. AZHARI

6. AHMAD RIDZUAN RAHMAN 36. NORHAZWANI BINTI JAAFAR

7. AIDA BINTI ABD. JALAL 37. NORLIZAWATY BINTI BAHARIN
8. ASMIZA BINTI MINOH 38. NUR HAFIZAH BINTI ZAILAN
9. 39. NUR SHAHIRAH 'AFIEFA BINTI

AZANAH BINTI OLEH DZULKARNAIN
40. NURHAFIZAH BINTI KAMARUDDIN
10. AZLIZA BINTI MUSA 41. NURHAFIZAH BINTI ZAILAN
11. DAYANG MELATI BINTI ABDULLAH

12. HADIJAH BINTI ARIFIN 42. NURHIZAN BINTI AB HALIM

13. HAIRY SHAZLYNA BT KHAIRUDIN 43. NURUL NALIA BINTI NAWI
14. HAJAR BT SELAMAT 44. RAFIDURIANA BINTI AB RAHMAN

15. HAMILIYA BT MUSTAFA 45. RAIHANA BINTI ABU BAKAR
16. 46. RAJA NURUNNADIAH BINTI RAJA

HASNAH BINTI OTHMAN BAHARUDDIN

17. HASNIZA BINTI MARSIDI 47. RIDZUAN BIN HASAN
18. IRDA MARINI BINTI AB HANIM
48. ROHAIDA BT MOHD YUSOFF

19. LAU GUAK NGOH 49. ROHANIZA BINTI YAHYA
20. MALISSA BT MOHD KAMAL 50. ROSMAWATI BT SAMAN @ ALI
21. MOHD HANIFF BIN HARON 51. SHAHRIYAH BINTI ABDUL RASHID

22. MOHD HAZMAN BIN MOHAMED SALLEH 52. SHAZREEN BIN MOHD SHAH

23. MUKHTAR BIN ABDUL HAMID 53. SITI MAIMUNAH BINTI MOHD YUSOF
24.
54. SITI NUR SYAHIRAH BINTI
MUNIBAH ALWI MOHAMAD JALANI

25. NASFAIDAYU BINTI MOHD NASIR 55. SUHAIZA BT SUDIN

26. NIK RUKIS IRLIDA BINTI ANUAR 56. SUHAZRI BIN ZAINOL
27
57. SYARIFAH ALEEYA BINTI SYED
NOOR AZLINA BINTI SAAD MOHD

28 NOOR AZURINA BT KHALIB 58. WAN NORHANA BINTI NORDIN
29. NOOR SYIDA BINTI MD HASSAN 59. YUSLINDA BINTI YUNUS
30. NOR ELIYANI ISMAIL 60. ZAINURIAH BINTI ZAINUDIN

37

38

39

DAFTAR KEHADIRAN IBU BAPA
SEKOLAH SERI PUTERI CYBERJAYA

TINGKATAN 2

BIL NAMA BIL NAMA

1. HANITA BINTI HUSSIN 31. HARYATI BINTI RAMLI
2. KHAIRUZZAMAN OTHMAN
3. NORFAIZAH BT NAEMAT 32. NOR ASIKIN
4. SALWANIS BINTI ABD HADI
5. HANIRA HANAFI 33. NORASIKEN BINTI SAFARENG
6. AZIZUL HAKIM BIN MOHD YUSOFF
7. NOOR DINA SAFIEI 34. NATRAH BINTI MD YASIN
8. MUZLIANI ABDUL RAMAN
9. NOR SHUHIDA MAT NOOR 35. NAZIRAH BINTI HARUN
10. HAMDAN CHE ISMAIL
11. EDAROSE 36. NORIZAN BINTI YAHYA
12. FADILA ZAHANI BT ZAINAL ABIDIN
13. NORAZAM BIN MOHD NOOR 37. MOHD RIZAL BIN ARSHAD
14. NORHAYAZI BINTI ZAKARIYA
15. SUHAZLY BIN ISMAIL 38. SITI MARIAM BINTI SAMAT
16. FEROZE BIN ABD KARIM
17. KHAIRUL ASMAWI BIN IBRAHIM 39. NURAZNIRA NAZREEN BINTI MOHD AZMI
18. HALILAH BINTI IBRAHIM
19. NOREENA BINTI ISHAK 40. MOHD RIZAL BIN ARSHAD
20. NUR AZLIN MOHAMAD AWAL
21. WAN NURFAZEELA BT WAN ABD 41. SURIANI SAMSUDIN

RASHID 42. SALSABILA AHMAD

22. NAZIM KHAN AHMAD KHAN 43. MARLINI BT MANSOR
23. ADELINA ASMAWI
24. SITI NOR HAFSAH BINTI ARSIB 44. NORAFFENDEE B. ZULKIFLEE
25. SALINA BINTI MAIN
26. MOHD FUAD BIN AHMAD 45. NAZRAH BINTI YAHAYA
27 HAMKA BIN ISTAMAR
28 MD ABDULHADI BIN MOHAMMED 46. FARIDAH YAHYA

SOPAFI 47. SHA HARUDIN LABULLA

29. SUZAINI YAHYA 48. SITTI AZMA BINTI JAMALUDIN
30. ZANARIAH BINTI MOHAMED RANI
49. NURUN NAJWA BINTI KHALID

50. SITI SUZANA BINTI MOHD MOKHTAR

51.

ZAINORTUL AKMAR

52. AZIHAN MAMAT

53. MUKHRIZ BIN MUKHTAR

54. NOORIZAH BINTI RASOL

55. MUHAMMAD KHAIRIE BIN KEMAT

56. ROSYDI BIN MUIN

57. SITI ZAIDA BINTI MAHMOD

58.

SARAHAH KEDAH

59. AHMAD ZABIDI BIN SAID

60. ROSYDI BIN MUIN 40

BIL NAMA BIL NAMA
61. SITI ZAIDA BINTI MAHMOD 85. AHMAD ARIFYANTO BIN YUNUS@AZIZ
62. SARAHAH KEDAH 86. NORFAZRINA MOHAMAD
63. AHMAD ZABIDI BIN SAID 87. HASNAH BINTI GHAZALI
64. HASNAH BINTI GHAZALI 88. SITI FATIMAH ABDUL RAZAK
65. MAISARAH BINTI MOHAMED TAIB 89. MOHD KHUDAIRE MOHD YUSOF
66. JAMARIAH BINTI ABU BAKAR 90. NORFAZRINA MOHAMAD
67. 91. RAHMAH BINTI ABDULLAH

NORAINI BINTI HUSSIN 92. SITI FATIMAH ABDUL RAZAK
93. MOHD KHUDAIRE MOHD YUSOF
68. ZARINAWATI MOHD SAAD 94. MOHAD MAHADI BIN YUSOF
69. HOSLAN BIN HUSSAIN 95. SHAFINAH UMAMAH BINTI ABDUL
70. IMRAN FAHMI BIN MOHD YUSOFF
71. MUTALIB

WARDATUL HAYAT BT AMIR 96. SUZANA BINTI AHMAD JAWADI
97. NORHAZILA IDRIS
72. NORWANI ABDUL WAHAB 98. AZERA BINTI ABDUL HALIM
73. KHAIFARAH BINTI ABDUL MAHIT 99. RASIFAH BINTI IBRAHIM
74. NURUL ASHIKIN ABDUL SHUKOR 100. WAN NAJEMI BINTI JAAFAR
75. MUHAMAD FAIZAL BIN MUSTAKIM 101. NOOR AZLINA BINTI CHE JIAN
76. MASLIZA BINTI MOHAMAD 102. ABDUL WAHID AKMAL BIN OMAR
77. TENGKU HASMALIA TENGKU ALI 103. JULIANA BINTI MOHD THANI
78. AHMAD RIZAL GHAZALI 104. NANI SUHAILA ISMAIL
79. ZULKARNAIN AHMAD 105. NORHASLINDA BINTI AHMAD
80. SUZITA SULAIMAN 106. SUZILAWATI MOHD YUSOFF
81. NORHAZA ABDUL RAHIM 107. MUHAMAD ALI BIN ADON
82. RIZALMAN RAZALLI 108. MOHD AZIM BIN HAMZAH
83. ATIZA BINTI IBRAHIM
84. ROZIANAWATI BT MUHAMAD ROBAT

41

DAFTAR KEHADIRAN IBU BAPA
SEKOLAH SERI PUTERI CYBERJAYA

TINGKATAN 3

BIL NAMA BIL NAMA

1. ROSABARIAH BINTI SHAMSUDIN 31. MUHAMAD AFFENDY JAMALUDIN

2. MARDINA MOHAMAD NOOR 32. SHAHROM IRWANI BIN MOHD SANI

3. NASRIAH ABDUL RAHMAN 33. ZULKIFLEE IDRUS

4. AZEAN BINTI NORDIN 34. FAIZUL BIN ILIAS

5. MUNIRAH BINTI MOHD YUSOFF 35. MOHD FAZILAH BIN MOHAMAD NOOR

6. MUHAMAD ASMI B ROMLI 36. FAIZUL BIN ILIAS

7. SHAFARAZ BT ZAINUDDIN 37. MOHD FAZILAH BIN MOHAMAD NOOR

8. NURMIZA BINTI AHMED ZULKIFLI 38. SURIANI BINTI BABA

9. INTAN DE FARAHIEZEA BINTI SAMSUDIN 39. NOORZIEANA BINTI MOHD NOOR

10. JASLEENIZAM BIN ROSLI 40. NANNY SUNARTI POILIN

11. ASHMADI OTHMAN 41. WAN ROBIAH BT MEOR ZAILI

12. ZUZANNAH ABDUL MAJID 42. MAZYAH BINTI AHMAD DOOA

13. MAILISA ISMAIL 43. MOHD ZAHID

14. BAHIYAH BINTI BAHARUDIN 44. MOHD SUHAIRI BIN AHMAD SOOBNI

15. ZUHAIRY BIN IBRAHIM 45. CHE ABDUL TALIB BIN CHE ABDULLAH

16. WAN HASLEEN 46. PAUZIAH BINTI WAHAB

17. RAZALI BIN MAT SARIF 47. CHE ABDUL TALIB BIN CHE ABDULLAH

18. AFHANIZAM BIN ABU BAKAR 48. PAUZIAH BINTI WAHAB

19. NAZZATUL AIN EMRAN 49. ASNA BTE AHMDOON

20. ABDUL SHUKOR BIN ABDUL RAHMAN 50. MUDZAFFAR BIN ABDUL MAJID

21. ROHANA BINTI AHMAD 51. NORHANIZA ZAKARIA

22. RUZAIDAH AHMAD 52. ZURALIZA BINTI MOHAMAD HARON

23. DATIN MASZURIYATI AZIZ 53. SALHUDDIN BIN JAAFAR

24. NAZLIN BINTI TAMAT @ A.RAHMAN 54. AISHAH BINTI NASIR @ AMRAN

25. NAZIRAH BINTI CHE ISMAIL 55. FAZILA BINTI ABD GHAFER

26. SHAHIDA SAHLAN 56. ZULHAMRI ZAINAL ABIDIN

27 DATIN DR MALINDA BINTI ABD MAJID 57. AFIFAH BINTI RAMLI

28 ANIS HAFIZA ISHAK 58. ELLIESA OMAR

29. NORAZIAH AZIZ 59. NORHASLI BIN NOR ZAMAN

30. KHAIRUL RIDZUAN ABDULLAH 60.

42

DAFTAR KEHADIRAN IBU BAPA
SEKOLAH SERI PUTERI CYBERJAYA

TINGKATAN 4

BIL NAMA BIL NAMA
1. SYAHIDATUL RIZAN BINTI ABDUL 32.

RASHID EDDIE NIDZAM BIN ABDUL MUBIN
33. NORA AZIAH BASERON
2. JUNAIDI BIN ISMAIL 34. FAIZAH ABU BAKAR
3. ENGKU ZAHARAH ENGKU ZAWAWI 35. SUHAIZA BINTI SHARUDIN
4. ROSLIZA BINTI MOHAMED NOR 36. NORDIANA BINTI AHMAD
5. SALWANI SALLEH 37. NORWATI SARIP
6. SHAZALI WOSNIN 38. NORWATI SARIP
7. SALWA BINTI ABDUL MANAF 39. DR NOR'AIN MOHD RAWI
8. NURAKMAR ABDUL RASHID 40. NORSHAIDI BIN SALIM
9. WAN LAILY BT WAN NOR 41. NOOR FARAENA BINTI BAHARUM
10. MIMI AZILAH ABDUL JALIL 42. NOOR ZANA BT MAMAT
11. HAIZA HANI BT AMIDON @HAMIDON 43. ZUWAIRI BIN AHARIFF
12. MIMI AZILAH ABDUL JALIL 44. SURAIYA BT SAIN
13. HAIZA HANI BT AMIDON @HAMIDON 45. MOHD FAUZEE BIN ABD MAJID
14. JAMILAH SALIKIN 46. NOR DALILATI BT MOHAMED
15. AIDA BAIZURA BINTI ABDUL RAHMAN 47. NORHASLIZA MOHD MOKHTAR
16. EZWANI HUSSEIN 48. NAJWA BT MISDAN
17. MAZLINDA BINTI ISMAIL MONIR 49. HUSNY BIN MUHAMMAD
18. SUE AIDA SHAHARUDIN 50. NAZRI BIN MOHAMED
19. NAPISAH YUSOF 51. AHMAD ZAINAL AKMAR B YUSUF
20. AIDAH BINTI OTHMAN 52. ANASAFINAS BINTI AHMAD
21. AIZAN BINTI MOHD ARIF 53. MIHD ASHADER BIN MOHD SUKRI
22. ROHAIZA GHAZALI 54. MOHD BADLI BIN MAHMUD
23. MOHD FUAD BIN ROMELI 55. MOHD BADLI BIN MAHMUD
24. NORHAZANA TUL-ILMIAH NAWAI 56. CHE ZANARIAH CHE DIR
25. HAMIZAN BIN MOHD NOR 57. AIZAN BINTI MOHD ARIF
26. ZURAIDA BINTI ISMAIL 58. AZALINA MOHD YUNOS
27 DATO SHAFIEN BIN MAMAT 59.
28 TENGKU SRI SURIYANOR TENGKU
ROSLIZA BINTI MOHD ROSLI
YAHAYA 60. NOOR AZMAN BIN DAHLAN
61. BIBI SHARIZA HANI AKBAR SHAH
29. NORSAM BINTI ABDUL MALIK 62. NURUL AFZAN BINTI GHAZALI
30. SITI NOOR MAZWIN BINTI MOHD SAID
31. HAIDHAR MUNZER BIN KHALID

43

DAFTAR KEHADIRAN IBU BAPA
SEKOLAH SERI PUTERI CYBERJAYA

TINGKATAN 5

BIL NAMA BIL NAMA
1. RAMLEE AB GHANI 31. AZMAN ALI
2. SITI SALASIAH BT WAN 32. ZAMRUL ROSLI BIN ZAMRI
3. FARAH SAMSUDIN 33. ZAISAHIRATON BINTI ZAINUDIN
4. MOHD ZUBIR BIN KHALID 34. FARA ZULIANA NOH
5. RABITAH ABDUL WAHAB 35. ZAKIAH AND GHAFAR
6. MOHD ZAMRI BIN YUSOFF 36. MOHD AZHAR BIN ABD WAHAB
7. SALAHUDDIN ADRI AHMAD 37. MOHD FADZLY
8. SUDRIMAN BIN HASSAN 38. NOR ANIZA AWANG
9. ROSMUNIRA BINTI ROFIE @ RAFIE 39. NOR AMINAH JABAR
10. RUZIANA MOHAMED 40. RITA MARLIN BINTI ABDUL RAHIM
11. MOHD HAMKA IBRAHIM 41. SITI HAIRINA BINTI MUHAIN
12. NORAZAH SALLEH 42. NOR HARLINA BINTI MOHAMED
13. ROHAYA BINTI YAAKOB 43. NOR AMINAH JABAR
14. AZLINA BINTI HARUN 44. RITA MARLIN BINTI ABDUL RAHIM
15. MAIZATUL AKMAR MUSA 45. SITI HAIRINA BINTI MUHAIN
16. MOHD NAZREE BIN ISMAIL 46. NOR HARLINA BINTI MOHAMED
17. MIMI IKHUANI BINTI MOKHTAR 47. SITI MAZLINA BINTI KASSIM
18. SHAHMIN OSMAN 48. HARYANI BINTI MOHD ALI
19. NOR ZAINI BINTI SULAIMAN 49. SURIYANI BASAR
20. OTHMAN BIN MAT YAMAN 50. JULIANA BINTI MOHAMAD YUNUS
21. AZLINA BINTI HARUN 51. FAZLIATUL IMA
22. MAIZATUL AKMAR MUSA 52. NORANITA TIHAH
23. MOHD NAZREE BIN ISMAIL 53. HASMAH BINTI SAMSURI
24. MIMI IKHUANI BINTI MOKHTAR 54. MAHADZIR MUSTAFA
25. SHAHMIN OSMAN 55. ZAIRODAH SAGAF
26. NOR ZAINI BINTI SULAIMAN 56. ZAIRODAH SAGAF
27 OTHMAN BIN MAT YAMAN 57. AHMAD FAIZAL BIN MOHAMED NOOR
28 RUZAINA AHMAD RADZALY 58. ROSLINDA MOHAMED
29. NORSHIREEN NAZLI BINTI ABDUL 59.

RAZAK YA RAHIM BIN MOHD RAWI
60. HAIRUL AZMAN
30. NEAZLIN

44

BIL NAMA BIL NAMA

61. HERNIYATI AIDA BINTI HUSSIN 85. ZURYATI BINTI SALLEH

62. RIZWANI MAAROF 86. ARNIWATI BINTI AMIR RASHID

63. AIMY BAZURA MOHAMED 87. WAN AMINIYAH WAN ABDUL MALIK

64. NORIZAH BINTI OMAR 88. ABDUL KARIM MOHD TAHIR

65. SITI NUR ZULAIKHA BINTI SAMSUDIN 89. MIZIANA SUHANA BT SABOO

66. IZANI HJ IBRAHIM 90. HASLIZAH MOHD KUSIN

67. TUAN ISMAIL B TUAN SOH 91. HASLIZAH MOHD KUSIN

68. ZUHAR ZAHIR BIN TUAN HARITH 92. ROHANI BINTI MUSTAFFA

69. BADRUL HISHAM 93. WAN MOHD KAMIL B WAN ABD GHANI

70. 94. PUTRI NORSHILA BT HJ MEGAT ABDUL

KHARIAH BINTI JAMALUDIN RAHMAN

71. TUAN ISMAIL BIN TUAN SOH 95. NUR ASILAH BINTI OSMAN

72. ROZLIN BINTI IBRAHIM 96. TENGKU NAZIRA TENGKU NAAIM

73. NORIZAN BINTI NORDIN 97. ZULEIKA BINTI ZAINAL ABIDIN

74. 98. SHARIFAH IVY NOR ADILABT SYED

TUAN ISMAIL BIN TUAN SOH AZMI

75. ROZLIN BINTI IBRAHIM 99. ROSIAH BINTI MOHD SAID

76. NORIZAN BINTI NORDIN 100. MASLINA KAMARUDIN

77. SHAFINAZ BINTI SABUDIN 101. SALINA SAHROM

78. NORSYALITA ABDUL RAHIM 102. NOOR ZIHAN BINTI MAT ZIN

79. MUHAMMAD FIRDAUS SUHOR 103. NIK NOR AINI NIK MOHAMED

80. NORAZURI YUSOFF 104. ROSIAH BINTI MOHD SAID

81. RUNHASIMAH BINTI MOHAMAD HARUN 105. MASLINA KAMARUDIN

82. MUHAMADIAH ISKANDAR BIN MOHAMED 106. SALINA SAHROM

83. NOR HANISAH BINTI MOHAMED 107. NOOR ZIHAN BINTI MAT ZIN

84. RAJMAN BIN MD RAWI 108. NIK NOR AINI NIK MOHAMED

45

LAPORAN TAHUNAN
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SEKOLAH SERI PUTERI, CYBERJAYA

1.0 MUKADIMAH

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mempunyai peranan yang sangat penting
dan signifikan dalam membantu pihak pengurusan sekolah dan guru-guru untuk
meningkatkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang iaitu kurikulum,
kokurikulum, bina insan, disiplin, keceriaan dan keselamatan sekolah. Fungsi
dan peranan ibu bapa juga diperkukuhkan lagi dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang dilancarkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Saranan Sekolah dan Sarana Ibu Bapa.
PIBG merupakan rakan strategik sekolah yang sangat penting dan mempunyai
peranan besar dalam pelbagai aspek, termasuk membantu pembangunan
sekolah secara menyeluruh dan wadah penghubung antara antara pihak sekolah
dan ibu bapa agar segala kecairan maklumat dan permasalahan yang wujud
dapat diperjelas dan ditangani secara berhemah.

2.0 JAWATANKUASA PIBG

Jawatankuasa PIBG yang dilantik dalam Mesyuarat Agung PIBG ke-44 pada 13
November 2021 bagi sesi 2021/2022 ialah seperti berikut :

Yang Dipertua : Dato’ Wan Jamaludin bin Wan Abdul Malik

Naib Yang Dipertua : Puan Nasriah binti Abd Rahman

Setiausaha : Puan Azliza binti Musa

46

Penolong Setiausaha : Puan Syarifah Aleeya binti Syed Mohd

Bendahari : Puan Hamiliya binti Mustafa

Penolong Bendahari 1 : Puan Hairy Shazlyna binti Khairudin

Penolong Bendahari 2 : Puan Rasifah binti Ibrahim

Ahli Jawatankuasa : Dr. Umi Kalsom binti Md Ariffin
(Ibu bapa) Profesor Madya Dr Adelina binti Asmawi
Datin Dr Hasliza binti Abu Hassan
Ahli Jawatankuasa Puan Enny Nooranita binti Tamahid
(Guru) Puan Aimy Bazura binti Mohamed

: Puan Asmiza binti Minoh
Encik Mu’az bin Omar
Puan Shahriyah binti Abdul Rashid
Puan Azura binti Yusof
Encik Syed Abu Bakar bin Tuan

Pemeriksa Kira-kira 1 : Puan Rohaniza binti Yahya

Pemeriksa Kira-kira 2 : Puan Ezwani binti Hussein

3.0 MESYUARAT JAWATANKUASA

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ke-43 telah berlangsung dengan jayanya pada
13 November 2021 disebalik pelbagai kekangan dan halangan yang terpaksa
dihadapi oleh AJK PIBG dan juga pihak sekolah. Pemilihan jawatankuasa sesi
2021/2022 telah terlaksana juga dalam mesyuarat berkenaan. Jawatankuasa
PIBG Sesi 2021/2022 telah berkesempatan mengadakan mesyuarat
jawatankuasa induk sebanyak dua kali selepas Mesyuarat Agung Tahunan yang
lepas. Tarikh mesyuarat jawatankuasa induk bagi sesi 2021/2022 yang diadakan
adalah seperti berikut:

47

BIL TARIKH HARI MASA CATATAN
1 15 Januari 2022
Sabtu 9:00 malam Google Meet (PKP)
2 23 April 2022
Sabtu 9:30 pagi Bilik PIBG, SSP

3.0 LAPORAN AKTIVITI

Dunia dikejutkan dengan penularan wabak COVID-19 yang bermula pada

penghujung tahun 2019 dan berterusan pada tahun 2020 sehingga mencapai

kemuncak pada 2021 dan awal tahun 2022. COVID-19 memaksa penutupan

sekolah dan peralihan kepada pembelajaran secara dalam talian. Sekolah Seri

Puteri juga turut terkesan dengan penularan wabak ini yang mana Kementerian

Kesihatan Malaysia (KKM) menamakan sebagai Kluster Persiaran Tasik.

Susulan dari pengesanan kes positif COVID-19 di Sekolah Seri Puteri, Pejabat

Kesihatan Daerah (PKD) Sepang telah melakukan saringan daripada 26

November 2021 sehingga 3 Disember 2021 ke atas 973 orang warga sekolah

dan mendapati keseluruhan kes positif COVID-19 dalam kluster ini seramai 143

orang iaitu 114 murid, 19 guru dan 10 kakitangan. Kesemua kes positif ini berada

dalam keadaan stabil. Kesemua murid yang positif COVID-19 dan seorang AKP

telah dimasukkan ke MAEPS untuk rawatan dan pemantauan lanjut. Sementara

itu, seramai 700 orang kontak rapat iaitu 603 murid, 59 orang guru dan 30 orang

AKP telah dikenal pasti. Kontak rapat dalam kalangan murid dimasukkan ke

pusat kuarantin iaitu di Institut Aminudin Baki (IAB) dan Institut Latihan Islam

Malaysia (ILIM), manakala kontak rapat dalam kalangan guru dan AKP

dikuarantin di rumah masing-masing. Sekolah telah diarahkan ditutup sementara

di bawah Sekyen 18 Akta Pencegahan dan Pengawalan Berjangkit 1988 (Akta

342) bagi tujuan pembersihan dan disinfeksi. Satu sesi taklimat dan penerangan

kepada PIBG telah diadakan. Pemantauan telah dijalankan bagi memastikan

kluster ini terkawal. AJK PIBG Sesi 2021/2022 yang baharu dilantik di bawah
kepimpinan Dato’ Wan Jamaludin memulakan tugas pertama yang amat

mencabar. Alhamdulillah barisan jawatankuasa PIBG bersedia dan

berkemampuan dalam melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam

menangani isu jangkitan COVID-19. Jawatankuasa PIBG telah melaksanakan

tugas tanpa mengenal penat lelah dengan sokongan padu daripada sukarelawan

yang terdiri daripada ibu bapa yang hadir memberi sokongan moral, masa,

tenaga dan wang ringgit bagi membantu murid-murid kontak rapat sepanjang

murid dikuarantin, sehinggalah mereka dibenarkan pulang ke pangkuan

keluarga masing-masing.

48

PIBG telah menubuhkan Tabung COVID-19 untuk membantu murid-murid, guru
dan kakitangan yang terkesan dengan COVID-19. PIBG berusaha mendapatkan
bantuan daripada pelbagai organisasi kerajaan dan swasta seperti Menteri
Besar Selangor (PEMERBADANAN), Puteri Alumni, PPIBKS Sepang, individu
perorangan (Adun Dengkil), Ketua UMNO Bahagian Sepang, NGO dan
organisasi korporat (Kelab Perantau, Badan Amal Kasih, Muslim Care dan
Gerbang Alaf) serta ibu bapa dalam bentuk wang ringgit, barang keperluan
seperti cadar, vitamin C, hand sanitizer, penutup muka, RTK test kit (Saliva),
peralatan oximeter dan termometer berdiri serta makanan dan minuman comfort
food kepada semua murid yang dikategorikan sebagai kontak rapat dan
menjalani kuarantin di stesen IAB dan ILIM sehingga 10 Disember 2021. PIBG
telah menerima sumbangan kewangan daripada Menteri Besar Selangor
(PEMERBADANAN) sebanyak RM 15,000, Puteri Alumni (RM 3,000), Badan
Amal Kasih (RM 3,000) dan PPIBKS Sepang (RM 1,000). Selain itu PIBG juga
menerima comfort food dari orang perseorangan seperti pizza, nasi ayam, McD
dan snack pack, KFC, nasi arab, roti, biskut dan air mineral untuk disumbangkan
kepada semua murid kontak rapat dan petugas di IAB dan ILIM.

PIBG membina khemah operasi di pusat kuarantin IAB dan ILIM bagi
pengagihan barang keperluan seperti vitamin C, oximeter, termomerter berdiri,
penutup muka, RTK test kit (Saliva), cadar dan makanan comfort food kepada
murid-murid dengan bantuan sukarelawan ibu bapa. PIBG dan ibu bapa tanpa
mengenal penat lelah membantu memastikan murid-murid mendapat semua
keperluan dan berada dalam keadaan selesa. Sukarelawan ibu bapa juga
membantu pengagihan buku, modul dan nota kepada murid tingkatan 5 yang di
kuarantin di IAB. Buku, nota dan modul untuk mengulangkaji pelajaran
diperlukan memandangkan mereka belum selesai menghadapi peperiksaan
percubaan SPM 2021 pada ketika itu. PIBG merakamkan jutaan terima kasih
kepada sukarelawan ibu bapa atas kerjasama melancarkan proses
penghantaran dan penerimaan barang-barang murid-murid di kedua-dua pusat
kuarantin IAB dan ILIM.

49

PIBG juga sangat prihatin dalam memastikan murid-murid positif COVID-19
yang ditempatkan di MAEPS berada dalam keadaan selesa dan emosi yang
stabil. PIBG berusaha mendapatkan khidmat dari Briged Sukarelawan, Pusat
Kebudayaan dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM dan dibantu oleh Bahagian
Psikologi Kaunseling, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dengan mengadakan
aktiviti-aktiviti secara online seperti asas dendangan syair, senam robik, The Art
Of Design (Good Art Inspire, Good Design Motivates) dan lain-lain. PIBG juga
berkongsi program Webinar Mental Health Issue and Psychological 1st Aid
mengenai isu-isu kesihatan mental dan cara menjaga kesihatan mental dengan
betul.

Pada bulan Disember 2021, Malaysia dikejutkan dengan bencana banjir di
sekitar Lembah Klang dan beberapa buah negeri di Malaysia. PIBG
menubuhkan Skuad Pasca Banjir dalam usaha membantu mangsa-mangsa
banjir dalam kalangan murid-murid Sekolah Seri Puteri terutamanya di sekitar
Lembah Klang. Skuad ini terdiri daripada sukarelawan ibu bapa yang bergerak
dalam beberapa pasukan membantu kerja-kerja pembersihan di kediaman yang
terjejas.

Pada akhir Disember 2021, usaha menaik taraf infrastruktur sekolah juga
diperkemas. Kerosakan-kerosakan kecil di asrama seperti manhole tersumbat,
pintu bilik mandi, pam tandas, kepala paip sinki tandas dan bilik air, baik pulih
sinki basuh baju dan tempat basuh tangan serta aksesori yang bocor dan
stopcock shower telah dibaik pulih. PIBG juga membiayai bayaran selenggara
boom gate. Mesin penapis air juga telah ditambah dan diselenggara untuk
kemudahan murid. Pemasangan lima unit penapis air Coway model Core CHP-
671L dengan kapasiti tangki panas 3.6L, sejuk 6.0L dan suhu bilik 11.5L di blok
asrama telah dilakukan dan sehingga kini jumlah keseluruhan mesin penapis air
yang telah disediakan adalah sebanyak 21 unit. Penapis air Coway juga telah
dipasang sebanyak tujuh unit di blok akademik, dua unit di musolla dan12 unit di
blok asrama (tiga unit di setiap aras). Semoga semua murid mendapat keperluan
air mencukupi dan dapat dimanfaatkan dengan baik. Diharapkan kemudahan
yang disediakan dapat digunakan dan dijaga dengan sebaik mungkin.

50


Click to View FlipBook Version