PIBG telah menubuhkan Tabung COVID-19 untuk membantu murid-murid, guru
dan kakitangan yang terkesan dengan COVID-19. PIBG berusaha mendapatkan
bantuan daripada pelbagai organisasi kerajaan dan swasta seperti Menteri
Besar Selangor (PEMERBADANAN), Puteri Alumni, PPIBKS Sepang, individu
perorangan (Adun Dengkil), Ketua UMNO Bahagian Sepang, NGO dan
organisasi korporat (Kelab Perantau, Badan Amal Kasih, Muslim Care dan
Gerbang Alaf) serta ibu bapa dalam bentuk wang ringgit, barang keperluan
seperti cadar, vitamin C, hand sanitizer, penutup muka, RTK test kit (Saliva),
peralatan oximeter dan termometer berdiri serta makanan dan minuman comfort
food kepada semua murid yang dikategorikan sebagai kontak rapat dan
menjalani kuarantin di stesen IAB dan ILIM sehingga 10 Disember 2021. PIBG
telah menerima sumbangan kewangan daripada Menteri Besar Selangor
(PEMERBADANAN) sebanyak RM 15,000, Puteri Alumni (RM 3,000), Badan
Amal Kasih (RM 3,000) dan PPIBKS Sepang (RM 1,000). Selain itu PIBG juga
menerima comfort food dari orang perseorangan seperti pizza, nasi ayam, McD
dan snack pack, KFC, nasi arab, roti, biskut dan air mineral untuk disumbangkan
kepada semua murid kontak rapat dan petugas di IAB dan ILIM.
PIBG membina khemah operasi di pusat kuarantin IAB dan ILIM bagi
pengagihan barang keperluan seperti vitamin C, oximeter, termomerter berdiri,
penutup muka, RTK test kit (Saliva), cadar dan makanan comfort food kepada
murid-murid dengan bantuan sukarelawan ibu bapa. PIBG dan ibu bapa tanpa
mengenal penat lelah membantu memastikan murid-murid mendapat semua
keperluan dan berada dalam keadaan selesa. Sukarelawan ibu bapa juga
membantu pengagihan buku, modul dan nota kepada murid tingkatan 5 yang di
kuarantin di IAB. Buku, nota dan modul untuk mengulangkaji pelajaran
diperlukan memandangkan mereka belum selesai menghadapi peperiksaan
percubaan SPM 2021 pada ketika itu. PIBG merakamkan jutaan terima kasih
kepada sukarelawan ibu bapa atas kerjasama melancarkan proses
penghantaran dan penerimaan barang-barang murid-murid di kedua-dua pusat
kuarantin IAB dan ILIM.
51
PIBG juga sangat prihatin dalam memastikan murid-murid positif COVID-19
yang ditempatkan di MAEPS berada dalam keadaan selesa dan emosi yang
stabil. PIBG berusaha mendapatkan khidmat dari Briged Sukarelawan, Pusat
Kebudayaan dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM dan dibantu oleh Bahagian
Psikologi Kaunseling, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dengan mengadakan
aktiviti-aktiviti secara online seperti asas dendangan syair, senam robik, The Art
Of Design (Good Art Inspire, Good Design Motivates) dan lain-lain. PIBG juga
berkongsi program Webinar Mental Health Issue and Psychological 1st Aid
mengenai isu-isu kesihatan mental dan cara menjaga kesihatan mental dengan
betul.
Pada bulan Disember 2021, Malaysia dikejutkan dengan bencana banjir di
sekitar Lembah Klang dan beberapa buah negeri di Malaysia. PIBG
menubuhkan Skuad Pasca Banjir dalam usaha membantu mangsa-mangsa
banjir dalam kalangan murid-murid Sekolah Seri Puteri terutamanya di sekitar
Lembah Klang. Skuad ini terdiri daripada sukarelawan ibu bapa yang bergerak
dalam beberapa pasukan membantu kerja-kerja pembersihan di kediaman yang
terjejas.
Pada akhir Disember 2021, usaha menaik taraf infrastruktur sekolah juga
diperkemas. Kerosakan-kerosakan kecil di asrama seperti manhole tersumbat,
pintu bilik mandi, pam tandas, kepala paip sinki tandas dan bilik air, baik pulih
sinki basuh baju dan tempat basuh tangan serta aksesori yang bocor dan
stopcock shower telah dibaik pulih. PIBG juga membiayai bayaran selenggara
boom gate. Mesin penapis air juga telah ditambah dan diselenggara untuk
kemudahan murid. Pemasangan lima unit penapis air Coway model Core CHP-
671L dengan kapasiti tangki panas 3.6L, sejuk 6.0L dan suhu bilik 11.5L di blok
asrama telah dilakukan dan sehingga kini jumlah keseluruhan mesin penapis air
yang telah disediakan adalah sebanyak 21 unit. Penapis air Coway juga telah
dipasang sebanyak tujuh unit di blok akademik, dua unit di musolla dan12 unit di
blok asrama (tiga unit di setiap aras). Semoga semua murid mendapat keperluan
air mencukupi dan dapat dimanfaatkan dengan baik. Diharapkan kemudahan
yang disediakan dapat digunakan dan dijaga dengan sebaik mungkin.
52
PIBG telah menyumbangkan dua unit Pump Disinfection dan tiga unit
Disinfection Spray kepada pihak sekolah. Pump Disinfection digunakan untuk
sanitasi dorm, kelas dan dewan makan, sementara Disinfection Spray digunakan
untuk mensanitasi ruang tertutup seperti surau, dewan kuliah dan Dewan Puteri
Perdana. PIBG berharap pihak sekolah dapat menggunakan secara efektif untuk
mencegah sebarang penularan baru COVID-19. YDP PIBG dan empat
sukarelawan ibu bapa telah bertugas setiap malam kecuali pada hari Sabtu dan
Ahad untuk membantu proses sanitasi di sekitar kawasan sekolah. PIBG juga
amat menghargai sokongan dan komitmen ibu bapa yang banyak membantu.
PIBG juga menganjurkan Majlis Bacaan Yasin secara dalam talian pada 20
Januari 2022 untuk murid-murid tingkatan 5 (Distira). Program ini diketuai oleh
Pn Aimy Bazura Mohamed, AJK PIBG. Solat Hajat Perdana pula telah
berlangsung di Masjid Haji Fisabillilah, Cyberjaya pada 26 Februari 2022.
Pada 31 Mac 2022, PIBG telah menganjurkan program khas untuk ibu bapa
Tingkatan 1 bertajuk “Sembang Santai PIBG Bersama-sama Ibu bapa”
secara dalam talian untuk berbincang segala persoalan dan permasalahan
berkaitan keperluan semasa mendaftar anak-anak. Pendaftaran murid tingkatan
1 berlangsung pada 13 Mei 2022.
PIBG juga telah menganjurkan program khas untuk murid Tingkatan 5
(Amethyst) beserta ibu bapa masing-masing bertajuk “Tips Persediaan,
Pengurusan dan Penjagaan Fizikal, Mental dan Emosi Agar Kekal Sihat dan
Produktif” pada 1 April 2022. Penceramah yang dijemput ialah Datin Dr.
Hasliza Abu Hassan, pensyarah dan pakar perubatan keluarga yang juga
merupakan AJK PIBG. Program ini dilaksanakan secara dalam talian, khusus
membicarakan tentang tekanan dan cara mengatasi tekanan.
Murid tingkatan 1 mendaftar pada 13 Mei 2022. Sebagai persediaan, PIBG dan
Unit HEM mengadakan gotong royong mini bertujuan membersihkan kamar
murid Tingkatan 1 dengan bantuan empat pekerja pembersihan dan penyelia
asrama yang di ketuai oleh Puan Ezwani binti Hussein pada 11 Mei 2022.Terima
kasih AJK PIBG dan Unit HEM yang membantu persediaan keseluruhan
menyambut anak-anak bongsu SSP.
53
Pada 28 Mei 2022 pula, PIBG telah menganjurkan “Taklimat i-Score dan Bank
Islam” kepada ibu bapa Tingkatan 1. Sistem i-Score adalah sistem pengurusan
kebenaran keluar masuk murid dari kawasan sekolah bagi menggantikan sistem
manual (passbook murid) dengan menggunakan peranti biometrik dan aplikasi
i-Score serta taklimat tentang kaedah pembayaran yuran asrama oleh Bank
Islam.
Pada 31 Mei 2022, PIBG telah menganjurkan “Program Jom Sembang! Pasca
Covid-19: Apa Yang Anda Perlu Tahu”. Program ini memberi info yang sangat
baik yang kepada ibu bapa dan warga sekolah dalam menangani kes Covid 19
dalam fasa endemik dan megurangkan kerisauan para ibu bapa terhadap kes
yang berlaku di SSP.
Pencapaian kokurikulum murid-murid sepanjang 2022 amat membanggakan
walaupun sebahagian besarnya dilaksanakan secara maya. Kejayaan SSP pada
peringkat antarabangsa antaranya ialah International Chemistry Olympiad.
Peserta SSP iaitu Nur Aliya Aina (5 Pintar) mendapat anugerah gangsa dimana
guru penasihat ialah Puan Noorlatika Sidek. Wan Alya Sarah (5 Pintar) pula
mendapat anugerah gangsa dalam pertandingan International Applied
Physics Olympiad dimana guru penasihat ialah Puan Aida Abd Jalal. Ezzati
Hanis Khairuzzaman (3 Pintar) pula terpilih menyertai program Broadcom
Masters International di Atlanta, Georgia Amerika Syarikat, guru penasihat
ialah Puan Noorlatika Sidek. Kejayaan ini amat bermakna apabila guru-guru
mendapat sokongan sepenuhnya daripada ibu bapa khususnya sukarelawan
KSIB. PIBG juga amat menghargai sokongan dan komitmen ibu bapa yang sudi
membantu dan memberikan sumbangan kewangan untuk pelbagai program
pengantarabangsaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
54
PIBG mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas atas pemilihan Ezzati
Hanis Khairuzzaman, murid Tingkatan 3 Pintar mewakili Malaysia dalam
Program Broadcom MASTERS® International yang diadakan bersempena
Regeneron International Science Fair (ISEF) 2022 di Atlanta, Georgia,
Amerika Syarikat pada 7 hingga 13 Mei 2022. Seramai 25 peserta daripada 22
negara terpilih menerima tajaan termasuk tiket penerbangan, penginapan dan
makan minum sepanjang program ini berlangsung. Ezzati Hanis Khairuzzaman
dipilih menyertai program berprestij ini berdasarkan pencapaian cemerlang
dalam Pertandingan Inovasi Sains, Teknologi dan Kejuruteraan Peringkat
Kebangsaan 2022 anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK),
KPM. Melalui program Broadcom MASTERS International, Ezzati Hanis
Khairuzzaman telah membentangkan dapatan projek inovasi yang dihasilkan
dan berkongsi ilmu bersama Broadcom MASTERS yang lain. Ezzati Hanis
Khairuzzaman. turut dianugerahkan Class Speaker Award atas penglibatan aktif
dalam program berkenaan. Selain daripada itu, Ezzati Hanis berpeluang
melawat universiti tempatan di Atlanta, Georgia, tempat-tempat berkaitan sains
dan mengikuti penganjuran Regeneron ISEF 2022 secara lebih dekat.
Pendekatan program ini secara hands on bertujuan memberi pendedahan
kepada murid menengah rendah kepada bidang pekerjaan baharu dalam bidang
STEM. Ezzati Hanis Khairuzzaman telah turut serta ke Atlanta, Georgia
bersama-sama pasukan Malaysia yang menyertai Regeneron ISEF 2022.
Penyertaan murid pada kali ini merupakan penyertaan pertama secara
bersemuka di luar negara pasca COVID-19. SSP berharap kejayaan Ezzati
Hanis mewakili KPM sebagai duta kecil Malaysia menjadi inspirasi kepada murid
seluruh negara untuk terus menceburkan diri dalam bidang STEM serta
membudayakan pembelajaran secara inkuiri serta mengukuhkan pendidikan
STEM di sekolah demi melahirkan murid yang kreatif, inovatif dan berdaya saing.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Ezzati Hanis Khairuzzaman.
55
Pembangunan sahsiah murid juga diberi keutamaan untuk menghasilkan murid
yang cemerlang dalam pelbagai aspek. Sokongan moral dari PIBG dan ibu bapa
memainkan peranan yang besar dalam program Smart Tahfiz Salsabila atau
singkatan nama STS. Sumbangan kewangan daripada ibu bapa murid yang
menyertai program ini sangat dihargai untuk memastikan program ini berjalan
dengan lancar. STS telah dilancarkan pada awal tahun 2019 di bawah naungan
Musolla Aishah Humaira’ Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. STS terbuka kepada
murid-murid yang berkelayakan dan mempunyai minat yang tinggi terhadap
hafazan al-Quran. STS beroperasi dengan enam orang guru tasmik yang
berkelulusan dan berpengalaman serta bantuan enam orang guru SSP sebagai
tenaga pengurusan STS. Alhamdulillah, STS telah melonjak dan mencipta nama
tersendiri apabila berjaya merangkul Pingat Emas Amalan Terbaik BADAR
dalam Nadwah Kepemimpinan Islam (NKI) Sekolah Berasrama Penuh Peringkat
Kebangsaan ke-39 tahun 2019.
Kejayaan demi kejayaan telah diraih apabila STS dipilih sebagai program inovasi
bagi kategori Musolla dalam Pertandingan Anugerah Surau Imarah Sekolah-
Sekolah KPM Peringkat Kebangsaan pada tahun 2019/2020 dengan mendapat
kedudukan Naib Johan. Penubuhan STS memberikan impak positif yang lain
dimana banyak kejayaan dicipta antaranya Johan dalam pertandingan MTQSS
bagi kategori e-tahfiz Juzuk 1-30 (P) dan e-Tahfiz Juz 1-20 (P) peringkat daerah
hingga ke peringkat negeri, Naib Johan e-hafazan dan tempat ketiga dalam
Tarannum al-Quran 2021. Selain itu, STS juga berjaya melahirkan barisan
Imamah dan Imamah Muda yang terlatih dan berkualiti di peringkat sekolah dan
memimpin program mingguan sekolah iaitu program Hafizah Intelek dalam
menghafaz juzuk Amma pada setiap malam Sabtu.
Pada tahun 2021, STS telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan Program
Khidmat Bantu bawah SGE SBP dengan menjadi mentor kepada lima buah
sekolah SBP lain iaitu SMS Kuala Selangor, SMS Banting, SMS Seri Puteri
Kuala Lumpur, SMS Kuching dan SMS Lahad Datu Sabah. Kesungguhan
peserta program berjaya dibuktikan melalui Pertandingan Huffaz Intelek Khidmat
Bantu. Syabas dan tahniah kepada guru-guru STS. Semoga SSP dapat
melahirkan lebih ramai hafizah. Terima kasih kepada ibubapa yang sentiasa
memberi sokongan dari segi moral dan kewangan.
56
4.1 PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK
Kecemerlangan akademik merupakan hala tuju utama murid-murid di sekolah.
Oleh hal yang demikian, PIBG sentiasa memberikan keutamaan kepada
pelbagai program yang berkaitan peningkatan akademik murid-murid. Dana
untuk penganjuran program ini bersumberkan sumbangan ibu bapa kepada
Tabung Kecemerlangan dan juga sumber-sumber dalaman dan sumbangan
daripada pelbagai pihak. Program-program berkaitan akademik yang dibiayai
oleh PIBG bagi sesi 2021/2022 ialah:
PROGRAM AKADEMIK
1 Program Kecemerlangan Sejarahku Excellent SPM 2021
Tingkatan 5
2 Program Bengkel Teknik Menjawab Biologi SPM 2021
Tingkatan 5
3 Program Perkongsian Ilmu Matematik (II) SPM 2021
Tingkatan5
4 Bengkel Amali Kertas 3 Biologi Tingkatan 4
5 Modul Biologi bagi Bengkel Amali Kertas 3 Format Baharu
Biologi Tingkatan 4
6 Modul Sejarah, Program Kecemerlangan Sejarahku Excellent
SPM 2021 Tingkatan 5
7 Program Teknik Menjawab Perakauanan SPM 2021 Tingkatan 1
8 Program Teknik Menjawab Ekonomi Kertas 2 SPM 2021
9 Program Perkongsian Ilmu Matematik 2021 Tingkatan 4
10 Bengkel Kolaboratif Fizik Tingkatan 4 (SSP-SAS)
11 Program Penataran Ilmu Fasa 1 Tingkatan 5 Distira 2021
12 Program Penataran Ilmu Fasa 2 Tingkatan 5 Distira 2022
13 Program Penataran Ilmu Fasa 1 Tingkatan 5 Amethyst 2022
14 Program Penataran Ilmu Fasa 1 Tingkatan 4 Adoera 2022
57
4.2 PROGRAM LAIN
Selain program kecemerlangan akademik, PIBG turut membantu dan memberi
sumbangan bagi melancarkan pelaksanaan program-program kokurikulum,
koakademik, pengantarabangsaan, program atau majlis rasmi sekolah selain
sumbangan untuk aktiviti yang melibatkan kebajikan guru, staf dan murid-murid.
Antara sumbangan, program dan aktiviti yang disokong oleh PIBG adalah seperti
berikut :
ELAUN / SAGUHATI
1 Sumbangan honorarium kepada guru mengikut panitia
2 Elaun perkhidmatan anggota RELA untuk pengoperasian sekolah
3 Guru Smart Tahfiz Salsabila (STS)
INFRASTRUKTUR / PENYELENGGARAAN SEKOLAH
1 Kerja baik pulih manhole tersumbat di blok asrama
2 Baik pulih pintu-pintu termasuk kunci pintu dan aksesori bilik
mandi di blok asrama
3 Baik pulih pam tandas di semua blok asrama
4 Baik pulih kepala paip dan kebocoran sinki basuh baju, sink bilik
mandi dan sink tandas di blok asrama
5 Baik pulih stopcock di bilik air blok asrama
6 Penyelenggaraan boom gate
7 Penyelenggaraan mesin penapis air Coway
58
KEBAJIKAN MURID
1 Pemasangan Wireless Access Point untuk kelas
2 Kudapan pagi calon murid SPM 2021(Distira)
3 Makanan tambahan (roti dan air kotak) calon SPM 2021 (Distira)
4 Bayaran perkhidmatan internet murid B40
5 Sumbangan IPad kepada murid keluarga B40 (Tingkatan 1)
6 Sumbangan barang kebersihan diri, food locker dan duit poket
7 Sumbangan khairat kematian bagi murid yang kehilangan ayah
8 Sumbangan alat tulis kepada calon murid SPM 2021 (Distira)
9 Sumbangan kepada murid tingkatan 2 yang menghadapi masalah
kesihatan
10 Comfort food moreh di bulan Ramadan
11 Sumbangan duit raya kepada semua murid
12 Hand sanitizer, alat penyembur dan cecair sanitasi
13 Penutup muka dan Ujian RTK-kit (Saliva)
14 Sumbangan Vitamin C
15 Mesin penapis air coway
59
AKTIVITI / PROGRAM MURID DAN SEKOLAH
1 Program Anggun Santapan Puteri dan Penganugerahan Kokurikulum
2 Majlis khatam Al-Quran
3 Program Ihya’ Ramadhan
4 Program Bestari Solat Tingkatan 1 2021
5 Majlis Anugerah Kecemerlangan 2021
6 Pertandingan Olimpiad Matematik SBP 2021
7 Streamyard Majlis Restu Ilmu (Loistava)
8 Percetakan majalah Teraju Puteri
JAMUAN DAN MAJLIS KERAIAN / KEBAJIKAN
DAN PROGRAM KHAS GURU
1 Jamuan Kelab Guru 2021
2 Makanan tambahan (roti dan air kotak) kepada guru bertugas dan
guru pengawas SPM 2021
3 Kudapan pagi guru dan anggota RELA, Program Pendaftaran dan
Ujian kendiri Tingkatan 1,2,3, 4 dan 5
4 Penyelenggaraan penapis air Coway Bilik Guru
5 Sumbangan takziah dan kematian suami guru
6 Sumbangan kepada guru yang ditimpa musibah banjir
7 Sumbangan cookies gift box raya
8 Jamuan Majlis Sambutan Hari Raya dan Hari Guru
9 Jamuan Program Taklimat i-Score
10 Jamuan Mesyuarat Agung PIBG ke-45
60
4.3 MALAM SELINGKAR KASIH (MSK 2020)
Pada tahun ini program yang diadakan khusus untuk meraikan murid-murid
tingkatan 5 telah diadakan di Hotel Marriot , Putrajaya dengan mematuhi SOP
COVID-19 dan dikelolakan sepenuhnya oleh ibu bapa murid batch Distira. Majlis
berjalan lancar dengan kehadiran pengetua, pentadbir-pentadbir Sekolah Seri
Puteri, ibu bapa dan anak-anak batch Distira.
4.4 PROGRAM PUTERI KASIH
Pelaksanaan program PUTERI KASIH bertujuan untuk membantu dan menjaga
kebajikan murid-murid keluarga B40 dan murid-murid lain yang memerlukan
bantuan dan sokongan. Program ini bermula pada 13 Disember 2021 setelah
usul diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ke-43. PUTERI KASIH
telah mengadakan program “Back To School” dimana program ini memberi
sumbangan kepada 134 orang murid keluarga B40. Sumbangan diberikan dalam
bentuk barangan kebersihan diri, food locker dan duit poket sebanyak RM20.00
sebagai persediaan untuk kembali ke sekolah. Program ini juga membantu
menyediakan IPad dan bayaran data internet kepada murid yang kurang
berkemampuan untuk menghadapai kelas PdPR secara dalam talian. PIBG juga
telah berbesar hati menyampaikan sumbangan duit raya kepada 134 orang
murid keluarga B40 serta murid-murid yang lain, sebagai tanda perkongsian
kegembiraan menjelang hari raya.
5.0 PENUTUPAN
Kerjasama dan toleransi menjadi intipati gerak kerja dalam menggerakkan
sesebuah organisasi. Saya berharap para ibu bapa dapat memanfaatkan
platform PIBG untuk menjalin komunikasi dua hala dan kerjasama strategik
antara pihak ibu bapa dengan pihak sekolah. Kerjasama dalam pelbagai aspek
sangat penting demi kemaslahatan warga Sekolah Seri Puteri khususnya murid-
murid. Marilah bersama-sama mendoakan semoga virus COVID-19 ini cepat
berlalu dan murid-murid dapat melalui hari-hari persekolahan seperti biasa. Saya
juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan penghargaan dan
terima kasih kepada AJK PIBG sesi 2021/2022 yang diterajui oleh YBhg. Dato’
Wan Jamaludin bin Abdul Malik yang telah berusaha menunaikan amanah dan
tanggungjawab dengan cemerlang. Sekiranya ada kekurangan dan kelemahan
atau keterlanjuran kata serta perbuatan, kemaafan dipinta kerana yang baik itu
datang daripada Allah, yang buruk itu kelemahan diri saya sendiri.
Sekian. Wabillahittaufik Wal Hidayah Wassalamu Alaikum WRM. WBR.
AZLIZA BINTI MUSA 61
Setiausaha PIBG sesi 2020/21
LAPORAN DAN NOTA
KEWANGAN PIBG
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
LAPORAN AUDIT MENGENAI PENYATA TERIMAAN &
BAYARAN
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH SERI PUTERI (SSP), CYBERJAYA BAGI TAHUN
KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2020
Saya telah memeriksa akaun-akaun Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG
SSP) bagi tahun berakhir 31 Disember 2021 bersama dokumen
kewangan merangkumi akaun-akaun di bawahnya yang dinamakan
Akaun PIBG SSP, Akaun Dana Wakaf dan Akaun Surau Aishah Humaira
di mana segala kenyataan dan keterangan yang dikehendaki telah
diperolehi.
Pada pendapat saya, Penyata Terimaan & Bayaran bagi akaun-akaun
tersebut beserta Nota Kepada Akaun telah dibuat dengan cara yang betul
untuk menunjukkan satu kenyataan yang benar dan munasabah
mengenai kedudukan kewangan persatuan pada 31 Disember 2021 serta
urusan-urusan berkaitan bagi tahun berakhir pada tahun itu.
_______________________________
(PUAN ROHANIZA BINTI YAHYA)
Pemeriksa Kira-Kira
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG)
Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya Selangor
75
USUL DAN CADANGAN
IBU BAPA
76
USUL YANG DICADANGKAN OLEH AJK PIBG
BIL USUL
1 Sumbangan PIBG
(a) PIBG - RM 100
(b) Majalah - RM 15
(c) Kecemerlangan
Tingkatan 1 - RM 100
Tingkatan 2 - RM 100
Tingkatan 3 - RM 100
Tingkatan 4 - RM 150
Tingkatan 5 - RM 500
(a) Tilawah - RM 100
(b) Iscore - RM 20
(c) Coway - RM 20
(d) Penyelenggaraan Internet Aircon/Big Screen dan lain-lain -
RM 50
2 Penambahbaikan infrastruktur Liputan Internet
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
SENARAI AHLI JAWATANKUASA
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH SERI PUTERI, CYBERJAYA
SESI 2022/2023
JAWATAN PENYANDANG
Penasihat PUAN HAJAH NORIDAH BINTI HAJI RAMLAN
Yang Dipertua
Naib Yang Dipertua
Setiausaha PUAN AZLIZA BINTI MUSA
Pen. Setiausaha PUAN SYARIFAH ALEEYA BINTI SYED MOHD
Bendahari PUAN HAMILIYA BINTI MUSTAFA
Pen. Bendahari 1 PUAN HAIRY SHAZLYNA KHAIRUDIN
Pen. Bendahari 2 1.
Ahli Jawatankuasa 2.
(Ibu Bapa) 3.
4.
Ahli Jawatankuasa 5.
(Guru) 6.
1. PUAN ASMIZA BINTI MINOH
Juruaudit 1 2. ENCIK MU’AZ BIN OMAR
Juruaudit 2 3. PUAN SHAHRIYAH BINTI ABDUL RASHID
4. PUAN AZURA BINTI YUSOF
5. PUAN MUNIBAH BINTI ALWI
6. ENCIK SYED ABU BAKAR BIN TUAN DALAM
PUAN ROHANIZA BINTI YAHYA
87
Lampiran 1
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH SERI PUTERI, CYBERJAYA
KADAR BAYARAN
SUMBANGAN PIBG (TAHUN 2021)
88
PENGHARGAAN
SETINGGI-SETINGGI PENGHARGAAN DIKALUNGKAN
BUAT SEMUA GURU DAN AJK PIBG SESI 2021/22
YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG
SEKOLAH SERI PUTERI KE-45, TAHUN 2022
TAHNIAH KEPADA BARISAN AJK PIBG YANG
DILANTIK DAN SEMOGA PERLANTIKAN INI MENJADI
ASBAB KEPADA KEMENJADIAN DAN
KECEMERLANGAN ANAK-ANAK
SEKOLAH SERI PUTERI
89
90
91
92
93