Pada suatu hari, seekor anak biri-biri sedang
meragut rumput dengan sekawan biri-biri. Ia
nampak rumput yang segar di tepi sebatang pokok
itu.
Ia pun meragut rumput itu. Semakin lama, ia semakin jauh
daripada biri-biri lain.
Anak biri-biri itu sangat gembira makan rumput itu. Ia
tidak sedar seekor serigala datang semakin hampir
dengannya.
Apabila serigala itu menerkam anak biri-biri itu, anak biri-biri itu
cepat-cepat merayu. Setelah mendengar rayuan itu, serigala
merasakan bahawa itu adalah idea yang baik.
Tolong, jangan makan saya. Baik, aku akan
Sekarang perut saya penuh tunggu sehingga
dengan rumput. Jika kamu perut kau kenyang.
tunggu sekejap, saya
bertambah sedap dimakan.
Oleh itu, ia duduk untuk menunggu. Sekejap kemudian anak biri-
biri itu berkata kepada serigala dan serigala pun bersetuju dengan
permintaan anak biri-biri itu.
Jika kamu benarkan saya Bernas juga idea
menari, rumput di dalam kau ni. Baiklah,
perut saya akan dihadam aku benarkan kau
untuk menari.
dengan lebih cepat.
Ketika menari, anak biri-biri mendapat satu akal supaya serigala mengikut
apa sahaja arahan yang dia inginkan. Anak biri-biri itu mengumpan dengan
pelbagai kata-kata sehingga serigala itu bersetuju.
Serigala, tolong ambil Baik, aku akan ikut
loceng pada leher saya. Jika segala apa yang
kamu bunyikan loceng itu engkau inginkan,
sekuat mungkin. Saya boleh
asalkan aku dapat
menari dengan lebih makan kau.
rancak.
Serigala mengambil loceng, lalu membunyikannya sekuat mungkin.
Gembala biri-biri mendengar bunyi loceng yang dibunyikan oleh serigala
yang kuat itu.
Lalu, gembala biri-biri menyuruh anjing-anjingnya mencari anak biri-biri
yang hilang itu.
Salakan anjing menakutkan serigala. Ia melarikan diri dan anak biri-biri
pun selamat.
PENGAJARAN:
TIADA GUNA BADAN YANG KUAT
TANPA KEPANDAIAN
TAMAT…