The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tihanaziahh, 2021-10-28 04:02:53

DEEPAVALI

DEEPAVALI

SK TAMAN SRI MUDA (2), JALAN CERMAT 25/36,

40400 SHAH ALAM, SELANGOR

A
N
J
U
R
A
N

P

U

S

A PAMERAN
T

S BERTEMA
U

M

B

E - BULAN NOVEMBER -

R

HARI DEEPAVALI

Hari Deepavali juga dikenali sebagai Diwali dan Divali
merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut
yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari
cuti di Malaysia.

Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan
‘Dipa’ yang bererti cahaya dan perkataan ‘Gavali’ yang
bererti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari
ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil antara bulan
Oktober dan November.

Pada hari yang bermakna bagi penganut agama Hindu,
Sikh dan Jain. Kebanyakkan mereka akan menghias rumah
dengan pelita dan mercun akan dibakar. Selain itu, mereka
akan mengagihkan gula-gula dan hadiah kepada ahli
keluarga, sanak-saudara dan jiran-jiran terdekat.
Seterusnya, mereka akan melakukan upacara sembahyang

dan keagamaan.

SAMBUTAN PERAYAAN DI MALAYSIA

Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh
semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan
merupakan hari cuti di Malaysia. Deepavali atau lebih
dikenali sebagai ‘pesta cahaya’ disambut oleh masyarakat
India yang beragama Hindu dan Sikh di negara kita.

MITOS HARI DEEPAVALI

Mitos yang paling terkenal di kalangan masyarakat India di
Malaysia berhubung tujuan perayaan Deepavali adalah kisah
Dewa Krishna membunuh Narakasura. Seterusnya
penduduk kampong telah meraikan kemenangan Kebaikan
menewaskan Kejahatan dengan menyalakan lampu serta
berpesta. Satu lagi mitos yang lebih terkenal di Benua Kecil
India adalah berdasarkan epik Ramayana di mana Rama
berjaya membunuh Ravana dengan bantuan Laksamana dan
Hanuman. Lalu, mereka bersama-sama Sita pulang dari
Langka ke Ayodhya. Kepulangan mereka selepas 14 tahun
disambut para penduduk dengan menyalakan lampu dan
berpesta. Memandangkan kedua-duanya hanyalah mitos,
tidak menjadi masalah kisah mana satu yang menjadi ikutan
dan turutan di kalangan kaum India beragama Hindu yang
menyambut Deepavali. Apa yang penting, simbol kebaikan
atau Cahaya menumpaskan Kejahatan atau Kegelapan adalah
menjadi pegangan utama mereka .

MALAM SEBELUM PERAYAAN DEEPAVALI

Pada malam itu juga diadakan upacara memasang pelita
yang disertai oleh seluruh ahli keluarga. Tidak ketinggalan juga
upacara yang dinamakan ‘Rangoli’ iaitu upacara menyusun beras
atau hampas kelapa yang telah diwarnakan dengan pelbagai
warna di hadapan pintu. Penganut Hindu akan menghiasi rumah
mereka dengan “kolam ” atau “rangoli” iaitu hiasan lantai yang
diperbuat daripada beras yang diwarnakan sebelum tertib
matahari. Biasanya “kolam ” ini dibuat di depan pintu rumah
sebagai tanda selamat dan rahmat supaya setiap isi rumah
mendapat kesejahteraan.Kemahiran membuat “kolam” ini
biasanya diwarisi secara turun-temurun. Walaupun nampak
susah, tetapi penganut Hindu boleh membuatnya dengan cantik,
unik dan menarik yang kebanyakannya bermotifkan tumbuhan.

Kaum wanita juga pada malam itu akan mengenakan inai
pada jari tangan dan kaki mereka untuk tujuan menghias diri.

MEMASANG VILAKKU

Pada malam perayaan Deepavali, upacara memasang pelita
dijalankan yang disertai oleh seluruh ahli keluarga. Mereka akan
memasang lampu “vilakku”. Lampu “vilakku” adalah sejenis
pelita tradisi yang diperbuat daripada tanah liat. Perayaan
Deepavali juga akan bertambah meriah dengan adanya lampu-
lampu moden. Penganut agama Hindu percaya akan Dewa
kekayaan dan kemakmuran iaitu Dewi Laksmi yang akan datang
melawat rumah mereka pada masa itu. Persiapan memasang
lampu tersebut dilakukan untuk menyambut kedatangan Dewi
Laksmi.

PERSIAPAN DI PAGI HARI DEEPAVALI

Pada pagi perayaan pula, pada kebiasaannya seluruh ahli
keluarga akan bangun lebih awal iaitu sebelum matahari
terbit.Seluruh keluarga akan mandi dan membersihkan
diri sebelum bersalam dan memohon maaf dengan kedua
ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Selain itu, upacara
mandi minyak bijan turut dilakukan pada awal pagi
sebelum matahari terbit. Penganut Hindu akan
menjalankan upacara mandi minyak bijan bertujuan untuk
penyucian badan dan semangat. Minyak bijan ini akan
disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka
yang lebih tua seperti ibu atau nenek.

Kebaikan mandi minyak bijan bagaikan mandi di
Sungai Ganges yang suci bertujuan membersihkan diri
daripada segala kejahatan dan sifat dengki. Selepas mandi
dimestikan memakai pakaian dan perhiasan serba baru
pada pagi Deepavali bertujuan untuk menghilangkan
segala sifat buruk dan kejahatan dalam diri seseorang.
Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau di kuil-
kuil. Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke
rumah kaum keluarga. Penganut Hindu akan mengunjungi
kuil di mana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan
kalungan bunga


Click to View FlipBook Version