The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zuriyanisubarkir, 2024-06-25 21:27:51

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SEMARAK 2024

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN

Keywords: MAT PIBG 2024

TARIKH 27 JUN 2024 MASA 11.00 PAGI – 2.00 PETANG TEMPAT DEWAN SYED MUHAMMAD AL-KHERED P E R I N G K A T S E K O L A H M E N E N G A H A G A M A A L -K H A I R I A H S E G A M A T DIRASMIKAN OLEH EN. MOHD SHUKUR BIN SURADI PENGARAH EMPAYAR BAGUS M.P.M


MASA AKTIVITI 1030 Ketibaan para ibu bapa/penjaga dan pendaftaran 1050 Ketibaan tetamu kehormat 1100 Nyanyian nasyid Asma ulHusna, Bangsa Johor dan Negaraku Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis Bacaan Doa Ucapan oleh Pengetua Tn Hj Mohd Faizal bin Ab Rahaman Ucapan oleh YDP PIBG, En. Helmyazizul bin Abd Hamid Ucapan Perasmian oleh En. Mohd Shukur bin Suradi Pengarah Empayar Bagus M.P.M Penyampaian Bantuan Pakaian Sumbangan Maij Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik & Sahsiah 2023/2024 Penyampaian Anugerah Kecemerlangan STAM, SPM SMA dan SMRA Penyampian cenderamata penghargaan kepada AJK PIBG sesi 2023/2024 Penyampaian cenderamata penghargaan kepada Perasmi 1200 Jamuan 1230 Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke—14 1330 Cabutan Bertuah 1400 Bersurai 2


Seorang fakir berkopiah putih, Asyik berdikir hingga ke petang; Cara berfikir patut dilatih, Agar berfikir secara matang. Bunga seroja digunting-gunting, Di dalam bekas dipandang tak jemu; Usia remaja amat penting, Memerlukan asas pelbagai ilmu. Di tepi meja dara bersandar, Sudah jemu melipat kain; Para remaja perlu sedar, Kumpulkan ilmu sebanyak mungkin. 3 Letih berjalan di tengah pekan, Singgah sebentar di gerai siti; Terima kasih kami ucapkan, Atas segala jasa dan bakti. Pohon sirih pohon selasih Tumbuh merimbun di hujung laman, Kalungan budi junjungan kasih, menjadi kenangan sepanjang zaman. Kuning emas masaknya padi, Mawar merah dalam jambangan; Terima kasih daun keladi, Budi tuan jadi kenangan.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang saya hormati, Tuan-tuan/Puan-puan/Guru-guru dan semua ahli PIBG. Pertama sekali, saya bersyukur ke hadrat Allah swt dengan limpah dan rahmatnya, saya berpeluang untuk mencoretkan kata alu-aluan untuk Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMA Al-Khairiah Segamat Kali ke-14. Syukur Alhamdulillah. Sebelum saya melangkah lebih jauh lagi, izinkan saya merakam jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengetua, semua Guru Penolong Kanan, guru-guru kanan matapelajaran, para guru, staf sokongan, AJK PIBG, Alumni Semarak, dan semua ibu bapa kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui PIBG SMA Al-Khairiah Segamat. Tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua pihak, saya rasa usaha-usaha yang telah dirancang tidak akan berjaya. Berkat usaha PIBG dan pihak sekolah yang sangat prihatin terhadap pendidikan murid maka kita dapat melaksanakan segala aktiviti untuk meningkatkan kecemerlangan akademik sekolah kita khususnya kejayaan dalam STAM, SPM dan SMA yang lepas. Tahniah diucapkan kepada warga SMA Al-Khairiah Segamat kerana telah memperolehi prestasi STAM dan SPM yang cemerlang. Selain bidang akademik, pelajar sekolah kita juga telah memperoleh pencapaian cemerlang dalam bidang kokurikulum sehingga peringkat antarabangsa. Oleh itu, PIBG sentiasa menyokong segala program anjuran pihak sekolah bagi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam apa jua bidang. Saya juga menyeru, semua ibu bapa turut bekerjasama dengan PIBG dan pihak sekolah untuk bersama-sama menyumbangkan khidmat bantu dan tenaga seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia anjakan kesembilan iaitu Sarana Ibu bapa. Akhir sekali, saya mewakili jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 ingin memohon maaf sekiranya ada kesilapan dan kekurangan saya semasa memikul tanggungjawab selaku YDP PIBG sesi 2023/2024. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada ALLAH swt dan sebaliknya datang dari kelemahan saya sendiri. Sekian, terima kasih. Saya yang menjalankan tugas, (EN. HELMYAZIZUL BIN ABD HAMID) Yang Dipertua PIBG, SMA Al-Khairiah Segamat 4


5 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, segala puji-pujian dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan Inayahnya dapat kita mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-14 ini dalam suasana yang harmoni. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah berusaha dengan ikhlas dan dedikasi untuk meningkatkan prestasisekolah ini. Untuk makluman hadirin semua, setiap tahun dunia Pendidikan akan menghadapi perubahan yang mencabar dalam memperkasakan akademik dan sahsiah yang telah diadun khas untuk mencapai matlamat kecemerlangan akademik yang dicita-citakan. Oleh demikian, kami mengharapkan komitmen dan persefahaman padu daripada semua pendidik dan ibu bapa sekalian yang merupakan tonggak utama untuk mencapai hasrat kejayaan. Bertitik-tolak daripada keikhlasan dan kerjasama daripada ibu bapa dan guru bagi membangunkan semula generasi yang bukan sahaja cemerlang di dalam bidang akademik tetapi juga cemerlang dari segi pembangunan rohani dan jasmani. Hasrat ini juga sejajar dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengejar impian murni dalam usaha mencapai tahap Sekolah Berprestasi Tinggi yang bukan mustahil menjadi kenyataan suatu hari nanti. Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada semua guru dan ibu bapa agar dapat bersama-sama berganding bahu ke arah merealisasikan hasrat kerajaan yang terkandung dalam NKRA dan merealisasikan Pendidikan Abad ke 21. Kepada Ahli Jawatankuasa Guru sesi 2023/2024 dan warga pendidik SEMARAK pula, sekalung tahniah dan ucapan terima kasih saya ucapkan kerana telah menjayakan tugas dan peranan dengan penuh komited serta penuh kesungguhan. Sesungguhnya tuan/puan telah berusaha serta berkorban masa dan tenaga untuk membantu menggerakkan fungsi PIBG sekolah kita ini walaupun pendemik melanda. Akhir kata, saya sekali lagi ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada AJK PIBG sesi 2023/2024, guru-guru, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat menjayakan majlis ini. Semoga usaha kita akan direstui dan mendapat keredhaan Allah SWT. Sekian, terima kasih. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yang menjalankan amanah, (HAJI MOHD FAIZAL BIN AB RAHAMAN) Penasihat Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMA Al-Khairiah Segamat


Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang ditubuhkan di semua sekolah kerajaan adalah bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah ini. Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid di sekolah, selain mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat (school home community partnership). Di samping itu, PIBG juga mempunyai peranan ’saling melengkapi’ terhadap fungsi Kementeiran Pendidikan dalam menyediakan prasarana, kemudahan, dan suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid di sekolah ini. 6


PENASIHAT : HJ. MOHD FAIZAL BIN AB RAHAMAN YANG DIPERTUA : EN. HELMYAZIZUL BIN ABD HAMID NAIB YANG DIPERTUA : EN. TUMIRAN BIN ASJAM SETIAUSAHA : CIKGU NORSHIDA BINTI MAHMOOD NAIB SETIAUSAHA : CIKGU ZURIYANI BINTI SUBARKIR BENDAHARI : CIKGU AZURA BINTI ABDULLAH AJK IBU BAPA : EN. NURUL AZMI BIN HASSAN PN. MIMI HASLIAH BINTI MOHD SHAHARI EN. ISKANDAR BIN MOHD ZEN EN. MOHD NOH BIN SALIM PN. ASMAH BINTI AHMAD AJK GURU : UST. HUSLIZAN BIN JAAMAT UST. WAN SYARIFUDDIN BIN WAN HASSAN UST. MAZLAN BIN ISMAIL UST. MOHD AZIZUL ASWADI BIN CHOMIL JURUAUDIT : PN. NAZARINA BINTI ALI EN. ADNAN BIN SHARNI@BASRI 7


PENASIHAT : HJ. MOHD FAIZAL BIN AB RAHAMAN YANG DIPERTUA : EN. HELMYAZIZUL BIN ABD HAMID NAIB YANG DIPERTUA : EN. TUMIRAN BIN ASJAM SETIAUSAHA : CIKGU NORSHIDA BINTI MAHMOOD NAIB SETIAUSAHA : CIKGU ZURIYANI BINTI SUBARKIR BENDAHARI : CIKGU AZURA BINTI ABDULLAH JAWATANKUASA PELAKSANA PENYAMBUT TETAMU ENCIK HELMYAZIZUL BIN ABD HAMID USTAZ HUSLIZAN BIN JAAMAT USTAZ WAN SYARIFUDDIN BIN WAN HASSAN USTAZ MAZLAN BIN ISMAIL SEMUA AJK PIBG PENDAFTARAN GURU & IBU BAPA PENJAGA USTAZ MUHAMMAD MIZAN BIN MOHD KHAIDIR USTAZAH ZURIYANI BINTI SUBARKIR PROTOKOL & SAMBUTAN USTAZAH SALINA BINTI OTHMAN USTAZAH AZURA BINTI ABDULLAH USTAZ NOR HILMI BINTI MOHAMED PENGACARA MAJLIS USTAZ MOHD FAUZI BIN MASROM BUKU PROGRAM / PELAPORAN USTAZAH NORSHIDA BINTI MAHMOOD USTAZAH ZURIYANI BINTI SUBARKIR PERSIAPAN & KEBERSIHAN DEWAN USTAZ MUHAMMAD NAJMI BIN MD AZIMAN USTAZ MOHD ABD AZIM BIN OTHMAN USTAZAH RAIFIDRA BINTI SOFYAN USTAZAH SUZI@FATHIMATUZZAHRA’ BINTI SULAIMAN 8


PENASIHAT : HJ. MOHD FAIZAL BIN AB RAHAMAN YANG DIPERTUA : EN. HELMYAZIZUL BIN ABD HAMID NAIB YANG DIPERTUA : EN. TUMIRAN BIN ASJAM SETIAUSAHA : CIKGU NORSHIDA BINTI MAHMOOD NAIB SETIAUSAHA : CIKGU ZURIYANI BINTI SUBARKIR BENDAHARI : CIKGU AZURA BINTI ABDULLAH JAWATANKUASA PELAKSANA HADIAH CABUTAN BERTUAH USTAZAH NUR AIN BINTI MOHD NADZRI USTAZAH MUNIRAH BINTI ABU HASSAN SIJIL DAN SAGUHATI PELAJAR CEMERLANG BAGI SPM/ SMA/ STAM/ AKADEMIK DAN SAHSIAH USTZH SALWA BIN ZAITUN USTAZAH NOREHA BINTI MAHAT USTZH NURHIDAYAH BINTI ASHAR USTZH RAMIZAH BINTI ABDUL RAHMAN PENCATAT MINIT MESYUARAT USTAZAH NORHANIDA BINTI OTHMAN USTAZAH NUR ATIKAH ASYREENA BINTI NORIZAM BACAAN DOA USTAZ AHMAD ZAKI BIN HASHIM KAWALAN PELAJAR USTAZ MOHD AZIZUL ASWADI BIN CHOMIL USTAZ NAZRUL AZHAR BIN MAHPODZ RAKAMAN FOTOGRAFI USTAZ SHAHARUDDIN BIN MOKHTAR 9


Agenda Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2024/2025 Bacaan Doa Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke 13 Perkara-perkara Berbangkit Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan Tahunan 2023 Perbahasan Usul/cadangan Pemilihan Jawatankuasa PIBG 2024/2025 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Ucapan Yang Dipertua PIBG 7. 8. Hal-hal lain 11 9. Ucapan Penangguhan


SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-KHAIRIAH SEGAMAT MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU ( PIBG ) KE-13 / 2023 TARIKH : 24 JUN 2023 (SABTU) MASA : 9.00 PAGI TEMPAT : LOKASI MASING-MASING MEDIUM : SECARA ATAS TALIAN (GOOGLE MEET) PENGERUSI : EN. HELMYAZIZUL BIN ABDUL HAMID KEHADIRAN : 172 ORANG 1. UCAPAN PENGERUSI (YDP PIBG Semarak) 1.1 Tuan pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan alu-aluan. 1.2 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran semua guru dan ibu bapa. 2. UCAPAN PENGETUA 2.1 Tuan pengetua mengucapkan ucapan alu-aluan dan ucapan terima kasih kepada hadirin kerana dapat hadir ke mesyuarat PIBG. 2.3 Semoga pertemuan ini dapat berjalan dengan lancar dan aktiviti-aktiviti kurikulum dan kokurikulum dapat berjalan seperti biasa. 13


3. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-12 3.1 Bagi pembentangan minit mesyuarat agung ke12/2022, para hadirin merujuk bahan edaran yang diberikan kepada semua hadirin. Cadangan pengesahan minit mesyuarat : Pn Rafiah binti Abu Yamin Sokongan pengesahan : Pn. Hasruliza binti Che Hassan Tindakan : Setiausaha 4. PERKARA BERBANGKIT. 4.1 Tiada 14


5. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN 5.1 Para hadirin boleh merujuk penyata kewangan digital dan paparan di skrin muka surat 13. 5.2 Bagi Penyata Kewangan PIBG SEMARAK yang berakhir pada 31 Disember 2022 : - Jumlah penerimaan 2022 RM 83,021.42 - Jumlah perbelanjaan RM 43, 891.71 - Baki di Bank Islam ialah sebanyak RM 39,139.71 - Sumbangan wakaf van sebanyak RM 15,000.00 5.3 Bagi Penyata Kewangan Tabung Madrasah AlKhairiah Segamat PIBG yang berakhir pada Disember 2022: - Jumlah kutipan duit wakaf surau sepanjang tahun 2022 sebanyak RM 173,360.00. Cadangan pengesahan minit mesyuarat : En Zainal bin Yahya Sokongan pengesahan : Pn. Rafiah binti Abu Yamin Tindakan : Bendahari 15


6. MEMBAHASKAN USUL DAN CADANGAN 6.1 PENAMBAHBAIKAN JUALAN MAKANAN DI KANTIN : Pembawa Usul : Pn Hasruliza binti Che Hassan Usul : Meminta supaya pihak sekolah dapat membuat perbincangan bagi penambahbaikan kepelbagaian jualan makanan oleh pihak kantin sekolah. - Ustaz Wan Sharifuddin bin Wan Hassan menjawab bagi soalan yang diajukan, beliau menyatakan bahawa pihak sekolah akan memperhalusi dan membincangkan usul tersebut bersama pihak kantin sekolah. 16


6.2 JADUAL ‘OUTING’ PELAJAR ASRAMA Pembawa Usul : Pn Hasruliza binti Che Hassan Usul : Meminta penerangan oleh pihak sekolah mengenai jadual atau minggu ‘outing’ bagi pelajar asrama. - Ustaz Wan Sharifuddin bin Wan Hassan menjawab bagi soalan yang diajukan, beliau menyatakan bahawa pihak sekolah masih mengekalkan penggiliran pulang ke kampung bagi pelajar asrama iaitu 2 kali dalam sebulan. Kebenaran ‘outing’ bagi pelajar asrama pula adalah tidak dibenarkan kerana minggu yang tidak pulang ke kampung digunakan untuk mempersiapkan pelajar asrama bagi pengurusan diri dan asrama.Namun begitu, ibu bapa diizinkan untuk melawat pelajar di asrama tanpa membawa pelajar keluar daripada asrama. Akan tetapi “outing” adalah tertakluk kepada situasi dan akan dimaklumkan kepada pihak ibu bapa dari semasa ke semasa. 17


6.3 CADANGAN KELAS TAMBAHAN BAGI MURID TINGKATAN 4 Pembawa Usul : En Zulkifli bin Saat Usul : Mencadangkan agar pihak sekolah menganjurkan kelas tambahan bagi pelajar Tingkatan 4 yang bakal menghadapi peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) memandangkan silibus semasa merupakan silibus baru. - Ustaz Mazlan bin Ismail menjawab bagi soalan yang diajukan, beliau menyatakan bahawa pihak sekolah sedang dalam operasi melaksanakan dan menyusun jadual kelas tambahan bagi pelajar Tingkatan 4 dan guru mata pelajaran masih dalam proses menghabiskan silibus. Jadual kelas tambahan akan diedarkan kepada ibu bapa setelah selesai. 6.4 PENAMBAHBAIKAN SISTEM PEMBELIAN DI KOPERASI SEKOLAH Pembawa Usul : Pn Norafiza binti Abd Ghani Usul : Mencadangan penjualan barang kelengkapan persekolahan di koperasi ditambah baik contohnya pembelian kalkulator dimasukkan dalam senarai barang pembelian koperasi. - Ustaz Wan Sharifuddin bin Wan Hassan menjawab bagi soalan yang diajukan, beliau menyatakan bahawa pihak sekolah akan memperhalusi dan mempertimbangkan cadangan tersebut bersama pihak koperasi sekolah. 18


6.5 KEBENARAN MELIHAT BILIK ANAK DI ASRAMA SEKOLAH Pembawa Usul : Pn Aspalela binti Ibrahim Usul : Meminta kebenaran oleh pihak sekolah untuk ibu bapa dapat masuk ke dalam dorm pelajar bagi melihat suasana dan keadaan dorm pelajar asrama. - En. Helmyazizul Bin Abdul Hamid menjawab bagi soalan yang diajukan, beliau menyatakan bahawa pihak sekolah masih tertakluk kepada langkah berjaga – jaga COVID19 yang masih lagi menular namun pihak sekolah akan mempertimbangkan usul tersebut untuk masa yang akan datang. 19


6.6 PENAMBAHBAIKAN DOBI ASRAMA Pembawa Usul : En Mohd Ridzuan bin Ismail Usul : Meminta pihak sekolah menambah bilangan mesin basuh yang disediakan. Beliau juga mencadangkan untuk mengenakan bayaran dobi secara berterusan atau dimasukkan ke dalam yuran asrama dengan kerjasama pihak koperasi bagi urusan penyelenggaraan. - Ustaz Wan Syarifuddin bin Wan Hassan menjawab bagi soalan yang diajukan, beliau menyatakan bahawa mesin basuh yang telah disediakan menggunakan duit syiling sebanyak RM2. Penggunaan mesin basuh ini merupakan pilihan untuk pelajar sama ada ingin membasuh pakaian menggunakan mesin basuh atau membasuh sendiri. Jadi cadangan untuk menambah bilangan mesin basuh akan dipertimbangkan oleh pihak sekolah. 20


6.7 PENAMBAHBAIKAN LALUAN KELUAR SEKOLAH Pembawa Usul : En Muzaimi bin Md Yunus Usul : Meminta pihak sekolah menambahbaik laluan keluar dari sekolah - En. Helmyazizul Bin Abdul Hamid menjawab bagi soalan yang diajukan, beliau menyatakan bahawa kawasan tersebut tidak termasuk dalam kawasan sekolah namun pihak sekolah akan membincangkan usul tersebut bersama Majlis Daerah Segamat. 6.8 JADUAL BALIK KAMPUNG PELAJAR ASRAMA Pembawa Usul : En Norazwan bin Amin Usul : Meminta pihak sekolah mempertimbangkan minggu balik kampung pelajar daripada setiap 2 minggu sekali kepada setiap 3 minggu sekali. - En. Helmyazizul Bin Abdul Hamid menjawab bagi soalan yang diajukan, beliau menyatakan bahawa usul tersebut akan dibincangkan dan dipertimbangkan bersama pihak sekolah. 21


6.9 MEWUJUDKAN TABUNG SUMBANGAN UNTUK PELAJAR STAM YANG LAYAK KE LUAR NEGARA. Pembawa Usul : En Huslizan bin Ja’amat Usul : Mencadangkan untuk membuka tabung sumbangan kepada pelajar yang cemerlang dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ini adalah bertujuan menggalakkan pelajar untuk meneruskan pelajaran sampai ke peringkat STAM di sekolah ini selain membantu pelajar yang layak melanjutkan pelajaran ke luar negara. - En. Helmyazizul Bin Abdul Hamid menjawab bagi soalan yang diajukan, beliau menyatakan bahawa usul tersebut akan dibincangkan dan dipertimbangkan bersama pihak sekolah. 22


6.10 PENYEDIAAN LOKER DI DALAM BILIK DARJAH & PEMAKLUMAN AKTIVITI SEKOLAH Pembawa Usul : Pn. Norlizawati binti Mohd Noh Usul : Meminta pihak sekolah menyediakan loker untuk pelajar menyimpan buku serta memo- hon pihak sekolah untuk memaklumkan aktiviti di sekolah dengan lebih awal bagi mengelakkan kesulitan untuk mengambil anak pada waktu yang ditetapkan. - En. Helmyazizul Bin Abdul Hamid menjawab bagi soalan yang diajukan, beliau menyatakan bahawa , jika pihak sekolah menyediakan loker bagi setiap pelajar, ia mungkin akan memerlukan masa serta kos untuk melaksanakannya. Beliau mencadangkan agar pihak ibu bapa boleh mencari alternatif dengan membawa loker sendiri untuk anak ke sekolah. Beliau juga memaklumkan bahawa pihak sekolah telah merancang segala program dan aktiviti dengan baik.Juga telah memakliumkan kepada ibu bapa tentang aktiviti di sekolah melalui pengedaran surat. Namun begitu, kadangkala terdapat program yang terpaksa dilakukan secara ‘ad hoc’ yang membuatkan pemberitahuan kepada ibu bapa tidak dapat dimaklumkan dengan lebih awal. 23


6.11 PENJUALAN MAKANAN OLEH PIHAK KANTIN PADA WAKTU TENGAHARI Pembawa Usul : Pn Maslina binti Amat Ramli Usul : Meminta pihak kantin mengadakan penjualan makanan pada waktu tengahari bagi pelajar terutamanya bagi pelajar yang terlibat dengan kelas petang. - Ustaz Wan Syarifuddin bin Wan Hassan menjawab bagi soalan yang diajukan, beliau menyatakan bahawa hal ini telah dijalankan di mana pelajar perlu menempah makanan kepada pihak kantin pada sehari sebelum kejadian untuk mengelakkan pembaziran serta kerugian kepada pihak kantin. 24


8. HAL-HAL LAIN 1. KUTIPAN SUMBANGAN PIBG - Pn Nuraisyah bt Abd Aziz mencadangkan, sumbangan PIBG bagi sesi persekolahan 2023/2024 adalah sebanyak RM150.00 bagi setiap keluarga. Disokong oleh Puan Norazrin bt Sulaiman, dan dipersetujui sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat yang hadir - Keputusan : Kekal kutipan sebanyak RM150.00 ( persetujuan majoriti sebulat suara). Tindakan : Bendahari 9. UCAPAN PENANGGUHAN 9.1 YDP mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang sudi hadir demi kelangsungan pendidikan anak-anak di sekolah serta sudi memberi sokongan dalam usaha membantu pihak sekolah. YDP juga memberi saranan kepada ibu bapa sekiranya berlaku sebarang permasalahan sama ada sekolah mahupun anak-anak, maka boleh berurusan dan berbincang secara langsung kepada pihak sekolah. 9.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi. Disediakan oleh : Setiausaha PIBG SMA Al-Khairiah Segamat Tarikh : 24 JUN 2023 25


27


PENASIHAT : HJ. MOHD FAIZAL BIN AB RAHAMAN YANG DIPERTUA : ……………………………………………………….. NAIB YANG DIPERTUA : ……………………………………………………….. SETIAUSAHA : ……………………………………………………….. NAIB SETIAUSAHA : ……………………………………………………….. BENDAHARI : ……………………………………………………….. AJK IBU BAPA : 1. …..………………………………………...……….. 2. ………………………………………….………….. 3. ……………………………………………….…….. 4. …………………………….……………………….. 5. ………………………………….………………….. AJK GURU : 1. …………………………………………………….. 2. …………………………………………………….. 3. …………………………………………………….. 4. …………………………………………………….. JURUAUDIT : 1. …………………………………………………….. 2. ……………………………………………………... 29


SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA TAHUN 2023 MUMTAZ 1. ADAM AMSYAR BIN HASLIN 2. NURUL BASYIRAH BINTI MUHAMMAD SHAH JAYYID JIDDAN 1. NURUL HIDAYAH BINTI ZAMRI 2. SUMAYYAH BINTI CHE’ MOHD AMIN JAYYID :- 1. MUHAMMAD NABIL NAJWAN BIN MAZLAN 31


SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2023 10 A 1. KHADIJAH BINTI REJUAN 9 A 1. NUR AZIZAH BINTI MOHAMED 2. NUR LIYANA ALIAH BINTI MOHD FAIZAL 3. NUR NADZIRAH MARDIAH BINTI MUZAIMI 4. NURUL HUDA BINTI ZAKI 8 A 1. MUHAMMAD ZULHILMI BIN ZULKIFLI 2. SITI NUR BALQIS BINTI SH HUSSIN 3. PUTERI YASMIN NUR DINI BINTI AZLI 7 A 1. NUR NAJWA BALQIS BINTI MOHD SYAFIE 2. SITI MULIANI BINTI MOHD KHAIRUL FAUZI 4


SIJIL MENENGAH AGAMA TAHUN 2023 JAYYID JIDDAN 1. ALIYA NABEYLLA BINTI MOHD AIDI 2. NUR AZREEN BINTI ISHAK 3. NUR IZZATI BINTI NOR RASHID 33


SIJIL MENENGAH RENDAH AGAMA TAHUN 2023 MUMTAZ SUFI 1. KHAIRUL MUIZ BIN MOHD ZHAFFRI MUMTAZ :- 1. NUR ALIFA KHALEESA BINTI MOHD RASHIDEE JAYYID JIDDAN :- 1. AHMAD ADAM DARWISH BIN MAHAMAD BAKRI 2. MUHAMMAD ADAM HAIQAL BIN MOHD JEFRI 3. MUHAMMAD ADAM MIKAIL BIN MOHD ZAKRI 4. UMAR BIN CHE MOHD AMIN 5. NUR AISYAH ATIKAH BINTI AMIRUDDIN 6. NUR AISYAH DAMIA BINTI SOFYAN 7. NUR DANIA BINTI MOHD SAMSULAKHMAL 8. NUR DAYANA BATRISYA BINTI AZHAR 9. NUR MADIHAH BINTI SHARIZAN 10. NUR SYUHADAH AQILAH BINTI MOHAMAD SHARIZAN 11. NURAIN SALSABILA BINTI MOHD ZULKARNAIN 12. SITI NUR IZZAH HUSNA BINTI SH HUSSIN 34


ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN SAHSIAH TAHUN 2023 1 AL-ALUSI 1. AKID IMAN BIN MOHD FARIDZ SUNAIDI 2. NUR ADRIANA HAMIZAH BINTI MUHAMAD HIDIR 3. NUR ALYA UMAIRAH BINTI ABDUL RAHMAN 1 AL-ASY’ARI 1. SITI A’ISYAH BINTI SHAHRULNIZAM 2. ALYA ADRIANA MAISARAH BINTI AZHAM 3. NURUL AINA BALQISHA BINTI ABDULLAH 2 AL-BHAIDOWI 1. AHMAD ADAM DARWISYH BIN MAHAMAD BAKRI 2. MOHD HAIQAL BIN MOHD FAIZAL 3. NUR ALIFA KHALEESA BINTI MOHD RASHIDEE 2 AL-BAIHAQI 1. ADAM DZIKRI BIN MOHAMED FIRDAUS 2. PUTRI MELINDA BINTI MOHD FAZLI 3. AISYAH FATHONAH BINTI AHMAD FATHONI 4


ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN SAHSIAH TAHUN 2023 3 AT-TIRMIZI 1. AINUL MARDHIAH BINTI ZAHRI 2. NUR IMAN UMAIRAH BINTI NORIZWAN 3. SYARIFAH AISYAH BINTI SYED IBRAHIM 3 AT-THOBARI 1. NUR INAS IRDINA BINTI MUHAMAD JEFRRI 2. NUR UMAIRAH BATRISYIA BINTI MOHD NOR 3. NUR SYIFAA QISTINA BINTI MOHD FIRDAUS 4 AS-SYAFIE 1. NUR AZREEN BINTI ISHAK 2. NUR IZZATI BINTI NOR RASHID 3. SHARIFAH ALAWIYAH BINTI SYED AHMAD 4 AS-SYARQAWI 1. NAJLAA’ BINTI NIZAN 2. NUR RAUDHAH SHAFRIENA BINTI ABDUL RAHMAN 3. NUR IZZAH ERIEENA BINTI JOHARI 4


Dengan Tulus Ikhlas Merakamkan Ucapan Setinggi-tinggi Penghargaan Dan Terima Kasih Kepada : Al-Fadhil Ust Mohd Faizal Bin Ab Rahaman Pengetua SMA Al-Khairiah Segamat En. Helmyazizul Bin Abd Hamid YDP PIBG SMA Al-Khairiah Segamat Jakel Trading KIOSK SEMARAK Semua Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung Kali Ke-14 Semua Ibu Bapa Dan Penjaga Murid Semarak Warga SMA Al-Khairiah Segamat Dan Semua Pihak Yang Telah Memberi Sokongan Dan Sumbangan Untuk Menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SMA Al-Khairiah Segamat Kali Ke-14 Created by : che’gu_zue 4


Created by : che’gu_zue


Created by : che’gu_zue 4


Click to View FlipBook Version