BAB 4
PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI
MELAYU TIDAK BERSEKUTU
Peluasan Kuasa-kuasa British
    Negeri-negeri         Negeri-negeri    Negeri-negeri Melayu
          Selat        Melayu Bersekutu        tidak Bersekutu
a. Pulau Pinang    a. Perak              a. Perlis
b. Singapura       b. Selangor           b. Kedah
c. Melaka          c. Negeri Sembilan    c. Kelantan
                   d. Pahang             d. Terengganu
                                         e. Johor
4.1 Pemerintahan Kesultanan Melayu Di Perlis,
   Kedah, Kelantan, Terengganu Dan Johor
• Negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor
 mengamalkan sistem kesultanan dalam pemerintahan.
 → Tonggak yang sangat penting
 → Sultan sebagai puncak kuasa dan kedaulatan
 → Membawa kemakmuran
Pemerintahan Kesultanan Melayu
Negeri  Latar belakang Pentadbiran Hubungan luar Perundangan
Perlis  • Wilayah yang        • Membentuk pasukan     • Menjaga         • Berdasarkan
           terpisah dengan       pentadbiran             hubungan baik     Undang-undan
           Kedah (1842)          berwibawa yang          dengan Siam       g Kesultanan
                                 terdiri daripada                          Kedah
        • Syed Hussin            kalangan pembesar
           Jamalullail ialah     tempatan                               • Menitikberatkan
           Raja Perlis yang                                                kebajikan rakyat
           pertama            • Melantik Tuan Syed
                                 Abdullah sebagai
        • Gelaran: Phya          Raja Muda, Dato’
           Songkhram Rama        Arau (Dato’ Belat
           Wichit Willis         Paduka Seri Perdana
           Asmara Phya Pelit     Menteri) sebagai
                                 Perdana Menteri
                              • Perlis mempunyai
                                 22 buah mukim
Pemerintahan Kesultanan Melayu
Negeri  Latar belakang Pentadbiran Hubungan luar Perundangan
Kedah   • Bermula sejak abad • Diketuai oleh Sultan • Menjalinkan  • Kanun
                                                                      Undang-undang
        ke-12            dan pembesar,         hubungan baik          Kedah
        • Pusat pemerintahan disokong oleh     dengan Siam
        di Kota Bukit    undang-undang         • Berlaku dalam
        Meriam           • Diwujudkan          pelbagai cara
        • Sultan Mudzaffar pembahagian         seperti hubungan
        Shah ialah       wilayah bagi          diplomatik,
        pemerintah       membolehkan negeri pentadbiran dan
        pertama yang     ditadbir dengan       kewangan
        bergelar sultan  berkesan dan
                         diletak-kan di bawah
                         pengawasan
                         pembesar daerah
                         • Kedah mempunyai
                         128 mukim
                         - dikendalikan oleh
                         kalangan penghulu
Pemerintahan Kesultanan Melayu
Negeri Latar belakang Pentadbiran Hubungan luar Perundangan
Kelantan • Wujud sebelum abad • Sistem Jemaah  • Menjalinkan  • Undang-undang
                                                                 syarak
ke-17 & disatukan    Menteri dibentuk – hubungan
semasa pemerintahan terdiri daripada para dengan Siam,
Long Yunus           pembesar bagi             Terengganu,
• Perubahan berlaku  membantu sultan           Kedah dan
pada 1812 akibat     • Pentadbiran wilayah: Patani
perbalahan           dibahagi kepada
Kelantan-Terengganu jajahan tertentu
& pengaruh Siam      • Pentadbiran
• Sultan Muhammad    peringkat paling
I membuat            bawah dijalankan
persetia-an dengan   oleh Tok Kweng
Siam elakkan         yang dibantu imam
ancaman
Terengganu
Pemerintahan Kesultanan Melayu
 Negeri   Latar belakang            Pentadbiran           Hubungan luar     Perundangan
Tereng-  • Pengasas            • Sultan dibantu oleh      • Menjalinkan    • Berasaskan
 ganu       Kesultanan            pembesar                   hubungan         prinsip keadilan
            Terengganu –                                     dengan Siam,     Islam
            Sultan Zainal      • Sistem penghulu             Kelantan,
            Abidin I           • Pemerintahan Sultan         Patani dan    • Undang-undang
                                                             Johor            Bagi Diri
         • Merupakan negeri       Zainal Abidin III                           Kerajaan
            terakhir menerima     dibantu oleh Tengku                         Terengganu
            Penasihat British     Musa, Tuan Hitam,
                                  Che Abdul Rahim
                               • Terdapat pembesar
                                  bergelar Dato’
                                  Mata-mata
                               • Sistem Jemaah
                                  Mesyuarat Kerajaan
                                  dibentuk
                                   - memutuskan sesuatu
                                    hukuman atau
                                    perisytiharan negeri
Pemerintahan Kesultanan Melayu
Negeri Latar belakang     Pentadbiran              Hubungan luar Perundangan
Johor  • Kesultanan Johor • Maharaja Abu Bakar     • Menjalinkan   • Undang-undan
                                                                      g Tubuh
       diperintah oleh    mengasaskan sistem       hubungan           Kerajaan
                                                                      Johor
       keturunan          pentadbiran moden        dengan
       Bendahara pada • Mewujudkan Jemaah          Terengganu,
       akhir tahun 1699   Diraja Johor, Jemaah     Perak, Pahang,
       • Konflik politik  Menteri dan              Selangor,
       yang berlaku       jabatan-jabatan          Eropah dan
       membolehkan        kerajaan                 Jepun
       keturunan          • Pembesar kerajaan –
       Temenggung         Dato’ Seri Amar Diraja,
       Daeng Ibrahim      Dato’ Bentara Dalam
       menjadi pemerintah • Jawatan Menteri Besar
       Johor              dan Setiausaha
                          Kerajaan diwujudkan
                          bagi melicinkan
                          pentadbiran
Buku Latihan m/s 48
Sistem pentadbiran yang dilaksanakan di Perlis, Kedah, Kelantan,
Terengganu dan Johor merupakan sistem pentadbiran yang tersusun dan
sistematik di mana raja atau sultan dibantu oleh pembesar tempatan.
Pada pendapat anda, adakah pentadbiran yang sistematik adalah penting
untuk kemajuan sesebuah negara?
• Ya. Pentadbiran yang teratur dan sistematik memberikan kelancaran
 dalam urusan pentadbiran sesebuah negara. Kerajaan Perlis, Kedah,
 Kelantan, Terengganu dan Johor mengamalkan sistem pembesar empat
 lipatan. Melalui sistem ini, setiap pembesar diberi tugas dan
 tanggungjawab bagi melicinkan pentadbiran kerajaan. Tanpa sistem
 pentadbiran ini, kerajaan akan menjadi lemah.
Buku Latihan m/s 49
Pemerintah negeri-negeri Melayu juga bijak dalam melakukan hubungan
luar terutamanya dengan Siam.
Mengapakah wujudnya hubungan luar tersebut?
• Supaya tidak diganggu gugat oleh kuasa luar seperti Burma
• Kuasa-kuasa luar dapat mengiktiraf kedudukan negeri-negeri Melayu
Buku Latihan m/s 49
Terangkan kepentingan kestabilan politik dalam mewujudkan keamanan
negara.
• Kestabilan politik penting dalam mewujudkan keamanan negara kerana
 tanpa politik yang stabil, akan menyebabkan wujudnya keganasan
 yang boleh mencetuskan peperangan dan akhirnya merugikan banyak
 pihak serta orang awam yang tidak berdosa.
4.2 Perluasan Kuasa British Di Perlis, Kedah,
                 Kelantan Dan Terengganu
• Sebelum kehadiran British, negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu berhadapan
 dengan pengaruh Siam
• Pada abad ke-19, hubungan antara British dengan Siam meninggalkan kesan besar
 kepada negeri-negeri ini.
• Kedudukan strategik dan kemakmuran negeri-negeri ini menarik perhatian British.
• British tidak akan mampu untuk meluaskan kuasanya selagi negeri-negeri ini berada di
 bawah naungan Siam.
Faktor   a. Kedudukan yang  • Kedudukan Perlis, Kedah, Kelantan & Terengganu
Peluasan  Strategik               penting kepada perdagangan British.
 Kuasa    b.Menghalang       • Kelantan & Terengganu strategik di laluan
          Kemasukan Kuasa         perdagangan di antara Siam dan Singapura
          Barat Lain
                             • Perlis, Kedah, Kelantan & Terengganu menjadi
                                  penampan usaha kuasa Barat lain untuk campur
                                  tangan.
                             • Kuasa Barat seperti Perancis, Jerman, Amerika
                                  Syarikat & Rusia cuba meluaskan kuasa di sekitar
                                  negeri Melayu Utara.
                             • British perlu menguasai negeri² ini untuk menghalang
                                  kemaraan kuasa Barat tersebut.
                             • Kemaraan kuasa Barat yang ingin menguasai bahan
                                  mentah mencabar penguasaan British di NNM
                             • JERMAN → Pulau Langkawi
                             • AMERIKA SYARIKAT → Terengganu
                             • PERANCIS → Segenting Kra
                             • RUSIA → Ujung Salang
•Amerika Syarikat inginkan konsesi tanah
 perlombongan di Terengganu.
•Perancis merancang membuat sebuah terusan
 melintasi Segenting Kra dengan matlamat
 mengancamkan perdagangan dan Kedudukan
 Singapura sebagai pelabuhan antarabangsa.
•Rusia ingin membuka petempatan di Ujung
 Salang
•Jerman cuba menguasai Pulau Langkawi.
Faktor   c. Kemakmuran dan   • Kedah & Perlis → Hasil pertanian & penternakan
Peluasan  Kekayaan Sumber          menjadi sumber makanan yang diperlukan bagi
          Hasil                    memenuhi permintaan penduduk Pulau Pinang.
 Kuasa
          d. Menghubungkan    • Kelantan & Terengganu:
          Burma dengan Pulau       → Aktiviti pembuatan seperti pertukangan &
          Pinang                       pembinaan kapal menjadi sangat penting.
                                   → Pembekal barang dagangan kepada pedagang
          e. Beban Orang               Singapura.
          Putih
                              • British berhasrat menghubungkan Burma dengan
                                   Pulau Pinang & Singapura.
                              • Pembinaan jalan raya, kereta api & telegraf di
                                   antara Burma & P. Pinang membolehkan British
                                   mempunyai rangkaian terus perhubungan dgn India
                              • Penting bagi perdagangan & keselamatan British.
                              • Siam melakukan kekejaman terhadap negeri
                                   Perlis, Kedah, Kelantan & Terengganu.
                              • Bagi mewajarkan tindakannya, British
                                   menggunakan slogan “Beban Orang Putih” dalam
                                   usaha meluaskan kuasanya.
Strategi Peluasan Kuasa British Di Perlis, Kedah,
                Kelantan Dan Terengganu
• British meluaskan kuasa di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu secara
 berperingkat-peringkat.
• Negeri-negeri ini berada di berada di bawah naungan Siam, tindakan agresif akan
 menimbulkan masalah.
• British menggunakan strategi perjanjian untuk memastikan kejayaannya.
Ke Arah Perjanjian Bangkok 1909
1. Perlis, Kedah, Kelantan  2. Negeri-negeri ini adalah     3. Siam menganggap
& Terengganu mempunyai       di bawah naungan Siam         hantaran bunga emas &
hubungan rapat dengan
                                   & dikehendaki             perak sebagai tanda
             Siam           menghantar bunga emas        ketaatan serta kepatuhan
                              & perak setiap 3 tahun             kepada Siam
                                        sekali
    4. Negeri-negeri ini    5. Pengaruh Siam ke atas
menganggap penghantaran     negeri-negeri ini kurang
   bunga emas & perak         menyenangkan pihak
       sebagai tanda                  British.
       persahabatan
Ke Arah Perjanjian Bangkok 1909
6. Matlamat utama British  7. British menggunakan
  → memastikan laluan      strategi perjanjian untuk
  perdagangan di antara
 India & China selamat         meluaskan kuasa
                            - konfrontasi secara
                              bersemuka akan
                                merugikannya
  8. Sejak 1826, terdapat    9. Melalui Perjanjian
    beberapa perjanjian     Bangkok 1909, British
                           berjaya meluaskan kuasa
 melibatkan British-Siam   di Perlis, Kedah, Kelantan
yang menyentuh hal ehwal
                                  & Terengganu
       negeri Melayu
Siri Perjanjian British-siam yang Melibatkan
          Negeri-negeri Melayu Utara
Perjanjian  • Ditandatangani pada 6 April 1897.
Sulit 1897  • British mahu memastikan tidak ada kuasa lain meluaskan
             pengaruhnya ke atas Kedah, Kelantan & Terengganu.
            • British mengakui hak pertuanan Siam ke atas negeri tersebut.
Perjanjian  • Ditandatangani pada 29 November 1899.
Sempadan
            • Menetapkan sempadan di antara sempadan negeri Perak, Kelantan,
   1899      Terengganu, Pahang & Kedah.
            • Menyelesaikan masalah sempada antara Perak (British) & Reman
             (Siam).
Siri Perjanjian British-siam yang Melibatkan
          Negeri-negeri Melayu Utara
Perjanjian  • Ditandatangani pada 6 Oktober 1902.
   1902     • Siam akan mengawal hubungan luar negeri Kelantan & Terengganu.
            • Negeri-negeri ini tidak boleh menyerahkan konsesi kepada kuasa asing
              tanpa izin Siam.
            • Merupakan langkah penting bagi peluasan kuasa British di NNMU.
Perjanjian  • Ditandatangani pada 10 Mac 1909.
 Bangkok
            • Memberi kesan besar kepada negeri-negeri Melayu Perlis, Kedah, Kelantan
   1909       & Terengganu.
            • Membuka laluan kepada British untuk menguasai negara kita tanpa
              gangguan daripada kuasa luar yang lain.
Rentetan Peristiwa Perjanjian Bangkok 1909
              April 1907                   Jun 1907                        13 September 1907
Selepas Perjanjian Perancis-Siam,  Pejabat Tanah Jajahan             Strobel menemui Menteri
British mula mengadakan            membenarkan usaha                 Dalam Negeri Kerajaan Siam,
rundingan dgn Siam.                perundingan ini.                  iaitu Putera Damrong bagi
                                                                     menyampaikan hasrat British.
Perjanjian diusahakan oleh
Penasihat Am bagi kerajaan Siam,
E. H. Strobel dgn Ralph Paget,
wakil British di Bangkok.
      November 1907                 Januari 1908 – Januari 1909                  10 Mac 1909
Hasrat tersebut                    Draf perjanjian dirangka pada     Perjanjian ditandatangani antara
disampaikan kepada Raja            Januari 1908 & dipersetujui pada  wakil British, Ralph Paget dgn
Siam.                              bulan Januari 1909.               wakil Siam, Putera Dewawongse
                                                                     Varaprakar, iaitu Menteri Hal
                                                                     Ehwal Luar Kerajaan Siam.
Kesan Perjanjian Bangkok 1909
• Melalui Perjanjian Bangkok 1909, negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan
 Terengganu diserahkan oleh Siam kepada British.
• Negeri-negeri tersebut menerima seorang Penasihat British.
• Pada peringkat awal, Kelantan dan Terengganu menolak kehadiran penasihat ini.
• Menampan usaha dan cita-cita kuasa Barat lain untuk bertapak di Tanah
 Melayu.
• Memperlengkapkan cita-cita British untuk menguasai seluruh Tanah Melayu.
Negeri Melayu Raja/Sultan yang memerintah  Penasihat
Perlis      Raja Syed Alwi                 Kapten Meadowe Frost
Kedah Sultan Abdul Hamid Halim Shah George Maxwell
Kelantan    Raja Muhammad IV               J. S. Mason
Terengganu  Raja Muhammad II               J. L. Humphreys
Beberapa siri perjanjian yang melibatkan Negeri-negeri Melayu Utara
    dilakukan antara British dengan Siam.
   Apakah kesan daripada perjanjian-perjanjian tersebut?
• Menampan usaha dan cita-cita kuasa Barat lain untuk bertapak di Tanah
 Melayu.
• Memperlengkapkan cita-cita British untuk menguasai seluruh Tanah
 Melayu.
Sebagai seorang murid, apakah iktibar yang boleh diperoleh daripada
   peluasan kuasa British ke atas negeri-negeri Melayu?
Kita haruslah mempunyai semangat untuk berusaha
bersungguh-sungguh dalam mencapai matlamat walaupun kadangkala
ia agak mustahil untuk dicapai seperti mana yang dilakukan oleh British
untuk menguasai negeri-negeri Melayu daripada naungan Siam.
4.3 Peluasan Kuasa British di Johor
• Sebelum campur tangan British, Johor sudah mempunyai sistem pemerintahan dan
 pentadbiran yang teratur.
• Johor telah mencapai tahap kemakmuran yang tinggi.
• Keadaan ini didorong oleh kebijaksanaan Johor membangunkan negeri sehingga British
 tidak mempunyai sebarang alasan meluaskan kuasa ke Johor.
• Penguasaan British terhadap Singapura menyebabkan kedudukan Johor terancam.
Kemajuan dan Kemakmuran Johor
Faktor    Perkembangan pesat dalam ekonomi komersial terutamanya dalam
Kemajuan  sektor pertanian.
Johor
          Kebijaksanaan dan kecekapan pemerintah.
          Pemodenan Johor dalam pelbagai bidang seperti pentadbiran,
          infrastruktur dan sosial yang membawa kemajuan dan kemakmuran
          yang menyeluruh.
          Kemunculan golongan pentadbir yang komited dan menjalankan tugas
          dengan berkesan bagi memakmurkan ekonomi Johor.
Kemajuan dan Kemakmuran Johor
Kesan         British tidak mempunyai alasan untuk campur tangan di Johor.
Kemajuan dan
Kemakmuran
Johor
              Kedaulatan Johor kekal sehingga tahun 1914.
Strategi British Menguasai Johor
• British mula merangka strategi untuk menguasai Johor apabila ekonomi Johor kian
 berkembang maju.
• British bimbang kerana sebagai sebuah negeri bebas, Johor menjalinkan hubungan
 dengan kuasa-kuasa Barat yang lain.
• British meluaskan kuasa ke atas Johor melalui perjanjian dan manipulasi.
Strategi British Menguasai Johor
Perjanjian • Ditandatangani antara Sultan Ali dengan Temenggung Ibrahim.
   1855 • Menyatakan sekiranya jajahan Kesang hendak dijual oleh sultan,
                  Kesang hendaklah terlebih dahulu ditawarkan kepada British.
Perjanjian  • Ditandatangani antara Johor dengan British.
Setia 1855
            • Menyebut bahawa Johor hanya akan menerima seorang ejen
             yang peranannya menyamai seorang pegawai Konsul dan lebih
             rendah daripada Penasihat.
            • Hal ehwal luar dikawal oleh British.
Strategi British Menguasai Johor
Manipulasi  • Pada 1879, Gabenor Negeri-negeri Selat mencadangkan kepada
  British     British untuk menempatkan Residen di Johor.
            • Secara terancang, British berusaha memanipulasi kedudukan kewangan
              Johor dengan menawarkan pinjaman sebanyak 200 000 dolar kepada
              Johor bagi membiayai pembinaan kereta api.
            • Usaha ini tidak berjaya apabila cadangan tersebut tidak diterima kerana
              kesannya akan menjejaskan ekonomi Johor.
Perjanjian  • Sultan Ibrahim menandatangani perjanjian dengan Sir Arthur
  12 Mei     Henderson Young, Gabenor Negeri-negeri Selat.
   1914
            • Jawatan Konsul yang sebelumnya ditempatkan di Johor ditukarkan
             kepada Penasihat Am British.
Strategi British Menguasai Johor
                      Kesan
Douglas Graham     Taraf Johor ditukar  Perkembangan ini     Pihak British
Campbell dilantik    daripada negeri    tidak menjejaskan  masih mengakui
sebagai Penasihat    yang bebas dan     kedudukan Sultan    kedudukan dan
                    berdaulat kepada                       kedaulatan sultan
    Am British       sebuah negeri             Johor
 pertama di Johor   naungan British
Strategi British Menguasai Johor
Pengajaran    Sikap jujur dalam menjalankan
atau iktibar   tugas dan tanggungjawab oleh
              pembesar Johor sangat penting
               dalam memastikan kedaulatan
                     Johor terus terjamin
               Kewibawaan pemimpin amat
              penting dalam memperjuangkan
                        maruah bangsa
Strategi British Menguasai Johor
Mengapakah kewibawaan pemimpin penting dalam memperjuangkan maruah
bangsa?
Berikan rumusan anda.
• Pemimpin yang berwibawa mampu menjadikan sebuah negara
 makmur sekali gus mengekalkan kedaulatan negara tersebut.
 Hal ini akan menjadi contoh kepada rakyat dan memberi semangat
 kepada rakyat untuk berkorban demi mempertahankan negara
 daripada penjajahan.
4.4 Sistem Pentadbiran Negeri-negeri Melayu
                         Tidak Bersekutu
• Perjanjian Bangkok 1909 membawa perubahan penting dalam sejarah di negeri-negeri
 Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
• Pada tahun 1914, kedudukan Johor berubah apabila menerima Penasihat Am British.
• Kelima-lima buah negeri ini dikenal sebagai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Latar Belakang
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
                   Latar Belakang NNMTB
Pentadbiran bersifat longgar yang tidak ditadbir sebagai satu unit pentadbiran
yang tunggal.
Tidak ada perjanjian khas bagi mewujudkan “gabungan” ini, sebaliknya lebih
bersifat membezakan pentadbiran negeri² ini dengan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu (NNMB).
Diletakkan di bawah kawalan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu
Bersekutu selaku Gabenor Negeri-negeri Selat.
Latar Belakang NNMTB
Raja di NNMTB mempunyai kuasa yang lebih besar berbanding
dengan kuasa raja di NNMB.
Kelima-lima buah negeri ini tetap kedudukannya sebagai
negeri-negeri Melayu pemerintahan beraja yang bebas dan
mempunyai kuasa autonomi.
Usaha British untuk menggabungkan kedua-dua sistem pentadbiran
turut gagal kerana adanya tentangan daripada raja Melayu NNMTB.
Pentadbiran NNMTB yang berasingan dengan NNMB berterusan
hingga Perang Dunia Kedua.
Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
Penasihat British terlibat secara langsung  Majlis Mesyuarat Negeri menjalankan
dalam pentadbiran dan turut melibatkan      pentadbiran yang dipengerusikan oleh raja.
pembesar tempatan.
Pentadbiran di
      Perlis
Kakitangan awam terdiri daripada orang      Setiausaha Kerajaan merupakan pegawai
Melayu. Pada 1931, hanya terdapat 3         tadbir terpenting.
orang pegawai Eropah dalam pentadbiran
di Perlis.
Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
Penasihat British terlibat secara langsung  Kedah tidak akan diserahkan kepada mana-mana
dalam pentadbiran yang turut melibatkan     negeri lain tanpa keizinan bertulis dibuat oleh
pembesar tempatan.                          sultan dalam Majlis Mesyuarat Negeri. Majlis
                                            Mesyuarat Negeri menjalankan pentadbiran
                                            yang diwujudkan sejak tahun 1905.
Pentadbiran di
     Kedah
Kakitangan perkhidmatan awam terdiri        Setiausaha Kerajaan merupakan pegawai
daripada orang Melayu yang berkebolehan. tadbir terpenting.
Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
Penasihat British terlibat secara langsung  Sultan mempengerusikan Majlis
dalam pentadbiran dan turut melibatkan      Mesyuarat Negeri dan Penasihat British
pembesar tempatan.                          merupakan anggota Majlis.
Pentadbiran di
   Kelantan
Kakitangan perkhidmatan awam terdiri        Menteri Besar memainkan peranan penting
daripada orang Melayu. Pegawai Eropah       dalam pentadbiran negeri.
dihadkan memegang jawatan tertentu
sahaja.
Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
                            Pentadbiran di Terengganu
Pentadbiran negeri berlandaskan Undang-undang Bagi       Majlis Mesyuarat Negeri
Diri Kerajaan Terengganu yang diluluskan pada tahun         dan Jemaah Menteri
                                                               diwujudkan bagi
                              1911.
                                                         melaksanakan pentadbiran
     Undang-undang ini       Penasihat British terlibat             kerajaan.
    menetapkan bahawa          secara langsung dalam
ketetapan atau perundangan  pentadbiran dan melibatkan    Kakitangan perkhidmatan
 yang dilaksanakan tidak                                    awam terdiri daripada
                                pembesar tempatan.
       boleh dipinda.                                    orang Melayu. Penglibatan
                                                         pegawai Eropah dihadkan
                                                              dalam pentadbiran.
Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
                         Pentadbiran di Johor
Berlandaskan Undang-undang Kerajaan Tubuh Kerajaan    Majlis Mesyuarat Menteri
                            Johor 1895.                  dan Majlis Mesyuarat
                                                        Negeri membantu sultan
                                                       menjalankan pentadbiran.
Sultan tidak dibenarkan  Pentadbiran dijalankan oleh   Orang Eropah dan Melayu
menyerahkan negerinya    Menteri Besar. Setiausaha    dalam perkhidmatan kerajaan
                                                      Johor dilayan sama taraf dan
  kepada kuasa asing.       Negeri terdiri daripada   keutamaan diberikan kepada
                         orang Melayu yang menjadi
                                                            orang Melayu yang
                           jurucakap kerajaan yang    berkelayakan bagi memegang
                                      rasmi.
                                                           jawatan pentadbiran
Cuti  Kesan Langsung Perkembangan Sejarah
Umum     Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
           • Selepas mencapai kemerdekaan, ketetapan diambil untuk mengekalkan hujung
             minggu pada hari Ahad.
           • 5 buah NNMTB mengekalkan hari Jumaat sebagai cuti mereka.
           • Pada 1994, kerajaan Perlis dan Johor menukar hari kelepasan amnya daripada
             hari Jumaat kepada hari Ahad.
           • Pada 2014, kerajaan Johor kembali menjadikan hari Jumaat sebagai cuti umum.
Askar Timbalan  • Dikenali dengan nama Johor Military Force (Askar Timbalan Setia
  Setia Negeri    Negeri).
      Johor
                • Ditubuhkan pada 1885 sewaktu pemerintahan Sultan Ibrahim ibni Sultan
                  Abu Bakar. Baginda menerima saranan British agar memiliki sebuah
                  pasukan tentera sendiri bagi melindungi institusi diraja negeri Johor.
                • Memberikan perkhidmatan menjaga keselamatan Sultan dan negeri
                  Johor, terlibat dalam perbarisan bersempena dengan ulang tahun raja di
                  England pada tahun 1906.
                • Pasukan tentera ini terus kekal relevan hingga hari ini.
Perkembangan Pentadbiran
     Pengekalan Kedudukan Sultan
• Perubahan yang berlaku dalam sistem pentadbiran di NNMTB tidak mengubah
 kedudukan sultan.
• Sultan masih kekal sebagai puncak kuasa dalam pentadbiran negeri.
• Sultan masih mempunyai kuasa terutama dalam hal berkaitan dengan agama Islam dan
 adat istiadat Melayu.
• Kedudukan pembesar turut dikekalkan meskipun bidang tugasnya telah berubah.
• Pembesar tidak lagi mengutip cukai dan pajak seperti sebelum ini, sebaliknya diberikan
 elaun dan pencen.
Perkembangan Pentadbiran
 Penerusan Sistem Pentadbiran Tradisional
• Sistem pentadbiran tradisional seperti sistem Jemaah Menteri dan Majlis Negeri dan
 peraturan yang terdapat dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan diteruskan.
• Pembesar Melayu menjadi peneraju sistem pentadbiran negeri.
• Pihak British turut membantu melalui peminjaman pegawai daripada perkhidmatan awam
 NNMB dan Negeri-negeri Selat.
• Negeri-negeri ini mempunyai sistem perkhidmatan awamnya sendiri.
• Kerajaan Kedah membuat perjanjian dengan kerajaan British yang menyatakan bahawa
 semua jawatan perkhidmatan awam hendaklah diisikan dengan pegawai Melayu Kedah.
Perkembangan Pentadbiran
Pengenalan Birokrasi Barat
• Penasihat British menentukan dasar pentadbiran negeri sehingga mengurangkan kuasa
 sultan dan pembesar.
• Jabatan-jabatan baharu diperkenalkan di setiap negeri.
• Pasukan polis diwujudkan.
• Urusan pentadbiran negeri mula mengamalkan cara Barat, mahkamah sivil diperkenalkan
 dan pegawai-pegawai Barat turut dibawa masuk sebagai pegawai pentadbiran kerajaan.
Rumusan
Perluasan kuasa British di NNMTB menyebabkan sistem
pentadbiran mengalami perubahan.
Pembentukan Sistem Penasihat British menjadi asas penting
peluasan kuasa British di negeri-negeri ini.
Kuasa sultan semakin terhakis walaupun kedaulatan negeri
masih dipegang oleh sultan.
Pembaharuan dan sistem pentadbiran yang sistematik menjadi
penentu kepada kemajuan dan pembangunan negara.
