Kesihatan Dan Perpaduan
MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
PUAN JARIAH BINTI ABDULLAH
DET2C
NAMA NO.PENDAFTARAN
MUHAMMAD FARHAN KHUZAIRI BIN NORAIDI 06DET20F1036
MUHAMMAD FARIZ BIN KAMAL BAHREN 06DET20F1012
MUHAMMAD ZUL AKMAL RIZAL BIN ABD HADI 06DET20F1006
ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
PENGHARGAAN
PENDAHULUAN 01
KEBERSIHAN DAPAT MEMUPUK PERPADUAN ANTARA MASYARAKAT 02
ANTARA KAUM 03
MASALAH KESIHATAN YANG DIHADAPI DAPAT DISELESAIKAN DENGAN 05
SEMANGAT PERPADUAN KAUM
07
FAKTOR KESIHATAN MEMPENGARUHI SEMANGAT PERPADUAN KAUM
KEPENTINGAN KESIHATAN DALAM KEHIDUPAN BERMASYRAKAT 11
PERPADUAN KAUM MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN EKONOMI 13
KESIMPULAN 16
PENGHARGAAN
Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmatnya dapat kami
menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya .Kami menjulang sepenuh
perhargaan kepada Puan Jariah Binti Abdullah,Pensyarah Matapelajaran Penghayatan Etika
Dan Peradaban (MPU21032), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada
kami.Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini
berlangsung.Selain itu,tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi
sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini.Akhir
kata,kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak
membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan
tugasan ini berjalan.Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan
tugasan ini .Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh ahli kumpulan ternyata membuahkan
hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang diberi ini.Tanpa bantuan dari semua
pihak,tidak mungkin kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.
1
PENGENALAN
Malaysia mempunyai pelbagai kaum yang hidup dalam kominiti yang aman
dan harmoni.Kepelbagaian kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India yang
hidup bagai aur dengan tebing menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
yang unik di rantau ini. Oleh itu, bagi memupuk perpaduan bagi masyarakat
Malaysia, kesihatan dan kesejahteraan diri harus diperkukuhkan. Perpaduan
dalam kalangan masyarakat Malaysia sangat penting bagi menjamin
kesihatan dan hidup yang harmoni serta hidup yang sihat.
2
Kebersihan dapat memupuk perpaduan
antara masyarakat antara kaum
Kebersihan merupakan separuh daripada iman. Nilai kebersihan yang rendah boleh
memecahbelahkan perpaduan kaum di di Malaysia. Keadaan persekitaran yang kotor
sehingga menyebabkan bau busuk dan menarik perhatian haiwan liar akan
mendatangkan masalah kesihatan kepada masyarakat terutamanya kepada penduduk
yang tinggal berjiran. Isu sampah dibuang merata-rata akan membawa kepada
peningkatan penyakit seperti kes aedes kerana pembiakkan nyamuk aedes meningkat di
kawasan air yang bertakung.
3
Selain itu, sampah yang bersepah juga akan menarik perhatian haiwan liar termasuk ular
dan tikus yang akan menyebabkan masalah kesihatan dan juga menjejaskan keselamatan
penduduk.
Begitu juga dengan kebersihan di dalam kampus. Kebersihan memainkan peranan yang
amat penting agar pelajar dapat belajar dengan selesa dan para pensyarah dapat mengajar
dengan lebih tenang dan selesa.Ini kerana, jika tahap kebersihan teruk maka akan
menyebabkan suasana pembelajaran tidak selesa dan akan menganggu pelajar dan
pensyarah. Bayangkan jika anda pergi ke kelas yang penuh dengan sampah sarap dan kotor.
Anda semestinya tidak akan selesa untuk belajar terutamanya jika ia merupakan sampah
lembab, yang akan mendatangkan bau yang tidak menyenangkan. Hal ini juga boleh
merenggangkan hubungan pelajar dan pensyarah kerana pensyarah terpaksa meminta
pelajar supaya membersihkan kelas. Oleh itu, para pelajar hendaklah menjaga kebersihan
sekeliling agar hubungan antara pelajar dan pensyarah dapat dijaga dengan baik.
4
Masalah kesihatan yang
dihadapi dapat
diselesaikan dengan
semangat perpaduan kaum
Dałam sektor ekonomi,ahli perniagaan sama ada
Melayu,Cina atau India yang dermawan turut
memberikan sumbangan besar dałam
kesihatan.Mereka berganding bahu bersama
masyarakat dałam menjayakan satu program
sumbangan kebajikan kepada yang
memerlukan.Contohnya,memberikan perkhidmatan
perbuatan,keperluan asas harian dan sedikit bantuan
kewangan kepada masyarakat yang memerlukan.
Selain iłu, ahli perniagaan turut memberi pendedahan
berkaitan kesihatan bagi memupuk kesedaran di
kalangan masyarakat berbilang kaum.Hal ini,dapat
memperkukuh perpaduan masyarakat serta
mengelakkan daripada penularan penyakit berjangkit
dan sebarang penyakit kronik dan dapat meningkatkan
kesejahteraan rakyat.
5
Aspek perpaduan dan kesihatan kekal
sebagai teras utama dalam
membangunkan sebuah negara yang
maju. Penambahbaikan dalam
penjagaan kesihatan ditumpukan
kepada menangani keperluan penduduk
yang kurang mendapat
perkhidmatan,menambahbaik sistem
penyampaian kesihatan ditumpukan
kepada menangani keperluan penduduk
yang kurang mendapat
perkhidmatan,menambah baik sistem
penyampaian kesihatan untuk
meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan dan mempergiat
kerjasama dengan sektor swasta dan
NGO.
6
Faktor kesihatan mempengaruhi
semangat perpaduan kaum
Kajian menunjukkan bahawa majoriti remaja B40 yang tinggal di kawasan perumahan rakyat
mengakui bahawa mereka merasa gembira berkawan dengan rakan yang berlainan bangsa
iaitu mereka mengakui bahawa mereka dan jiran-jiran di sekeliling mereka saling hormat
menghormati antara satu sama lain dan boleh bertolak ansur dengan rakan-rakan yang
berlainan bangsa. Hasil kajian ini dilihat selari dengan kajian yang dijalankan oleh Ruth et al
(2016) yang mendapati bahawa majoriti responden yang terlibat dalamkajian mereka
menunjukkan rasa selesa menjalankan tugasan merentas kaum, suka bergaul dengan rakan
yang berlainan kaum.
7
Manakala berdasarkan analisis regresi berganda yang dijalankan secara stepwise dengan
menggunakan sampel kajian sejumlah 244 orang remaja, hasil kajian mendapati 4 faktor yang
mempengaruhi semangat perpaduan dalam kalangan remaja B40 yang tinggal di kawasan
perumahan rakyat iaitu kesihatan diri, tingkah laku prososial, hubungan kejiranan dan semangat
cintakan Malaysia.
Berdasarkan analisis yang telah dijalankan,secara signifikan , keputusan kajian menunjukkan
bahawa kesihatan diri menyumbang sebanyak 29.0 peratus varians terhadap semangat
perpaduan dalam kalangan remaja B40 yang tinggal di Kawasan perumahan rakyat. Keputusan
kajian ini menunjukkan bahawa faktor kesihatan diri merupakan petunjuk utama yang
mempengaruhi semangat perpaduan dalam kalangan remaja B40 yang tinggal di kawasan
perumahan rakyat.
8
Manakala kombinasi kesihatan diri dan tingkah laku prososial menyumbang sebantak 6.6%
perubahan tambahan terhadap semangat perpaduan. Manakala faktor hubungan kejiranan dan
semangat cintakan Malaysia pula menyumbang sebanyak 3.1% dan 1.4% varians terhadap
semangat perpaduan.
Kombinasi keempat-empat faktor peramal tersebut telah menyumbang sebanyak 40.1% varians
terhadap semangat perpaduan dalam kalangan remaja B40 yang tinggal di tinggal di kawasan
perumahan rakyat. Oleh itu, bagi menambah baik dan meningkatkan semangat perpaduan dalam
kalangan remaja B40 yang tinggal di kawasan perumahan rakyat, maka faktor-faktor seperti
kesihatan diri, tingkah laku prososial, hubungan kejiranan dan semangat cintakan Malaysia perlu
dipertingkatkan melalui program-program yang dianjurkan oleh pihak tertentu.
9
Ini kerana semangat perpaduan merupakan aspek penting kerana dapat menyemai dan menggambarkan
penyatuan nilai-nilai mumi yang perlu dihayati bersama dalam kalangan masyarakat yang terdiri daripada
pelbagai lapisan golongan kaum dan etnik di Malaysia. Hasil dapatan kajian ini juga dilihat menambah kepada
pemboleh ubah baharu yang berhubungan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi bidang ilmu berkaitan
dengan perpaduan dalam kalangan masyarakat.
10
Kepentingan Kesihatan Dalam
Kehidupan Bermasyarakat
Kesihatan yang baik adalah penting untuk meningkatkan
kualiti hidup. Oleh itu, Kerajaan terus komited untuk
mencapai akses sejagat kepada penjagaan kesihatan
berkualiti dalam tempoh Rancangan dengan
meneruskan usaha untuk menambah baik asas sistem
kesihatan. Setiap rakyat Malaysia akan mempunyai
akses yang sama kepada perkhidmatan penjagaan
kesihatan berkualiti pada kos yang berpatutan yang
disediakan oleh penyedia perkhidmatan awam atau
swasta. Aspirasi ini akan direalisasikan melalui
meningkatkan sokongan yang bersasar, khusunya bagi
masyarakat yang kurang mendapat akses kepada
perkhimatan. Akses kepada penjagaan kesihatan yang
berkualiti, terutamanya di kawasan dan masyarakat
yang kurang mendapat liputan di bandar dan luar
bandar akan diperluas.
11
Ini termasuk peluasan perkhidmatan kepada isi in dan berpendapatan rendah, rang A 1
di Semenanjung Malaysia, dan kawasan luar bandar dan pedalaman di Sabah dan
Sarawak.
Langkah ini termasuk menempatkan lebih ramaİ pakar dalam bidang perubatan dan
kesihatan serta personel berkemahiran, mewujudkan lebih banyak kemudahan penjagaan
kesihatan di kawasan yang amat memerlukan, dan mengembangkan program jangkauan
kesihatan. Sebagai contoh, pasukan penjagaan kesihatan bergerak, perkhidmatan doktor
udara, dan sukarelawan kesihatan kampung akan diperluas di kawasan pedalaman.
12
Perpaduan Kaum
mempengaruhi
Perkembangan Ekonomi
Seperti yang kita sedia maklum,
jika ada masyarakat yang sakit
sudah tentu klinik atau hospital
yang akan menjadi tempat
kunjungan untuk memeriksa
masalah kesihatan dan
mandapatkan ubat. Tidak kira
apa bangsa klinik dan hospital
akan menjadi tempat rujukan
setiap rakyat dalam
mendapatkan rawatan terhadap
masalah kesihatan yang
dihadapi. Begitu juga dengan
pegawai yang bertugas sama
ada doktor, jururawat, pembantu
hospital dan semua kakitangan
hospital akan memastikan
pesakit yang datang akan
diberikan rawatan.
13
Suasana ini berlaku di semua klinik dan hospital di Malaysia dan ianya sesuatu yang menjadi detik
perpaduan dikalangan rakyant yang mesti diteruskan malah dibanggakan. sebagai doktor ataupun
jururawat, mereka tetap akan merawat pesakit yang datang walaupun berlainan bangsa dan agama
kerana itulah tugas mulia yang harus semua rakyat berbangga khususnya ketika sesuatu wabak
penyakit berjangkit melanda negara.
Oleh itu, masyarakat tidak perlu bimbang hidup dalam negara Malaysia kerana rakyatnya yang tidak
membezakan bangsa serta agama dalam segala urusan. Masyarakat tidak perlu takut untuk
berinteraksi dengan bangsa yang berbeza kerana kerajaan sentiasa memupuk sifat bertolak ansur dan
saling menghormati antara satu sama Iain. Dalam kes ini, kita dapat bekerjasama dalam
mengurangkan penularan penyakit berbahaya.
15
Kesimpulan
Ikatan persefahaman antara pelbagai kaum yang menjadi
tugu penggerak negara yang terpenting.Ikatan ini bukan
terbina hanya sekelip mata sahaja ianya memakan masa
yang begitu lama.Bagi mewujudkan perpaduan, generasi
kita kini seharusnya peka dengan Rukun Negara dan
menghayati erti yang sebenarnya kewujudan Rukun
Negara.Ini kerana Rukun Negara bukan hanya untuk dihafal
atai diikrarkan dan diterapkan dalam kejidupan seharian
warganegara Malaysia .Semangat Rukun Negara ini perlu
diteruskan kerana ia sangat relevan dalam menangani krisis
negara tidak kira ancaman daripada dalam dan luar
negara.Dengan berpegang teguh kepada prinsip Rukun
Negara mampu menjadi rakyat Malaysia yang bersatu padu,
kukuh, berwibawa bagi menghadapi apa sahaja cabaran.
16
SUMBER RUJUKAN
BIL RUJUKAN
1.
2. http://eiournal.ukm.my/ebangi/article/download/26777/8232
3. https://www.google.com/search?q=RMK+MENINGKATKAN+KESEJAHTE
RAAN+RAKYAT&aqs=chrome..69i57.16492iOi7&sourceid=chrome&ie=U
4. TF-8
https://www.utusanborneo.com.my/2019/05/15/program-kesihatan-
berupaya-perkukuh-perpaduan-komuniti-kata-ibrahim
https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.jpnin.gov.
my%2Fms%2Fnegeri-sembilan%2Fkeratan-akhbar%2Fpupuk-semangat-
perpaduan-
kaum&psig=AOvVaw24Nfvw_AGmvTNbyODPJ0pZ&ust=162003170535
2000&source=images&cd=vfe&ved=2ahUKEwjIzezDzqrwAhXPB7cAHQ
WbAZQQr4kDegQIARB-