The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norazlahmdjaafar, 2021-09-12 03:09:31

TEKS PENGACARA MAJLIS Pn. Hjh. Fadilah1

TEKS PENGACARA MAJLIS Pn. Hjh. Fadilah1

TEKS PENGACARA MAJLIS MERAIKAN HARI AKHIR PERKHIDMATAN AWAM ZAKI
PN. HJH. FADILAH BT AHMAD
( PEMBANTU TADBIR SEKTOR PEMBANGUNAN MURID PPD TANGKAK )

1. PENGUMUMAN KETIBAAN TETAMU
Mengumumkan ketibaan Puan Hjh. Fadilah bt Ahmad beserta tetamu kehormat
masuk ke dalam dewan.

2. Yang dirai, ZAKI
Pn. Hjh. Fadilah bt Ahmad bersama suami tercinta Tn. Hj. Zakaria bt Othman

Yang Berusaha,
Timbalan PPD Perancangan Pejabat Pendidikan Tangkak – Cikgu Khairulhizam b
Hassan

Yang Dihormati,
1. Timbalan PPD Sektor Pembelajaran Pej. Pendidikan Tangkak – Cikgu Rosman b
Md. Sairi
2. Timbalan PPD Sektor Pengurusan Pej. Pendidikan Tangkak – Cikgu Othman b Md
Noh
3. Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid Pej. Pendidikan Tangkak – Cikgu Hjh.
Ropiah bt Mohammad
4. Pegawai-pegawai SIP+
5. Pegawai-pegawai SISC+
6. Penolong-penolong Pegawai
7. Pegawai Eksekutif Sektor Perkhidmatan Pej. Pendidikan Daerah Tangkak – Pn.
Hafizah bt Isnin
8. Semua staf dan kakitangan swasta
9. Pelajar-pelajar Praktikal PPD Tangkak
Yang dirahmati Allah sekalian.

3. PENGENALAN MAJLIS ZAKI
Sawah menghijau di tengah bendang,
Tumbuh di pinggir pohon bidara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

ASSALAMMUALAIKUM WBR….
SALAM SEJAHTERA,
SALAM PENDIDIKAN TANGKAK PERKASA

Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan rahmatNya, dengan iradat
dan inayahNya, kita semua dipertemukan lagi di petang yang berbahagia ini, bagi
meraikan
MAJLIS Meraikan Hari Akhir Perkhidmatan Awam PN. HJH. FADILAH BT AHMAD
Pembantu Tadbir Sektor Pembangunan Murid PPD Tangkak.

4. BACAAN DOA ZAKI
Hadirin warga dewan yang dihormati sekalian, ZAKI
Bagi memberkati majlis kita ini, marilah kita mengaminkan bacaan doa yang akan
dipimpin oleh Al-Fadhil Ust. ____________________________________ untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan ust.

***DOA

Aamiin.3X.
Terima kasih kepada Al-Fadhil Ust. _____________________________________
atas pimpinan doa sebentar tadi.

5. UCAPAN TKPPD
Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan
Yang Berusaha Tuan Timbalan PPD Perancangan Pejabat Pendidikan Tangkak –
Cikgu Khairulhizam b Hassan sebagai wakil rasmi Tuan PPD untuk menyampaikan
ucapannya.
Majlis dengan hormatnya dipersilakan tuan,

***UCAPAN

Terima kasih diucapkan atas ucapan Tuan Timbalan Cikgu Khairulhizam b Hassan
sebentar tadi.

6. UPACARA SERAH TUGAS ANITA
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
Seterusnya adalah upacara Serah Tugas Pn. Hjh. Fadhilah bt Ahmad kepada Pn.
__________________

Untuk itu majlis menjemput dan mempersilakan Tuan Timbalan PPD Perancangan
Cikgu Khairulhizam b Hassan dan Yang diraikan Pn. Hjh. Fadilah bt Ahmad serta
Pn.______________________ke hadapan pentas untuk penyempurnaan majlis.

***majlis serah tugas

Alhamdulillah…..selesai upacara Serah Tugas semoga
Pn.____________________dapat meneruskan kecemerlangan perkhidmatan Pn.
Hjh. Fadilah di Sektor Pembangunan Murid PPD Tangkak.

7. PERSEMBAHAN MULTIMEDIA ANITA
Hadirin yang dihormati sekalian,

Marilah kita sama-sama memberikan perhatian ke skrin layar di hadapan pentas
untuk sama-sama menyaksikan persembahan multimedia khas untuk insan
diraikan.

***Persembahan Multimedia

Terima kasih kepada team Multimedia kita dengan persembahan multimedia yang
penuh bermakna. Moga ianya akan menjadi momen-momen indah Pn. Hjh. Fadilah
selepas bersara nanti.

8. UCAPAN PN. HJH. FADILAH ANITA

Buah mengkudu buah bidara,
Mari disimpan di dalam dulang,
Hari ini puan genap bersara,
Jasa baik puan tetap dikenang.

Hadirin yang dihormati sekalian,
Sebelum majlis menjemput insan yang diraikan untuk memberi ucapan, elok
kiranya saya membacakan biodata dan sejarah perkhidmatan beliau.

***BACAAN BIODATA

Menjunjung adat “ yang datang disambut, yang pergi diiring”
Majlis diteruskan lagi dengan penuh rasa hormat dan kasih menjemput yang dirai
Pn. Hjh. Fadilah bt Ahmad untuk menyampaikan ucapan beliau kepada kita semua
warga PPD Tangkak. Dipersilakan Puan….

***Ucapan

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Hjh. Fadilah bt Ahmad atas
ucapannya sebentar tadi.
Majlis sekali lagi memohon supaya Hajah kekal berada dihadapan pentas untuk
upacara seterusnya.

Mohon AJK yang terlibat untuk upacara seterusnya dan upacara pemotongan kek
Hari Lahir.

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan,
Itu adat, itu lumrah kehidupan,
Begitulah rentetan perjalanan,
Walau sukar untuk ditelan,
Tapi kaki tetap mengorak jalan,
Selagi hayat dikandung badan.

9. PENYAMPAIAN CENDERAMATA ANITA

Sudah teradat si anak lelaki,
Mati berjuang, berundur jangan,
Berani kami menjunjung adat,
Bukan memberi kata dan puji,
Hanya budi dalam ingatan,
Buat kenangan sepanjang hayat.

Hadirin yang dihormati sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian sijil dan cenderamata sebagai
tanda kenang-kenangan buat insan yang diraikan pada hari ini. Bagi
menyempurnakan upacara ini, majlis mempersilakan Pn. Hjh. Fadilah bt Ahmad
dengan diiringi oleh Tuan Timbalan PPD Perancangan Cikgu Khairulhizam b Hassan
untuk berada di tengah pentas.

Bagi memulakan upacara penyampaian ini, majlis menjemput wakil rasmi Tuan PPD
Cikgu Khairulhizam b Hassan untuk menyampaikan sijil Tamat Perkhidmatan
kepada Pn. Hjh. Fadilah Bt Ahmad. Dipersilakan tuan.

Seterusnya penyampaian cenderamata dari setiap sektor PPD Tangkak …di minta
wakilnya sahaja.
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada yang dirai atas kesudian menerima
cenderamata.

10. PENUTUP ZAKI

Tuai padi antara nampak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Kuning emas masaknya padi,
Mawar merah dalam jambangan,
Terima kasih daun keladi,
Budi puan jadi kenangan.

Inilah yang dikatakan,
Umpama belayar telah sampai di pelabuhan,
Umpama berkayuh telah sampai di muara,

Umpama berjalan telah sampai ke destinasi.

Hadirin yang dihormati sekalian,
Maka kita sudah sampai ke penghujung majlis pada petang ini.
Majlis sekali lagi merakamkan ribuan tanda terima kasih kepada Pn. Hjh. Fadilah bt
Ahmad yang banyak berjasa di PPD Tangkak ini. Semoga Hajah dikurniakan
kesihatan yang baik serta dilimpahkan dengan kebahagian selepas bergelar YB
“Yang Bersara” nanti.

Sekalung penghargaan dan Tahniah diucapkan kepada Pengerusi dan barisan ahli
Jawatankuasa Kerja Majlis Meraikan Hari Akhir Tamat Perkhidmatan Awam Pn. Hjh.
Fadilah bt Ahmad ( Pembantu Tadbir Sektor Pembangunan Murid ) kerana sama-
sama menjayakan majlis ini.

11. SELAWAT ZAKI
Hadirin yang dihormati sekalian,
Kami berdua sebagai Pengacara Majlis memohon kemaafan sekiranya sepanjang
mengacara majlis kali ini ada kekurangan dan kesilapan yang disengajakan atau
tidak. Yang baik itu semuanya dari Allah. Maafkan kami…..saya akhiri dengan
wabillahi taufik wal hidayah. Assalammualaikum wbr…

Kita akhiri majlis dengan selawat bersama-sama untuk mengiringi Puan Hjh.
Fadhilah bt Ahmad ke mesin “Thumbprint” untuk mengetik buat kali terakhir
sebagai Penjawat Awam.

Selamat Bersara…..Selamat Jalan…Berhati-hati semoga sampai ke destinasi.


Click to View FlipBook Version