RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4 USTAZAH NUR FARRAH AIN BT ZAIDI
RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4 MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM KELAS 4 ZUHAL TARIKH/HARI 10 SYAABAN 1444 / 3 MAC 2023 / JUMAAT MASA (8.00-9.00 PAGI) 60 MINIT BILANGAN MURID 30 ORANG (LELAKI : 15, PEREMPUAN : 15) TAJUK MARI BERSUCI PENGETAHUAN SEDIA ADA Murid telah mengetahui setiap najis adalah kotor melalui pendidikan ibu bapa di rumah STANDARD KANDUNGAN 4.1 Merumus dan mengamalkan konsep bersuci daripada najis muhaffafah, mutawasitoh, dan mughallazah dengan betul secara beradab dan istiqamah STANDARD PEMBELAJARAN 4.1.1 Menerangkan pengertian najis 4.1.2 Menjelaskan bahagian dan jenis najis dengan betul 4.1.3 Mengaplikasi cara-cara bersuci daripada najis muhafafah, mutawasitah dan mughalazah dengan betul OBJEKTIF PEMBELAJARAN Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. Menyatakan maksud najis dengan betul dan tepat selepas penerangan guru 2. Menjelaskan bahagian najis dengan betul selepas aktiviti perbincangan aktiviti dalam kumpulan 3. Menerangkan cara bersuci daripada najis dengan betul selepas menonton video KEMAHIRAN BERFIKIR Membanding beza dengan wajaran betul GABUNGJALIN ADAB : Menjaga kebersihan diri dan pakaian daripada kekotoran dan najis PENYERAPAN Pendidikan Jasmani : Menjaga kebersihan diri PENERAPAN NILAI Kerjasama, tolong menolong, bersungguh-sungguh AMALAN PEDAGOGI MASA KINI Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) KEMAHIRAN INSANIAH Kemahiran menyelesaikan masalah ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK) Kreativiti dan inovasi PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Kuiz BAHAN BANTU MENGAJAR 1. Benda maujud (Baju yang terkena tompokan darah) 2. Slide 3. Audio 4. Video 5. Komputer
LANGKAH ISI KANDUNGAN CADANGAN AKTIVITI CATATAN MUKADDIMAH (4 MINIT) Bacaan doa : Bacaan syahadah : -Murid membaca doa beramairamai dengan bimbingan guru - Membaca kalimah syahadah bersama-sama guru SET INDUKSI (6 MINIT) Guru bersoal jawab dengan murid: Adakah darah pada baju ini termasuk dalam najis ? Guru memberi penerangan: Baju yang terkena darah juga adalah dikira najis dan perlu dibersihkan sebelum menunaikan solat. 1. Guru menunjukkan pakaian yang terkena tompokan darah kepada murid 2. Guru bertanya kepada murid tentang pakaian yang dipamerkan 3. Murid memberikan jawapan dan membuat sumbang saran berdasarkan situasi yang diberikan 4. Guru membetulkan jawapan murid dan mengaitkan dengan tajuk yang diajar Kaedah : Soal jawab Sumbang saran BBM: Bahan maujud LANGKAH 1 (15 MINIT) Pengertian najis : Najis ialah semua benda kotor yang menghalang daripada sah solat . Contoh : Darah, tahi, muntah, anjing 1. Guru menerangkan tentang pengertian najis berdasarkan slide 2. Murid mendengar setiap penerangan guru Kaedah : Teknologi maklumat dan komunikasi BBM : slide
3. Murid diminta menyatakan pengertian najis melalui aktiviti pengukuhan di Kahoot dan teka silang kata LANGKAH 2 (20 MINIT) Terdapat 3 jenis najis Najis berat : Mughallazah Contoh : Anjing, babi Najis ringan : Muhafafah Contoh : Air kencing kanak-kanak lelaki berumur 2 tahun ke bawah yang tidak makan dan minum kecuali susu ibunya sahaja Najis pertengahan : Mutawasitah Contoh : Darah, muntah, nanah, 1. Guru menunjukkan dan menerangkan 3 jenis bahagian najis kepada murid 2. Murid membuat banding beza antara ketiga jenis najis berkenaan. 3. Murid dibahagikan kepada 6 kumplan. Di dalam kumpulan murid diminta membuat perbincangan tentang bahagian najis melalui aplikasi Padlet dan Jamboard Kaedah : -Perbincangan -Koperatif Penerapan nilai: Kerjasama Tolong menolong LANGKAH 3 (10 MINIT) ALATAN UNTUK MEMBERSIHKAN NAJIS : 1.Air 1. Guru menunjukkan kepada murid alatan yang diperlukan untuk membersihkan pakaian terkena najis Kaedah Sumbang saran BBM Video
Cara membersihkan pakaian yang terkena najis seperti darah. Pastikan hilang najis, warna, bau dan rasa pada pakaian tersebut. 2.Tanah (bagi najis mughallazah) Air yang bercampur tanah 2. Murid menonton video tentang cara membersihkan pakaian terkena najis 3. Murid membuat sumbang saran mengenai cara menyucikan baju terkena najis 4. Murid diminta membuat latihan pengukuhan tentang cara menyucikan najis melalui aktiviti padanan jawapan dan Quiziz PENUTUP (5 MINIT) Penutup kognitif : - Pengertian najis - Jenis najis - Cara membersihkan pakaian terkena najis Penutup Sosial : Sentiasa menjaga kebersihan dalam semua aspek kehidupan Sesungguhnya Allah menyukai orang yang yang bersih. 1. Murid diminta mengingat Kembali isi pelajaran 2. Murid merumuskan isi yang dipelajari 3. Murid diminta menyiapkan lembaran kerja pengukuhan melalui aktiviti isi tempat kosong dan susunan jawapan. Gabungjalin : Adab : Menjaga kebersihan diri