The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by eda.my7277, 2021-03-30 01:14:01

Pertanian Tingkatan 4

Pertanian Tingkatan 4

4PERTANIAN TINGKATAN 4

RM21.80

ISBN 978 - 983 - 9286 - 98 - 4

FT334001

4

MATA PELAJARAN ELEKTIF IKHTISAS

PENULIS

DR. HASSAN ALLI
AMUTHA VALLI PERUMAL
ANUAR MD. ISA

EDITOR

PROF. DR. MD. ZUKI ABU BAKAR
DR. SAMSURI ABD. WAHID

PEREKA BENTUK

PRABU PALANI

ILUSTRATOR

AMOS RAJA
AZRUL HELMI ABD. WAHAB

Multi Educational Book Enterprise

2016

KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA

No Siri Buku: 0107 PENGHARGAAN

KPM 2016 ISBN 978-983-9286-98-4 Penerbitan buku teks ini melibatkan kerjasama
banyak pihak. Sekalung penghargaan dan
Cetakan Pertama 2016 terima kasih ditujukan kepada semua pihak
yang terlibat:
© Kementerian Pendidikan Malaysia 2016
• Pegawai-pegawai Bahagian Buku Teks
Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam dan Bahagian Pembangunan Kurikulum,
buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, Kementerian Pendidikan Malaysia.
disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan
lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk • Jawatankuasa Penambahbaikan Pruf
atau cara, baik dengan cara bahan elektronik, Muka Surat, Bahagian Buku Teks,
mekanik, penggambaran semula mahupun Kementerian Pendidikan Malaysia.
dengan cara perakaman tanpa kebenaran terlebih
dahulu daripada Ketua Pengarah Pelajaran • Jawatankuasa Penyemakan Pembetulan
Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks,
Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti Kementerian Pendidikan Malaysia.
atau honorarium.
• Jawatankuasa Penyemakan Naskhah Sedia
Diterbitkan untuk Kamera, Bahagian Buku Teks,
Kementerian Pendidikan Malaysia oleh: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Multi Educational Book Enterprise • Jawatankuasa Peningkatan Mutu Penerbit.
No. 22A-2, Jalan PJS 8/4,
Dataran Mentari, Bandar Sunway, • Jabatan Pertanian Malaysia.
46150 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan. • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan
Tel: 03-5636 2568 Pertanian Malaysia (MARDI)
Faks: 03-5636 0825
Laman Web: http://www.multiedu.com.my • SMK Bandar Baru Sungai Long,
Kajang, Selangor.
Reka Letak dan Atur Huruf
• SMK Kampong Soeharto, Kuala Kubu
Multi Educational Book Enterprise Bharu, Selangor.
Muka Taip Teks: Times New Roman
Saiz Muka Taip Teks:11 poin Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada
pihak yang telah memberi sumbangan dalam
Dicetak oleh: menjayakan akan penerbitan buku teks ini.
Aslita Sdn. Bhd. (146102-U) Pelbagai inisiatif telah diambil oleh pihak
No. 20, Jalan 4/10B, Spring Crest Industrial Park, penerbit untuk mengesan semua pemilik hak
Batu Caves, 68100 Kuala Lumpur. cipta bahan dalam buku teks ini.
Tel: 03-6186 7645
Faks: 03-6186 7635 Walau bagaimanapun, pihak penerbit
mengalu-alukan jasa baik pihak berkenaan
untuk membenarkan kami menerbitkan
semula bahan itu. Diharapkan maklumat pihak
berkenaan dapat kami peroleh supaya dapat
merakamkan ucapan penghargaan dalam edisi
yang akan datang.

KANDUNGAN v
vi
Pendahuluan 1
Penerangan Ikon 2
BAB 1.0 SAINS TANAH
Peta Konsep 4
10
1.1 Tanah 19
1.1.1 Jenis dan Sifat Tanah 31
1.1.2 Tanah di Tapak Penanaman 32
Refleksi 1.1
Jana Minda 34
38
1.2 Pemuliharaan Tanah 41
1.2.1 Struktur Tanah 46
1.2.2 pH Tanah 53
1.2.3 Kaedah Memperbaiki Tanah 54
Refleksi 1.2
Jana Minda 56
58
1.3 Baja dan Pembajaan 75
1.3.1 Jenis Baja 80
1.3.2 Pengiraan Baja 81
Refleksi 1.3
Jana Minda iii

2.0 PENGELUARAN POLTRI 83

Peta Konsep 84

2.1 Penternakan Poltri 89

2.1.1 Sistem Ternakan Poltri 90
2.1.2 Pemilihan Sistem Penternakan Poltri 94
2.1.3 Keperluan Penternakan Poltri Komersial 97
2.1.4 Kesihatan dan Keselamatan Penternakan Poltri 104
2.1.5 Isu dan Cabaran Pengeluaran Poltri 109
Refleksi 2.1 115
Jana Minda 116

2.2 Perumahan Poltri 118

2.2.1 Bahan dan Peralatan Perumahan Poltri 120
2.2.2 Reka Bentuk Perumahan Poltri 122
Refleksi 2.2 142
Jana Minda 143

2.3 Nutrisi Ternakan Poltri 145

2.3.1 Jenis Makanan 147

2.3.2 Tempoh Pemberian Makanan, Minuman dan Vitamin 148

2.3.3 Formulasi Diet Makanan Poltri 159

Refleksi 2.3 163

Jana Minda 164

2.4 Pengurusan Ternakan Poltri 166

2.4.1 Pengurusan Harian Poltri 169
2.4.2 Pengurusan Pemasaran 182
2.4.3 Pengurusan Rekod 189
Refleksi 2.4 194
Jana Minda 195

Jawapan 197
Glosari 200
Indeks 201
Senarai Rujukan 202

iv

PENDAHULUAN

Buku teks mata pelajaran PERTANIAN Tingkatan Empat, sekolah menengah
ini merupakan pengetahuan dan kemahiran yang menjurus kepada penghasilan
produk berasaskan pertanian. Kandungan buku teks ini berdasarkan
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pertanian Tingkatan
Empat. Buku ini ditulis untuk memenuhi kehendak Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi
menyediakan pendidikan yang berkualiti, menekankan kepada pembangunan
dan perkembangan modal insan secara menyeluruh.

Buku teks mata pelajaran PERTANIAN bertujuan memberikan
pengetahuan tentang bidang pertanian dan nilai keusahawanan untuk menjadi
usahawan tani. Di samping itu, buku ini mampu membentuk kemahiran
dan memartabatkan bidang pertanian sebagai sumber utama makanan
negara serta dapat menghasilkan produk pertanian yang selamat, kreatif,
bernilai komersial dan bercirikan teknologi hijau. Terdapat dua (2) bab yang
terkandung di dalamnya iaitu Sains Tanah dan Pengeluaran Poltri. Pada setiap
unit di dalam buku ini akan didahului dengan halaman rangsangan yang
bertujuan menarik minat murid untuk mengetahui lebih mendalam tentang
kandungannya. Seterusnya, diikuti dengan isi pembelajaran, eksperimen,
aktiviti, refleksi dan jana minda. Isi pembelajaran dalam unit disampaikan
dengan lebih mudah untuk difahami melalui penerangan berbentuk himpunan
peta pemikiran i-THINK, rajah, jadual dan gambar foto yang jelas. Di
samping itu, pengetahuan tambahan disertakan berbentuk info tambahan,
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan laman teknologi maklumat.
Keseluruhan pengetahuan yang terkandung dalam buku ini membantu murid
untuk menguasai ilmu pengetahuan (kognitif), kemahiran (psikomotor) dan
nilai serta sikap (afektif). Terdapat tujuh (7) aktiviti dirangka khusus untuk
meningkatkan kemahiran murid secara kerja kendiri. Aktiviti yang dirangka
menggalakkan murid mencari penyelesaian masalah melalui kerjasama secara
kolaboratif.

Penulis berharap penghasilan buku teks mata pelajaran PERTANIAN
Tingkatan Empat, Sekolah Menengah ini akan dapat memenuhi objektif yang
disasarkan oleh KPM. Semoga buku ini berupaya melonjakkan modal insan
yang cemerlang, bersifat kritis dan mampu menyumbang kepada modal insan
yang cemerlang.

Penulis

v

PENERANGAN
IKON

PETA KONSEP REFLEKSI

Menjelaskan keseluruhan kandungan Rumusan setiap unit yang dipelajari
iaitu Bab 1.0 Sains Tanah dan berkaitan sains tanah.
Bab 2.0 Pengeluaran Poltri.
EKSPERIMEN
SUB TAJUK
Melakukan uji kaji untuk
Memberikan pengetahuan mengesahkan sesuatu fakta.
semasa berkaitan sains tanah.

KBAT AKTIVITI

Menyediakan soalan yang Melakukan kerja amali untuk
merangsang kemahiran berfikir mengaplikasikan pengetahuan dan
murid. meningkatkan kemahiran.

INFO TAMBAHAN REFLEKSI

Memberikan pengetahuan Rumusan setiap unit yang dipelajari
tambahan kepada murid berkaitan pengeluaran poltri.
dalam sesuatu tajuk.
Laman
SUB TAJUK ICT

Memberikan pengetahuan Menggalakkan murid melayari laman web yang
semasa berkaitan dengan berkaitan dengan kandungan sesuatu tajuk.
pengeluaran poltri. Dapatkan kod QR di:

JANA MINDA Imbasan kod QR membantu pengguna untuk
terus melayari bahan berkaitan dengan cepat.
Menguji tahap pemahaman
murid berkaitan tajuk yang
telah dipelajari.

vi

BAB SAINS TANAH
1.0

Selepas mempelajari bab ini, murid akan dapat:

1. Menyatakan jenis tanah iaitu loam, liat, kelodak, pasir dan tanah organik.
2. Menerangkan sifat tanah daripada aspek daya memegang air, saiz, kumin, rongga udara,

saliran dan kandungan nutrien.
3. Membezakan jenis tanah berdasarkan sifat tanah.
4. Mengkaji jenis tanah di tapak penanaman melalui kaedah makmal dan kaedah guna jari.
5. Mengklasifikasikan jenis tanah di tapak penanaman berdasarkan sifat tanah.
6. Menerangkan jenis struktur tanah iaitu butir rapuh, berlapis, berblok, prismatik dan kolumnar.
7. Menerangkan kepentingan struktur tanah kepada pertumbuhan tanaman.
8. Menguji nilai pH sampel tanah dan tapak penanaman menggunakan meter pH.
9. Menunjuk cara kaedah memperbaiki keadaan tanah untuk menggalakkan pertumbuhan

tanaman iaitu pemugaran, pengapuran, pembajaan, pengairan dan penyaliran.
10. Menerangkan jenis baja iaitu baja organik dan baja kimia.
11. Menjustifikasikan kebaikan baja organik daripada aspek keadaan tanah, kadar penyerapan dan

pegangan air, kandungan nutrien dalam tanah, kandungan mikrob dalam tanah dan ketersediaan
nutrien.
12. Menghuraikan kesan sampingan baja organik daripada aspek pertumbuhan rumpai, penyebaran
perosak dan perumah kepada perosak.
13. Mengkaji kaedah penghasilan larutan baja organik iaitu Fermented Plant Juices (FPJ) atau
Fermented Fruit Juices (FFJ) atau Fish Amino Acid (FAA) atau Calcium Phosphate (CaP).
14. Menghasilkan satu larutan baja organik iaitu FPJ atau FFJ atau FAA atau CaP.
15. Menjustifikasikan kebaikan penggunaan baja kimia daripada aspek menambah nutrien dalam
tanah, kesan tindak balas dan nutrien khusus mengikut keperluan tanaman.
16. Menganalisis kesan penggunaan baja kimia berlebihan iaitu pencemaran tanah, keasidan
tanah dan kos pembajaan.
17. Menghitung kuantiti nutrien yang terdapat dalam satu formulasi baja.
18. Menghitung kos baja dan kos satu program pembajaan tanaman.

1

PETA KONSEP

SAINS TANAH

Unit 1.1 TANAH
• Definisi tanah
• Jenis tanah dan sifat tanah
• Tanah di tapak penanaman

Unit 1.2 PEMULIHARAAN
TANAH

• Struktur tanah
• pH tanah
• Kaedah memperbaiki keadaan

tanah

Unit 1.3 BAJA DAN
PEMBAJAAN

• Jenis Baja
• Pengiraan baja

2

3

UNIT TANAH

1.1

4

5

PENGENALAN

TANAH DI MALAYSIA

Sistem klasifikasi tanah yang digunakan di Malaysia adalah berdasarkan kepada Sistem Jabatan
Pertanian Amerika Syarikat (USDA Soil Taxonomy). Sehingga kini, lebih daripada 240 siri tanah di
Malaysia telah dikenal pasti dan disusun semula kepada 11 kumpulan berasaskan bahan induk, ciri
utama tanah, landskap dan pembentukan tanah. Gambar foto 1.0 menunjukkan tanah yang terbentuk
daripada batuan igneus dan batuan metamorfik bergred tinggi.

Antara kumpulan tanah ialah:

1. Tanah yang terbentuk daripada batuan igneus dan batuan metamorfik bergred tinggi
2. Tanah yang terbentuk daripada batuan endapan dan batuan metamorfik bergred rendah
3. Tanah laterit
4. Tanah yang terbentuk daripada aluvium lama
5. Tanah yang terbentuk daripada aluvium sungai terbaru
6. Tanah yang terbentuk daripada aluvium sungai hampir tua
7. Tanah asid sulfat dan potensi asid sulfat
8. Tanah BRIS (Beach Ridges Interspersed with Swales)
9. Tanah liat laut yang tidak berasid sulfat
10. Tanah organik (gambut) cetek
11. Tanah organik (gambut) yang sederhana dalam

Gambar foto 1.0 Tanah yang terbentuk daripada batuan igneus dan batuan metamorfik bergred tinggi

INFO TAMBAHAN Laman
Sistem USDA Soil Taxonomy diperkenalkan pada tahun 1975. ICT
USDA ini dibangunkan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat
yang direka bentuk bagi menyokong kajian tanah Amerika Syarikat. Sains Tanah

6

DEFINISI TANAH

Tanah boleh didefinisikan sebagai bahan mineral dan organik yang terlerai pada permukaan bumi
yang boleh menjadi media semulajadi untuk pertumbuhan tanaman dan menampung kehidupan.
Komposisi tanah berbeza-beza antara satu lokasi dengan lokasi yang lain. Tanah merupakan asas
penting dalam pertanian untuk penanaman pelbagai tanaman sama ada tanaman makanan, tanaman
industri atau tanaman lain.

Terdapat banyak jenis tanah terbentuk di muka bumi yang mempunyai pelbagai ciri untuk
dipelajari. Tanah terbentuk daripada proses luluh hawa semenjak berjuta-juta tahun dahulu. Proses
luluh hawa terbentuk hasil tindakan lima faktor pembentukan tanah ke atas bahan induk tanah.
Antara lima faktor pembentukan tanah adalah:

1. Masa Laman
2. Organisma ICT
3. Iklim
4. Topografi Pembentukan Profil Tanah
5. Bahan induk

Tanah berbeza-beza disebabkan oleh perbezaan faktor utama yang bertindak ke atas bahan induk
tanah. Pembentukan profil tanah dapat dilihat pada Rajah 1.0 di bawah:

Masa Pembentukan Bahan Organik
Organisma Tanah Tanah Atas

Iklim Tanah Bawah

Topografi Bahan Induk

Bahan Induk Lapisan Profil Tanah
7
Rajah 1.0 Pembentukan profil tanah

PROFIL TANAH

Profil tanah adalah keratan rentas tanah yang menampakkan lapisan tanah yang berbeza-beza.
Lapisan tanah berbeza-beza daripada segi warna, tekstur, struktur, kandungan mineral dan bahan
organik. Lihat Rajah 1.1 untuk mengetahui lapisan profil tanah.

Bahan Organik
Tanah Atas

Tanah Bawah

Bahan Induk

Rajah 1.1 Profil tanah Laman
ICT
Bahan Organik Tanah Atas Tanah Bawah Profil Tanah
- Mempunyai bahan - Lapisan ini merupakan - Berada di bawah tanah
Batuan Induk
organik yang terhasil bahan induk yang atas dan kurang - Bahan induk tanah
daripada pereputan paling terluluh hawa terluluh hawa
haiwan dan - Mengandungi mineral, berbanding tanah atas mengalami sedikit
tumbuhan nutrien dan bahan - Tanah lebih padat dan proses luluh hawa
organik keras, menghalang
- Terdapat sisa tumbuhan pertumbuhan akar,
dan haiwan pengaliran air
- Ketebalan 150mm - Tanah berwarna cerah
merupakan lapisan - Mengandungi bahan
paling subur terkumpul seperti
- Pengudaraan baik dan mineral lempung yang
warna tanah lebih gelap terlarut resap daripada
- Akar dapat tumbuh lapisan atas
dengan baik - Hanya sedikit
- Tempat tinggal organisma tanah yang
organisma tanah tinggal di sini

8

KOMPONEN TANAH

Umumnya, tanah terdiri daripada komponen - komponen yang utama iaitu:

1. Bahan organik (5%) - Terhasil daripada pereputan sisa tumbuhan dan haiwan
- Bahan organik yang terurai menjadi humus
- Membekalkan nutrien untuk tumbuhan
- Membantu membaiki sifat tanah

2. Udara (25%) - Rongga dalam tanah yang tidak terisi air akan diisi udara
- Kandungan oksigen dan karbon dioksida dalam tanah berbeza-beza
- Oksigen penting untuk respirasi akar dan organisma tanah

3. Air (25%) - Air penting untuk tumbuhan dan kehidupan organisma tanah
- Kelebihan dan kekurangan air boleh memberi kesan buruk kepada

tanah dan tumbuhan

4. Bahan mineral (45%) - Terhasil daripada proses luluh hawa batuan
- Komponen utama tanah untuk medium pertumbuhan
- Bersaiz pasir, kelodak dan liat

Keempat-empat komponen tanah dapat dilihat pada Rajah 1.2.

Bahan Mineral (45%)

Air (25%)

Udara (25%)

Bahan
Organik

(5%)

Rajah 1.2 Komponen tanah

Apakah akan terjadi kepada tanah dan kesannya kepada Laman
tumbuhan sekiranya salah satu komponen kurang? ICT

Komponen tanah

9

1.1.1 JENIS DAN SIFAT TANAH

PENGENALAN

Secara umumnya tanah boleh diklasifikasikan kepada lima jenis tanah. Rajah 1.3 menunjukkan
jenis tanah.

PASIR KELODAK

ORGANIK JENIS TANAH LOAM
LIAT

Rajah 1.3 Jenis tanah Laman
Mengenal pasti tanah yang terdapat di sekitar anda, ICT
dan namakan jenis tanah mengikut Rajah 1.3.
Jenis Tanah
10

Setiap jenis tanah mempunyai sifat yang berbeza-beza yang ditentukan oleh sifat tanah. Rajah 1.4
menunjukkan sifat tanah.

Kandungan Daya Saiz Kumin
Nutrien Memegang

Air
SIFAT
TANAH

Saliran Rongga
Udara

Rajah 1.4 Sifat tanah

DAYA MEMEGANG AIR

Daya memegang air bermaksud daya atau kemampuan tanah untuk menyerap air mengikut tanah
tersebut. Di dalam tanah, terdapat liang mikro dan makro yang boleh mengalirkan air. Air dipegang
dengan lebih kuat oleh liang mikro berbanding liang makro. Bagi tanah tepu (saturated), kedua-dua
liang dipenuhi air. Tanah yang bertekstur halus seperti tanah liat mempunyai daya pegangan air yang
tinggi. Ini kerana ia mempunyai lebih banyak liang mikro. Tanah pasir mempunyai daya pegangan
air yang rendah kerana kebanyakan liangnya adalah liang makro.

Bahan organik dapat meningkatkan daya pegangan air pada tanah kerana lebih banyak liang
mikro akan terbentuk dalam tanah yang mempunyai bahan organik yang tinggi. Contohnya, tanah
berpasir yang mempunyai daya pegangan air yang rendah boleh diperbaiki dengan menambahkan
bahan organik.

Dalam tanah, air dipegang oleh daya tarikan tanah. Pada tanah kering, air dipegang dengan
daya yang kuat dan memenuhi liang mikro. Dalam keadaan ini, pokok sukar menyerap air. Sebaliknya
pada tanah basah, sebahagian besar air terletak di dalam liang makro. Air ini dipegang oleh daya
yang rendah serta mudah diserap oleh akar pokok.

Tanah Pasir Tanah Loam Tanah Liat

Daya Memegang Daya Memegang Daya Memegang Laman
Rendah Sederhana Tinggi ICT

Daya memegang air

11

SAIZ KUMIN

Agregat tanah terbentuk daripada saiz kumin yang berbeza-beza. Melalui proses pembentukan tanah,
kumin-kumin tanah akan digabungkan mengikut bentuk tertentu. Berdasarkan jenis pembentukan
tanah. Semasa proses pembentukan tanah, kumin-kumin tanah akan digabungkan mengikut bentuk
tertentu berdasarkan jenis pembentukan tanah.

Susunan agregat tanah penting kerana ia mempengaruhi pengudaraan, daya pegangan air
dan saliran air dalam tanah. Jadual 1.0 di bawah menunjukkan perbezaan ciri kumin mengikut jenis
tanah.

Jadual 1.0 Ciri-ciri kumin

Jenis Tanah Tanah Liat Tanah Kelodak Tanah Pasir
Ciri-Ciri

Saiz Kumin Kurang daripada 0.002mm 0.002mm hingga 0.05mm Lebih daripada 0.05mm

Bentuk Kumin Kepingan nipis Tiada bentuk tetap Bulat atau tiada bentuk tetap
Kandungan Lempung silikat Kuarza Kebanyakannya kuarza
Kumin (mengandungi silika,
aluminium dan Tidak Tidak
Bercas atau magnesium) serta
Tidak unsur-unsur lain

Bercas

RONGGA UDARA

Rongga udara terdapat di antara kumin-kumin tanah dan akar tumbuhan. Kekurangan rongga udara
boleh ditingkatkan dengan amalan pembajakan dan juga penambahan bahan organik. Rajah 1.5
menunjukkan rongga udara di antara kumin.

Rongga udara

Rajah 1.5 Rongga udara di antara kumin
12

SALIRAN
Saliran adalah pergerakan air ke dalam tanah. Ruang di dalam tanah membolehkan air meresap dan
mengalir ke dalam tanah. Air mengalir ke dalam tanah melalui liang makro. Oleh sebab itu, tanah
pasir yang mempunyai liang yang banyak mempunyai saliran air yang paling tinggi. Rajah 1.6
menunjukkan saliran air mengikut jenis tanah.

Tanah Pasir Tanah Loam Tanah Liat

Rajah 1.6 Saliran air mengikut jenis tanah

KANDUNGAN NUTRIEN
Nutrien makro diperlukan dengan jumlah yang banyak bagi pertumbuhan daun, bunga dan buah.
Manakala, nutrien mikro diperlukan dengan jumlah yang sedikit bagi pertumbuhan akar dan
pembekalan nutrien. Nutrien yang lengkap diperlukan untuk pertumbuhan tanaman. Rajah 1.7
menerangkan jenis nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan.

JENIS NUTRIEN

Nutrien Makro Nutrien Mikro
(Nutrien yang (Nutrien yang
diperlukan Banyak)
diperlukan
Nitrogen (N) Kalsium (Ca) Sedikit)
Fosforus (P) Magnesium (Mg)
Kalium (K) Sulfur (S) Kuprum (Cu) Molibdenum (Mo)
Boron (B) Klorin (Cl)
Ferum (Fe) Zink (Zn)
Mangan (Mn)

Rajah 1.7 Jenis nutrien

13

JENIS TANAH BERDASARKAN SIFAT TANAH

TANAH LOAM

Tanah loam ialah tanah yang mempunyai sifat fizikal yang bersesuaian untuk penanaman. Jadual 1.1
menunjukkan sifat tanah loam.

Jadual 1.1 Sifat tanah loam

Daya Memegang Saiz Kumin Rongga Udara Saliran Kandungan
Air Nutrien

Sederhana 0.002mm hingga Sederhana Baik Sederhana Tinggi
0.05mm

Tanah loam mempunyai kandungan pasir, kelodak dan lempung yang seimbang. Biasanya ia
mengandungi kandungan liang mikro dan makro yang sama banyak. Oleh itu tanah loam mempunyai
daya pegangan air dan saliran air yang baik. Tanah ini mengandungi banyak mikroorganisma dan
rongga udara. Tanah loam mempunyai daya pengudaraan yang baik. Tanah loam menyerap air
dengan baik dan mempunyai daya pegangan air yang tinggi. Hal ini dapat membantu saliran yang
sempurna. Tanah loam merupakan tanah yang subur, gembur dan mengandungi banyak nutrien
yang diperlukan oleh tanaman. Rajah 1.8 menunjukkan sifat tanah loam yang sesuai ditanam dengan
pelbagai jenis tanaman.

TANAH LOAM

Daya Sawi
memegang
air yang baik

Subur, gembur Terung
dan banyak
nutrien Rajah 1.8 Tanah loam Kacang Panjang
Mempunyai
saliran baik Laman
ICT
14
Contoh tanaman di tanah loam

TANAH LIAT

Tanah liat bertekstur halus, melekit, mudah dibentuk, boleh dilentur ketika basah dan keras ketika
kering. Sifat tanah liat dapat diketahui dalam Jadual 1.2.

Jadual 1.2 Sifat tanah liat

Daya Memegang Saiz Kumin Rongga Udara Saliran Kandungan
Air kurang daripada Sangat Kecil Kurang Baik Nutrien
Rendah
Sangat Tinggi 0.002mm

Tanah liat mempunyai kumin yang sangat kecil dan rapat antara satu dengan lain. Saiz
kuminnya kurang daripada 0.002mm dan mempunyai daya tarikan di antara molekul air dengan
tanah yang tinggi.

Tanah liat mempunyai daya memegang air yang tinggi. Pengudaraan kurang baik
menyebabkan udara sangat kurang dalam tanah. Tanah ini juga mempunyai saliran yang rendah.
Rajah 1.9 menunjukkan sifat tanah liat dan contoh jenis tanaman yang sesuai ditanam di tanah
tersebut.

TANAH LIAT

Basah, melekit, Padi
mudah
dibentuk

Daya Jagung
pegangan
nutrien yang Tebu

tinggi Rajah 1.9 Tanah liat

Pengaliran air Tanah liat mempunyai sifat keupayaan menakung
lambat dan air yang sangat tinggi. Berikan cadangan untuk
keupayaan menyelesaikan masalah tersebut.

menakung air
tinggi

Laman
ICT

Contoh tanaman di tanah liat

15

TANAH KELODAK

Tanah kelodak terbentuk dari kumin yang bersaiz sederhana kecil. Sifat-sifat yang ada pada tanah
jenis ini menyebabkan beberapa jenis tanaman tertentu sahaja yang boleh ditanam. Jadual 1.3
menyatakan beberapa sifat tanah kelodak.

Jadual 1.3 Sifat tanah kelodak

Daya Memegang Saiz Kumin Rongga udara Saliran Kandungan
Air 0.002mm hingga Kecil Sederhana Baik Nutrien
Sederhana
Tinggi 0.05mm

Tanah kelodak mempunyai keupayaan menakung air yang tinggi. Saiz kumin kelodak lebih
halus daripada pasir iaitu antara 0.002mm hingga 0.05mm. Sifat-sifat yang ada pada tanah jenis ini
menyebabkan beberapa jenis tanaman tertentu sahaja yang boleh ditanam. Rajah 1.10 menunjukkan
sifat tanah kelodak dan contoh jenis tanaman yang sesuai ditanam di tanah tersebut.

TANAH KELODAK

Keupayaan Ubi Keledek
menakung air
sederhana tinggi

Rasa licin bila
basah

Koko

Kandungan
nutrien

sederhana

Kelapa Sawit

Rajah 1.10 Tanah kelodak

INFO TAMBAHAN
Tanah BRIS bermaksud ‘Beach Ridges Interspersed with swales’. Ia mengandungi pasir dan
tidak berstruktur serta kurang daya penyimpanan air. Mempunyai pH sekitar 4.3-5.8. Sifatnya
menyerupai tanah bekas lombong. Dengan menjalankan pengurusan tanah yang tertentu mungkin
tanah ini dapat digunakan.

16

TANAH PASIR

Tanah pasir mempunyai saiz kumin lebih 0.05mm. Tanah pasir bertekstur sangat kasar, besar dan
longgar, kering dan berderai atau peroi menyebabkan pengaliran air yang cepat dan mudah. Tanah
jenis ini menyerap air dengan cepat dan ia cepat kering. Daya pegangan dan takungan air tanah
pasir adalah kurang menyebabkan cepat panas apabila terkena sinaran matahari. Tanah pasir boleh
dibaiki dengan menambahkan bahan organik supaya sesuai untuk penanaman. Sifat tanah pasir
dapat dilihat dalam Jadual 1.4. Manakala Rajah 1.11 menunjukkan sifat tanah pasir dan contoh jenis
tanaman yang sesuai ditanam.

Jadual 1.4 Sifat tanah pasir

Daya Memegang Saiz Kumin Rongga Udara Saliran Kandungan
Air Nutrien
Lebih 0.05mm Sangat Besar Sangat Baik Rendah
Rendah

TANAH PASIR

Pengaliran air Tembikai
yang cepat

Daya
penyimpanan

air yang
rendah

Kelapa

Kandungan
nutrien rendah

Tembikai Susu

Rajah 1.11 Tanah pasir

Tanah pasir boleh dibaiki dengan menambahkan bahan Laman
organik. Terangkan bagaimana bahan organik membantu ICT
dalam hal ini.
Contoh tanaman di tanah pasir

17

TANAH ORGANIK

Tanah organik dikenali sebagai tanah gambut. Tanah organik berwarna perang gelap atau hitam.
Tanah organik terbentuk daripada pereputan bahan organik seperti sisa tumbuhan dan haiwan. Sifat
tanah organik dapat ditunjukkan dalam Jadual 1.5.

Jadual 1.5 Sifat tanah organik

Daya Memegang Saiz Kumin Rongga Udara Saliran Kandungan
Air Nutrien

Sederhana Lebih 0.005mm Besar Baik Tinggi

Tanah organik mempunyai kandungan air yang tinggi. Rajah 1.12 menunjukkan sifat tanah organik
dan contoh jenis tanaman yang sesuai ditanam.

TANAH ORGANIK

Berwarna Bawang Merah
perang gelap
atau hitam

Kandungan
nutrien tinggi

Bendi

Rongga udara
besar

Nanas

Rajah 1.12 Tanah organik

Jadual 1.6 Jadual di bawah menunjukkan jenis-jenis tanah dengan sifatnya secara keseluruhan

Tanah Liat Kelodak Loam Organik Pasir
Ciri-Ciri
Kurang 0.002mm 0.002mm Lebih Lebih
Saiz Kumin daripada hingga hingga 0.005mm 0.05mm
Rongga Udara 0.002mm 0.05mm 0.05mm Sangat Besar
Daya Memegang Air Sangat Kecil Kecil Besar Rendah
Sangat Tinggi Tinggi Sederhana Sederhana
Sederhana

Saliran Kurang Baik Sederhana Baik Baik Sangat Baik
Rendah Baik Sederhana Tinggi Rendah
Kandungan Nutrien Tinggi Rendah
Daya Pegangan Sederhana Sederhana tinggi
Nutrien Tinggi Tinggi
Sederhana

18

1.1.2 TANAH DI TAPAK PENANAMAN

AKTIVITI 1

TAJUK: Pengambilan sampel tanah di tapak penanaman

BAHAN DAN ALATAN: Bekas plastik, sudip tangan, kertas dan pen

ELEMEN KESELAMATAN SEMASA DI TAPAK PENANAMAN
• Pastikan pemakaian kasut but semasa berada di tapak penanaman
• Pemakaian sarung tangan diutamakan

PROSEDUR KERJA

1. Kenal pasti kawasan

2. Ambil sampel tanah menggunakan sudip tanah Senaraikan pendapat anda
3. Masukkan sampel tanah ke dalam bekas plastik mengapakah pengambilan sampel
4. Labelkan lokasi pengambilan tanah tanah perlu dibuat.

5. Buat pemerhatian (gelap, berkilat dan sebagainya)

6. Rasa tanah dengan jari (melekit, licin, halus, kasar, berbatu)

7. Catat maklumat yang dikumpulkan dalam jadual laporan

8. Keringkan sampel tanah

LAPORAN AKTIVITI

Tanah Sampel Sampel Sampel Sampel Sampel Sampel
Ciri-Ciri Tanah Tanah Tanah Tanah Tanah Tanah
Gelap
1 2 3 4 5 6
Berkilat
Licin
Halus
Kasar
Berbatu
Melekit
Jenis Tanah

KESIMPULAN: Laman
____________________________________________________ ICT
____________________________________________________
Eksperimen menentukan tekstur
tanah menggunakan jari

19

EKSPERIMEN 1

TAJUK: Menguji keupayaan tanah memegang air

BAHAN DAN ALATAN: Sampel tanah loam, tanah liat, tanah pasir, tanah kelodak,

tanah organik, tanah dari tapak penanaman, corong turas, bikar,

kertas turas, spatula, kelalang kon, jam randik, alat penimbang dan air

PERKARA YANG PERLU DIPATUHI UNTUK MEMASTIKAN KEJAYAAN
EKSPERIMEN

• Keringkan tanah sebelum memulakan eksperimen
• Pastikan kertas turas yang digunakan tidak koyak atau rosak
• Pastikan kuantiti setiap sampel tanah dan air yang digunakan adalah sama banyak
• Pengiraan masa yang sama digunakan untuk setiap jenis tanah

LANGKAH EKSPERIMEN

123

Sediakan bahan-bahan dan Masukkan kertas turas ke Isikan 50 gm sampel tanah ke
peralatan eksperimen. dalam corong turas. dalam semua corong turas.
5
4

Tuangkan 250 ml air ke Catatkan masa sehingga air
dalam semua corong turas turun ke kelalang kon.

secara serentak.
KEPUTUSAN EKSPERIMEN

Bil Sampel Tanah Masa Air Habis Kuantiti Kuantiti Air yang Keupayaan
Keluar Air yang Dipegang Oleh Tanah
Terkumpul Memegang Air
Tanah

1 Tanah Pasir
2 Tanah Loam

3 Tanah Liat

4 Tanah Kelodak
5 Tanah Organik

6 Tanah Dari Tapak
Penanaman

KESIMPULAN:________________________________________________________________

20

EKSPERIMEN 2

TAJUK: Membandingkan kadar pengaliran air menerusi tanah

BAHAN DAN ALATAN: Sampel tanah loam, tanah liat, tanah pasir, tanah kelodak,

tanah organik, tanah dari tapak penanaman, corong turas, bikar,

kertas turas, spatula, kelalang kon, jam randik, alat penimbang dan air

PERKARA YANG PERLU DIPATUHI UNTUK MEMASTIKAN KEJAYAAN
EKSPERIMEN
• Keringkan tanah sebelum memulakan eksperimen
• Pastikan kertas turas yang digunakan tidak koyak atau rosak
• Pastikan kuantiti setiap sampel tanah dan air yang digunakan adalah sama banyak
• Pengiraan masa yang sama digunakan untuk setiap jenis tanah

LANGKAH EKSPERIMEN 3
12

Sediakan bahan-bahan dan Masukkan kertas turas ke Isikan 50 gm sampel tanah ke
peralatan eksperimen. dalam corong turas. dalam semua corong turas.
5
4

Tuangkan 250 ml air ke Catatkan masa air mula
dalam semua corong turas keluar dalam kelalang kon
sehingga air habis keluar.
dan mula ambil masa.
Masa Air Mula Masa Air Habis
KEPUTUSAN EKSPERIMEN Keluar Keluar

Bil Sampel Tanah

1 Tanah Pasir
2 Tanah Loam
3 Tanah Liat
4 Tanah Kelodak
5 Tanah Organik
6 Tanah Dari Tapak Penanaman

KESIMPULAN:____________________________________________________________

21

SIFAT FIZIKAL TANAH

Sifat fizikal tanah mampu mempengaruhi pertumbuhan tanaman. Ia merangkumi tiga ciri fizikal
iaitu:

1. Tekstur Tanah
2. Warna Tanah
3. Struktur Tanah

Tanah yang sesuai untuk tanaman tidak mengandungi batu (terutama sekali laterit), mempunyai
kandungan air yang mencukupi, saliran yang baik dan struktur yang baik supaya pertukaran gas
tidak tersekat.

TEKSTUR TANAH

Tekstur tanah merujuk kepada peratus kandungan kumin-kumin pasir, kelodak dan liat dalam tanah.
Tekstur tanah penting bagi kesuburan tanah. Tekstur tanah dapat dikesan melalui cara merasa dengan
menggunakan jari atau melalui kaedah mendapan. Nama-nama tekstur tanah diberikan mengikut
peratusan komposisi kumin tanah. Tanah yang mempunyai banyak liat dan mengandungi sedikit
pasir dinamakan tanah liat berpasir. Tanah loam mempunyai kandungan kumin yang seimbang.

Tekstur tanah boleh ditentukan dengan menggunakan Segi Tiga Tekstur Tanah iaitu Sistem
Pengelasan Tanah Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA). Ia merupakan rajah yang digunakan
untuk mengklasifikasikan tanah berdasarkan peratus komposisi dan saiz kumin. Diameter kumin
mengikut kelas tekstur tanah dapat dilihat pada Jadual 1.7.

Jadual 1.7 Diameter kumin mengikut kelas tekstur tanah

Bil Nama Pisahan Tanah Diameter Kumin Mengikut Jabatan Pertanian
Amerika Syarikat (sistem USDA)(diubahsuai)

1 Pasir sangat kasar 2.00-1.00mm

2 Pasir kasar 1.00-0.50mm

3 Pasir sederhana kasar 0.50-0.25mm

4 Pasir halus 0.25-0.10mm

5 Pasir sangat halus 0.10-0.05mm

6 Kelodak 0.05-0.002mm

7 Liat Kurang daripada 0.002mm

Sumber: Jabatan Pertanian Amerika Syarikat

Laman
ICT

Pengelasan diameter kumin

22

CARTA SEGI TIGA TEKSTUR TANAH

Rajah 1.13 menunjukkan Segi Tiga Tekstur Tanah Sistem Jabatan Pertanian Amerika Syarikat
(USDA).

100% Liat

90 10
80 20

70 30

peratus 60 40
liat
Tanah Liat
50 Loam tanah liat peratus
Tanah Liat 50 kelodak
pasir
Liat 60
40 berkelodak

30 Loam tanah liat Loam tanah liat 70
berpasir berkelodak

20 Loam 80

10 Loam berpasir Loam 90
Pasir Pasir loam berkelodak Kelodak

100% 90 80 70 60 50 40 30 20 10 100%
pasir kelodak
peratus pasir

Rajah 1.13 Segi Tiga Tekstur Tanah Sistem Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA)

INFO TAMBAHAN

100 0 Laman
ICT
% Tanah Liat % Kelodak
Penerangan USDA

0 100
100 0

% Pasir

23

CARA MENGGUNAKAN SEGI TIGA TEKSTUR TANAH

100% Liat

90 10
80 20

70 30

per3atus 60 40
liat 50
Tanah Liat per2atus
50 Loam tanah liat kelodak

Tanah Liat Tanah liat 60
40 berpasir berkelodak

Loam tanah liat Loam tanah liat 70
30 berpasir berkelodak

20 Loam Loam 80

berkelodak

10 90
Kelodak
Pasir loam Loam berpasir
Pasir
70 60 50 40
100% 90 80 30 20 10 100%
pasir peratus pasir kelodak
1

Segi tiga tekstur tanah terdiri daripada tiga sempadan, iaitu peratus tanah liat di sebelah kiri, peratus

kelodak di sebelah kanan dan peratus pasir di sebelah bawah. Setiap sempadan mempunyai bacaan

yang bermula dengan sifar hingga seratus peratus. Contoh:

Jenis tanah Bacaan %
Pasir 66
20
Kelodak 14
Liat

Langkah pertama:
• Andaikan bahawa peratus pasir dibaca terlebih dahulu.
• Tentukan titik 66 peratus pasir pada sempadan bawah segi tiga tekstur dengan menggaris
dan membacanya dari kanan ke kiri.

Langkah kedua:
• Kemudian tentukan titik 20 peratus kelodak dari sempadan kelodak di sebelah kanan dan buat
garisan.
• Kemudian tentukan titik 14 peratus liat dari sempadan liat di sebelah kiri dan gariskan
menghala ke kanan dan buat garisan.

Langkah ketiga:
• Garisan peratus pasir, peratus kelodak dan peratus liat akan bertemu di dalam satu petak kelas
tekstur.

Langkah keempat:
• Maka cantuman tiga garisan menjurus pada loam tanah liat berpasir. Tiga nilai pisahnya
telah memadai untuk menentukan kelas tekstur tanah.
• Kelas tekstur tanah ditentukan dengan membaca nama bagi petak kelas tekstur itu.

24

EKSPERIMEN 3

TAJUK: Menentukan tekstur tanah melalui kaedah mendapan

BAHAN DAN ALATAN: Tiga jenis sampel tanah dari tapak penanaman, bikar, balang gas,

spatula, pembaris dan air

PERKARA YANG PERLU DIPATUHI UNTUK MEMASTIKAN KEJAYAAN
EKSPERIMEN
• Pastikan kuantiti setiap sampel tanah dan air yang digunakan adalah sama banyak
• Goncang campuran sehingga sebati
• Biarkan campuran yang digoncang semalaman Pada pendapat anda, mengapakah
campuran yang telah digoncangkan
dibiarkan semalaman? Bincangkan.
LANGKAH EKSPERIMEN

123

Sediakan bahan-bahan dan Masukkan sampel tanah ke Isikan air ke dalam balang gas
peralatan eksperimen. dalam balang gas dengan sehingga 34 penuh dan tutup

4 menggunakan spatula mulut balang gas.
sehingga 14 penuh.
6
5

Goncangkan campuran secara Ukur ketinggian setiap Catatkan ke dalam jadual
perlahan-lahan sehingga pisahan mendapan tanah dan dan hitung peratus
kumin tanah terpisah dan keseluruhan pisahan tanah. pisahan tanah.
biarkan semalaman di atas
meja yang rata. KEPUTUSAN EKSPERIMEN

7 Bil Sampel Lapisan Ketinggian Peratus Jenis Tekstur
Tanah Tanah Lapisan Tanah

Tanah (cm)

Tentukan kelas tekstur tanah 1 Sampel Liat
dengan menggunakan segi tiga Tanah 1 Kelodak

tekstur tanah USDA. 2 Sampel Pasir
Tanah 2
Liat
3 Sampel Kelodak
Tanah 3
Pasir
Liat
Kelodak
Pasir

25

EKSPERIMEN 4

TAJUK: Menentukan tekstur tanah melalui kaedah medan (rasa guna jari)

BAHAN DAN ALATAN: Sampel tanah loam, tanah liat, tanah pasir, tanah kelodak,
tanah organik, tanah dari tapak penanaman, bikar, alat penimbang,
dulang dan air

PERKARA YANG PERLU DIPATUHI UNTUK MEMASTIKAN KEJAYAAN
EKSPERIMEN
Bolehkah rod dibentuk
• Sampel tanah yang diambil adalah dalam keadaan kering apabila tanah loam diuli
• Pastikan penggunaan air mencukupi untuk membentuk tanah dengan campuran tanah liat?
Bincangkan.

123

Timbang 50 gm sampel enam Lembapkan 50 gm tanah Bentukkan tanah
jenis tanah di dalam bekas dengan air secukupnya. menjadi rod.
untuk membentuk rod.
5
4
Liat

Pasir Loam

Perhatikan hasil tekstur tanah melalui Ulang langkah seperti di atas dengan
kaedah medan (rasa guna jari). sampel tanah yang lain.

KEPUTUSAN EKSPERIMEN

Tanah Loam Liat Kelodak Pasir Organik Tanah di Tapak
Pemerhatian Penanaman
Rod tidak dapat
dibentuk

Rod dapat dibentuk

Rod yang dibentuk
retak-retak
Rod yang dibentuk
terlalu lembut

KESIMPULAN:_____________________________________________________________

26

EKSPERIMEN 5

TAJUK: Menentukan tekstur tanah melalui kaedah medan (rasa guna jari)

BAHAN DAN ALATAN: Sampel tanah loam, tanah liat, tanah pasir, tanah kelodak,
tanah organik, tanah dari tapak penanaman, bikar, alat penimbang,
dulang dan air

PERKARA YANG PERLU DIPATUHI UNTUK MEMASTIKAN KEJAYAAN
EKSPERIMEN

• Sampel tanah yang diambil perlu dalam keadaan kering
• Pastikan penggunaan air mencukupi untuk membentuk tanah

123

Timbang 50 gm sampel enam Lembapkan 50 gm tanah Bentukkan tanah
jenis tanah di dalam bekas dengan air secukupnya. menjadi seperti cincin.
untuk membentuk rod.
Hasil tanah yang dibentuk
4 diletakkan mengikut label
Pasir
untuk pemerhatian.
Loam

Liat

KEPUTUSAN EKSPERIMEN

Tanah Loam Liat Kelodak Pasir Organik Tanah di Tapak
Penanaman
Pemerhatian

Cincin tidak dapat
dibentuk
Cincin dapat
dibentuk
Cincin yang dibentuk
retak-retak
Cincin yang dibentuk
terlalu lembut

KESIMPULAN:_____________________________________________________________

27

WARNA TANAH

Warna yang wujud pada sesuatu tanah menggambarkan kandungan bahan organik, mineral, saliran
tanah, aktiviti organisma, kesuburan tanah dan bahan induk.

Warna tanah di sebuah kawasan juga berbeza-beza dengan warna tanah di lokasi lain.
Kebanyakan tanah di lereng bukit berwarna merah yang menunjukkan kehadiran ferum yang
teroksida. Manakala, tanah di kawasan terendam air atau tanah yang salirannya tidak baik berwarna
kelabu. Ini menunjukkan kehadiran ferum yang terturun.

Jadual 1.8 menunjukkan perkaitan antara warna dengan keadaan tanah. Kajian mendapati
bahawa tanah yang berwarna gelap atau hitam keperangan mempunyai kesuburan yang tinggi.
Ini kerana tanah yang berwarna gelap atau hitam keperangan mengandungi bahan organik, udara
dan mempunyai jumlah nitrogen yang tinggi. Tanah ini sangat bersesuaian untuk aktiviti pertanian
kerana kurang terdedah kepada hakisan.

Tanah yang berwarna pudar atau kekuningan mempunyai keadaan fizikal yang berlawanan
dengan tanah berwarna gelap. Manakala, tanah berwarna sederhana gelap atau perang kekuningan
mempunyai keadaan fizikal yang sederhana subur.

Jadual 1.8: Perkaitan antara warna dengan keadaan tanah

Warna Gelap Sederhana Gelap Pudar
(Hitam Keperangan) (Perang Kekuningan) (Kekuningan)
Keadaan Tanah
Bahan organik Tinggi Sederhana Rendah
Hakisan Rendah Sederhana Tinggi
Pengudaraan Tinggi Sederhana Rendah
Ketersediaan nitrogen Tinggi Sederhana Rendah
Kesuburan Tinggi Sederhana Rendah

28

Jadual 1.9 di bawah menunjukkan ciri-ciri tanah berdasarkan warnanya.
Jadual 1.9 Ciri-ciri tanah berdasarkan warnanya

WARNA TANAH CIRI-CIRI TANAH BERDASARKAN WARNA

Merah • Kandungan ferum oksida
Perang • Saliran dan pengudaraan baik
Kelabu • Terdapat di lereng bukit
• Sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit
Kehitam - hitaman
• Kandungan ferum oksida dan bahan organik
• Saliran baik
• Subur
• Ferum oksida dan oksigen kurang
• Kandungan ferum terturun
• Saliran kurang baik dan menakung air
• Sesuai untuk tanaman padi
• Kandungan mangan oksida atau bahan organik tinggi
• Menakung air dan pH rendah
• Bahan organik lambat reput kerana kurang oksigen
• Tidak mampu memberi sokongan kepada tumbuhan besar
• Sesuai untuk tanaman nanas dan sayuran

Putih • Tanah ini mempunyai banyak kandungan liat dikenali sebagai kaolinit

Kuning • Ferum oksida berpadu dengan air
• Saliran baik
• Lebih lembap berbanding tanah merah

Kebanyakan tanah tropika berwarna merah. Walau bagaimanapun, warna ini mungkin berbeza-beza
iaitu warna merah hingga kekuningan. Keadaan ini menunjukkan bahawa tahap saliran dan
pengudaraan berbeza dalam tanah-tanah tersebut.

CARTA WARNA MUNSELL (SOIL COLOUR CHART SYSTEM)

Cara membaca carta warna Munsell. INFO TAMBAHAN

Buku Munsell berfungsi sebagai rujukan
untuk membuat perbandingan antara
jenis tanah daripada segi aspek warna
yang spesifik (Hue), nilai kegelapan atau
kecerahan warna tanah (Value) dan tahap
intensiti tanah (Chroma).

Warna tanah ditetapkan dengan carta warna Munsell. Hue
Setiap warna ditentukan oleh 3 parameter: • Adalah satu elemen dalam roda warna

i. Hue = H (spektrum warna paling dominan) yang digunakan untuk menunjukkan nama
warna(warna asas).

ii. Value = V (kecerahan-kegelapan: putih-hitam) Value
• Menunjukkan kecerahan sesuatu warna
bermula dari 0 (hitam) sampai 10 (putih).
iii. Chroma = C (kemurnian atau kekuatan warna)

Cara menulis notasi warna Munsell Chroma
adalah seperti berikut: H V/C Contohnya: • Menunjukkan darjah perubahan warna daripada
Jika tanah mempunyai nilai H=2.5YR, V=6
dan C=4. Maka notasi warna warna neutral pada nilai yang sama. Barisan bawah
Munsell bagi tanah ini adalah 2.5YR6/4. menunjukkan 0 tetapi tidak ada barisan atas. Dalam
tanah, Chroma jarang melebihi 8.

29

EKSPERIMEN 4 Kaedah menentukan warna tanah dengan menggunakan carta warna
Munsell
TAJUK:

BAHAN DAN ALATAN: Sampel tanah iaitu tanah loam, tanah liat, tanah pasir,
tanah kelodak, tanah organik, tanah dari tapak penanaman, corong
turas, bikar, kertas turas, spatula, kelalang kon, air dan
carta warna Munsell

LANGKAH BAGI MEMASTIKAN KEJAYAAN AMALI
• Keringkan tanah sebelum memulakan eksperimen
• Pastikan kertas turas yang digunakan tidak koyak atau rosak

12 3

Sediakan bahan-bahan dan Ambil 20 gm sampel enam Ambil sampel tanah yang
peralatan. jenis tanah di dalam bekas basah dengan spatula dan
yang berlainan. Basahkan
sampel tanah dengan air tentukan warna tanah
sehingga tanah menyerap air. mengikut langkah demi
langkah dengan menggunakan

carta warna Munsell.

KEPUTUSAN EKSPERIMEN

Bil Sampel Tanah Warna Tanah

1 Tanah Pasir
2 Tanah Loam
3 Tanah Liat
4 Tanah Kelodak

5 Tanah Organik

6 Tanah dari Tapak Penanaman

KESIMPULAN:________________________________ Laman
________________________________ ICT

Cara menggunakan carta warna Munsell
dengan sampel tanah.

30

REFLEKSI 1.1 Tanah Liat
Tanah Kelodak
Jenis Tanah
Tanah Loam
TANAH Tanah Organik

Sifat Tanah Tanah Pasir

Daya Memegang Air
Saiz Kumin

Rongga Udara
Saliran

Kandungan Nutrien

31

JANA MINDA

Jawab soalan berikut.
1. Rajah 1 menunjukkan lapisan profil tanah. Labelkan lapisan tersebut.

i)
ii)

iii)

iv)

Rajah 1

Y X
45% 25%

Air
25%
Z
5%
Rajah 2
2. Rajah 2 menunjukkan peratus komponen tanah lazim. Nyatakan jenis komponen tanah tersebut.
(i) X (25%) ialah: ……………………………………………..

(ii) Y (45%) ialah:……………………………………………...

(iii) Z (5%) ialah:………………………………………………

3. Nyatakan tiga jenis tanah yang terdapat di sekitar sekolah anda.
i. …………………………………......
ii. …………………………………......
iii. …………………………………......

32

4. U, V, W dan X adalah jenis tanah, padankan peranannya dengan menulis, U, V, W atau X pada
petak yang disediakan.

U Loam V Liat W Pasir X Organik

Basah, melekit dan mudah dibentuk
Saiz kumin yang paling besar
Kandungan nutrien yang tinggi
Mempunyai saliran yang sempurna

5. Tandakan ( ) bagi pernyataan yang betul dan (X) bagi pernyataan yang salah berkaitan sifat
tanah loam.
1 Daya memegang air yang baik

2 Ruang rongga yang sangat besar

3 Saliran yang kurang baik

4 Kandungan nutrien yang sederhana tinggi

6. Terangkan ciri tanah bagi warna tanah berikut:
Jadual 1

Bil Warna Tanah Ciri-Ciri Tanah Berdasarkan Warna
1 Merah
2 Kelabu
3 Kuning

Rajah 3

7. Berdasarkan Rajah 3, sejenis tanah mengandungi 20% kelodak dan 30% pasir
a. Hitungkan peratus kandungan liat.
b. Tandakan dua garisan untuk menentukan tekstur tanah pada Rajah 3.
c. Nama tekstur tanah: ………………………………………………………..

33

UNIT PEMULIHARAAN TANAH

1.2

34

PENGENALAN

Kejayaan dan kegagalan hasil tanaman petani selalunya bergantung kepada kesuburan tanah
yang dimiliki. Hal ini disebabkan tanah dapat menentukan jenis tanaman yang bersesuaian untuk
ditanam dan mempengaruhi pertumbuhan hasil tanaman. Kesuburan tanah perlu dijaga supaya daya
pengeluaran tanah berada pada tahap yang optimum.

Membaik pulih tanah bermaksud menambah sesuatu ke dalam tanah agar tanah tersebut
berkualiti dan kaya dengan nutrien. Pengurusan dan membaik pulih tanah yang betul perlu dipraktikkan
sebelum aktiviti penanaman dijalankan. Perkara ini bukan sahaja penting bagi keperluan tanaman
tetapi juga dapat memulihara kesuburan dan kandungan nutrien tanah supaya aktiviti penanaman
pada musim seterusnya dapat meningkatkan hasil yang memuaskan. Pengetahuan berkaitan tanah
seperti tahap kesuburan, kemasaman dan keasidan merupakan kelebihan kepada petani dalam usaha
meningkatkan hasil tanaman kerana setiap tanah mempunyai tahap kesuburan yang berbeza-beza
bergantung kepada jenis tanah bagi sesebuah kawasan penanaman. Jadual 1.10 menunjukkan
tanah-tanah bermasalah di Malaysia.

Jadual1.10 Tanah bermasalah di Malaysia

Tanah Asid Sulfat

Merupakan sejenis tanah yang mengandungi tanah liat dengan
kurang daripada pH 3.5. Kandungan aluminium dan ferum
yang tinggi menyebabkan tanah ini kurang subur

Tanah Bermasalah di Tanah Gambut
Malaysia Tanah gambut mempunyai kandungan bahan organik yang
tinggi dan saliran yang kurang baik. Tanah ini kurang
memberi sokongan kepada akar pokok untuk membesar. Tanah
ini berasid dan kekurangan beberapa nutrien mikro seperti
kuprum, mangan, zink, ferum, molibdenum dan boron

Tanah Bekas Lombong
Mengandungi 80% pasir dan tidak berstruktur. Tanah bekas
lombong terdiri daripada mineral kuarza dan tidak
mengandungi air yang banyak kerana peratus ruang rongga
yang banyak

Tanah BRIS (Beach Ridges Interspersed with Swales)
Tanah BRIS mempunyai kandungan pasir yang tinggi dan
tidak berstruktur. Keupayaan memegang air rendah, manakala
kadar larut resap tinggi. Kandungan nutrien dan aktiviti
biologi juga rendah.

Tanah Liat
Tanah liat ialah tanah yang mengandungi kandungan liat
yang tinggi. Kandungan liat yang tinggi menyebabkan tanah
itu menjadi lekit apabila basah dan keras apabila kering.
Jenis tanah ini mempunyai saliran yang kurang baik kerana
mempunyai kadar peresapan air yang rendah. Tanah ini juga
sukar digemburkan

35

KAEDAH PEMULIHARAAN TANAH

Rajah 1.14 menunjukkan kaedah pemuliharaan tanah yang boleh dilaksanakan melalui amalan
pertanian.

Penghutanan Pertanian
Semula Pemuliharaan

Tanah

Mengekalkan KAEDAH Pertanian
pH Tanah PEMULIHARAAN Teres

TANAH

Membuat Pertanian
Sungkupan Kontur

Rajah 1.14 Kaedah pemuliharaan tanah

PERTANIAN PEMULIHARAAN TANAH

Pertanian Pemuliharaan Tanah ialah konsep pertanian tanpa pembajakan (no til farming). Tanaman
dibenarkan untuk kekal dan tidak dibajak sehingga musim berakhir. Amalan ini dapat memulihara
tanah supaya kekal di tempat asal tanpa menjadi tanah lapang yang terdedah kepada angin dan air.

PERTANIAN TERES

Pertanian teres ini menggunakan topografi tanah untuk memperlahankan aliran air melalui satu
siri teres. Amalan ini bertujuan untuk mengeluarkan air hujan daripada mengalir terus menerusi
lereng-lereng bukit. Teres juga berfungsi untuk memperlahankan larian air. Gambar foto1.1
menunjukkan tanaman kelapa sawit secara teres.

Laman Gambar foto 1.1 Pertanian teres
ICT

Kaedah pemuliharaan tanah

36

PERTANIAN KONTUR
Pertanian kontur dilakukan untuk kawasan di lereng-lereng bukit yang ditanam dengan pokok getah
dan kelapa sawit. Amalan ini boleh menghalang air hujan daripada turun di sepanjang lereng bukit.
Gambar foto 1.2 menunjukkan amalan pertanian kontur yang dijalankan di Malaysia.

Gambar foto 1.2 Pertanian kontur
MEMBUAT SUNGKUPAN
Bahan seperti jerami padi, rumput kayu, plastik penutup batas (silvershine plastic) boleh dijadikan
sungkupan di atas permukaan tanah untuk melindungi tanah daripada timpaan air hujan dan
memelihara kesuburan tanah.
PENGHUTANAN SEMULA
Penghutanan semula ialah menanam semula hutan yang telah ditebang dengan spesies pokok yang
cepat tumbuh dan bermutu. Kaedah ini merupakan penyelesaian jangka panjang kepada masalah
hakisan tanah.
MENGEKALKAN pH TANAH
pH tanah boleh dikekalkan dengan cara pengapuran, penggunaan bahan organik dan mengamalkan
kaedah pertanian yang sistematik.

INFO TAMBAHAN
Jabatan Pertanian telah menyediakan satu peta risiko hakisan tanah Semenanjung Malaysia yang
disediakan berasaskan ‘Universal Soil Loss Equation’. Maklumat yang terdapat dalam peta ini
membolehkan perancang menilai potensi bencana hakisan tanah dan mengesyorkan langkah-langkah
pemuliharaan tanah yang perlu untuk mengurangkan hakisan tanah. Sumber: Bahagian Pengurusan dan
Pemuliharaan (Sumber Tanah Jabatan Pertanian).

37

1.2.1 STRUKTUR TANAH

Struktur tanah ialah susunan kumin tanah yang terdiri daripada pasir, kelodak dan liat yang
membentuk agregat tanah. Melalui proses pembentukan tanah, kumin-kumin dalam tanah akan
bergabung mengikut bentuk tertentu berdasarkan keadaan sesuatu kawasan itu. Susunan
kumin-kumin ini dinamakan agregat tanah yang wujud dalam pelbagai bentuk.

Struktur tanah penting dalam pertumbuhan tanaman, saliran, pengudaraan dan
ketumpatan tanah. Tanah berstruktur baik adalah lebih subur, mempunyai struktur mekanikal
tanah yang tersusun dan dilengkapi dengan nutrien tumbuhan serta dapat mengeluarkan hasil yang
optimum. Lihat Rajah 1.15 untuk mengetahui ciri-ciri tanah dengan struktur yang baik.

Ciri-ciri struktur tanah yang baik:

Lapisan nipis air mengisi Agregat tanah (gabungan
liang halus dalam agregat kumin-kumin tanah)
Ruang besar antara agregat yang
membenarkan resapan gas dan

pengaliran air

Rajah 1.15 Ciri-ciri struktur tanah yang baik

JENIS STRUKTUR TANAH

Butir Rapuh
Struktur butir rapuh ialah lapisan tanah bahagian atas yang mempunyai bahan organik. Ia bersaiz
kecil dan tidak terikat antara agregat. Struktur berbutir mempunyai ruang liang yang paling banyak
berbanding dengan mana-mana struktur.

Berlapis
Struktur berlapis berbentuk lempeng (platy) dan mempunyai ruang liang yang sedikit.

Berblok
Struktur berblok ini berbentuk kubus yang tidak sekata, menggalakkan pertumbuhan akar,
mempunyai pengudaraan dan saliran yang baik.

Prismatik
Struktur tanah prismatik berbentuk prisma dengan sebahagian atasnya mendatar atau berbentuk
tunggul.

Kolumnar
Struktur kolumnar berbentuk seperti tiang dengan puncak yang berbentuk agak bulat.

38

Pelbagai bentuk jenis struktur tanah ditunjukkan dalam Rajah 1.16.
JENIS STRUKTUR

Butir rapuh

Berlapis

Berblok

Prismatik

Kolumnar Laman
Rajah 1.16 Jenis struktur tanah ICT

Struktur tanah dan jenis struktur.

39

KEPENTINGAN STRUKTUR TANAH

Rajah 1.17 menunjukkan kepentingan struktur tanah.

Memperbaiki
Pengudaraan

Tanah

Mencegah KEPENTINGAN Mengekalkan
Kepadatan STRUKTUR Daya Pegangan
TANAH
Tanah Air Tanah

Mencegah Air
Hakisan Tanah Berlebihan

Mudah
Dialirkan

Rajah 1.17 Kepentingan struktur tanah

MENCEGAH HAKISAN TANAH

Struktur tanah yang baik menambahkan daya tanah daripada kerosakan fizikal disebabkan oleh
hakisan. Pencegahan hakisan dan pengawalan hakisan boleh dibuat dengan:

1. Melindungi permukaan tanah daripada timpaan hujan atau larian air
2. Mengelakkan pengaliran air melalui saluran sempit
3. Mengurangkan kelajuan larian air melalui amalan seperti membina teres, menanam

mengikut kontur atau membuat sungkupan

AIR BERLEBIHAN MUDAH DIALIRKAN

Struktur tanah yang baik mengandungi rongga antara agregat yang membenarkan air dan udara
meresap dengan mudah. Keadaan ini menghalang air daripada bertakung. Oleh itu air yang berlebihan
mudah dialirkan. Tanah yang bertekstur kasar seperti tanah pasir membenarkan air mengalir dengan
mudah.

MENGEKALKAN DAYA PEGANGAN AIR TANAH

Struktur tanah membolehkan air diserap. Daya pegangan air juga bergantung kepada saiz kumin
dan kepadatan liang dalam struktur tanah. Struktur tanah berlapis biasanya menghalang saliran,
manakala berbutir membantu dalam saliran.

MEMPERBAIKI PENGUDARAAN TANAH

Penggabungan struktur tanah yang berbeza-beza dapat menambah dan memperbaiki pengudaraan
tanah serta menunjukkan kapasiti air dalam tanah.

MENCEGAH KEPADATAN TANAH

Tanah yang mempunyai bahan organik yang tinggi akan menjadikan struktur tanah longgar dan
tidak padat.

40

1.2.2 pH TANAH

Tanah tropika biasanya bersifat asid kerana mengalami larut resapan keterlaluan akibat kesan
hujan yang lebat. Setiap unit perubahan pH akan melibatkan perubahan sepuluh kali ganda ke atas
kepekatan ion hidrogen (H+).

pH tanah menunjukkan kealkalian atau keasidan tanah tersebut. Ianya diukur dengan
menggunakan skala pH antara pH 0 hingga pH 14. Nilai pH tanah ditentukan oleh kepekatan ion
hidrogen (H+). Tanah yang mempunyai pH yang kurang daripada pH 7 bermaksud ianya berasid
dan lebih daripada pH 7 ialah bersifat alkali. Maklumat julat pH tanah ini ditunjukkan dalam
Rajah 1.18. Jumlah keasidan atau kealkalian dalam tanah mampu mengubah sifat-sifat tanah sama
ada sifat kimia, biologi atau fizik. Gambar foto 1.3 menunjukkan alat digital yang digunakan untuk
mengukur pH tanah.

Julat pH tanah

Semakin Berasid Semakin Beralkali

Rajah 1.18 Julat pH tanah

Gambar foto 1.3 Kaedah mengukur pH
tanah menggunakan meter pH digital

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI pH TANAH

pH tanah dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.19.

Jenis Larut
Bahan Induk Resapan

Pereputan FAKTOR YANG Respirasi Jika keasidan tanah
Bahan MEMPENGARUHI Akar dan semakin tinggi, apakah
Organik Organisma kesannya kepada
pH TANAH tanah? Terangkan.
Tanah
Laman
Penggunaan Penambahan ICT
Baja Asid Karbonik pH tanah

dan 41
Asid Nitrik

Rajah 1.19 Faktor yang mempengaruhi pH tanah

JENIS BAHAN INDUK

Banyak tanah di Malaysia berasal daripada batu granit. Batu granit mengandungi mineral seperti
kuarza, felspar dan mika yang mengandungi aluminium dan silika. Aluminium mengalami tindak
balas hidrolisis dalam tanah lalu mengeluarkan ion hidrogen (H+) yang dapat menurunkan pH tanah.
Oleh itu tanah yang berasal daripada bahan induk batu granit adalah berasid.

LARUT RESAPAN

Pengeluaran mahupun kehilangan bahan kation berbes seperti ion magnesium (Mg2+), ion kalium(K+)
dan ion kalsium(Ca2+) melalui larut resapan menyebabkan penurunan pH tanah. Kation berbes yang
larut resap ini akan digantikan oleh ion hidrogen (H+). Kehadiran ion hidrogen menyebabkan tanah
berasid.

PENGGUNAAN BAJA KIMIA SEPERTI AMMONIA SULFAT

Apabila baja ammonia sulfat dicampur dengan tanah, ion ammonia NH+ akan dioksidakan kepada
ion nitrat NO-3 dan ion hidrogen H+ melalui proses nitrifikasi. Ion H+ akan menurunkan pH tanah.

Ammonia (NH4+) + oksigen (O) ion nitrat (NO3-) + air (H2O) + ion hidrogen (H+)

PEREPUTAN BAHAN ORGANIK

Apabila bahan organik mereput, pelbagai jenis asid organik akan terhasil dan menyebabkan pH
tanah menjadi rendah.

PENAMBAHAN ASID KARBONIK

Karbon dioksida bertindak balas dengan air di atmosfera lalu membentuk asid karbonik. Asid ini
akan menurunkan pH tanah.

Karbon dioksida (CO2) + air (H2O) Asid karbonik (H2CO3)

RESPIRASI AKAR DAN ORGANISMA TANAH

Respirasi akar dan organisma tanah akan menghasilkan karbon dioksida. Gas ini akan bertindak
balas dengan air lalu menghasilkan asid karbonik.

PENGHASILAN GAS NITROGEN DIOKSIDA DAN NITROGEN OKSIDA

Tindakan kilat di atmosfera menghasilkan gas nitrogen dioksida dan nitrogen oksida. Gas-gas ini
dapat bertindak balas dengan air lalu menghasilkan asid nitrik. Asid nitrik turun bersama hujan,
masuk ke dalam tanah dan menyebabkan tanah berasid.

Gas nitrogen oksida (NO2) + air (H2O) Asid nitrik (HNO3)

Gas nitrogen dioksida (NO2) + air (H2O) Asid nitrik (HNO3)

42


Click to View FlipBook Version