ALAT MUZIK
TRADISIONAL
MUHAMMAD KHALEEF SHAH BIN SHAHRALI
5 MUNIR
KOMPANG
SEJARAH
KOMPANG
Permainan kompang
dibawa oleh pedagang Arab
yang datang berdagang
ke Nusantara. Ia
digunakan untuk
menarik perhatian pembeli
terhadap perniagaan
mereka. Dipercayai
permainan ini menjadi
ikutan masyarakat
tempatan dan seterusnya
berkembang sehingga
kini. Manakala permainan
kompang berkembang ke
Tanah Melayu akibat
imigrasi Masyarakat Jawa.
JENIS
KOMPANG
BENGKALIS RIAU
Kompang Bengkalis Riau merupakan salah satu tradisi muzik yang menggunakan kompang sebagai
medium penjanaan bunyi muzik. Kompang Bengkalis Riau dipercayai berasal dari Kampung
Jawa, Muar, Johor, Malaysia. Ia telah berkembang sejak tahun 40‐an lalu di
bumi Bengkalis, Riau, Indonesia apabila seorang tokoh muzik yang bernama Pak Maun yang pulang dari
Muar, Johor ke Bengkalis. Pak Maun lalu dikatakan mengajar alunan muzik kompang kepada abangnya
iaitu Muhammad Ali. Apabila ilmu ini diperturunkan ke Muhammad Ali, Pak Maun telah berpindah ke
daerah Bantan Tua, iaitu sebuah kampung dipanggil Resam. Bermula dari situlah permainan alat muzik
Kompang Bengkalis Riau mula berkembang secara aktif
CARA
PERMAINAN
KOMPANG
Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit
kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan
mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan
semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi
lain.[1]
Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:
Paluan tradisi, paluan di mana memukul kompang
sambil menyanyi ataupun bersyair dalam versi Arab
ataupun bahsa Melayu klasik,
paluan moden, di mana paluan tersebut diselitkan
dengan gerakan ataupun tarian.
Di Sabah, pertandingan kompang sering diadakan
untuk memartabatkan kembali kesenian Melayu yang
telah hampir pupus ini.
STRUKTUR KOMPANG
STRUKUR KOMPANG
Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang
antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan
kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik
turut digunakan.
Terdapat dua bahagian kompang iaitu bahagian muka (ada kulit)
dipanggil belulang. manakala, bahagian badan (kayu) dipanggil baluh.
Kompang perlu diletakkan penegang atau dipanggil "sedak" iaitu sejenis
rotan yang diletakkan antara belulang dan baluh, sedak ini diletakkan
bertujuan untuk menegangkan bahagian belulang dan menyedapkan
bunyi kompang apabila dipalu.
Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup
dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan
cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan
sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.
SEKIAN
TERIMA
KASIH