The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Danish Qusyairie Nazli, 2022-06-02 11:26:25

Ebook Etika Qusy Syaza Vikness

Ebook Etika Qusy Syaza Vikness

E-Book

Penghayatan Etika dan

Peradaban
MPU21032

Tajuk Permainan Tradisional mencerminkan identity Masyarakat
kepelbagaian di Malaysia

Nama Kumpulan 1.Vicnesswaran Gobinath (08dep21f1138)
dan Nombor Matrik 2.Syaza Syazwana Binti Abdul Halim(08dep21f1095)
3.Danish Qusyairie Bin Nazli (08dep21f1115)

KELAS DEP2B
Pn Aishah binti Abdul Razak
NAMA
PENSYARAH

ISI KANDUNGAN

 PENGENALAN 4

 JENIS-JENIS PERMAINAN TRADISIONAL 7
 MELAYU
 CINA
 INDIA

 KERATAN AKHBAR 8

 FAKTOR MENGABAIKAN PERMAINAN 9-12
TRADISIONAL

 KEPENTINGAN PERMAINAN TRADISIONAL 13

 CARA MEMPOPULARKAN PERMAINAN 14
TRADISIONAL

 PERMAINAN TRADISIONAL MENCERMINKAN EMM X ADA
IDENTITI MASYARAKAT KEPELBAGAIAN DI
MALAYSIA

 KESIMPULAN

 SUMBER RUJUKAN

PENGENALAN

Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai
jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan.
Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik
kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga
membentuk kebudayaan masing-masing. Ini termasuklah suka
bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan
itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian
dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak
permainan tradisional yang dipertandingkan

OBJEKTIF TUGASAN

• Memberi justifikasi tentang permainan tradisional .
• Mengaplikasikan pemahaman yang lebih mendalam

tentang makna permainan tradisional dalam .
• Permainan tradisional mencerminkan identiti

masyarakat kepelbagaian di Malaysia.
• Memberikan pencerahan berkenaan cabaran yang

dihadapi dalam mengekalkan permainan tradisional .
• Mengutarakan kepentingan permainan tradisional .
• Kesan mengabaikan permainan tradisional .

MAKSUD PERMAINAN TRADISIONAL

Budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk
satu tempoh yang tertentu seperti dalam kes masyarakat kita
permainan gasing, wau dan dam menjadi permainan tradisional.

JENIS JENIS PERMAINAN TRADISIONAL

MELAYU CINA INDIA

Sepak Raga Mahjong Kho-Kho

Batu Seremban Yoyo Cina Chaturanga
Congkak Xiang-Qi Kabadi

KERATAN AKHBAR

FAKTOR MENGABAIKAN PERMAINAN
TRADISIONAL

1. Pengaruh besar yang dibawa oleh pelbagai permainan yang moden dan
sofistikated - lebih relevan dengan perkembangan kemajuan sains dan teknologi; -
permainan komputer, permainan video, mesin kawalan jauh, permainan robot, dan
seumpamanya.

2. Sikap dan pandangan masyarakat hari ini yang beranggapan permainan
tradisional sudah ketinggalan zaman dan hanya layak berada di muzium-muzium.

3. Semakin kurang jumlah pejuang atau aktivitis yang aktif memperjuangkan

nasib permainan tradisional; jika ada pun sekadar hidup segan mati tak mahu.

4. Pihak-pihak bertanggungjawab sama ada di pihak kerajaan, NGO mahupun swasta
tidak menunjukkan komitmen yang tinggi untuk memartabatkan seni permainan
tradisional sebagai khazanah budaya dan bangsa negara.

5. Generasi muda tidak atau jarang-jarang didedahkan dengan keistimewaan dan
kelebihan permainan tradisional sehingga menyebabkan mereka gagal mengenali
budaya sendiri; tak kenal maka tak cinta.

6. Pemikiran masyarakat moden hari ini lebih ke arah mengumpulkan harta kekayaan
dan kejayaan anak-anak dalam pelajaran; Mereka menghadapi kekangan masa untuk
aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, makan angin apatah lagi untuk bergiat cergas mengisi
masa dengan bermain permainan tradisional yang memakan masa yang lama.

7. Kesukaran untuk mendapatkan peralatan permainan tradisional, bersaiz besar,
harga yang mahal juga menjadi faktor kenapa permainan tradisional semakin
dilupakan.

8. Terlalu kurang penganjuran pertandingan permainan tradisional oleh pihak-pihak
bertanggungjawab menyebabkan permainan jenis ini semakin lesu di bumi sendiri;
Penganjuran permainan tradisional dari peringkat rendah hingga ke peringkat dunia
akan lebih mempopularkan permainan tradisional. Contohnya permainan sepak
raga yang diberikan sedikit inovasi dan dikenali dengan permainan sepak takraw
telahpun popular sehingga ke peringkat antarabangsa.

9. Penggiat-penggiat permainan tradisional di desa serta kampung tidak mendapat
apa-apa bantuan dan dukungan daripada pihak kerajaan, apatah lagi daripada
pihak swasta yang hanya bergerak atas dasar keuntungan perniagaan semata-
mata.

10. Institusi-institusi pendidikan tinggi seperti IPTA dan IPTS dingin serta beku
dalam usaha menubuhkan jabatan pengajian yang bertanggungjawab mengkaji
asal usul sejarah, melatih siswa-siswi dan memerkasakan segala bentuk seni
budaya turun-temurun agar tidak ditelan kemajuan.

KEPENTINGAN PERMAINAN TRADISIONAL

• Permainan tradisional adalah ciptaan nenek moyang kita yang
melambangkan ciri-ciri kebudayaan bangsa kita.

• Alat permainan tradisional juga merupakan satu seni budaya yang
amat unik dan terunggul.

• Salah satu faktor dalam tarikan pelancong ke negara kita

• Dapat merapatkan lagi hubungan antra kaum dalam negara kita

• Dapat menaikkan nama Negara di peringkat antarabangsa dalam sukan
peringkat tertinggi seperti Sukan Sea.

CARA MEMPOPULARKAN
PERMAINAN TRADISIONAL

• Pihak ibu bapa dianggap pihak yang paling dominan berperanan memperkenalkan
serta mempopularkan permainan tradisional kepada generasi muda khususnya
kepada anak-anak mereka

• Pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia mestilah menjadikan
permainan tradisional sebagai satu daripada kegiatan kokurikulum di sekolah.

• Pihak media massa perlu menyiarkan rencana dan dokumentari untuk
memperkenalkan permainan tradisional di negara kita

KESIMPULAN

Kesimpulannya pakaian dan
permainan tradisional masyarakat
Melayu adalah penting dalam
menjadi lambang dan identiti yang
diwarisi dari zaman dahulu secara
turun temurun untuk dibawa kepada
generasi masa hadapan di Malaysia

SUMBER RUJUKAN

 https://pendidikansivikk3.wordpress.com/2012/0
5/14/permainan-tradisional-kaum-kaum-di-
malaysia-17/

 https://mixmalaysianpublic.wixsite.com/mysite/p
ost/permainan-dan-pakaian-tradisional-
melambangkan-identiti-masyarakat-melayu

TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version