The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hanifmustapa01, 2022-08-24 01:27:38

Dokumen A

Minit Majlis Perhimpunan Agung Tahunan
PKPIM Cawangan Negeri Kelantan Kali Kedua (MPATKEL2)

1.0 PENGENALAN

Mesyuarat Agung Kedua telah diadakan bagi mengesahkan maklumat-makulmat berkaitan seperti
yang ternyata dalam agenda mesyuarat pada 07 Oktober 2021 (Khamis) bersamaan 30 Safar 1443H
jam 9.00 malam bertempat di Kompleks Masjid Al-Hikmah Tanjung Mas, Pengkalan Chepa dan dalam
talian (ZOOM Meeting).

2.0 KEHADIRAN


Bil. Nama Jawatan
1. Muhammad Aqil Iqbal Bin Mohd Zulkiffli Yang Dipertua (YDP)
2. Amirah Iffah Binti Mustafa Bakri Timbalan YDP
3. Nurul Nadhirah Binti Abdul Kadir Naib YDP 2
4. Muhammad Darwisy Bin Mustafani Setiausaha
5. Nur Nabilah Binti Mohd Naji Penolong Setiausaha
6. Noraznieza Binti Nor Azhar Bendahari
7. Amir Firhan Bin Rosli Exco
8. Nur Ifa Afani Binti Fauzi Exco
9. Muhammad Sirajuddin Asraf Bin Mohd Noor Exco
10. Siti Fadhiana Adira Binti Ramli Exco
11. Nurul Najihin Binti Abdul Kadir Exco
12. Ahmad Aizat Zahier Bin Zakaria Exco
13. Ahmad Rifqie Bin Mohd Yusri Exco
14. Nur Afifah Rusyda Binti Shakri Exco
15. Muhammad Rafiq Darwisy Bin Rashiddi Exco
16. Muhammad Asyraf Fahmi Bin Ab Rahim Exco
17. Ahmad Farhan Bin Rosli Presiden PKPIM Pusat
18. Anwar Hadi Exco Dakwah & Tarbiyah PKPIM Pusat
19. Mohd Syahiran Bin Muhammad YDP ABIM Kelantan
20. Mohamad Kairo Azlan Bin Amram Perwakilan
21. Syahrul Adam Salleh Ibrahim Perwakilan
22. Aisyah Solehah Binti Mohd Noor Perwakilan
23. Che Muhammad Khalidi Bin Che Khalidi Perwakilan
24. Muhammad Afif Syazwan Bin Muhammad Salmizi Perwakilan
25. Wan Muhammad Hanif Bin Wan Mustapha Perwakilan
26. Muhammad Asyraf Bin Arifin Perwakilan
27. Nur Aimi Farhana Binti Nasrudin Perwakilan
28. Nur Farhana Binti Nordin Perwakilan
29. Nureen Nazirah Binti Hasan Perwakilan
30. Nor Hanim Sofiah Binti Ab Halim Perwakilan
31. Airani Aryani Anis Binti Abdullah Perwakilan
32. Nur Aina Hanim Binti Zahri Perwakilan
33. Huda Binti Mohamad Fauzi Perwakilan
34. Muhammad Adib Ilham Bin Azman Pemerhati
35. Umar Bin Hamzah Pemerhati
36. Muhammad Adib Fahmi Bin Muhammad Faris Pemerhati
37. Muhammad Afiq Nazmi Pemerhati

38. Mohammad Sharul Iman Bin Saebon Pemerhati
39. Muhammad Irfan Bin Kamarulzaman Pemerhati
40. Muhammad Sirajuddin Asraf Bin Mohd Noor Pemerhati
41. Muhammad Iqbal Bin Azarinudin Pemerhati
42. Muhammad Fakhruddin Bin Rosli Pemerhati
43. Haazim Bin Abu Bakar Pemerhati
44. Muhammad Asyiq Hakimi Bin Kamarulzaman Pemerhati
45. Faizahtun Nadhirah Binti Omar Pemerhati
46. Nik Nur Amni Sufiah Binti A Rahman Pemerhati
47. Muhammad Adib Ilham Bin Azman Pemerhati
48. Umar Bin Hamzah Pemerhati
49. Muhammad Adib Fahmi Bin Muhammad Faris Pemerhati
50. Muhammad Afiq Nazmi Pemerhati
51. Mohammad Sharul Iman Bin Saebon Pemerhati
52. Muhammad Irfan Bin Kamarulzaman Pemerhati

3.0 AGENDA MESYUARAT

No Perkara Tindakan
1 Pengenalan Makluman
Sdri. Fadhiana memulakan majlis

Bacaan Doa
Sdr. Hanif memulakan majlis dengan bacaan doa.

Nyanyian lagu Hidup Biar Berjasa
Para muktamirin dan muktamirat menyanyikan lagu rasmi PKPIM Kelantan
(Hidup Biar Berjasa).

Ucapan Aluan YDP PKPIM Kelantan
Sdr. Aqil merafakkan kesyukuran ke atas MPAT Kelantan yang kedua. Sdr. Aqil
mengingatkan semua pimpinan untuk sentiasa bermuhasabah ketika berada
dalam gerakan. Sdr. Aqil mengharapkan segala usaha PKPIM Kelantan mendapat
ganjaran di dunia dan di akhirat. beliau mengucapkan selamat datang kepada
muktamirin dan muktamirat. Beliau mengharapkan agar PKPIM Kelantan
memberi nafas kepada anak muda Kelantan untuk sentiasa bergiat aktif dan
memberitahu bahawa gerakan anak muda mesti berbakti kerana mereka
mmpunyai idea.

Sdr. Aqil juga memberitahu bahawa anak-anak muda yang akan mewarisi
kepimpinan negara. Sdr. Aqil mengingatkan sebaik-baik umat adalah yang terus
mngamalkan amal makruf nahi munkar, menyuruh kepada kebaikan serta
mencegah kemungkaran. Sdr. Aqil juga memaklumkan bahawa kita membawa
gerakan dakwah serta kita juga adalah gerakan yang bersifat setempat.

Ucapan Perasmian Presiden PKPIM
Sdr. Farhan merafakkan rasa kesyukuran kerana diberi kesempatan untuk hadir
bersama muktamirin dan muktamirat di MPATKEL2. Sdr. Farhan mengucapkan
apresiasi atas kesungguhan dan komitmen yang diberikan oleh PKPIM Kelantan.

Sdr. Farhan memberitahu agar kita perlu melihat Islam dengan kacamata
harmoni dan keadilan. Sdr. Farhan memberitahu kita perlu mempergiat kegiatan
keilmuan di Kelantan dengan lebih lagi.

Seterusnya, Sdr. Farhan memaklumkan bahawa kita juga perlu mempersiapkan
angkatan baru dari aspek kegiatan keilmuan agar dapat diperkembangkan. Selain
itu, Sdr. Farhan menyeru kepada para pimpinan agar tidak bergerak secara
bersendirian, tidak mengira fahaman politik yang brbeza.

Di samping itu juga, Sdr. Farhan menasihati kita perlu sentiasa optimis dengan
masa depan. Sdr. Farhan mengucapkan tahniah dan terima kasih sekali lagi.

2 Sidang MPATKEL2 Makluman

Perlantikan Ahli Jawatankuasa Muktamar Sanawi

Sdr. Dzul Aiman mencadangkan nama-nama bagi mengendalikan Muktamar ke-
2 PKPIM cawangan Negeri Kelantan seperti berikut:

Pengerusi : Sdr. Anwar Hadi
Pencatat I : Sdri. Nur Aimi Farhana binti Nasrudin
Pencatat II : Sdri. Wan Nurwahidah binti Wan Mohammad
Tauliah : Sdr. Wan Muhammad Hanif bin Wan Mustapha
Pemandu : Sdr. Ahmad Aizat Zahier bin Zakaria
Pembaca Usul : Sdr. Muhammad Afif Syazwan bin Muhammad Salmizi

Membentang Dan Menerima Minit Mesyuarat Pkpim Kelantan Sesi 2020/2021

Sdr. Darwisy Mustafani (Setiausaha Agung PKPIM cawangan Negeri Kelantan)
membentangkan Minit Mesyuarat PKPIM cawangan Negeri Kelantan sesi
2020/2021 untuk diterima.

Minit Mesyuarat PKPIM cawangan Negeri Kelantan sesi 2020/2021 tersebut
telah disahkan oleh Sdri. Amirah Iffah binti Mustafa Bakri dan disokong oleh Sdr.
Kairo Azlan bin Amaran untuk diterima.

Membentang, Membahas, Dan Menerima Laporan Tahunan Abim Negeri
Kelantan Sesi 2019/2020

Sdr. Darwisy Mustafani (Setiausaha Agung PKPIM Negeri Kelantan)
membentangkan Laporan tahunan PKPIM Negeri Kelantan Sesi 2020/2021 untuk
diterima.

Sdri. Noraznieza (Bendahari PKPIM Negeri Kelantan) menyatakan jumlah
kewangan semasa PKPIM Kelantan adalah sebanyak RM3300.00 dengan
pindaan.

Sdri. Faizahtun Nadhirah (wakil PKPIM Terengganu) bertanyakan soalan kepada
Jabatan Hewi berkaitan program ‘Ramadhan Bersama Hewi’ dan sebab program
tersebut tidak dinyatakan dalam laporan tahunan.

Sdr. Che Mohd Khalidi bin Che Khaidin kepada Jabatan MASSA berkaitan sebab
tidak dilaksanakan lagi program tambahan.

Sdr. Che Mohd Khalidi bin Che Khaidin juga bertanyakan soalan kepada Jabatan
Pengurusan berkaitan sebab jumlah peserta dalam program tidak disertakan
dalam laporan tahunan.

Laporan tahunan PKPIM cawangan Negeri Kelantan Sesi 2020/2021 tersebut
telah disahkan oleh Sdr. Amir Firhan bin Rosli dan disokong oleh Sdri. Siti
Fadhiana Adira binti Ramli untuk diterima.

Membentang, Membahas, Dan Meluluskan Usul

Sdr. Irfan Kamaruzaman mengusulkan agar PKPIM Kelantan dapat memperluas
rangkaian kerjasama dengan mahasiswa dan badan-badan NGO yang lain.

Sdr. Irfan Kamaruzaman juga mengusulkan agar memperkasa hewi PKPIM
Kelantan dalam pembudayaan ilmu seperti tauladan, perbincangan soal fiqh dan
sebagainya.

Sdr. Irfan Kamarazuman juga mencadang dan mengusulkan agar PKPIM Kelantan
memperkemas maklumat terkini dengan lebih terperinci dan tepat seperti
kempen dan isu yang ingin dibawa.

Pembubaran Ahli Jawatankuasa Kerja Sesi 2019/2020 Abim Kelantan

Sdr. Muhammad Aqil Iqbal Bin Mohd Zulkiffli (YDP PKPIM Kelantan)
mengumumkan pembubaran Ahli Jawatankuasa Kerja 2020/2021 PKPIM Negeri
Kelantan.

Pengesahan Pimpinan PKPIM Kelantan Sesi 2021-2022
Sdr. Anwar Hadi (Pengerusi Tetap) membentangkan cadangan nama-nama
pimpinan PKPIM Kelantan seperti berikut:

Bil. Nama Jawatan
1. Muhammad Aqil Iqbal Bin Mohd Zulkiffli Yang Dipertua (YDP)
2. Amir Firhan bin Rosli Timbalan YDP
3. Siti Fadhiana Adira binti Ramli Naib YDP 1
4. Nurul Nadhirah binti Abdul Kadir Naib YDP 2
5. Wan Muhamad Khairuddin bin Wan Ibrahim Naib YDP 3
6. Ahmad Aizat Zahier bin Zakaria Setiausaha
7. Nur Ifa Afani Binti Fauzi Penolong Setiausaha 1
8. Nur Aina Hanim binti Zahri Penolong Setiausaha 2
9. Airani Aryani Anis binti Abdullah Bendahari
10. Muhammad Asyraf bin Mohd Aripin Exco
11. Huda binti Mohamad Fauzi Exco
12. Nur Farhana binti Nordin Exco
13. Syahrul Adam bin Salleh Ibrahim Exco
14. Nur Hanim Sofiah binti Ab Amin Exco
15. Wan Muhammad Hanif bin Wan Mustapha Exco
16. Nur Aimi Farhana binti Nasrudin Exco
17. Aisyah Solehah binti Mohd Noor Exco

18. Wan Nurwahidah binti Wan Mohammad Exco
19. Muhammad Afif Syazwan bin Muhammad Exco
Salmizi
20. Nureen Nazirah binti Hassan Exco

Pelantikan Exco Kanan dan Ahli Jawatankuasa PKPIM cawangan Negeri Kelantan
sesi 2021/2022 telah disahkan oleh Sdr. Kairo Azlan bin Amaran dan disokong
oleh Sdr. Sirajuddin Asyraf.

Ucapan Penggulungan

Sdr. Irfan (YDP Ikatan) mengucapkan jutaan tahniah kepada PKPIM Negeri
Kelantan atas pelantikan ahli jawatankuasa PKPIM Kelantan yang baharu. Beliau
turut berpesan kepada pimpinan baru agar memperluas lagi rangkaian kerjasama
bersama pimpinan mahasiswa serta ahli PKPIM cawangan lain.
Penutup Makluman

Sdri. Fadhiana menutup majlis dengan tasbih kaffarah dan surah Al-Asr.


Click to View FlipBook Version