ASAL
USUL
KAUM
BIDAYUH
Kaum Bidayuh adalah masyarakat
yang mendiami kawasan barat daya
Sarawak, terutamanyaBahagian
Serian, Kuching dan di barat
Kalimantan
Pada zaman dahulu suku kaum Bidayuh tinggal di rumah panjang. Lazimnya
penempatan rumah panjang suku kaum Bidayuh terletak jauh di kawasan
pendalaman dan tanah tinggi. Ini adalah bagi tujuan keselamatan iaitu sukar untuk
dikesan oleh musuh.Struktur rumah panjang kaum Bidayuh tidak jauh bezanya
dengan struktur rumah panjang masyarakat Iban di Sarawak. Atap rumah panjang
kaum Bidayuh diperbuat daripada atap rumbia atau sagu, manakala dindingnya
pula daripada buluh. Pelantar atau lantai rumah panjang pula diperbuat daripada
papan atau buluh manakala tiangnya pula diperbuat daripada kayu belian. Rumah
panjang masyarakat Bidayuh terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bilik utama, awah
dan tanju. Bilik utama dapat kita samakan dengan ruang utama kediaman pada
masa sekarang. Di dalam bilik ini masyarakat Bidayuh lazimnya meletakkan
barang-barang peribadi milik keluarga dan keturunan mereka seperti gong,
tempayan, tembikar dan sebagainya. Ruang ini juga berfungsi sebagai tempat tidur di
kala malam hari. Awah pula adalah bahagian pelantar di luar rumah panjang
masyarakat Bidayuh dan lazimnya ia bertutup dan beratap. Ia dapatlah disamakan
dengan berandah rumah pada masa ini. Di "awah" masyarakat Bidayuh
menjalankan aktiviti aktiviti harian mereka seperti menganyam, berbual, membuat
peralatan bertani dan sebagainya. Ruangan Awah juga akan digunakan untuk
sebarang upacara keagamaan seperti perkahwinan, pantang larang dan pesta-pesta
tertentu seperti pesta gawai dan sebagainya. "tanju" pula adalah bahagian terluar di
dalam rumah panjang masyarakat Bidayuh. Bahagian tanju agak terdedah dan
lazimnya ia tidak bertutup mahupun beratap. Tanju lazimnya digunakan untuk
menjemur hasil tuaian masyarakat Bidayuh seperti padi, lada, jagung dan
sebagainya.
Bahasa Bahasa Bidayuh agak unik berbanding bahasa-bahasa
yang lain yang terdapat di Sarawak. Keunikan ini adalah
berdasarkan sebutan,pertuturan, gerak gaya dan alunan yang
dipertuturkan. Lazimnya, bahasa Bidayuh akan berubah intonasi
dan bahasa mengikut kampung dan daerah tertentu. Hal ini
menyebabkan suku kaum ini sukar untuk berkomunikasi dengan
satu sama lain sekiranya mereka adalah suku atau dari daerah
yang berlainan. Sebagai contoh, suku Bidayuh dari kawasan Serian
menyebut "makan" ialah "ma-an" manakala suku Bidayuh dari
kawasan Padawan pula menyebut "makan" sebagai "man".Ada
juga bidayuh yang baru dikenali sebagai Bidayuh Kuching Tengah
atau "Bidayuh Moden ( Baru ), oleh kerana bahasa dan adat yang
bercampur dari bidayuh bau jagoi dan bidayuh padawan.Kaum
Bidayuh ini boleh ditemui dikawasan perkampungan berdekatan
dengan bandar kuching iaitu :
1. Kampung Tematu
Simorang
2. Kampung Semeba
3. Kampung Sudat
4. Kampung Bumbok
PEKERJAAN KAUM BIDAYUH
Sepertimana masyarakat
pribumi yang lain sistem
ekonomi masyarakat Bidayuh
pada asalnya adalah berasaskan
sistem ekonomi sara diri dan
kebanyakan masyarakat tersebut
bergiat secara langsung dalam
aktiviti pertanian yang
tradisional. Mereka
mengamalkan sistem pertanian
pindah randah menanam padi
bukit untuk memenuhi
keperluan harian mereka.
Aktiviti harian mereka banyak
bergantung kepada menanam
padi bukit atau padi huma dan
mengumpul hasil hutan dan
memburu binatang serta
menangkap ikan untuk menyara
hidup.
Oleh itu, kekayaan dan kewujudan kaum Bidayuh banyak bergantung kepada kemahiran
mereka bercucuk tanam terutamanya padi huma. Kemahiran ini adalah seperti membuat
keputusan apabila hendak menuai padi dan juga memungut hasil tuaian. Saiz sesebuah
keluarga adalah amat penting dimana tenaga kerja yang banyak akan mempercepatkan kerja-
kerja di huma atau lading mereka. Keadaan yang digambarkan di atas pada hari ini telah
berubah dengan wujudnya sistem ekonomi berasaskan wang. Amalan pertanian pindah
randah yang diamalkan dahulu tidak banyak diamalkan lagi kerana tanah yang sesuai telah
berkurangan disebabkan oleh pertumbuhan penduduk. Selain itu, kaum muda yang
berpelajaran telah mula meninggalkan kampong halaman mereka untuk bekerj di Bandar-
Bandar utama di seluruh negeri Sarawak. Bagi mereka yang lebih suka dengan cabaran
mereka mencari peluang pekerjaan di luar Sarawak seperti di Semenanjung Malaysia dan
Singapura. Oleh sebab itu hanya mereka yang sudah tua dan yang golongan muda yang
masih bersekolah sahaja yang masih berada di kampung-kampung. Oleh kerana desakan dari
ekonomi pasaran mereka telah pun mengubah corak hidup mereka dengan bercucuk tanam
secara komersial atau terlibat dengan tanaman kontan untuk tujuan pasaran secara kecil-
kecilan di pecan atau Bandar seperti di Serian Bau/ undu dan tidak ketinggalan di Bandaraya
Kuching.
Majlis perkahwinan yang diadakan sangat bergantung pada
kemampuan ekonomi keluarga pengantin. Dalam masyarakat Bidayuh,
pilihan tempat tinggal selepas berkahwin bergantung pada banyak faktor.
Faktor utama ialah kedudukan ekonomi pasangan yang berkahwin. Pihak
suami yang berada dan berkedudukan boleh mempengaruhi pihak isteri
untuk tinggal bersama-sama keluarganya (amalan virilokal) dan begitulah
sebaliknya (uksorivokal). Dalam keadaan perkahwinan suami isteri yang
sudah stabil, mereka boleh duduk di rumah sendiri (amalan neolokal).
MAJLIS PERKAHWINAN
KAUM BIDAYUH
Kumpulan Dayak Selako melarang Perkahwinan yang
pergaulan bebas antara lelaki dan sempurna mengikut
perempuan. Perkahwinan boleh berlaku pandangan suku Selako,
secara 'terpaksa' melalui amalan yang Jagoi dan Lara ialah
dikenali sebagai 'batangkap'. Ini perkahwinan yang
merupakan amalan apabila pasangan melibatkan pengetahuan,
lelaki dan perempuan yang kerap peranan dan perancangan
dilihat berdua-duaan boleh dihadapkan oleh ibu bapa kedua-dua
kepada para pemimpin kampung belah pihak. Perkahwinan
supaya tindakan dapat diambil. Mereka juga mungkin melibatkan
yang ditangkap bersetuju untuk peranan orang perantaraan
berkahwin setelah dibicarakan oleh atau dikenali sebagai picara
pemimpin serta penduduk kampung dalam kalangan masyarakat
supaya hubungan mereka sebagai suami Selako untuk mewakili
isteri boleh disahkan dengan pihak lelaki. Setelah semua
mengadakan sedikit upacara setelah pihak bersetuju, hari dan
denda atas kesalahan mereka telah masa yang sesuai akan
dijelaskan. Amalan batangkap ditetapkan.
dilakukan atas pasangan yang
menghadapi tentangan daripada ibu
bapa.Satu lagi cara melangsungkan
perkahwinan adalah melalui amalan
'nyagam', apabila bakal suami dihantar
bersama-sama segala tikar bantalnya ke
kediaman bakal isteri setelah mendapat
persetujuan daripada pihak perempuan.
Biasanya lelaki yang memilih untuk
berkahwin cara demikian ialah seorang
duda atau balu.
Hari Gawai Dayak merupakan Gawai Dayak adalah musim
perayaan yang disambut di perayaan yang berlangsung
Sarawak oleh kaum peribumi selama sebulan yang bermula
Sarawak, terutamanya Iban, dari hujung bulan Mei sehingga
Bidayuh dan Orang Ulu seperti akhir bulan Jun setiap tahun.
Kayan dan Kenyah, dan juga Mereka mempunyai beberapa
komuniti Dayak di Kalimantan upacara besar yang dijalankan
Barat. di rumah panjang dan bandar.
Hari pertama perayaan jatuh
Dahulu, kebanyakan mereka tinggal di pada 31hb Mei dan hari kedua
rumah-rumah panjang dan pada 1hb Jun setiap tahun dan
sesetengahnya tinggal berkelompok di akan tamat secara rasmi
kampung-kampung, kini masyarakat dengan upacara penutupan
Dayak sudah tinggal menetap di pada akhir bulan Jun yang
bandar-bandar untuk mencari dipanggil menggulung atau
pekerjaan dan sara hidup yang lain. ngiling tikar.
PERSEDIAAN MENYAMBUT PERAYAAN
HARI GAWAI
Sebelum berakhirnya bulan Mei,
gotong-royong untuk pembersihan dan
perhiasan rumah panjang atau
kampung boleh diadakan seperti
mengecat atau membaiki bahagian-
bahagian rumah yang rosak. Rumah
panjang dibina mengikuti peraturan-
peraturan tertentu supaya ia
digunakan sebagai tempat kediaman
dan juga tempat beribadat. Jadi,
pembinaan arkitek ini mesti
dikekalkan sepnajang masa. [2]
Persediaan untuk menyambut Gawai Selepas itu, acara pembersihan kubur
Dayak bermula bila tibanya bulan selalunya diadakan setiap tahun
Mei dengan penapaian "tuak" iaitu sebagai tanda penghormatan bagi
sejenis minuman tradisi komuniti orang-orang yang telah meninggal
Dayak. Penapaian tuak mengambil seperti nenak-moyang, ahli-ahli
masa selama kira-kira sebulan. Tuak keluarga, sahabat handai and
dihasilkan daripada penapaian nasi masyarakat setempat.
pulut yang telah dimasak dan Rumah panjang atau kampung
dicampur ragi sebelum disimpan seterusnya akan bermesyuarat untuk
dalam tempayan. Bila sudah ada menubuhkan sebuah jawatankuasa
sedikit air tuak tulen pada nasi pulut atau komiti bagi mengatur acara
yang ditapai itu, air yang telah sambutan gawai pada 31hb Mei dan
dimasak dan dicampur gula akan 1hb Jun.
ditambahkan secukupnya mengikut Acara-acara tradisi termasuklah
banyaknya nasi pulut tersebut. Pada meminum air panjang umur, perarakan
akhir bulan Mei, air tuak itu boleh menyambut Tuhan, pertandingan ratu
ditapis dan diminum. Meminum tuak cantik seperti pekit Kumang dan Keling
melambangkan kekuatan tenaga bagi kaum Iban, pendirian pokok
dan keberanian hati tanpa berbelah- "ranyai", bermain muzik tradisi, menari
bahagi tarian asal seperti ngajat dan datun
jalut, persembahan seni
Setelah siap membuat tuak iaitu selepas mempertahankan diri dan
pertengahan bulan Mei, kaum wanita akan menyanyikan puisi rakyat.
membuat kuih-muih tradisi orang Dayak
yang dipanggil "sarang semut", "acuan" Pada zaman moden sekarang, acara
dan "kuih sepit". Kuih-muih ini diperbuat sukaneka pada siang harinya,
daripada tepung beras yang dicampur air, permainan sukaria, karaoke, bejoget
telur and gula lalu digoreng sehingga dan disco boleh diselitkan untuk
keras dan kering dalam minyak masak. memeriahkan suasana gawai.
Kuih-muih yang telah siap akan disimpan Peraturan-peraturan khas untuk
dalam tempayan atau tin supaya tahan dipatuhi oleh orang ramai juga akan
untuk beberapa minggu tanpa basi ditentukan untuk menjaga suasana
sementara menunggu tibanya hari gawai. gawai yang meriah tanpa pergaduhan
dan gangguan yang lain. Bagi kaum
Iban, peraturan ini dipanggil
"begeliga".
PERAYAAN GAWAI DAYAK
Bila tibanya pagi 31hb Mei, orang ramai Sementara itu, tikar-tikar anyaman tradisi dengan rekaan bunga-
bungaan yang cantik dan berwarna terang akan dibentangkan di
akan turun mencari bahan makanan dari hutan sepanjang ruai rumah. Jenis-jenis tikar tradisi termasuklah tikar
atau kebun terutamanya umbut yang sedap bemban, tikar rotan dan tikar kulit kayu. Kain-kain tenunan atau ikatan
dimasak sup dengan daging haiwan. Ikan, tradisi yang dipanggil "pua kumbu" pula digantung di dinding-dinding
haiwan liar dan sayuran hutan juga dicari sebagai perhiasan. Barangan kraft tangan yang lain seperti bakul dan
untuk lauk-pauk sebelum gawai. topi besar boleh juga digantung di dinding-dinding bilik.
Selepas itu, orang ramai akan menyembelih
haiwan ternakan sebagai lauk utama gawai. Pelantar istimewa dan tilam kapas empuk akan dibuat terutamanya di
Sekarang ini, daging dan sayuran boleh dibeli ruai Ketua Rumah atau Gawai sebagai tempat singgah-sana para
di pasar-pasar terutamanya bagi mereka yang tetamu khas yang dijemput hadir semasa upacara duduk berbaris
bekerja dan tinggal di bandar-bandar. mengikut kedudukan sosial masing-masing nanti.
Nasi pulut "pansoh" (lemang) akan dimasak Selepas semua persediaan ini siap, orang ramai mulalah mandi,
dalam ruas buluh supaya ada aroma istimewa berpakaian kemas dan bersedia untuk acara malam menyambut gawai
daripada buluh tersebut yang tidak diperolehi
jika dimasak dalam periuk. Nasi pulut inin adalah .pada 31hb Mei
dianggap hidangan istimewa kerana kelekitannya
melambangkan perpaduan di kalangan komuniti Kira-kira jam 6 petang 31hb Mei, gong akan dipukul untuk
itu yang menjamahnya. Nasi pulut juga mengumumkan permulaan upacara sambutan Gawai Dayak kepada
digunakan untuk membuat nasi manis dan tuak, semua orang.
sebagai salah satu sajian kepada para dewa dan
membaling tiang chandi sewaktu gawai burung Acara ringkas membuang roh hantu pembaziran yang dipanggil "Antu
atau kenyalang. Selain itu masakan seperti ayam Rua" oleh kaum Iban akan dilakukan dengan mengheret sebuah
pansuhturut disediakan. penampi oleh dua orang budak atau lelaki supaya setiap keluarga
boleh membuang sesuatu barang yang tidak berguna lagi untuk roh itu
supaya ia tidak mengganggu perjalanan perayaan pesta gawai
seterusnya selepas barang-barang itu dipersembahkan untuknya.
Seterusnya akan dilakukan upacara sajian dan penyembahan, yang
dipanggil "miring" atau "bedara" oleh kaum Iban, di setiap bilik
keluarga secara bergilir-gilir dari bilik ke bilik sepanjang rumah panjang
atau kampung. Upacara ini bertujuan sebagai tanda kesyukuran untuk
tahun yang telah berakhir dan memohon panjang umur, kesihatan dan
rezeki pada tahun akan datang.
ADAT RESAM & PANTANG LARANG
KAUM BIDAYUH
Adat perkahwinan LANGKAH PERTAMA
Bagi masyarakat Bidayuh, perkahwinan ialah Merisik
satu cara untuk menjadi anggota dan
menikmati hak sebagai anggota Biik atau Dalam masyarakat ini, tidak
Ramin itu. Masyarakat Bidayuh ada upacara merisik.
mengamalkan monogami sahaja. Namun Perkahwinan biasa berlaku
demikian, perkahwinan semula selepas apabila seseorang sudah
penceraian ialah satu perkara biasa. Oleh cukup dewasa dan memilih
sebab larangan yang kuat terhadap inses, pasangan hidup. Masyarakat
perkahwinan luar daripada keluarga sendiri Bidayuh bersikap terbuka
ialah peraturan penting dalam masyarakat terhadap pilihan anak-anak
tersebut. Masyarakat Bidayuh juga melarang mereka kecuali perkahwinan
perkahwinan antara sepupu. yang terlarang. Dalam
kumpulan Bukar-Sadong dan
Kumpulan seperti Dayak Selako melarang kumpulan Selako, mereka
ahlinya daripada berkahwin dengan anggota dibenarkan untuk memilih
kaum yang pernah menjadi musuh perang pasangan yang disukainya
mereka kerana khuatir akan termakan sumpah.
Namun larangan tersebut dimansuhkan kerana tanpa mengira asal kaum.
sudah berlaku perkahwinan yang pertama antara
datuk nenek mereka dengan keturunan bekas
musuh mereka. Dalam kalangan kumpulan
Dayak Bukar-Sadong, peraturan tentang
perkahwinan agak longgar. Lelaki dan
perempuan boleh bebas bergaul dan berkenalan
antara satu dengan lain sebelum mereka
berkahwin.
PERKAHWINAN
4. Majlis Perkahwinan
Majlis perkahwinan yang diadakan sangat
bergantung pada kemampuan ekonomi
keluarga pengantin. Dalam masyarakat
Bidayuh, pilihan tempat tinggal selepas
berkahwin bergantung pada banyak faktor.
Faktor utama ialah kedudukan ekonomi
pasangan yang berkahwin. Pihak suami yang
berada dan berkedudukan boleh
mempengaruhi pihak isteri untuk tinggal
bersama-sama keluarganya dan begitulah
sebaliknya. Dalam keadaan perkahwinan
suami isteri yang sudah stabil, mereka boleh
duduk di rumah sendiri.
2. Meminang Kumpulan Dayak Selako melarang pergaulan
bebas antara lelaki dan perempuan.
Cara perkahwinan dilakukan berbeza mengikut Perkahwinan boleh berlaku secara 'terpaksa'
kumpulan. Dalam kumpulan seperti Selako, Jagoi melalui amalan yang dikenali sebagai
dan Lara, perkahwinan boleh didahului dengan 'batangkap'. Ini merupakan amalan apabila
pertunangan. Pertunangan ditandai dengan pasangan lelaki dan perempuan yang kerap
pertukaran cincin antara kedua-dua belah pihak. dilihat berdua-duaan boleh dihadapkan
Andai kata pasangan itu merasakan mereka kepada para pemimpin kampung supaya
secocok, perkahwinan boleh dilangsungkan tindakan dapat diambil. Mereka yang
kemudian. ditangkap bersetuju untuk berkahwin setelah
dibicarakan oleh pemimpin serta penduduk
3. Bertunang kampung supaya hubungan mereka sebagai
suami isteri boleh disahkan dengan
Peristiwa perkahwinan berhubung rapat dengan mengadakan sedikit upacara setelah denda
menuai padi. Lebih baik hasil yang diperoleh, lebih atas kesalahan mereka telah dijelaskan.
banyak perkahwinan dapat dilangsungkan. Ini Amalan batangkap dilakukan atas pasangan
adalah kerana majlis pertunangan dan yang menghadapi tentangan daripada ibu
perkahwinan melibatkan majlis kenduri yang besar bapa.
dan mewah terutama bagi anak sulung lelaki atau
anak tunggal. Sekiranya mereka gagal Satu lagi cara melangsungkan perkahwinan
mengadakan kenduri pertunangan dan adalah melalui amalan 'nyagam', apabila bakal
perkahwinan, orang ramai akan mencemuh suami dihantar bersama-sama segala tikar
pengantin lelaki. Kerana itulah apabila hasil padi bantalnya ke kediaman bakal isteri setelah
berkurangan, pertunangan atau perkahwinan juga mendapat persetujuan daripada pihak
akan berkurangan. perempuan. Biasanya lelaki yang memilih
untuk berkahwin cara demikian ialah seorang
duda atau balu.
Usia minimum untuk bertunang bagi anak Perkahwinan yang sempurna mengikut
perempuan adalah pada masa lampau ialah 16 pandangan suku Selako, Jagoi dan Lara ialah
tahun manakala bagi anak lelaki ialah 18 tahun. perkahwinan yang melibatkan pengetahuan,
Selepas memilih bakal tunang dan isterinya, lelaki peranan dan perancangan oleh ibu bapa
itu akan melantik seorang perantaraan perempuan. kedua-dua belah pihak. Perkahwinan juga
Perantara perempuan tersebut akan menghantar mungkin melibatkan peranan orang
tepak sirih atau kapur tunang atau sebentuk cincin perantaraan atau dikenal sebagai picara dalam
kepada perempuan berkenaan di samping untuk kalangan masyarakat Selako untuk mewakili
mendapatkan pandangan pihak keluarga pihak lelaki. Setelah semua pihak bersetuju,
perempuan mengenai perkahwinan tersebut. hari dan masa yang sesuai akan ditetapkan.
Adat kematian
Pantang Larang Sewaktu Kematian
Mengikut kepercayaan kaum Bidayuh, adat kematian
diadaptasi daripada cerita 2 beradik yang bernama Rijong
dan Buwah. Di dalam ceritera dua beradik ini dikatakan
telah mengajar masyarakat Bidayuh untuk meratap setiap
kali berlakunya kematian. Tujuannya adalah untuk
memanggil roh-roh saudara terdekat yang telah pergi
dahulu bagi membantu dan menunjukkan jalan kepada
rohnya ke “Sidanah”.
“Sidanah” mengikut kepercayaan masyarakat Bidayuh
merupakan tempat untuk roh-roh orang dewasa menunggu
sebelum dibenarkan masuk ke “Sibayan”. Adalah
dipercayai setiap roh harus menunggu selama lebih kurang
4 tahun selepas kematiannya untuk ke “Sibayan” iaitu
syurga mengikut kepercayaan mereka.
Pada ketika inilah beberapa peraturan harus dipatuhi atau jika dilanggar akan dikenakan
denda. Kebiasaannya warga perkampungan Bidayuh akan meletakkan tanda bagi memberi
peringatan kepada pengunjung untuk tidak datang sepanjang waktu berpantang atau
“Peris” di dalam bahasa Bidayuh.
Suatu ketika dahulu dikatakan masyarakat Bidayuh akan mengadakan upacara gawai
sepanjang waktu berkabung yang mana ianya bertujuan untuk memperingati roh dan
dikala itulah beberapa persembahan makanan akan disajikan kepada roh si mati. Ianya
dilakukan bagi menghibur roh si mati agar tidak bersedih meninggalkan keluarga yang
masih hidup selain daripada memohon untuk diampunkan dosanya.
Namun sejajar dengan kedatangan agama kristianiti yang dianuti oleh rata-rata
masyarakat Bidayuh Sarawak sekarang, segala bentuk pemujaan seperti ini sudah lama
ditinggalkan sebaliknya upacara sembahyang mengikut lunas-lunas agama Kristian pula
menggantikannya.
Agama dan kepercayaan
Zaman dahulu, masyarakat
bidayuh juga turut percaya
terhadap kepercayaan animisme
tetapi pada masa kini, rata-rata
masyarakat Bidayuh Sarawak
sekarang menganuti agama
kristian, segala bentuk
pemujaan sudah lama
ditinggalkan sebaliknya upacara
sembahyang mengikut lunas-
lunas agama Kristian pula
menggantikannya.
Warna hitam adalah warna Kaum lelaki masyarakat
utama dalam pemakaian Bidayuh pula lazimnya
masyarakat Bidayuh. Bagi mengenakan sepasang
Kaum wanita masyarakat persalinan berbentuk baju
Bidayuh, pakaian lengkap hitam separa lengan atau
adalah termasuk baju berlengan pendek dengan
berlengan pendek atau sedikit corak berunsur
separuh lengan dan sepasang flora dan seluar hitam
kain sarung berwarna hitam atau cawat yang berwarna
paras lutut yang dihiasi asas seperti biru, merah
dengan manik manik halus dan putih. Kain lilit kepala
pelbagai warna disulami pula adalah pelengkap
dengan kombinasi warna hiasan kepala kaum lelaki
utama iaitu putih, kuning dan masyarakat ini.
merah. Tudung kecil separuh
tinggi dengan corak anyaman
yang indah atau penutup
kepala daripada kain
berwarna warni dengan
sulaman manik halus adalah
pelengkap hiasan kepala
wanita masyarakat Bidayuh.
Bagi masyarakat Bidayuh, muzik
memainkan peranan yang
penting dalam setiap upacara
keagamaan yang mereka
jalankan. Muzik ini berperanan
menaikkan semangat, mengusir
roh jahat dan sebagai
pententeram kepada semangat
roh. Muzik juga memainkan
peranan dalam pemberitahuan
motif sesuatu upacara yang
dijalankan. Umumnya muzik
tradisional masyarakat Bidayuh
terdiri daripada sepasang gong
besar terbahagi daripada dua
iaitu Oguong dan Kitaak, canang,
Gendang atau Pedabat dan
Tawak (sejenis gong kecil).
Terdapat juga alat muzik
tradisional yang lain seperti
serunai/seruling dan gitar buluh.
Namun alat muzik seumpama ini
amat kurang dimainkan kerana
proses pembuatannya yang agak
rumit.
ANGGI PINGADAP- Sebuah LANGGI EMPUNJON -
tarian Bidayuh Tarian ini menggambarkan
memberkati tetamu kami.
Pada zaman dahulu muzik larangan perkahwinan
ini digunakan untuk legenda Abang Dino dan
Menyambut kepulangan adik perempuannya Dayang
seorang victorious
headhunter. "Gawai Siti. Ibu bapa dan
Bujog" merupakan jenis penduduk kampung
muzik digunakan suntuk menentang akan "Masau
tarian ini. Tino". Mereka lari ke hutan
dan telah menjadi monyet.
LANGGI PERANG - Menari Tarian ini dicipta sebagai
mengikut rentak "Gawai peringatan bagi generasi
Borabun", ini adalah salah baru. Muzik untuk tarian ini
satu daripada tarian dipanggil "Gawai Tutok".
popular bagi kemenangan
pahlawan Bidayuh.
Sarawak merupakan tempat yang berbilang kaum, suku dan
bangsa.Di dalam Sarawak sendiri, kita boleh dapati bahawa
lebih daripada 30 suku dan bangsa. Oleh itu, Marudi
merupakan tempat pedalaman yang tidak terlepas daripada
banyak etnik yang terdapat di Sarawak. Salah satunya suku
kaum Bidayuh. Suku kaum Bidayuh memilik pelbagai jenis
makanan tradisional yang unik dan menarik. Antaranya;
• Asam Siok
Siok merupakan hidangan tradisi masyarakat
Bidayuh yang sangat dikenali kerana keunikan
memasaknya adalah menggunakan buluh. Asam
Siok ini adalah beras yang dimasak bersama
ayam dan lebih baik lagi menggunakan ayam
kampung, lalu menggunakan buluh sebagai
bahan utama. Antara bahan-bahan yang
dimasakan bersama beras dan ayam tersebut
adalah daun ubi dan serai. Ini bertujuan bagi
meningkatkan lagi aroma hidangan tersebut
serta membuatkannya wangi dan
menyelerakan. Hidangan ini jarang sekali
dikenali oleh masyarakat Sarawak, namun
hidangan ini seakan Manuk Pansuh yang berasal
daripada masyarakat Iban.
Walaubagaimanapun, hidangan ini merupakan
masakan versi Bidayuh.
• Tebah Duong Bandung
Di kalangan masyarakat Bidayuh, duon
bandung ini merupakan daun ubi kayu. Tebah
duon bandung ini merupakan jeruk atau
pekasam daun ubi kayu yang diperbuat secara
tradisional. Hidangan ini merupakan makanan
tradisi masyarakat Bidayuh dan dinikmati oleh
setiap lapisan generasi.
Agama & kepercayaan
Zaman dahulu,
masyarakat bidayuh
juga turut percaya
terhadap kepercayaan
animisme tetapi pada
masa kini, rata-rata
masyarakat Bidayuh
Sarawak sekarang
menganuti agama
kristian, segala bentuk
pemujaan sudah lama
ditinggalkan
sebaliknya upacara
sembahyang mengikut
lunas-lunas agama
Kristian pula
menggantikannya
Dalam mengharungi kehidupan bermasyarakat, ‘langgie
Pingadap’ dijadikan sebagai identiti kewujudan mereka di
Sarawak. Keadaan ini disebabkan kehidupan yang berteraskan
kepada budaya padi telah melahirkan pelbagai tanggapan
yang berbeza sehingga kumpulan masyarakat Bidayuh
disamaertikan sebagai kumpulan masyarakat Iban. Keadaan
ini telah menimbulkan kebimbangan kepada pencinta budaya
etnik. Malah apabila diteliti kehidupan etnik ini sangat
berbeza di mana mereka telah dikategorikan sebagai Dayak
Darat dan Dayak Laut. Penyelidikan mengenai ‘langgie
Pingadap’ ini dijalankan menggunakan kaedah etnografi Iaitu
ia berfokuskan untuk memahami fenomena sosial daripada
perspektif penglibatan penyelidik dan responden. Meraka
tidak mempunyai agama yang tertentu.Mereka masih
berpegang kepada ajaran animisme ,pegangan ini dipengaruhi
oleh unsur-unsur yang dibawa oleh fahaman Hindu-Buddha.
Sebahagian besar mereka beragama Kristian selepas
kedatangan Barat. Masyarakat Bidayuh juga terkenal sebagai
masyarakat petani yang mengamalkan penanaman padi bukit.
Keadaan itu disebabkan konsep sosialisasi mereka yang
diterima daripada generasi terdahulu. Hanafi Hussin (2005)
menyatakan bahawa masyarakat egalitarian masa lalu banyak
bergantung kepada tanah untuk meneruskan kehidupan
seharian. Kehidupan seharian mereka dikawal oleh adat yang
keseluruhannya bergantung kepada struktur dan organisasi
alam semesta dengan setiap peringkat penanaman padi
diiringi oleh pelbagai ritual.
Rahun
dilahirkan pada 20 November
1914 berasal dari Kampung Riih
Mawang, Serian telah berkahwin
dengan Siba Nyisin dan
dikurniakan enam cahaya mata.
Beliau merupakan salah seorang
antara anak tempatan yang
pernah memenangi kerusi
Parlimen Serian pada 1970 untuk
satu penggal (1970-1975).
Gelaran Pengarah diberi apabila
beliau menjadi Orang Kaya
Pemanca oleh kerajaan British
suatu ketika dulu.
Mendiang Rahun pernah keluarga mendiang Rahun bergambar
memegang jawatan temenggung, dengan papan tanda Jalan Pengarah
timbalan setiausaha Majlis Daerah Rahun Debak dekat Kampung
Serian (MDS), Orang Kaya Tangga, Serian.
Pemanca, penghulu dan ketua
kampung.
Juga bekas pengerusi Parti
Kebangsaan Sarawak (SNAP)
Cawangan Serian dan diberi
anugerah Pingat Perkhidmatan
Bakti (PPB), Johan Bintang
Kenyalang (JBK) dan Ahli Bintang
Sarawak (ABS).
Dewi Liana Seriestha
beliau dilahirkan pada tanggal 7 September
1989 merupakan seorang penyanyi, model dan
bekas ratu cantik Malaysia. Kerjayanya bermula
selepas menjadi salah seorang peserta
rancangan Mentor musim pertama di TV3. Pada
tahun 2014, beliau menjadi rakyat Malaysia
pertama yang memenangi gelaran Miss World
Talent dalam pertandingan Miss World 2014.
4
Bryan Nickson Lomas
beliau lahir pada 30 Jun 1990 di Kuching,
Sarawak ialah seorang atlet terjun Malaysia.
Lomas menjadi atlet Malaysia yang paling muda
selepas layak ke Sukan Olimpik Musim Panas
2004 apabili 14 tahun. Lomas dinobatkan
sebagai Olahragawati Terbaik Sarawak
sebanyak tiga kali; 2005/2006, 2007/2008 dan
2011/2012. Dia juga dinobatkan sebagai salah
satu daripada lima belas penerima anugerah
Ikon Belia dan Sukan Sarawak pada tahun
2011.
5
James Dawos Mamit
James Dawos Mamit adalah ahli politik Malaysia. Beliau
sebelum ini merupakan Anggota Parlimen Malaysia bagi
kawasan Mambong di Sarawak, mewakili Parti
Bumiputera Tradisional Bersatu (PBB). Beliau juga
merupakan mantan Timbalan Menteri Tenaga,
Teknologi Hijau dan Air dalam kerajaan gabungan
Barisan Nasional. Dawos dilantik sebagai Timbalan
Menteri Pelancongan pada 14 Disember 2009,
menggantikan Sulaiman Abdul Rahman Taib. Sebagai
backbencher, dia telah mempromosikan pemeliharaan
bahasa dan budaya Bidayuh.Pada 16 Mei 2013, setelah
menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13, dia dilantik
sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam
Sekitar.
6
Pandelela Rinong
Pandelela Rinong anak Pamg, AMN JBK lahir pada 2
Mac 1993 adalah penyelam Malaysia. Dia adalah
pemenang pingat Olimpik dua kali dan telah memenangi
total lima pingat di Kejohanan Dunia.Pandelela mewakili
Malaysia di Olimpik Musim Panas 2008 di mana dia
menduduki tempat ke-27 dalam 10m platform. Dia
memenangi pingat emas di Sukan Komanwel 2010. Dia
dipilih untuk menjadi pembawa bendera Malaysia pada
Sukan Olimpik 2012. Dia terus memenangi pingat
gangsa di platform 10m, menjadi atlet wanita Malaysia
pertama yang memenangi pingat Olimpik, dan juga yang
pertama dalam sukan selain daripada badminton. Pada
Sukan Olimpik Musim Panas 2016, dia memenangi
pingat perak dalam platform 10m yang diselaraskan
dengan Cheong Jun Hoong.
7
KATA ALU-ALUAN
Seindah bicara,
Bismillahirrahmanirahim
Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh dan salam
sejahtera,
Segala puji bagi Allah tuhan yang
memelihara dan mentadbir
sekalian alam.Bersyukur ke
hadrat ilahi kerana dengan izin-
Nya kami dapat menyiapkan
tugas berkumpulan yang telah
diamanahkan kepada kami.
Terlebih dahulu kami ingin
mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Puan Noor Aslinda BT Jalil
atas bimbingan beliau sepanjang
kami menyiapkan tugasan
ini.Tahniah diucapkan kepada
semua jawatankuasa dan sidang
reduksi majalah ini atas kejayaan
menerbitkan majalah dengan
jayanya.Akhir kata diharapkan
semua pembaca dapat
menambahkan lagi ilmu
pengetahuan dan fakta-fakta
yang menarik tentang kaum
bidayuh di Sarawak selepas
membaca majalah
ini.Sekian,terima kasih.