The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by selvaranirames, 2020-07-01 00:44:45

KATA MAJMUK

BACA DAN FAHAMI.

Kata Majmuk

Bentuknya
1) Kata majmuk ialah gabungan dua atau lebih daripada dua patah kata untuk satu kata
baru.

2) Kata majmuk dapat dibentuk daripada dua patah kata yang sama kelasnya atau
daripada dua patah kata yang berlain kelasnya.

3) Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya tersendiri.
Contohnya air dan mata yang menjadi komponen kata majmuk air mata. Kata majmuk
mempunyai maknanya masing-masing. Makna air mata ialah air yang meleleh dari mata
apabila menangis.

4) Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata yang berbeza tetapi
maknanya sama atau hampir-hampir sama. Contohnya cantik jelita bermakna sangat
cantik, hancur lebur bermakna hancur sama sekal, sunyi sepi bermakna sangat sunyi.

5) Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu dimaksudkan untuk
menyatakan makna kesangatan.

6) Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi tidak ada
yang bersempang.

7) Kata majmuk dapat dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentuk kata ganda yang
dieja bersempang kecuali kata ganda separa seperti bebawang, jejari.

8) Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah antarabangsa, apabila,
bagaimana, bumiputera, daripada, demikian, jawatankuasa, jurumudi, kadangkala,
kakitangan, olahraga, pesuruhjaya, setiausaha, tandatangan, tanggungjawab,
warganegara, manakala, dan walaupun.

9) Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah tanah air, air mata, buah
pinggang, campur tangan, daun pintu, ganti rugi, dan hak cipta.

Tugasnya
1) Kata majmuk mempunyai dua tugas iaitu:
a) Menetapkan kelas kata dasar. Contohnya
Air – mata = air mata
Lemah – lembut = lemah lembut
Mogok – duduk = mogok duduk
Dari – pada = daripada
Apa – bila = apabila

b) Mengubah kelas kata dasar. Contohnya
Alim – ulama = alim ulama
Gulung – tikar = gulung tikar
Lalu – lintas = lalu lintas
Cerdik – pandai = cerdik pandai

Maknanya
1) Kata majmuk dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu
a) Kata majmuk wajar
b) Kata majmuk kiasan

2) Kata majmuk wajar ialah kata majmuk yang sebenarnya yang yang maknanya dapat
diketahui daripada makna kata-kata yang menjadi komponennya. Contohnya, buah
anggur ialah kata majmuk wajar kerana maknanya tidak lain daripada buah yang
bernama anggur

3) Kata majmuk kiasan ialah kata majmuk yang maknanya lain daripada makna yang ada
pada kata-kata yang menjadi komponennya. Contohnya, buah hati ialah kata majmuk
kiasan kerana maknanya tidak kena-mengena dengan buah ataupun hati. Makna buah
hati ialah kekasih yang dicintainya bukan buah yang bernama hati.

Bentuk kata majmuk yang telah mantap
Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap
sebagai satu perkataan yang utuh.
Perkataan ini dieja satu perkataan. Kata tersebut adalah:

1. antarabangsa
2. beritahu
3. kakitangan
4. kerjasama
5. setiausaha
6. sukarela
7. olahraga
8. matahari
9. suruhanjaya
10. jawatankuasa
11. tandatangan
12. tanggungjawab
13. warganegara
14. pesuruhjaya


Click to View FlipBook Version