The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Majlis Sambutan Hari Raya SK Pulau Mantanani 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pipybc, 2022-05-17 11:25:17

Kertas Kerja Majlis Sambutan Hari raya

Majlis Sambutan Hari Raya SK Pulau Mantanani 2022

KERTAS KERJA

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI
SK PULAU MANTANANI 2022

TARIKH
19 MEI 2022

TEMPAT
SK PULAU MANTANANI

1.0 PENDAHULUAN
Setiap tahun pihak sekolah akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya. Melalui
majlis ini, murid-murid akan mempunyai pengalaman dan idea dalam realitI kehidupan yang
sebenar serta membantu meningkatkan minda. Selain itu, murid-murid akan diberi peluang
untuk berseronok dan bergembira dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk mereka.

2.0 RASIONAL
Program ini juga amat bermakna bagi semua warga sekolah, warga PIBG, guru KAFA, pihak
pengusaha pusat peranginan, agensi Badan Bukan Kerajaan seperti Reef Check Malaysia serta
Pasukan Gerakan Am (PGA) kerana mengeratkan silaturahim di antara satu sama lain. Justeru,
program ini dirancang dengan penuh kemeriahan. Selain jamuan hari raya, kita juga
dihiburkan dengan persembahan anak-anak didik kita yang bersama merayakan kemenangan
setelah berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan.

3.0 OBJEKTIF
Melalui program ini, diharap objektif berikut akan dapat dicapai:

3.1 Memberi peluang kepada murid-murid merasa diri mereka dihargai dan dirai.
3.2 Memberi peluang murid belajar melalui pengalaman tentang sesuatu majlis.
3.3 Memberi peluang kepada murid untuk bergembira dan berseronok di samping
mengeratkan lagi silaturahim.
3.4 Mengeratkan silaturahim antara pihak sekolah, warga PIBG, agensi luar serta komuniti
setempat.
3.5 Manfaatkan sambutan bulan Syawal dengan aktiviti berkaitan kemasyarakatan seperti
amalan kerjasama dan gotong-royong.

4.0 SASARAN
Program ini akan dijalankan untuk semua murid, guru dan AKP, staf sokongan, guru KAFA,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), agensi luar (Pengusaha Pusat Peranginan), Reef Check
Malaysia dan Pasukan Gerakan Am (PGA).
Rujuk Lampiran 1 untuk atur cara program.

5.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK
Rujuk Lampiran 2 untuk Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik.

6.0 BELANJAWAN
Pengurusan kewangan program disertakan di dalam jadual di bawah.

PERBELANJAAN SUMBER JUMLAH BESAR
JAMUAN MAKAN GURU RM 33 X 26 ORANG RM 858
AKP
GURU KAFA

SUMBANGAN PIBG RM200 RM 200

HADIAH CABUTAN

TIKET BERTUAH SUMBANGAN PIBG 100 100

JUMLAH KESELURUHAN RM 1158

Disediakan oleh Disemak oleh

(BERS CILLA BOUNOTJI) (ABD MAZID BIN AJAB)
Setiausaha Penolong Kanan KoKurikulum
Majlis Sambutan Hari Raya 2022 SK Pulau Mantanani
SK Pulau Mantanani

Disahkan oleh

(ZUKRI BIN HAMZAH)
Guru Besar
SK Pulau Mantanani

LAMPIRAN 1

LAMPIRAN 2
AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat 1 : En. Zukri bin Hamzah
Penasihat 2 : En. Danny bin Bukarak
Penyelaras : En. Abd Mazid bin Ajab
Setiausaha : Cik Bers Cilla Bounotji
Bendahari : Pn. Veronicca Allen Nasir
Pengacara Majlis : Pn. Suriani Samion
Bacaan Doa : Ust. Mohd fadzil bin Zainuddin
AJK Pentas : Cik Salinah Binti Sinin
: Pn. Veronicca Allen nasir
P. A System : Cik Emily Francis
: Ust. Mohd Hasanal Fikri bin Esdalah
AJK Persembahan : En. Abd Mazid bin Ajab
AJK Makanan : En. Mohd Noordin bin Din
: Pn. Asnani Perman
Logistik dan Dewan : Pn. Debra Ramin
: Pn. Sofiah binti Pauh
AJK Pendaftaran : Pn. Asnani Perman
: Pn. Anna binti Sulaiman
Surat Siaran : Pn. Suhaila Syahnuar
Keselamatan : En. Sablin bin Hj. Norsidek
Pengurusan Tiket Bertuah : En. Abd Mutaib bin Esdal
Pengurusan Hamper : En. Nordin Vicente
Dokumentasi media : Pn. Erni Roszalinda binti Rahimi
: Cik Emily Francis
: Cik Bers Cilla Bounotji
: En. Ahmad bin Makmul
: Cik Salinah binti Sinin
: Pn. Debra Ramin
: Ust. Mohd Hasanal Fikri bin Esdalah
: Cik Bers Cilla Bounotji


Click to View FlipBook Version