BUKU SKRAP DIGITAL
TOKOH PEMIMPIN JOHOR
TAN SRI HAJI MUHYIDDIN
Perdana menteri Malaysia yang ke-8
DI SEDIAKAN OLEH :
QASEH MAISARAH BINTI AZUAN
(SK ANGKATAN TENTERA)
MAKLUMAT PESERTA
Nama Peserta
QASEH MAISARAH BINTI
AZUAN
Kelas : 5 Cemerlang
Alamat Email : Nama Sekolah : Alamat Sekolah :
m-11093300@moe- Sekolah Kebangsaan Jalan Balau,
dl.edu.my Angkatan Tentera Kebun Teh ,
80250 Johor Bahru,
Johor, Malaysia
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana
keizinan dari-Nya, saya telah dapat menyiapkan
tugasan Buku Skrap Digital ini dengan jayanya.
Saya ingin mengucapkan seribu penghargaan dan
terima kasih kepada guru penasihat saya iaitu Cikgu
Haini Shafiqah binti Mohd Shaharudin atas
bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan untuk
saya meyiapkan buku skrap digital ini.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan setinggi
penghargaan kepada kedua ibu bapa saya iaitu
Puan Norzaina binti Saini dan Encik Azuan bin Jaafar
sertakakaksaudarasaya, ShazrinBintiShazminkerana
banyak membantu saya menyiapkan tugasan ini
dengan mengajar saya cara untuk menggunakan
aplikasi dalam komputer riba.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih
pada yang terlibat dalam menyiapkan tugasan ini
samada secara langsung atau tidak langsung.
Isi Kandungan
Perkara Muka Surat
1.0 Pendahuluan 1
2.o Biodata Tan Sri Muhyiddin 2
-2.1 Galeri Gambar Tan Sri Muhyiddin
3
3.0 Pendidikan Tokoh 4
4.0 Kerjaya Tan Sri Muhyiddin 5
5.0 Sumbangan Tokoh 6
6.0 Nilai-Nilai Kepimpinan Tan Sri Muhyiddin 7
7.0 Keratan Akhabr
8
- 7.1Keratan Akhbar
- 7.2Keratan Akhbar
8.0 Penutup
Rujukan
1.0 PENDAHULUAN
Tan Sri Muhyiddin Yassin, ialah Ahli Parlimen P143 Pagoh sejak 1978
hingga 1986 dan pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Wilayah
Persekutuan serta Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri dalam
tempoh tersebut.
Kemudiannya beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor daripada
tahun 1986 hingga 1995 sebaik dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Bukit Serampang.
Selepas itu Tan Sri Muhyiddin kembali berkhidmat dengan kerajaan
persekutuan sebaik terpilih semula sebagai Ahli Parlimen Pagoh pada
Pilihan Raya Umum 1995.
Pada Pihan Raya Umum ke-14 lalu, beliau turut terpilih sebagai
(ADUN) N09 Gambir. Tan Sri Muhyiddin kini menyandang jawatan
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Selepas PRU14
beliau dilantik menerajui Kementerian Dalam Negeri.
Beliau juga pernah memegang beberapa jawatan penting sektor
korporat di beberapa anak syarikat pelaburan kerajaan negeri
termasuk Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor Darul Takzim
(PKENJ); kini Perbadanan Johor (JCorp) sejak 1974 hingga 1978.
Tan Sri Muhyiddin menyertai BERSATU sejak September 2016 dan
dilantik sebagai Presiden BERSATU dan Ketua BERSATU Bahagian
Pagoh pada tahun sama. Tan Sri Muhyiddin sebelum ini pernah
dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Barisan Nasional dari tahun 2009
hingga tahun 2015.
Pada 1 Mac 2020, Tan Sri Muhyiddin telah diperkenan oleh Yang di-
Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelapan.
2.0 BIODATA
TOKOH
Nama :
Tan Sri Haji Muhyiddin
Bin Haji Mohd Yassin
Umur :
74 Tahun
Tarikh Lahir : Nama Isteri :
15 Mei 1947 Puan Sri Noorainee
Binti Abdul Rahman
Tempat lahir :
Muar, Johor
Nama Ibu : Pekerjaan :
Hajjah Khadijah Binti Perdana Menteri yang
Kassim ke 8
Nama Ayah :
Haji Mohd Yassin Bin
Muhammad
2.1 Gallery gambar Tan
Sri Haji Muhyiddin
3.0 PENDIDIKAN TOKOH
•Beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Maharani
di Muar, Johor.
•Seterusnya, beliau bersekolah di Sekolah
Kebangsaan Ismail di Muar, Johor.
•Beliau juga telah mendapat pendidikan di Sekolah
Tinggi Muar, Johor.
•Di samping itu, beliau telah menerima Ijazah Sarjana
Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu di Universiti
Malaya.
4.0 Kerjaya Tan Sri Haji Muhyiddin
•Antara jawatan yang beliau sandang dalam
kerajaan sepanjang tempoh perkhidmatan iaitu:
1•Menteri Besar 2.Menteri Belia Dan
Johor (1986-1995) Sukan
(1995-1999)
3.Menteri Perdagangan 4.Menteri Pertanian
Dalam Negeri Dan Hal Dan Industri Asas
Ehwal pengguna Tani
(1999-2004) (2004-2008)
5.Menteri Perdagangan 6.Timbalan Perdana
Antarabangsa Dan Menteri Dan Menteri
Industri (2008-2009) Pendidikan (2009-2015)
7.Menteri Dalam Negeri 8.Perdana Menteri
(2018-2020) Malaysia (2020 Sehingga
Kini)
5.0 SUMBANGAN
TOKOH
•Semasa Tan Sri Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor dari tahun
1986 sehingga tahun 1995 beliau menyumbang kepada ekonomi
melebihi kadar 9 peratus selama lima tahun berturut-turut.
•Negeri Johor Darul Takzim mengalami guna tenaga penuh yang
hanya dikecapi sebilangan kecil negara didunia.
•Semasa Tan Sri Muhyiddin menjadi pengerusi Perbadanan
Kemajuan Ekonomi Negeri Johor, beliau menjadi simbol kejayaan
konglomerat Melayu diseluruh negara.
•Amanah Saham Johor telah memberi faedah kepada rakyat akibat
daripada dasar penswastaan negeri Johor.
•Mahkamah syariah dan kedudukan pegawai-pegawai mahkamah
dinaik taraf.
•Masjid lama diperbaiki serta dibesarkan dan masjid baharu dibina.
•Tenaga pengajar sekolah-sekolah agama ditambah dengan
memperkenalkan Kursus Perguruan Asas Agama Kerajaan Johor
Darul Takzim.
6.0 NILAI - NILAI KEPIMPINAN TAN SRI HAJI
MUHYIDDIN
1. Berani
•Tan Sri Muhyiddin ialah antara individu dalam Malaysia pertama yang
mengambil suntikan vaksin CoviD-19 sebagai langkah untuk
meyakinkan rakyat bahawa vaksin yang diperoleh selamat dan
berkesan. Oleh itu, sebagai pemimpin kita perlulah berani mengambil
risiko dan sanggup menggadaikan nyawa demi keselamatan dan
kesejahteraan rakyat.
2. Bertanggungjawab
•Tan Sri Muhyiddin memberitahu kepada rakyat supaya mengikuti
Prosedur Operasi Standard CoviD-19 bagi membendung wabak
pandemik ini dari menular. Justeru itu, sebagai pemimpin kita mestilah
memastikan isu semasa dapat ditangani dengan baik kerana
keharmonian negara merupakan tanggungjawab kita.
3. Patriotisme
•Tan Sri Muhyiddin melaungkan slogan merdeka ketika menyampaikan
amanat sempena Hari Kebangsaan ke-63 di Stadium Merdeka. Oleh itu,
sebagai pemimpin kita haruslah menerapkan semangat cinta akan
negara dengan menjaga keamanan negara serta menyemarakkan lagi
sambutan kemerdekaan.
7.0 KERATAN AKHBAR MENGENAI TOKOH
7.1 KERATAN AKHBAR MENGENAI TOKOH
7.2 KERATAN AKHBAR MENGENAI TOKOH
8.0 PENUTUP
•Jasa Tan Sri Muhyiddin memainkan peranan yang
signfikan didalam pembangunan negeri Johor dan
negara Malaysia dalam memartabatkan bahasa
Melayu, identiti kaum Melayu dan menegakkan syiar
Islam. Walaupun dalam sejarah politiknya beliau
pernah menjadi pembangkang dalam majlis perwakilan
tetapi warisan perjuangannya menjadi teras sebagai
paksi membangunkan kaum Melayu di Malaysia.
•Oleh itu, kita sebagai pewaris harapan nusa, bangsa
dan negara perlulah menghargai segala keringat, usaha
dan pengorbanan Tan Sri Muhyiddin dalam
meneruskan perjuangan beliau demi keharmoniaan
sejagat.
SUMBER RUJUKAN
Muhyiddin Yassin. (2012). Sudut Pandang Muhyiddin Yassin
Isu Kontroversi, Pandangan Serta Harapan. Kuala Lumpur:
Institut Terjemahan & Buku Malaysia.
A. Rahman Tang Abdullah. (1985). Hikayat Johor dan
Kepentingannya sebagai Sumber Sejarah Johor Moden:
1833-1895. 29-42.
Sinar Harian. (2020, Mac 02). Muhyiddin terbaik kerana
semangat kental, banyak pengalaman.
Khairunnisa Kasnoon. (2020, Ogos 30). Semangat
kemerdekaan, Tan Sri Muhyiddin imbau detik sejarah 63
tahun lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/02/677746/p
m-tiba-untuk-suntikan-vaksin-covid-19-metrotv
https://www.sinarharian.com.my/article/87057/SUARA-
SINAR/Awang-Paku-Serpih/Tahniah-Tan-Sri-Muhyiddin
•https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/66
0650/biodata-tan-sri-muhyiddin-yassin