1 MODUL SOALAN NOVEL PEPERIKSAAN SPM PENGETAHUAN NOVEL Bermula peperiksaan SPM 2016 semua calon di seluruh negara dikehendaki menjawab soalan berdasarkan teks novel baharu yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2015 kepada pelajar-pelajar tingkatan 4. Novel-novel ini dibahagikan mengikut zon seperti yang berikut: ZON NAMA NOVEL NEGERI YANG TERLIBAT 1 Jendela Menghadap Jalan oleh Ruhaini Matdarin Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak 2 Leftenan Adnan Wira Bangsa oleh Abdul Latip Talip Selangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya 3 Di Sebalik Dinara oleh Dayang Noor Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan 4 Pantai Kasih oleh Azmah Nordin Johor, Sabah, Sarawak, WP Labuan Analisis Soalan Novel Peperiksaan SPM Aspek sastera Tahun 2010 2011 2012 2013 2014 2015 U N U N U N U N U N U N Sinopsis √ √ Tema √ Persoalan √ √ Watak dan perwatakan √ Peristiwa berkesan √ Peristiwa yang menimbulkan kesedaran √ Kewajaran pengakhiran cerita Tarikan permulaan cerita Peristiwa menarik Peristiwa teladan √ Peristiwa pincang √ Sebab-sebab menimbulkan kesedaran √ Klimaks Konflik √ Latar tempat √ Latar masa √ Latar masyarakat √ √ Nilai √ √ √ √ Pengajaran √ √ * Catatan : N ialah kertas soalan November, manakala U ialah kertas Ulangan Jun/Julai
2 Keperluan Peperiksaan SPM Soalan/ Aspek Skop Soalan Markah Soalan 4(a) Kertas 2 Memberikan pendapat, ulasan, dan reaksi tentang sesuatu aspek kesusasteraan dalam novel kajian. Soalan berdasarkan sebuah atau dua buah novel yang dikaji. 7 markah Soalan 4 (b) Kertas 2 Membuat huraian atau perbandingan serta memberikan contoh yang berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran aspek sastera dalam novel kajian. Soalan berdasarkan sebuah atau dua buah novel yang dikaji. 8 markah Pengetahuan Novel 1. Soalan tentang novel dikemukakan sebagai Soalan 4 dalam Kertas 2 Bahasa Melayu SPM (1103/2) dan menawarkan 15 markah. 2. Soalan ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Soalan 4(a) dan 4(b). Soalan 4(a) menawarkan 7 markah, manakala Soalan 4(b) menawarkan 8 markah. 3. Peruntukan markah untuk aspek bahasa dan isi adalah seperti yang berikut: Soalan 4(a): Bahasa : 3 markah Isi : 4 markah Soalan 4(b): Bahasa : 2 markah Isi : 6 markah Panduan Menjawab Soalan: 1. Baca soalan dengan teliti supaya anda dapat memahami kehendak soalan dengan jelas. 2. Garisi rangkai kata atau ayat yang berkaitan dengan soalan untuk menggelakkan anda menjawab soalan yang tidak berkaitan. 3. Tulis dua atau tiga isi (kecuali jika diminta memberikan jumlah isi yang berbeza) yang berkaitan dengan soalan. Setiap isi hendaklah diberikan huraian dan contoh yang berkaitan dengan novel kajian anda. 4. Pastikan anda menyatakan nama novel kajian anda dengan jelas. 5. Gunakan bahasa yang baku dan tepat. 6. Semak ejaan, perkataan, dan tanda baca supaya markah bahasa tidak dipotong. 7. Jawapan calon hendaklah ditulis dalam bentuk esei atau ayat yang lengkap, bukan dalam bentuk poin. 8. Calon hendaklah memperkukuh setiap isi dengan contoh yang relevan. 9. Tulis seberapa banyak isi yang berkaitan dengan soalan. Setiap isi hendaklah diberikan huraian dan contoh yang berkaitan dengan novel kajian anda.
3 NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN KARYA RUHAINI MATDARIN MODUL 1 Jawab soalan di bawah berdasarkan novel yang berikut: Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin (a) Peristiwa dalam sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca. Berdasarkan dua peristiwa dalam sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan sebabsebab peristiwa itu dapat menimbulkan kesedaran kepada anda. (7 markah) Cadangan jawapan: Peristiwa yang menimbulkan kesedaran (1m) Sebab menimbulkan kesedaran (1m) 1. Peristiwa datuk yang kecewa dengan sikap Danel yang menafikan keberkesanan perubatan tradisional. Menimbulkan kesedaran bahawa perubatan tradisional semakin dipinggirkan sedangkan perubatan tradisional masih relevan pada masa ini sebagai perubatan alternatif. 2. Peristiwa Lili enggan makan di restoran makanan segera ketika keluar dengan Danel ke bandar. Menimbulkan kesedaran tentang pentingnya penjagaan pemakanan untuk kesihatan. 3. Peristiwa perbalahan penduduk kampung tentang peletakan kubah sama ada di surau lama atau di masjid baharu. Menimbulkan kesedaran bahawa permuafakatan amat penting untuk menyelesaikan masalah. Menimbulkan kesedaran bahawa perbalahan hanya membawa pepecahan dalam masyarakat. 4. Peristiwa Che Jah melaporkan keganasan suaminya dan kepincangan rumah tangganya kepada pihak polis. Menimbulkan kesedaran bahawa keberanian bertindak dapat menyelesaikan masalah. Menimbulkan kesedaran bahawa kepincangan dalam keluarga boleh memberikan kesan kepada keluarga dan masyarakat. 5. Peristiwa Lili membaca artikel tentang ‘Remaja Jadi Pekebun Pisang di Tenom.’ Menimbulkan kesedaran bahawa bidang pertanian mampu memberikan pulangan yang lumayan asalkan rajin berusaha. 6. Peristiwa Lili yang sanggup balik ke kampung datuk dan neneknya walaupun mempunyai rancangan bersama-sama kawannya semasa cuti sekolah. Menimbulkan kesedaran bahawa sebagai seorang anak kita seharusnya cuba mendengar kata ibu bapa kita dan membahagiakan mereka.
4 NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS KARYA KHAIRUDDIN AYIP Cadangan jawapan Peristiwa yang menimbulkan kesedaran (1m) Sebab menimbulkan kesedaran (1m) 1. Peristiwa Saleha, ibu Dahlia menghadapi tekanan perasaan sehingga dihantar ke Hospital Permai. Menimbulkan kesedaran bahawa setiap perkara yang berlaku tidak dapat dijangka dan takdir Allah. 2. Peristiwa Nek Kiah, nenek Dahlia yang tidak suka kepada keluarga Dahlia kerana kemiskinan Embong ayahnya. Menimbulkan kesedaran bahawa perkahwinan tanpa restu orang tua boleh memberi kesan kepada keluarga. 3. Peristiwa Dahlia mengambil keputusan untuk keluar dari asrama untuk menjaga keluarganya walaupun ditegah oleh gurunya Cikgu Salwani. Menimbulkan kesedaran bahawa kadang kala kepentingan keluarga perlu diberi keutamaan. 4. Peristiwa Eton memarahi dan menyalahkan Dahlia atas kematian anaknya Said. Menimbulkan kesedaran bahawa ajal maut itu di tangan Tuhan dan manusia hanya mampu merancang. Menimbulkan kesedaran bahawa kehilangan orang tersayang boleh menyebabkan seseorang menjadi tidak rasional. 5. Peristiwa Embong tidak membenarkan Dahlia berhenti sekolah dan bekerja di kilang. Menimbulkan kesedaran bahawa ilmu dan pelajaran amat penting untuk mengubah masa depan diri dan keluarga. 6. Peristiwa Dahlia ditawarkan melanjutkan pelajaran di Jepun sebelum keputusan peperiksaan STPM diumumkan. Menimbulkan kesedaran bahawa usaha keras dan ketekunan akan mendatangkan kejayaan.
5 Teknik Menulis Jawapan 1. Mulakan jawapan dengan menulis judul buku dan nama penulis di perenggan pertama. 2. Mulakan ayat perenggan kedua dengan mengambil frasa ‘peristiwa yang dapat menimbulkan kesedaran kepada saya’ ialah peristiwa _____________________________ atau ketika ______________________________. 3. Selanjutnya, anda perlu menjelaskan sebab-sebab peristiwa yang anda pilih itu menimbulkan kesedaran kepada anda. Contoh jawapan Novel yang saya kaji ialah _______________________________________karya _______________________________. Terdapat beberapa peristiwa yang menimbulkan kesedaran kepada saya. Peristiwa pertama yang dapat menimbulkan kesedaran kepada saya dalam novel tersebut ialah______________________________________________________. Peristiwa ini dapat menimbulkan kesedaran kepada saya kerana ____________________. Selain itu, peristiwa _______________________________________________ juga menimbulkan kesedaran kepada saya kerana ___________________________________ _______________________________________________________________________.
6 MODUL 2 Terdapat pelbagai masalah kehidupan yang ditonjolkan dalam novel yang anda pelajari. Berdasarkan dua masalah kehidupan dalam sebuah novel yang anda kaji, berikan komen anda tentang cara-cara masalah tersebut diselesaikan. Novel Jendela Menghadap Jalan Masalah Kehidupan (1m + 1m) Cara Masalah Diselesaikan dan Komen (1m) Masalah menyesuaikan diri semasa berada di tempat baharu. Contohnya Lili yang menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri semasa berada di kampung datuknya, iaitu Kampung Sentosa. Lili menangani masalah ini dengan cuba membabitkan diri dalam kehidupan masyarakat kampung datuknya. Komen: Cara yang dilakukannya adalah cara terbaik kerana kita sepatutnya cuba menyesuaikan diri di tempat yang baharu dengan jiwa yang cekal dan menghadapi segala-galanya dengan tenang. Masalah keganasan rumah tangga. Contoh: Masalah keganasan rumah tangga Che Jah kerana Seman, suaminya seorang yang panas baran dan pemabuk. Lili meminta bantuan Kak Mimah, penolong pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membantu menguruskan kes Che Jah dan beliau bersedia menjadi saksi. Komen: Lili telah mengambil pendekatan yang sesuai untuk membantu Che Jah kerana menggunakan saluran yang betul dan tidak mendatangkan masalah kepada Che Jah dan orang kampung. Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin, terdapat beberapa masalah kehidupan yang diketengahkan dalam novel ini. Masalah kehidupan pertama yang terdapat dalam novel ini _________________________ ______________________ contohnya _________________________________________ _____________________________________________. Masalah ini diselesaikan oleh Lili dengan ____________________________________________________. Pada pendapat saya, cara yang telah dilakukan oleh Lili ________________________________________ _________________________________________________________. Masalah kehidupan seterusnya ialah ____________________________________. Cara penyelesaian bagi masalah ini ialah _______________________________________ _________________________________________________. Pada pendapat saya, penyelesaian yang diambil ini ________________________________________________ ________________________________________________________________________ .
7 Novel Songket Berbenang Emas Masalah Kehidupan (1m + 1m) Cara Menyelesaikan dan Komen (1m) Masalah menghadapi dugaan dalam kehidupan Contohnya Dahlia menghadapi dugaan untuk menguruskan keluarganya setelah ibunya Saleha menghadapi masalah kemurungan dan dihantar menjalani pemulihan di Hospital Batu Pahat dan Hospital Permai, Johor Bahru. Dahlia menyelesaikan masalahnya dengan keluar dari asrama sekolahnya dan memilih untuk tinggal di rumah bagi membantu ayahnya menguruskan adik-adiknya. Komen: Tindakan Dahlia wajar kerana sebagai anak sulung dia perlu membantu memikul tanggungjawab dalam keluarganya namun dia haruslah pandai membahagikan masanya untuk belajar agar kedua-duanya dapat dilakukan seiring dan berkesan. Masalah menghadapi nenek yang bersikap pilih kasih terhadap cucu dan menantu. Contoh: Nek Kiah yang sentiasa memandang serong dan membenci keluarga Dahlia terutama ayahnya, Embong kerana kemiskinan mereka dan hidup menumpang di tanahnya. Dahlia dan Embong sentiasa menghormati Nek Kiah dan tidak pernah membalas perbuatan Nek Kiah malah mengambil berat dan membantu menjaga Nek Kiah semasa Nek Kiah jatuh sakit. Peristiwa ini menyedarkan Nek Kiah sehingga melembutkan hatinya dan menyesali perbuatan lampaunya dan mula menyayangi mereka sekeluarga. Komen : Tindakan Dahlia dan keluarganya wajar dan harus dipuji kerana tidak menyimpan dendam dan memutuskan silaturahim antara ahli keluarga. Kesabaran dan sifat pemaaf mereka sekeluarga juga membuktikan bahawa perbuatan baik akhirnya akan mendapat balasan daripada Allah. Berdasarkan novel Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip, terdapat beberapa masalah kehidupan yang digarapkan dalam novel ini. Masalah kehidupan yang pertama ialah ________________________________ contohnya _______________________________________________________________. Masalah ini diselesaikan oleh Dahlia dengan ____________________________________ ________________________________________________________________________ Pada pendapat saya, cara yang telah dilakukan oleh Dahlia ________________________ _____________________________________. Masalah kehidupan seterusnya ialah ____________________________________. Sebagai contoh, ________________________________________________________. Cara penyelesaian bagi masalah ini ialah _______________________________________. Pada pendapat saya, penyelesaian yang diambil ini _______________________________ _________________________________________________________________________.
8 TEKNIK MENJAWAB SOALAN BERKAITAN TEMA: Contoh Soalan: Anda telah membaca sebuah novel. Bincangkan tema novel tersebut (7 markah). i. Dalam perenggan 1, nyatakan novel yang anda kaji atau baca. ii. Nyatakan nama penulis novel. iii. Sediakan pernyataan umum tentang soalan yang ditanya. iv. Dalam perenggan 2, nyatakan tema novel ini dengan lengkap. v. Lengkapkan pernyataan tema dengan huraian dan bukti yang sesuai. (a) Novel Jendela Menghadap Jalan. Contoh Jawapan: Novel yang saya baca ialah Jendela Menghadap jalan karya Ruhaini Matdarin. Tema novel ini ialah kecekalan seorang gadis __________________________________ . Lili cekal menyelesaikan ________________________ yang dihadapi oleh penduduk ________________, iaitu kampung datuk dan neneknya. Mereka ingin meletakkan sebuah _______________ di atas bumbung surau yang usang sedangkan mereka boleh membina sebuah _____________________ baharu. Lili juga cekal menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Che Jah dan anak-anaknya. Mereka _______________ oleh suami Che Jah iaitu _____________, seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab. Dia seorang yang panas baran, kaki judi, dan pemabuk. Kecekalan seorang gadis menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan. Lili juga cekal menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Che Jah dan anak-anaknya. Mereka didera oleh suami Che Jah iaitu Seman, seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab. Dia seorang yang panas baran, kaki judi, dan pemabuk. -Lili cekal menyelesaikan konflik yang dihadapi oleh penduduk Kampung Sentosa, iaitu kampung datuk dan neneknya. Mereka ingin meletakkan sebuah kubah di atas bumbung surau yang usang sedangkan mereka boleh membina sebuah masjid baharu.
9 (b) Novel Songket Berbenang Emas. Contoh Jawapan: Novel yang saya kaji ialah ______________________________________ karya _________________________________. Tema novel ini ialah ____________________ _____________________________________________________. Dahlia seorang gadis yang tidak pernah menyalahkan _________________________ yang menimpa dirinya dan keluarga. Dia berusaha menghadapi segala cabaran dan dugaan dengan semangat yang _______________. Dia juga tidak pernah membalas kembali segala ________________ dan kata-kata _________________ yang dilemparkan kepadanya. Peristiwa pertama yang perlu dihadapinya ialah _____________ menghadapi tekanan perasaan dan penyakit _________________. Ibunya dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk Kegigihan seorang gadis dalam menempuh pelbagai cabaran dan dugaan dalam kehidupannya. Dahlia seorang gadis yang tidak pernah menyalahkan nasib malang yang menimpa dirinya dan keluarga. Dia berusaha menghadapi segala cabaran dan dugaan dengan semangat yang kental. Dia juga tidak pernah membalas kembali segala fitnah dan kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya. -Peristiwa pertama yang perlu dihadapinya ialah ibunya menghadapi tekanan perasaan dan penyakit kemurungan. Ibunya dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk dirawat. Kemudian ibunya dipindahkan ke Hospital Permai, Johor Bahru untuk rawatan pemulihan. Dahlia gigih menghadapi kerenah neneknya. Akhirnya dia berjaya meyakinkan neneknya bahawa mereka sekeluarga menyayangi neneknya. Nenek yang jatuh sakit telah dihantar ke hospital dan mereka sekeluarga bergilirgilir menjaga nenek.
10 dirawat. Kemudian ibunya dipindahkan ke __________________________, Johor Bahru untuk rawatan pemulihan. Dahlia juga gigih menghadapi kerenah ____________________. Akhirnya dia berjaya meyakinkan neneknya bahawa mereka menyayangi neneknya. Nenek yang ______________ _____________ telah dihantar ke hospital dan mereka bergilir-gilir menjaga nenek. LATAR Latar ialah suatu keterangan tentang tempat, masa dan keadaan masyarakat yang terdapat dalam suatu novel. Latar terbahagi kepada 3 jenis: (a) Latar masa - Latar masa ialah semua jenis keterangan tentang masa sesuatu peristiwa itu berlaku. (b) Latar tempat - Latar tempat ialah semua jenis keterangan tentang keadaan, suasana, peristiwa, ciriciri dan sejarah di sesuatu lokasi. (c) Latar masyarakat - Latar masyarakat ialah semua perkara tentang keadaan, suasana, aksi, cara hidup, amalan, agama, pekerjaan dan pemikiran masyarakat yang ada di sesuatu tempat dalam cerita. Latih tubi 1 a) Huraikan tiga latar tempat yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. Novel yang saya kaji ialah _________________________________________karya __________________________. Tiga latar tempat yang terdapat dalam novel ini ialah _________________________. Sebagai contohnya, _______________________________. Latar tempat yang kedua ialah ___________________________________. Sebagai contohnya, _____________________________________________. Selain itu, terdapat latar tempat __________________________________________. Sebagai contohnya, _____________________________________________________.
11 Novel Jendela Menghadap Jalan Novel Songket Berbenang Emas Surau Kampung Sentosa Kekecohan sering berlaku di surau kerana isu pembinaan masjid dan kubah surau serta sikap penduduk kampung yang berpuak-puak. Kampung Sentosa Lili telah menghabiskan cuti persekolahannya selama dua minggu di kampung ini. Rumah Datuk/ Haji Abdul Rahman Danel dan ayahnya William Ng datang ke rumah datuk untuk berubat Latar Tempat Rumah Embong Tempat Embong, Saleha, Dahlia dan adik-adiknya tinggal, di tanah Nek Kiah. Hospital Permai, Johor Bahru Tempat Dahlia bertemu dengan Azahari secara tidak sengaja ketika Dahlia melawat ibunya yang sedang menerima rawatan pemulihan penyakit yang dihidapinya. Stesen bas Bandar Penggaram Tempat Azahari menyerahkan hadiah sehelai kain songket berbenang emas kepada Dahlia sebelum bas ekspres itu bergerak ke Kuala Lumpur. Latar Tempat Jendela Menghadap Jalan
12 b) Jelaskan dua latar masa yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari. *Pada awal pagi (dinihari) -Datuk Lili pulang dari hutan dengan membawa dua buah bakul yang penuh dengan akar kayu dan daun. * Pada waktu malam -Abang Rashid membawa Lili berjalan-jalan di pasar malam . Lili membeli sehelai kemeja bercorak batik manakala Abang Rashid membeli topi. * Pada musim cuti persekolahan - Lili dihantar oleh ibunya ke kampung datuk Lili, iaitu Kampung Sentosa untuk menghabiskan cutinya. *Pada musim cuti persekolahan Peristiwa majlis pertunangan antara Dahlia dengan Azhari berlaku pada musim cuti persekolahan akhir tahun. *Pada waktu petang Rombongan keluarga Azhari tiba ke rumah Dahlia untuk meminang disebabkan kelewatan bapa saudara Azhari yang menjadi wakil pihak lelaki. *Pada waktu pagi (10 minit sebelum pukul 9.00 pagi) - Dahlia ke balai raya untuk membantu persiapan majlis Maulidur Rasul namun kembali ke rumah setelah disindir dan difitnah oleh Aton . Novel Jendela Menghadap Jalan Novel Songket Berbenang Emas Latar Masa
13 LATAR MASYARAKAT NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN LATAR MASYARAKAT HURAIAN Masyarakat yang bersimpati atas penderitaan orang lain. Lili berasa simpati dengan nasib Che Jah yang selalu didera dan dimaki hamun oleh suaminya, Seman sehingga Lili mengambil keputusan untuk membuat laporan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Masyarakat yang mengamalkan perubatan tradisional. Datuk Lili, Tuan Haji Abdul Rahman merupakan seorang pengamal perubatan tradisional. Datuknya sedaya upaya membantu pesakit yang datang berubat menggunakan kaedah perubatan tradisional yang berasaskan akar-akar kayu dan daun-daun herba. Masyarakat yang mengamalkan nilai kasih sayang dalam kehidupan. Lili amat sayang akan ibu dan bapanya. Dia menurut segala kehendak ibu agar pulang bercuti di kampung datuk sebagai tanda kasih dan sayang akan ibunya. Masyarakat yang berani mengambil tindakan. Danel berani mengambil tindakan dalam usaha menyelamatkan Lili yang diikat dan dikurung oleh Rafiq dan Haziq di sebuah pondok buruk pada suatu malam. Masyarakat yang taat akan perintah agama. Datuk dan nenek Lili segera bersolat apabila masuk waktu. Datuknya juga sering solat berjemaah sama ada di rumah atau di surau Kampung Sentosa.
14 NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS LATAR MASYARAKAT HURAIAN Masyarakat yang penyayang. Dahlia amat sayang akan keluarganya. Dahlia sayang akan ibu dan sanggup melawat ibu yang sedang menerima rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru dengan mengeluarkan wang biasiswanya untuk membayar tambang bas dan teksi. Masyarakat yang rajin menimba ilmu. Dahlia, Kavita, dan Siti Wangi belajar dengan tekun untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM yang bakal diduduki oleh mereka. Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan hidup. Embong tabah menghadapi dugaan hidup apabila isterinya, Saleha menghadapi masalah mental sehingga terpaksa dirawat di Hospital Batu Pahat dan di Hospital Permai. Masyarakat yang mengamalkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama. Dahlia dan Kavita bersahabat baik, saling menghormati dan sangat akrab walaupun berlainan bangsa dan agama. Masyarakat yang ikhlas membantu tanpa mengharapkan balasan. Tauke Lim yang sering membantu keluarga Embong dan Dahlia dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Dia memberikan sumbangan ikhlas sebanyak RM300 kepada Dahlia untuk membantunya mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti Malaya. Dia juga memberikan sumbangan untuk kenduri Majlis Maulidur Rasul.
15 NILAI Nilai ialah suatu perlakuan atau tingkah laku positif seseorang yang dapat memberi kesan baik dan teladan terhadap pemikiran, perasaan, tingkah laku dan perhatian kepada seseorang untuk memperoleh nilai-nilai murni dalam kehidupan. Nilai merangkumi tiga elemen utama iaitu nilai murni, nilai kemanusiaan dan nilai kemasyarakatan. JENDELA MENGHADAP JALAN NILAI HURAIAN Kasih sayang Lili amat mengasihi ibunya dan tidak membantah cadangan ibunya yang memintanya bercuti di kampung datuknya di Dungun, Terengganu, walaupun hatinya begitu berat untuk berbuat demikian. Bertanggungjawab Kak Mimah dan Nadia bertanggungjawab terhadap nasib malang Che Jah yang menjadi mangsa keganasan suaminya. Mereka berusaha sedaya upaya agar suami Che Jah, Seman dibawa ke muka pengadilan dan menerima hukuman yang setimpal. Bijaksana Danel seorang yang bijak apabila menggunakan waktu malam sebagai masa yang sesuai untuk menyelamatkan Lili yang dikurung dan diikat oleh Rafiq dan Haziq di sebuah pondok buruk. Bekerjasama Lili, datuk dan neneknya serta Rashid, Geetha dan Danel bekerjasama untuk membantu Rafiq dan Haziq daripada menjadi mangsa kemarahan penduduk kampung.
16 SONGKET BERBENANG EMAS NILAI HURAIAN Kasih sayang (a) Kasih sayang anak kepada keluarga Dahlia sanggup ponteng sekolah dan keluar dari asrama sekolahnya demi memastikan adik-adiknya dijaga dengan baik semasa ibunya Saleha dirawat di Hospital Permai kerana kemurungan. (b) Kasih sayang suami kepada isteri Embong sentiasa teringatkan isterinya Saleha yang sedang dirawat di hospital dan sentiasa berharap dan mendoakannya agar segera sembuh. (c) Kasih sayang adik kepada kakak Abu Bakar cuba mempertahankan kakaknya Dahlia apabila Mak Aton menyindir dan menfitnah Dahlia dan menyatakan Dahlia punca kematian anaknya Said semasa persiapan kenduri Maulidur Rasul dan memujuk kakaknya Dahlia yang menangis di dalam bilik. (d) Kasih sayang cucu kepada nenek Dahlia menjaga Nek Kiah yang sakit walaupun pada mulanya Nek Kiah berkeras dan tidak ingin tinggal di rumah Dahlia kerana benci akan keluarga Embong. Namun akhirnya kebaikan dan kasih sayang Dahlia berjaya melembutkan hati Nek Kiah. (e) Kasih sayang seorang ayah kepada anaknya Embong tidak membenarkan Dahlia berhenti belajar dan bekerja di kilang malah menyatakan bahawa dia akan berusaha untuk mencari jalan agar Dahlia terus belajar kerana tahu tanggungjawabnya sebagai seorang ayah dan betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan. Pengorbanan Dahlia sanggup berkorban masa dan tenaga demi menjaga adik-adiknya di rumah ketika emak dan ayahnya dirawat di hospital sehingga sanggup ponteng sekolah dan keluar dari asrama sekolahnya demi menunaikan tanggungjawabnya kepada keluarga. Kegigihan Embong gigih bekerja menoreh getah, mengambil upah memotong buah kelapa sawit dan menternak kambing demi mencari rezeki untuk menyara keluarganya. Keberanian Dahlia berani terjun ke dalam sungai berarus deras untuk menyelamatkan Said, anak Mak Aton yang dihanyutkan air ketika mandi-manda walaupun tenaganya berkurangan. Namun, Said meninggal dunia dan Aton telah menyalahkannya atas kematian Said. Setia kawan Tauke Lim sanggup membantu keluarga Embong, contohnya dia sanggup membayarkan harga tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah kerana semangat setia kawannya terhadap Embong. Tambahan pula mereka berasal dari kampung yang sama dan sudah lama berkawan. Kavita dan Najib datang ke rumah Dahlia apabila Dahlia kerap tidak hadir ke sekolah. Kavita juga membuat salinan nota dan memberikannya kepada Dahlia untuk membuat ulang kaji kerana semangat setia kawannya.
17 NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS NILAI HURAIAN Kasih sayang (a) Kasih sayang anak kepada keluarga. Dahlia sanggup keluar dari asrama dan ponteng sekolah demi memastikan adikadiknya dapat dijaga dengan baik semasa ibunya Saleha dan ayahnya Embong dirawat di hospital. (b) Kasih sayang suami kepada isteri. Embong sentiasa teringatkan isterinya, Saleha yang sedang dirawat di hospital dan mendoakannya agar segera sembuh. (c) Kasih sayang adik kepada kakak. Abu Bakar memujuk Dahlia yang menangis di dalam bilik kerana disindir dan difitnah oleh Aton yang mengatakan bahawa Dahlia sebagai punca kematian anaknya, Said. (d) Kasih sayang cucu kepada nenek Dahlia sentiasa menjenguk Nek Kiah apabila neneknya itu tidak keluar rumah. Dia bimbang akan keadaan neneknya yang tidak keluar dari rumah. Dia juga menjaga Nek Kiah ketika neneknya sakit. Pengorbanan Dahlia sanggup berkorban masa dan tenaga demi menjaga adik-adik di rumah ketika emaknya dirawat di hospital sehingga sanggup ponteng sekolah dan keluar dari asrama sekolah. Kegigihan Embong gigih bekerja menoreh getah, mengambil upah mengait buah kelapa sawit dan menternak kambing demi mencari rezeki untuk menyara keluarga. Kerjasama Penduduk kampung bekerjasama bergotongroyong membina rumah Embong yang musnah dilanda banjir setelah dinasihati oleh Haji Sulaiman. Keberanian Dahlia berani terjun ke dalam sungai yang berarus deras untuk menyelamatkan Said, anak Aton. Said dihanyutkan air sungai ketika mandi-manda dan meninggal dunia.
18 Soalan (a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua perwatakan watak sampingan yang terdapat dalam novel tersebut. (7 markah) (b) Huraikan tiga latar tempat berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari. (8 markah) CONTOH JAWAPAN (a) Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan karya Rohaini Matdarin yang telah saya pelajari, watak sampingan yang terdapat dalam novel tersebut ialah Haji Abdul Rahman iaitu datuk Lili. Perwatakan Haji Abdul Rahman ialah beliau seorang yang berpengetahuan luas dalam bidang perubatan tradisional. Sebagai contohnya, datuk Lili mengetahui pelbagai jenis penawar dan ubatan herba serta akar kayu yang diperlukan bagi mengubati pesakit yang datang berubat dengannya. Selain itu, beliau juga seorang yang sabar. Sebagai contohnya, beliau sabar dengan kenyataan Danel bahawa perubatan moden lebih berkesan dalam mengubati penyakit bapanya William dan ingin beralih kepada kaedah rawatan moden. (b) Berdasarkan novel songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip, terdapat tiga latar tempat dalam novel tersebut. Latar tempat yang pertama dalam novel tersebut ialah rumah Dahlia iaitu tempat Dahlia dan keluarganya tinggal. Rumah itu terletak di tanah neneknya. Nek Kiah ingin menjual tanah tersebut. Latar tempat kedua ialah di Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim iaitu tempat Dahlia bersekolah sebagai pelajar tingkatan enam dan dia tinggal di asrama sekolah tersebut. Latar seterusnya ialah Hospital Permai, Johor Bahru. Di hospital ini Saleha, emak Dahlia dirawat setelah mengalami gangguan perasaan. Azahari juga bekerja sementara di hospital ini.
19 ULASAN Soalan (a) i) Jawapan yang diberi mestilah berdasarkan sebuah novel yang diberi. ii) Jawapan mestilah ditulis dalam ayat-ayat yang lengkap. iii) Jawapan mesti meliputi pernyataan dan huraian. iv) Berikan 1 markah untuk pernyataan dan 1 markah untuk huraian yang lengkap/ jelas. v) Berikan 0 markah untuk huraian yang tidak lengkap/ tidak jelas. vi) Huraian tanpa pernyataan 0 markah. vii) Markah bagi 2 isi yang lengkap dengan huraian – maksimum 4 markah. viii) Maksimum markah bahasa 3 markah. ix) Markah bahasa diberi secara impression seperti yang berikut: Baik : 3 markah Sederhana : 2 markah Lemah : 1 markah x) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa. xi) Calon tidak menjawab, 0 markah. xii) Jika calon menjawab dalam bentuk poin, tolak 50% daripada markah keseluruhan. Soalan (b) 1. Jawapan yang diberi mestilah berdasarkan sebuah novel yang diberi. 2. Jawapan mestilah ditulis dalam ayat-ayat yang lengkap. 3. Markah isi maksimum 6 markah. 4. Markah bahasa maksimum 2 markah. 5. Markah bahasa diberikan secara impression, iaitu baik: 2 markah; dan lemah : 1 markah. 6. Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa. 7. Calon yang tidak menjawab akan mendapat 0 markah. Soalan yang memerlukan 2 buah novel: i) Jawapan mesti berdasarkan dua buah novel yang dipelajari. ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap. iii) Beri 1 markah untuk 1 isi bagi setiap novel dan 2 markah untuk huraian/ contoh. iv) Isi tanpa huraian/ contoh – 1 markah. v) Markah bagi 2 isi yang lengkap dengan huraian /contoh – maksimum 6 markah. vi) Maksimum markah bahasa , 2 markah. Markah bahasa tidak boleh melebihi markah isi. vii) Markah bahasa diberi secara impression seperti yang berikut: Baik : 2 markah Lemah : 1 markah viii) Jika calon menjawab dan markah isi 0 markah, berikan 1 markah untuk bahasa. ix) Calon tidak menjawab, 0 markah. x) Jika calon menjawab dalam bentuk poin, tolak 50% daripada markah keseluruhan.
20 PERSOALAN Teknik menulis jawapan soalan 4(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, bincangkan dua persoalan yang diketengahkan oleh penulisnya. (7 markah) Cadangan Jawapan: Contoh Jawapan: Novel yang saya kaji ialah _____________________________, karya _____________ ______________________. Dalam novel ini terdapat beberapa persoalan yang diketengahkan oleh penulis. Persoalan pertama ialah ________________________________. Embong menyayangi _________ dan _____________________. Dia sanggup bekerja keras dari pagi hingga petang bagi mencari wang untuk menyara keluarganya. Semasa isterinya, Saleha ______________ di hospital, dia sanggup menjaga anak-anaknya, terutama Kiambang dan ______________ yang masih kecil. Sementara itu, Dahlia amat menyayangi ibunya. Ketika Saleha berada di kebun ___________, dia berusaha memujuk ibunya agar pulang ke ____________. Dia juga melawat ibunya yang dirawat di Hospital _______________________ dan berharap agar ibunya segera _____________________. Apabila ibunya sembuh dan pulang ke rumah, Dahlia berasa amat ___________________________________. PERSOALAN 2. Sikap bangsa lain yang prihatin 1. Kasih sayang antara ahli keluarga Embong menyayangi isteri dan anakanaknya Dahlia menyayangi emaknya, Saleha Tauke Lim menyumbangkan RM300 kepada Dahlia Tauke Lim memberikan barang untuk majlis sambutan Maulidur Rasul
21 Persoalan kedua ialah sikap ________________________ yang prihatin. Tauke Lim tinggal di kampung yang keseluruhan penduduknya berbangsa ______________________. Namun, dia menunjukkan sikap prihatinnya dengan memberikan sumbangan barang-barang untuk majlis sambutan _______________________. Dia juga memberikan sebanyak RM ________ kepada Dahlia atas kejayaannya melanjutkan pelajaran ke Jepun. Malahan, dia turut memberikan hutang kepada keluarga Embong ketika mereka menghadapi masalah _______________. Teknik menulis jawapan soalan 4(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan perwatakan watak utama yang terdapat dalam kedua-dua buah novel tersebut. (8 markah). Cadangan jawapan: Perwatakan Lili (watak utama novel Jendela Menghadap Jalan) Perwatakan Dahlia (watak utama novel Songket Berbenang Emas) 1. Seorang yang rajin membaca. Buktinya Lili membaca buku sepanjang perjalanan ke Terengganu. Dia membaca buku berjudul Panduan Pemakanan Sihat Melalui Sayur-sayuran dan Buahbuahan. Buku ini membicarakan khasiat dan penanaman ulamulaman, tumbuhan herba dan rempah-rempah. Seorang yang berhemah tinggi. Buktinya, Dahlia tidak membalas katakata sindiran Aton. Ketika berjalan pulang ke rumah, Aton yang sedang mencabut pokok ubi di hadapan rumahnya menyindir Dahlia yang kerap pulang ke rumah sejak akhir-akhir ini. Dahlia hanya mendiamkan diri menerima sindiran itu. 2. Seorang yang patuh akan arahan ibu – Lili patuh akan permintaan ibunya supaya pulang ke kampung walaupun dia mempunyai rancangan bersama-sama rakan-rakan sekolahnya. Dia ingin memanfaatkannya untuk menghadiri majlis perpisahan pengetua. Seorang yang penyayang - Dahlia amat menyayangi ibu, ayah dan adikadiknya. Buktinya, Dahlia sanggup pulang dari asrama dan tinggal di rumahnya kerana dia perlu menjaga adik-adiknya semasa ayah dan ibunya dirawat di hospital. Dia terpaksa berulang-alik dari rumah ke asrama setiap hari. 3. Seorang yang berani – Lili berani menghadapi situasi dirinya diculik oleh Haziq dan Rafiq. Dia berpurapura tidur atau pengsan supaya tidak diapa-apakan oleh kedua-dua beradik itu sehinggalah dia diselamatkan oleh Danel. Seorang yang cekal – Pelbagai dugaan menimpa hidup Dahlia, namun dia cekal menghadapinya. Sebagai contoh, ibunya yang tidak tahan menghadapi tekanan telah mengalami kemurungan dan seterusnya dimasukkan ke hospital. Dia terpaksa berulang-alik ke sekolah kerana terpaksa menjaga adik-adiknya.
22 Contoh Jawapan: Novel yang saya kaji ialah ___________________________________________ karya _____________________________ dan ______________________________________karya ______________________. Watak utama dalam kedua-dua novel ini ialah ____________ dan _______________________________. Watak Lili ialah seorang yang rajin __________________. Buktinya, Lili membaca buku sepanjang perjalanan ke ________________________________. Dia membaca buku berjudul ________________________________________________________. Buku ini membicarakan khasiat dan penanaman __________________________, __________________________ dan _______________________. Lili juga patuh akan permintaan _______________. Walaupun dia mempunyai rancangan bersama-sama rakan-rakannya, dia tetap akur akan permintaan ibunya. Sementara itu watak Dahlia ialah seorang yang _____________________. Sebagai contoh, Dahlia tidak membalas kata-kata sindiran __________. Ketika berjalan pulang ke rumah, Aton yang sedang mencabut __________________ di hadapan rumahnya menyindir Dahlia yang kerap pulang ke rumah sejak akhir-akhir ini. Dahlia hanya ____________________ diri mendengar sindiran itu.
23 Teknik Menjawab Plot i. Binaan Plot a. Novel Jendela Menghadap Jalan. PERMULAAN PERKEMBANGAN KLIMAKS - Lili dipaksa pulang ke kampung datuk dan neneknya di Terengganu. - Lili mengalami konflik dalaman apabila berpurapura gembira dengan keputusan ibunya. - Lili terpaksa mengorbankan cuti sekolah dan rancangannya bersama rakan-rakan sekelas. - Datuk mengimbas kembali kisah kecuaiannya mendidik ibu Lili. Datuk mengeluh atas sikap ibunya yang jarang-jarang pulang ke kampung. - Danel memaklumkan kepada datuk bahawa ayahnya, William Ng mahu berhenti menjalani rawatan tradisional dengan datuk. - Lili mengajak Geetha bermalam di rumah neneknya. - Geetha bosan berada sendirian di rumahnya. - Lili diculik oleh Rafiq dan Haziq - Mereka menyembunyikan Lili di sebuah rumah usang. - Danel berjaya menyelamatkan Lili. - Che Jah menceritakan masalah keluarganya kepada Kak Mimah dan Nadia, dua orang pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat. - Dia bersetuju suaminya dibawa ke muka pengadilan kerana melarikan kubah. - Lili mencadangkan supaya Haziq dan Rafiq dihantar ke pusat pemulihan akhlak. - Lili berkenalan dengan Geetha semasa menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Dungun. - Lili juga berkenalan dengan Danel setibanya di Pekan Sentosa. - Lili tekun menunggu datuknya bercerita tentang kepentingan susunan rumah dan jendela menghadap ke jalan. - Datuk bercerita tentang kehebatan perubatan tradisional. PERUMITAN
24 b. Novel Songket Berbenang Emas: PELERAIAN - Rashid memaklumkan bahawa Sugi tidak bersubahat dengan wakil pemaju perumahan yang memujuk orang kampung menjual tanah mereka. - Che Jah membuat laporan polis berkaitan kes keganasan rumah tangga. - Danel dan Lili gembira kerana cadangan mereka didengari oleh orang dewasa di kampung itu. - Danel dan Geetha kembali menyambung pelajaran mereka. - Lili menunggu peluang melanjutkan pelajaran. - Danel banyak menulis artikel tentang pisang. PERMULAAN - Watak Dahlia diperkenalkan. - Dahlia dan kawan-kawannya sedang berlatih bola jaring. - Dahlia teringatkan ibunya yang bersikap pelik sejak akhir-akhir ini. - Azhari datang berjumpa dengan Dahlia di kantin sekolah. - Dia menyatakan hasratnya membawa keluarganya ke rumah Dahlia untuk membincangkan perhubungan mereka. - Azhari menghantar Dahlia pulang ke rumahnya. - Aton menyindirnya kerana kerap pulang ke kampung. - Adiknya, Anggerik menangis kerana enggan minum susu cair yang dibancuh oleh Melati - Dahlia memujuk emaknya yang bercakap sendirian agar pulang ke rumah. - Nek Kiah datang dan meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Embong yang dikatakan sebagai punca nasib malang yang menimpa anaknya. - Haji Sulaiman dan tiga orang kakitangan Hospital Batu Pahat datang dan membawa Saleha mendapatkan rawatan lanjut. PERKEMBANGAN
25 PERUMITAN - Dahlia pergi ke Hospital Batu Pahat untuk melawat ibunya, tetapi Haji Sulaiman memberitahu bahawa ibunya telah dipindahkan ke Hospital Permai. - Dahlia berusaha menyelamatkan Said, anak Aton daripada lemas tetapi gagal. - Dahlia dituduh membunuh anaknya. - Aton juga memaki hamun dan menuduh Embong merancang kematian anaknya. - Penduduk kampung terpengaruh dengan Aton. - Seman menfitnah Embong sebagai punca Saleha menjadi gila. - Dia mencadangkan Nek Kiah menjual tanah tapak rumah Embong. - Dahlia terpaksa ponteng sekolah untuk menjaga adik-adiknya apabila ayahnya dimasukkan ke hospital kerana dipatuk ular. - Najib dan Azhari datang ke rumah Dahlia - Nek Kiah menganggap Dahlia seorang perempuan tidak baik. - Aton menyindir Dahlia sebagai perempuan rendah akhlak. - Bakar mengakui kesalahannya mencuri. - . KLIMAKS .- Bakar menemukan dua biji telur ayam berwarna hitam, berbau dan mengandungi pelbagai bahan untuk tujuan sihir ketika mengemas di bawah rumahnya. - Dahlia ke rumah neneknya yang telah lama tidak ditemukan tetapi dia dihalau kerana ditakuti mendatangkan sial. - Dahlia kembali ke sekolah untuk menghadapi peperiksaan STPM. Kepulangannya menggembirakan rakan-rakannya dan cikgu Hisyam.
26 Teknik Menjawab Pengajaran: a. Novel Jendela Menghadap Jalan Pengajaran Kita hendaklah menjaga keluarga dengan penuh kasih sayang. Kita haruslah bersatu padu untuk mencapai keputusan. Kita hendaklah akur akan keputusan ibu bapa kita Seman sering bertindak ganas dengan memukul anak-anak dan isterinya, terutama apabila dia kalah judi dan mabuk. Masyarakat kampung hidup berpuak-puak kerana mempunyai pandangan yang berbeza-beza. Hal ini menyukarkan mereka untuk membuat keputusan yang muktamad. Lili mendengar arahan ibunya supaya dia pulang bercuti di kampung datuk dan neneknya. Dia mengalami pelbagai pengalaman yang menarik semasa berada di kampung.
27 b. Novel Songket Berbenang Emas Pengajaran Kita hendaklah membantu orang yang dalam kesusahan. Kita janganlah bersangka buruk terhadap orang lain. Kita hendaklah menginsafi akan kesalahan yang kita lakukan Tauke Lim bersedia menghulurkan bantuan kewangan kepada keluarga Embong. Dia membenarkan keluarga Embong berhutang untuk membeli barangan di kedainya. Dia juga sanggup membayar harga tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah bagi memastikan Embong memiliki tanah untuk dijadikan tempat tinggal. Aton bersangka buruk terhadap Dahlia apabila melihat Dahlia dihantar oleh Azhari. Perbuatannya akan menimbulkan perselisihan faham antara masyarakat. Aton juga bersangka buruk terhadap Dahlia dengan menganggap bahawa anaknya mati lemas kerana tidak diselamatkan oleh Dahlia. Nek Kiah dan Abu Bakar insaf akan kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka. Mereka berubah menjadi individu yang lebih baik. Abu Bakar meminta ampun atas kesalahannya menjual kambing Embong. Dia membersihkan kawasan rumahnya sebagai menebus kesalahannya. Nek Kiah pula menghentikan kata-kata nistanya terhadap Embong dan Dahlia setelah menyedari kesalahannya.
28 Contoh Soalan: 4(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan pengajarannya. (7 markah) a. Novel Jendela Menghadap Jalan: Novel yang saya kaji ialah _________________________________________ karya ____________________________________. Terdapat beberapa pengajaran berdasarkan novel ini. Pengajaran pertama novel ini ialah kita hendaklah _________________________ dengan penuh kasih sayang. ____________ sering bertindak ganas dengan memukul ________________ dan isterinya, terutama apabila dia kalah judi dan mabuk. Dia tidak melindungi keluarganya dengan kasih sayang. Pengajaran kedua ialah kita haruslah ___________________________________. Masyarakat kampung hidup berpuak-puak kerana mempunyai pandangan yang _________ _________________________. Hal ini menyukarkan mereka untuk membuat keputusan yang muktamad. b. Novel Songket Berbenang Emas: Novel yang saya kaji ialah ________________________________ karya ____________________________________. Terdapat beberapa pengajaran berdasarkan novel ini. Pengajaran pertama novel ini ialah kita hendaklah __________________________ ___________________________________________. Tauke Lim bersedia menghulurkan bantuan ____________ kepada keluarga Embong. Dia membenarkan keluarga Embong berhutang untuk membeli barangan di kedainya. Dia juga sanggup membayar __________ __________ yang mahu dijual oleh Nek Kiah bagi memastikan Embong memiliki tanah untuk dijadikan _____________________. Pengajaran kedua ialah ________________________________________________. Aton bersangka buruk terhadap _________ apabila melihat Dahlia dihantar oleh Azhari. Perbuatannya akan menimbulkan ____________________ antara masyarakat. Aton juga bersangka buruk terhadap Dahlia dengan menganggap bahawa anaknya ______________ __________ kerana tidak diselamatkan oleh Dahlia.
29 4 (b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam setiap novel. (8 markah) Novel yang saya kaji ialah ______________________________________ karya ______________________________ dan _________________________________ karya ________________________________. Terdapat pelbagai pengajaran dalam kedua-dua buah novel ini. Dalam novel _____________________________________ pengajarannya ialah kita hendaklah akur dengan keputusan ibu bapa kita. Lili mendengar arahan _________ supaya dia pulang bercuti di kampung ________ dan __________. Dia mengalami pelbagai ___________ yang menarik semasa berada di kampung. Sebagai contohnya, dia telah diculik oleh Haziq dan Rafiq, dua orang anak Che Jah yang menagih dadah. Sementara itu, dalam novel ___________________________________ karya _____________________________ pula pengajarannya ialah kita hendaklah menginsafi kesalahan yang kita lakukan. Nek Kiah dan _____________ insaf akan kesalahan yang telah mereka lakukan. Mereka berubah menjadi individu yang lebih baik. Abu Bakar meminta ampun atas kesalahannya menjual ______________ ayahnya, Embong. Dia membersihkan kawasan rumahnya sebagai menebus kesalahannya. ___________ pula menghentikan kata-kata nistanya terhadap Embong dan Dahlia setelah menyedari kesalahannya. SOALAN LATIH TUBI Soalan 1 (a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang memaparkan nilai keberanian. (7 markah) (b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu persoalan yang terdapat dalam setiap novel tersebut. (8 markah)
30 Soalan 2 (a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan cara watak utama menyelesaikan satu konflik yang dihadapinya. (7 markah) (b) Jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat dalam dua buah novel yang telah anda pelajari. (8 markah) Soalan 3 (a) Masyarakat yang bekerjasama sering ditonjolkan dalam sesebuah novel. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua contoh persoalan kerjasama dalam kehidupan yang terdapat dalam novel tesebut. (7 markah) (b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu contoh nilai amanah yang terdapat dalam setiap novel tersebut. (8 markah) Soalan 4 (a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua latar masyarakat penyayang yang terdapat dalam novel tersebut. (7 markah) (b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang mempunyai unsur saspens bagi setiap novel tersebut. (8 markah)