The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ahmad Zulkamal Hakim Bin Kamaruddin
D20191089739

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Zulkamal Hakim, 2020-09-07 10:02:38

laporan PPG1

Ahmad Zulkamal Hakim Bin Kamaruddin
D20191089739

Keywords: 195910

Badminton : Ust Noor Fairuzi Bt Rusli
Petanque : Cg Liza Rohaifi Bt Mohd Ali
Ping Pong
: Cg Ahmad Azha Bin Yusof (S/U)
: Cg Samsida Bt Yusof (P. S/U)
: Cg Roshanisah Bt Kamaruddin
: Cg Roslaily Bt Muhamad
: Ust Norlaila Bt Yusof
: Cg Wan Kamariatom Bt Wan Nawang
: Cg Zarina Bt Muda

: Ustazah Mas Idayati Bt Abdullah (S/U)
: Cg Nor Azura Bt Ibrahim (P. S/U)
: Cg Zatul Iradah Bt Mohamad
: Ust Haslina Bt Ali
: Cg Noor Azizah Bt Abdul Rahman
: Ust Rohana Bt Mad Nasir
: Cg Hawa Bt Embong
: Cg Noriza Bt Embong
: Cg Noor Azira Bt Awang

: Us Mohd Suffian Bin Daud (S/U)
: Ust Noriza Bt Awang (P. S/U)
: Cg Nor Kadzimah Bt Ismail
: Ust Zaila Bt Muji
: Cg Hariati Bt Yusof
: Cg Marina Bt Abd Rahman
: Cg Noor Husna Bt Zakaria

51

Sepak Takraw : Us Mohd Shafie Bin Tahar (S/U)
: Ust Mohd Faisal Bin Abd Razak (P. S/U)
: Cg Mohamad Yusof Bin Muda
: Us Ahmad Sukri Bin Omar

Silat Olahraga : Cg Zakaria Bin Jusoh (S/U)
: Cg Azrul Shahizal Nizam Azizoon (P. S/U)
: Cg W N Nabihah Asma W Zainal Abidin
: Ust Nabilah Bt Muda
: Ust Siti Nasuha Bt Ali
: Cg Noor Azimah Bt Abdullah

Catur : Cg Basitah Bt Naiserong (S/U)
: Ust Mariah Bt Aziz (P. S/U)
: Us Abdul Muhaimin Bin Mohamad
: Cg Norazah Bt Ismail
: Ust Romlah Bt Robi
: Cg Noora Aini Bt Che Ali
: Cg Raja Narma Bt Raja Sulong

Bola Tampar : Us Muhamad Lukman Bin Mohd Fauzi (S/U)
: Cg Noor Ain Zahira Bt Nafiah (P. S/U)
: Ust Asma’ Syahirah Bt As’ari
: Cg Nor Hafiza Bt Ismail
: Ust Zainabun Bt Muda
: Cg Fatin Hazwani Bt Yusof
: Cg Zainuddin Bin Mohamad

52

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum.
2. Merancang meningkatkan pengetahuan,kemahiran dan minat dalam permainan
3. Mengaturkan perlawanan antara rumah sukan, tingkatan atau sekolah
4. Menentukan peralatan dan kemudahan dalam keadaan baik dan selamat digunakan
5. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah untuk

mempertingkatkannya.
6. Memastikan undang undang permainan dan perlawanan dipatuhi
7. Mengurus pengangkutan pasukan sekolah untuk pertandingan luar sekolah
8. Melapor dan merekodkan keputusan perlawanan yang disertai
9. Merekodkan nama permain atau pasukan yang cemerlang.
10. Mendapat tempat di peringkat daerah dan negeri

3.3 JAWATANKUASA RUMAH SUKAN

Penyelaras Rumah Sukan : Us Muhammad Kamal Ashraf Bin Abdullah (S/U)

Setisusaha : Cg Wan Roslinda Bt Wan Dagang (P. S/U)

3.3.1 RUMAH ZARQA’ (BIRU)

Guru Penasihat : Us Muhammad Kamal Ashraf Bin Abdullah (Ketua)

: Ust Aini Bt Othman (Pen Ketua)

: Cg Mohd Yusof Bin Omar

: Cg Zainuddin Bin Mohammad

: Cg Ahmad Azha bin Yusof

: Cg Basitah Bt Naiserong

: Ust Mariah Bt Aziz

: Ust Romlah Bt Robi

: Cg Samsida Bt Yusof

: Us Mohd Faisal Bin Abd Razak

: Cg Wan Roslinda Bt Wan Dagang

: Cg Fatimah Nor Rabiatul Adawiyah Bt Abdul Manan

: Cg Nor Kadzimah Bt Ismail

: Cg Noora Aini Bt Che Ali

: Ust Siti Nasuha Bt Ali

53

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1. Memastikan adanya senarai ahli rumah sukan yang lengkap (guru dan murid).
2. Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan.
3. Membentuk jawatankuasa rumah di kalangan murid yang meliputi olahraga dan

permainan untuk pertandingan antara rumah.
4. Menghantar nama murid yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah.
5. Merekod kedatangan murid dan mengambil tindakan terhadap murid yang tidak hadir.
6. Mengawasi keselamatan murid sewaktu latihan dan pertandingan diadakan.
7. Menyemai semangat kesukanan dalam diri murid

3.3.2 RUMAH HAMRA’ (MERAH)

Guru Penasihat : Cg Azrul Shahizul Nizam Bin Azizoon ( Ketua)

: Ust Rohana Bt Md Nasir (Pen Ketua)

: Cg Noor Azizah Bin Abdul Rahman

: Cg Muhammad Yusof Bin Muda

: Cg Zakaria Bin jusoh

: Ust Noruliman Binti Muhamad

: Cg Roslaily Bt Mohamad

: Ust Mas Idayati Bt Abdullah

: Cg Norazah Bt Ismail

: Cg Nurulfida Bt Muhamad Khalid

: Ust Nur Aini Bt Ali

: Cg Liza Rohaifi Bt Mohd Ali

: Cg Zunaidah Bt Ismail

: Ust Noriza Bt Awang
: Ust Asma’ Syahirah Bt As’ari

: Us Mohd Syafei Bin Tahar

: Cg Norfajariah Bt Mat Yusof

: Us Abdul Majid Bin Omar

54

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1. Memastikan adanya senarai ahli rumah sukan yang lengkap (guru dan murid).
2. Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan.
3. Membentuk jawatankuasa rumah di kalangan murid yang meliputi olahraga dan

permainan untuk pertandingan antara rumah.
4. Menghantar nama murid yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah.
5. Merekod kedatangan murid dan mengambil tindakan terhadap murid yang tidak hadir.
6. Mengawasi keselamatan murid sewaktu latihan dan pertandingan diadakan.
7. Menyemai semangat kesukanan dalam diri murid

3.3.3 RUMAH SOFRA’ (KUNING)

Guru Penasihat : Us Muhammad Lukman Bin M. Fauzi (Ketua)

: Cg Nor Azura Bt Ibrahim (Pen Ketua)

: Cg Raja Narma Bt Raja Sulong

: Us Mohd Sufian Bin Daud

: Cg Zarina Bt Muda

: Ust Shalihah Bt Mustaffar

: Ust Zaila Bt Muji

: Cg Hariati Bt Yusof

: Cg Abdul Ghafar Bin Hamzah

: Ust Norlaila Bt Yusof

: Cg Zatul Iradah Bt Mohamad

: Cg Nor Hafiza Bt Ismail

: Cg Marina Bt Abdul Rahman

: Cg Fatin Hazwani Bt Yusof

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1. Memastikan adanya senarai ahli rumah sukan yang lengkap (guru dan murid).
2. Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan.
3. Membentuk jawatankuasa rumah di kalangan murid yang meliputi olahraga dan

permainan untuk pertandingan antara rumah.
4. Menghantar nama murid yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah.
5. Merekod kedatangan murid dan mengambil tindakan terhadap murid yang tidak hadir.
6. Mengawasi keselamatan murid sewaktu latihan dan pertandingan diadakan.
7. Menyemai semangat kesukanan dalam diri murid

55

3.3.4 RUMAH KHODRA’ (BIRU)

Guru Penasihat : Cg Mohd Rafi Bin Berahim (Ketua)

: Cg Izzah Nadia Bt Ali (Pen Ketua)

: Us Abdul Muhaimin Bin Mohd Nasir

: Us Ahmad Sukri Bin Omar

: Cg Wan Kamariatom Binti Wan Nawang

: Ust Haslina Bt Ali

: Ust Noor Fairuzi Bt Rusli

: Cg Roshanisah Bt Kamaruddin

: Ust Siti Faridah Bt Muda

: Cg Suhana Bt Abdul Karim

: Cg W. N. Nabihah Asma Bt W. Zainal Abidin

: Cg Hawa Bt Embong

: Cg Noriza Bt Embong

: Cg Nabilah Bt Muda

: Ust Zainabun Bt Muda

: Cg Noor Azimah Bt Abdullah

: Cg Noor Ain Zahirah Bt Nafiah

: Us Ihsan Nur Rahman Bin Hussin Zawawi

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1. Memastikan adanya senarai ahli rumah sukan yang lengkap (guru dan murid).
2. Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan.
3. Membentuk jawatankuasa rumah di kalangan murid yang meliputi olahraga dan

permainan untuk pertandingan antara rumah.
4. Menghantar nama murid yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah.
5. Merekod kedatangan murid dan mengambil tindakan terhadap murid yang tidak hadir.
6. Mengawasi keselamatan murid sewaktu latihan dan pertandingan diadakan.
7. Menyemai semangat kesukanan dalam diri murid

56

3.4 AHLI LEMBAGA PENGARAH KOPERASI SEKOLAH

Pengerusi : Pengetua

Naik Pengerusi : GPK Kokurikulum

Penyelaras : Us Firdaus Bin Ngah @Salim

Setiausaha : Cg Hariati Bt Yusof

Pen. Setiausaha : Us Abdul Muhaimin Bin Mohd Nasir

Bendahari : Cg Zarina Bt Muda

AJK : Ust Mas Idayati Bt Abdullah

: Us Mohd Faisal Bin Abd Razak

: Cg Ahmad Azha Bin Yusof

: Cg Marina Bt Abdul Rahman

: Cg Zatul Iradah Bt Mohamad

: Ust Nabilah Bt Muda

Juru Audit Dalaman : Cg Zunaidah Bt Ismail

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1. Menguruskan pendaftaran ahli-ahli baru dan mengemaskini saham- saham koperasi.
2. Mengurus invois dan bil yang berkenaan.
3. Mengadakan mesyuarat lembaga dan mesyuarat agong tahunan.
4. Melaporkan kedudukan kewangan Koperasi dan melaporkan kepada Pengarah

pembangunan Koperasi
5. Melantik jurujual dalam kalangan murid dan mengatur jadual bertugas
6. Mengadakan peraturan menjaga keselamatan harta koperasi.
7. Menguruskan akaun termasuk buku tunai, rekod jualan. inventori, rekod saham dan

sebagainya
8. Mengadakan kursus kesedaran koperasi dalam kalangan ahli koperasi
9. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa

57

2.0 RUMUSAN

2.1 PERSEKITARAN DAN BUDAYA SEKOLAH

Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun (SMASID), Terengganu yang terdiri
dari beberapa bagunan dari bagunan tiga tingkat hingga satu aras termasuklah bagunan
untuk kantin, bengkel dan asrama ini merupakan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
(SABK) dibawah pentadbiran kerajaan negeri Terengganu melalui Jabatan Hal Ehwal
Agama Terengganu (JHEAT).

SMASID adalah merupakan sekolah ‘Al-Arabiah’ iaitu sekolah yang beraliran agama
yang berteraskan Islamiah. Oleh itu sekolah ini sangat memberi perhatian dalam
kerohanian pelajar. Bagi membentuk kerohanian pelajar, setiap waktu pagi sebelum sesi
pengajaran dan pembelajaran bermula, pelajar dan guru akan mengaji beberapa potong ayat
Al-Quran.

Dianggarkan pada pukul 7.30 pagi semua pelajar dipastikan sudah bergerak untuk
berkumpul di dataran supaya pelajar sudah boleh memulakan bacaan Al-Quran pada pukul
7.45 pagi. Setiap pelajar diwajibkan membawa Al-Quran sendiri supaya semua pelajar
dapat membaca Al-Quran tanpa menghadapi masalah seperti terpaksa bekongsi satu Al-
Quran beramai-ramai yang menyulitkan pelajar membaca ayat suci tersebut.

Jika selepas bacaan Al-Quran masih mempunyai masa terluang sebelum bermulanya
waktu pengajaran dan pembelajaran, para guru akan memberi sedikit perkongsian ataupun
tazkirah pagi berkaitan dengan kehidupan seorang pelajar seperti adab berguru, menjaga
solat dan lain-lain. Pada waktu petang pula, kelas akan tamat pada pukul 1.10 petang dan
meneruskan pembelajaran dalam kelas pada pukul 1.40 petang.

Pada waktu ini para guru dan pelajar diberikan peluang untuk melakukan solat fardhu
zohor di awal waktu. Para guru dan pelajar akan solat di surau sekolah yang mampu
menempatkan semua pelajar dan guru di sekolah itu. Surau itu yang luas dan banyak
kemudahan memudahkan dan memberi keselesaan kepada guru dan pelajar untuk solat
berjemaah.

Sementara menunggu semua pelajar sampai ke surau untuk solat berjemaah, pengawas
yang bertugas akan mengetuai pelajar untuk berzikir. Manakala pengawas yang lain
ditugaskan meronda semua kelas di sekolah tersebut untuk memastikan para pelajar tidak
mencuba ponteng sekolah. Bagi pelajar perempuan yang tidak boleh solat akan duduk di
belakang surau agar tiada pelajar perempuan yang boleh solat untuk ponteng solat.

58

Selepas waktu solat, pelajar terus bergegas masuk ke dalam kelas agar proses
pembelajara dan pengajaran tidak terganggu. Selain itu, pelajar di sekolah ini dibudayakan
adab memberi salam tidak kira sama ada berjumpa kawan mahupun para guru. Adab ini
adalah salah satu sunnah rasulullah dan memberi kesan positif kepada persekitaran seperti
merapatkan hubungan silaturahim terutama antara pelajar dan guru.

Di samping itu, para pelajar akan diajar untuk membaca doa sebelum memulakan
pembelajaran setiap subjek agar hati pelajar itu dilembutkan untuk menerima apa yang
diajar oleh para guru. Seterusnya, pihak sekolah juga membuat pelbagai aktiviti dalam
pemantapan sahsiah diri murid. Antara program yang dilakukan adalah program Sahsiah
Unggul Murid (SUMUR).

Pelaksanaan program SUMUR ini adalah berteraskan kepada mutadayyin, berbudi
bahasa, penampilan diri serta jati diri sepanjang tahun di sekolah. Matlamat program ini
adalah untuk melahirkan pelajar yang mempunyai personaliti terpuji dan boleh dicontohi
oleh pelajar lain. Selain itu, program ini bertujuan untuk mengejar ilmu bukan sahaja untuk
dunia malah untuk akhirat juga.

Pelajar yang terlibat dengan aktiviti ini bercederung untuk mempunyai ketahanan diri
dalam menghadapi cabaran hidup serta berusaha meningkatkan daya kepimpinan dan
semangat patriotisma. Oleh itu semua pelajar diwajibkan untuk terlibat tanpa terkecuali
agar tidak mudah terpengaruh dengan anasir tidak baik apabila berada di luar sekolah.
Program SUMUR telah dicetuskan oleh YB Dato Seri Hishamuddin bin Tun Hussein,
Matan Menteri Pendidikan Malaysia dan dilancarkan oleh YB Dato Noh bin Omar, Matan
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia pada 29 Oktober 2007.

Selain itu, SMASID juga menekankan intelektual pelajar. Pelbagai strategi dirancang
oleh pihak sekolah demi memastikan kecemerlangan pelajar-pelajar SMASID. Antaranya
adalah dari segi penyusunan kelas bagi setiap tingkatan. Bagi pelajar tingkatan 1,2 dan 3,
tiada penentuan penempatan pelajar dalam kelas. Setiap kelas mempunyai pelbagai aras
pelajar dari yang pandai sehingga kurang cerdik.

Hal ini adalah bertujuan agar pelajar tidak terasa dipinggirkan disebabkan berada di
kelas kurang cerdik dan mampu meningkatkan motivasi mereka untuk bersaing secara sihat
dengan pelajar lain, secara tak langsung peratusan pelajar lemah akan berkurang
berbanding tahun sebelumnya. Bagi pelajar tingkatan 4 dan 5, pelajar mula dibahagi
mengikut tahap kecemerlangan dan aliran.

59

Bagi kelas pertama, hanya pelajar aliran sains sahaja manakala kelas yang lain adalah
aliran sastera. Bagi kelas kedua, aliran ini mempunyai keistimewaannya tersendiri di mana
pelajar yang berada di kelas ini mempunyai subjek tambahan berbanding kelas lain iaitu
subjek matematik tambahan dan perakaunan. Pelajar kelas pertama dan kedua akan kekal
dan tidak bertukar kelas sehingga SPM.

Bagi kelas yang lain disusun mengikut kecemerlangan pelajar itu. Ini bertujuan untuk
memudahkan para guru untuk mengfokuskan kelemahan setiap pelajar dan mengelakkan
bagi pelajar cemerlang bosan dengan pembelajaran yang agak perlahan untuk pelajar
kurang cerdik. Hal ini memberi impak kepada pelajar terutama dalam meningkatkan
potensi para pelajar.

Selain itu kelas tambahan juga diadakan oleh pihak sekolah. Kebiasaannya kelas adalah
bertujuan untuk para guru menghabiskan silibus dan latihan yang diperlukan oleh para
pelajar terutamanya bagi yang akan menghadapi peperiksaan PT3 dan SPM. Para guru juga
mengadakan bengkel untuk subjek tertentu bagi pelajar yang lemah dalam subjek tersebut.

Di dalam bengkel ini, para guru akan lebih memberi perhatian pada para pelajar dengan
selalu bertanya pada para pelajar begi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh para
pelajar yang lemah dalam subjek tersebut dan mengatasinya secara efektif agar dapat
meningkatkan potensi pelajar tersebut. Waktu kelas tambahan dan bengkel juga mengikut
kesesuaian waktu pelajar agar para pelajar dapat menghadiri kelas tersebut dan kelas
tersebut adalah diwajibkan mengikut nama yang telah ditetapkan oleh para guru.

Seterusnya, para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan penting iaitu PT3 dan
SPM akan diberikan motivasi pada awal pagi. Hal ini dilakukan oleh para guru atau
pengetua untuk memberi inspirasi dan dorongan pelajar tersebut supaya bersemangat untuk
belajar bagi menempuhi peperiksaan penting tersebut. Program-program motivasi juga
dilakukan oleh pihak sekolah secara umum mahupun khusus untuk pelajar PT3 dan SPM
sahaja. Pihak sekolah kebiasaannya akan menjemput pakar motivasi dari luar untuk
memberi motivasi kepada para pelajar.

Seterusnya, persekitaraan bersosial juga dalam keadaan terkawal dan pada tahap
sederhana di SMASID. Banyak aktiviti sosial yang dilakukan oleh pihak sekolah seperti
aktiviti gotong royong di sekitar kawasan sekolah. Dalam aktiviti ini, pelajar akan diberikan
beberapa kumpulan untuk ditugaskan di kawasan tertentu. Dengan cara ini kerja
pengkhususan dapat dilakukan dan lebih efektif dengan pantauan dari para guru di setiap
tempat.

60

Para guru dan murid dapat berinteraksi dengan baik dan menjalinkan hubungan sosial
yang baik. Selain itu, pihak sekolah akan mengadakan temu murni iaitu pertemuan antara
guru kelas bersama ibu bapa pelajar. Dalam temu murni ini, para guru dapat berbincang
dengan ibu bapa mengenai tahap pencapaian pelajar tersebut dan cara untuk meningkatkan
prestasi pelajar tersebut.

Di sekolah juga terdapat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang mana pihak sekolah
dan ibu bapa yang bertanggungjawab dalam strategi meningkatkan pencapaian murid.
Mesyuarat PIBG diadakan beberapa kali setahun berdasarkan keperluan dengan
bermatlamatkan membincangkan masalah yang dihadapi oleh para murid dan menyatakan
hasrat ibu bapa dan guru sekaligus membuat persepakatan dalam merangka program-
program untuk para murid.

Hal ini secara tidak langsung akan meningkatkan hubungan sosial yang baik antara para
guru dan para ibu bapa. Menurut Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, tiada masalah serius
yang pernah dibincangkan semasa mesyuarat sebelum ini. Hanya kes biasa- biasa sahaja
seperti kes ponteng sekolah, ponteng kelas, pemakaian kurang kemas dan tidak menyiapkan
kerja sekolah yang diberikan.

Diantara guru-guru dan pelajar juga sangat positif dari segi sosialnya. Pelajar-pelajar
disini sangat menghormati guru dan staf sekolah. Perkara positif ini dapat memberi impak
positif dan mengeratkan silaturahim antara guru dan pelajar serta pihak sekolah. Pada bulan
puasa pula, akan diadakan majlis berbuka puasa Bersama guru dan pelajar. Disamping itu,
terdapat akan ada majlis sumbangat zakat dan duit raya pada hari tersebut.

Zakat tersebut adalah sumbangan dari orang ramai kepada pelajar yang memerlukan.
Selain itu, pihak sekolah juga menyambut sambutan Hari Raya Aidilfitri setiap tahun.
Setiap kelas akan mengadakan “rumah terbuka” dan menjemput semua hadir ke kelas
mereka untuk menjamu selera. Kebanyakan kelas akan mengumpul wang dari setiap ahli
kelas untuk kegunaan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ini membuktikan pelajar disini mengamalkan toleransi yang tinggi dan sanggup
memberi. Tidak lupa juga sambutan Hari Guru akan diadakan pada setiap tahun. Antara
tujuan untuk menyambut Hari Guru ialah smabutan Hari Guru memberi peluang kepada
pelajar untuk membalas jasa guru yang mengajar mereka. Contohnya, murid-murid dapat
memberi hadiah seperti bunga, pen merah, buku nota dan seumpamnya sebagai perhargaan
kepada guru yang banyak mendidik kita menjadi modal insan yang berguna.

Tindakan ini bukan sahaja akan mendidik murid menjadi seorang yang mengenang
budi, malah juga memberi ganjaran untuk guru yang dihormati dan disayangi murid. Selain

61

itu, sambutan Hari Guru juga memberi satu pentas untuk mengeratkan hubungan antara
guru dengan murid. Hal ini demikian kerana murid berpeluang untuk berkomunikasi dan
berinteraksi semasa bermain permainan yang diadakan.

Misalnya, permainan bola keranjang antara murid dengan guru akan memupuk sikap
kerjasama antara satu sama lain selain dapat berkongsi teknik bermain bersama. Secara
tidak langsung, fenomena yang mesra dan meriah dapat dibentukkan di kawasan sekolah.
Tambahan pula, sambutan Hari Guru bertujuan untuk memberi tanda terima kasih kepada
guru daripada pihak sekolah selain daripada murid. Memang tidak dinafikan bahawa setiap
orang guru perlu bertanggungjawab menjaga dan mengharumkan nama sekolah selain
mendidik anak murid dengan baik.

Seterusnya, keadaan emosi di SMASID berada dalam keadaan stabil. Hal ini kerana
SMASID mempunyai guru kaunseling yang bertauliah atau dikursuskan. Jika terdapat
beberapa pelajar yang bermasalah, ada diadakan perjumpaan dengan guru kaunseling.
Antara masalah yang kebiasaannya di urus oleh guru kaunseling adalah masalah ponteng
kelas dan tidak menyiapkan kerja sekolah.

Kebiasaaannya pelajar yang bermasalah ini akan dilaporkan oleh para guru atau badan
pengawas yang bertanggungjawab seperti pembimbing rakan sebaya (PRS) dan disiasat
dulu oleh guru kaunseling untuk memastikan pelajar itu perlu dikaunseling atau tidak.
Kebiasaanya guru kelas pelajar tersebut yang akan menyatakan pelajar yang bermasalah
perlu membuat pertemuan secara individu jika perkara itu sesuai.

Akan tetapi pertemuan secara berkelompok juga dibuat bagi memastikan sesi
kaunseling berjalan dengan lancar. Para pelajar yang mempunyai masalah juga boleh
bertemu dengan guru kaunseling untuk mendapatkan khidmat nasihat. Guru kelas dan guru
mata pelajaran juga mengambil peranan dalam emosi pelajar. Jika terdapat pelajar yang
bermasalah, para guru akan cuba bertanya pada kawan rapat atau terus tanya soalan terus
kepada pelajar tersebut untuk mengetahui masalah yang dihadapi.

Segala masalah tentang pelajaran atau perasaan kebiasaannya dikongsi dengan rakan-
rakan kerana mereka lebih mempercayainya rakan sebayanya berbanding orang dewasa.
Menurut Guru Besar, cara pengurusan dalam emosi pelajar ialah dengan menganjurkan
ceramah-ceramah, taklimat serta lawatan dan sebagainya. Dengan cara ini, pelajar-pelajar
dapat didedahkan dengan perkara-perkara yang positif serta memberi motivasi dan inspirasi
kepada mereka.

Selain itu, permasalahan emosi pelajar seperti stress dan sebagainya, pihak sekolah
akan merujuk kepada pihak tertentu bagi mengendalikan masalah tersebut. Perkara ini telah

62

dibuat secara teliti supaya keaadaan pelajar dapat dikawal. Keadaan emosi pelajar disini
sangat stabil disebabkan suasana budaya keagaamaan yang diterapkan oleh pihak sekolah
kepada pelajar bagi memastikan rohani mereka bersih dan ahklak mereka terjaga.

Kebanyakan masalah mereka hanyalah pelajar yang bergaduh dengan kawan-kawan,
masalah dalam pelajaran, pelajar miskin, kecurian serta akhlak tidak sopan Bersama guru
dan sebagainya. Kebiasaannya segala prosedur berkaitan dengan dengan penasihatan ini,
pelajar akan datang sendiri atau kes tersebut telah dirujuk oleh pihak sekolah.

Akhir sekali, walaupun SMASID adalah sebuah sekolah agama yang lebih kepada
kerohanian, jasmani murid juga tidak diabaikan. Hal ini kerana sekolah ini sangat
mementingkan kokurikulum seperti sukan. Terdapat pelbagai sukan ‘outdoor’ yang
terdapat di sekolah ini antaranya bola sepak, bola tampar, takraw, bola jarring dan lain-lain.
SMASID juga menjalankan aktiviti selaras dengan hasrat kerajaan iaitu Satu Murid Satu
Sukan (1M1S).

Sekolah ini telah meletakkan program ini sebanyak dua minggu sekali dan
kebiasaannya pada hari rabu. Hal ini kerana murid yang cergas, akan mempunyai minda
yang cerdas untuk membantu mereka dalam pelajaran. Murid-murid juga disarankan untuk
bergerak aktif dalam kokurikulum dengan menawarkan anugerah tertentu bagi mereka
yang berjaya capai ke peringkat yang lebih tinggi.

SMASID banyak menghantar penyertaan di pelbagai peringkat untuk aktviti sukan ini
yang secara tidak langsung menaikkan nama sekolah di peringkat kebangsaan. Oleh itu,
pihak sekolah seperti para guru sangat memainkan peranan dalam bidang sukan untuk
mencapai di peringkat yang lebih tinggi. Sekiranya guru-guru memberikan galakan dan
sokongan moral, sudah pasti matlamat untuk memajukan bidang sukan di negara kita akan
tercapai.

Pelajar-pelajar di sekolah ini, mereka telah didedahkan dengan aktiviti-aktiviti
kokurikulum dengan secara aktif. Selain dari sukan, mereka juga didedahkan dengan
aktiviti dalam badan uniform dimana mereka akan disuruh untuk berkawat dan terdapat
juga beberapa aktiviti perkhemahan yang dianjurkan sama ada peringkat sekolah, peringkat
daerah mahupun peringkat negeri.

SMASID pernah menerima banyak anugerah dalam pelbagai pertandingan seperti
johan perkhemahan, permainan dan lain-lain. Bagi memastikan tiada pelajar yang tidak
terlibat dalam aktiviti melibatkan jasmani, sekolah ini telah memasukkan subjek
pendidikan jasmani agar semua pelajar mempunyai pengalaman sekali gus menanam minat
dalam bidang ini.

63

Di SMASID juga terdapat rumah sukan yang terbahagi kepada empat warna rumah
sukan dan ahli ditentukan oleh guru kelas tingkatan 1. Terdapat pelbagai aktiviti besar
peringkat sekolah bagi mempertandingkan antara rumah sukan seperti sukan antara rumah
sukan dan merentas desa. Setiap kali pertandingan antara rumah sukan dilaksanakan,
penyumbang rumah sukan akan diberikan hadiah dan markah tersebut akan dikumpul dan
dinilai untuk menentukkan rumah sukan yang mana menjuarai setiap tahu bagi markah
keseluruhan.

Hal ini juga menguntungkan SMASID kerana para guru yang memantau dapat mencari
bakat yang terpendam untuk diasah dan dibawah ke peringkat yang lebih tinggi lagi bagi
mewakili sekolah. Secara amnya, aktiviti-aktiviti sukan yang digemari oleh pelajar dan
tidak membahayakan diri mereka wajar diperkenalkan di sekolah kerana pihak sekolah
mahu pelajar-pelajar membabitkan diri dalam bidang sukan ini.

Malah, sukan dan aktiviti koko yang lain perlu dipertandingkan di peringkat daerah dan
kebangsaaan supaya guru-guru dapat mengenal pasti bakat pelajar dan mengasah bakat itu.
Dengan itu, mereka mempunyai barisan pelapis untuk mewakili negara dalam pelbagai
sukan di peringkat antarabangsa menurut kata Penolong Kanan Kokorikulum tersebut.

3.0 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

KAITAN DENGAN FPK
Terdapat sepuluh kandungan falsafah pendidkan kebangsaan,antaranya ialah pendidikan
ialah satu usaha berterusan, memperkembangkan lagi potensi individu, insan yang seimbang
dan harmonis, perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu, kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan, melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, melahirkan
rakyat yang berakhlak mulia, rakyat yang bertanggungjawab, rakyat yang berketerampilan, dan
berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri. Pelbagai program dan aktiviti yang
dianjurkan oleh SMASID selaras dengan hasrak kerajaan dalam falsafah pendidikan
kebangsaan.

3.1 Pendidikan Ialah Satu Usaha Berterusan.

Pendidikan ialah satu proses dalam diri seseorang yang bermula sejak dari kandungan ibu
lagi sehingga lah ke akhir hayat nya.Pendidikan yang diterima oleh seseorang berlaku dimana-
mana dan bukan nya hanya berlaku disekolah.Pendidikan ini berlaku secara berterusan secara
formal atau pun tidak formal. Di SMASID, pendidikan adalah suatu yang dititikberatkan.

64

Pelajar diberikan pendidikan yang sama rata tanpa mengira latar belakang dan kecerdasan
mereka. Bagi pelajar yang sangat lemah, para guru mata pelajaran akan membuat suatu altenatif
untuk meningkatkan potensi pelajar tersebut seperti membuat kelas tambahan atau bengkel,
menjemput guru pakar dari luar untuk membantu mereka faham dan lain-lain lagi.

3.2 Memperkembangkan Lagi Potensi Individu.

Kandungan falsafah pendidikan kebangsaan yang kedua ialah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh.Maksud potensi individu ialah kebolehan atau pun bakat
seseorang individu dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek. Sebagai contoh, pihak sekolah
telah membuat pelbagai program peringkat sekolah mahupun peringkat kelab tertentu. Dari
penyertaan pelajar, para guru dapat mengesan individu yang berpotensi untuk di asah bakat
dan menyertai pertandingan di peringkat yang lebih tinggi.

3.3 Insan Yang Seimbang Dan Harmonis.

Maksud insan yang seimbang dan harmonis ialah tiada sebarang perkara yang terabai dan
keseimbangan bagi seseorang individu adalah penting bagi memestikan kemajuan diri nya.
Bersesuaian dengan ini, pihak sekolah telah melaksanakan pelbagai program yang bertujuan
untuk melengkapi keperluan pelajar seperti program motivasi, bengkel subjek mata pelajaran,
program bersifat kerohanian dan lain-lain.

3.4 Perkembangan Potensi Secara Menyeluruh Dan Bersepadu.

Semua potensi diri dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek disepadukan bagi
menguasai kemahiran-kemahiran dan juga bidang ilmu.Selain daripada itu nilai-nilai murni
juga perlu disepadukan demi memenuhi keperluan nya dalam menjalani kehidupan. Oleh sebab
itu, SMASID juga menitik berat bukan pada pembelajaran, malah kokurikulum juga diambil
berat agar pelajar dapat menonjolkan potensi diri dari pelbagai aspek.

3.5 Kepercayaan Dan Kepatuhan Kepada Tuhan.

Untuk mengawal diri agar tidak melakukan kejahatan,maka kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan perlu disemaikan dalam diri setiap individu.Kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan ini juga terkandung dalam prinsip Rukun Negara.Setiap individu yang mempunyai
kepercayaan agama akan percaya bahawa setiap yang dilakukan didunia ini mesti mendapat
balasan di akhirat. Di SMASID, setiap pelajar ditekankan dengan agama seperti membaca al-
quran beserta tafsiran, bacaan hadith dan pelajaran agama dalam sesetengah pendidikan.

65

3.6 Melahirkan Rakyat Malaysia Yang Berilmu Pengetahuan.
Matlamat kerajaan ialah menjadikan semua rakyat malaysia berilmu pengetahuan.Justeru
itu,setiap rakyat perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang secukupnya. Seralas dengan sekolah
ini, pihak sekolah memastikan setiap pelajarnya menerima ilmu secukupnya agar apabila
mereka keluar dari sekolah ini dengan ilmu pengetahuan yang tinggi.

3.7 Melahirkan Rakyat Yang Berakhlak Mulia.
Kerajaan juga mengharapkan rakyat nya berakhlak mulia, berdisplin dan hidup hormat
menghormati antara satu dengan yang lain. Rakyat juga diminta untuk bersopan santun berbudi
bahasa. Di SMASID, setiap pelajar telah diasah untk bersifat akhlak mulia, berdisiplin dan
hidup hormat menghormati seperti apabila berjumpa hendaklah memberi salam dan
menghormati oranglain tanpa mengira status.

3.8 Rakyat Yang Bertanggungjawab.
Menerusi pendidikan juga rakyat dapat dididik untuk lebih bertanggungjawab terhadap diri
dan negara selaras dengan misi sekolah iaitu melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti
untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.

3.9 Rakyat Yang Berketerampilan.
Keterampilan bermaksud menonjol kan diri.Kerajaan mengharapkan rakyat nya dapat
melaksanakan tugas-tugas nya dengan cekap. Pelajar SMASID akan diberikan peluang untuk
menonjol bakat yang terpendam dan mengasahnya agar cekap dalam melakukan pekerjaannya
melalui pelbagai program yang dibuat oleh pihak sekolah.

66

LAMPIRAN
67


Click to View FlipBook Version