SMPK VOKASIONAL INDAHPURA
SISIRAN INDAHPURA 36/6
INDAHPURA
81000 KULAI
JOHOR DARUL TAKZIM
KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA HT-090-2:2012 HAIRDRESSING
PROGRAM / 2
PROGRAM’S CODE &
NAME
TAHAP / LEVEL
NO. DAN TAJUK UNIT HT-090-2:2012(C06) HAIR SALON PRODUCT RETAILING
KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE
NO. DAN PENYATAAN 1. SCRUTINIZE CLIENT’S POST-HAIR SERVICE NEEDS
AKTIVITI KERJA / WORK 2. ACCESS CLIENT’S REQUIRED PRODUCTS
ACTIVITIES NO. AND 3. INTRODUCE PRODUCT FEATURES TO CLIENT
STATEMENT
4. CLOSE PRODUCT SALES
5. CARRY OUT SALON PRODUCT RETAILING
DOCUMENTATION
NO. KOD / CODE NO. HT-090-2:2012-C06/P(13/13) Muka : 1 Drp : 9
TAJUK/TITLE : DOKUMENTASI PERNIAGAAN
TUJUAN/PURPOSE : Kertas Penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan
berkenaan kepentingan rekod dalam perniagaan, jenis-jenis dokumen perniagaan dan
kegunaannya dalam urusan di salun.
NO. KOD / CODE NO. HT-090-2:2012-C06/P(13/13) Muka Surat / Page : 2
Drpd / of : 9
PENERANGAN/INFORMATION :
1. PENDAHULUAN
Rekod perniagaan ialah maklumat urusan perniagaan samada tunai atau kredit.
Ianya sah dari segi undang-undang untuk membuktikan sesuatu urusniaga itu
benar-benar berlaku. Rekod mesti didokumentasikan dengan teliti untuk
mengelakkan kesukaran pada sistem perakaunan.
2. REKOD URUSNIAGA SALUN
2.1 Ciri-ciri Rekod yang Baik
i) Merekodkan butir-butir yang penting seperti bila (tarikh), apa
urusniaga (butir), dan berapa amaunnya (jumlah)
ii) Mempunyai rekod yang sistematik
iii) Disimpan dengan selamat
2.2 Tujuan Menyimpan Rekod
i) Sebagai bukti berlaku urusniaga
ii) Untuk kemudahan menyemak semula butiran perniagaan dan
urusniaga yang telah dijalankan
iii) Untuk mengetahui berapa jumlah aset yang ada dan
tanggungan perniagaan
iv) Memudahkan peniaga mengesan kelemahan bagi sesuatu
tempoh perniagaan
v) Membantu peniaga membuat keputusan dan pembetulan
2.3 Rekod Jualan Harian
Rekod ini digunakan untuk merekod setiap jualan produk di salon setiap
hari. Ia penting untuk merekod transaksi dan menjadi rujukan apabila
promosi hendak dibuat kepada pelanggan.
NO. KOD / CODE NO. HT-090-2:2012-C06/P(13/13) Muka Surat / Page : 3
Drpd / of : 9
Rajah 1 : Contoh rekod jualan harian di salon
3. DOKUMEN PERNIAGAAN
3.1 Dokumen perniagaan ialah surat bertulis atau bercetak yang sah untuk
memberi maklumat tentang urusniaga yang berlaku. Kepentingan
menyimpan dokumen ialah :
i) Untuk membuat rujukan dengan cepat dan mudah
ii) Keselamatan dokumen dapat terjamin
3.2 Dokumen terbahagi kepada dua jenis iaitu :
i) Dokumen kewangan
Melibatkan amaun urusniaga yang berkaitan dengan
pembayaran dan penerimaan secara tunai atau cek.
ii) Dokumen bukan kewangan
Melibatkan proses pesanan dan penerimaan barangan atau
perkhidmatan.
Dokumen Kewangan Dokumen Bukan Kewangan
• Invois • Sebut harga
• Nota debit • Borang pesanan
• Nota kredit • Nota serahan
• Bil utiliti
• Resit
• Penyata bank
• Baucer pembayaran
NO. KOD / CODE NO. HT-090-2:2012-C06/P(13/13) Muka Surat / Page : 4
Drpd / of : 9
Bil Jenis Dokumen Kegunaan
1 Sebut harga Dokumen yang mengandungi harga barang-
2 Borang pesanan barang yang diminta oleh pembeli.
3 Nota serahan Borang membuat pesanan oleh pembeli.
4 Invois Dokumen yang dihantar kepada pembeli
bersama dengan barang yang dipesan.
5 Nota debit Dihantar oleh pembekal kepada pembeli untuk
memberitahu jumlah hutang yang perlu dibayar
berdasarkan nota serahan.
Merupakan invois tambahan bertujuan
memberitahu pembeli tentang akaunnya telah
didebitkan. Sebab nota debit disediakan:
• Kesalahan pengiraan
• Ketinggalan kos pengangkutan
• Kos bekas yang tidak diambilkira
6 Nota kredit Bertujuan mengurangkan harga dalam invois
atas sebab-sebab berikut:
• Pulangan barang & bekas
• Kesilapan pengiraan
• Diskaun yang tidak dicatatkan dalam
Invois
• Faedah atas hutang yang belum
dijelaskan
• Pembeli terima barang yang tidak
tercatat dalam invois
7 Bil utiliti Belanja-belanja utiliti seperti air, elektrik,
8 Resit telefon, internet, astro dan sebagainya yang
mana ianya digunakan untuk perniagaan.
Semua bil-bil ini perlu direkodkan di dalam
buku perakaunan.
Dikeluarkan oleh penjual untuk membuktikan
penerimaan bayaran daripada pembeli.
NO. KOD / CODE NO. HT-090-2:2012-C06/P(13/13) Muka Surat / Page : 5
Drpd / of : 9
Bil Jenis Dokumen Kegunaan
9 Penyata bank Penyata bulanan yang dihantar oleh pihak
bank kepada pelanggannya. Setiap transaksi
kewangan akan direkodkan berserta tarikh
setiap transaksi yang dilakukan. Penyata bank
amat berguna kepada peniaga terutama bagi
pemegang akaun semasa.
3.3 Contoh bergambar bagi dokumen perniagaan adalah seperti berikut :
i) Sebut harga
Rajah 2 : Contoh Sebutharga
NO. KOD / CODE NO. HT-090-2:2012-C06/P(13/13) Muka Surat / Page : 6
Drpd / of : 9
ii) Borang pesanan
Rajah 3 : Contoh Borang Pesanan
iii) Nota serahan
Rajah 4 : Contoh Nota Serahan
NO. KOD / CODE NO. HT-090-2:2012-C06/P(13/13) Muka Surat / Page : 7
Drpd / of : 9
iv) Invois
Rajah 5 : Contoh Invois
v) Nota debit
Rajah 6 : Contoh Nota Debit
NO. KOD / CODE NO. HT-090-2:2012-C06/P(13/13) Muka Surat / Page : 8
Drpd / of : 9
vi) Nota kredit
Rajah 7 : Contoh Nota Kredit
vii) Bil utiliti
Rajah 8 : Contoh Bil Utiliti
viii) Resit
Rajah 9 : Contoh Resit
NO. KOD / CODE NO. HT-090-2:2012-C06/P(13/13) Muka Surat / Page : 9
Drpd / of : 9
x) Penyata Bank
Rajah 10 : Contoh Penyata Bank
SOALAN/QUESTION :
1. Apakah tujuan menyimpan rekod perniagaan?
_________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________
2. Senaraikan tiga (3) dokumen kewangan yang terlibat dalam sesuatu urusan
perniagaan.
_________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________
RUJUKAN/REFERENCE :
1. http://www.slideshare.net/dipedmara4/unit-6-dokumen-perniagaan, Dokumen
Perniagaan, 16 Disember 2014, 12:45