SMPK VOKASIONAL INDAHPURA
SISIRAN INDAHPURA 36/6
INDAHPURA
81000 KULAI
JOHOR DARUL TAKZIM
KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA HT-090-2:2012 HAIRDRESSING
PROGRAM / 2
PROGRAM’S CODE &
NAME
TAHAP / LEVEL
NO. DAN TAJUK UNIT HT-090-2:2012(C06) HAIR SALON PRODUCT RETAILING
KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE
NO. DAN PENYATAAN 1. SCRUTINIZE CLIENT’S POST-HAIR SERVICE NEEDS
AKTIVITI KERJA / WORK 2. ACCESS CLIENT’S REQUIRED PRODUCTS
ACTIVITIES NO. AND 3. INTRODUCE PRODUCT FEATURES TO CLIENT
STATEMENT
4. CLOSE PRODUCT SALES
5. CARRY OUT SALON PRODUCT RETAILING
DOCUMENTATION
NO. KOD / CODE NO. HT-090-2:2012-C06/P(11/13) Muka : 1 Drp : 5
TAJUK/TITLE : PROSEDUR PEMBAYARAN DI SALUN
TUJUAN/PURPOSE : Kertas Penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan
berkenaan kaedah pembayaran di salun dan prosedur menguruskan setiap kaedah
pembayaran.
.
NO. KOD / CODE NO. HT-090-2:2012-C06/P(11/13) Muka Surat / Page : 2
Drpd / of : 5
PENERANGAN/INFORMATION :
1. PENDAHULUAN
Pembayaran adalah perkara terakhir yang dilakukan sebelum pelanggan yang telah
berpuas hati dengan perkhidmatan meninggalkan salun. Pembayaran dilakukan dan
direkod secara manual mahupun elektronik. Wang tunai disimpan dalam laci berkunci
dan jualan harian direkod pada penghujung hari. Sementara rekod secara automatik
dirakam oleh mesin tunai (cash register) setiap kali urusniaga berlansung.
2. KEPERLUAN URUSAN PEMBAYARAN
Terdapat berapa keperluan yang mesti disediakan di kaunter pembayaran salun
untuk memudahkan urusan.
2.1 Kalkulator
Pastikan kalkulator berfungsi dan mudah dicapai untuk memudahkan
pengiraan jumlah bayaran yang besar atau mengira aliran tunai di
penghujung hari.
2.2 Kertas cetakan mesin tunai
Sentiasa pastikan kertas cetakan sentiasa ada dan mencukupi di dalam
mesin. Cetakan dengan garis berwarna merah menunjukkan gulungan
kertas yang baharu perlu dimasukkan. Prihatin dengan keperluan ini supaya
pelanggan tidak perlu menunggu untuk mendapatkan rekod bayaran mereka
sementara anda menggantikan kertas cetakan.
Rajah 1 : Mesin Tunai (Register Machine)
NO. KOD / CODE NO. HT-090-2:2012-C06/P(11/13) Muka Surat / Page : 3
Drpd / of : 5
2.3 Mesin Kad Kredit
Mesin ini adalah perantara untuk transaksi pembayaran di antara pemilik
kad kredit, salun dan pihak bank. Terminal digunakan untuk memudahkan
pelanggan membuat bayaran selepas mendapatkan perkhidmatan atau
memberi produk di salun.
Rajah 2 : Mesin Kad Kredit
2.4 Duit Tukar
Pastikan sejumlah duit kecil telah disediakan di kaunter untuk memudahkan
urusan memulangkan baki dan sebagainya. Jumlah duit tukar tidak dikira
dalam pendapatan harian salun.
2.5 Buku tunai
Digunakan sebagai cara merekod aliran tunai secara manual setiap hari.
3. KAEDAH PEMBAYARAN
Apabila urusan jual beli produk atau perkhidmatan telah selesai, bil harus disediakan.
Jika pelanggan membuat pelbagai perkhidmatan atau membeli banyak produk, buat
beberapa semakan untuk mengelakkan kesilapan pengiraan. Pelanggan boleh
membayar secara tunai, cek mahupun kad kredit. Pendandan rambut mesti
membiasakan diri untuk menguruskan pelbagai bentuk pembayaran yang dibuat.
3.1 Bayaran tunai
i. Kira bil pelanggan dan semak beberapa kali jumlahnya.
ii. Beritahu jumlah bil pelanggan dengan jelas.
iii. Terima bayaran dan pastikan ia bukan wang palsu, diconteng atau
terkoyak.
NO. KOD / CODE NO. HT-090-2:2012-C06/P(11/13) Muka Surat / Page : 4
Drpd / of : 5
iv. Letakkan wang di atas mesin tunai supaya dapat dilihat oleh anda
dan pelanggan.
v. Tekan butang “Jumlah”, masukkan jumlah bayaran pelanggan dan
tekan butang “Baki”.
vi. Kira baki dan pulangkan kepada pelanggan.
vii. Berikan resit kepada pelanggan sambil bertanya untuk temujanji
seterusnya.
viii. Jika berlaku masalah di kaunter bayaran, dapatkan bantuan
penyelia atau pekerja yang lebih berpengalaman.
3.2 Kredit kad
i. Pastikan kad belum tamat tempoh.
ii. Sediakan resit dan minta pelanggan menurunkan tandatangan.
iii. Berikan resit asli kepada pelanggan dan simpan salinannya.
iv. Pulangkan kembali kad kredit pelanggan.
Rajah 3 : Contoh Kad Kredit
3.3 Cek
i. Cek mesti ditulis dengan tarikh yang tepat di penjurunya.
ii. Pastikan butiran pada cek ditulis dengan betul dan jelas.
iii. Pastikan cek ditandatangani oleh pelanggan.
iv. Pastikan tandatangan sama sebagaimana di dalam Kad Jaminan
Cek.
v. Tarikh mestilah dalam tempoh sah seperti tertera pada kad
jaminan.
vi. Jumlah yang ditulis tidak melebihi had pengeluaran yang
ditetapkan.
NO. KOD / CODE NO. HT-090-2:2012-C06/P(11/13) Muka Surat / Page : 5
Drpd / of : 5
Rajah 4 : Contoh Cek
SOALAN/QUESTION :
1. Sebutkan tiga keperluan urusan pembayaran di kaunter salun?
i. ______________________________________
ii. ______________________________________
iii. ______________________________________
2. Berikan tiga kaedah pembayaran yang biaa digunakan oleh pelanggan di salun
pada masa kini.
i. _______________________________________________________
ii. _______________________________________________________
iii. _______________________________________________________
RUJUKAN/REFERENCE :
1. Leo Palladino, Martin Green (2006).Hairdressing: The Foundations : The
Official Guide to S/NVQ Level 2, Cengage Learning EMEA, ISBN NO.
1844804178, 9781844804177, Mukasurat :74 hingga 80.
2. Stepanie Henderson (2003). Basic Hairdressing: A Coursebook for Level 2,
Nelson Thornes, ISBN NO. 0748770828, 9780748770823, Mukasurat : 80
hingga 84.