The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by DAZULINA BT OTHMAN Moe, 2020-11-02 10:05:09

(C06) HAIR SALON PRODUCT RETAILING

PENGURUSAN STOK DAN INVENTORI SALUN

SMPK VOKASIONAL INDAHPURA
SISIRAN INDAHPURA 36/6
INDAHPURA
81000 KULAI
JOHOR DARUL TAKZIM

KERTAS PENERANGAN

(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA HT-090-2:2012 HAIRDRESSING
PROGRAM / 2
PROGRAM’S CODE &
NAME

TAHAP / LEVEL

NO. DAN TAJUK UNIT HT-090-2:2012(C06) HAIR SALON PRODUCT RETAILING
KOMPETENSI /

COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

NO. DAN PENYATAAN 1. SCRUTINIZE CLIENT’S POST-HAIR SERVICE NEEDS
AKTIVITI KERJA / WORK 2. ACCESS CLIENT’S REQUIRED PRODUCTS
ACTIVITIES NO. AND 3. INTRODUCE PRODUCT FEATURES TO CLIENT
STATEMENT
4. CLOSE PRODUCT SALES

5. CARRY OUT SALON PRODUCT RETAILING

DOCUMENTATION

NO. KOD / CODE NO. HT-090-2:2012-C06/P(12/13) Muka : 1 Drp : 6

TAJUK/TITLE : PENGURUSAN STOK DAN INVENTORI SALUN

TUJUAN/PURPOSE : Kertas Penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan
mengenai pengurusan stok dan inventori di salun dan kepentingannya dalam retailing.

NO. KOD / CODE NO. HT-090-2:2012-C06/P(12/13) Muka Surat / Page : 2
Drpd / of : 6

PENERANGAN/INFORMATION :

1. PENDAHULUAN

Urusniaga sentiasa berlansung di salun samada dalam bentuk perkhidmatan
mahupun jualan produk. Ini akan melibatkan pergerakan stok dan inventori yang
perlu diurus dengan sempurna memandangkan stok adalah pelaburan tunai
sesebuah salun. Pengurusan yang baik dapat membantu peningkatan keuntungan
dan mengelakkan kerugian.

2. KEPENTINGAN PENGURUSAN STOK

2.1 meningkatkan aliran tunai dalam perniagaan.
2.2 menambahkan keuntungan.
2.3 memberi pengalaman kepada pelanggan.
2.4 meningkatkan tempahan produk.
2.5 mengurangkan penyusutan nilai stok.
2.6 mengurangkan lebihan stok
2.7 menjimatkan stok

3. PENGURUSAN STOK

3.1 Stok adalah barangan dan bahan yang terdapat dalam simpanan sesuatu
perniagaan. Beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan dalam mengurus
stok ialah :
i) bekalan bahan atau produk perlu ada sementara stok baru dari
pembekal diterima
ii) stok sudah tersedia sekiranya berlaku lebihan permintaan atau
penggunaan berbanding hari-hari biasa
iii) penyimpanan inventori perlulah relevan dengan pergerakan keluar
masuk stok

3.2 Penyelenggaraan Stok
Perkara penting dalam menyelenggara stok ialah kawalan stok, pergerakan,
pengendalian dan keselamatan stok.

NO. KOD / CODE NO. HT-090-2:2012-C06/P(12/13) Muka Surat / Page : 3
Drpd / of : 6

i) Kawalan Stok
a) Merujuk kepada pemantauan terhadap item yang digunakan di
salun dan item yang disediakan untuk jualan kepada
pelanggan bagi kegunaan di rumah.
b) Stok perlu sentiasa dikemaskini supaya keperluan pelanggan
sentiasa dapat dipenuhi. Operasi salun yang lancar akan
memberi gambaran baik serta sikap profesional kepada
pelanggan.
c) Antara stok yang perlu dipantau ialah :
• Produk yang digunakan dalam operasi seharian salun
• Produk jualan
• Perkakasan elektrik seperti pengering rambut, pengikal
elektrik, pelurus rambut dan sebagainya
• Bahan habis guna seperti tisu dan kapas
• Kelengkapan seperti apron, kep pelindung dan sarung
tangan

d) Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam kawalan stok adalah
seperti berikut :
• Merekod stok
• Pergerakan stok
• Kegunaan stok
• Jangka hayat stok
• Keselamatan dan pengawasan stok

e) Bagi memastikan stok boleh digunakan dan boleh dijual,
perkara berikut perlu diberi perhatian :
• Jangka hayat produk
• Pengendalian yang betul
• Kehilangan produk
• Kerosakan semasa penghantaran atau penyimpanan

NO. KOD / CODE NO. HT-090-2:2012-C06/P(12/13) Muka Surat / Page : 4
Drpd / of : 6

ii) Sistem Merekod Stok
a) Stok adalah barangan yang sangat penting dan berharga
dalam operasi sesebuah salun. Adalah penting untuk
memanfaatkan stok dengan baik.
b) Pemeriksaan stok boleh dibuat melalui pelbagai cara seperti :
• Rekod pemeriksaan produk, peralatan dan lain-lain
secara manual
• Tentukan kuantiti bahan yang hendak dibeli
berdasarkan penggunaan bahan di salun
c) Stok boleh diperiksa secara manual atau berkomputer.

Jenis Stok Tarikh Tarikh
6/10/2013 6/10/2013
Produk Jualan Saiz Kod Keperluan Tempahan
Syampu Anti 250ml 102 Baki 2
Kelemumur 250ml 103 4 6

Syampu 250ml 104 4 62
Rambut 250ml 105
Berwarna 3 63
Syampu 400ml 106 10 5
Rambut Kering 100ml 107 5
Syampu 10 3
Rambut 7 10 4
Berminyak 6
Perapi
Serum

Rajah 1 : Contoh sistem merekod stok di sebuah salun.

d) Setiap salun perlu melantik seorang kakitangan untuk
mengawal dan menyelenggara stok. Antara tugas penjaga stok
ialah :
• Pemeriksaan rutin
• Menempah stok
• Memeriksa stok semasa dibekalkan

NO. KOD / CODE NO. HT-090-2:2012-C06/P(12/13) Muka Surat / Page : 5
Drpd / of : 6

• Mengurus isu salah order atau stok tidak selaras
• Mengurus sistem simpanan stok
• Memantau penggunaan stok
• Menyimpan rekod berkaitan stok

iii) Penggantian Stok
a) Stok yang telah diguna perlu diganti semula dan tempahan
boleh dibuat kepada pengeluar samada melalui telefon, faks
atau secara bersemuka.
b) Stok mesti sampai tepat pada waktunya dan tawaran harga
dari pelbagai pengeluar perlu dibandingkan untuk
mendapatkan harga terbaik.
c) Periksa stok apabila dibekalkan, selaraskan dengan rekod
pengantaran dan invois. Periksa perkakasan elektrik dan
pastikan ianya berfungsi semasa dibekalkan.
d) Simpan stok yang telah diterima di ruangan yang dikhaskan.
Pastikan bahan yang berat diletakkan di rak paling bawah.
Bahan yang sering digunakan diletak pada rak yang selaras
dengan paras mata supaya mudah dilihat. Bahan kimia dan
berbahaya disimpan mengikut SOP yang ditetapkan.
e) Susun stok lama di hadapan dan stok baru di belakang (first in
first out concept). Digalakkan menulis tarikh pembelian pada
botol atau bekas bagi memudahkan pemilihan stok.
f) Penyimpanan yang betul akan memanjangkan jangka hayat
produk serta mengelakkan kemalangan.

iv) Keselamatan dalam Pengendalian Stok
a) Kebiasaannya stok didatangkan dalam bentuk paket dan
mengandungi bahan kimia. Wujudkan persekitaran tempat
kerja yang selamat di salun.
b) Tetapkan peraturan untuk pergerakan stok.
c) Pemeriksaan berkala akan mengurangkan pembaziran. Latih
petugas salun untuk merancang dan menggunakan bahan
secara berhemat.

NO. KOD / CODE NO. HT-090-2:2012-C06/P(12/13) Muka Surat / Page : 6
Drpd / of : 6

d) Antara tanggungjawab pemilik salun ialah :

• Memastikan keselamatan bangunan dan individu di

dalamnya

• Melatih pekerja amalan bekerja yang selamat dan cara-

cara menggunakan peralatan dengan betul

• Menyediakan peralatan pertolongan cemas

• Menyelenggara perkakasan dan peralatan

• Menyediakan sistem untuk mengendalikan,

memindahkan dan menyimpan peralatan

SOALAN/QUESTION :

1. Nyatakan jenis-jenis stok yang perlu dipantau?
_________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________

2. `Apakah kepentingan semakan stok?
_________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________

RUJUKAN/REFERENCE :
1. https://belliatasalonsoftware.com , Salon Inventory Management, 29 Mei
2019, 11.11


Click to View FlipBook Version