The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KSSM_2020_LandskapdanNurseri_Tingkatan_4&5_Modul_1_PQ

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noorfazliyah75, 2021-10-20 01:16:35

KSSM_2020_LandskapdanNurseri_Tingkatan_4&5_Modul_1_PQ

KSSM_2020_LandskapdanNurseri_Tingkatan_4&5_Modul_1_PQ

MODUL 1 1MODUL 4TINGKATAN

Pengenalan kepada
Landskap dan Nurseri

SSTTAANNDDAARRDDKKAANNDDUUNNGGAANN

1.1 Pengenalan kepada Landskap Landskap dan Nurseri ialah suatu bidang yang luas,
merangkumi reka bentuk landskap, pembiakan
1.2 Pengenalan kepada Nurseri tumbuhan, penyelenggaraan tanaman di nurseri,
aktiviti-aktiviti pelandskapan, pengurusan kawasan
1.3 Amalan Keselamatan di landskap dan bidang keusahawanan. Aspek
Nurseri dan Tapak Landskap keselamatan juga memainkan peranan agar setiap
kerja mahupun projek berjalan dengan lancar tanpa
sebarang kemalangan.

2

MODUL 1

1

2

KESELAMATAN
3 DIUTAMAKAN

3

1.1 Pengenalan kepada Landskap

MODUL 1 Landskap merupakan bidang yang menggabungkan seni dan sains
dalam mewujudkan persekitaran luar yang seimbang di antara
manusia dan alam semula jadi. Landskap merangkumi struktur
geologi tanah, flora dan fauna, corak aktiviti manusia seperti
perladangan, penempatan dan perindustrian. Perkara tersebut
juga merupakan interaksi antara manusia dan alam persekitaran
bagi memenuhi kehendak dan keperluan mereka. Kepentingan
landskap dalam pembangunan negara perlu diberi penekanan yang
sewajarnya agar pembangunan fizikal negara dapat diimbangi dengan
pembangunan landskap yang indah, berkualiti dan beridentiti.
Landskap

1.1.1 Menyatakan Maksud Landskap dan Pelandskapan

Landskap

Satu ekosistem yang meliputi alam Landskap binaan merujuk kepada
semula jadi dan alam binaan. buatan manusia yang menghasilkan
Landskap alam semula jadi kawasan penempatan, taman awam,
merangkumi bentuk rupa bumi, kawasan pelancongan, pertanian
geologi, flora dan fauna. dan sejarah.

Pelandskapan
• Proses yang melibatkan kegiatan merancang,

mereka bentuk, melaksana dan menguruskan
landskap untuk tujuan rekreasi, keselesaan dan
keselamatan manusia.
• Mewujudkan suasana yang indah dan harmoni
dengan persekitaran semula jadi.

1.1.2 Menyenaraikan Peluang Kerjaya dalam Industri Landskap

• Arkitek Landskap • Penyelia Tapak • Pembantu • Pembantu
• Pereka bentuk • Kontraktor Pengajar Pelukis Pelan
Landskap Landskap • Juruteknik Tapak • Pembantu Teknik
Landskap Landskap

Layari laman web di bawah untuk
melihat hala tuju pembangunan
industri seni bina landskap
di Malaysia.
https://eravisi.com/LAN_tg4/
ms004

4

1.1.3 Menerangkan Agensi yang Terlibat dalam Industri Landskap MODUL 1

Berikut merupakan agensi yang terlibat dalam industri landskap iaitu:

Institut Arkitek Landskap Malaysia Jabatan Perancangan Jabatan Landskap Negara
Bandar dan Desa

• Menyediakan kepakaran • Memacu perancangan fizikal • Merancang, menyelaras,
negara melalui pelaksanaan melaksana dan mengawal
teknikal yang mantap untuk dan pemantauan perancangan selia pembangunan landskap,
pembangunan sumber pembangunan yang komprehensif, keperluan kawasan lapang,
landskap negara yang efisien. sistematik dan inovatif ke arah kawasan hijau dan kemudahan

kesejahteraan masyarakat. rekreasi negara.

Jabatan Pertanian Institut Tanah dan Ukur Negara Pihak Berkuasa Tempatan

• Mentransformasi sektor • Menyediakan latihan pentadbiran • Mengurus pengindahan bandar.
• Merancang dan mengawal
pertanian supaya menjadi dan perundangan tanah,
sektor yang moden, dinamik, ukur dan pemetaan. pembangunan bandar.
dan kompetatif.
• Menjalankan penyelidikan
Nurseri Landskap
dalam bidang pentadbiran
dan perundangan tanah,
ukur dan pemetaan.

Kontraktor Landskap Institut Penyelidikan Perhutanan
Malaysia (FRIM)

• Membekalkan sumber tanaman • Menjalankan projek • Merancang dan melaksanakan

kepada pihak yang mahu pengindahan kawasan mengikut penyelidikan bagi pembangunan
menjalankan projek penanaman. kehendak pelanggan. sektor perhutanan dan
pemuliharaan sumber hutan.

Rajah 1.1: Agensi yang terlibat dalam industri landskap.

Minda

Berikan contoh pihak berkuasa tempatan di
kawasan anda.

5

1.1.4 Menerangkan Jenis, Rupa Bentuk dan Ciri Tumbuhan Landskap

MODUL 1 Jadual 1.1: Jenis, ciri-ciri dan nama spesies tumbuhan landskap.

Bil Jenis tumbuhan Ciri-ciri Tumbuhan Nama Spesies
landskap

1. Pokok Palma i. Satu batang yang diakhiri oleh Areca catechu
sejambak daun. Pinang
ii. Dua jenis iaitu palma berbatang tunggal Livistonia rotundifolia
dan palma berumpun. Pokok Serdang
iii. Mempunyai ciri akar serabut. Veitchia merrillii
Pinang Manila

2. Pokok Utama i. Saiz Tumbuhan

• Kategori tinggi jika tinggi pokok Acacia auriculaeformis
Akasia Kuning
melebihi 15 m
Delonix regia
• Kategori sederhana jika tinggi pokok Semarak Api
Calophyllum inophyllum
10 - 15 m Penaga Laut

• Kategori rendah jika tinggi pokok

4 - 10 m

ii. Kadar Tumbesaran

• Cepat: kadar tumbesaran pokok melebihi

>2.5 m setahun

• Sederhana: kadar tumbesaran antara

1.5 - 2.5 m setahun

• Lambat: kadar tumbesaran kurang dari

1.5 m setahun

iii. Kepadatan Daun

• Padat: Kuantiti daun banyak dan lebat
• Sederhana: Kuantiti daun sederhana
• Terbuka: Kuantiti daun sedikit dan bentuk

percabangan yang tidak rapi.

iv. Warna Daun

• Kebanyakan tumbuhan tropika

mempunyai daun berwarna hijau tetapi
terdapat juga tumbuhan yang mempunyai
daun berwarna-warni atau mengalami
perubahan warna pada sesuatu masa.

6

Bil Jenis tumbuhan Ciri-ciri Tumbuhan Nama Spesies
landskap
i. Mempunyai banyak batang dan cabang Acalypha hispida
3. Pokok Renek ii. Terdapat 4 jenis; Ekor Kucing MODUL 1
Bougainvillea spp.
• pokok renek berbatang keras, Bunga Kertas
• pokok renek berdaun, Codiaeum spp.
• pokok renek berbatang lembut, Puding
• pokok renek umbisi

iii. Saiz tumbuhan

• Kategori tinggi jika tinggi pokok melebihi

>1.5 - 4 m

• Kategori sederhana jika tinggi pokok

1 - 1.5 m

• Kategori rendah jika tinggi pokok

0.5 - 1 m

iv. Kadar tumbesaran dan kematangan

• Cepat: kematangan pokok kurang dari

3 tahun

• Sederhana: kematangan pokok antara

3 - 6 bulan

• Lambat: kematangan pokok >6 tahun

4. Tanaman i. Tanaman yang tumbuh rendah atau Cuphea spp.
Penutup Bumi menjalar dan menutup permukaan bumi. Cuphea
ii. Saiz Pandanus pygmaeus
Ketinggian tumbuhan penutup bumi Pandan Duri
kurang dari 0.5 m. Wedelia tribolata
i ii. Kematangan Wedelia
Kematangan tumbuhan ini mengambil
masa 3 bulan hingga 1 tahun sahaja.

5. Tumbuhan i. Mempunyai sulur paut, tendril, cangkuk Clerodendron thomsonae
Memanjat dan atau duri yang boleh dijadikan sokongan Sirih Melayu
Menjalar untuk memanjat dan menjalar. Portulaca grandiflora
ii. Sesetengah tumbuhan ini memerlukan Bunga Ros Jepun
pergola, dinding atau struktur sokongan Tristellateia australasiae
lain untuk memanjat. Tristellatia

6. Tanaman Semusim i. Mempunyai jangka hayat yang singkat. Zinnia spp.
ii. Melengkapkan kitaran hayatnya, daripada Bunga Zinia
percambahan kepada pengeluaran benih, Petunia spp.
dalam satu tahun, dan kemudian mati. Petunia
Tagetes erecta
Marigold

7

Bil Jenis tumbuhan Ciri-ciri Tumbuhan Nama Spesies
landskap
Eichhornia crassipes
MODUL 1 7. Tanaman Akuatik i. Tumbuhan yang hidup dalam lingkungan Keladi Bunting
atau peraian sama ada terbenam Nelumbo nucifera
sebahagiannya atau seluruhnya Teratai
di dalam air. Pistia stratiotes
Kiambang
ii. Mempunyai rongga udara di dalam
batang atau akar bagi
membolehkannya terapung.

8. Tanaman Hiasan i. Mempunyai bentuk menarik untuk Plumeria rubra
Dalaman mencantikkan kawasan. Kemboja
ii. Sebagai titik fokus, untuk menarik Canangium odoratum
perhatian pada sesuatu tempat. Kenanga
Monstera deliciosa
Monstera

9. Tanaman Orkid i. Sejenis tumbuhan berbunga yang Arundina graminifolia
ditanam sebagai pokok hiasan. Orkid Buluh
Dendrobium crumenatum
ii. Tumbuh sama ada di atas pokok (epifit) Orkid Merpati
atau di atas tanah (terestrial). Cattleya walkeriana
Orkid Cattleya
iii. Mempunyai pelbagai bentuk dan warna.

iv. Bunganya tahan untuk beberapa minggu
selepas berkembang.

10. Pokok Kaktus i. Lazimnya ditemui di gurun pasir yang Espostoa lanata
bersuhu tinggi dan bekalan air Kaktus Salji
yang kurang. Cereus peruvianus
Kaktus Peruvian
ii. Mengalami batang terubah suai untuk Haworthia attenuata
ia menyesuaikan diri di kawasan Kaktus Zebra
yang kering.

8

Rupa Bentuk Tumbuhan Landskap
Terdapat beberapa jenis rupa bentuk pokok. Antaranya adalah seperti berikut.

MODUL 1

Bentuk bulat (Rounded) Bentuk bujur songsang Bentuk bujur (Oval) Bentuk rampak (Irregular)
Bentuk kanopi bulat. (Obovoid) Bentuk kanopi lebar di Bentuk kanopi
Bentuk kanopi lebar bahagian bawah. tidak menentu.
di bahagian atas.

Bentuk kon (Cone) Bentuk lonjong Bentuk mendatar Bentuk mengurai
Bentuk kanopi tirus di (Columnar) (horizontal) (Droppy)
bahagian atas dan 3 segi Bentuk kanopi bujur Kanopi payung Bentuk kanopi tidak
lebar di bahagian bawah. memanjang. tidak sekata dan menentu tetapi ranting
dahan membuka dan daun melengkung
secara mendatar. ke arah tanah.

Rajah 1.2: Rupa bentuk tumbuhan landskap.

1.1.5 Menerangkan Elemen, Fungsi Fizikal dan Estetika Tumbuhan dalam Landskap

Elemen dalam landskap
(a) Tumbuh-tumbuhan
• Meningkatkan suasana segar dan tenang serta bertindak sebagai pelembut penglihatan kepada

satu-satu seni bina.
• Berfungsi sebagai penyatuan dua elemen iaitu bangunan dan kumpulan tumbuhan.
(b) Air
• Bertindak sebagai penyejuk atau penyaman udara semula jadi.
• Elemen air digunakan dalam pelbagai bentuk seperti air pancutan, kolam, tasik dan sebagainya.
(c) Topografi
• Elemen topografi seperti gunung-ganang, lembah, sungai dan dataran.
• Pengubahsuaian topografi bertujuan seperti mengubah arah penyaliran dan menampakkan keadaan
semula jadi.
(d) Elemen kaku dan statik
• Bertujuan untuk mewujudkan ruang, urutan, dan melengkapkan ruang.
• Contohnya, tempat duduk, papan tanda, lampu, gazebo, tong sampah dan arca.

Rajah 1.3: Elemen dalam landskap.

9

MODUL 1 Jadual 1.2: Fungsi fizikal dan estetika dalam landskap.
Fungsi fizikal dan estetika dalam landskap



a) Melembutkan bentuk b) Keselesaan dan harmoni
• Ciri-ciri yang menarik pada tumbuhan • Pokok teduhan mempunyai sifat tumbuh
seperti tekstur atau warna dapat mencantikkan merendang untuk memberi teduhan
pemandangan secara semula jadi. dan keselesaan kepada manusia.

c) Mengarah pergerakan d) Mengawal iklim
• Tumbuhan seperti pokok pagaran dan tanaman • Penanaman pokok di kawasan bandar
penutup bumi boleh digunakan untuk dapat mengurangkan suhu sekali gus
mengarahkan pergerakan lalu lintas dan menyejukkan kawasan persekitaran melalui
penunjuk arah tuju. proses transpirasi.



e) Mengawal hakisan f) Membentuk ruang
• Tumbuhan seperti penutup bumi yang ditanam • Tumbuhan boleh ditanam untuk
di lereng bukit atau tebing sungai dapat membentuk sempadan atau ruang
menghalang terjadinya tanah runtuh. Di samping tertentu seperti kawasan rekreasi,
itu dapat memelihara ekosistem tanah dan kawasan tempat letak kereta atau
melembutkan pemandangan. kawasan perindustrian.

g) Mengawal pandangan (penghadang) yang
tidak menarik
• Penanaman secara rapat berfungsi sebagai
penghadang pemandangan di kawasan
seperti kawasan pelupusan sampah atau kubur.


10

1.1.6 Menunjukkan Contoh Tumbuhan Landskap Mengikut Jenis MODUL 1
Tumbuhan Landskap

Pokok Palma

Areca catechu Livistonia rotundifolia Veitchia merrillii
Pinang Pokok Serdang Pinang Manila

Pokok Utama

Acacia auriculaeformis Calophyllum inophyllum Delonix regia
Akasia Kuning Penaga Laut Semarak Api

Pokok Renek

Acalypha spp. Bougainvillea spp. Codiaeum spp.
Ekor Kucing Bunga Kertas Puding

Tanaman Penutup Bumi

Cuphea spp. Pandanus pygmeus Wedelia tribolata
Seribu Bintang Pandan Duri Wedelia
Tumbuhan Memanjat dan Menjalar

Piper sirih Portulaca grandiflora Tristellateia australasiae
Sirih Melayu Bunga Ros Jepun Tristellatia

11

Tanaman Semusim

MODUL 1

Zinnia spp. Petunia spp. Tagetes erecta
Bunga Zinia Bunga Petunia Marigold
Tanaman Akuatik

Eichhornia crassipes Pistia stratiotes Nelumbo nucifera
Keladi Bunting Kiambang Teratai

Tanaman Hiasan Dalaman

Plumeria rubra Canangium odoratum Monstera deliciosa
Kemboja Kenanga Monstera

Tanaman Orkid

Arundina graminifolia Dendrobium crumenatum Cattleya walkeriana
Orkid buluh Orkid Merpati Orkid Cattleya

Pokok Kaktus

Cereus peruvianus Espostoa lanata Haworthia attenuata
Kaktus Peruvian Kaktus salji Kaktus zebra

12

Aktiviti 1.1 MODUL 1

1. Guru membuat tayangan video berkaitan landskap di Malaysia.
2. Wujudkan kumpulan kecil yang terdiri daripada dua hingga tiga orang.
3. Di dalam kumpulan, murid perlu labelkan tumbuhan yang berada di persekitaran sekolah
dengan memasukkan jenis, rupa bentuk atau ciri tumbuhan landskap.
4. Setiap kumpulan perlu membuat Kod QR pada setiap tumbuhan yang ditemui.
5. Catatkan hasil kerja pada kertas mahjung dan persembahkan di hadapan kelas.
6. Guru membuat penilaian terhadap hasil kerja yang dipersembahkan.

1.1.7 Memilih Tumbuhan Berdasarkan Ciri Tumbuhan Landskap
Faktor tambahan dalam pemilihan tumbuhan landskap

Tekstur Warna Bau-bauan
Tekstur tumbuhan boleh Warna merupakan ciri paling Terdapat juga bunga, daun
disebut sebagai kasar, popular dalam reka bentuk dan kulit tumbuhan yang
sederhana atau halus. landskap. Tumbuh-tumbuhan mengeluarkan bau-bauan
mempunyai pelbagai jenis yang harum seperti bunga
warna yang boleh digunakan kenanga, cempaka, melur,
dalam reka bentuk landskap. tanjung dan ros.

Rajah 1.4: Memilih tumbuhan berdasarkan ciri tumbuhan landskap.

13

MODUL 1 1.1.8 Mencadangkan Tumbuhan Hiasan Berdasarkan Fungsi Fizikal dan Estetika
dalam Pelandskapan

Jadual 1.3 Cadangan tumbuhan hiasan berdasarkan fungsi fizikal dan estetika.

Mengawal pandangan (penghadang) Membentuk ruang
1. Bambusa textilis - Buluh 1. Bougainvillea spp – Bunga Kertas
2. Baphia nitida - Barwood 2. Jasminum sambac – Melur
3. Carmona retusa – Carmona 3. Polyalthia longifolia - Ashoka

Mengarah pergerakan Melembutkan permandangan
1. Duranta spp – Duranta gold 1. Acalypha hispida – Acalypha
2. Ixora javanica - Siantan 2. Allamanda cathartica - Allamanda
3. Pandanus pygmaeus - Pandan Duri 3. Petunia hybrid - Petunia

Mengawal iklim Keselesaan dan harmoni
1. Cassia fistula – Pokok Golden Shower 1. Calathea lutea - Cuban Iigar
2. Pterocarpus indicus – Pokok Angsana 2. Rhapis excelsa – Lady Palm
3. Samanea saman – Pokok Hujan-Hujan 3. Tradescantia spp - Spiderwort

Mengawal hakisan
1. Axonopus compressus - Rumput tikar
2. Cynadon spp - Rumput Bermuda
3. Zoysia matrella - Rumput Zoysia

Latihan 1.1
1. Pembangunan yang pesat dan kurang terancang telah menyebabkan pencemaran alam

sekitar di negara kita. Bagaimanakah pencemaran ini dapat dielakkan dengan menggunakan
tumbuhan landskap.
2. Nyatakan fungsi Pihak Berkuasa Tempatan dalam memajukan landskap negara.
3. Bincangkan elemen-elemen dalam reka bentuk landskap yang boleh diguna pakai untuk
mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh seseorang.
4. Nyatakan empat jenis tumbuhan landskap yang perlu ditanam di kawasan kediaman.
5. Berikan lima contoh landskap kejur yang terdapat di kawasan sekolah anda.

14

1.2 Pengenalan Kepada Nurseri Kunjungi laman web berikut untuk MODUL 1
mengetahui tentang nurseri landskap.
1.2.1 Menyatakan Maksud Nurseri https://eravisi.com/LAN_tg4/ms015-1

Nurseri ialah tempat menghasilkan anak benih pokok sebelum ia ditanam
di tempat yang kekal atau dipasarkan. Anak pokok dijaga dengan rapi bagi
menghasilkan pokok-pokok yang sihat.

1.2.2 Menyatakan Jenis Perusahaan Nurseri

Terdapat tiga jenis nurseri di Malaysia:
Nurseri Runcit
Tempat menghasilkan dan memasarkan tanaman hiasan. Nurseri ini turut
menjual bahan-bahan lain seperti pasu, tanah campuran, baja, racun
rumpai dan perosak. Biasanya, ia diusahakan secara kecil-kecilan.

Nurseri Borong
Mengusahakan, menyemai dan memasarkan bahan tanaman
hiasan dalam kuantiti yang besar, secara pukal kepada
nurseri runcit dan kontraktor landskap.

Nurseri Landskap
Kebanyakan nurseri landskap tidak mengeluarkan tanaman hiasan sendiri.
Bekalan diambil dari nurseri runcit dan nurseri borong. Perkhidmatan
yang disediakan oleh nurseri ini ialah menyediakan perkhidmatan
menyediakan pelan landskap, menjalankan kerja-kerja pelandskapan serta
penyelenggaran kawasan landskap.

Rajah 1.5: Jenis perusahaan nurseri.

1.2.3 Menyenaraikan Peluang Kerjaya dalam Industri Nurseri

Pembantu Pertanian

Pegawai Penyelidik Pembantu Penyelenggaraan Landskap

Pembantu Hortikultur Kerjaya Penyelia Nurseri
dalam Pembantu Pertanian
Usahawan Nurseri Industri
Pembantu Tapak Semaian Nurseri Pembantu Arborist

Rajah 1.6: Kerjaya dalam industri nurseri.

Layari laman web di bawah untuk melihat dan mendengar kejayaan
mereka yang berada di dalam industri landskap.
https://eravisi.com/LAN_tg4/ms015-2

15

1.2.4 Menerangkan Agensi yang Terlibat dalam Industri Nurseri

MODUL 1 Lembaga Pemasaran Pertanian Jabatan Pertanian Institut Penyelidikan dan
Persekutuan (FAMA) Kemajuan Pertanian Malaysia

(MARDI)

• Berfungsi meningkatkan • Berfungsi memajukan semua • Berfungsi memberikan

pendapatan pengeluar dengan tanaman ekonomi yang perkhidmatan dalam industri
memastikan produk-produk berpotensi. makanan dan pertanian serta
pertanian dan industri asas tani industri asas tani.
boleh diperoleh pada harga yang • Melaksanakan program
mampu dibayar pengguna. • Menyediakan pelbagai jenis
pengembangan bagi
memajukan sektor latihan untuk memajukan
pekebun kecil. industri makanan, pertanian
serta industri asas tani.

Lembaga Penyatuan dan Lembaga Kemajuan Tanah Pihak Berkuasa Kemajuan
Pemulihan Tanah Persekutuan Persekutuan (FELDA) Pekebun Kecil Perusahaan Getah

(FELCRA) (RISDA)

• Berfungsi mempergiat projek- • Berfungsi memodenkan dan • Berfungsi dalam penyelidikan,

projek pemulihan dan penyatuan memajukan sektor pertanian di pengembangan, pinjaman
tanah termasuk kawasan FELDA. pertanian, pemprosesan dan
penanaman semula. pemasaran getah pekebun kecil.

Lembaga Lada Malaysia (MPB) Lembaga Getah Malaysia (LGM) Lembaga Minyak Sawit Malaysia
(MPOB)

• Melaksanakan dasar dan program • Berfungsi membantu • Merancang, menyelidik dan

pembangunan untuk memastikan pembangunan dan pemodenan membangunkan industri minyak
pertumbuhan dan daya maju industri getah Malaysia sawit dan kelapa sawit
industri lada Malaysia. dalam semua aspek daripada di Malaysia.
penanaman pokok getah hingga
penghasilan produk getah.

Rajah 1.7: Agensi yang terlibat dalam industri nurseri.

16

1.2.5 Menerangkan Struktur Asas dalam Nurseri dan Fungsinya MODUL 1
Sesebuah nurseri perlu mempunyai struktur utama seperti berikut:

1) Rumah Tumbuhan
•• DTeipmeprbatuuatndtuakrimpaednaekmapyuatdkan besi.
• Ttuemmbpuathu-tnutmukbumheanneymapnagtk an tumbuhan yang
ttiiddaakk bboolleehh tteerrddeeddaahh kkeeppaaddaa cahaya matahari terik
cahaya matahari terik.
• Diperbuat daripada kayu
dan besi.

Foto 1.1: Rumah tumbuhan.

2) Stor

• Tempat bagi penerimaan, perekodan,
penyimpanan, penyelenggaraan,
pengendalian dan pengeluaran stok.

• Tempat menyimpan peralatan
dan bahan-bahan untuk
kegunaan di nurseri.

• Stor peralatan: Mempunyai panel
alatan, rak dan almari yang digunakan
untuk menyimpan alatan tangan
dan mesin.

• Stor bahan kimia: Stor berkunci yang
mempunyai rak dan almari untuk
menyimpan bahan kimia seperti baja,
racun dan bahan pencuci.

Foto 1.2: Stor.

3) Tempat Pengerasan
• Ruang terbuka untuk proses pendedahan
anak pokok kepada cahaya matahari
secara beransur-ansur. Hal tersebut
bagi menyesuaikan anak pokok dengan
persekitaran yang baharu.

Foto 1.3: Tempat pengerasan.

17

MODUL 1

Foto 1.4: Tempat jualan.

4) Pejabat atau Tempat Jualan
• Tempat pentadbiran, pengurusan, urusan jual beli dan pengawalan aktiviti di dalam dan di luar
kawasan nurseri.
• Lokasi bagi pejabat ini perlu ditempatkan secara strategik iaitu berhampiran jalan utama atau
kawasan yang lebih tinggi bagi mengawal segala aktiviti di dalam dan di luar kawasan nurseri.
• Biasanya mengandungi ruang jualan dan pameran.

5) Sumber air dan Sistem Penyiraman
• Penggunaan kolam tadahan daripada
sumber air hujan adalah lebih baik
kerana kawalan terhadap kualiti air
hujan lebih mudah.
• Air bawah tanah juga boleh
digunakan sekiranya sumber dari
kolam tadahan berkurangan.

Foto 1.5: Sumber air.

Foto 1.6: Tempat pembiakan. Foto 1.7: Tempat penyediaan medium dan pemasuan.

6) Tempat Pembiakan 7) Tempat Penyediaan Medium dan
Pemasuan
• Ruang untuk menjalankan proses • Struktur bangunan berbumbung bagi
pembiakan dan menempatkan buat menjalankan kerja penyediaan medium
sementara anak-anak benih yang campuran dan aktiviti pemasuan.
bercambah sebelum dibuat pengerasan. • Tempat ini mempunyai ruang untuk
menyimpan bahan medium seperti
• Biasanya berbumbung jaring hitam tanah, bahan organik dan pasir.
dengan 80% naungan.

• Tempat yang dilengkapi sistem renjisan
air kekabus secara automatik
atau manual.

18

1.2.6 Menerangkan Faktor Pemilihan Tapak Nurseri dan Pembinaan
Rumah Tumbuhan

MODUL 1

Faktor Pemilihan Tapak Nurseri Kawasan tapak yang dalam
Terdedah kepada sinaran cahaya dan mempunyai sistem
matahari dan tidak terlindung. saliran dan perparitan yang
Cahaya matahari penting bagi proses baik bagi mengelakkan
fotosintesis tumbuhan. kawasan air bertakung.

Jauh daripada pencemaran seperti
asap dari kawasan perindustrian.

Kemudahan asas seperti jalan
raya, telefon, tenaga elektrik dan
berdekatan dengan sumber air semula
jadi bagi jimat kos.

Terlindung dari angin yang kencang Kedudukan nurseri perlu berdekatan
kerana ia boleh merosakkan struktur dengan kawasan pasaran untuk
anak pokok yang ditanam. Kawasan memudahkan dan mempercepatkan
banjir juga perlu dielakkan. penghantaran bahan tanaman.

Rajah1.8: Faktor pemilihan tapak nurseri.

19

MODUL 1 Faktor Pembinaan Rumah Tumbuhan Pemilihan baja yang betul sangat penting
untuk menghasilkan pokok yang baik.
Dapatkan khidmat nasihat daripada
penjual baja sebelum membeli.

Orientasi Sistem penyiraman
Perlu dibina mengikut arah utara Di kawasan kecil, penyiraman
selatan supaya cahaya matahari menggunakan tong penyiraman atau
sampai kepada tumbuhan hos getah. Di kawasan yang besar,
secara sekata. sistem renjisan dan titisan digunakan.

Peratus teduhan Bahan binaan
Peratus teduhan adalah Bahan konkrit adalah bahan yang
berbeza-beza bergantung pada paling kerap digunakan kerana kosnya
spesis tumbuhan. Contohnya yang murah dan tahan lama.
pokok hiasan dalaman
memerlukan antara
60-70% teduhan.

Rajah 1.9: Faktor pembinaan rumah tumbuhan. Layari laman web di bawah untuk melihat
kebun dalam sekolah.
https://eravisi.com/LAN_tg4/ms020

Latihan 1.2

1. Sekiranya anda ingin membuka sebuah nurseri secara runcit, bincangkan perkara yang perlu
diambil kira daripada segi bahan, peralatan dan struktur nurseri yang bersesuaian.

2. Bincangkan maklumat agensi yang membantu memberi khidmat nasihat, dana kewangan dalam
penubuhan nurseri.

Aktiviti 1.2

1. Aktiviti di luar bilik darjah
2. Rekodkan struktur nurseri sedia ada berdasarkan keperluan struktur asas nurseri.
3. Nyatakan kelebihan dan kelemahan pada pembinaan rumah tumbuhan yang sedia ada.
4. Cadangkan penambahbaikan pembinaan rumah tumbuhan berdasarkan faktor pembinaan
rumah tumbuhan.
5. Melakar idea susun atur kedudukan struktur asas nurseri berdasarkan faktor pemilihan tapak.

20

1.2.10 Melakar Idea Susun Atur Kedudukan Struktur Asas dalam Nurseri MODUL 1
Berdasarkan Faktor Penting Pemilihan Tapak

Struktur nurseri mempunyai tiga susun atur iaitu susun atur secara lurus, susun atur secara melengkung
dan susun atur secara berpusat.

i. Susun atur lurus (pergerakan secara lurus)

Stor PEJABAT

Pejabat

JALAN RAYA Rumah pemasuan
(MASUK) Rumah pembiakan

Rumah tumbuhan Ruang jualan
JALAN RAYA
(KELUAR) Minda

1. Nyatakan 3 jenis susun atur nurseri.
2. Apakah faktor pembinaan
rumah tumbuhan?

21

ii. Susun atur secara melengkung (sesuai bagi kawasan yang mempunyai halangan)

MODUL 1 JALAN RAYA JALAN RAYA
(MASUK) (KELUAR)

Stor Pejabat
Rumah Pemasuan
Ruang
Jualan

Rumah
Pengerasan

Rumah Pembiakan Rumah
Tumbuhan

iii. Susun atur secara berpusat (pergerakan berdekatan antara satu sama lain)

JALAN RAYA JALAN RAYA
(MASUK) (KELUAR)

Rumah Tumbuhan Stor

PEJABAT DAN KEDAI

Rumah Pembiakan

Rumah Pengerasan Rumah Pemasuan

22 Rajah 1.10: Struktur nurseri.

1.3 Amalan Keselamatan di Nurseri dan Tapak Landskap MODUL 1MODUL 1

Kemalangan merupakan kejadian yang tidak diingini yang boleh mengakibatkan kecederaan, kesakitan,
kematian atau kerosakan kepada harta benda.

1.3.1 Menyatakan Jenis Kemalangan di Nurseri dan Tapak Landskap

Jenis kemalangan yang boleh berlaku seperti tersepit di antara objek, terjatuh, tergelincir, berlanggar,
meletup, terbakar dan renjatan elektrik.

Terjatuh

Renjatan Elektrik Tersepit Tergelincir

Rajah 1.11: Jenis kemalangan di nurseri dan tapak landskap.

1.3.2 Menyenaraikan Jenis-Jenis Alat Perlindungan Keselamatan di Nurseri dan
Tapak Landskap Berserta Kegunaannya

Pelindung mata/gogal

Topi Melindungi mata

Melindungi daripada Respirator
pendedahan kepada cahaya Melindungi daripada
matahari secara langsung pendedahan racun perosak
dan penyakit yang berkaitan
dengan haba

Pakaian keselamatan Sarung tangan
Jenis pakaian kalis air Melindungi tangan
yang mencegah daripada daripada hakisan semasa
mikroorganisama atau debu pengendalian bahan kimia
dan kotoran
But keselamatan
Rajah 1.12: Alatan perlindungan keselamatan. Melindungi kaki
daripada bahaya dan
mengelakkan tergelincir

23

MODUL 1 1.3.3 Menerangkan Tanda Keselamatan di Nurseri dan Tapak Landskap

• Tanda keselamatan sangat penting di setiap nurseri dan tapak landskap sebagai peringatan kepada
para pekerja mahupun orang awam agar berhati-hati di kawasan yang terdapat tanda keselamatan ini.
Ianya berdasarkan amaran Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (MS 2558:2014).

E F Kategori P W
Laluan Pemindahan, Tanda Amaran Tanda Larangan Tanda Amaran
Lokasi Peralatan, Keselamatan M
Keselamatan Kebakaran Tanda Amaran
atau Kemudahan Tindakan Mandatori
Keselamatan (Tanda
Keadaan Selamat)

E002 F001 M002 P010 W016
Pintu Keluar Alat Pemadam Api Sila Rujuk Manual/Buku Dilarang Sentuh Amaran;
(Tangan Kanan) Bahan Toksik

E003 F002 M003 P017 W020
Peti Kecemasan Pili Hos kebakaran Gunakan Perlindungan Dilarang Tolak Amaran;
Halangan Di Atas Kepala
Pendengaran

E004 M004 P019 W021
Tempat Pengambilan Alat Gunakan Dilarang Memijak Amaran;
Perlindungan Mata Mudah Terbakar
Melawan Kebakaran Permukaan

E005 M006 P022 W022
Loceng Penggera Cabut Plug Utama Tidak Dibenarkan Makan Amaran;
Dari Punca Elektrik Peralatan Tajam
Keselamatan dan Minum

E005 M008 W023
Loceng Pengera Gunakan Amaran;
Perlindungan Kaki Bahan Menghakis
Keselamatan

M009 Layari laman web di bawah untuk
Gunakan Perlindungan melihat garis panduan tanda amaran
keselamatan dan kesihatan.
Tangan https://eravisi.com/LAN_tg4/ms024

M010
Gunakan Pakaian

Perlindungan
Rajah 1.13: Tanda keselamatan di nurseri dan tapak landskap.

24

1.3.4 Menjelaskan Punca Berlakunya Kemalangan

MODUL 1

Punca Berlakunya
Kemalangan

Kecuaian manusia Kawalan keselamatan Persekitaran bengkel

• Kurang pengetahuan • Tiada prosedur kerja • Tempat kerja yang tidak
• Tidak berdisiplin • Kurang atau tiada arahan diuruskan dengan baik
• Tidak mematuhi peraturan
keselamatan sebelum dan • Pencahayaan tempat
keselamatan selepas memulakan kerja kerja yang

tidak mencukupi
• Sistem pengudaraan

yang tidak kondusif
• Susun atur alatan mesin

yang tidak sesuai
• Tiada penyelenggaraan

alatan dan mesin
• Penyimpanan,

pengendalian dan
pelupusan alatan
dan mesin
• Pendawaian tanpa
kebenaran, kebocoran
arus elektrik

Rajah 1.14: Punca berlakunya kemalangan.

Alat bantuan kecemasan yang perlu ada Layari laman web di bawah untuk melihat garis
di setiap nurseri dan tapak landskap panduan pencegahan kemalangan di tempat kerja.
seperti peti pertolongan cemas, alat https://eravisi.com/LAN_tg4/ms025
pemadam api, pili bomba dan
loceng kebakaran. 25

MODUL 1 1.3.5 Menunjuk Cara Tindakan yang Perlu Diambil Apabila Berlaku Kemalangan
di Nurseri dan Tapak Landskap

Apabila berlakunya kemalangan di nurseri atau tapak projek, rawatan awal kepada yang tercedera boleh
dilakukan sementara menunggu bantuan tiba.
Berikut adalah tindakan yang perlu diambil apabila berlakunya kemalangan.

Renjatan elektrik

Jika mangsa terkena renjatan elektrik, pastikan arus elektrik telah
dimatikan atau suis utama telah ditutup sebelum memberi
sebarang bantuan kecemasan. Jika tidak, alihkan wayar elektrik
dengan kayu yang kering atau objek yang bukan pengalir.

Rajah 1.15: Renjatan elektrik.

Patah kaki/tangan

1 Jangan gerakkan bahagian yang patah.
2 Rawat dan hentikan pendarahan jika ada.
3 Kawal pendarahan dengan meletakkan kain

bersih pada luka dan tekan dengan jari atau
tangan. Balut dengan kain yang bersih.

4 Sokong bahagian yang patah dengan kayu,
kertas tebal, surat khabar dan sebagainya
di atas dan bawah sendi tulang yang patah.

Rajah 1.16: Patah kaki.

Aktiviti 1.3
1. Guru membuat tayangan video berkaitan kemalangan dan kerosakan yang berlaku di nurseri
dan tapak landskap.
2. Dalam kumpulan kecil, dua hingga tiga orang murid dikehendaki membuat senarai semak
penyimpanan alat dan bahan di bengkel.
3. Rekodkan penyelenggaraan alatan, mesin dan jentera.

2626

Resusitasi Kardiopulmonari MODUL 1

1 Teknik menyelamatkan nyawa mangsa
yang mengalami kejutan secara tiba-tiba
pada jantung dan pernafasan terhenti.

2 Memberi hembusan ke dalam mulut
mangsa diselang dengan memberi
tekanan di dada mangsa untuk
membuatkan darah mengalir di
dalam badan.

Rajah 1.17: Resusitasi kardiopulmonari.

Rawatan Melecur
• Boleh berpunca daripada kepanasan yang kuat, terkena bahan kimia atau aliran elektrik.
• Terdapat 3 tahap iaitu:
Tahap 1
Perlu diberi rawatan dengan mengalirkan air sejuk pada bahagian yang melecur,
sapu losen dan balut dengan kain bersih.

Tahap 2
Perlu diberi rawatan dengan mengalirkan air sejuk pada bahagian
yang melecur tidak kurang 1 jam dan balut dengan kain bersih dan
tidak berbulu.

Tahap 3
Memerlukan rawatan pakar dengan segera. Jangan tanggalkan
pakaian mangsa. Rawatan sementara tidak boleh diberikan
kerana dikhuatiri berlaku perkara yang lebih buruk lagi.

Rajah 1.18: Rawatan melecur.

27

MODUL 1 Imbas Kembali

Pengenalan kepada Landskap

Definisi landskap dan Jenis, rupa bentuk dan Elemen, fungsi fizikal
pelandskapan, kerjaya ciri tumbuhan landskap dan estetika tumbuhan
dan agensi terlibat dalam landskap

Pengenalan kepada Nurseri

Definisi nurseri, jenis Struktur asas nurseri Faktor pemilihan
perusahaan, kerjaya tapak nurseri dan
dan agensi terlibat pembinaan rumah
dalam nurseri tumbuhan

Amalan Keselamatan di Nurseri dan Tapak Landskap

Menyatakan Menyenaraikan Menerangkan Menjelaskan Apa yang
jenis jenis-jenis alat tanda punca perlu
kemalangan perlindungan keselamatan berlakunya dilakukan
di nurseri keselamatan kemalangan sekiranya
dan tapak berlaku
landskap kemalangan

28

Refleksi Kendiri MODUL 1

Selepas mempelajari modul ini, anda dapat:
1.1 Pengenalan kepada Landskap

 Menyatakan maksud landskap dan pelandskapan.
 Menyenaraikan peluang kerjaya dalam industri landskap.
 Menerangkan agensi terlibat dalam industri landskap.
 Menerangkan jenis, rupa bentuk dan ciri tumbuhan landskap.
 Menerangkan elemen, fungsi fizikal dan estetika tumbuhan dalam landskap.
 Menunjukkan contoh tumbuhan landskap mengikut jenis tumbuhan landskap.
 Memilih tumbuhan berdasarkan ciri tumbuhan landskap.
 Mencadangkan tumbuhan hiasan berdasarkan fungsi fizikal dan estetika dalam pelandskapan.

1.2 Pengenalan kepada Nurseri

 Menyatakan maksud nurseri.
 Menyatakan jenis perusahaan nurseri.
 Menyenaraikan peluang kerjaya dalam industri nurseri.
 Menerangkan agensi yang terlibat dalam industri nurseri.
 Menerangkan struktur asas dalam nurseri dan fungsinya.
 Menerangkan faktor pemilihan tapak nurseri dan pembinaan rumah tumbuhan.
 Merekod struktur nurseri sedia ada berdasarkan keperluan struktur asas dalam nurseri.
 Mengesan kelebihan dan kelemahan pada pembinaan rumah tumbuhan sedia ada.
 Mencadangkan penambahbaikan rumah tumbuhan berdasarkan faktor pembinaan

rumah tumbuhan.

 Melakar idea susun atur kedudukan struktur asas dalam nurseri berdasarkan faktor penting

pemilihan tapak.
1.3 Amalan Keselamatan di Nurseri dan Tapak Landskap

 Menyatakan jenis kemalangan di nurseri dan tapak landskap.
 Menyenaraikan jenis-jenis alat perlindungan keselamatan di nurseri dan tapak landskap

berserta kegunaannya.

 Menerangkan tanda keselamatan di nurseri dan tapak landskap.
 Menjelaskan punca berlakunya kemalangan.
 Menunjuk cara tindakan yang perlu diambil apabila berlaku kemalangan di nurseri dan

tapak landskap.

29

GLOSARI

MODUL 1 Arca Patung yang dibuat daripada batu yang dipahat dan menyerupai bentuk
sesuatu.

Berpusat Bertumpu; berpunca

Ekosistem Sistem lingkungan hidup semula jadi yang terbentuk sebagai hasil daripada
tindakan yang menyaling antara benda-benda hidup dengan persekitarannya.

Fauna Keseluruhan haiwan yang hidup di sesuatu daerah atau habitat.

Flora Keseluruhan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sesuatu daerah atau habitat.

Fotosintesis Proses membuat makanan oleh tumbuh-tumbuhan dengan adanya cahaya
matahari dan klorofil.

Gazebo Tempat rehat berbumbung di halaman rumah atau taman-taman.

Geologi Sains tentang asal usul, sejarah, struktur dan komposisi bumi, kaji bumi.

Hortikultur Sains atau seni penanaman bunga, buah-buahan dan sayur-sayuran

Kanopi Bahagian dahan dan daun pokok-pokok yang tinggi, yang seolah-olah berjalin
dan berbentuk seperti bumbung.

Kondusif Sesuai, baik untuk membantu mencapai atau mendorong menghasilkan sesuatu.

Orientasi Arah aliran yang diikuti atau yang menjadi seperti landasan bagi sesuatu pergerakan

Pergola Binaan (struktur) yang berupa junjung atau gerbang daripada kayu atau besi,
biasanya terdapat di taman, yang diliputi tumbuh-tumbuhan memanjat dan
kadangkala dapat dijadikan lorong pejalan kaki bertutup.

Pukal Dalam kuantiti yang banyak.

Topografi Keadaan rupa bumi sesuatu kawasan.

Transpirasi Proses kehilangan air daripada tumbuhan dalam bentuk wap air.

Racun perosak Racun daripada bahan kimia yang digunakan untuk membunuh perosak seperti
serangga dan rumpai

Renjatan elektrik Rasa sakit apabila bahagian tubuh terkena arus elektrik.

Sistematik Menurut (mempunyai) sistem; bersistem: kaedah yang sistematik

Sulur paut Julai yang tidak berdaun pada beberapa jenis tumbuh-tumbuhan dan digunakan
untuk berpaut pada pokok lain (pada pagar dan sebagainya).

Susun atur Cara atau kaedah menyusun atau mengatur kelengkapan perabot dalam sesuatu
ruang supaya kemas dan teratur

30

UJI MINDA MODUL 1

1. Anda ingin membuka sebuah nurseri tumbuhan di sebidang tanah yang mempunyai punca air yang
agak jauh. Nyatakan bagaimana untuk mendapatkan keperluan air bagi nurseri anda.


(3 markah)
2. Senaraikan empat peluang kerjaya di dalam bidang landskap dan nurseri.
i.
ii.
iii.
i v.
(4 markah)
3. Pada pendapat anda apakah kepentingan industri nurseri kepada negara Malaysia?

(3 markah)
4. Mata seorang pekerja landskap telah dimasuki percikan air racun semasa kerja-kerja meracun serangga

dijalankan dan menyebabkan mata beliau kepedihan. Nyatakan tindakan kecemasan yang perlu
diambil oleh pekerja tersebut.

(2 markah)
5. Nyatakan dua jenis alat bantuan kecemasan yang perlu ada di nurseri dan tapak landskap.
i.
ii.
(2 markah)

31


Click to View FlipBook Version