CERITA PENDEK
SANG RAJA RIMBA YANG MALANG
Di sebuah hutan yang tenang, terdapat seekor singa yang sudah tua dan tidak berdaya untuk mencari makanan. Sang singa memikirkan cara bagaimana untuk menyelesaikan masalahnya. Singa cuba menghembuskan debu di hadapannya ketika ia berjalan ke hadapan.
Ketika berjalan, singa ternampak seekor monyet yang berada di atas pokok berdekatannya dan ia pun menghembus debu dengan lebih kuat. Monyet terperanjat melihat singa yang sedang menghembus debu.
“Mengapakah kamu menghembus debu ketika berjalan?” tanya monyet kepada singa. “Oh, aku ini semakin tua, aku menghembus debu ini untuk hapuskan dosa diriku atas apa yang telah aku lakukan pada masa dulu” , kata singa.
Singa berkata lagi, “Terdapat haiwanhaiwan halus yang berada di atas tanah dan aku mungkin terbunuh haiwan tersebut ketika setiap kali aku melangkah” .
Ketika mendengar kata-kata singa tersebut, monyet berasa sungguh terharu. Ia melompat turun dari atas pokok lalu tunduk hormat kepada singa. Singa dengan pantasnya menangkap monyet itu. “Ha, ha! Aku sudah berjaya mendapatkan makanan sekarang, ” kata singa. “Kamu akan aku jadikan hidangan yang sangat lazat!”
Monyet berasa sangat sedih kerana telah tertipu dengan kata-kata singa. Walau bagaimanapun, monyet mendapat akal lalu mula tertawa.
Sang singa berasa kehairanan lalu bertanya, “Apakah yang kamu ketawakan?” “Sesiapa yang tertawa pada ketika ini akan masuk syurga kelak, ” kata monyet. Singa masih kebingungan dengan kata-kata monyet itu. Monyet berkata lagi, “Begitu juga dengan kamu, jika kamu ketawa sekarang, dosa kamu akan terhapus dan kamu akan masuk syurga kelak!
Sang singa percaya dengan kata-kata monyet dan mula tertawa juga. Pada ketika itu, monyet mengambik kesempatan untuk melarikan diri. Monyet segera memanjat ke atas pokok yang berdekatannya. Monyet berjaya membebaskan dirinya dan tetap berada di atas pokok. Ia terselamat sekarang. Singa berasa sangat kecewa kerana telah tertipu oleh monyet.
Tiba-tiba monyet mula menangis teresak-esak. Singa terkejut mendengarnya lalu bertanya, “Kamu dah terselamat, lalu mengapakah kamu menangis pula?” Monyet menjawab, “Aku menangis kerana aku berasa sedih, ” . Singa menggelengkan kepala. Ia tidak faham mengapa monyet berasa sedih walaupun telah bebas daripadanya.
“Apakah yang menyedihkan kamu wahai sang monyet?” tanya singa. Monyet menjawab, “Aku berasa sedih kerana kamu sebagai raja kepada semua haiwan di hutan ini, kamu terpaksa menipu untuk meneruskan hidup. Aku benar-benar kasihan terhadap kamu” .
Selepas mendengar kata-kata monyet, singa berasa sangat malu dan sedih. Ia meninggalkan tempat itu dengan rasa lapar dan kecewa.
TAMAT.....
SAJAK
SI JANTUNG HATIKU..
Ibu Tatkala tangisanku mengalir pada waktu kecil Wajahmu penenang dalam kekalutan Pantas menggengam dalam pelukan erat Aku tidak mengerti apa-apa Kerna ibu lebih mengerti Ibu Ketika sedih, Kaulah ubat kepada duka laraku Menceriakan dan menghapus Perasaan yang melemahkan semangatku Ibu Aku tahu kasih sayang yang aku berikan Tak setanding kasih sayang ibu kepadaku Namun selagi hayat dikandung badan Aku akan sentiasa mendampingimu Membelai dan menjagamu hingga ke akhir nafasmu
Ibu Dikaulah mawar itu Yang kusanjungi tiap waktu Yang kurindui wajah dan pelukanmu Yang kukagumi ketabahan dan ketulusanmu Ibu Cekal hatimu mendidik daku Sabar murni melayan kerenah anakmu Tiada kedengaran sepatah keluhan Tiada kelihatan setitip kemarahan Ibu Kini aku mengerti Kasih dan pengorbananmu Tidak dapat dijual beli Betapa bersyukurnya aku Menjadi sebahagian daripada hidupmu