The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-PORTFOLIO BMMB1074 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hasmida Arifuddin, 2021-12-01 09:55:10

E-PORTFOLIO BMMB1074 HASMIDA BINTI ARIFUDDIN

E-PORTFOLIO BMMB1074 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Keywords: E-PORTFOLIO BMMB1074

e-Portfolio

• TELEFON: 087-331444/331444 • FAKS: 087-331817

• Laman Web: ipgkk.moe.edu.my • E-Mel: [email protected]

NAMA PENUH : HASMIDA BINTI ARIFUDDIN
NOMBOR MATRIKS : P21014634

PPISMP BAHASA MELAYU
AMBILAN JUN 2021
SEMESTER I

BMMB1074
SEJARAH PERKEMBANGAN

BAHASA MELAYU

SEMESTER JAN – MEI 2021

2

ISI KANDUNGAN

ISI
KANDUNGAN…………………………………………………………………………………………………………………………2
SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN DALAM BAHASA MELAYU ...........................4

Pendahuluan.............................................................................................................................4
Sistem tulisan Pallava .............................................................................................................6
Sistem tulisan Kawi..................................................................................................................7
Sistem Tulisan Jawi .................................................................................................................8
Sistem Ejaan Za‟ba................................................................................................................11
Sistem Ejaan Rumi Kongres ................................................................................................12
Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu...............................................................................13
Kesimpulan .............................................................................................................................13
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHSA MELAYU PRAMERDEKA DAN
PASCAMERDEKA ....................................................................................................................14
Pengenalan .............................................................................................................................14
Peranan pejabat karang mengarang ..................................................................................15
Peranan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa............................................16
Angkatan Sasterawan 50 (Asas 50) ...................................................................................17
Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan..........................................................................18

 Laporan Barnes (1951) ...........................................................................................19
 Laporan Fenn- Wu (1951).......................................................................................19
 Ordinan Pelajaran (1952) .......................................................................................20
 Laporan Razak (1956) .............................................................................................20
Pengenalan Bahasa Melayu Moden ...................................................................................21

3

CABARAN DAN MASA DEPAN BAHASA MELAYU ................................................... 23
Pendidikan ..............................................................................................................................23
Ekonomi...................................................................................................................................24
Pentadbiran kerajaan ............................................................................................................25
Kerancuan bahasa di media sosial .....................................................................................25
Percampuran kod...................................................................................................................27
Slanga......................................................................................................................................28
Penerapan Elemen Hak Asasi .............................................................................................29
Rumusan .................................................................................................................................30

SENARAI RUJUKAN................................................................................................................31

SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN DALAM BAHASA MELAYU

4

SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN DALAM BAHASA MELAYU

Pendahuluan

Pada masa ini, asal-usul bahasa Melayu masih lagi kabur walaupun telah banyak
kajian yang dilakukan oleh pengkaji- pengkaji tempatan dan barat. Misalnya, kajian
yang dilakukan oleh Hendrick Kern dan Robert Von Heine Geldem menyatakan
bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok Austronesia dari daerah Yunan,
China yang melakukan penghijrahan dan akhirnya telah mendiami beberapa kawasan
di Asia Tenggara. Manakala, menurut Nik Safiah (2015), bahasa Melayu bermula pada
abad ke-7 yang dikenali sebagai bahasa Melayu Kuno. Perkembangan dalam bahasa
Melayu dapat dikategorikan kepada tiga tahap yang utama iaitu:

Bahasa Bahasa Bahasa
Melayu Melayu Melayu
Kuno Klasik Moden

Bahasa Melayu Kuno mula berkembang pada abad ke-7 sehingga abad ke-13.
Penutur yang bertutur dalam bahasa Melayu Kuno ini mendiami kawasan di sekitar
Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau dan juga Sumatera. Bahasa Melayu
Kuno ini banyak dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit kerana terdapatnya pengaruh Hindu-
Buddha yang kuat dan besar pada masa itu. Di samping itu, merupakan bahasa
bangsawan yang bertamadun tinggi bagi golongan bangsawan. Dalam bahasa Melayu
Kuno ini terdapat beberapa sistem tulisan sebelum kedatangan pengaruh India seperti
tulisan batak, tulisan lontar dan tulisan rencong. Manakala, pada batu bersurat juga
dapat dilihat beberapa tulisan seperti tulisan Palava, Nagiri, dan juga Kawi.

Seterusnya, bahasa Melayu Klasik berlaku pada zaman transisi sekitar abad ke -11
dan ke-12 yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam pengaruh Hindu pada
mulanya kepada pengaruh agama Islam. Namun bahasa Melayu Klasik mengalami
evolusi kedua pada abad ke-14 sehingga ke-19 yang mengandungi aksara Jawi dan
tulisan rumi mula diperkenalkan. Hal ini disebabkan oleh pengaruh agama Islam dan
Arab serta terdapatnya kerajaan-kerajaan seperti kerajaan Kesultanan Melaka, Acheh
dan juga Johor-Riau. Bahasa Melayu Klasik ini memainkan peranan yang penting
dalam proses pentadbiran kerajaan pada masa itu seperti berfungsi sebagai bahasa
lingua franca dan bahasa pentadbiran.

Bahasa Melayu Moden pula merupakan tahap perkembangan yang terakir dalam

5

bahasa Melayu. Bahasa Melayu Moden ini wujud pada abad ke-19 setelah mengalami
proses perubahan dalam bahasa- bahasa yang sebelumnya. Bahasa Melayu Moden ini
ditemui pada tulisan karangan Abdullah Munsyi. Seterusnya, bahasa ini dijadikan
sebagai bahasa ilmu, komunikasi dan perpaduan sehingga ke hari ini. Bahasa Melayu
Moden ini mengalami banyak perubahan seperti terdapatnya bunyi- bunyi bahasa atau
fonologi, mempunyai sistem (morfologi), bentuk dan juga makna berbanding bahasa
Melayu Kuno dan Klasik.

Justeru itu, berlakunya perubahan yang amat ketara dalam perkembangan bahasa
Melayu terutamanya dalam sistem tulisan yang banyak dipengaruhi oleh pengaruh
asing. Hal ini dapat dilihat melalui perubahan- perubahan tulisan yang wujud pada
masa lalu seperti tulisan Pallava dan Sanskrit yang tidak lagi digunakan hari ini kerana
adanya sistem tulisan dan ejaan yang baharu dan lebih sistematik.

6

Sistem tulisan Pallava

Tulisan Pallava atau Pallawa ini berasal dari Dinasti Pallava yang pernah menguasai
India sekitar abad ke-4 sehingga abad ke-9 Masihi. Tulisan ini merupakan tulisan yang
awal bertapak di Tanah Melayu berbanding tulisan- tulisan yang lain. Hal ini kerana
tulisan ini pada mulanya berkembang di Pulau Jawa. Melalui itu, tulisan ini digunakan
dalam bahasa Sanskrit dan memiliki 46 abjad. Tulisan ini disebarkan hanya kepada
golongan bangsawan kerana kekurangan kemudahan asas dalam melaksanakan
penyebaran seperti dalam proses pengajaran membaca dan menulis.

Tulisan ini juga adalah tulisan yang paling awal digunakan dalam penggunaan
bahasa Melayu Kuno yang banyak dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit. Hal ini dibuktikan
melalui penemuan- penemuan tugu atau batu bersurat seperti yang ditemui oleh
pekerja topografi Belanda pada tahun 1879. Di samping itu, terdapat juga pada yupa
atau tiang batu persembahan yang dikenali sebagai prasasti di Daerah Muara Kaman.

Abjad Pallava atau Pallawa

7

Sistem tulisan Kawi

Tulisan Kawi ini merupakan salah satu tulisan yang paling awal yang terdapat di
Kepulauan Melayu pada abad ke-8 M. Tulisan ini dituturkan oleh orang Jawa dan
kemudiannya berkembang menjadi tulisan- tulisan baharu yang disebarkan ke kawasan
Asia Tenggara. Tulisan ini berasal dari huruf Vangki atau Wenggi yang merupakan
huruf bagi orang- orang Pallava yang berasal dari Coromandel, India.

Pada zaman Melayu Kuno, orang- orang menggunakan huruf dan tulisan Kawi ini
untuk menulis di atas kulit- kulit kayu, daun- daun lontar dan juga kepingan logam serta
pada batu- batu yang dikenali sebagai batu bersurat.

Tulisan Kawi juga memiliki aksara Kawi yang merupakan huruf yang telah diubah dari
huruf India Selatan.

Huruf-huruf dalam aksara Kawi

8

Sistem Tulisan Jawi

Siti Hajar (2009) berpendapat bahawa, nama Jawi ialah satu kata adjektif yang
berasal daripada perkataan (kata nama) bahasa Arab iaitu Jawah yang dikaitkan
dengan satu daerah di Asia Tenggara iaitu Javadwipa. Tulisan Jawi telah mula
digunakan sekitar abad yang ke-10 Masihi seiring dengan kedatangan agama Islam ke
Tanah Melayu. Sebelum kedatangan Islam dan tulisan Jawi ke Tanah Melayu, pelbagai
sistem tulisan yang telah digunakan oleh orang Melayu seperti tulisan Palava, Sanskrit
dan sebagainya.

Tulisan Jawi dapat didefinisikan sebagai tulisan yang menggunakan huruf-huruf
daripada bahasa Arab dalam bahasa Melayu. Pada umumnya, tulisan Jawi digunakan
sebagai tulisan bahasa Melayu. Siti Hajar (2011), menyatakan terdapat perubahan
pada struktur, pola ayat, kosa kata serta tulisan bahasa Melayu iaitu tulisan Jawi. Hal
ini dibuktikan melalui penemuan Batu Besurat di Terengganu pada tahun 1303 yang
membuktikan kewujudan tulisan Jawi di Tanah Melayu.

Masyarakat Melayu mula menyedari kepentingan tulisan Jawi dalam penggunaan
Kitab Al-quran yang ditulis dalam bahasa Arab. Mereka mula untuk mempelajari dan
mendalami sistem tulisan Jawi ini. Hal ini menyebabkan berlakunya perubahan dalam
tulisan Jawi dari aspek ejaan dalam beberapa peringkat. Menurut Hashim (2006), yang
memetik rumusan daripada tokoh Kang bahawa pekembangan ini terbahagi kepada
tiga periodisasi iaitu period A antara 1300-1600 Masihi, period B 1600-1900 Masihi dan
period C pula antara 1900-1986 Masihi. Namun demikian, berdasarkan pernyataan Siti
Hajar (2009), terdapat dua sahaja perkembangan tulisan Jawi iaitu perkembangan
pada tahap pertama dan kedua.

Perkembangan
ejaan Jawi

Tahap 1 Tahap 2

9

Sistem ejaan
Arab

digunakan
sepenuhnya

Huruf saksi Tahap Baris pada
pada suku 1 ejaan
kata pertama
dan kedua dihilangkan

Huruf saksi
atau vokal
digunakan

Pada tahap 1 ini, perkembangan ejaan Jawi terbahagi kepada empat aspek seperti
dalam gambar rajah di atas. Sistem ejaan Arab digunakan sepenuhnya iaitu dengan
menggunakan tanda baris pada setiap perkataan. Misalnya, dengan menggunakan
baris atas, bawah dan juga baris depan berdasarkan bahasa Arab. Dengan ini, orang
ramai dapat membaca setiap perkataan dengan maksud dan makna yang benar
dengan adanya penggunaan tanda baris tersebut.

Seterusnya, tanda baris dalam ejaan Jawi dihilangkan kerana ianya akan
menyukarkan penulis dan diperbaharui dengan tulisan Arab Gundul. Tulisan yang
baharu ini memberikan kebaikan kepada penulis kerana tidak perlu untuk menulis satu
per satu tanda baris tetapi memberi kesukaran kepada pembaca untuk membacanya.
Apabila tahap kedua tadi mengalami kesulitan, maka sistem ejaan Jawi diperbaharui
lagi ke tahap yang ketiga iaitu dengan menambahkan atau mewujudkan huruf vokal
bagi memudahkan pembaca untuk membaca tulisan Jawi iaitu Alif, Wau, dan Ya.

Akhir sekali, pada tahap yang terakhir huruf saksi atau vokal pada suku kata pertama
dan kedua ditambahkan tanpa membuang penggunaan huruf vokal pada tahap yamg
ketiga tadi.

10

Ejaan Jawi
Za'ba

Pedoman ejaan Tahap 2 Sistem ejaan
Jawi yang Dian

disempurnakan

Hejaan P.
BMP.B Diraja

Pada tahap ini, perkembangan ejaan Jawi terbahagi kepada empat seperti dalam
rajah di atas iaitu ejaan Jawi Za‟ba, sistem ejaan Dian, hejaan P. BMP.B Diraja dan
pedoman ejaan Jawi yang disempurnakan.

Ejaan Jawi Za‟ba ini ialah satu sistem ejaan Jawi yang diterbitkan pada tahu 1949
yang digunakan dalam buku karangan Za‟ba yang bertajuk Daftar Ejaan Melayu (Jawi
rumi). Manakala, sistem ejaan Dian pula ialah sistem yang diterbitkan oleh sebuah
majalah di Kota Bharu, Kelantan yang dikenali sebagai Majalah Dian. Sistem ejaan
Dian ini wujud kerana tulisan rumi telah ditetapkan sebagai tulisan rasmi pada masa itu
yang menjadi kesukaran kepada masyarakat untuk memahami tulisan Jawi. Oleh itu,
wujudnya sistem ini bagi memudahkan masyarakat memahami dan membaca tulisan
Jawi dengan baik. Seterusnya, Pedoman Ejaan Pakatan Bahasa Melayu Persuratan
Buku Di Raja Johor pula merupakan sebuah buku pedoman ejaan. Pedoman ejaan
Jawi yang disempurnakan ini pula merupakan sistem yang baharu bagi menggantikan
sistem yang sebelumnya yang diperkenalkan oleh Za‟ba.

11

Sistem Ejaan Za’ba

Sistem ejaan ini muncul selepas adanya sistem ejaan Wilkinson yang diterbitkan
pada bulan Oktober 1904. Menurut Hashim (2006), orang Melayu yang pertama di
Malaya yang Menyusun ejaan rumi bahasa Melayu ialah Zainal Abidin bin Ahmad atau
dikenali sebagai Za‟ba. Sistem ini diperkenalkan juga bagi menggantikan sitem tulisan
yang ada sebelumnya iaitu sistem Wilkinson kerana memiliki kekurangan dan
kelemahan dalam penggunaannya. Justeru itu, sistem ejaan Za‟ba ini diwujudkan agar
mampu memantapkan lagi sistem ejaan rumi dalam bahasa Melayu.

Sistem yang diperkenalkan oleh Za‟ba ini telah mengalami beberapa perubahan dan
pembaharuan dalam bahasa Melayu. Sebagai contohnya, sistem ini telah
membahagikan huruf- huruf kepada dua bahagian iaitu huruf saksi dan juga huruf
benar. Huruf saksi ialah huruf vokal yang mengandungi enam abjad iaitu a, e, i, o, dan
u. Manakala, huruf benar pula merupakan kosonan yang terdiri daripada 21 huruf.

Dalam sistem ejaan Za‟ba ini, terdapat 40 peraturan yang telah dikemukan.
Antaranya, penggunaan perkataan pinjaman bahasa Inggeris yang telah diubah
dengan bunyi Melayu, akan dieja mengikut sebutan bahasa Melayu. Dengan itu,
penggunaan bahasa Melayu akan lebih tersusun dan memperlihatkan keseragaman
dalam struktur perkataan tersebut.

12

Sistem Ejaan Rumi Kongres

Sistem ejaan ini wujud melalui sidang kongres yang diadakan di Singapura pada
tahun 1956 dan telah mendapat persetujuan daripada para peserta Kongres Persuratan
Ketiga. Walaupun sistem ini telah mendapat persetujuan daripada para kongres tetapi
sistem ini tidak pernah dilaksanakan kerana mengalami kesukaran disebabkan sifatnya
yang terlalu idealistik dari aspek bahasa.

Ejaan Malindo yang merupakan gabungan ejaan bagi dua buah negara iaitu negara
Malaysia dan Indonesia telah diwujudkan pada tahun 1959 atas kesepakatan kedua-
dua buah negara ini. Hal ini demikian kerana terdapatnya usaha bagi menyeragamkan
dan menyelaraskan kedua- dua sistem ejaan di negara tersebut. Namun demikian,
ejaan ini juga tidak dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar kerana sifatnya yang
kurang praktikal dalam pengunaan yang melibatkan lambang-lambang fonetik.

13

Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu

Seterusnya, apabila sistem yang ingin dilaksanakan tidak terwujud maka kedua-dua
negara mewujudkan sistem yang baharu iaitu sistem Ejaan Rumi Baru Bahasa
Malaysia, yang kemudiannya dikenali sebagai Ejaan Rumi Baru Bahasa Melayu seperti
yang telah termaktub dalam Pedoman Umum Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia tahun
1972. Manakala di Indonesia pula sistem ejaan ini dikenali sebagai Ejaan Bahasa
Indonesia yang Disempurnakan.

Kedua-dua ejaan ini akhirnya telah dialncarkan di dua tempat ynag berbeza iaitu di
Malaysia dan Indonesia. Pelancaran ini dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu
Tun Abdul Razak bin Dato‟ Hussein di Kuala Lumpur. Pelancaran juga berlangsung di
Jakarta oleh Presiden Indonesia iaitu Soeharto pada 16 Ogos 1972. Melalui
perlaksanaan sistem tulisan ini, kedua-dua negara mengharapkan agar kerjasama
antara Malaysia- Indonesia mampu terjalin dengan kukuh dan erat tanpa wujudnya
persengketaan atau pertelingkahan antara satu sama lain. Ejaan ini telah
menggantikan sistem ejaan yang terdahulu yang terdapat di dua buah negara ini.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, dapat saya simpulkan bahawa sejarah perkembangan
tulisan dalam bahasa Melayu mengalami suatu proses yang panjang sehinggalah
memperoleh tulisan yang wujud pada hari ini. Oleh hal yang demikian, masyarakat
perlu menghargai setiap tulisan yang wujud di Tanah Melayu sama ada ianya masih
digunakan pada hari ini atau sebaliknya. Tulisan dapat menjadi identiti dan lambang
bagi perkembangan dan kemajuan sesebuah bangsa atau ketamadunan itu sendiri. Di
samping menjadi alat perantaraan dan perhubungan bagi manusia dalam menjalankan
proses komunikasi sesama sendiri.

14

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PRAMERDEKA
DAN PASCAMERDEKA

Pengenalan

Bahasa Melayu merupakan sebuah bahasa yang telah wujud berabad-abad tahun
lamanya berdasarkan teori dan bukti-bukti penemuan kajian. Bahasa Melayu telah
mengalami perubahan yang begitu banyak ekoran perkembangan dunia dari semasa
ke semasa. Misalnya, bahasa Melayu dahulu bermula dengan hanya menggunakan
bahasa Melayu purba tetapi disebabkan berlaku banyak perubahan telah membentuk
bahasa Melayu yang lebih moden dan masih diguna pakai sehingga ke hari ini. Zaman
pramerdeka ini merupakan zaman sebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan
dan merupakan salah satu zaman yang mengukuhkan penggunaan bahasa Melayu
dalam Alam Melayu pada masa itu.

Zaman pramerdeka ini dapat dikategorikan kepada dua peringkat iaitu pada zaman
sebelum kolonialisme dan pada zaman kolonialisme. Zaman sebelum kolonialisme ini
berlaku sekitar tahun 1400-1786 manakala zaman kolonialisme pula dibahagikan lagi
kepada dua zaman iaitu zaman sebelum berlakunya perang dunia yang ke-2 pada
tahun 1786-1941 dan selepas perang dunia ke-2 pada tahun 1941-1956. Secara
umumnya, zaman pramerdeka ini berlaku pada tahun 1950-1957 yang juga merupakan
zaman di mana tertubuhnya ASAS 50.

Seterusnya, zaman pascamerdeka pula merupakan zaman selepas Tanah Melayu
mendapatkan kemerdekaan yang bermula selepas 31 Ogos 1957 sehinggalah tahun
1967. Pada zaman ini, bahasa Melayu telah diangkat menjadi bahasa kebangsaan bagi
Persekutuan Tanah Melayu (PTM) berdasarkan undang-undang yang diperuntukkan
seperti Perkara 152 Perlembagaan yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan
merupakan bahasa Melayu tetapi penggunaan bahasa-bahasa yang lain juga
dibenarkan. Hal ini menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan bagi
masyarakatnya yang berbilang kaum.

15

Peranan pejabat karang mengarang

Pejabat karang mengarang ini merupakan salah satu pertubuhan bahasa Melayu
semasa zaman pramerdeka yang memperjuangkan bahasa Melayu. Pejabat karang
mengarang ini ditubuhkan pada tahun 1924 di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI).
Pejabat ini diasaskan oleh O.T. Dussek dan Zainal Abidin Ahmad atau dikenali sebagai
Za‟ ba. Namun, pejabat ini telah berhenti beroperasi sekitar tahun 1957 dan diletakkan
di bawah Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pejabat ini ditubuhkan kerana memiliki tujuan dan peranannya yang tersendiri .
Tujuan pejabat ini ditubuhkan dapat dikategorikan kepada dua bahagian seperti yang
terdapat dalam gambar rajah di bawah:

Tujuan dan 1. Menerbitkan dan Tujuan dan 1. Menerbitkan
rancangan mengeluarkan rancangan jurnal bergambar
buku-buku sekolah
jangka bahasa Melayu jangka
pendek panjang

2. Menerbitkan 2. Mengadakan
sebanyak mungkin perpustakaan
bahan-bahan bergerak ke
bacaan umum kawasan luar
bandar

16

Peranan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa

Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa ini dtubuhkan pada tahun 1888 di
Johor Bahru bagi memajukan lagi perkembangan bahasa Melayu. Persatuan ini
diasaskan oleh Dato‟ Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak dan Dato‟ Muhammad
Ibrahim Munsyi. Pada mulanya persatuan ini tidak berjalan dengan begitu lancar
namun, pada 7 April 1934, persatuan ini dihidupkan semula kerana mendapat
sokongan daripada Sultan dan kerajaan Johor. Persatuan ini dihidupkan semula oleh
beberapa tokoh iaitu Dato‟ Abdullah Abdul Rahman, Mejar Dato‟ Muhammad Said
Sulaiman, Dato‟ Awang Muda dan Mejar Musa Yusof. Persatuan ini juga telah
dikurniakan gelaran diraja oleh D.Y.M.M Sultan Ibrahim Sultan Abu Bakar pada 14 April
1935 dan terus menggantikan kepada nama yang baharu iaitu Pakatan Bahasa Melayu
Persuratan Buku Diraja Johor.

Pakatan ini juga ditubuhkan bertujuan untuk mengendalikan atau menguruskan
perbincangan mengenai bahasa Melayu. Di samping itu, pakatan ini juga ditubuhkan
untuk mewujudkan perpustakaan bagi orang ramai. Seterusnya, pakatan ini juga
memiliki pelbagai matlamat dalam memperkembangkan bahasa Melayu. Antaranya :

Menstandar Memelihara,
dkan ejaan memperleng
kapkan dam
dan memodenka
perkataan
n bahasa
Melayu

Mewujudkan Mengeluarkan
perpustakaan Peredar atau
jurnal enam
bulan sekali

Memelihara Mencipta
tulisan jawi perkataan

yang
baharu

17

Pakatan ini menjalankan kegiatan- kegiatan utama seperti menghasilkan buku,
membentuk istilah dan menganjurkan ceramah- ceramah bahasa. Pakatan ini telah
berjaya menerbitkan 34 buah buku yang dibahagikan kepada dua jenis iaitu buku ilmu
bahasa Melayu dan buku- buku yang lain. Buku ilmu bahasa Melayu mengandungi 16
buah buku yang meliputi bidang perkamusan, tatabahasa, ejaan, dan daftar kata.
Manakala, buku- buku yang lain pula terdiri dari 18 buah buku yang meliputi bidang
sejarah, kebudayaan, riwayat dan perjalanan atau perkembangan Pakatan Bahasa
Melayu Persuratan Buku Diraja Johor.

Selain itu, pakatan ini juga turut melibatkan diri dalam bidang pembentukan istilah.
Antara istilah yang dibentuk seperti setiausaha, pejabat, warta dan banyak lagi.

Pakatan ini berkembang disebabkan oleh adanya tokoh- tokoh yang menjadi ahli
dalam pakatan ini. Antaranya ialah Za‟ba, Dato‟ Onn Jaafar, Ibu Zain dan Rahim Kajai.
Sekitar tahun 1930 – 1940 an seramai 200 orang telah menjadi ahli dalam pakatan ini.

Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor ini telah memberikan pelbagai
sumbangan dalam memperkembangkan bahasa Melayu. Sumbangan yang dilakukan
oleh pakatan ini ialah menerbitkan buku- buku tentang bahasa Melayu, nahu atau
tatabahasa Melayu, sejarah dan banyak lagi dalam cabang ilmu pengetahuan. Di
samping itu, pakatan ini juga telah menerbitkan majalah yang bertajuk Peredar, Buku
Peribahasa, Jalan Bahasa Melayu dan lain- lain lagi. Apabila penerbitan buku- buku
bahasa dan bacaan umum ini diterbitkan, ianya menjadi asas utama dalam
meneruskan aktiviti sastera.

Angkatan Sasterawan 50 (Asas 50)

Persatuan ini ditubuhkan pada 6 Ogos 1950 di Singapura dan telah didaftarkan pada
tahun 1951. Pengasas Angkatan Sasterawan ini terdiri daripada beberapa orang tokoh
seperti Muhammad Arif Ahmad (Mas), Kamaludin Muhammad (Keris Mas), Hamzah
Hussein, Jimmy Asmara dan Rosmera.

Angkatan Sasterawan atau Asas 50 ini bertujuan untuk mengembangkan bahasa dan
kesusasteraan Melayu, menjaga kebajikan dan kepentingan penulis dengan melindungi
hak pengarang. Angkatan ini juga turut mengadakan pembaharuan dalam bidang
penulisan tanpa mengesampingkan yang lama.

18

Asas 50 menjalankan kegiatan- kegiatan seperti syarahan dan perdebatan tentang
sastera serta bahasa. Karangan ahli pula diberikan bayaran dan dilindungi dari segi
undang- undang. Pertubuhan ini juga menganjurkan tiga kongres bahasa dan
kesusasteraan Melayu (1952).

Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan

Laporan
Barnes
(1951)

Laporan Bahasa Laporan
Fenn- Wu Melayu Razak
dalam sistem (1956)
(1951) pendidikan

Ordinan
Pelajaran

(1952)

19

 Laporan Barnes (1951)

Laporan ini telah disediakan oleh L.J.Barnes iaitu Pengarah Latihan Sosial di
University Oxford. Laporan ini diwujudkan bertujuan untuk menyiasat kedudukan dan
memperbaiki pendidikan orang Melayu. Namun begitu, kewujudan laporan ini telah
mendapat tentangan yang hebat daripada kaum Cina dan India sehingga
menyebabkan terbentuk lagi satu laporan yang baharu iaitu Laporan Fenn- Wu (1951).

Dalam laporan ini, mencadangkan untuk menubuhkan sekolah kebangsaan yang
menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Hal ini
akan menyebabkan salah satu dari bahasa itu akan dijadikan sebagai bahasa utama
dan yang satu lagi akan dijadikan sebagai bahasa kedua.

Selain itu, sekolah vernakular Melayu, Cina dan Tamil telah dibubarkan dan telah
digantikan kepada Sekolah Kebangsaan. Manakala, pelajaran bahasa Cina dan bahasa
Tamil pula akan diajar di sekolah jika terdapat lebih dari 15 orang murid atau lebih yang
ingin mempelajari bahasa tersebut. Terdapat sekolah yang menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa Melayu wajib diajar di Sekolah Inggeris
dan Bahasa Inggeris juga wajib diajarkan di Sekolah Melayu.

 Laporan Fenn- Wu (1951)

Laporan ini merupakan laporan pendidikan Cina di Malaysia yang diketuai oleh Dr.
Fenn yang merupakan Setiausaha Kerja Bersekutu- Negara China) dan Professor Dr.
Wu Teh Yao yang bekerja dengan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu. Laporan ini
bertujuan untuk mengkaji dan menilai semula kewajaran Laporan Barnes pada tahun
1950. Apabila pandangan dan kajian telah dilakukan kemudiannya hasil tersebut
diserap ke dalam Ordinan 1952.

Laporan ini juga terhasil disebabkan oleh reaksi masyarakat Cina yang tidak berpuas
hati dengan kewujudan Laporan Barnes pada tahun 1950. Hal ini kerana mereka
beranggapan bahawa dengan adanya laporan tersebut, ianya akan menghapuskan
penggunaan bahasa Cina dan kebudayaan Cina pada masa itu.

Laporan ini mencadangkan supaya usaha untuk merapatkan jurang perbezaan
dilakukan dengan menggantikan sistem persekolahan yang berasaskan kaum kepada
pendidikan yang tidak bercorak dan berunsurkan perkauman. Bahasa Inggeris dan
bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar manakala bahasa lain sebagai
pilihan.

20

Cadangan yang terdapat dalam laporan ini ialah sekolah vernakular iaitu Sekolah
Cina, Sekolah Tamil dan Sekolah Melayu dibenarkan untuk beroperasi dan
menggunakan tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Cina dan Tamil serta bahasa
kebangsaan juga diadakan. Sekolah aliran jenis kebangsaan (sekolah Inggeris)
dikekalkan. Sekolah vokasional juga dikembangkan untuk menampung keperluan
tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara.

 Ordinan Pelajaran (1952)

Ordinan Pelajaran 1952 ini juga dikenali sebagai Penyata Pelajaran 1952. Ordinan
Pelajaran ini ialah laporan sebuah jawatankuasa yang telah ditubuhkan oleh kerajaan
British di Tanah Melayu untuk mengkaji Laporan Barnes pada tahun 1950 dan Fenn-
Wu pada tahun 1951. Ordinan ini telah diluluskan oleh Majlis Perundangan
Persekutuan dengan sebulat suara pada 21 November 1952.

Matlamat Penyata Pelajaran 1952 ini ialah untuk membekalkan dan mengekalkan
pengetahuan, kemahiran serta perwatakan yang baik bagi setiap individu. Selain itu,
untuk menggalakkan dan membolehkan sesuatu kaum untuk menyesuaikan diri dalam
masyarakat yang berbilang bangsa yang ada di negara ini.

Penyata Pelajaran ini mencadangkan beberapa perkara seperti Sekolah Kebangsaan
sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan. Di samping itu, sekolah vernakular
iaitu Sekolah Cina dan Sekolah Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan
kebangsaan. Bahasa Tamil dan bahasa Cina hanya diajar sebagai bahasa ketiga.
Namun demikian, Ordinan Pelajaran 1952 ini tidak dapat dilaksanakan disebabkan
berlakunya darurat dan masalah kekurangan wang pada masa itu.

 Laporan Razak (1956)

Dato‟ Tun Abdul Razak bin Dato‟ Hussein yang merupakan Menteri Pelajaran
Persekutuan juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran mengumumkan
cadangan- cadangan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pelajaran pada tahun 1956.
Laporan ini juga disyorkan untuk ditukarkan dalam sistem pendidikan yang dikenali
sebagai Penyata Razak (1956). Penyata Razak ini merupakan cadangan pendidkan
yang pada tahun 1956 dalam usaha untuk membentuk Persekutuan Tanah Melayu.
Matlamat penyata ini adalah untuk membentuk semula sistem pendidikan di Malaysia.

Terdapat beberapa bidang tugas jawatankuasa ini antaranya ialah membentuk satu
sistem pendidikan kebangsaan yang bersesuaian dengan aspirasi untuk menyatukan
penduduk di negara kita yang berbilang kaum dan bangsa. Menjadikan bahasa Melayu

21

sebagai bahasa kebangsaan serta menjaga perkembangan bahasa dan kebudayaan
kaum lain. Penyata ini juga ditubuhkan untuk mengkaji Ordinan Pelajaran 1952 dan
membuat pindaan yang sebetulnya.

Antara cadangan yang terkandung dalam Penyata Razak ini ialah sekolah- sekolah
rendah dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara ditubuhkan untuk memberi
peluang kepada sekolah- sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris,Tamil
dan Cina untuk terus maju dan berkembang. Selain itu, penubuhan satu jenis sekolah
sahaja yang terbuka kepada semua kaum tanpa mengira kaum dan bangsa. Guru- guru
sekolah rendah dan menengah mestilah individu yang berkelayakan dengan jawatan
tersebut.

Pengenalan Bahasa Melayu Moden

Pengenalan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka

•Pada tanggal 22 Jun 1956, kerajaan Malaysia telah menubuhkan Dewan Bahasa atau
(DBP).
•Penubuhannya bertujuan untuk mengembangkan bahasa Melayu yang akan dijadikan
sebagai bahasa kebangsaan.
•DBP telah dinaik taraf sebagai sebuah badan berkanun melalui Ordinan Dewan Bahasa
dan Pustaka pada tahun 1959.

Kerjasama Serantau dan Pengantarabangsaan

•Bahasa Melayu telah berkembang dalam sejarah tamadun Melayu sejak dari zaman
dahulu lagi.
•Perkembangan ini merangkumi semua aspek iaitu dalam bidang pendidikan bahasa
dan pengajaran bahasa Melayu ini kepada orang asing.
•Bahasa Melayu menjadi bahasa yang dilihat oleh orang ramai bermula pada zaman
bahasa Melayu Klasik.

Peranan DBP 22

1. Membina dan Usaha dalam
memperkayakan bahasa mengantarabangsakan
kebangsaan dalam semua
bidang termasuk bidang bahasa Melayu di
beberapa benua negara
Sains dan Teknologi
1. Perkongsian dalam wawasan
2. Mencetak dan menerbitkan pelaksanaan Dewan Bahasa dan
atau membantu usaha Pustaka Malaysia yang dipimpin oleh
Dato' Haji A. Aziz Deraman, DBP
percetakan dan penerbitan Brunei diwakili oleh Dato Paduka Haji
buku- buku, risalahdan lain- Alidin bin Haji Othman dan Indonesia
lain bentuk persuratan dalam
pula diketuai Dr Hassan Alwi
bahasa kebangsaan
2. Pusat pengajian Melayu yang pertama
3. Membakukan ejaan dan ditubuhkan di Leiden, Belanda pada
sebutan serta membentuk istilah- tahun 1876, dan sehinga ke hari ini
istilah yang sesuai dalam bahasa menjadi rujukan utama bagi kajian
budaya Melayu di peringkat
kebangsaan antarabangsa.

4. Menggalakkan penggunaan 3. Rangkaian kerja institusional antara
bahasa kebangsaan yang beberapa negara sangat munasabah dan

betul dalam kalangan rakyat forum- forum diwujudkan seperti Majlis
yang berbilang kaum Bahasa Brunei Darussalam -Indonesia-

5. Menggalakkan penggunaan Malaysia (MABBIM), Sastera Asia
bahasa kebangsaan agar ia Tenggara (MASTERA) dan banyak lagi.

dapat digunakan secara meluas
bagi segala maksud dan konsep
mengikut undang- undang yang

berkuat kuasa

23

CABARAN DAN MASA DEPAN BAHASA MELAYU

Pendidikan Ekonomi Pentadbiran
kerajaan

Kerancuan Percampuran Slanga
bahasa di kod
media sosial
Penerapan
elemen hak

asasi

Pendidikan

Cabaran yang dihadapi bahasa Melayu dalam bidang pendidikan ini apabila Akta
Pendidikan 1996 dan akta IPTS 1996 telah diluluskan dan menyebabkan semua IPTS
dibenarkan untuk menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Dengan
itu, pengiktirafan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) sebagai sebahagian daripada
Sistem Pendidikan Kebangsaan yang dibuat melalui Seksyen 16 Akta 1996. Hal ini
menyebabkan IPS memiliki kebebasan dalam menggunakan bahasa- bahasa
pengantar.

Pengiktirafan IPS ini telah memberikan kesan yang negatif kepada penggunaan
bahasa Melayu iaitu melemahkan pencapaian falsafah dan matlamat Dasar Pendidikan
Kebangsaan serta merendahkan martabat bahasa Melayu.

24

Penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Matematik dan Sains pada
tahun 2003, tidak menjadi sebuah cara untuk meningkatkan penguasaan dalam
berbahasa Inggeris. Hal ini bukan menjadi jalan penyelesaian untuk menguasai bahasa
ini kerana ianya lebih menjejaskan penguasaan pelajar dalam kedua- dua mata
pelajaran ini. Oleh itu, penggunaan bahasa Melayu yang menjadi fungsi sebagai
bahasa kebangsaan, bahasa rasmi serta bahasa ilmu mampu untuk melemahkan
kekuatan bahasa itu kerana bahasa Melayu lebih mudah dipelajari dan dipraktikkan.

Ekonomi

Penggunaan bahasa Melayu dalam bidang ekonomi pula turut mendapat tentangan
yang hebat dalam perniagaan, saham, korporat, perbankan dan juga penjenamaan
sesebuah produk. Hal ini kerana mereka beranggapan bahawa bahasa Melayu ini tidak
mampu untuk bersaing di peringkat global dengan bahasa- bahasa maju yang lain
terutamanya bahasa Inggeris. Oleh itu, perkara ini menyebabkan bahasa Melayu tidak
digunakan secara meluas dan terbuka dalam bidang ini.

Bahasa Melayu disifatkan sebagai bahasa yang memiliki nilai atau berada pada tahap
yang rendah dalam bidang ekonomi ini terutamanya untuk aktiviti perniagaan dan
perdagangan. Namun, kita sedia maklum bahawa penggunaan bahasa Melayu
diajarkan kepada rakyat Malaysia sejak berada di bangku sekolah rendah lagi malah,
ianya juga dijadikan sebagai subjek atau mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan
di sekolah. Jadi, mengapa bahasa Melayu masih sukar diterima penggunaannya dalam
bidang ekonomi ini?

Sikap tidak yakin, takut, malu dan kurang berani untuk menggunakan bahasa Melayu
merupakan perbuatan yang tidak wajar kerana memberikan pandangan yang amat
teruk dan buruk kepada bahasa Melayu itu sendiri. Misalnya, penggunaan bahasa
Melayu dalam rancangan yang melibatkan pakar- pakar ekonomi untuk
membincangkan tentang bidang tersebut kebanyakannya kita lihat berkomunikasi
dengan menggukan bahasa Inggeris. Secara tidak langsung, ini menjadikan
masyarakat berfikir bahawa bidang ini hanya mengunakan bahasa Inggeris sahaja
kerana ianya dikatakan lebih setaraf dan moden.

25

Pentadbiran kerajaan

Dalam pentadbiran dan pengurusan kerajaan, kebanyakan hari ini pemimpin-
pemimpin lebih menggunakan bahasa Inggeris dalam percakapan mereka walaupun
hanya membincangkan mengenai perkara seharian. Sebagai contohnya, mereka
menggunakan kata sapaan seperti “Hi, how are you?”, “nice to meet you” dan banyak
lagi. Walaupun kita melihat penggunaannya hanyalah perkataan atau ayat yang biasa
sahaja tetapi ini akan menjadi suatu tabiat jika dilakukan secara berterusan.

Pemerintahan yang ditadbir oleh pemimpin- pemimpin kita yang terdahulu dapat
dilihat cara penggunaan bahasa Melayu mereka yang begitu beradab dan beretika. Hal
ini disebabkan mereka sangat menyanjungi martabat dan nilai bahasa Melayu itu
sendiri berbanding hari ini. Dapat kita lihat penggunaan bahasa- bahasa yang tidak
sepatutnya yang dilontarkan oleh pemimpin- pemimpin kita sendiri pada hari ini
terutamanya apabila mereka memberikan atau membalas hujah serta pendapat
daripada pihak lawan di dalam Dewan Parlimen.

Kerancuan bahasa di media sosial

Isu atau masalah kerancuan bahasa dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini
semakin menjadi- jadi dari masa ke masa. Kerancuan bahasa dalam media sosial
didapati melalui penggunaan dari segi sebutan, ejaan, istilah, kosa kata, tatabahasa
serta laras bahasa yang digunakan.

Penggunaan bahasa rojak dan penggunaan dialek dalam media sosial merupakan
cabaran dalam isu kerancuan bahasa ini. Bahasa rojak merupakan percampuran
bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris dalam komunikasi seseorang. Manakala,
penggunaan bahasa rojak ini mungkin disebabkan oleh kepelbagaian budaya dan
bangsa dalam kalangan masyarakat kita. Hal ini juga berpunca daripada sikap
masyarakat yang tidak mahu menanamkan dan menyemaikan rasa cinta akan bahasa
Melayu dalam diri mereka. Jika perasaan ini disemai dalam diri mereka, maka isu
percampuran bahasa ini tidak akan berlaku. Misalnya, penggunaan perkataan seperti
dalam rajah di bawah.

26

Kita dapat melihat penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dalam perbualan
melalui aplikasi Whatsapp dalam rajah di atas. Melalui perbualan tersebut, pelbagai
perkataan yang diubah gaya dan cara penulisannya. Misalnya, penggunaan perkataan
bahasa Inggeris iaitu „I‟ dan „u‟(you). Penggunaan perkataan „mende‟ juga turut menjadi
kesalahan dalam aspek kesalahan ejaan yang sepatutnya ditulis „benda‟ dan bukannya
„mende‟.

Oleh itu, tanpa kita sedar, penggunaan bahasa- bahasa sebegini telah memberikan
kesan yang sangat buruk dalam pemartabatan bahasa Melayu. Jika kita terus- menerus
dengan sifat sambil lewa dalam penggunaan bahasa Melayu ini, sudah pasti bahasa ini
akan terhakis dan terhapus ditinggal zaman. Disebabkan itu, setiap pihak perlu peka
dalam penggunaan bahasa Melayu yang betul dan salah terutamanya dalam
penggunaan media sosial kerana bahasa dapat melambangkan sesebuah bangsa
yang bertamadun.

27

Percampuran kod

Menurut Muyken (2016) dalam artikel yang ditulis oleh Noor Aida Mahmor dan
Norzaliza Ghazali yang bertajuk trend percampuran kod generasi muda masa kini
mendefinisikan percampuran kod sebagai penggunaan lebih dari satu bahasa dalam
pertuturan. Apabila seseorang itu menguasai lebih dari satu bahasa ini akan
menjadikan mereka keliru dalam penggunaan bahasa yang mereka ingin gunakan. Hal
ini menyebabkan berlakunya percampuran bahasa dalam percakapan dan perbualan
mereka.

Faktor- faktor berlakunya percampuran kod ini juga disebabkan oleh wujudnya
masyarakat yang pelbagai budaya, etnik, agama, kaum dan bangsa. Melalui ini,
masyarakat di negara kita Malaysia, bebas menggunakan dan mengamalkan
percampuran kod secara berleluasa tanpa pengawalan. Mereka sudah tidak lagi
memikirkan tentang tatabahasa, ejaan, istilah dan sebagainya apabila menggunakan
bahasa Melayu dalam kehidupan mereka.

Percampuran kod terdiri dari pelbagai jenis antaranya yang sering kita lihat dan
dengar ialah percampuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Percampuran dua
bahasa ini kerap kali berlaku sama ada mencampuradukkan bahasa Melayu ke bahasa
Inggeris atau bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Kita dapat lihat penggunaan bahasa
yang bercampuraduk ini bukan sahaja diterapkan dalam perbualan kita tetapi turut
digunakan dalam industri seni. Contohnya, penghasilan filem- filem atau lagu- lagu
yang diselitkan dengan penggunaan bahasa Inggeris dalam skrip atau lirik lagu
mereka. Sudah terang lagi bersuluh, ini akan dijadikan teladan dan contoh kepada kita
sebagai penonton dan pendengar hasil karya mereka.

28

Slanga

Slanga dapat didefinisikan sebagai kata- kata, ungkapan dan seumpamanya yang
tidak tergolong dalam bahasa baku atau bahasa tinggi tetapi lazim digunakan dalam
percakapan tidak rasmi. Penggunaan slanga ini banyak digunakan oleh golongan
remaja berbanding golongan dewasa. Hal ini kerana pengaruh bahasa daripada luar
dan teknologi yang semakin canggih menyebabkan wujudnya ungkapan- ungkapan
baharu sebegini. Contohnya, perkataan seperti „kacang je‟ (mudah sahaja), „cun‟
(cantik), dan banyak lagi penggunaan perkataan- perkataan sebegini dalam kehidupan
kita seharian.

Penggunaan bahasa slanga secara meluas akan memberikan kesan yang teruk
kepada penggunaan dan pengamalan bahasa Melayu dalam kalangan kita. Apabila
ianya tidak dikawal dan diselesaikan secepatnya, penggunaan slanga ini akan
diwariskan pula kepada generasi akan datang. Hakikatnya, ini akan merencatkan
usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak seperti ahli bahasa untuk memartabatkan
bahasa Melayu pada hari ini.

Oleh itu, kita sebagai pengamal bahasa Melayu perlu memainkan peranan dalam
meningkatkan penguasaan dan pengunaan bahasa Melayu walaupun terdapat pelbagai
cabaran yang perlu diatasi dalam melaksanakannya. Bahasa melambangkan bangsa,
jika bahasa slanga ini terus menguasai penggunaannya, maka generasi akan datang
pasti lupa terhadap bahasa mereka sendiri.

29

Penerapan Elemen Hak Asasi

Elemen hak asasi merujuk kepada hak setiap manusia dalam setiap perkara dan
ianya tidak boleh dinafikan oleh orang lain. Hak- hak ini merangkumi hak untuk hidup,
hak untuk dibicarakan secara adil, hak bersuara, hak berhimpun, hak untuk bebas
bergerak, dan banyak lagi hak yang dimiliki oleh seseorang dalam kehidupan.

Di Malaysia, hak asasi ini telah diperuntukkan dalam undang- undang yang tertinggi
iaitu di Perlembagaan Persekutuan. Hak- hak ini dikenali sebagai kebebasan
fundamental atau fundamental liberties dan diperuntukkan secara jelas dalam
Perlembagaan bermula daripada Perkara 5 hingga perkara 13 Perlembagaan
Persekutuan. Oleh itu, hak- hak ini perlu dinikmati dan dimiliki oleh setiap individu.

Antara faktor yang menyebabkan kewujudan hak asasi ini banyak dipersoalkan sama
ada ianya betul- betul dinikmati oleh rakyat atau tidak ialah terdapat pelbagai undang-
undang yang telah digubal oleh badan perundangan terutamanya dalam Parlimen yang
secara jelasnya telah menghakis dan cuba untuk memansuhkan hak- hak asasi individu
di negara ini. Justeru itu, pihak kerajaan yang berperanan mentadbir negara perlu
memastikan bahawa hak- hak asasi ini perlu dikekalkan dan tidak boleh ada pihak yang
sesuka hati untuk memansuhkan atau mengacau- bilaukan perkara ini.

30

Rumusan

Secara keseluruhannya, dapat saya simpulkan bahawa bahasa Melayu ini telah
mengalami pelbagai proses dan bentuk serta cabaran dalam menjadikannya sebagai
bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Walaupun memiliki pelbagai cabaran dalam
memartabatkan bahasa ini, namun ianya telah menjadi bahasa yang semakin dikenali
dan digunakan oleh orang ramai walaupun berbeza agama, bangsa dan kaum. Namun,
inilah yang dikatakan sebagai negara Malaysia yang diwarnai dengan pelbagai budaya
dan bangsa tetapi tetap menjalankan kehidupan dengan baik. Hal ini kerana
penyerapan hak- hak individu yang telah diterapkan dalam diri setiap masyarakat.
Dengan ini, negara Malaysia menjadi sebuah negara yang kaya dengan segala-
galanya bermula dari bahasanya, budaya, sejarah- sejarah ketamadunannya dan
banyak lagi.

31

Senarai Rujukan

Ahmad Faisal Abdul Hamid (2014). Sejarah perkembangan tulisan Jawi: Analisis
mengenai teori Kang Kyoung Seok. Jurnal al-Tamaddun, 9(2), 1-15.

Ahmad Nabil Amir & Tasnim Abdul Rahman (2020). Pemikiran Za‟ba dan kesannya
kepada kebangkitan perjuangan nasionalisme Melayu. International Social Science
and Humanities Journal, 3(4), 2637-0271.

Ahmad Fadhlullah Adnan. (2021). Bahasa slanga cemar imej bahasa Melayu. Utusan
Malaysia. https://www.utusan.com.my/nasional/2021/05/bahasa-slanga-cemar-imej-
bahasa-melayu/

Azmi Amigo. (n. d.). Masa depan dan cabaran bahasa Melayu. SCRIBD.
https://www.scribd.com/embeds/232773440/content?start_page=1&view_mode=scroll
&access_key=key-fFexxf7r1bzEfWu3HKwf

I Ketut Setiawan (2021). Prasasti-Prasasti pendek pada arca dan bangunan
keagamaan masa Bali Kuno. Journal of Arts and Humanities, 25(2), 223-229.

https://doi.org/10.24843/JH.2

Mybar79. (n. d.). Bahasa slanga. SCRIBD.
https://www.scribd.com/embeds/84988821/content?start_page=1&view_mode=scroll
&access_key=key-fFexxf7r1bzEfWu3HKwf

Muhammed Hanipa Maidin. (2007). Hak asasi manusia dan hak wanita dalam Islam.
SCRIBD.
https://www.scribd.com/embeds/23094487/content?start_page=1&view_mode=scroll
&access_key=key-fFexxf7r1bzEfWu3HKwfr

Nurlidyawati Jasmin (2017, 30 April). Slideshare a Scribd company . Sejarah
perkembangan ejaan rumi dan jawi. https://Sejarah perkembangan ejaan rumi dan
jawi (slideshare.net)

Noor Aida Mahmor & Norzaliza Ghazali. (2019). Trend percampuran kod generasi
muda masa kini.

Syamil. (2021). Set nota BMMB1074. Anyflip. https://anyflip.com/ylpne/xlcj/basic/201-
250


Click to View FlipBook Version