Sayang Hana
Seorang budak perempuan yang berumur 11 tahun, namanya Hana. Hana lahir dari sebuah keluarga yang kaya raya. Bapanya seorang doktor di Hospital Ampang. Ibunya, Mak Celine juga seorang doktor. Hana mampu mendapat apa-apa sahaja yang dikehendaki daripada ibu bapanya tetapi dia kekurangan temanan ibu bapanya. Hana dijaga oleh seorang kakak, yang bernama Kak Aida.
Hana berasa dipinggirkan oleh ibu bapanya. Hana sedih apabila melihat kawannya ada ibu bapa yang sentiasa berada di sisi mereka. Dia hanya mempunyai Kak Aida di sisinya. Kak Aida yang menjaga kehidupan seharian Hana kerana ibu bapa Hana terlalu sibuk dengan kerja mereka. Baby Hana, jangan sedih. Tengok, apa ini? Sini tupai yang comel untuk Hana. Kenapa papa mama jarang di rumah? Kenapa Lydia sentiasa ditemani ibunya? Adakah papa mama tidak suka Hana...
Hana terasa ibu bapanya tidak suka dia. Kak Aida memberitahu Hana bahawa papa mamanya ialah orang yang berjaya. Orang yang berjaya memang sibuk dengan kerja. Hana berasa bangga dengan kerjaya ibu bapanya. Kak Aida memberi dorongan kepada Hana supaya Hana rajin belajar supaya menjadi orang yang berjaya seperti ibu bapanya. Hana berjanji dan rajin belajar supaya ibu bapa berasa bangga terhadap dia pada masa akan datang.
Hari Rabu minggu depan ialah Hari Jadi Hana. Hana ingin menyambut hari jadi bersama ibu bapa. Pada hari tersebut, ibu bapa Hana balik rumah, Hana menyambut mereka di ruang tamu. Ibu bapa sanggup memberi hadiah yang diingini oleh Hana. Papa Mama, ingatkah hari Selesa depan hari apa? Hari Jadi Hana kah sayang? Baby Hana mahu hadiah apa?
Ibu bapa Hana pun berjanji dengan Hana, iaitu membawa Hana pergi ke Legoland untuk menyambut hari jadi Hana. Hana sangat gembira dan semakin menantikan hari jadinya tiba. Mama, apa-apa pun Hana tidak mahu, saya nak pergi Legoland dan menyambut hari jadi bersama papa mama. Boleh sayang. Mama dan Papa membawa Hana ke Legoland untuk menyambut hari jadi Hana.
Pada hari jadi Hana, Hana balik dari sekolah dengan seronok. Selepas Hana makan tengah hari, Hana menyiapkan kerja rumahnya sambil menunggu ibu bapanya pulang dari kerja. Ibu bapa Hana berjanji membawa Hana ke Legoland pada waktu petang. Selepas menyiapkan kerja rumah, Hana bertukar baju cantik untuk menyambut hari jadi bersama ibu bapa di Legoland.
Kak...Kak Aida! Mari tengok baju ini cantik kah... Saya pakai baju apa yang sesuai untuk ke Legoland? Kak... Hana pakailah baju yang paling disukai oleh Hana. Hana suka baju yang mana?
Selepas Hana menukar baju. Dia duduk di sofa sementara menunggu ibu bapanya balik. Tiba-tiba, Ring... ring... ring... Kak Aida menjawab panggilan. Kemudian, Kak Aida memberitahu Hana bahawa ibu bapanya masih ada kerja di hospital. Waktu malam baru balik. Hana sedih dan lari balik ke dalam biliknya.
Jangan sedih lagi sayang, mari kita makan dahulu. Sambil kami makan, sambil kami tunggu papa mama balik boleh? Ada Kak Aida sediakan banyak makanan kegemaran Hana. Jom kami makan bersama... Huu...Huu... Ibu bapa tidak suka Hana kah? Sebab Hana nakal? Kenapa mereka tidak mahu menyambut hari jadi bersama Hana?
Kak Aida memeluk Hana dan cuba menenangkan hati Hana. Kak Aida memujuk Hana supaya makan dahulu dan menunggu ibu bapanya balik rumah. Tidaklah sayang, mana ada papa mama tidak suka Hana. Hana paling disukai orang. Itulah papa mama terlampau sibuk dengan kerja jadi tidak sempat teman Hana pergi Legoland. Mereka akan balik lepas habis kerja, kami makan dulu.
Hana mendengar nasihat Kak Aida. Kak Aida telah menyediakan banyak makananan kegemaran Hana. Hana makan bersama Kak Aida. Selepas itu, Hana menonton televisyen di ruang tamu.
Waktu malam, ibu bapa Hana masih belum balik. Hana mengantuk dan tertidur di sofa ruang tamu. Hana ditemani oleh Kak Aida. Tiba-tiba, Hana terbangun dan menangis. Hana menangis dengan teresak-esak dan lama-lama tanpa berhenti. Kak Aida mengelus belakang Hana untuk menenangkan hati Hana. Kenapa Hana menangis? Jangan takut Hana. Hana memberitahu kak apa yang terjadi? Ah...... kak, saya termimpi Papa Mama tidak suka saya lagi dan mereka ingin membuangkan saya. Saya menjadi anak yang tiada orang mahu.
Kak Aida berasa kasihan dan kesian terhadap Hana. Kak Aida menenangkan hati Hana sambil memeluk Hana. Pada masa itu, ibu bapa Hana tiba di rumah.
Minta maaf sayang. Papa Mama berjanji membawa Hana pergi ke Legoland tetapi kami putus janji. Kami ada kes emergency. Lain kalilah kami pergi Legoland. Sudahkah Hana makan kek hari jadi? Sedap? Hai papa mama. Sudah saya makan kek tadi. Mama, saya mengantuk sudah, saya nak tidur dulu. Selamat malam Papa Mama. Hana sedih dan tidak percaya apa yang dijanji oleh ibu bapanya. Ibu bapa Hana telah menyediakan hadiah untuk Hana. Tetapi Hana tidak melayan ibunya. Hana memberi salam dan ingin balik ke bilik sendiri. Hana meminta Kak Aida membawanya balik ke bilik.
Pada suatu hari, Hana dan kawannya, Lydia pergi ke perpustakaan sekolah untuk membuat ulangkaji. Tiba-tiba, Hana terdengar namanya dalam perbincangan antara Lydia bersama rakan sekelas yang lain. Mereka berketawakan Hana. Rupa-tupanya, Lydia mengejek Hana bahawa ibu bapa Hana tidak suka Hana dan memanggil Hana sebagai anak buangan.
Hal ini kerana setiap kali Hana balik dari sekolah diambil oleh Kak Aida. Kawankawan mereka pun tidak pernah melihat ibu bapa Hana membawa Hana balik dari sekolah. Mereka berasa Hana tidak disukai oleh ibu bapanya. Itulah sebab ibu bapa Hana tidak pernah datang membawa Hana waktu pulang.
Hana sangat marah dan tidak menerima alasan Lydia. HAHAHHA.... ibu kau tak suka kau! Kau anak buangan! HAHAHHA... Bukan! Saya bukan anak buangan. Papa Mama Hana sayang Hana.
Selepas itu, mereka dua bergatuh dan tolak-menolak antara satu sama lain. Hana menolak Lydia dengan kuat-kuat. Lydia terjatuh dan bikin geram. Lydia marah dan menarik rambut Hana. Dua orang bergatuh dengan sekuat hati. Dua orang menjerit dan menangis kerana kesakitan. Buat apa kau ni! Sakit lah anak buangan! Sakit! Lepaskan aku! Anakbuangan!
Rakan sekelas mereka berjumpa dengan Cikgu Amilah. Mereka memberitahu cikgu bahawa kejadian di perpustakaan. Cikgu Amilah tiba dan membawa mereka ke bilik kaunseling. Ibu Hana Ha dan ibu Lydia dipanggil ke sekolah. na! Kenapa kau membuli Lydia. Lydia menangis sudah ni! Minta maaf sama Lydia! Tidak mahu! Bukan salah Hana. Lydia yang salah!
Di pejabat bilik kaunseling.... Hana menunduk kepala dan berdiri di depan meja Cikgu Amilah. Tidak lama lagi, ibu Hana tiba. Cikgu Amilah memberitahu kejadian pergatuhan antara Hana dengan Lydia. Ibu Hana melihat Hana tidak cedera tetapi rambutnya kusut-masai. “Hana anak yang baik. Tiada kemungkinan dia bergatuh.” kata ibu Hana.
Cikgu Amilah bertanya tentang sebab pergatuhan mereka dan Lydia mengaku bahawa dia mengejek Hana. Ibu Hana menenangkan hati Hana. “Ya Hana, Papa Mama sayang Hana. Lydia yang salah faham, ” kata ibu Hana. Mana ada salah faham... Betullah Hana dibawa oleh Kak Aida balik dari sekolah setiap hari, tidak pernah kami jumpa mama dia yang bawa. Salah Lydia. Dia cakap saya anak buangan! Papa dan mama Hana tak suka Hana!
Selepas ibu Hana memberitahu bahawa dia terlalu sibuk dengan kerja dan jarang menemani Hana. Kak Aida yang biasanya menjaga harian Hana. Lydia mengetahui kesalahannya. Hana asyik menangis dan tidak mahu membalas Lydia. Ibu Hana memujuk Hana dan menenangkan lagi perasaan Hana. Akhirnya, Hana memaafkan Lydia dan mereka dua berkawan baik lagi. Cikgu Amilah pun memberi cadangan kepada ibu Hana supaya meluangkan lebih masa menemani Hana di rumah.
Setelah balik ke rumah, ibu memberitahu kejadian hari ini kepada ayah Hana dan Kak Aida. Kak Aida juga memberitahu ibu bapa Hana bahawa banyak kali Hana menangis kerana ibu bapa jarang menemaninya. Hana sentiasa berasa sedih apabila ternampak kawannya diambil oleh ibu bapanya selepas habis kelas di sekolah. Kadangkala, Hana menonton televisyen sambil menangis kerana tiba-tiba teringat ibu bapa yang tidak menemaninya. Hana seorang anak yang kurang kasih sayang daripada ibu bapa. Walaubagaimanapun, Hana seorang anak yang baik dan rajin serta tidak manja di rumah. Ayah Hana berasa terkejut dan kasihan terhadap Hana.
Ayah Hana baru teringat mereka dua jarang menemani Hana sejak Hana berumur 7 tahun. Mereka semakin sibuk dengan kerja dan mengabaikan perasaan Hana. Mereka menggaji Kak Aida untuk menjaga kehidupan harian Hana. Hana semakin berasa disinggirkan dan jarang mendapat perhatian daripada ibu bapa. Hana masih kecil dan masih memerlukan kasih sayang yang penuh daripada ibu bapa. Jadi, ayah berbincang dengan ibu Hana supaya mereka meluangkan banyak masa untuk menemani Hana pada masa yang akan datang.
Sejak hari itu, ibu Hana meluangkan lebih masa bersama Hana. Ibu Hana mengurangkan kerjanya dan lebih memberi prihatin terhadap Hana. Hana gembira dan tidak lagi sedih. Setiap minggu, mereka sekeluarga juga akan mengadakan aktiviti keluarga seperti bersenam, berkelah, bermain dan sebagainya. Mereka sekeluarga semakin bahagia dan gembira bersama-sama.
Hana seronok? Mama berharap Hana membesar dengan gembira dan bahagia. Seronok Mama! Hana nak Papa dan Mama selalu menemani saya di rumah, itu sahaja.
Tema, Nilai, Pengajaran Kekeluargaan- kasih sayang Tema Kita haruslah menyayangi ibu bapa. Kita haruslah rajin belajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Kita haruslah berdikari supaya tidak merisaukan ibu bapa. Pengajaran: Nilai : kasih sayang kerajinan berdisiplin
Sekian, Terima Kasih