KERTAS KERJA
HARI KELUARGA SURAU AL-FURQAN (SAF)
PRESINT 11, PUTRAJAYA TAHUN 2022
Tarikh :
10 Disember 2022 / 16 JamadilAwwal 1444H
(Sabtu)
Anjuran:
Surau Al-Furqan Presint, 11 Putrajaya
1. Pengenalan
Hari Keluarga yang akan diadakan merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan
silaturrahim dan hubungan kekeluargaan sasama keluarga masing-masing. Ini kerana
institusi keluarga adalah saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti
seseorang individu, dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik.
Penganjuran Hari Keluarga ini juga merupakan salah satu wadah untuk untuk
menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara ahli kariah Surau Al-Furqan khususnya
di Presint 11. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa Hari Keluarga ini adalah
dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat muhibbah antara ahli Jemaah
kariah dan keluarga. Antara pengisian dalam Hari Keluarga ini meliputi kerohanian dan
sukan. Adalah menjadi harapan agar sambutan Hari Keluarga ini akan meriah dan
berjalan lancar serta berjaya mencapai objektifnya.
2. Objektif
2.1. Memberikan ruang kepada ahli kariah untuk melakukan aktiviti bersama
keluarga mereka dalam pengisian masa yang terluang
2.2. Sebagai ruang untuk saling kenal mengenali dan mengeratkan hubungan
silaturrahim di kalangan ahli kariah SAF.
2.3. Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam
nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
2.4. Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan ahli
kariah sekaligus dapat memantapkan lagi institusi kekeluargaan yang sedia
ada.
3. Tema
Cadangan tema hari keluarga ialah "Lepak Santai Bersama SAF"
4. Perincian Program
4.1. Tarikh : 10 Disember 2022
4.2. Hari : Sabtu
4.3. Tempat : Surau Al-Furqan, Presint 11, Putrajaya.
4.4. Sasaran : 500 Orang Jemaah
4.5. Peserta : Terbuka kepada semua ahli Kariah Presint 11.
5. Pengisian Program
5.1. Solat Subuh Berjemaah beramai-ramai serta tazkirah Subuh
5.2. Aktiviti sukaneka melibatkan keluarga, kanak-kanak, dewasa,remaja, warga
emas dan wanita.
5.3. Pemeriksaan Kesihatan
5.4. Jamuan makan
5.5. Cabutan bertuah
5.6. Persembahan Nasyid
6. Penutup
Perlaksanaan Hari Keluarga SAF pada tahun 2022 ini diharapkan dapat mengeratkan
lagi hubungan silaturahim dan muhibbah dalam kalangan ahli Jemaah SAF, di
samping dapat mewujudkan persefahaman dan semangat kekeluargaan serta kasih
sayang dalam kalangan ahli kariah.
7. Ahli Jawatankuasa Teknikal
Pengarah Encik Mohd Haziman bin Ab Ghani
Setiausaha Ustaz Amirul Hafizi bin Haimi
Aktiviti (Keluarga) Encik Fadzlan bin Abd Rahman
- Briskwalk Encik Mohd Faizan b. Dasuki
Encik Mohd Haziman bin Ab Ghani
Aktiviti (Kanak-kanak)
- Mewarna Ustaz Amirul Hafizi bin Haimi
Encik Arman
Sukan Futsal ( terbuka ) Puan Nooranita
Puan Hatiah
Wanita (HELWA) Puan Nor Zana
- Memasak
- Gubahan Bunga
Jamuan Makan Ustaz Sarif Asron
(Gotong-royong) Encik Zairi
Booth Jualan & Keber
Cikgu Azizan
Multimedia Tuan Hj Sulaiman
Persembahan & Tazkirah Hj. Ismail
Encik Churemi
Ustaz Amirul
Ustaz Suhaimi
UstazSyed
Ustaz Najmuddin
Ustaz Zaini
Encik Azwan
8. Tentatif Program
10 Disember 2022 (Sabtu)
6.00 pagi : Kempen Solat Subuh Berjemaah
6.20 pagi : Tazkirah Subuh
7.00 pagi : Sarapan Kuliah Subuh
7.30 pagi : Kehadiran Ahli Jemaah & Pendaftaran
7.45 pagi : Taklimat ringkas yang akan disampaikan oleh Pengarah Program
7.50 pagi : Briskwalk beramai-ramai
8.45 pagi : Sarapan Pagi
9.00 pagi : Aktiviti-aktiviti Hari Keluarga
- Mewarna Kanak-kanak
- Futsal Terbuka
- Pertandingan Memasak, gubahan Bunga dll
- Sukan viral
12.00 tgh hari : Cabutan Bertuah & Penyampaian Hadiah
12.30 tgh hari : Jamuan Makan tengah hari
1.00 petang : Solat Zohor Berjemaah
7.00 malam : Solat Maghrib Berjemaah
7.30 malam : Forum Perdana
-Panel 1 : Ustazah Nazirah
-Panel 2 : Ustaz Shauqi
-Moderator :Encik Adi Akmal
8.30 malam :
8.45 malam : Solat Isyak berjemaah
9.00 malam : Persembahan Nasyid , Cabutan bertuah & Penyampaian Saguhati
Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan SPM, STPM & STAM Tahun
2022 , Jamuan Makan Malam
10.00 malam : Majlis bersurai.