MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG DACHING KALI KE-44 TAHUN 2023 TARIKH : 20 MEI 2023 HARI : SABTU MASA : 8:30 PAGI TEMPAT : DEWAN SKKD Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
ATURCARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG DACHING KALI KE – 44/2023 8:30 pg : Ketibaan ibu bapa/penjaga 9:00 pg: : Nyanyian Lagu Negaraku : Bacaan Doa Ustaz Muhammad Hazim bin Rosli : Ucapan Guru Besar En. Harun Alrashid bin Ab Hadi : Ucapan YDP PIBG En. Mazley bin Jamaludin : Persembahan Tarian Warna-warni : Mesyuarat Agung PIBG bermula : Pembentangan Usul : Penangguhan Mesyuarat : Cabutan Bertuah
AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG DACHING KALI KE-44/2023 1. Ucapan Penasihat PIBG En. Harun Alrashid bin Ab Hadi. 2. Ucapan Yang di Pertua PIBG Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, Encik Mazley bin Jamaludin. 3. Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-43. 4. Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan Tahunan PIBG berakhir 28.02. 2023. 5. Membentang dan Menerima Usul 6. Cabutan Bertuah 7. Ucapan Penangguhan.
KATA ALU-ALUAN PENASIHAT PIBG Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan taufik dan hidayahNya kita dapat bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 41 pada hari ini. Kecemerlangan sesebuah sekolah adalah hasil dari wujudnya kerjasama dan komitmen semua pihak. Ibu bapa dan guru perlu ada hubungan dan kerjasama yang jitu bagi menjamin kecemerlangan anak-anak.Setiap program perlu dirancang secara bersama agar hasilnya nanti menjadi nikmat selamanya. Bagi melahirkan murid yang cemerlang, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG sentiasa merancang pelbagai program untuk dilaksanakan demi kejayaan anak murid di sekolah ini.Teguran yang membina , pandangan dan sifat prihatin daripada ibu bapa amat perlu agar segala yang direncanakan mencapai kejayaan yang gemilang dan terbilang. Melalui kerjasama yang erat antara ibu bapa dan guru, segala kepayahan dan kesukaran yang menjadi penghalang kejayaan anak murid SKADA pasti dapat kita atasi. Marilah kita bersama-sama meningkatkan lagi kegemilangan Sekolah Kebangsaan Kampong Daching agar terus maju ke hadapan dalam semua lapangan. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada para guru, ajk PIBG, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat dalam mesyuarat ini. Semoga Allah memberikan kerahmatan kepada kita semua. Sekian, terima kasih. Daripada EN. HARUN ALRASHID BIN AB HADI Penasihat PIBG/Guru Besar SK Kampong Daching
KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dan kepujian hanya kepada Allah S.W.T. Selawat salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga serta sahabat-sahabat baginda. Tugas dan peranan PIBG di sesebuah sekolah adalah untuk menyokong dan membantu dalam bentuk kerjasama yang kuat dan erat dengan pihak pentadbiran. Kerjasama ini penting bagi memastikan hala tuju sesebuah sekolah tercapai. Organisasi ini adalah wadah penyambung untuk ibu bapa menyumbang bukan sahaja wang ringgit, malah tenaga, buah fikiran, dan masa kepada sekolah. Adalah menjadi visi utama PIBG untuk memberikan segala komitmen dan saling bergandingan dengan pihak sekolah untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul demi memajukan sekolah. Kerjasama dan komitmen yang tinggi dan jitu ini menjadi lambang kesepakatan antara guru dan ibu bapa. Marilah kita bersama-sama berdoa agar tahun 2022 ini menjanjikan kejayaan yang lebih cemerlang kepada SK Kampong Daching dan seluruh warganya. Akhir kata, saya mewakili semua barisan AJK memohon kemaafan sekiranya terdapat kekurangan selama kami menjalankan tugas sepanjang tahun 2021. Sekian terima kasih. Daripada MAZLEY BIN JAMALUDIN YDP PIBG SK KAMPONG DACHING
AHLI JAWATANKUASA INDUK MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 44 Penasihat : En. Harun Alrashid bin Ab Hadi(Guru Besar) Yang di Pertua : En. Mazley bin Jamaludin Naib yang di Pertua : En. Hasnoladie bin Bahari Setiausaha : En. Muhammad Nazri bin Mohamed Fauzi Penolong Setiausaha : Pn. Siti Fatimah binti Wahab Bendahari : En. Goh Chee Kean AJK Guru : En. Muhd Shukri bin Abd. Hamid Pn. Nur Adilah binti Azami AJK IBU BAPA : En. Asnizal Budiman bin Md. Ali Pn. Normalizwati binti Zainon Pn. Zurina binti Mohd. Deris En. Azrul Fahmi bin Abdul Rahman Pn. Nurul Huda binti Abas En. Muhd. Rafiuddin bin Ahmad Limit Pemeriksa Kira-kira : Pn. Norhaisah binti Omar Pn. Nurrafeah binti Harun
AHLI JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-44/2023 P/A SISTEM PENDAFTARAN En. Goh Chee Kean Pn. Norzahana bt.Shaharin En. Muhd Nazri b. Md. Fauzi Pn. Nurashikin bt. Abd Malik Ustaz Mohd Lutfi bin Ali PERSIAPAN DEWAN / PENTAS PENYAMBUT TETAMU En. Muhammad Nazri b. Md. Fauzi En. Harun Al-Rashid bin Ab. Hadi Pn. Munirah bt. Abdul Halim En. Mazley bin Jamaludin En. Kamarul Hisham b. Abd.Hamid En. Hasnoladie bin Bahari Pn. Siti Fatimah binti Wahab Pn. Malini a/p Vesuvanathan En. Muhd Sabri bin Abdul Jalil Pn. Hjh Siti Asiah binti Katan@Khalid JAMUAN IBU BAPA JURUGAMBAR Pn. Norhana bt Che Wan Seman En. Muhd Shukri bin Abd Hamid Guru KAP PERSEMBAHAN KESELAMATAN/LALU LINTAS Pn. Sharifah Munirah bt Mustapha Pengawal Keselamatan Sekolah BUKU PROGRAM JURUACARA En. Muhammad Nazri b. Md. Fauzi Pn. Wan Faridah bt. Wan Sulaiman Pn. Siti Zaida bt Mohd Tohid BACAAN DOA Ustaz Muhammad Hazim b. Rosli CABUTAN BERTUAH/HADIAH PENCATAT MINIT Pn. Suzilawati bt Ghazali Pn. Nurrafeah bt. Harun Pn. Ismayati bt. Omar Pn. Zurianita bt. Ab. Ghani Pn. Malini a/p Vesuvanathan
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG DACHING 71750 LENGGENG NEGERI SEMBILAN TEL/FAX: 03-87660433 Ruj. Kami : Bil(1) dlm SKKD PIBG 2023 Tarikh : 3 Mei 2023 Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru(PIBG) Sekolah Kebangsaan Kampong Daching 71750 Lenggeng Negeri Sembilan Yang Berbahagia Dato`/Datin/Tuan/Puan, NOTIS: MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-44 SK KAMPONG DACHING 2023 Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, dengan ini notis adalah disampaikan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru Sekolah Kebangsaan Kampong Daching bagi tahun 2023 akan diadakan pada: Tarikh : 20 Mei 2023 Masa : 8:30 pagi Hari : Sabtu Tempat : Dewan SKKD Agenda Mesyuarat: 1. Ucapan Yang DiPertua PIBG 2. Ucapan Penasihat PIBG 3. Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat Agung PIBG tahun 2022 4. Membentang dan menerima laporan kewangan PIBG bagi tahun kewangan 2022 5. Pembentangan usul 6. Ucapan Penangguhan. 2. Sehubungan dengan itu, semua ibu bapa/penjaga dipersilakan hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Sekolah Kebangsaan Kampong Daching bagi tahun 2023. Sekian, terima kasih. Yang menjalankan tugas, --------------------------------- (MUHAMMAD NAZRI B. MD FAUZI@JAZULI) Setiausaha, Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, Sekolah Kebangsaan Kampong Daching MINIT MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG DACHING KALI KE-43 2022 TARIKH : 2 JULAI 2022 HARI : SABTU MASA : 8:30 PAGI TEMPAT : DEWAN HJ SILIN, SK KAMPONG DACHING PERASMI : TN. HJ. MUSTAFA BIN SALIM PENGERUSI MAJLIS PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI PARLIMEN SEREMBAN AGENDA MESYUARAT 1.UCAPAN PENGERUSI (EN. HARUN ALRASHID B. ABDUL HADI) 1.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir ke mesyuarat agung kali ini. Beliau turut memperkenalkan diri beliau kepada hadirin. Beliau menyatakan tujuan mengadakan mesyuarat agung PIBG adalah untuk bertukar pendapat, cadangan serta idea baru dan juga untuk mencapai kata sepakat demi kecemerlangan dan kemenjadian murid-murid SK Kampong Daching. 2.UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG (EN. MAZLEY B JAMALUDIN) 2.1 YDP mengucapkan terima kasih kepada hadirin kerana dapat menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan menyertai mesyuarat agung kali ini. 2.2 Beliau berharap agar kerjasama erat antara ibu bapa, guru dan sekolah dapat diteruskan. 3.UCAPAN PENASIHAT PIBG (EN. HARUN ALRASHID B. ABDUL HADI) 3.1 Berharap hala tuju SKKD sempena pimpinan baru dapat dicapai. Beliau amat berharap kerjasama dan mengalukan sumbangan masa, tenaga dan kewangan daripada ibu bapa untuk memastikan program dan aktiviti sekolah dapat berjalan seperti yang dirancang. 3.2 Berharap ibu bapa bersepakat dalam menjayakan aktiviti di sekolah dengan mengalukan penglibatan mereka kerana bilangan guru SKKD sedikit. 3.3 Berharap agar ibu bapa yang hadir dapat menyampaikan amanat serta harapan Guru Besar kepada ibu bapa yang tidak hadir. 3.4 Menyatakan hala tuju SKKD berevolusi kea rah pendigitalan data. 3.5 Hala tuju beliau adalah lebih bertumpu kepada pembangunan prasarana ICT di dalam kelas dan bilik khas seperti pemasangan TV LCD. Bertujuan untuk menaik taraf kaedah pembelajaran sedia ada kepada pembelajaran secara digital sekaligus menjadikan PdPc lebih menarik. 3.6 Berhasrat menjadikan SKKD Warisan Minangkabau. beliau merancang untuk mengadakan aktiviti berkaitan dengan budaya Minangkabau seperti tarian piring, cak
lempong, silat dan sebagainya. Ianya seiring dengan focus kemenjadian murid bukan sahaja dalam bidang akademik, malah koakademik dan juga kokurikulum. 3.7 Memaklumkan aktiviti-aktiviti ini akan melibatkan ibu bapa, komuniti, komuniti serta pihak luar yang berkaitan. Beliau juga berharap ibu bapa dapat memberi ruang dan memberi sokongan kepada anak-anak. 3.8 Memaklumkan perancangan beliau yang mana akan membangunkan permainan seperti bola speak, takraw, bola jaring pada masa akan dating. Beliau mengalukan kepakaran daripada ibu bapa untuk melatih murid-murid SKKD. Guru-guru akan menjadi pemerhati serta pernyelaras sukan tersebut. Ianya sejajar untuk melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi JERIS. 4.PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 4.1 En. Mazley bin Jamaludin membentangkan minit mesyuarat kali ke-42. En. Azrul Fahmi mencadangkan minit mesyuarat disahkan. Pn. Nurul Huda binti Abas menyokong. 5. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN PIBG 5.1 En. Goh Chee Kean membentangkan Penyata Kewangan PIBG sehingga 28.02.2022(sila rujuk lampiran). 5.2 Disahkan oleh: En. Asnizal Budiman Bin Md. Ali Disokong oleh: Pn. Nurzaliza binti Razali 6. PEMBUBARAN DAN PELANTIKAN AJK PIBG 2022/2023 6.1 YDP membubarkan ahli jawatankuasa PIBG yang lalu. 6.2 Mesyuarat bersepakat melantik barisan AJK PIBG sesi 2022/2023 PENASIHAT : EN. HARUN AL RASYID BIN ABD HADI(GB) YANG DIPERTUA : EN. MAZLEY BIN JAMALUDIN NAIB YANG DIPERTUA : EN. HASNOLADIE BIN BAHARI SETIAUSAHA : EN. MUHAMMAD NAZRI B. MOHAMED FAUZI PENOLONG SETIAUSAHA : PN. SITI FATIMAH BINTI WAHAB BENDAHARI : EN. GOH CHEE KEAN AJK GURU: 1. EN. MUHD SHUKRI B. ABD. HAMID 2. PN. NUR ADILAH BT AZAMI AJK IBUBAPA: 1. EN. ASNIZAL BUDIMAN BIN MD ALI
2. PN. NORMALIZWATI BIN ZAINON 3. PN. ZURINA BINTI MOHD. DERIS 4. EN. AZRUL FAHMI BIN ABDUL RAHMAN 5. PN. NURUL HUDA BINTI ABAS 6. EN. MUHD. RAFIUDDIN BIN AHMAD LIMIT PEMERIKSA KIRA-KIRA: 1. PN. NORHAISAH BINTI OMAR 2. PN. NURRAFEAH BINTI HARUN 7. PEMBENTANGAN USUL 7.1 PEMBENTANGAN USUL DAN CADANGAN DARIPADA IBU BAPA 7.1.1 Daripada: En. Mohd Syariman bin Ismail Membina tempat duduk/ tempat menunggu ibubapa diluar pagar sekolah. Tindakan: Ibubapa boleh menggungakan tempat menunggu sedia ada didalam kawasan sekolah. Namun begitu, tempat menunggu tersebut adalah terhad untuk digunakan pada masa puncak 7.1.2 Daripada: Pn. Nuraisyah bt Abdullah Mohon ibubapa penjaga yang menghantar anak ke sekolah parking kereta tepi jalan besar jangan terlalu lama terutama pagi sebab menyebabkan sesak dijalan besar. Tindakan: Harap ibubapa dapat memberi kerjasama bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini. 7.1.3 Daripada: Nuir Ain Syafrina bt Razali Membasmi kes budi di sekolah, kes buli juga boleh melemahkan dan malas murid untuk ke sekolah. Tindakan: Setakat ini tiada laporan kes buli, Sekiranya ada kes buli berlaku, warga sekolah serta ibu bapa digesa bersama-sama membanteras.
7.1.4 Daripada: Nur Eimy Asmida i- Menugaskan seorang pengawal keselamatam mengawal lalu lintas di jalan utama semasa waktu puncak. Tindakan: Telah dijalankan dimana, seorang pengawal akan mengawal lalu lintas ii- Memohon daripada kerajaan untuk membesarkan laluan masuk ke sekolah Tindakan: Adalah amat sukat untuk membesarkan jalan kerana jalan tersebut berstatus tanah persendirian. 7.1.5 Daripada: Nur Hidayah bt Mohd Yusuf Mohon pihak sekolah memberi peluang kepada murid dari tahun 1 hingga tahun 6 untuk menyertai pertandingan atau aktiviti yang diadakan di peringkat negeri Sembilan seperti disekolah-sekolah lain. Tindakan: Sebelum ini, kekangan PKP , jadi penglibatan murid adalah terhad. Penglibatan murid adalah bergantung kepada pertandingan yang disertai oleh sekolah. Kebiasaannya murid tahap 1 jarang terlibat dalam pertandingan kokurikulum. 7.1.6 Daripada: En. Lutfi Hadi Adakah sekolah ada perancangan untuk membuat hari sukan. Tindakan: Sukan akan dijalankan pada bulan Oktober. 7.1.7 Daripada: En. Ahmad Rafiuddin Longkang di tepi jalan besar di tutup menggunalan konkrit atau besi. Ini kerana kebimbangan ibubapa terhadap keselamatan anak-anak. Membina laluan susur gajah sepanjang jalan untuk masuk ke dalam kawasan sekolah. Untuk memastikan anak-anak lebih berdisiplin. Tindakan: Guru besar menyambut cadangan dengan baik dan PIBG akan berbincang dengan komuniti.
7.2 PEMBENTANGAN GURU BESAR 7.2.1 JADUAL SESI PEMBELAJARAN KAFA Jadual persekolahan sesi pagi telah dirombak dan ada perubahan waktu pulang dari sekolah. GB mencadangkan sesi pembelajaran KAFA diteruskan sebaik sahaja sesi persekolahan pagi tamat. Murid akan rehat, makan dan solat pada 30 minit permulaan sesi KAFA. 7.2.2 WAKTU AKTIVITI KOKURIKULUM Waktu pelaksanaan aktiviti kokurikulum juga akan berlangsung sebaik sahaja sesi persekolahan pagi tamat. Bermula pada jam 1.05 petang hingga 3.05 petang. 7.3 PEMBENTANGAN PK KOKURIKULUM (PN. SITI ASIAH BT KATAN@KHALID) 7.3.1 SUKAN TAHUNAN Sukan Tahunan SKKD akan diadakan pada bulan Oktober. Buat masa sekarang, tumpuan lebih diberikan kepada pertandingan sukan peringkat daerah (MSSD). 7.3.2 AKTIVITI KOKURIKULUM MINGGUAN Beliau memaklumkan bahawa aktiviti kokurikulum telah berlangsung sebanyak 10 kali. Bermula Julai, waktu aktiviti kokurikulum akan berubah bermula jam 1.05 petang hingga 3.05 petang. Murid-murid mengurus diri pada 30 minit permulaan waktu kokurikulum. 7.3.3 PAJSK Pajsk bertujuan untuk memastikan pencapaian murid-murid seimbang antara akademik dan kokurikulum. Sekurang-kurangnya murid perlu mendapat “B” dalam PAJSK. Ibubapa harus memastikan murid-murid hadir ke sekolah penuh untuk aktiviti kokurikulum iaitu 36 kali setahun. Ini adalah untuk memastikan murid mendapat markah penuh iaitu 40 markah. Ibubapa hendaklah menggalakkan anak-anak melibatkan diri dan menyertai pertandingan tidak kira peringkat sekolah atau seterusnya. murid akan mendapat markah mengikut peringkat penyertaan. Pencapaian dalam peringkat sekolah penting untuk murid mendapat markah dalam PAJSK. En. Azrul Fahmi mencadangkan mewujudkan sukan utama mengikut jantina murid seperti bola sepak untuk murid lelaki dan bola jarring untuk murid perempuan.
Guru besar menyatakan bahawa sekolah dalam proses untuk membina pasukan dan fasiliti bagi bola jaring dan bola sepak. Dalam fasa pembangunan perlukan perancangan dan latihan. Ini adalah untuk memastikan pasukan SKKD mampu menjadi pesaing kepada pihak lawan bukan sekadar penyertaan sahaja. GB memaklumkan, setiap sukan yang disertai dikenakan yuran untuk penyertaan. Oleh yang demikian, pihak sekolah akan meminta sumbanga kewangan daripada pihak PIBG terutama sekali apabila melibatkan jumlah yang besar. 7.4 HAL EHWAL MURID (EN. MOHAMAD SABRI B ABDUL JALIL) 7.4.1 Kehadiran murid ke sekolah Halatuju HEM adalah berkaitan dengan kehadiran murid. Sejak endamek covid, KPM memberi kelonggaran kehadiran. Namun, pihak sekolah telah membuat sehabis baik untuk mengekang jangkitan di Kawasan sekolah. Kehadiran murid sekarang agak mendukacitakan. Ramai murid yang kerap tidak hadir ke sekolah. Murid yang benar-benar tidak sihat sahaja tidak perlu hadir ke sekolah. Sekiranya tiada makluman tentang sebab ketidakhadiran, akan dicatatkan sebagai tiada sebab atau ponteng. Oleh itu, ibubapa boleh maklumkan kepada guru kelas secara whatsapp, telegram atau surat tunjuk sebab jika anak-anak tidak dapat hadir ke sekolah. 7.4.2 Disiplin Jika berlaku masalah disiplin di luar kawasan sekolah yang melibatkan murid SKKD, ibu bapa atau komuniti boleh memaklumkan kepada pihak sekolah. Ibubapa hendaklah menegur anak supaya tidak membeli gula-gula getah di luar sekolah. Kurangkan makanan yang tidak berkhasihat. 7.4.3 Nilai murni S- SENYUM, keluarga SKKD sentiasa memberikan senyuman manis kepada semua orang K-KASIH SAYANG, sentiasa menunjukkan perasaan kasih saying kepada semua orang malah makhluk lain juga A-ADAB DAN SOPAN, sentiasa menghormati antara satu sama lain dan juga membudayakan memberi salam D- DISIPLIN, berdisiplin dari segi tingkah laku, pemakaian, pembawaan diri
A-ALHAMDULILLAH, sentiasa bersyukur walau dalam apa jua keadaan 7.4.4 APDM Sekiranya ada perubahan maklumat peribadi seperti bertukar no telefon, pekerjaan, berpindah rumah dan apa sahaja maklumat perlu dimaklumkan kepada guru kelas. Ini kerana guru kelas akan mengemaskini dalam sisetm APDM. 7.4.5 Medium saluran maklumat Saluran maklumat sekolah adalah melalui whassup, telegram dan juga facebook. Mohon ibubapa jangan keluar group kerana itu adalah medium yang digunakan untuk menyampaikan maklumat. Harapan HEM, jalinan erat antara ibubapa , guru dan sekolah dapat merealisasikan kemenjadian murid seperti yang diinginkan. Pintu sekolah sentiasa terbuka untuk ibubapa sekiranya ada aduan, makluman atau isu yang melibatkan murid. 8. KURIKULUM (EN. HARUN AL-RASHID B. ABD HADI) 8.1 JADUAL WAKTU Perubahan jadual waktu adalah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh KPM yang mana untuk tahap 1 sebanyak 4 subjek sehari manakala untuk tahap 2 sebanyak 5 subjek sehari, Oleh yang demikian, tiada isu beg berat berlaku di kalangan muridmurid SKKD. Untuk sesi KAFA pula, ibu bapa boleh menghantar beg sekolah KAFA atau bekal makanan kepada murid di antara waktu pertukaran sesi persekolahan. GB berharap ibu bapa dapat memantau anak-anak di rumah menyusun buku mengikut jadual supaya tidak berlaku kesilapan atau beg berat. 8.2 PBD GB menegaskan PBD amat penting kerana ia menggantikan peperiksaan dan mengukur pencapaian kurikulum murid. Oleh itu, murid perlu hadir ke sekolah untuk dinilai dan ditaksir. Jika tidak, penilaian dan pentaksiran tidak dapat dijalankan. Penilaian formatif untuk akhir tahun akan dijalankan bagi 5 subjek tahap 1 iaitu BM, BI, MT, SN ,PAI. Tahap 2 BM, BI, MT,SM, PAI, SEJ. 9. PERKARA BERBANGKIT
8.1 Sumbangan PIBG tahun 2022/2023 dicadangkan oleh Pn. Paezah binti Andilala sebanyak RM100 setiap satu keluarga yang disokong oleh En. Lokman bin Amir Hamzah. 8.2 Mesyuarat menyokong sebulat suara sumbangan PIBG sebanyak RM100. 10. PENANGGUHAN MESYUARAT 10.1 Guru besar memaklumkan bahawa beliau akan menjenamakan SKKD. Beliau mencipta sorakan untuk menaikkan semangat warga SKKD. 10.2 YDP menyarankan sumbangan PIBG untuk sesi persekolahan 2023/2024 dipungut pada awal tahun persekolahan. Tujuannya untuk memudahkan sekolah melaksanakan program. Cadangan ini disokong oleh En. Syahriman bin Ismail dan tiada bantahan daripada pihak ibu bapa yang hadir. 10.3 YDP mencadangkan satu program diadakan diantara ibu bapa dan guru-guru untuk menceriakan kelas. 10.4 YDP mengucapkan terima kasih kepada semua ibubapa yang dapat hadir. Beliau berharap para ibu bapa dapat memberi sumbangan kepada sekolah dari segi masa, tenaga dan kewangan demi kecemerlangan anak-anak. Mesyuarat ditangguhkan pada 11:53 pagi. Pencatat 1. Pn. Nurrafeah binti Harun 2. Pn. Siti Fatimah binti Wahab Disediakan oleh, Disahkan oleh, ……………………………….. ……………………….. (MUHD NAZRI B. MD. FAUZI@JAZULI) (MAZLEY BIN JAMALUDIN) Setiausaha PIBG, YDP PIBG SK Kampong Daching SK Kampong Daching
AJK PIBG SESI 2022/2023 Keputusan lantikan AJK PIBG Sesi 2022/2023 seperti berikut : Ex Officio : Guru Besar SK Kampong Daching Yang di Pertua : En. Mazley bin Jamaludin Naib Yang di Pertua : En. Hasnoladie bin Bahari Setiausaha : En. Muhammad Nazri bin Mohamed Fauzi@Jazuli Pen. Setiausaha : Pn. Siti Fatimah binti Wahab Bendahari : En. Goh Chee Kean AJK Ibu Bapa : En. Asnizal Budiman bin Md. Ali Pn. Normalizwati binti Zainon Pn. Zurina binti Mohd. Deris En. Azrul Fahmi bin Abdul Rahman Pn. Nurul Huda binti Abas En. Muhd. Rafiuddin bin Ahmad Limit AJK Guru : En. Muhd Shukri bin Abd. Hamid Pn. Nur Adilah binti Azami Pemeriksa Kira-kira : Pn. Norhaisah binti Omar Pn. Nurrafeah binti Harun
Penyata Kewangan PIBG
Usul-usul ibu bapa:
SEKALUNG BUDI Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita; Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta. Jika ada sumur di ladang, Boleh kita menumpang mandi; Jika ada umur yang panjang, Boleh kita berjumpa lagi. TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN