The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rizal080483, 2022-05-27 02:27:51

MESYUARAT AJK PIBG KALI PERTAMA 2021/2022

MINIT MESYUARAT AJK 1 20212022

PERSATUAN IBU BAPA-GURU ( PIBG )

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BELIMBING

45000 KUALA SELANGOR, SELANGOR DARUL EHSAN.
Kod Sek : BBA3013 Tel/Fax : 03-32896787 No PIBG : SEL 192
(No. Pendaftaran : SEL : 192)

MINIT MESYUARAT
MESYUARAT AJK PIBG KALI PERTAMA

BAGI SESI 2021/2022

Tarikh : 29 November 2021
Hari : Isnin
Masa : 3.00 petang
Tempat : Pusat Sumber Sekolah SKBB
Kehadiran : 14 orang ahli termasuk pentadbir (rujuk lampiran)

1.0 TAZKIRAH

1.1. Tuan Penasihat memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab dan
menyampaikan hadis (Hadis 40, Tajuk Pertama) berkenaan ganjaran dan juga
kelebihan orang yang belajar dan mengajar Al- Quran. (Riwayat Bukhari, Abu
Daud, Tarmizi, Nasaie dan Ibnu Majah)
Tindakan : Makluman

1.2. Beliau memaklumkan bahawa penyampaian tazkirah ini akan dilaksanakan
dalam setiap mesyuarat, sama ada mesyuarat guru mahupun mesyuarat AJK
PIBG.
Tindakan : Makluman

2.0 PERUTUSAN PENGERUSI

2.1. Yang Dipertua PIBG mengalu- alukan kehadiran semua AJK PIBG dan juga AJK
Guru yang baharu dilantik dengan ucapan selamat datang dan juga terima kasih
kerana dapat hadir ke Mesyuarat AJK PIBG Kali Pertama bagi sesi 2021/2022
pada petang ini.
Tindakan : Makluman

2.2. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas kerjasama dan
komitmen yang telah diberikan dalam menyambut kehadiran dan memastikan
keberadaan anak- anak di sekolah sentiasa mematuhi SOP yang telah
digariskan oleh KPM.
Tindakan : Makluman

2.3. Beliau juga memuji dan berterima kasih atas inisiatif Tuan Guru Besar yang telah
memberikan penerangan kepada Ibu Bapa/ Penjaga dalam bentuk video pendek.
Ini amat memudahkan Ibu Bapa/ Penjaga untuk memahami isi maklumat yang
ingin disampaikan.
Tindakan : Makluman

1

2.4. Untuk makluman di dalam mesyuarat ini nanti akan membincangkan tentang
sambutan majlis khusus untuk Cikgu Mohamad kerana beliau telah bersara dan
beliau juga merupakan Bendahari PIBG sebelum ini.
Tindakan : Makluman

2.5. Beliau juga ingin mendapatkan respon Tuan Guru Besar mengenai PDPR. Ini
kerana beliau perhatikan di dalam group whatsApp PDPR sudah tidak semeriah
dahulu dengan guru- guru memberikan tugasan kepada anak murid.
Tindakan : Tuan Guru Besar

3.0 PERUTUSAN PENASIHAT

3.1. Memulakan ucapan dengan salam, terima kasih dan tahniah kepada AJK PIBG
dan AJK Guru yang baharu dilantik.
Tindakan : Makluman

3.2. Beliau memaklumkan bahawa PIBG SKBB telah dicalonkan untuk Penilaian
Akhir Pengurusan PIBG/ PIBKS Terbaik, namun atas sebab- sebab tertentu yang
tidak dapat dielakkan sekolah terpaksa menarik diri. Namun akan lebih bersedia
untuk tahun yang akan mendatang sekiranya tercalon lagi. Sekiranya berjaya
mendapat anugerah maka sekolah akan lantik dan melatih SU PIBG yang
baharu.
Tindakan : Makluman

3.3. Berkenaan dengan perkara 2.4 di atas. Beliau ingin memaklumkan bahawa
Encik Mohamad Bin Md Ali telah bersara wajib dan beliau merupakan Bendahari
PIBG sebelum bersara. Untuk itu Encik Faizal Bin Masoud telah dilantik
sebagai Bendahari PIBG yang baharu dan Setiausaha akan membuat
proses penukaran tandatangan cek.
Tindakan : SU PIBG

3.4. Untuk makluman semua, PIBG masih lagi menggunakan AKAUN SEMASA di
HONG LEONG BANK Cawangan Kuala Selangor dan untuk urusan
pengeluaran wang, cek tersebut adalah WAJIB ditandatangani oleh En. Faizal
Bin Masoud (Bendahari) dan dua penama berikut iaitu sama ada En.
Bakhtiar Bin Fadzil (Yang Di Pertua) atau En. Rezal Bin Rahmat
(Setiausaha).
Tindakan : SU PIBG

3.5. Respon beliau terhadap perkara 2.5 di atas. Beliau menjelaskan kepada para
AJK PIBG bahawa selepas sekolah dibuka semula maka PDPR sudah tiada
kerana guru- guru hanya fokus kepada keberadaan murid- murid di sekolah.
Namun ini tidak bermakna murid- murid yang di rumah diabaikan. Guru- guru
masih memberikan tugasan kepada mereka cukup untuk sekadar mereka
membuat ulangkaji atau pembelajaran kendiri.
Tindakan : Makluman

3.6. Beliau memaklumkan kepada semua AJK PIBG bahawa setiap AJK akan dapat
satu fail putih (Fail Am 435) bagi menyimpan maklumat berkaitan minit
mesyuarat, surat-menyurat dan lain- lain maklumat yang berkaitan dengan PIBG.
Fail ini akan diedarkan pada setiap kali mesyuarat dan perlu dikembalikan
selepas tamat mesyuarat untuk disimpan oleh SU bagi mengelakkan keciciran.
Tindakan : AJK PIBG

2

3.7. Untuk makluman semua, pihak sekolah ada membuat permohonan kepada PIBG
untuk Perbelanjaan Pengurusan Sekolah (untuk kegunaan murid- murid). Hasil
dapatan dari pemantauan Pihak Nazir pada bulan Oktober yang lalu terdapat
dua permasalahan yang masih belum selesai sehingga kini :

3.7.1. Masalah pertama berkenaan tandas murid dan tandas guru yang
melibatkan kerosakan 10 kepala paip dan juga 6 pam tandas. Pihak
sekolah telah membuat permohonan kepada PIBG untuk mendapatkan
bajet sebanyak RM800 untuk kos pembaikan dan juga upah. Dalam
masa yang sama pihak sekolah juga ada membuat permohonan kepada
PPD, namun kebiasaannya PPD akan menunggu peruntukan dan
sekiranya tiada maka pihak sekolah perlu menanggung kos itu sendiri.
Tindakan : AJK PIBG

3.7.2. Masalah kedua merupakan Pemadam Api sebanyak 38 balang yang
telah tamat tempohnya. Kos keseluruhan bagi pengisian semula
keseluruhan Pemadam Api ini adalah sebanyak RM1520 (RM40/balang).
Setelah diteliti akaun PIBG yang terkini, beliau memohon agar sekurang-
kurangnya PIBG meluluskan bajet untuk pengisian semula 7 balang
Pemadam Api dahulu yang bernilai RM280 sahaja. Buat pengisian
semula secara berdikit- dikit. In sya Allah selepas beberapa tahun akan
dapat pengisian semula kesemua balang Pemadam Api tersebut.
Tindakan : AJK PIBG

3.8. Beliau menjelaskan bahawa terdapat 5 program dalam setahun yang wajib PIBG
laksanakan dengan kerjasama sekolah. Program tersebut adalah; 1. Sukan
Tahunan 2. Hari Anugerah Kecemerlangan 3. Hari Kanak- Kanak 4.
Perkhemahan 5. Hari Terbuka/ Hari Bertemu Pelanggan (1 program Akademik, 1
program HEM dan 3 program Kokurikulum). PPD akan minta laporan mengenai
keterlibatan ibu bapa/ penjaga dalam setiap program tersebut dan keterlibatan
ibu bapa/ penjaga mesti melebihi 60%.
Tindakan : Makluman

3.9. Beliau juga menjelaskan bahawa sepatutnya PIBG ada Takwim Tahunan PIBG
bagi tahun 2021 seperti yang telah beliau rancang ;

3.9.1. Menyedia dan memasang papan tanda SKBB bernilai RM1500
menggunakan dana yang sekolah cari.

3.9.2. Naik taraf tempat meletak kenderaan guru yang tidak melibatkan dana
PIBG.

3.9.3. Mengecat bangunan sekolah dengan peruntukan daripada PIBG
sebanyak RM5000. Beliau mengucapkan terima kasih atas kerjasama
semua (PIBG dan guru- guru) dalam membantu mengecat bangunan
sekolah sehingga mendapat pujian pelawat dan juga masyarakat luar.

3.9.4. Pelebaran pentas di tapak perhimpunan tanpa melibatkan dana PIBG.
3.9.5. Menaik taraf batasan tanaman sayur SKBB supaya nampak lebih kemas

dan tersusun dengan menggunakan lebihan dana RM5000 yang PIBG
beri untuk mengecat bangunan.

3

3.9.6. Membaiki bumbung stor peralatan yang telah sangat uzur bagi
memastikan peralatan yang disimpan di situ terjaga rapi. Terima kasih
diucapkan kepada Encik Nor Hidayat dan juga Encik Faizal atas usaha
mendapatkan dana walaupun terdapat sedikit salah faham.

3.9.7. Pemasangan televisyen untuk setiap kelas kecuali kelas 5 Maju. Terima
kasih diucapkan kepada PIBG atas usaha mencari dana televisyen ini.
Ianya sangat membantu dan sangat bermanfaat.

3.9.8. Pembinaan Dewan Terbuka sumbangan YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar
bernilai RM100000. Pihak kontraktor menyumbang kepada sekolah
sebanyak RM5000.

3.9.9. Pembinaan laluan sehala ketika hari hujan dari pagar utama ke pagar Pra
Sekolah Pelangi dan ada mendapat sumbangan dana dari Encik Nordin
sebanyak RM200 untuk kegunaan laluan sehala ini.
Tindakan : Makluman

3.10. Sebagai tambahan untuk 5 program wajib PIBG bagi tahun 2022 beliau
mencadangkan agar dilaksanakan ;

3.10.1. Projek Kebun Digital- mewujudkan QR Code bagi setiap tanaman
sayuran di batasan SKBB yang telah dinaik taraf. Ini bagi memudahkan
murid- murid dan pelawat mendapatkan maklumat tanaman. SKBB juga
berpeluang untuk masuk pertandingan dan cuba mencipta nama.

3.10.2. Projek Pelebaran Pentas Perhimpunan- Pentas ini akan diletakkan
mosaic/ tile. Pihak sekolah ada menghantar permohonan pada YB Tan
Sri Noh sebanyak lebih kurang RM25000 semasa Mesyuarat Agung
Tahunan yang baru lepas.

3.10.3. Projek menaik taraf Taman Belimbing- Akan diperindah dan
dipercantikkan lagi dengan dinaikkan tarafnya menjadi taman dan
diletakkan kerusi untuk bersantai di bawah pokok belimbing tersebut.

3.10.4. Projek Kolam Ikan- Sudah cantik namun perlu ditambah baik dengan
penambahan air terjun dan hiasan bunga- bungaan. Puan Norsidah ada
menyumbang kayu- kayu pagola dan kayu- kayu ini akan dibinakan
pondok bersebelahan dengan kelas Tahun 4 Maju.

3.10.5. Projek Pintu Pagar di padang sekolah- Akan dinaik taraf dan
diperindahkan lagi dengan pembinaan pagar dari tiang- tiang roman yang
cantik. Projek ini akan menggunakan khidmat kontraktor yang serba tahu
Tindakan : AJK PIBG

3.11. Beliau mencadangkan agar PIBG mengeluarkan surat kepada penjaga untuk
menyumbang lampu bertenaga solar dalam bentuk tunai bernilai RM100
termasuk upah pemasangan lampu untuk dipasang di bawah Dewan Terbuka.

Tindakan : SU PIBG

3.12. Berkaitan dengan Mesyuarat AJK- Beliau mencadangkan agar mesyuarat
membuat keputusan menetapkan kos Mesyuarat AJK sebanyak RM150 bagi
satu mesyuarat. Dalam setahun 4 kali mesyuarat berjumlah RM600.

Tindakan : AJK PIBG

4

3.13. Berkaitan dengan Elaun untuk SU dan Bendahari- Beliau mencadangkan supaya
SU dan Bendahari diberikan elaun/ token secara one- off sebanyak RM500
setahun. Namun beliau menyerahkan kepada ahli mesyuarat untuk membuat
keputusan.

Tindakan : AJK PIBG

4.0. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

4.1. Tiada.

Tindakan : Makluman

5.0 PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN

5.1. Beliau meminta agar semua AJK merujuk kepada Penyata Kewangan yang
berakhir Disember 2020 yang telah beliau edarkan sebelum mesyuarat tadi.
Tindakan : Makluman

5.2. Baki akaun berakhir Disember 2020 adalah sebanyak RM28,514.79.
Tindakan : Makluman

5.3. Bahagian Penerimaan ; Pada 10 Mac 2021 ada membuat kutipan PIBG
sebanyak RM6,996 dan ada mendapat sumbangan dari Ahli Parlimen Tanjong
Karang sebanyak RM100,000 (Dewan Terbuka) dan juga RM7,000 (RM5,000
PIBG dan RM2,000 BAKE) pada 26 Oktober 2021. Jumlah penerimaan bagi
tahun 2021 adalah sebanyak RM142,510.79.
Tindakan : Makluman

5.4. Bahagian Perbelanjaan ; Terdapat beberapa perbelanjaan yang melibatkan
jumlah yang kecil. Beliau hanya menekankan pada perbelanjaan dalam jumlah
yang besar seperti pembayaran kontraktor untuk pembinaan Dewan Terbuka
dalam jumlah RM10,000, RM40,000 dan juga RM50,000. Beliau menyatakan
bahawa jumlah perbelanjaan dalam tahun 2021 sebanyak RM107,486.12
meninggalkan baki dalam akaun PIBG sebanyak RM35,024.67.
Tindakan : Makluman

5.5. Duit PIBG ; Baki duit sebenar PIBG bagi tahun 2020 adalah sebanyak
RM12,684.17 dan ditambah dengan sumbangan Ahli Parlimen Tanjong Karang
sebanyak RM5000 menjadikan jumlah keseluruhan duit PIBG sebanyak
RM17,684.17.
Tindakan : Makluman

5.5. Tuan Guru Besar menjelaskan bahawa Penyata Akaun PIBG yang
dibentangkan oleh Encik Faizal sebentar tadi terbahagi kepada dua ; 1. Akaun
Induk PIBG (bercampur dengan semua duit yang lain). 2. Akaun PIBG (duit
sumbangan ahli dan Ahli Parlimen Tanjong Karang) inilah duit sebenar untuk
akaun PIBG. Duit yang lain hanyalah menumpang dalam akaun PIBG sahaja.
Jadi PIBG tidak boleh menggunakan duit- duit yang lain tersebut.
Tindakan : Makluman

5

5.6 Terdapat beberapa Akaun Tumpang dalam Akaun PIBG antaranya ;
1. Akaun Surau (RM4,980). 2. Akaun Hari Anugerah Kecemerlangan (RM1,530).
3. Akaun Kegiatan Panitia (RM1,520). 4. Akaun Kecemerlangan Tahun 6 (RM0).
5. Akaun Hari Kanak- Kanak (RM453). 6. Akaun Sumbangan (RM5,000- PIBG &
RM2,000- BAKE). 7. Kertas Ujian (RM5,430). 8. Akaun Keceriaan Kelas (RM0).
9. Akaun Sukan (RM1,530).
Tindakan : Makluman

5.7. Sekolah hanya akan memohon bajet kepada PIBG sekiranya duit dalam akaun
tumpang tersebut tidak mencukupi. Terdapat 3 cara untuk menampung
kekurangan bajet tersebut, sama ada dengan memohon sumbangan, memohon
dana PIBG atau kutipan dana luar.
Tindakan : AJK PIBG

5.8. Beliau menjelaskan lagi, ketika Mesyuarat Agung PIBG tidak perlu dinyatakan
berkenaan Akaun Tumpang tersebut. Cukup sekadar Bendahari
membentangkan Akaun Induk dan juga Akaun PIBG sahaja. Hanya AJK sahaja
yang perlu tahu tentang kewujudan Akaun Tumpang tersebut.
Tindakan : Bendahari PIBG

6.0. PERSIAPAN MAJLIS PERSARAAN CIKGU MOHAMAD

6.1. Encik Rezal memaklumkan kepada semua AJK bahawa pihak BAKE akan
menganjurkan Majlis Tautan Kasih Sanjungan Budi sempena persaraan Cikgu
Mohamad. Majlis ini digabungkan sekali dengan Majlis Perpisahan Cikgu Syed
Samsulshah dan Ustaz Abdul Shahid serta Majlis Jamuan Akhir Tahun SKBB (4
program dalam 1 majlis).
Tindakan : Makluman

6.2. Majlis akan dilaksanakan pada 9 Disember di Dewan Terbuka SKBB pada
asalnya, namun disebabkan ada halangan maka VI Boutique Hotel Pasir
Penambang menjadi pengganti. Tentatif program seperti yang dilampirkan di
dalam fail.
Tindakan : Makluman

6.3. Beliau memohon sedikit peruntukan dari PIBG bagi menampung perbelanjaan
Majlis tersebut kerana Cikgu Mohamad merupakan Bendahari PIBG sebelum ini
yang berjumlah RM2,170.
Tindakan : AJK PIBG

7.0 HAL- HAL LAIN

7.1. YDP dengan persetujuan AJK memutuskan untuk memberi hadiah kepada yang
bersara dengan jumlah RM300. Manakala untuk guru yang berpindah nilai
hadiahnya RM100 setiap seorang. Dan AJK PIBG juga ada buat kutipan
bersama untuk memberi hadiah kepada yang bersara dan berpindah.
Tindakan : Bendahari PIBG

6

7.2. Maklum balas Tuan YDP berhubung perkara 6.3 di atas ; Memandangkan Majlis
ini merupakan anjuran bersama BAKE maka PIBG akan berkongsi bajet dengan
BAKE. Dengan persetujuan AJK, YDP meluluskan sebanyak RM900 untuk
jamuan makan dan RM500 untuk pembelian hadiah bagi yang diraikan dengan
menggunakan duit sumbangan Ahli Parlimen. Manakala BAKE akan
menampung perbelanjaan yang selebihnya.
Tindakan : Bendahari BAKE

7.3. Puan Rozita memaklumkan bahawa setakat ini masih lagi belum bersedia
dengan kertas kerja Hari Anugerah Kecemerlangan dan masih belum pasti lagi
dengan jumlah perbelanjaan yang sebenarnya. Jadi sekolah akan gunakan
peruntukan yang ada dahulu, sekiranya tidak mencukupi sekolah akan membuat
permohonan kepada PIBG.
Tindakan : Makluman

7.4. Tuan Guru Besar memaklumkan kepada semua, HAK akan gunakan dahulu
bajet sedia ada. Permohonan kepada PIBG akan dibuat sekiranya bajet tidak
mencukupi. Beliau memaklumkan kepada semua AJK bahawa selepas ini
sekiranya permohonan dibuat maka tidak perlu persetujuan dalam mesyuarat,
kerana semua AJK PIBG sudah sedia maklum.
Tindakan : AJK PIBG

7.5. Tuan YDP menyatakan bahawa rancangan dan juga cadangan Tuan Guru Besar
berkenaan Takwim PIBG tadi sangat menarik dan terbaik. Sehubungan dengan
itu Tuan YDP mencadangkan agar sekolah membuat satu blog, portal atau
laman web sebagai pendedahan kepada ibu bapa/ penjaga atau orang luar
mengenai aktiviti yang telah dijalankan di sekolah.

- Tuan Guru Besar akan meminta bantuan Juruteknik sekolah sekiranya beliau
boleh membangunkan laman web/ blog khusus untuk PIBG. Beliau juga
meminta bantuan Puan Norsidah untuk membantu dan memantau Juruteknik
dalam membangunkan laman web/ blog tersebut.
Tindakan : Tuan Guru Besar/ Puan Norsidah

7.6. Maklum balas Tuan YDP berkenaan perkara 3.6.1 di atas ; Tuan YDP dengan
persetujuan semua ahli bersetuju sebulat suara meluluskan kos pembaikan
kepala paip dan juga pam tandas berjumlah RM800 dan juga pengisian semula
balang Pemadam Api berjumlah RM280 dengan menggunakan duit sumbangan
Ahli PIBG.
Tindakan : Bendahari PIBG

7.7. Maklum balas Tuan YDP berkenaan perkara 3.11 di atas ; Tuan YDP dan semua
AJK sebulat suara bersetuju meluluskan peruntukan kos sebanyak RM150 bagi
setiap kali mesyuarat AJK yang dilaksanakan dan jumlah semua adalah RM600
untuk 4 kali mesyuarat AJK setahun dengan menggunakan duit sumbangan Ahli
PIBG..
Tindakan : Bendahari PIBG

7

7.8. Maklum balas Tuan YDP berkenaan perkara 3.12 di atas ;Tuan YDP dan AJK
PIBG sebulat suara meluluskan elaun sebanyak RM500 bagi tahun 2021
sebagai token/ tanda penghargaan kepada Setiausaha dan juga Bendahari atas
kerjabuat yang dilakukan oleh mereka dengan menggunakan duit sumbangan
Ahli Parlimen.
Tindakan : Bendahari PIBG

7.9. Puan Siti Mahani bertanya tentang hadiah untuk murid- murid yang menyertai
pertandingan dalam Program Bulan Kemerdekaan yang lalu kerana ada ibu
bapa/penjaga yang bertanya mengenainya.

- Puan Rozita selaku PK Kokurikulum memaklumkan bahawa duit untuk
pembelian hadiah sudah ada cuma hadiahnya sahaja yang masih belum
dibeli lagi. In sya Allah dalam masa terdekat semua hadiah akan diberikan
kepada murid yang berjaya dalam pertandingan Program Bulan
Kemerdekaan tersebut.
Tindakan : Makluman

7.10. Puan Siti Mahani bertanya mengenai baju sukan sekolah murid- murid. Ini
kerana kebanyakan murid memakai baju sukan yang lama dan sudah tidak
berapa muat dan selesa untuk dipakai.

- Encik Nor Hidayat menjawab pertanyaan tersebut dengan memaklumkan
bahawa telah membuat bayaran baju sukan namun semua pesanan baju
sukan untuk tahun 2021 ini akan dibawa ke tahun hadapan dan guru- guru
akan meminta ukuran saiz baju yang terkini dari murid- murid semua. Hanya
murid tahun 6 yang akan pindah ke tingkatan satu telah mendapat baju
sukan.
Tindakan : Makluman

7.11. Puan Siti Mahani bertanya tentang yuran tahun hadapan. Beliau dimaklumkan
bahawa murid tahun 6 awal tahun hadapan akan masih berada pada tahun 6.
Jadi beliau bertanya tentang status pembayaran yuran tersebut.

- Encik Nor Hidayat memaklumkan bahawa pada tahun hadapan semua murid
bermula dari tahun 1 hingga tahun 6 akan masih berada di kelas yang sama
seperti tahun ini. Mereka akan naik kelas pada bulan Mac. Makanya
pembayaran yuran tahun hadapan hanya akan dikutip pada bulan Mac, In
sya Allah.
Tindakan : Makluman

7.12. Puan Norsidah (PK HEM) memaklumkan kepada semua bahawa beliau ada
mengedarkan borang bantuan untuk ibu bapa/ penjaga isi pada minggu lepas
dan perlu dikembalikan ke sekolah pada 25 November 2021, hari Khamis untuk
guru- guru kelas mengemaskini dalam sistem APDM. Namun borang bantuan
yang dikembalikan ke sekolah amat sedikit dan beliau beranggapan ibu bapa/
penjaga yang tidak kembalikan borang bantuan tersebut memang tidak berminat
dengan bantuan yang bakal diberi kelak. Ada juga ibu bapa/ penjaga yang tidak
berpuas hati dengan tempoh masa yang telah diberikan, namun beliau masih
tetap memberikan masa tambahan untuk ibu bapa/ penjaga tersebut menghantar
borang bantuan. Tetapi sehingga hari ini, ibu bapa/ penjaga tersebut masih lagi

8

belum mengembalikan borang bantuan ke sekolah. Pengisian borang ini sangat
penting dan sekiranya guru- guru mengemaskini dalam sistem tanpa borang
tersebut, Guru Besar boleh dikenakan surcaj. Sehubungan dengan itu beliau
memohon bantuan AJK PIBG untuk menjelaskan perkara ini kepada ibu bapa/
penjaga di luar.

Tindakan : Makluman

7.13. Proses pemilihan RMT juga telah selesai. Pemilihan murid KWAPM juga akan
menggunakan borang bantuan tersebut. Permohonan KWAPM ini tidak akan
boleh diproses sekiranya boran bantuan ini tidak diisi dan dikembalikan ke
sekolah. Pemilihan murid yang layak mendapat Bantuan Awal Persekolahan
tahun 2022 juga berpandukan kepada borang bantuan tersebut. Jadi
sehubungan dengan itu beliau meminta kepada ibu bapa/ penjaga dapat
mengembalikan borang bantuan tersebut mengikut tarikh yang telah sekolah
tetapkan bagi memudahkan urusan semua pihak.

Tindakan : Makluman

7.14. Puan Norsidah memaklumkan kepada semua bahawa pihak sekolah akan
melaksanakan Ujian Saringan Covid 19 untuk murid sekolah rendah pada 1 dan
8 Disember 2021 iaitu pada setiap hari Rabu. Pihak sekolah perlu melaksanakan
saringan sebanyak 10% kehadiran murid pada hari tersebut. Sekolah akan
memilih murid secara rawak dan hanya murid yang mendapat kebenaran ibu
bapa/ penjaga sahaja yang akan dibuat saringan. Perlu diingatkan di sini bahawa
ujian saringan ini hanya menggunakan air liur murid sahaja.

Tindakan : Makluman

7.15. Puan Norsidah mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan AJK PIBG
yang sangat komited dan memberikan kerjasama dalam membantu pihak
sekolah ketika PKP.

Tindakan : Makluman

7.16. Tuan YDP memohon kepada pihak sekolah agar pembayaran yuran ini kalau
boleh selepas ibu bapa/ penjaga mendapat bantuan zakat.

- Tuan Guru Besar memaklumkan kepada semua bahawa sekolah hanya
mempunyai tempoh sehingga 28 Februari 2022 sahaja. Ini kerana apabila
masuk Bulan Mac pihak sekolah akan melaksanakan kutipan yuran bagi
tahun 2022. Oleh itu SU PIBG akan mengeluarkan surat kutipan sumbangan
PIBG bermula dari 3 Januari hingga 18 Februari 2022. Ibu bapa/ penjaga ada
tempoh selama 2 bulan untuk menjelaskan bayaran sumbangan tahun 2021.
Tindakan : Makluman

- Sepanjang tempoh tersebut juga SU PIBG akan mengeluarkan surat
peringatan 1,2 dan 3 kepada ibu bapa/ penjaga yang masih belum
menjelaskan bayaran sumbangan PIBG.

- Sekolah akan mengeluarkan senarai bayaran keperluan persekolahan
kepada ibu bapa/ penjaga pada hujung bulan Februari 2022 nanti.
Tindakan : SU PIBG

9

8.0. PENUTUP
8.1. Tuan YDP mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua atas kerjasama dan
komitmen yang diberikan pada mesyuarat AJK kali pertama ini.
Mesyuarat ditangguhkan tepat pada jam 6.05 minit petang.

Disediakan oleh,
…………………………..
(En. Rezal Bin Rahmat)
Setiausaha PIBG
SK Bukit Belimbing

Disemak oleh,
……………………………
(En. Bakhtiar Bin Fadzil)
Yang Di Pertua PIBG
SK Bukit Belimbing

Disahkan oleh,
………………………………………
(En. Nizamuddin Bin Haji Zakaria)
Penasihat PIBG
SK Bukit Belimbing

10


Click to View FlipBook Version