The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bahan ini mengandungi maklumat berkaitan tokoh-tokoh terkenal dunia dalam bidang sains dan matematik.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by danishirfanmfaizal, 2021-08-13 20:04:55

Tokoh-tokoh sains dan matematik

Bahan ini mengandungi maklumat berkaitan tokoh-tokoh terkenal dunia dalam bidang sains dan matematik.

KENALI
TOKOH-TOKOH
SAINS DAN MATEMATIK

Albert Einstein

Albert Einstein (14 Mac 1879 – 18 April 1955) ialah seorang 
ahli fizik teori berbangsa Jerman yang telah dianggap 
sebagai ahli sains yang teragung pada abad ke-20. 

Beliau mengemukakan teori kerelatifan dan membuat banyak 
sumbangan utama kepada perkembangan mekanik 
kuantum, mekani statistik dan kosmologi. 

Einstein telah dianugerahkan dengan Hadiah Nobel dalam 
bidang Fizik pada tahun 1921 bagi penjelasannya 
mengenai kesan fotoelektrik dalam tahun 1905 serta 
"khidmatnya kepada Fizik Teori".

Selepas teori relatif amnya dirumus pada November 1915, 
Einstein mencapai kemasyhuran di seluruh dunia. 
Dalam budaya pop, namanya sering disinonimkan dengan 
kecerdasan.

Alexander Graham Bell

Alexander Graham Bell (3 Mac1847 - 2 Ogos 1922) 
ialah seorang saintis, pencipta dan pembawa 
pembaharuan. Sungguhpun paling dikenali kerana 
mencipta telefon, Bell juga digelar "bapa orang-
orang pekak".
Bapa, datuk dan adik beliau semua pernah dikaitkan 
dengan kerja-kerja berkaitan pengicapan dan perbualan, 
manakala ibu dan isteri beliau kedua-duanya pekak, 
maka mempengaruhi kerja-kerja Bell secara 
mendalam.Kajian Bell mengenai pendengaran dan 
pertuturan turut mendorong beliau bereksperimen dengan 
peranti pendengaran yang akhirnya memuncak dengan 
kejayaan Bell dikurniakan paten A.S. pertama untuk 
ciptaan telefon pada tahun 1876.
Banyak lagi ciptaan lain dalam hayat Bell termasuk 
kajian perintisan dalam hidrofoildan aeronautik. Pada 
tahun 1888, Alexander Graham Bell merupakan salah 
seorang ahli-ahli pengasas Persatuan National 
Geographic

Aristotle

Aristoteles lahir di Stageira, Chalcidice pada tahun 384 
SM dan meninggal pada tahun 322 SM di Euboea. Ia 
adalah seorang Yunani filsuf dan polymath, seorang 
mahasiswa dari Plato dan guru dari Alexander Agung. 

Penulisannya merangkumi banyak subjek 
termasuk fizik, biologi, zoologi, metafizik, logik,        
etika, estetika,puisi, teater, muzik, retorik, psikolog
i,  linguistik, ekonomi, politik, dan pemerintahan. 

Aristoteles memberikan sintesis kompleks dari 
pelbagai falsafah yang ada sebelumnya. 

Falsafahnya memberikan pengaruh yang unik pada 
hampir semua bentuk pengetahuan di Barat dan 
terus menjadi subjek perbincangan falsafah 
kontemporari.

Galileo Galilei

Galileo Galilei, lahir di Pisa, Toscana – Italia pada tanggal 
15 Februari 1564 dan meninggal pada tanggal 8 Januari 
1642 di Arcetri, Toscana – Italia.  merupakan ahli nujum, 
ahli fizik, ahli astronomi dan ahli falsafah yang telah dikait 
rapat dengan revolusi sains.
Anak kepada Vicenzo, seorang ahli muzik yang terkenal, 
Galileo berminat mengkaji bintang. Dalam tahun 1609, 
Galileo telah mencipta teleskop yang pertama. Teleskopnya 
telah membantunya mengkaji tompok matahari 
dan planet Zuhrah. Beliau juga menemui hukum gerakan 
pertama dan kedua yang telah memberi sokongan yang 
berkesan kepada teori Copernicus. Oleh kerana 
pencapaianya, Galileo telah dianugerahkan sebagai "Bapa 
Astronomi Moden", "Bapa Fizik Moden" serta "Bapa Sains".

Ibnu Sina

Ibnu Sina merupakan nama yang gah di kalangan para
manusia dan popular dalam bidang perubatan. Beliau
dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan 980 Masihi di
Afsyanah, Bukhara, Turkistan. Beliau mula mempejarai al-
Quran pada seawal usia 5 tahun dan menghafaz al-Quran pada
usia 10 tahun. Beliu sangat menyayangi ilmu kedoktoran dan
metafizik hingga sekitar 1 hingga 5 tahun, beliau telah dikenal
sebagai ahli falsafah dan doktor di Bukhara. Ibnu Sina mula
menjadi doktor pada usia 18 tahun. Beliau mula dikenali ramai
setelah menyembuhkan Nuh bin Mansur, salah seorang
pemimpun Dinasti Samaniyah. Secara keseluruhannya, Ibnu
Sina merupakan seorang yang berinovatif. Ini dibuktikan
dengan beliau banyak melakukan penyelidikan dan
menghasilkam karya dalam pelbagai bidang ilmu terutama
bidang perubatan.

Rene Descartes

René Descartes (31 Mac 1596 – 11 Februari1650), juga 
dikenali sebagai Cartesius, ialah seorang ahli falsafah, 
ahli matematik, dan ahli sains yang terkenal. Digelarkan 
sebagai "Pengasas Falsafah Moden" serta "Bap 
Matematik Moden“. 

Beliau mendapat tempat sebagai salah satu ahli fikir yang 
terpenting dan terpengaruh pada zaman moden. Untuk 
kebaikan atau keburukan, kebanyakan daripada falsafah 
barat yang kemudian merupakan satu reaksi terhadap 
karya-karyanya yang telah dikaji dengan teliti sejak 
masanya sehingga hari ini. 

Descartes adalah salah satu ahli fikir utama 
dalam Revolusi Saintifik di Dunia Barat. Beliau telah 
dihormati dengan mempunyai sistem koordinat 
Cartes yang digunakan dalam geometri 
satah dan algebra dinamai sempena namanya.

Al Khawarizmi

Beliau juga dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad
bin Ahmad bin Yusoff. Di barat, Al-Khawarizmi
dikenali dengan beberapa cara ejaan lagi, antaranya
al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi,
al-Goritmi, dan al-Gorismi.

Beliau telah dilahirkan pada tahun 780 Masihi di
Bukhara, Uzbekhistan. Yang mana merupakan salah satu
kota tertua di Asia Tengah.

Penglibatan beliau dalam bidang pendidikan telah
membuktikan bahawa Al-Khawarizmi ialah seorang tokoh
Islam yang berpengetahuan luas. Pengetahuan dan
kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat
tetapi juga dalam bidang falsafah, logik, aritmetik,
geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan
kimia.

OMAR KHAYYAM

Nama sebenarnya ialah Ghiyath al-Din Abul
Fateh Omar Ibn Ibrahim al-Khayyam dan
dilahirkan pada 18 Mei 1048 dan meninggal
dunia pada 4 dec 1131. Khayyam sebenarnya
bermaksud pembuat khemah.Sumbangan terbesar
Omar Khayyam ialah dalam bidang Algebra.

Beliau pernah membuat percubaan untuk
mengklasifikasikan kebanyakan persamaan
algebra termasuk persamaan darjah
k e  t i g a . M a l a h  b e l i a u j u g a m e n a w a r k a n
beberapa penyelesaian untuk beberapa masalah
algebra. Ini termasuklah penyelesaian
geometrik bagi persamaan kiub dan sebahagian
daripada penyelesaian kebanyakan persamaan
lain.


Click to View FlipBook Version