SEKOLAH KEBANGSAAN TAIPING
JALAN TAMING SARI, 34000
TAIPING
FOLIO
UNIKNYA MASYARAKAT MALAYSIA
‘ ETNIK DI MALAYSIA’
NAMA : KHALIFAH ABDUL QAYYOUM BIN
MOHD KHAIRULNIZAM
KELAS : 6 CYBER
NO MY KID : 090522 – 01 – 1447
M/PEL. : SEJARAH
NAMA GURU : PUAN JUNAIDAH BINTI RAOF
UNIKNYA MASYARAKAT MALAYSIA
Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Antaranya termasuklah Melayu, Cina,
India, Orang Asli, Iban, Melanau, Bidayuh, Bisaya, Kenyah, Kayan, Kelabit, Penan,
Kadayan, Lun Bawang, Kadazandusun, Bajau, Murut, Iranun, Rungus, Orang Sungai, Brunei
dan Suluk. Perparduan yang terjalin antara masyarakat Malaysia amat kukuh. Inilah kunci
utama kejayaan Malaysia mempertahankan kemerdekaannya. Oleh itu, perpaduan ialah bebas
dan berdaulat.
DEFINISI ETNIK
Etnik boleh didefinisikan sebagai hubungan antara kelompok manusia yang mengamalkan
budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi.
Konsep etnik mempunyai erti yang berkaitan rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa.
Ras dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi
(keturunan dan pertalian darah yang sama) antara sesama manusia. Dalam konteks
masyarakat majmuk Malaysia, terdapat pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan tetapi
di bawah sistem politik yang sama. Hubungan etnik pula membawa maksud kewujudan
pertalian antara etnik.
“Etnik pula dari segi bahasa boleh didefinisikan sebagai kaum atau bangsa. Dari segi
istilah pula etnik boleh didefinisikan sebagai kelompok manusia yang ditentukan melalui
perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan
sebagainya.”
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat: “etnik ialah berkenaan bangsa manusia: ia
juga tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur etnik
sesuatu kaum; masyarakat majmuk mempunyai kelompok etnik yang hidup berlainan, tetapi
di bawah sistem politik yang sama.” Kamus Dewan Edisi Keempat, (2005:Hal.402).
KONSEP ETNIK
Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang. Satu
kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciri budayanya. Etnisiti ialah rasa
kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub-
budaya yang jelas di mana anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan
tingkahlaku yang sama.
Etnik sering berbeza dalam ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian,
pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hibuuran. Di
Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Melanau, dan pelbagai lagi boleh dianggap
sebagai etnik. Etnik pada daasarnya bersikap etnosentrik iaitu menganggap ciri-ciri
budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang
rendah dan dianggap ganjil, berada di tahap rendah atau tidak bermoral.
Penggunaan istilah ras dan etnik sering kali digunakan secara berulangan walaupun ia
membawa makna yang berbeza. Di Malaysia, kedua-dua istilah ras dan etnik sering kali
dicampur adukkan dan digunakan secara bertukar-tukar sehingga maknanya menjadi lebih
kurang sama. Orang Melayu, Cina dan India sepatutnya dikenali sebagai etnik juga dipanggil
ras dalam kehidupan seharian.
Ras ialah perbezaan dari segi ciri-ciri fizikal dalam kelompok manusia dan ciri yang
paling ketara serta sering digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit.
Etnik pula dari segi bahasa boleh didefinasikan sebagai kaum atau bangsa. Dari segi istilah
pula etnik boleh didefinasikan sebagai kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan
ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan
sebagainya. Kumpulan etnik lazimnya bermula daripada satu konsep keturunan, iaitu
sesuatu generasi kumpulan etnik hari ini mempunyai nenek moyang yang sama, dan turun-
temurun daripada nenek moyang itu.
Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Selain itu, etnik juga dapat
dikelaskan mengikut demografi iaitu mengikut kedudukan geografi dan sempadan negeri.
Contohnya di Sabah dan Sarawak terdapat pelbagai kumpulan etnik pada kedudukan geografi
yang berbeza
KEPELBAGAIAN ETNIK DI MALAYSIA
Kaum Melayu
Masyarakat terbesar di Malaysia ialah kaum Melayu. Mereka bertutur menggunakan
Bahasa Melayu, beragama Islam dan mengamalkan tradisi dan adat istiadat Melayu.
Dari sudut sejarah, rumpun Melayu meliputi penduduk yang mendiami Semenanjung
Tanah Melayu dan gugusan Kepulauan Melayu.
Pakaian tradisional kaum Melayu
Kaum Cina
Masyarakat Cina merupakan kaum kedua terbesar di Malaysia. Mereka mempunyai
dialek, kebudayaan dan kepercayaan yang unik dan tersendiri.
Pakaian tradisional kaum Cina
Kaum India
Kaum India pula merupakan masyarakat ketiga terbesar di Malaysia. Masyarakat
India kaya dengan ciri-ciri kebudayaan tersendiri dan masih mengekalkan kebudayaan
tersebut sehingga kini.
Pakaian tradisional kaum India
Etnik Orang Asli
Di Semenanjung Malaysia, terdapat beberapa etnik Orang Asli. Antaranya
termasuklah Jahai, Bateq, Semai, Mah Meri, Jakun dan Semelai. Setiap kumpulan
etnik Orang Asli mempunyai bahasa pertuturan, Budaya dan adat resam yang
tersendiri.
Pakaian Orang Asli Jakun
Pakaian Orang Asli Semelai
Pakaian Orang Asli Semai
Pakaian Orang Asli Mah Meri
Etnik di Sarawak
Di Sarawak terdapat pelbagai kumpulan etnik. Antaranya termasuklah Iban, Melayu,
Melanau,Bidayuh, Bisaya, Kenyah, Kayan, Kelabit, PEnan, Kadayan dan Lun
Bawang. Setiap etnik mempunyai perbezaan dari segi bahasa, agama, pakaian tradisi,
adat resam dan pegangan hidup.
Suku kaum Iban dahulu dikenali sebagai
dayak laut dan dengan jumlah sebanyak
576,000 iaitu 30% daripada jumlah
penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan
kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak.
Orang Iban biasanya menduduki di lembah
Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai
Batang Lupar dan Sungai Rajang.
Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu,
gong dan tempayan yang dipanggil tajau. Ia
diwarisi secara turun-temurun, bernilai,
dianggap suci, dan dihomati.
Perayaan penting yang disambut oleh suku
Iban adalah Hari Gawai Dayak yang
dijalankan antara hari pertama dan kedua
pada bulan Jun. Biasanya, Tarian Ngajat
ditarikan dalam sambutan Hari Gawai
sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan
menuai padi sepanjang tahun ini.
Pakaian tradisioanal etnik Iban
Pakaian tradisional etnik Melanau Melanau terdapat di Sarawak.
Pakaian tradisional etnik Bidayuh
Umumnya masyarakat ini mempunyai
persamaan dengan masyarakat Melayu
dari segi kebudayaan , kepercayaan dan
adat resam.
Oleh itu, masyarakat ini merupakan satu
cabang dalam masyarakat Melayu.
Masyarakat Melanau mempunyai
budaya dan adat resam mereka yang
tersendiri seperti dalam aspek
kehidupan seperti kelahiran,
perkahwinan dan kematian.
Orang bidayuh juga merupakan
saudara terdekat masyarakat melanau,
kayan, kenyah dan penan. Etnik
bidayuh juga mempunyai reka bentuk
rumah yg unik, bentuk rumah bulat dan
juga rumah panjang yang diperbuat
daripada buluh. Lazimnya penempatan
rumah panjang suku kaum Bidayuh
terletak jauh di kawasan pedalaman
dan tanah tinggi. Struktur rumah
panjang kaum Bidayuh tidak jauh
bezanya dengan struktur rumah
panjang masyarakat Iban di Sarawak.
Atap rumah panjang kaum Bidayuh
diperbuat daripada atap rumbia atau
sagu, manakala dindingnya pula
daripada buluh. Pelantar atau lantai
rumah panjang pula diperbuat
daripada papan atau buluh manakala
tiangnya pula
diperbuat daripada kayu
belian.Pakaian tradisional etnik Bidayuh
Etnik di Sabah
Sabah juga mempunyai kumpulan etnik yang banyak. Antara etnik di Sabah ialah
Kadazandusun, Bajau, Murut, Kadayan, Bisaya, Iranun, Rungus, Orang sungai,
Brunei dan Suluk. Perbezaan mereka dapat dilihat dari segi bahasa, dialek, adat
resam, agama dan kepercayaan.
Rungus merupakan salah satu dari suku kaum
di Sabah dan juga merupakan salah satu penduduk asli
kepulauan Borneo. Rungus biasanya dikenali sebagai
Dayak Dusun Rungus,Momogun, Momogun Rungus,
Momogun Laut, Dusun Laut atau Rungus. "Rungus"
berasal dari perkataan Rungsud iaitu nenek moyang
suku kaum Rungus yang berhijrah dari kawasan Nunuk
Ragang ke pesisiran pantai di Semenanjung Kudat,
Teluk Marudu, Pitas, Beluran dan Telupid. [1]
Kayu, pisang, jagung, labu, hasil-hasil hutan, kain
tenunan Rungus dan sebagainya. Sumber lisan pula
menyebutkan bahawa istilah RUNGUS bagi etnik
Rungus di Kudat berasal daripada perkataan Bahasa
Bajau dan Bahasa Suluk iaitu dari kata "UNGUS" yang
ertinya dalam bahasa Malaysia adalah PASIR.
Pakaian tradisional etnik Rungus
Kaum Kadazandusun atau Bangsa
Dusun merupakan nama
kaum bumiputera asli yang terbesar
di Sabah. Kaum ini juga dikenali
sebagai "Mamasok" yang ertinya "orang
asal" ataupun "orang asli". Kaum etnik
Kadazandusun ini menggunakan
pelbagai bahasa dan dialek dengan
pelbagai kebudayaan dan adat resam
tradisional. Etnik Kadazan-Dusun telah
diiktiraf sebagai etnik masyarakat orang
asal Borneo Utara dengan warisan dan
budaya yang didokumenkan oleh United
Nations Educational, Scientific and
Cultural Organization (UNESCO) sejak
tahun 2004.
Pakaian tradisional etnik Kadazandusun
Pakaian tradisional etnik Bajau Suku kaum Bajau banyak terdapat di negeri Sabah.
Pakaian tradisional etnik Suluk Suku kaum Bajau adalah antara penduduk asal
kepulauan Borneo sejak berabad-abad lamanya, atau
sejak kewujudan bangsa Melayu di Nusantara kerana
suku kaum Bajau adalah serpihan Melayu gelombang
kedua yang datang ke Nusantara.
Suku kaum Bajau mendiami kawasan pesisir pantai
dari Tawau hingga ke Labuan, dengan kepadatan
tertinggi di Semporna, Lahad Datu dan Kudat.
100 % suku kaum Bajau menganut agama Islam. Suku
kaum Bajau sangat menekankan hubungan
kekeluargaan dan “le’od” iaitu kelompok sedaerah.
Bahasa orang Bajau dikenali sebagai sinama. Kata
sinama adalah kata terbitan daripada kata akar Sama
dengan menerima sisipan -in- sehingga membentuk
sinama yang bermaksud bahasa kepunyaan bangsa
Sama.
Selain di Malaysia, bangsa Bajau juga turut
mewarganegarai negara-negara seperti Indonesia,
Filipina dan Brunei Darussalam.
Kaum Suluk atau Tausūg berasal
daripada Kepulauan Sulu dan jolo
sejak zaman Kesultanan Sulu lagi.
Kaum Suluk ini
menggunakan Bahasa Tausug atau
dengan nama lain lebih tepat
lagi Bahasa Sūg sebagai bahasa
pertuturan. Agama rasmi yang
dianuti ialah agama Islam. Kaum
Suluk ini juga mempunyai budaya
yang unik dan tersendiri. Antara
contoh yang popular ialah pakaian
tradisionalnya iaitu kuput (kupot),
sablay, samrah dan batawi.
Kaum Murut menetap di pedalaman dan kawasan
tenggara Sabah serta wilayah perbatasan
antara Kalimantan dan Sarawak. Suku kaum Murut
adalah suku kaum ketiga terbesar di Sabah.
Secara uniknya, kaum Murut tinggal di rumah
panjang yang berhampiran dengan kawasan sungai
atau membuat penempatan sepanjang sungai.
Mereka tinggal di dalam rumah panjang yang
menempatkan 10 hingga 20 keluarga. Tetapi
terdapat juga kaum Murut yang tinggal dan membina
penempatan secara individu di sepanjang sungai.
Suku kaum Murut pakar dalam membuat perahu dan
menurunkan kepakaran mereka kepada generasi
seterusnya. Selain itu kaum Murut pakar dalam
berburu dan masih mengamalkan tradisi bertatu
seperti kaum Iban di Sarawak tetapi tradisi ini
semakin kurang di lakukan oleh generasi muda suku
kaum ini.
Pesta Kalimaran ialah pesta sama seperti kaum
kadazan-Dusun yang menyambut pesta Kaamatan.
Ia di sambut selepas mereka menuai padi. Kaum
Murut masa kini, telah mengalami proses
kemodenan dan ramai yang berkerja sebagai
kakitangan kerajaan dan bukan kerajaan. Mereka
juga tinggal di bandar-bandar besar dan mempunyai
pekerjaan profsional. Namun demikian, Kaum Murut
ini masih lagi mengamalkan adat istiadat yang
diamalkan oleh nenek moyang mereka sebagai adat
turun temurun yang mempunyai nilai estetika tinggi
dalam kehidupan.
Pakaian tradisional etnik Murut
Etnik Baba dan Nyonya
Perkahwinan pedagang dari China dengan penduduk tempatan juga telah mewujudkan
etnik Cina Peranakan yang dikenali sebagai Baba dan Nyonya. Golongan Nyonya
biasanya memakai kebaya dengan kain batik. Mereka membentuk identity unik dari
segi masakan, pakaian, pinggan mangkuk dan perabot. Mereka juga menggunakan
dialek Melayu-Baba.
Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan
kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri
Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian
Malaysia), khususnya di negeri Melaka.
Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan
mengakui bahawa mereka adalah orang Cina
tetapi rakyat British dan berbangga dengan
kedudukan ini.
Mereka mengeji pendatang-pendatang Cina
yang baru dan mempunyai kelab tersendiri yang
tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina
masuk.
Mereka memanggil diri mereka sebagai “Baba”
atau “Peranakan” kerana kebudayaan mereka,
yang berasal daripada warisan tradisi Cina,
mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan
Melayu.
Penyesuaian dan resapan budaya mereka
terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran
mereka pada zaman silam, iaitu melalui
perkahwinan campur yang berlaku antara
kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca
utama mengapa generasi-generasi seterusnya
memanggil mereka sebagai “Baba”.
Pakaian tradisional etnik Baba dan Nyonya
Etnik Sikh
Selain itu, terdapat juga etnik Sikh di Malaysia. Etnik ini mudah dikenali dengan
identity pakaian mereka, iaitu serban bagi lelaki dan pakaian Punjabi bagi wanita.
Bahasa ibunda etnik Sikh ialah bahasa Punjabi tetapi dengan dialek yang berbeza.
Pakaian tradisional etnik Sikh
Etnik Siam
Negara kita juga dihuni etnik Siam. Kebanyakan mereka tinggal di utara negeri yang
bersempadan dengan Thailand seperti Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan. Mereka
mempunyai loghat yang tersendiri. Antara perayaan yang disambut ialah Loy
Krathong dan Songkran.
Pakaian tradisional etnik Siam
Etnik Portugis
Lebih menarik lagi, di negara kita juga terdapat etnik Portugis. Etnik ini wujud kesan
pendudukan Portugis di Melaka. Etnik Berketurunan Portugis ini juga disebut sebagai
orang serani, iaitu hasil perkawinan campur antara orang Portugis dengan penduduk
tempatan. Etnik ini mempunyai bahasa dan budaya yang unik. Tarian etnik ini yang
paling terkenal ialah beranyo dan frapeirra.
Pakaian tradisional etnik Portugis
Etnik Ceti
Selain itu, hasil perkahwinan antara pedagang dari India dengan penduduk tempatan
juga telah mewujudkan etnik Ceti atau turut dikenali sebagai Chitty atau India
Peranakan. Mereka mempunyai pakaian tradisional, iaitu kebaya labuh atau kebaya
pendek bagi wanita dan baju cekak musang serta kain pelekat bagi lelaki.
Pakaian tradisional etnik Ceti @ Chitty
PENUTUP
Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga
ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya,
bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku
disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap
perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan
kepulauan borneo ketika itu didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum
bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya
terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada Sumatera, Indonesia.
Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses
pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin
bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan
sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan
masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat
baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim.
Pendatang daripada Indonesia juga berbilang
suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa,
Bugis, Minang dan Banjar. Setelah
kemasukan migran daripada luar, bermulalah
proses pembentukan masyarakat majmuk
yang berbilang kaum seperti sekarang.
Masyarakat homogenis Melayu Tanah Melayu
telah mengalami transformasi kepada
masyarakat heterogenios Malaysia yang
mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina dan
India sebagai komponen utamanya.
Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan Cina
dan India yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba-Nyonya
yang berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi
bangsa juga turut berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk
tempatan, maka wujud beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti
kelompok Peranakan, kelompok Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk
Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan
lain-lain.
Kesimpulannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila
kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British
di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa
di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara
yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang
berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan
masyarakat luar.