The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LAPORAN TUGASAN GURU DAN PEMBANTU TADIKA ISLAM SURAU PAYA NONGMI SEMASA TEMPOH PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) FASA 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurrul.asyikin.abdullah, 2021-08-29 10:30:24

LAPORAN TUGASAN GURU DAN PEMBANTU TADIKA

LAPORAN TUGASAN GURU DAN PEMBANTU TADIKA ISLAM SURAU PAYA NONGMI SEMASA TEMPOH PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) FASA 1

Laporan Tugasan Guru dan Pembantu

TADIKA ISLAM
SURAU PAYA NONGMI

SEMASA TEMPOH PELAN
PEMULIHAN NEGARA (PPN)

FASA 1

25 JULAI SEHINGGA 30 OGOS 2021

DISEDIAKAN OLEH:
NURRULASIKIN BINTI ABDULLAH
GURU BESAR TADIKA ISLAM SURAU PAYA NONGMI

TADIKA ISLAM JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH
DAERAH KUBANG PASU

LAPORAN TUGASAN GURU DAN PEMBANTU TADIKA ISLAM
SEMASA TEMPOH PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) FASA 1

BERMULA 25 JULAI HINGGA 30 OGOS 2021

PENDAHULUAN

KPM telah mengumumkan penutupan semua sekolah bagi seluruh
Negara bermula 25 Julai hingga 30 Ogos 2021 berikutan

pelaksanaan tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 oleh
Kerajaan akibat penularan jangkitan wabak penyakit COVID-19.
Sepanjang tempoh penutupan tadika, pengajaran dan
pembelajaran akan tetap diteruskan secara Home Based
Learning mengikut kesesuaian guru dan murid dan guru perlu
kekal berada di stesen tempat bertugas masing-masing.

MATLAMAT

Memastikan murid tidak ketinggalan dalam akademik dan dapat
mengikuti pembelajaran secara berterusan dalam keadaan yang
selamat.

OBJEKTIF

1.Memastikan proses PdPR berjalan seperti yang dirancang
dalam keadaan selamat.

2.Memastikan murid dapat melalui proses pembelajaran secara
berterusan walaupun tidak dapat hadir ke Tadika Islam.

3.Memastikan silibus pengajaran disampaikan dengan
sebaiknya.

KAEDAH PELAKSANAAN

Tadika Islam Daerah Kubang Pasu telah membuat ketetapan
PdPR semua mata pelajaran disampaikan dan dilaksanakan
menggunakan medium WhatsApp. Bahan dan aktiviti
pembelajaran secara bermodul yang diberikan boleh
diakses dan dibuat pada bila-bila masa supaya semua
lapisan murid dan ibu bapa dapat mengakses
pembelajaran/tugasan yang disampaikan oleh guru dalam
pelbagai keadaan dan situasi semasa ibu bapa dan murid
berada di rumah. Aktiviti pembelajaran pula menggunakan
pelbagai kaedah yang sesuai seperti yang disarankan oleh
KPM dalam Manual Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah
(PdPR).

PERANCANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
DI RUMAH (PDPR)

Perancangan PdPR melibatkan penulisan Rancangan
Pengajaran Harian (RPH) sebelum sesi PdPR. Guru telah
merancang aktiviti pembelajaran dengan mengambil kira
standard kandungan, standard pembelajaran, objektif
pembelajaran, aktiviti pembelajaran yang bersesuaian
dengan keadaan dan situasi guru dan murid ketika tempoh
PKP.

SEMASA PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI
RUMAH (PDPR)

Peranan guru semasa proses PdPR adalah sebagai
pemudahcara dan pembimbing perkembangan murid. Murid
secara individu dengan bimbingan ibu bapa di rumah
menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Murid dan
ibu bapa boleh menghubungi guru untuk bertanya dan
berbincang berkaitan pembelajaran.

TADIKA ISLAM JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM
NEGERI KEDAH DAERAH KUBANG PASU
PUSAT TADIKA ISLAM:
TADIKA ISLAM SURAU PAYA NONGMI

Laporan Tugasan Guru dan Pembantu

Minggu 33
Tema: Pemimpin Negara
Tarikh: 22 Ogos - 26 Ogos 2021













PENUTUP

1. PdPR secara dalam talian pada mulanya kurang
mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu
bapa. Namun begitu, usaha berterusan daripada
guru-guru menampakkan hasil yang membanggakan
apabila jumlah murid yang memberi respon semakin
bertambah.

2. Selain itu, kebanyakan murid sekadar meminjam
dan menggunakan telefon pintar ibu bapa mereka
sahaja dan terpaksa berkongsi dengan adik beradik
yang lain dan ini menyebabkan murid tidak dapat
menghantar tugasan dengan lebih cepat.

3. Kesedaran ibu bapa/penjaga dilihat semakin
bertambah dengan pemberitahuan serta penjelasan
oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia
melalui media massa.

4. Penambahbaikan secara berterusan perlu
sentiasa dijalankan, antaranya menghubungi ibu
bapa murid yang tidak memberi sebarang respon
setelah dua kali pdp dijalankan.

5. Guru-guru perlu tingkatkan usaha, menambah
ilmu pengetahuan dalam mendepani cabaran semasa
dengan semangat yang positif serta saling
berkongsi pendapat bersama rakan setugas dan
menjalinkan hubungan yang baik bersama ibu
bapa/penjaga agar matlamat Pendidikan negara
dapat dicapai secara holistik.

Lampiran Aktiviti PdPR Mingguan





Hasil Aktiviti - Murid 6 Tahun

ahad
22.8.2021

isnin
23.8.2021

selasa
24.8.2021

rabu
25.8.2021

khamis
26.8.2021

Hasil Aktiviti - Murid 5 Tahun

ahad
22.8.2021

isnin
23.8.2021

selasa
24.8.2021

rabu
25.8.2021

khamis
26.8.2021

siti nur kholijah binti muhammad fhazil
muhammad ikhwan mustaqim bin rusli
muhammad adrian danish bin mohd shaful azre

muhammad akid firash bin mohd amsyar
nur aimy amanda binti muhammad azizi
nur athirah qasrina binti abdul hamid


Click to View FlipBook Version