The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 683-9-afeeqah, 2022-03-21 11:37:55

pantun

pantun

PANTUN

rangkap 1

Pergi ke pekan membeli halia,
Dibawa pulang lalu dibasuh,
Adab dan budi amalan mulia,
Rumah tempat peribadi diasuh.

Berdasarkan pantun tersebut, dapat kita lihat nilai budi yang
berlaku terhadap masyarakat kita pada zaman dahulu atau kini.
Adab dan budi merupakan amalan yang mulia yang harus dimiliki oleh

semua orang. Oleh sebab itu, untuk mengasuh adab dan budi ini
merupakan tanggungjawab ibu bapa dan ahli keluarga untuk
mengasuh peribadi mulia sejak dari rumah lagi. Adab dan budi yang
dibentuk akan menjadikan seseorang itu menjadi manusia yang

berguna dan disukai ramai

rangkap 2

Kucing belaan sunti membelai,
Dibawa ke rumah duduk bersila,

Adab mulia sangat bernilai,
Didikan awal perlu dimula.

Berdasarkan pantun diatas, dapat kita lihat
bertapa perlunya adab dididik sejak awal. Hal
ini kerana adab merupakan perkara berharga
yang perlu dijaga dan diasah sejak kecil seperti
peribahasa menyatakan “melentur buluh biarlah

dari rebungnya”. Perkara ini penting supaya
hidup kita akan dihormati ramai sehingga mati.
Masyarakat kita amat mementingkan adab jika

kita tidak beradab orang ramai akan
menjauhkan diri daripada kita kerana mereka

tidak selesa akan sikap kita.

Berjalan pangeran menuju muara, rangkap 3
Terlihat sunti berbaju kedah,

Remaja menjadi tonggak negara:
Didikan siapa berbudi indah.

Berdasarkan pantun diatas, kita dapat lihat bahawa didikan
keluarga merupakan perkara yang penting. Hal ini kerana

didikan keluarga yang berbudi indah akan menjadikan remaja
tonggak negara. jika remaja tersebut telah diberi didikan
yang baik sejak kecil, kelak remaja tersebut akan menjadi

manusia yang berjaya. Oleh sebab itu, peranan ahli keluarga
dalam mendidik antara satu sama lain penting supaya dapat

menjadi manusia yang berguna.

soalan rangkap 4
Puteri ledang akalnya cerdik,
Nampak terpukau wajah pangeran, rangkap 5
Pelajar cemerlang cerminan pendidik:
Masih tertanya apa saluran. pantun teka teki

Jawapan:
Pangeran berjalan sunti disisi,
melihat merpati hinggap di dahan,
Saluran SUMUR menjadi seleksi,
Pelbagai anugerah sebagai taruhan.

Berdasarkan pantun teka teki disebelah, jelas menggambarkan
orang yang cemerlang biasanya mempunyai budi yang cemerlang
juga. Pelajar cemerlang mestilah hasil didikan gurunya, tetapi
pelajar yang cemerlang mestilah mempunyai rahsia tersendiri.

Saluran SUMUR juga merupakan salah satu sebab mengapa
seseorang boleh menjadi cemerlang. SUMUR merupakan satu
program sahsiah unggul murid yang dilaksanakan di sekolah.
Matlamat SUMUR juga untuk melahirkan murid yang memiliki
personality terpuji dan boleh dicontohi oleh murid-murid lain. Jika
pelajar mempunyai sahsiah yang unggul sudah tentu orang ramai
suka akannya. Berkemungkinan besar guru-guru dan rakan-rakannya
akan mendoakan kejayaannya. Hal ini kerana, jika kita berbuat baik
kepada orang lain, maka orang lain akan memberi balasan yang baik

juga.


Click to View FlipBook Version