penghasilan produk-cerpen
BMMB1144
“Ren awak nak jadi macam ni ke sampai bila-bila ?, sudah berapa kali
awak tidak masuk kelas” kata guru kelas Aries Evren.
“Ahhh sukati sayalah cikgu, bukannya markah saya dalam peperiksaan
ni teruk pun kan, saya buat salah sikit je.” jawab Ren tanpa rasa serba
salah.
tiba -tiba lonceng berbunyi. Kringggg
“cikgu kalau tiada apa apa lagi yang cikgu nak cakap selain marah
saya, saya gerak dahulu, terima kasih.” cakap Ren sambil melangkah
pergi dengan tangannya yang dimasukkan poket seluar sekolahnya.
Tergamam cikgu Aira dengan kelakuan Ren tetapi itu perkara biasa
yang sering dia hadapi.
Aries Evren merupakan pelajar darjah 6 Helena Private School. Ren bukanlah seorang
budak yang nakal tetapi sikapnya yang tidak menghiraukan orang lain dan bertindak
sesuka hati menyebabkan dia sering melanggar peraturan sekolah. Walaupun
perangainya seperti itu dia akan tetap hormat dengan orang yang lebih tua dan rakan-
rakannya. Sikapnya menjadi seperti itu sejak dia kehilangan ibunya ketika berumur 6
tahun dan sejak itulah ayahnya tidak mengambil berat tentang Ren kerana sibuk
bekerja. Ibunya meninggal kerana mengalami kanser kulit. Oleh sebab itu, sejak Ren
berumur 5 tahun dia tidak dapat bermain dengan ibunya di luar rumah kerana ibunya,
Helena tidak dapat menahan cahaya matahari yang lama. Kehilangan ibunya
merupakan tamparan besar buat Ren kerana ibunya merupakan salah satu kawannya
sejak kecil, Ren pula merupakan anak tunggal dalam keluarganya. Helena merupakan
nama ibunya dan sekolah tempat Ren belajar merupakan salah satu milik keluarga
mereka. Mereka merupakan keluarga yang berada tetapi akibat lambat mengetahui
tentang penyakit Helena, mereka tidak dapat buat apa-apa.
Setibanya Ren di depan pagar sekolah pemandunya datang ambil. Ren
masuk ke dalam kereta dan meninggalkan sekolah.
Di dalam kereta, pikiran ren serabut dengan cara untuk dia kembali
bahagia dengan keluarganya walaupun ibunya telah tiada. Ren memang
rapat dengan ibunya, tetapi disebabkan ayahnya seorang sahaja yang
sangat kenal dengan ibunya membuatkan dia ingin melakukan semua
aktiviti yang pernah mereka lakukan sewaktu dia kecil. Ren ingin
mengimbau kembali kenangannya sewaktu dia kecil.
“Aku mesti dapatkan keputusan yang baik masa UPSR nanti, harap
ayah akan ucap sesuatu.” gumamnya dalam hati.
Setelah tiba di rumah, Ren terus meluru masuk ke bilik
dan membersihkan diri untuk menunaikan solat zohor.
Selepas itu, dia mengambil makanan di depan biliknya.
Menghantar makanan ke bilik Ren merupan salah satu
tugas pembantu rumahnya kerana Ren tidak mahu
membazir masa untuk turun ke dapur yang jauh dari
biliknya. Selepas selesai makan, dia terus duduk di meja
belajarnya dan menyelesaikan tugasannya serta
mengulang kaji pelajaran kerana peperiksaan sudah
hampir tiba.
Tepat pukul 5 petang Ren akan pergi ke taman bunga di belakang rumah untuk
menghirup udara segar sambil menikmati tea yang dihidangkan. Ren suka akan
ketenangan alam semula jadi. Tiba-tiba Ren ternampak ibu kucing dan anaknya
sedang bermain. Dia tersenyum kerana gembira melihat kegembiraan haiwan
tersebut tetapi bila terkenangkan hidupnya dia kembali sedih. Ren ingin
kehidupannya seperti kucing tersebut tetapi mustahil baginya selepas melihat
sikap ayahnya seperti itu. Sepanjang hidupnya dia cuba memahami ayahnya
dengan bersikap lebih dewasa supaya dia tidak mengganggu ayahnya tetapi jauh
di lubuk hatinya dia inginkan kehidupan seperti dahulu.
“Assalamualaikum tuan, izinkan saya siram pokok di sebelah tuan ye.” kata pak
Zaki tukang kebun rumahnya.
Terbangun Ren dari lamunannya sendiri. Dia baru sedar sudah pukul 5.45 P.M.
Ren segera bangun dan mengizinkan tukang kebun tersebut melakukan kerjanya.
Setelah selesai meminta maaf dia terus masuk ke biliknya untuk membersihkan
diri dan makan malam. Biasanya pada waktu malam Ren akan bermain video
game dan menonton cerita di bilik rahsianya kerana dia tidak mahu sesiapa
mengganggunya.
Setelah tepat pukul 11 malam dia akan masuk tidur sambil melihat bintang-
bintang yang bertebaran di langit. Bumbung atas katil Ren direka khas dengan
cermin kerana dia suka melihat bintang. Melihat bintang pada waktu malam
merupakan salah satu kenangan dia bersama ibunya. Jika dia tidak dapat melihat
bintang dia akan susah untuk tidur. Oleh sebab itu, dia meminta pembantunya
untuk mengubahsuai biliknya. Itulah kehidupan seharian hidup seorang yang
bernama Aries Evren sejak 6 tahun kebelakangan ini.
Setelah sebulan berlalu hari peperiksaan terbesar bagi pelajar pelajar darjah 6
pun bermula tetapi seperti biasa ayah Ren tidak menghiraukannya dan terus
meninggalkan pekarangan rumah untuk pergi ke tempat kerjanya.
Ren memulakan kehidupan terpentingnya dengan perasaan sedih. Dia
beranggapan bahawa ayahnya akan memberi kata-kata semangat walaupun
sepatah tetapi harapannya musnah.
Seminggu pun telah berlalu. Masa-masa sukar telah pun Ren harungi tanpa kata-kata semangat
daripada ayahnya. Sepanjang peperiksaan Ren nekad untuk buat yang terbaik juga kerana dia
beranggapan bahawa ayahnya akan mula mengambil berat tentangnya jika dia mendapat keputusan
yang paling cemerlang dalam sekolah bagi dia usaha tangga kejayaan tiada apa yang boleh
menghalanginya untuk dia mencapai apa yang dia mahu. Sebelum ini, setelah bertahun-tahun dia cuba
buat pelbagai masalah agar ayahnya memarahinya tetapi malangnya semua masalah yang dia lakukan
telah diselesaikan oleh pembantunya dan ayah dia tidak pernah berkata apa-apa. Dia tidak kisah
walaupun dimarahi oleh ayahnya asalkan ayahnya masih sedar tentang kewujudannya. Oleh sebab itu,
Ren tidak mahu berfikiran negatif dia akan cuba sebaik yang mungkin untuk dia kembali berbual dengan
ayahnya.
Sepanjang menunggu keputusan peperiksaan keluar. Ren menghabiskan masa lapangnya dengan
melakukan aktiviti biasa seperti membaca buku, bermain permainan video, menonton cerita dan keluar
bersama rakan-rakannya. Dia sering menunggu kepulangan ayahnya tetapi dia tidak berani
menegurnya dan sentiasa melihat kepulangan ayahnya di balik tirai bilik selepas itu dia terus masuk
tidur.
Tiba-tiba Ren tersedar pada pukul 2.30 pagi. Dia keluar ke depan biliknya untuk mengambil air. Di depan biliknya
terdapat satu ruangan kecil yang mempunyai makanan dan minuman ringan. Oleh sebab itu, dia tidak perlu turun
ke dapur yang jauh hanya untuk mengambil minuman. Setelah selesai mengambil air dia ternampak lampu bilik
kerja ayahnya masih bernyala. Ren memberanikan diri untuk bercakap dengan ayah dia dan cuba pergi masuk ke
biliknya sambil membawa air kopi sebagai alasan untuk dia bertemu dengan ayahnya.
Ren mengetuk pintu bilik kerja ayahnya lalu terus memberi kopi tersebut. “Nah air minumlah.” kata Ren teragak-
agak sambil mengaru kepalanya.
“Terima kasih.” jawab ayah Ren tanpa berpaling dan tetap menumpukan perhatian dengan kerjanya. “Nak apa
datang sini malam-malam buta, tak tidur ke ?. sambungnya lagi.
“Tadi Ren terjaga lepas itu ternampak lampu bilik ayah nyala, saja je masuk.” jawab Ren acuh tak acuh.
“Sudahlah pergi masuk tidur sana, jangan ganggu ayah buat kerja”. Kata tuan Khairul Aris dengan tegas.
“Ayah jom pergi jalan-jalan macam dulu, Ren dah habis peperiksaan.” kata Ren tanpa berfikir panjang. “Ren tak
nampak ke ayah sibuk, ayah tiada masa nak keluar dengan kamu, Ren pergilah keluar sendiri, ayah tanggung.”
jawab ayahnya tanpa memikirkan perasaan Ren yang sudah bersusah payah ingin menyatakan hasratnya.
“Taknak lahh !”, balas Ren dengan nada marah. Ren terus keluar dari bilik ayahnya lalu baring di katilnya. Dia ingin
sambung tidur tetapi kepalanya becelaru memikirkan kenapa ayahnya masih berkelakuan seperti itu.
Tepat pukul 5 pagi Ren terus bangun lalu mencapai beg
sandangnya. Dia mengambil beberapa helai baju dan
memasukkan baju tersebut di dalam beg. Dia mencapai
kunci kereta dan terus menuju ke garaj kereta. Ren
sempat melihat bilik ayahnya tetapi bilik tersebut telah
gelap. “Ayah tidur, bagus.”. Gumamnya dalam hati.
Semasa dalam kereta dia menanggalkan dash camera yang terdapat di
dalam kereta untuk mengelakkan ayahnya dapat menjejakinya. Ren
menghidupkan enjin kereta Mercedes Benz gt63s miliknya lalu terus
meluru keluar dari pekarangan rumahnya. Ren memang pelajar darjah 6
dan tidak mempunyai lesen tetapi dia sudah belajar membawa kereta
melalui guru peribadi pada cuti hujung tahun kerana dia bosan duduk di
rumah tanpa melakukan aktiviti yang menarik. Oleh sebab itu Ren tidak
teragak-agak untuk keluar dari rumah dengan memandu kereta sendiri.
Dia ada berfikir juga untuk menaiki pengangkutan awam tetapi dia tidak
mengetahuinya kerana dia tidak pernah menaiki pengangkutan awam
seumur hidupnya. Tanpa membuang masa Ren terus nekad untuk
membawa keretanya sendiri dan menuju ke Pahang kerana neneknya
pernah berpesan jika ada apa-apa masalah datanglah bertemu dengan
nenek.
Setelah beberapa jam berlalu Ren tiba kampung halamannya di pahang pada pukul 6.30
pagi. Dia tiba di kampung awal kerana jalannya tidak dipenuhi dengan kereta. Ren terus
mengetuk pintu rumah neneknya lalu terus dibuka oleh pembantu rumah neneknya. Dia terus
pergi ke biliknya lalu membersihkan diri dan menunaikan solat subuh. Setelah selesai semua
urusannya dia pergi berjumpa dengan neneknya bersalaman.
“Ren datang naik apa? dengan siapa, mana ayah ?,.” bertubi-tubi soalan yang Ren terima
pagi itu.
“Ren datang sorang naik kereta ni ha, ayah kerja nek.” jawab Ren bersahaja.
“Sejak bila Ren amik lesen ni?, kenapa memandu sorang-sorang bahaya tahu tak !” soal
neneknya lagi kerana risau dengan cucunya yang sulung ini.
“Ren tidak ada lesen lagi nek tapi sudah belajar terlebih dahulu.” jawabnya tersengih-
sengih.
“Haih mana boleh macam tu Ren bahaya juga sebab awak bawah umur, lagipun malang
tidak berbau, selepas ini jangan buat lagi ye.” tegur neneknya agar Ren tidak mengulangi
perkara yang sama. Mereka pun berbual sehingga matahari tegak di atas kepala.
“Ouh iye lupa nenek nak tanya, kenapa kamu datang ni
?, pagi-pagi buta pula tu, kamu ada apa-apa masalah ke
?”. Soal nenek Ren seperti tahu tentang keadaannya
yang sedang menghadapi masalah.
“Ehh tiada apa nenek, Ren saja-saja datang untuk
luangkan masa di kampung bersama nenek, Ren bosan
duduk bandar.” jawab Ren sambil tersenyum tetapi
senyumannya tidak boleh menipu orang yang telah
lanjut usianya.
“Ren kalau ada apa-apa masalah ceritalah pada nenek
ye sayang, jangan dipendam. Kamu mestilah gunakan
umur muda kamu untuk meminta pertolongan kepada
orang dewasa, in syaa Allah nenek boleh bantu.” pesan
nenek kepada Ren.
Sementara di rumah- Kuala Lumpur
Khairul berdiri di depan bilik anaknya. Dia rasa serba salah dengan kelakuannya semalam tetapi dia rasa malu untuk berdepan dengan anaknya. Dia
meneruskan langkahnya menuju ke meja makan. Semasa sedang makan pembantunya memberi tahu bahawa Ren melarikan diri dengan keretanya. Tersedak
Khairul selepas mendengar pernyataan pembantunya.
“Are you serious ?” soal encik khairul kepada pembantunya dengan nada terkejut. “Macam mana Ren boleh bawa kereta sendiri, kenapalah saya benarkan dia
mengambil kelas memandu itu.” keluh Khairul selepas memikirkan masalah Ren. “Tolong cari Ren pergi kemana.” sambung Khairul.
“Maaf tuan, mungkin mengambil sedikit masa kerana Ren menanggalkan dash camera yang mempunyai Gps tersebut.” jawab pembantunya.
“Tak mengapa awak cari sampai jumpa, saya nak gerak pergi ke pejabat sekarang.” kata Khairul kepada pembantunya.
“Baik tuan.” jawab pembantunya dan terus menuju ke garaj untuk memanaskan enjin kereta.
Di kampung - pahang
Nenek Ren, Shamsiah ternampak Ren sedang duduk di beranda rumah sambil melihat pemandangan yang terdapat di luar rumah itu.
Shamsiah menyapa Ren yang sedang termenung jauh itu lalu duduk di kerusi sebelah Ren. “Jauh termenung, tengah pikirkan apa itu, Ren tak
mahu cerita pada nenek ke?” soal Shamsiah. “Kamu ni muda lagi, janganlah cepat matang cerita je pada nenek ye.” sambungnya lagi.
“Baiklah nenek, Ren rasa serba salah pula kalau tidak cerita.” Ren pun ceritalah semua masalah yang dihadapi sejak kehilangan ibunya.
Setelah selesai cerita
“Kejamnya Khairul, kenapa dia buat cucu nenek macam ni.” kata Shamsiah dalam nada marah. “Ren bersabar ya, nanti nenek nasihatkan
ayah kamu tu.” sambungnya lagi.
“Kamu kata mahu berehatkan, esok pergi lah ke air terjun pelangi, tidak jauh
pun dari rumah nenek ni, tempat itu cantik tau Ren boleh lihat pelangi, tapi
sebelum sampai Ren perlu mendaki gunung, kalau kamu nak pergi nanti nenek
carikan pembantu ya.” cadang Shamsiah kepada cucunya.
“Wahh, macam best je, Ren nak pergilah.” jawab Ren dengan perasaan teruja.
Keesokan paginya, datang seorang lelaki lewat 20-an menjemput Ren di
hadapan rumah. Mereka bertolak pada pukul 8 pagi. Setelah 30 minit memandu
mereka tiba di Sungai lembing. Mereka bergerak dengan menaiki pacuan empat
roda. Perjalanan yang sejauh 18 kilometer dari pintu masuk meredah Hutan
SImpan Kekal Ramin Cemih ini memakan masa lebih kurang 45 minit. Sepanjang
perjalanan Haiqal memberi keterangan tentang perjalanan mereka kepada
Ren. Mereka juga meredah tiga anak sungai iaitu Sungai Jin, Sungai Hillview dan
Sungai Bunga.
Dalam hujan renyai, cuaca sejuk dan lembab dengan pemandangan pokok yang
menghijau telah memukau mata Ren. Dia teruja melihat pemandangan alam yang
cantik tiada bandingnya. Perjalanan mereka cukup mencabar kerana keadaan tanah
yang berlecak dan tidak rata.
Perjalanan mereka diteruskan sampai ke Ulu Sungai Kuantan dan mereka perlu turun
dari kereta. Haiqal memberi taklimat ringkas kepada Ren sebelum mengharungi
kawasan yang mereka akan jejaki. Sungai berketinggian paras dada yang bakal
mereka redah ini berdekatan dengan Lubuk Beruk, yang kedalamannya boleh
menjangkau lapan meter. Oleh sebab itu Haiqal berpesan kepada Ren untuk berpaut
pada tali supaya tidak hanyut. Sebelum mereka meredah, mereka membawa barangan
yang diperlukan ketika kecemasan dan sebagainya.
Pendakian sejauh 1.5 kilometer sangat mencabar bagi Ren yang merupakan orang
bandar dan jarang keluar melakukan aktiviti tersebut tetapi sebaliknya bagi Haiqal
yang sudah biasa membawa pelancong. Haiqal merupakan pekerja syarikat
pelancongan yang diusahakan oleh nenek Ren dan haiqal juga merupakan pemandu
pelancong yang profesional dan paling cemerlang. Oleh sebab itu, nenek Ren percaya
kepada Haiqal untuk menjaga cucunya sepanjang perjalanan mereka menuju ke Air
Terjun Pelangi.
Mereka meneruskan perjalanan mendaki di lereng anak sungai
sehinggalah Haiqal menunjukkan pemandangan Air Terjun Pelangi
kepada Ren yang sudah kelihatan lebih kurang 200 meter dari
tempat mereka berdiri. Ren sangat teruja selepas Haiqal memberi
tahunya. Segala penat lelah mendaki terus hilang dalam sekelip
mata. Ren terus berlari menuju ke Air terjun Pelangi itu dan
meninggalkan Haiqal di belakang. Walaupun Ren dikenali sebagai
seorang yang sudah matang tetapi dia baru berumur 12 tahun, sifat
kebudak-budakkannya akan terserlah juga.
Tiba-tiba Ren hampir tergelincir dan Haiqal terus lari
menyelamatkan Ren. Mereka berdua cuba bangun dan membersihkan
diri daripada tanah-tanah yang melekat. Selamat Ren tidak
mengalami apa-apa kecederaan cuma terdapat luka sedikit di
tangan. Mereka meneruskan perjalanan sehingga sampai ke puncak
yang selamat. Tuah menyebelahi mereka kerana pelangi besar
muncul tepat di hadapan mereka ketika mereka sampai. Walaupun
angin mengganggu mereka, mereka tetap gagahkan diri untuk
menangkap gambar yang paling cantik sebagai kenangan.
Kemudian, mereka berendam di kaki air terjun. Kedalaman air juga tidak
terlalu dalam, kira-kira paras dada. Ren seronok bermain di air terjun
tersebut sementara itu, Haiqal menyediakan makanan untuk mereka berdua,
mereka pun melakukan aktiviti biasa seperti yang dilakukan oleh orang lain,
mengambil gambar, makan dan bermain air. Ketika mereka sampai ke puncak
terdapat sekumpulan pelancong yang telah tiba awal, maka mereka
meninggalkan kawasan tersebut dengan lebih awal daripada Haiqal dan Ren.
Tanpa mereka sadari sudah lebih 2 jam mereka berada di situ, mereka pun
bersiap-siap untuk beredar daripada kawasan tersebut. Haiqal perasan
bahawa awan mula gelap, dia segera mencari walkie talkienya untuk
mengetahui keadaan semasa tetapi dia baru sedar yang walkie talkie
tersebut sudah tiada dan dia baru teringat semasa dia cuba menyelamatkan
Ren, walkie talkie dia tercampak ke dalam anak sungai dan terus dibawa
arus. Haiqal mula gelisah kerana walkie talkienya sudah tiada dan masalah
terbesar yang mereka akan hadapi ialah hujan lebat yang akan tiba tanpa
mereka mengetahuinya.
Mereka meneruskan perjalanan untuk pulang
semula tetapi sebelum mereka sempat
melepasi sungai yang agak dalam tersebut
hujan lebat sudah mula turun dan akibatnya,
sungai yang mereka redah tadi airnya sudah
semakin dalam dan deras. Mereka berdua
tersekat di hutan tersebut. Haiqal cepat-
cepat pergi mencari pokok yang besar untuk
dijadikan tempat perlindungan sementara
mereka agar tidak berlaku perkara yang lebih
teruk. Setelah selesai mereka duduk berteduh
di celahan akar pokok tersebut dan
beratapkan canvas alas mereka duduk tadi.
“Maafkan abang Ren kerana tidak melihat cuaca dengan
betul, kalau abang tidak buat silap tak adanya kita
terperangkap di hutan ini.” kata Haiqal kepada Ren. perasaan
serba salah mula menyelubungi Haiqal kerana itu merupakan
salah satu tangunggjawab dia sebelum memulakan
perjalanan.
“Tiada apalah abang, Ren tidak kisah ini juga merupakan
pengalaman baru Ren, sekurang-kurangnya abang pantas
bertindak untuk membuat tempat perlindungan ini.” jawab
Ren dengan senyuman yang terukir di bibirnya. “Terima kasih
abang kerana bawa Ren ke tempat yang cantik ini.” sambung
Ren lagi.
“Sama-sama.” jawab Haiqal kembali.
Perasaan risau yang dialami Haiqal hilang selepas melihat
senyuman Ren. mereka berdua pula meneruskan perbualan
sementara menunggu hujan lebat reda.
Di kampung (rumah nenek) - Pahang
Setengah jam sebelum haiqal dan Ren merancang untuk berkemas dan
meninggalkan kawasan air terjun. Shamsiah duduk di ruang tamu dan
menghubungi Khairul untuk memberitahu keberadaan anaknya. Shamsiah
juga memarahi Khairul atas tindakan yang tidak wajarnya terhadap
anaknya.
“Kamu ni kenapa buat Ren begitu, sebab muka dia sama dengan Helena ke
kamu tidak menghiraukan dia?. Khairul, Ren itu muda lagi, janganlah abaikan
dia, Khairul tidak ingat ke pesan Helena supaya jaga Ren baik-baik seperti
menatang minyak yang penuh?.” marah Shamsiah terhadap anaknya itu.
Kamu dengan Ren sama sahaja, tidak pandai berkongsi masalah, bapa
borek anak rintik. Tetapi kamu lagi teruk Khairul, tidak pernah cuba
menyelesaikan masalah, sekurang-kurangnya Ren cuba berbual dengan
kamu, tapi ada kamu hiraukan dia ?.” sambung shamsiah lagi.
Kata-kata ibunya sungguh mendalam dan membuatkan Khairul terkedu
seketika. Dia tidak tahu untuk memberi balas apa cuma perkataan maaf
sahaja yang keluar dari mulutnya.
“Ibu, mana Ren? Khairul nak cakap dengan dia sikit, Khai mahu minta maaf
juga.” kata Khairul dengan perasaan yang bersalah.
“Ren tiada, dia pergi ke air terjun” jawab Shamsiah.
“Air terjun ?” terkejut Khairul selepas mendengar jawapan ibunya. “Ibu
cuaca hari ini di pahang tidak baik dan berkemungkinan akan hujan lebat
nanti.” jawab khairul dengan perasaan cemas akan keselamatan anaknya.
“Ibu lihat ramalan cuaca semalam bahawa harini ini tidak akan hujan,
macam mana boleh hujan lebat pula ?. kata Shamsiah terkejut.
“Ramalan cuaca ada perubahan dalam dua jam yang lalu, sebab itu Khai
juga terpaksa batalkan penerbangan harini.” jawab Khairul sabil terus
menghidupkan enjin kereta dan bersedia menuju ke kampung halamannya
yang telah bertahun-tahun dia tinggalkan.
“Baiklah ibu cuba menghubungi pemandu pelancong yang membawa Ren”.
jawab Shamsiah dan terus mematikan talian dengan anaknya untuk
menghubungi syarikatnya untuk menyoal tentang keadaan cucunya.
Tetapi malangnya, mereka tidak menerima apa-apa
berita kerana tidak dapat menghubungi Haiqal. Mereka
yang berada di pejabat pun tidak dapat melakukan
pencarian kerana hujan yang lebat berkemungkinan akan
berlakunya kerosakkan muka bumi yang akan cederakan
orang lain. Mereka terpaksa duduk dan menunggu hujan
reda.
Setelah beberapa jam berlalu, mereka terus
menjalankan aktiviti pencarian. Khairul juga sudah tiba di
pahang kerana jarak perjalanannya tidak berapa jauh.
Kumpulan penyelamat sudah melepasi tempat Haiqal
dan Ren berteduh dan setelah mereka tiba di Air terjun
Pelangi mereka melaporkan bahawa orang yang mereka
cari tiada. Manakala Ren dan Haiqal meneruskan
perjalanan mereka dan bertembung dengan nenek, ayah
Ren dan kumpulan penyelamat yang lain.
Setelah Khairul melihat susuk tubuh Ren di terus berlari memeluk Ren dengan erat seperti tidak mahu
dilepaskan sambil perkataan maaf diulang-ulang beberapa kali. Ren terkejut dengan perbuatan ayahnya
kerana ayah dia tidak seperti selalu. Selepas beberapa saat baru Ren sedar bahawa keadaannya dalam
bahaya menyebabkan ayahnya semakin risau. Tetapi perkataan maaf yang keluar dari mulut ayahnya
masih menjadi tanda tanya.
“Kenapa ayah minta maaf ?” soal Ren.
“Maafkan ayah Ren sebab abaikan kamu selama ini, ayah tidak mampu melihat muka kamu, muka kamu
sebijik seperti ibu kamu, hati ayah sedih setiap kali teringatkan ibu kamu, kehilangan ibu kamu perkara
yang paling berat dan sukar untuk ayah hadapinya, maafkan ayah Ren.” jawab Khairul sambil menangis
kerana rindu dia pada Helena seperti pungguk rindukan bulan.
Semua perbuatan ayahnya yang tidak mahu melihat muka dia terlintas difikirannya, hatinya sebak apabila
teringatkan perbuatan ayahnya yang menanggung kesedihan seorang diri ditambah lagi dengan keadaan
ayahnya yang sedang menangis buat pertama kali di hadapannya
“Ayah, Ren… terima kasih ayah sekarang Ren faham, Ren maafkan ayah.” jawab Ren tergagap-gagap.
Haiqal juga pergi memohon maaf kepada orang ramai kerana membuat mereka risau dan menghilangkan walkie
talkienya yang menyebabkan semua orang susah dan keluarga Ren mengucapkan terima kasih kepada pihak
penyelamat kerana sudi membantu. Mereka semua mula beredar daripada kawasan tersebut, hujan-hujan renyai masih
membasahi bumi. Ketika di dalam kereta.
“Ayah nyawa Ren dan nak hilang baru ayah risau, lepas ni nak buat lagi la, HAHAHAHAH, abang Haiqal bantu Ren eh.”
gurau Ren tetapi dimarahi ayahnya dengan kerana gurau kasar.
“Kalau macam tu ayah kurung Ren, biar Ren tak boleh keluar, baru selamat.” jawab ayahnya dengan nada ancaman
yang bergurau. “Masih nak buat ke Ren?” soal Khairul sambil mengangkat keningnya untuk menakut-nakutkan Ren. Ren
mampu tersengih sahaja kerana risau ayah dia betul-betul melakukannya dan dia memberi serangkap pantun tanda
memohon maaf.
“Andai kata padam pelita,
Gelap gulita di malam hari,
Andai ada terlanjur kata,
Maaf dipinta setulus hati.”
“Ren lepas ini jangan buat lagi ya, gugur jantung nenek nanti.” pesan Shamsiah
kepada cucu kesayangannya.
"Baik nenek." jawab Ren sambil mengangkat kedua-dua ibu jarinya.
Mereka sekeluarga pulang semula ke rumah neneknya dan membersihkan diri
masing-masing. Khairul mengambil cuti beberapa minggu untuk membawa Ren
jalan-jalan seperti yang dia minta.
Setelah selesai mereka pergi bercuti, Ren menerima keputusan UPSR nya dengan
sangat cemerlang. Khairul membuat kenduri kesyukuran di rumah ibunya.
Mereka pulang ke rumah dan meneruskan aktiviti harian seperti biasa tetapi
saling menghargai kehadiran masing-masing dengan meluangkan masa bersama
apabila terdapat masa lapang.
se ian
erima
kasi